Thursday

Abu Nawas - Periuk beranak Periuk mati


Al-kisah Abu Nawas yang ada dalam catatan Acit diambil dari Tazkirah Guru, begini kisahnya:

Seorang jiran telah meminjam periuk daripada Abu Nawas.Selepas digunakan,
periuk-periuk itu dipulangkanlah semula kepada Abu Nawas tetapi dalam jumlah yang tidak cukup, banyak yang kurang.

Abu Nawas berhasrat mendidik jirannya lalu dia pula yang meminjam periuk-periuk
dari jirannya itu.Setelah lama ; barulah dipulangkan semula kepada jirannya tetapi
dengan jumlah yang lebih banyak dari apa yang telah dia pinjam.

Jirannya hairan..lalu bertanya," Uiks ! kenapa ada lebih ? Abu Nawas menjawab,
" Periuk ni dah beranak sebab tu ada lebih; sepertimana periuk yang kamu pinjam
dulu tu..banyak yang mati ( dalam hati : hilang !!) "

4 comments:

ina said...

periuk mati...emmmm cantik penggunaan bahasa Abu Nawas. Moralnya pada diri kita jugakan Ust. Allah beri kita semua sifat sifatnya...jadi bila nak pulangkan janganlah sampai kurang...wallah'hualam

Assiddiq said...

Tersurat dan tersirat.. Itulah Acit..

Acitbudi said...

Allah menyampaikan kalamNyA dengan pelbagai cara
agar menjadi pedoman kepada manusia sejagat.Sudah tentulah kelebihan dari kalamNyA itu disampaikan melalui para solihin.

Assiddiq said...

Alhamdulillah.. Moga2 dlm rahmatNya sentiasa~