Wednesday

Apa yang 7 ?


As-Syeikh Al-Imam Abu Nashri Muhammad bin Abdul Rahman
Al-Hamdani rahmatullahu ‘alaih berkata :

Ketahuilah Wahai manusia , sesungguhnya telah nyata kekuasaan
Allah Yang Maha Menjadikan dan Yang Maha Mengadakan segala
sesuatu itu,tinggi Kalimahnya , Maha Tinggi KekuasaanNya ,
alangkah banyak nikmat-nikmatNya.Allah telah menghiasi tujoh
( 7 ) kejadian dengan tujoh ( 7 ) kejadian pula.

Menghiasi tujoh ( 7 ) perkara dengan tujoh ( 7 ) perkara yang lain
pula supaya dapat diketahui oleh manusia bahawasanya di dalam
tujoh ( 7 ) perkara itu ada yang tidak bermanafaat dan ada juga
yang bermanafaat yang amat besar bagi tubuh manusia “.

Ada pun yang tujoh ( 7 ) perkara itu adalah :

1. Udara dihiasi dengan 7 petala langit.
Kemudian langit dihiasi dengan 7 Bintang

2. Dataran dihiasi dengan 7 lapis bumi.
Kemudian dihiasi dengan 7 lautan.

3. Api dihiasi dengan 7 Neraka – Jahanam, Sa’ir,Saqor,Jahim ,
Hutomah, Lazo dan Hawiyah.
Kemudian tiap-tiap neraka dihiasi dengan 7 pintu.

4. Al-Quran dihiasi dengan 7 Usbu’.
Kemudian dihiasi dengan 7 Ayat

5. Manusia dihiasi dengan 7 anggota badan.
Kemudian anggota itu dihiasi dengan 7 ibadah ,dua tangan
untuk berdakwah, dua kaki untuk berkhidmat, dua lutut
untuk duduk dan wajah ( muka ) untuk sujud pada Allah.

6. Umur manusia dihiasi dengan 7 perubahan ( keadaan ) iaitu :

i. Masa Rodi’ - Ketika menyusu hingga umur 2 tahun
ii. Masa Fatim - Usia cerdik antara umur 2 hingga 7 tahun
iii. Masa Shobii - Keadaan kanak-kanak berumur 7 hingga
10 tahun.
iv.Masa Gulaam – Masa budak-budak hamper baligh iaitu
antara umur 10 hingga 15 tahun.
v. Masa Syaab – Keadaan ketika masa muda iaitu umur di
antara 15 hingga 30 tahun , usia baligh.
vi. Masa Kahal – Keadaan ketika berusia antara 30 tahun
hingga 50 tahun
vii. Masa Syikh – Keadaan ketika berusia 50 tahun hingga
akhir hayat.

7. Dunia ini dihiasi dengan 7 iklim

a. Cuaca Negeri Hindustan
b. Cuaca Negeri Hijaj
c. Cuaca Negeri Bashroh, Badiyah dan Kaufah
d. Cuaca Negeri Iraq, Syam dan Khorosan
e. Cuaca Negeri Rum dan Armeniyah
f. Cuaca Negeri Yakjuj dan Makjuj
g. Cuaca Negeri Turkistan

Kemudian iklim ( cuaca ) itu dihiasi dengan hari yang 7 iaitu
Hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Kemudian hari itu dihiasi pula dengan 7 Nabi iaitu :

a. Nabi Musa a.s dimuliakan pada hari Sabtu
b. Nabi Isa a.s dimuliakan pada hari Ahad
c. Nabi Daud a.s dimuliakan pada hari Isnin
d. Nabi Sulaiman a.s dimuliakan pada hari Selasa
e. Nabi Yaakub a.s dimuliakan pada hari Rabu
f. Nabi Adam dimuliakan pada hari Khamis
g. Nabi Muhammad s.a.w dimuliakan pada hari Jumaat.

8. Nabi Muhammad dilahirkan dengan 7 kelebihan pada
diri Baginda sebagai tanda kenabian

a. Ibunya tidak sakit semasa kelahiran
b. Ibunya tidak mengeluarkan darah
c. Ketika dikeluarkan dari perut ibunya dalam keadaan
sujud sambil menyebut " umatku umatku ".
d. Sudah berkhitan ketika dilahirkan
e. Syaitan tertegah dari naik ke langit untuk mendapat
berita
f. Halimatus Saadiah perempuan yang tidak dapat
mengeluarkan susu tetapi apabila ibu susunya di
suap pada Baginda , ia terus mengeluarkan susu.
g.Ketika dilahirkan, terdengar suara dipenjuru Kaabah,
" Katakanlah, telah datang kebenaran ( Islam ) , dan
musnahlah yang batil dan tidak akan kembali kepada
kekafiran “
9. Ada 7 Lathoif ( Maqam zikir )
10. Ada 7 Nur Allah
11. Matahari adalah sebahgian dari 70 bahagian Nur Qursi. 12. Baitul Makmur terletak di langit ke 7. 13. 70 ribu Nur yang gilang gemilang dalam syurga sebelum Allah tajalli diriNya. 14. Tubuh itu dibina dari tujuh jenis tanah. 15. Riwayat dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a,Rasulullah SAW bersabda,'Sesungguhnya bagi Allah ada 300 orang dari kalangan manusia ini yang hati mereka itu seperti hati Nabi Adam a.s dan bagi Allah itu ada 7 orang di kalangan manusia yang hati mereka itu seperti hati Nabi Ibrahim a.s.yang digelar al-abrar.

No comments: