Friday

Pendinding dan perubatan

Setiap amalan mestilah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah
dan dihadiahkan bacaan tersebut kepada Rasulullah , para Malaikat
serta para hamba Allah yang siddiqin , mukhsinin dan solihin.

Qasadkan bahawa bukan ayat ini tadi yang menyembuhkan atau
yang memberi pertolongan dan perlindungan tetapi semua itu
adalah dari kekuasaan dan kasih sayang Allah Taa'la.

1. Elak gangguan jin :

Baca Doa QUNUT 11 x sebelum tidur.

2. Apabila berlaku ribut petir , guruh , malapetaka

Bacalah ayat dari Surah At-Talaq sebahagian ayat 2-3


3. Bacalah ayat ini sebanyak dalam bilangan yang ganjil samada
1x , 3x , 5x , 7x , 11x , 21x atau sebaik-baiknya 41 x jika berlaku
gangguan di rumah atau berasa tidak tenteram.Boleh juga dibacakan
pada air diminum ( air yang tidak dimasak ) dan dibuat mandian
jika berlaku demam yang tidak kebah.

Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24 bermula dari ayat :



p/s : Semua amalan ini diambil dari Guru.Ingat ! Perlindungan dan
penyembuhan dari Allah dari berkat ayat, dari berkat bacaan.
Ayat hanyalah satu elemen.Penyerahan kepada Allah lah lebih penting.

6 comments:

Kak Ina said...

salam ust, terimakasih atas perubatan cara islam nie. Lebih lebih lagi dikuatkan dengan pernyataan bahawa penyembuhan itu dari Allah semata mata. Kadang kadang kita nie mudah sangat jatuh kepada syirik kecil kan ust. bila terpesong sikit saja bahawa ayat atau buat yang menyembuhkan terlupa Allah itu yang menyembuhkan

Acit said...

Wsalam wbt, kaedah perubatan yang digarapkan dengan Ilmu Tasauf @ zikrullah itu mengutamakan Allah Ta'ala dalam setiap perkara.Banyak terjadi, bacaan dengan ayat yang sama tetapi tiada kesembuhan atau tidak ada ketakutan pada hantu syaitan.ini adalah kerana rawatan itu adalah kerana ayat bukannya dengan Iman atau tauhid perawat itu sendiri.Iblis syaitan itu lebih memahami Al Quran daripada kebanyakan kita tetapi mereka hanya takut pada bacaan yang dibaca oleh mereka yang bertaqwa dan yang takut kepada Allah.Wallahu a'lam.

Acit said...

Pelengkap bagi setiap rawatan dan amalan itu adalah dengan kita bertawassul iaitu kita berwasilah ilmu itu melalui Rasulullah,para Malaikat, para masyaeikh (guru kita ) dan pada para solihin.

Tawasul yang lengkap hanyalah diajar pada mereka yang diberi tauliah @ bai'ah sebagai perawat sahaja.

Assiddiq said...

Surah alhasyr
21. Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Tokguru sy rajin sangat baca surah ni masa solat isyak.. Merayu2..merintih2..trasa ketakutan pada ALLAH.. Berkecai gunung dengan kekuasaan ALLAH..Manusia pula mcm mana? Moga2 dalam rahmatNya sentiasa

Acit said...

Gunung-ganang pun tak sanggup memikul amanah Allah yang besar ini tetapi manusia menyanggupinya ; bahkan banyak pula yang mengabaikannya.Orang yang terasa amat berat amanah yang Allah sandarkan pada pada kita akan menyebakkan dada apabila membaca ayat ini.Maka syaitan akan lari dan Allah makbulkan hajat pada mereka yang membacanya dengan penuh kusyuk, dengan iman dan tawadu'.

Assiddiq said...

Subhanallah.. Ya Acit..