Thursday

Perangsang Semangat

Acit petik kata-kata dari seorang teman yang menghantarnya melalui YM:

"Bila engkau memandang segalanya dari TuhanMu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya."

Semuga Allah kurnia keredhaanNya sentiasa dan selama-lamanya.

3 comments:

Assiddiq said...

ENGKAU yg Ku maksud,RedhaMu Yg Ku Tuntut~

Acitbudi said...

Ya Allah, aku pasrah dan redha.Tiadalah daya upayaku Ya Allah.Hanya pada Mu lah ku berserah diri dan ku mohon pertolongan.

Assiddiq said...

Amin.. KepadaNya jua kita kembali~