QASIDAH BURDAH Mesut Kurtis
Mawla Ya Solli wa sallim da iman abadan
'Ala habi bi ka khayril khal qi kulli himi
'Ala habi bi ka khayril khal qi kulli himi
Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau
limpahkan kepada kekasih Mu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang
Engkau ciptakan
O Mawla (Protector),
send prayers and peace always
and forever Upon Your Beloved,
Muhammadun Sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min 'arabin wa min 'ajami
Wal fariqayni min 'arabin wa min 'ajami
Muhammad itu adalah Penghulu dari dua dunia
dan dua kelompok (manusia dan
jin),
dan ikutan bagi orang Arab
dan bukan Arab.
Muhammad is the Sayyid (Master) of the two worlds
and the two groups (men and
jinn),
And the Guide of both the Arabs
and the non-Arabs.
Huwal habibul ladzi turja shafa'atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Dialah Kekasih Allah
diharapkan kesyafaatan
Pada setiap hal dari hal
kebaikan yang dilakukan
Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of
Judgement,which on us descend
Tsumma ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana zil karami
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana zil karami
Kemudian redha daripada Abu
Bakar dan Umar
juga Ali dan Usman yang dimuliakan
Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, 'Umar,
'Ali and 'Uthman the
generous one
Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma ma dha ya wasi'al karami
Waghfir lana ma ma dha ya wasi'al karami
Wahai Tuhan !
Perkenankan hajat kami
dengan berkat Nabi Pilihan
dan ampunilah dosa kami yang
lalu Wahai Tuhan Yang Punya Kemuliaan
O my Lord!
with the Elect One make us
attain our goals
And forgive us for what has
passed,O Most Munificent One!
Qasida Burdah
Arabic-English-Malay Translation
Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu
Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad
ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarekat Syadziliyah
bermahzab Syafie, murid Abu Abas Mursyi.
Syair ini disusun ketika beliau yang jatuh sakit hingga lumpuh.
Beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW sendiri
yang melengkapi syair yang sedang disusun itu.
Dengan mukjizat dan keberkatan Rasulullah SAW; beliau sembuh dari penyakitnya.
~: Penjelasan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan :~
Qasidah al-Burdah ditulis oleh Imam al-Busiri, ulama besar yang
juga seorang tokoh sufi
abad ke-7 hijrah/ke-13 Masihi. Qasidah ini merupakan
qasidah yang masyhur. Ia bukan
berasal dari Shi’ah kerana ia ditulis oleh ulama
Sunni. Tiada dalam biografinya yang
mengaitkan beliau dengan Shi’ah. Sementara
memuji Rasulullah s.a.w. dalam selawat
dan qasidah bukan bermakna seseorang itu
pengikut Shi’ah.
Menurut sejarawan Islam al-Maqrizi, Imam al-Busiri berasal dari
Afrika Utara dari sebuah kabilah
bernama Abnun di Maghribi. Beliau hidup di
bawah pemerintahan Mamluk dan menguasai banyak
bidang ilmu Islam. Beliau
merupakan pengikut tariqat sufi Shaziliyah di bawah bimbingan gurunya
Shaykh
Abu al-Abbas al-Mursi. Penulis kitab Hikam, Ibn ‘Ataillah al-Sakandari juga
merupakan
salah seorang anak murid kepada Abu al-Abbas al-Mursi.
Qasidah al-Burdah secara dasarnya merupakan pujian kepada
Rasulullah s.a.w. Isinya bersifat
syair yang sebahagian besarnya menggunakan
kiasan (majaz) dan metafora yang bertujuan
menekankan lagi sifat kasih sayang
terhadap Rasulullah s.a.w. Beberapa ayat dalam qasidah
al-Burdah yang dianggap
kontroversi harus difahami dalam konteks tersebut.
Memuji Rasulullah s.a.w. dan menggagungkan Baginda adalah sesuatu
yang dituntut selagi
mana tidak menyifatkan baginda Rasulullah s.a.w. dengan
sifat ketuhanan dan seseorang
itu jelas dalam tauhidnya tentang beza antara
Allah Ta’ala dan RasulNya.
Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/sejauh-mana-qasidah-al-burdah-berkait-dengan-shiah
Link Lyric Nasheed Ana al-Abd
Link Lyric Qasidah Istiqfar
Link Lyric Qasidah As Subhu Bada
Link Lyric Nasheed Ana al-Abd
Link Lyric Qasidah Istiqfar
Link Lyric Qasidah As Subhu Bada
19 comments:
ratip nape kat atas tu.. menari..
oo..tu Ratib Tegak atau dikenali juga sebagai Ratib Saman @ Samaniyyah.Selalunya diadakan dalam bulan Ramadhan.Lengok itu mengikut alunan zikir,bukannya menari.Lebih kuat bunyinya kalau diadakan dirumah berlantaikan papan,bunyinya seakan serentak dengan gerakan langkah kaki.Tetapi kini sudah jarang majlis yang sebegitu dibuat kerana orang yang mahu melakukannya mesti mendapat bai'ah terlebih dahulu.
Sejujur-jujur cara mereka boleh menimbulkan fitnah.. KepadaNya jua sy mohon bimbingan dalam wat keputusan~
Ya,fitnah dalam ibadah itu tidak dapat dielakkan,malah sejak zaman Rasulullah lagi.Selalunya fitnah itu datang dari mereka yang tidak mengetahui,tidak belajar dan dari kaum salafi tua.Malah sebenarnya tohmahan ini datangnya dari orang yang hatinya jauh dari Allah Taala sedangkan mereka sahaja yang terasa seperti dekat. Sesungguhnya Allah Taala itu tilik pandangNya pada hati.Dari sifat hati,kebersihan hati itulah yang menentukan dekat jauhnya mereka di sisi Allah Taala malah ada orang nampak Islam di sisi manusia tetapi kafir di sisi Allah.Ada yang nampak kafir di sisi manusia tetapi Islam di sisi Allah.Tetapi sejauh manakah mereka menggunakan hati itu untuk menilik dan menilai orang yang memuja memuji akan Allah Taala.Hati yang bersih akan melihat nur Allah dalam apa saja perbuatan tetapi hati yang kelam,apa yang nampak hanyalah bayang-bayang.Wallahu a'lam.
Fitnah datang dari org yg jahil? Hehe.. SETUJU2..KepadaNya jua mengharapkan petunjuk baik dan buruk..Amin
Surah Ali-Imran ayat 191 :
“ ( Orang-orang Ulul Albab ) ialah mereka yang sentiasa berzikrullah
( dalam semua hal keadaan berdiri, duduk dan berbaring sambil mereka
bertafakkur( terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit dan di bumi.Mereka ( akhirnya ) berkata, Ya Tuhan kami;Engkau tidak jadikan
( semua kejadian ) ini sia-sia (tetapi penuh makna dan hikmah ) ,
Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami dari api neraka “
Ulul Albab ni golongan terpelajar kan acit? untuk golongan muda2? atau org berumur juga termasuk? ulul amri ni pemimpin yg adil.. yg memerintah dibawah undang2 allah.. Berbekalkan takwa padaNya..
Orang-orang Ulul Albab ini adalah orang-orang yang disebutkan dalam tajuk MEMBINA GENERASI ULUL ALBAB.
ok ustaz.. hehe
Boleh juga tengok jawapan dalam Akhbar Harakah Kolum Dato' Dr. Harun Din, ms F8 Edisi Isnin 10-13 Ogos,2009 mengenai Zikir yang seperti ini.
saya sangat menyukai shalawat ini.... meskipun banyak pula yg mengecap ini sebagai kebid'ahan...
sungguh didalamnya bagaimana kaum sufi menunjukkan kecintaan mereka pada Rasulullah SAW
Biarkan golongan ahli bidaah itu kerana sudah dikatakan Rasulullah S.A.W yang umat Baginda terpecah kepada 73 firqah.Tilik Allah Taala itu pada hati sanubari dan kecintaan
kita pada al-Habib Muhammad S.A.W dalam apa bentuk sekalipun biarlah Baginda sendiri yang menilaikannya.Wallahu a'lam.
mhon copy .
Insya Allah,sesiapa saja boleh copy dan share.
Salam, puas saya mencari lirik selawat burdah oleh Mas'ud Kurtis... alhamdulillah diketemukan di sini. Mohon izin share. Jazakallah
violet-purple..InsyaAllah silakan..saya beri izin pada semua.
Izin copy ya
izin copy
Post a Comment