Saturday

Rajah Hantu


Suatu pagi kira-kira 3-4 tahun dulu,
Acit “mengeteh” di satu restoran
berdekatan dengan rumah.Seketika
masuklah kawan Acit lalu duduk b
ersama satu meja.

Dia terus minta tolong datang ke rumahnya
tanpa mencerita apa halnya.Lalu Acit mintalah
dia ceritakan apa yang sebenar.Kawan Acit ni kata,anaknya
yang bongsu berumur lebih kurang 4-5 tahun akan lari
keluar dari rumah apabila tiba saja waktu Maghrib.Haaa..
pelik tu… Nak kata merajuk ,tak ada apa yang menyebabkannya
jadi merajuk.Perkara ini dah terjadi beberapa hari.

Jadi lepas saja “mengeteh”,Acit ke rumah kawan itu yang
hanya terletak lebih kurang 300 meter saja dari restoran itu
tetapi terlindung di sebelah lorong yang lain.

Sebaik saja sampai ke laman rumahnya, sudah terpampang
jawapan bagi masaalah yang terjadi pada anak kawan itu.
Gerak hati Acit mengatakan inilah sebenarnya punca itu.

Setelah masuk ke rumah dan bertanyalah Acit mengenai
satu rajah berupa wifiq bersaiz A4 yang ditampal disebelah
luar pintu masuk.Menurut isteri kawan Acit ni,dia diberikan
oleh Kakaknya yang mendapatnya dari seorang Penceramah
terkenal Radio TV kononnya sebagai pendinding dan pagar
rumah.Malah salinan rajah ini sudah pun diberikan juga
kepada\jiran sebelah.

Acit berceritalah mengenai kemungkinan kejadian itu berpunca
dari Rajah Wifiq itu lalu meminta izin untuk menanggalkan,
mematikan hantu/jin wifiq itu dan membuangnya ke sungai.
Setelah menyediakan air doa sebagai ikhtiar.Acit minta diri
untuk balik selepas dapat “mengeteh” sekali lagi.Acit pesan
kepada kawan Acit agar memberitahu perkembangan anaknya
itu sebelah petang atau malam nanti.

Setelah dua hari Acit baru ingat tentang hal anak kawan itu
lalu ketika berada di Kuala Lumpur, Acit pun call kawan itu
bertanyakan mengenai anaknya dan dimaklumkan bahawa
dia pun juga lupa nak beritahu yang anaknya sudah berkelakuan
normal seperti seperti biasa sejak dari sebelah petang hari Acit
ke rumahnya.Anaknya tidak lagi lari keluar rumah apabila tiba
waktu Maghrib seperti sebelumnya.

Jadi,inilah antara perkara-perkara khurafat yang seolah-olah
sesuatu yangn nampak seperti memberi atau membawa
kebaikan lebih-lebih lagi diberikan oleh ustaz atau ustazah
apatah lagi kalau mereka itu orang yang terkenal, tentulah
lebih glamour lagi.

Rajah seperti ini nampak seolah-olah seperti tulisan ayat-ayat
al-Quran tetapi mungkin juga ayat-ayat Arab yang mungkin
kelihatan seperti ayat Quran.Kadang-kadang amalan orang
yang memberikan rajah itu atau pengamalnya mempunyai
khadam atau menggunakan jin.Jadi jin pengamalnya itu akan
dipindahkan kepada rajah atau ayat yang diberikan kepada
orang lain tanpa disedari oleh pengamal ( mungkin juga tahu )
dan penerima.Jadi itulah sebabnya,kanak-kanak boleh terlihat
jin atau khadam ayat tersebut.

Acit hendak berkongsi lagi satu cerita,dah lama dah..mungkin
dah dekat-dekat 20 tahun, tahun 1989.Suatu hari tu Acit ada
kerja di Trengganu dan sebelah malamnya Acit ajaklah seorang
Pakcik jiran sebelah rumah yang Acit sewakan untuk pekerja
untuk mencari orang yang boleh merawat resdung.Lalu Acit
diajak pergi ke suatu tempat yang Acit dah lupa dekat mana.

Diringkaskan cerita, selepas diberikan ubat resdung,Tok Bomoh
ini ( ini cerita masa banyak jahilnya lagi ) dengan murah hati
memberi satu kertas bertulisan suruh Acit simpan.Dia kata,itu
ilmu gajah sebab dah diceritakan oleh Pakcik Jiran itu yang
Acit ini kerja hutan,jadi mungkin Acit perlu agaknya.Bila amalkan
atau menyerunya,Gajah yang berjarak dua puloh batu pun akan
lari,kalau diseru pada buaya,buaya akan timbul,gitu lah katanya.

Sebagai menyampai hajat orang,Acit ambillah kertas itu lalu
Acit pun baca,cantik…dimulakan dengan Bismillah kemudian
dikuti ayat-ayat pujian…tu-tup..bulat mata Acit memandang pada
baris ayat yang lebih kurang bunyinya,“mambang putih, mambang
seberang….” ??? yang lain Acit dah lupa sampailah baris akhir,
”dengan berkat Kalimah La Ila ha illallah “.

Ish..ish..Acit terus serahkan semula kertas itu pada Tok
Bomoh,Acit kata minta maaflah ,Acit beri alasan tak berani nak
guna padahal Acit tak mau gadaikan akidah dengan
kehebatan dunia itu.

Inilah satu contoh lagi, bacaan dari Bomoh yang kita dengar
mula-mulanya nampak cantik..bacaan Al-Quran..kemudian
senyap..dan last sekali baru dengar dia baca kuat,
”dengan Berkat Kalimah…”.Ramai anggap yang dia memang baca
atau jampi guna ayat Quran tetapi sebenarnya dia tak sebut pun
bacaan yang ditengah-tengahnya secara jelas.Di sinilah banyak
masyarakat Islam mudah kena tipu malah mempercayai Bomoh
dan Pawang .Ini boleh merosakkan akidah ,lebih-lebih lagi
dibekalkan dengan pelbagai barangan yang pelik-pelik,dengan
syarat yang bukan-bukan yang membawa kepada amalan
khurafat dan akan menjadikan ibadah tidak diterima selama
40 hari dan mendekatkan lagi dengan syirik.Wallahu a’lam.

5 comments:

Kak ina said...

salam ust...kalau macam ina yg tak tahu apa apa memang main percaya ajalah gamaknya. apa pandangan ust yang kononnya boleh memanggil roh orang yg sedang tidur?....boleh tanya bagai lagi....betul ke tu ust?

Acit said...

Wsalam,Ya betul tu.Ada ilmu yang boleh berbuat begitu.Ilmu ini diamalkan oleh mereka yg terlibat dengan persilatan dan perbomohan.Ada juga pihak-pihak lain seperti pihak keselamatan menggunakan org yg pandai dalam ilmu ini untuk mencungkil rahsia pesalah.Bagi ilmu yg org itu sendiri mengeluarkan rohnya,ia disebut Meraga Sukma.InsyaAllah,jika kita sentiasa berzikir dan juga berzikir sebelum tidur,ilmu ini tidak dapat mempengaruhi roh kita.

Acit said...

Disebelah negara Barat,ilmu sebegini dikenali sebagai Hypnosis dan dikatagorikan sejenis Ilmu Pukau juga.

Kak ina said...

jadi ilmu itu tidak meyalahi akidah ke ustaz?.

Acit said...

Itu bergantung pada cara dan tujuan.Kalau menggunakan cara memukau,itu sudah tentulah salah.Kalau tujuan untuk mengetahui sesuatu punca penyakit misalnya atau bersifat kebaikan,itu diharuskan.Wallahu a'lam