Sunday

Terowong Hantu


Suatu malam, Acit pergi ke Butterworth, dalam fikiran sudah buat
perancangan bila balik dari Butterworth ke KL esok harinya pula,
terus nak ke Trengganu woooooo..sudah boleh bayangkan..lotehnya.

Sesampai ke KL lebih kurang pukul 10.00 malam, Acit terus pergi
jemput Bos Acit kat Wisma Central di Jalan Ampang.Kami terus saja
ke Trengganu untuk meninjau satu kawasan pembalakan.Perjalanan
yang jauh dalam masa dua hari amat meletihkan..malah mengantuk.

Acit memandu melalui jalan lama Jerangau-Jabor dan apabila sampai ke
Bandar Cheneh, mata sudah macam digantung dengan bola besi..dah
tak tertahan nak tidur.

Apabila terpandang saja stesen minyak Shell, Acit terus berhenti ke
tepi jalan dan siap untuk tidur.Jam lebih kurang masa tu pukul 3 pagi.
Bos Acit keluar dan masuk tidur kat seat belakang.Acit merebahkan
kusyen..mula memaksa mata untuk tidur..aah.Tup ! mata terbuka
kemudian layu semula.tup ! mata terbuka lagi..kemudian layu semula
.......tup ! aik ? tak mau tidor pula lah mata ni...

Acit bangun dan start injin untuk meneruskan perjalanan.Bos terkejut
tapi Acit maklumkan tak boleh lelap dan ingin terus drive.Dia kata ok aje..

Acit memang biasa dengan laluan ini kerana semasa dalam pembalakan
dulu, hampir hari-hari Acit menggunakan laluan ini berulang-alik.Sudah
tahu dimana lekuknya, dimana jalan yang senget, dimana lubang ,jalan
yang tidak rata dan di mana tempat yang selalu berlaku kemalangan.
Siang atau malam ,tengah malam atau se awal subuh Acit sudah berada
di jalanraya ini suatu ketika dulu.


Ketika sedang asyik mengingati nostalgia lama tanpa disedari perjalanan
sudah melepasi sempadan antara Daerah Kemaman dan Daerah Dungun.
Tiba-tiba..uiks ? apa benda tu ??? Macam terowong je...dari bawah bukit
ke atas bukit melintang jalanraya..Gaya bukannya kabus ! Kalau kabus
putih halus, ini putih pekat ..ehhh..sini ada corner ni !! Allah !!Screekkkk !!
Acit brek mengejut..Bos terjaga..ada apa ?.Bila Acit dah brek, kereta dah
slow ..barulah nampak betul-betul pokok kelapa sawit berada di depan
dekat corner tu sedang menunggu kami ! Tetiba je..kabus putih pekat itu
hilang..ghaib serta merta.Baru Acit faham,kalau tak brek tadi, pandangan
hanya nampak jalan lurus saja sebab ditutupi dengan kabus tersebut.
Maka akan berlakulah kemalangan di situ.Alhamdulillah Allah selamatkan
kami, Allah bagi ingatan pada Acit yang tempat tu ada satu selekoh...
Acit tak berhenti tetapi meneruskan perjalanan saja ke Kuala Trengganu.
Bos Acit kata itu lorong atau laluan Hantu Polong;Bos Acit ni orang yang
berguru dan mengaji Tasawuf.

Peristiwa tadi mengingatkan kembali tempat tersebut yang hanya
sebuah selekoh yang kecil tetapi kerap berlaku kemalangan.Dalam
sebulan tu kadang-kadang ada saja kemalangan berlaku di kawasan
itu.Bila Acit tengok pada kesan-kesan kemalangan yang berlaku
timbul persioalan yang rasanya tidak munasabah kerap berlakunya
kemalangan di kawasan tersebut.

Setelah kejadian ini,barulah Acit faham kedudukannya.Mata pemandu
-pemandu yang melalui jalan ini akan dikaburkan dengan pandangan
kabus tebal seperti asap yang berbentuk terowong yang menyebabkan
pemandu menyangka bahawa jalan di tempat itu lurus sedangkan
sebenarnya tempat kabus itu ada satu selekoh kecil.Jika pemandu
terus saja memandu tanpa membrek atau memperlahankan kenderaan,
maka akan berlakulah satu lagi kemalangan.

Sejak peristiwa itu, apabila Acit melalui kawasan ini, sudah tidak terdapat
kesan-kesan kemalangan lagi sehinggalah sekarang ini.Wallahua'lam

9 comments:

Assiddiq said...

Hoh.. Nasib baik gok acit.. Alhamdulillah..

Acitbudi said...

Alhamdulillah, Allah kurniakan perlindungan, dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Assiddiq said...

Pengajaran nya lain kali pakai helmet masa bawa kereta.. :D

Anonymous said...

he he he..

Assiddiq said...

ho ho ho

ina said...

untung ustaz ingat selok belok jalan tu...kalau tiba tiba Allah beri kelupaan...emmm...syukur selamat...naik kereta pakai helmet ke sidiq?..:D

zwani said...

pk ck muhmmd suka bg fatwa menyimpg.saran org pki helmet naik kereta.hiiiyss!!

Acit said...

assidiq ni mmg gitulah..sebab dia doh besa naik motor pakai tali keledar,naik keta kena pakai helmetlah !

Assiddiq said...

Hoho.. Acit jua memamhami sy.. Budok kecik tu bukan paham apa2 pong!AKHIR KATA,Jangan Pandang Belakang..