Friday

Tok Gajah - Acit,you're welcome !!


Alhamdulillah, syukur hamba ini pada Allah SWT kerana dengan limpah kasih sayangNya, Acit ini telah dapat mengecapi pelbagai nikmat kurniaanMu sehinggalah ke hari ini.Terima kasih jugalah pada Tok Gajah.

Tok Gajah adalah mascot Persatuan Bolasepak Pahang manakala gadingnya dijadikan simbol Kerajaan Negeri Pahang.Malah ukiran gading gajah terdapat disimpang masuk ke Istana Pekan.

Gajah; banyak orang bercerita tentangnya.Pelbagai kisah yang nyata, yang dongengnya dan yang membuat berbagai andaian malah ada yang menokok tambah cerita sesuatu peristiwa yang melibat haiwan ini.Samalah seperti persepsi mereka berkenaan Guru Mursyid.


Kisah Tok Gajah # 1
Acit, you’re Welcome !!

Ini adalah kisah benar yang berlaku dalam tahun 1984, tapi Acit dah lupa tarikh sebenarnya sebab ingatan tu Allah dah tarik balik.

Peristiwa ini berlaku di kawasan Hutan Simpan (HS) Bukit Bertangga, Triang ,Pahang.HS ini adalah bersempadan dengan Daerah Rompin dan disekeliling HS ini terdapat ladang-ladang kelapa sawit milik Felda dan juga milik persendirian.Cuma Hutan Simpan ini sahaja yang terletak ditengah-tengah kawasan ladang.Setiap ladang-ladang ini dilengkapi dengan pagar-pagar letrik bagi menggelakkan gangguan bintang liar seperti gajah dan babi memusnahkan tanaman.

Walaupun HS ini dikelilingi ladang sawit, tetapi ia merupakan
hutan yang agak besar ( belantara ) berpuloh-puloh ribu ekar.
Pelbagai binatang liar dan buas terdapat di sini seperti beruang,
gajah,harimau dan ular besar.Terdapat juga rusa yang besar-besar,
kijang,napuh dan pelanduk yang memang menjadi buruan.

Kawasan ini boleh dikatakan berdekatan dengan penempatan peneroka tetapi HS ini tidak boleh dimasuki bebas oleh orang awam kerana ia adalah kawasan “curfew” iaitu kawasan larangan terhad yang memerlukan Permit Masuk Khas dari Balai Polis berdekatan tetapi hanya Ketua Polis atau Bahagian Special Branch sahaja yang boleh cop seperti gambar,kad ini acit punya..masih elok tersimpan,baru jumpa.Permit ini mesti diperbaharui dari sebulan ke sebulan.Malah semasa di Hutan Simpan Aur Gading,Kechau,Kuala Lipis; permit ini mesti dicop 2 minggu sekali di Bandar Kuala Lipis.Mereka yang ada berurusan dengan HS ini sahaja dibenarkan memasukinya.Namun begitu, masih ada yang berani mencuri-curi memasuki kawasan ini untuk memburu binatang.

Pertama kali Acit memasuki HS ini dengan menaiki kereta abang dan duduk di bahagian belakang.Perjalanan dari jalan berturap tar dari Felda Sebertak melalui jalan ladang kelapa sawit yang seperti ombak laut menuju ke rumah kongsi ( kem pembalakan ) sejauh lebih kurang 40 batu yang memakan masa 2 jam.Perjalanan ini tidaklah sejauh perjalanan ke Hutan Simpan Daramakot di Sandakan , Sabah.Sepanjang perjalanan tersebut, mata Acit dah jadi 360 darjah;berpinar dan tekak terasa mual, bila-bila masa saja ledakan dari gunung berapi boleh meletuskan laharnya.Tetapi bak kata orang, kita ni lelaki..buat dek ajer..he he he ..konon…

Ok, kita teruskan; Sebaik saja sampai ke tapak kongsi, Acit terus meluru ke sungai dan memuntahkan lahar hijau se asli dedaun kayu,lembik..kantoi !

Al-kisah setelah beberapa lama tinggal di rumah kongsi itu yang terletak di tengah-tengan rimba, tibalah masa musim hujan yang berterusan yang mana pekerja tidak dapat pergi bekerja kerana boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka.Mereka mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampong masing-masing.Maka tinggallah Acit, seorang Penyelia Pembalakan dan 2 atau tiga perkerja lagi.

Rumah kongsi ini ( kalau di Sabah ,dipanggil Kem Pembalakan ) kebanyakannya dibina dari kayu hutan tanpa pintu samada di kiri atau kanan , terdedah begitu saja kecuali bilik Tukang Masak sahaja yang mempunyai pintu.Dinding dan atapnya dibuat dari atap nipah tetapi sekarang ini sudah menggunakan papan,kayu dan atap zink atau atap getah.Pekerja tidur diatas lantai yang dibina 3 kaki tingginya dari tanah.Manakala bahagian bawahnya tidak berdinding.

Penyelia dan pekerja Acit yang lain tidur di dalam rumah kongsi utama.Acit pula tidur dalam sebuah bilik yang dibuat berasingan di luar dari rumah kongsi utama tetapi bersambung dan berpintu.Cuma bahagian bawah tempat tidur Acit ini juga tidak berdinding yang boleh menyusur masuk ke rumah kongsi utama.Ditepi kawasan rumah kongsi ini, pekerja-pekerja menanam ubi kayu sebagai makanan tambahan walaupun kami mendapat bekalan makanan basah dua hari sekali.

Suatu malam , lebih kurang pukul 2 pagi, Acit terjaga kerana mendengar seolah-olah air mengelegak ( mendidih ) terlalu hampir dengan tempat tidur Acit, lantas memegang erat parang kontot yang menjadi teman setia Acit sebagai langkah berjaga-jaga.Terbayang rupa Pak Belang yang bila-bila masa akan muncul dalam keadaan gelap gelita itu.Pak Belang memang boleh menyusup masuk ke bilik Acit melalui bawah tempat tidur.

Setelah sekian lama mendengar bunyi aneh itu, tetiba Fiuuut !!!! bunyi trompit.Secara automatic terangkatlah badan Acit dari tempat pembaringan kerana terkejut.Rupa-rupanya Tok Gajah berada di sebelah dinding bilik Acit aje dok menikmati juadah pucuk ubi.Bunyi aneh itu sebenarnya datang dari perut Tok Gajah.

Sayup-sayup kedengaran Pak Penyelia memanggil nama didepan pintu.Oleh kerana masih ketakutan, Acit tanya sekali lagi betul-betul ke dia dah ada depan pintu. Lalu Acit pun keluar dari bilik dan melihat Tok Gajah dengan anaknya beredar pergi sebaik menyedari kami sedang memerhatinya.Inilah siaran langsung live bagi Acit melihat Tok Gajah yang ori di tengah hutan belantara.
Contoh Tanda Arah Kawasan atau Kompatmen Pembalakan tetapi kejadian bukan di sini 

Fiuuut !! sekali lagi Tok Gajah berbunyi, Acit; you’re welcome ! he he gitu lah agak nyer translation yerk…

Jom ke kisah Tok Gajah # 2

2 comments:

ina said...

Assalamualaikum ust...
panda ustaz dalam menafsir bicara gajah...setiap yang bernama makhluk itu sebenarnya berintraksi kan ustaz....

Acitbudi said...

Waalaikumussalam wbt, setiap makhluk itu ada mempunyai pengantaraan bahasanya yang tersendiri.Begitu jugalah pengantaraan Allah Taala dalam bahasa langit yang dapat difahami oleh semua makhlukNya di muka bumi ini.Jikalau mereka yang beramal dengan zikrullah,penyampaian kepadanya itu dipanggil natijah.Wallahu a'lam.