Wednesday

IMAM MAHDI


Sabda Nabi S.A.W :

Al-Mahdi dariku , dahinya lebar, hidungnya mancung, memenuhi bumi dengan keadilan 
dan kejujuran sebagaimana memenuhinya kazaliman dan kekejaman.

Sunday

MARTABAT 7

Peringkat ini ada yang mengatakan ada 40 istilah,ada kata 30 dan ada yang kata 10
martabat.Di sebelah nusantara Tenggara Asia ini,ia papular dinamakan Martabat 7
yaitu 7 peringkat alam.

1. WAHDAH - Allah itu wujud dengan sendiri. - " Allahu wahdahu la syarikalah "

2. AHADIAH - Allah itu Esa / Tunggal. - " Qulhuawallahu ahad "

3.WAHIDIAH - Adanya Allah berbanding makhluk - " Wahidul Qohhar "

4.ALAM MISAL - Alam bayangan atau gambaran awal.

 Al-Baqarah : 30: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Malaikat sudah diberi gambaran atau pemandangan tentang perlakuan manusia oleh Allah SWT sebelum manusia itu wujud lagi , inilah dikatakan alam misal.Mimpi dan natijah itu juga adalah alam misal.

5.ALAM ARWAH

 Al-A'raf : 172 : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

6.ALAM AJSAM - Alam tubuh kita

7.ALAM INSANUL KAMIL - Manusia yang sempurna imannya,sempurna ubudiyyahnya.

Martabat ini diberi pencerahan oleh Imam Sayuti bagi menerangkan salah faham maksud
sertanya makhluk dengan Allah,iitihad dan hulul.

Ruqyah Sihir

Wednesday

Bersuluk


Perkataan suluk itu datangnya dari perkataan Indonesia seperti rujukan dalam Kamus Besar
Indonesia iaitu :
1su·luk n 1 jalan ke arah kesempurnaan batin; tasawuf; tarekat
2 pengasingan diri; khalwat;
ber·su·luk v mengasingkan diri; berkhalwat.

Bersuluk itu adalah kombinasi perbuatan beruzlah dan berkhalwah dalam istilah Ilmu Tasawuf.
Ia dipanggil iktikaf di dalam ilmu Feqah.Iktikaf itu tertentu di dalam masjid.

Beruzlah itu meninggalkan kampong halaman atau rumah menuju ke suatu tempat kemudian duduk di tempat itu tidak keluar-keluar 10 hari 10 malam atau 40 hari 40 malam itu dinamakan khalwah.Ia juga dipanggil khalwah fil uzlah manakala khalwah fil jalwah pula , walaupun si salik itu berjalan,hatinya nampak Allah.
Ia adalah satu praktis secara intensif melakukan zikrullah bermula dengan berbilang-bilang hinggalah berzikir sampai tidak terbilang seperti air yang mengalir.Maka mudah dan cepatlah hati sanubari itu menerima tarqiyah dari Allah, dibukakan hijab dan tutupan hati untuk melangkah dari alam nasut ( alam sifat kemanusiaan ) ke alam malakut ( alam lakaran ) kemudian ke alam jabarut ( alam sifat ) seterusnya ke alam lahut ( kesedaran sifat ketuhanan ).Salik akan dapat memerhatikan Allah dengan Allah , basrahu bi basrihi.

Ia suatu bentuk beribadat yang terasing daripada manusia lain atau orang lain yang bukan dari kalangan jamaah supaya tiada gangguan ketika bersuluk itu.Ia suatu cara atau kaedah untuk tabattal ilaihi tabtiila , memutuskan hubungan dengan yang lain selain dari ingat Allah.Salik atau orang yang bersuluk itu dipimpin taubat dan zikirnya oleh Guru Mursyid.Salik melakukan taubat dan berzikir berterusan sepanjang suluk itu berjalan.Jika duduk seorang diri didalam bilik di rumah itu tidak dipanggil bersuluk kerana tiada pengawasan guru.Orang yang bersuluk itu akan dikurniakan pelbagai hikmah dan ilmu laduni sekiranya mereka itu benar-benar ikhlas dan segala kejadian itu lalui dengan mata kepala samada dengan penglihatan,dengan bau atau rasa.Ketika itu murid tidak boleh mengendalikan dirinya sendiri kecuali ada bimbingan guru yang faham akan setiap situasi yang berlaku kepada murid ketika itu kerana mengenal Allah itu mesti dengan wasitah.
Syeikh atau Guru Mursyid itulah yang menjadi wasitah yang boleh menyampaikan salik kepada Allah.

Ahli-Ahli Sufi sepakat mengatakan bahawa jikalau hendak menemui Allah mestilah melalui jalan fana'dan jalan fana' itu didapati melalui cara bersuluk.

Imam Ghazali menerangkan mengenai Ilmu Suluk ini dengan katanya sangat jauh perbezaan antara
mengetahui makna sihat atau kenyang dengan mengalamai sendiri makna sihat dan kenyang itu.Beliau menerangkanya dalam sebuah kitab karangannya diberi nama Suluk as-Sultanah.

Kita pergi menunaikan haji dengan tubuh yang zahir menziarahi Kaabah manakala bersuluk pula pergi menemui Tuan Kaabah secara rohaniah.Salik akan berzikir dengan zikir Ismu Dzat , yakni zikir yang membolehkan salik itu mendapat tarikan  (jazbah ) kepada Allah.Apabila salik telah mendapat tarikan yang kuat kepada Allah , si salik ini akan dapat memulakan semula kata-kata yang pernah manusia ucapkan suatu ketika dahulu di alam roh iaitu " alastu birobbikum ; qooluu balaa syahidna "- Al A'raf ayat 172.Bayi yang baru lahir ke dunia akan menanggis kerana sedih untuk meninggalkan Allah dan apabila seseorang itu bersuluk dan sampai ke peringkat makrifatullah ,Tuhan ibaratnya berkata; 'dah lama hati engkau tidak memandang Aku.Jadi. silakan...silakan..masuklah engkau dengan musyahadah'..Ya aiyatuhannafsul muttmainnah irjie..irjie..ila robbikiriroodhiatammardhiah'.

Hati itu tempat simpan iman, wadah berbagai rahsia ghaib dan juga punca terpancarnya berbagai nur.Hati itu perlu digilap,perlu dihidupkan agar tidak ia menjadi ais ; gelap dan tidak telus.Cara mengasuhnya adalah dengan berzikrullah secara khusus dan istiqamah

Zikrullah dan khalwat ini adalah sunah Nabi yang paling awal,sejak di Gua Hira' lagi.
Nabi Muhammad S.A.W juga telah pergi berkhalwah di Jabal Thur bahkan Nabi Musa a.s juga berkhalwah di Bukit Tursina seperti Firman Allah : “ dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam.. ".Surah al-A’raaf ayat 142.

Sabda Nabi S.A.W :
“ Wajiblah atas engkau sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi “ Syeikh Abdul Kadir Isa,
Haqaiq anittasawuf.

“ Orang yang ikhlas kepada Allah selama 40 hari akan timbul sumber hikmah dari hatinya pada lisannya ”.

“ Barangsiapa menambatkan akan dirinya satu malam pada jalan Allah adalah satu malam itu baginya seperti seribu malam sembahyang dan puasa “ HR Ibn Majah dan Usman.

“ Haqiqun bilmar’i inyyakuunalahu majaalisu yakhluu fiihaa wayazkuruu zunuubahu fayastaqfirullaha minha – sebenar-benar bagi seseorang itu mempunyai tempat duduk untuk ia berkhalwat didalamnya dan mengingati dosa-dosanya dan ia meminta ampunkepada Allah terhadap dosa-dosanya“

Darjat atau peringkat ehsan itu menurut Imam Ghazali tidak dapat dicapai dengan cara ta’alim atau mendengar kecuali dengan cara merasa atau dzauq.Bagi mencapai dzauq yang cepat perlulah mengikuti jalan bersuluk. ( Ihya’ Ulumuddin )

Dari ‘Aisyah r.h., dia berkata, “ Adalah Nabi SAW melaksanakan iktikaf dalam sepuluh hari akhir Ramadhan, lalu saya buatkan kelambu untuk beliau, lalu Rasulullah solat Subuh, kemudian memasukinya. (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).Penggunaan kelambu bagi golongan ahli Tariqat memandang mereka itu seolah-olah berada dalam kuburan atau liang.

Tempat-tempat untuk bersuluk itu ada berbagai , ada yang di surau,ada yang dibuat di rumah Syeikh atau Guru jika murid yang bersuluk itu tidak ramai.Kalau dulunya Nabi S.A.W beriktikaf di Gua Hira’ dan sekarang ibadat itu kebanyakannya dibuat di surau khas atau lazimnya dipanggil rumah suluk.


Ada sesetengah rumah suluk itu menyediakan bilik-bilik kecil yang hanya muat seorang sahaja sebagai tempat berzikir tetapi ia menghadkan bilangan murid yang ingin bersuluk.


Ada syeikh yang menyediakan liang atau lubang sebagai tempat khusus seperti liang khalwat Tok Selehor di Tumpat,Kelantan dan liang Tuan Guru Hj Muhammad Noh,Sg Chincin,Gombak.
( Kredit kepada pemilik gambar )


Liang Suluk TG Muhammad Noh terletak diluar Masjid Sg Chincin,Gombak.Tingginya lebih kurang 5’ dan lebarnya 7’.Malangnya tempat ini tidak terjaga,dibumbungi atau didindingkan agar bersih.Tempat ini berupa
sebuah taman ke hadrat Allah.



Oleh kerana murid yang bersuluk saban tahun makin bertambah,para syeikh memikirkan menyediakan kelambu kecil yang digantung di dalam surau atau rumah suluk sebagai tempat atau sempadan murid berzikir.
( Kredit kepada pemilik gambar )


Contoh Kelambu ; ada pelbagai bentuk. 

Bersuluk itu bukan Bertapa.Bersuluk itu dipimpin oleh Guru Mursyid yang menyampaikan murid atau salik itu kepada Allah,zikirnya dipimpin,taubatnya dipimpin sedangkan bertapa itu seorang diri sahaja.

Solat jamaah adalah wajib bagi murid yang bersuluk yang jika dihitung selama 10 hari 10 malam,mereka akan solat jemaah selama 50 waktu.

Suluk selalunya bermula pada hari Isnin atau Khamis dan berlangsung selama 10 hari 10 malam dan ada yang melakukannya selama 40 hari 40 malam.Kekangan masa dengan kesibukan bekerja dan mencari rezeki membuatkan kebanyakan para Guru mengadakannya untuk tempoh pendek sahaja.

Nabi S.A.W bersabda,"Bahawa amalan hamba dibentang pada hari Isnin dan hari Khamis"-Hujjatullah al Balighah- Syah Waliyullah ad-Dahlavi.

Sabda Baginda lagi," Penghulu hari di sisi Allah adalah hari Jumaat,lagi besar dari Hari Raya Haji dan Hari Raya Fitri.Padanya 5 macam,Pertama : menjadikan Allah Nabi Adam.Kedua : diusirnya dari syurga ke bumi, Ketiga : dia diwafatkan. Keempat,tak adalah hamba Allah yang meminta pada hari itu akan diberi Allah selama ia tidak memperbuat dosa atau memutuskan saliturrahim.Kelima : padanya berdiri hari Kiamat.Dan tak adalah dari malaikat yang hampir dan tidak pula langit dan angin dan bukit dan batu melainkan semuanya sayang pada hari Jumaat " HR as-Syafie

Maka jamaah akan mula bersuluk pada petang Khamis untuk menanamkan bibit-bibit zikrullah dalam hati sanubari.

Nabi kata,khairul umuur ausotuha yakni sebaik-baik perkara itu sederhana atau pertengahan.Tapi berSuluk ni nampak macam berat jer !

Nabi S.A.W amat bijaksana,kata-kata Baginda adalah wahyu Allah cuma umatnya tak faham dan buat-buat tak faham pada perkara yang dianggap menyusahkan. Nabi S.A.W kata sebaik-baik perkara buat yang sederhana tapi Nabi solat sampai bengkak-bengkak kaki Baginda.. ni bukan sederhana namanya.

Sayidina Abu Bakar r.a menyedekahkan semua hartanya untuk Islam,yang ada hanya Allah dan Rasulnya sahaja; ni pun bukan perbuatan yang sederhana !

Kaedah bersuluk itu ialah duduk berzikir siang malam beribu ribu berjuta-juta.Firman Allah,” dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,Allah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar “ Surah al-Ahzab : 35.

Berzikir secara intensif. Bertaubat dan berzikir . Berzikir bertaubat berzikir bertaubat berzikir sehinggalah Allah kurniakan warid dan tarqiyah kepada murid itu dalam bentuk pandangan atau rasa atau bau atau seumpamanya.

Barulah masa itu keadaan murid itu membetuli panggilan dari Allah  ,”   Ya aiyatuhannafsul muttmainnah”.Rasa seperti baru dilahirkan semula.Barulah RASA Allah itu ada bukan setakat tahu Allah itu ada sahaja. Maka cairlah hati kita pada masa itu dalam mujahadah dengan zikrullah secara berterusan.

Bersuluk tertakluk kepada adab-adab sebelum suluk,adab ketika bersuluk dan adab selepas bersuluk.Bersuluk ini seperti suatu jihad dimana salik akan meninggalkan segala kelaziman dalam kehidupannya,tinggalkan keseronokan,tinggalkan kemewahan dan segala perbuatan rutin seharian semata-mata untuk berzikir kepada Allah dalam satu jangkamasa yang tertentu.

Boleh ke kita buat di rumah,di surau atau di masjid lain seperti ini ? Tak boleh..kerana apa ; kerana banyak gangguan;bunyi call hanset,bunyi TV drama best,bunyi radio lagu best,bau kueh,anak panggil,kawan panggil, jiran panggil,Bos panggil,isteri panggil,mak ayah panggil..ingat chatting FB..jadi tak boleh nak tekun dan istiqamah.Kalau zikir sikit-sikit,hati akan lambat caj..Bila lambat caj , maka lambatlah peluang atau tiada peluang langsung untuk hati itu menerima tajalli Allah.

Bagaimana nak cepatkan caj hati , kenalah bersuluk dan beramal dengan amalan tariqat iaitu satu amalan yang boleh diistilahkan sebagai amalan tertentu,dengan bilangan tertentu dan di tempat-tempat tertentu.

Apa yang kita dapat selepas bersuluk itu ? Setiap mereka yang bersuluk itu yang datang dengan niat yang ikhlas semata kerana Allah ; mudah-mudahan mereka akan :

1.   Bertambah keyakinan mereka tentang wujud Allah , lebih kenal dan lebih tahu tentangNya.
2.   Merasai atau melalui pengalaman dzauki dan fana'fillah, faham apa yang dinamakan makrifah , tahu
      dimana berlakunya musyahadah , faham apa itu baqobillah dan istilah-istilah seumpamanya.
3.   Bertambah kefahaman tentang Martabat 7.
4.   Menyakini kepentingan bertawassul dan berabitah.
5.   Mempraktikkan adab-adab berzikir dan adab-adab bersama Guru atau orang yang alim.
6.   Istiqamah dalam solat taubat.
7.   Lebih memahami apa yang dikatakan oleh Ibn Atho'illah dalam Kitab Hikam.
8.   Memahami kepenting ilmu tasawuf ( ilmu tariqat ) dan kepentingan beramal dengannya.
9.   Rasa rendah diri ; tidak lagi mudah menilai orang lain berdasarkan kepada pakaian atau pangkat.
10. Faham apa yang dikatakan ilmu Laduni dan mudah mendapat natijah-natijah zikir.
11. Mantap pegangan kepada tauhid uluhiyyah dan rububiyyah.
12. Menyembah Allah yang sudah kenal seperti umpama bercakap dengan orang yang kita kenal dengan orang yang tidak kita kenal.
13. Hatinya benar-benar yakin apa yang wajib diimani.
14. Dengan bersuluk,kita dapat sebahgian walaupun tidak sepenuhnya sifat-sifat orang
Ulul albab.


Pekerjaan khalwat atau bersuluk ini ada 2 perkara utama yakni ZIKIR dan FIKIR.

Wallahua’lam.
Perbincangan lanjut boleh diikuti di :
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=20350.msg298523#msg298523

Posting yang berkaitan :

Apa itu Tariqat
Apa itu Zikir Khusus
Kepentingan Salasilah
Rabitah
Peranan Hati ,Akal dan Roh
Prinsip dalam Ilmu Tariqat YMTG Hj Jahid
Kepentingan Beramal dengan Ilmu Tasawuf - YMTG Hj Jahid


Sunday

Tanya Jawab orang bersuluk : Kenapa dan Mengapa ?

Kenapa bersuluk bermula pada hari Isnin atau Khamis ?

Nabi S.A.W bersabda,"Bahawa amalan hamba dibentang pada hari Isnin dan hari Khamis"-
Kitab Hujjatullah al Balighah Syah Waliyullah ad-Dahlavi.

Sabda Baginda lagi," Penghulu hari di sisi Allah adalah hari Jumaat,lagi besar dari Hari Raya Haji dan Hari Raya Fitri.Padanya 5 macam,Pertama : menjadikan Allah Nabi Adam.Kedua : diusirnya dari syurga ke bumi, Ketiga : dia diwafatkan. Keempat,tak adalah hamba Allah yang meminta pada hari itu akan diberi Allah selama ia tidak memperbuat dosa atau memutuskan saliturrahim.Kelima : padanya berdiri hari Kiamat.Dan tak adalah dari malaikat yang hampir dan tidak pula langit dan angin dan bukit dan batu melainkan semuanya sayang pada hari Jumaat " HR as-Syafie

Maka jamaah mula bersuluk pada petang Khamis untuk menanamkan bibit-bibit zikrullah dalam hati sanubari. 

Mengapa semasa bersuluk tidak boleh ( tidak dilazimkan )  mengaji atau baca Kitab ?

Menumpukan perhatian untuk pembersihan hati dari ghaflah dengan banyak berzikrullah dalam masa yang singkat itu,boleh sambung mengaji selepas habis tempoh bersuluk itu. Firman Allah,"Maka apabila telah kamu sempurnakan solat kamu maka berzikirlah kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring". Surah An-Nisa' ayat 103.

Kenapa tidak boleh menggunakan telefon bimbit  ?


Menggelakkan hati lalai dari ingatan selain Allah sedangkan pada masa itu hati salik itu belum cukup bersedia untuk menerima nur Allah.Salik kena 'tabattal ilaihi tabtiilaa, ya'ni memutuskan hubungan dengan yang lain selain dari ingat Allah.
Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya dengan penoh ketekunan
QS : Muzammil Ayat 8

Nanti terima panggilan dari keluarga anak menanggis,terima panggilan dari tempat kerja tanya itu tanya ini..nanti hati jadi lagho..dah tak ingat zikir dan tak ingat Allah.Jadinya perjalanan ke hadratullah itu akan berundur ke belakang.

Firman Allah dalah Surah Al-Kahfi : 110 -
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Sabda Nabi S.A.W :
“ Wajiblah atas engkau sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi “ 
Syeikh Abdul Kadir Isa, Kitab Haqaiq anittasawuf.


Mengapa salik tidak dibenarkan keluar dari surau atau rumah suluk ?

Uzlah itu adalah berbuat ibadat ditempat yang berasingan daripada manusia yang bukan ahli ibadat,sabda Rasulullah S.A.W,"Wajiblah atas engkau sentiasa berzikrullah ditempat-tempat yang sunyi".Jikalau jamaah yang bersuluk keluar dari surau atau tempat bersuluk,hati mereka mudah lalai,leka,lagho dan ghaflah dengan memandang perkara-perkara yang tidak sepatutnya yang boleh menghilangkan kusyuk hati dan menghilangkan ingatan pada Allah.Malah cahaya matahari dan 
angin juga boleh menjadi penyebab kepada hijab hati.


“ Haqiqun bil mar’i inyyakuunalahu majaalisu yakhluu fiihaa wayazkuruu zunuubahu 
fayastaqfirullaha minha
 – sebenar-benar bagi seseorang itu mempunyai tempat 
duduk untuk ia berkhalwat di dalamnya dan mengingati dosa-dosanya dan ia meminta 
ampun kepada Allah terhadap dosa-dosanya“

Kenapa tidak disediakan hidangan daging atau minuman bersusu ?

Jikalau memakan daging atau sumber dari makhluk berdarah selama 40 hari boleh mengeraskan hati dan perangai atau tabiat manusia akan cenderung seperti haiwan,ganas,buas,pemarah dan sebagainya sedangkan semasa bersuluk hati sanubari itu sedang di didik agar lembut dan lunak berzikir kepada Allah.

Biasanya,bila hari penutup suluk barulah disediakan hidangan daging dari ibadah aqiqah sembelihan kambing atau lembu.

Kata Saidina Ali kwj,"Barangsiapa berkekalan makan daging 40 hari ; keras hatinya dan barangsiapa meninggalkan makan daging 40 hari jahat perangainya."

Doktor Perubatan melarang makan garam bagi pesakit buanh pinggang begitu juga larangan oleh Doktor Rohani yakni Guru atau Syeikh itu melarang makan daging bagi pesakit ghaflah dan keras hati.
Dalam tubuh kita ini banyak penyakit; dengan tidak memakan daging (berpantang 10 hari sahaja )
dapat memudahkan hati dirawat.

Pengalaman orang-orang sufi yang berkhalwat jika makan benda berdaging,mereka susah beramal dan rohani mereka dalam kegelapan.

 


Makan daging itu harus,meninggalkan makan daging itu harus.

Ijtihad Tuan Guru Dr Hj Jahid Al Khalidi membenarkan orang-orang yang bersuluk boleh makan telor dan Ikan Bilis kecuali apabila dengan makan telor dan Ikan Bilis itu menjadikan seseorang itu itu tidak boleh berzikir maka dia hendaklah menghindari dari makan telor dan Ikan Bilis dan memaklumkan kepada Tuan Guru.



Mengapa kena tidur dalam kelambu ?

Menggelakkan dari digigit nyamuk agar hati kusyuk dan lazat berzikir.Jikalau nyamuk gigit,zikir kita akan terganggu, lagipun tiada larangan dari segi hukum.Ia bagi mengantikan bilik atau gua atau liang dan ia boleh menjimatkan ruang bagi orang yang bersuluk.Jamaah juga dilarang memasuki kelambu jamaah lain kerana kelambu itu ibarat atau menandakan kawasan atau wilayahnya untuk berzikrullah.
Ada juga yang bersuluk didalam liang lahad ( seperti yang ada di tempat bersuluk Tok Selehor di Tumpat dan di Masjid Sg Cincin,Gombak.Ada juga yang menyediakan bilik-bilik atau petak-petak kecil yang muat hanya seorang.



 (Kredit kepada pemilik-pemilik gambar).

Sabda Rasulullah S.A.W , dari A'isyah r.h dia berkata , " Adalah Nabi S.A.W melaksanakan iktikaf dalam sepuloh hari akhir Ramadhan , lalu saya buatkan kelambu untuk beliau lalu Rasulullah solat Subuh , kemudian memasukinya ". HR Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan Ibn Majah . 

Kenapa semasa bersuluk kena tutup pintu ?





Hadis ada menyebutkan tentang 7 golongan manusia yang dapat perlindungan dan naugan Allah di akhirat nanti , antaranya " dan seorang lelaki yang berzikrullah dalam keadaan bersunyi sehingga kedua-dua matanya berlinangan air mata".HR as-Syaihani.

HR al-Hakim dan Ya'li bin Shadad,sedang saya bersama Rasulullah S.A.W tiba-tiba Baginda bersabda,"Adakah dikalangan kamu ini orang asing ?" Kami menajwab :Tidak ada Ya Rasulullah.Maka Baginda pun memerintahkan kami untuk menutup pintu dan Baginda berkata,"Hendaklah kamu mengangkat kedua-dua tangan kamu".

Ia juga bertujuan agar binatang seperti kucing tidak masuk menganggu majlis atau ada orang lain yang bukan dari kalangan jamaah masuk ke majlis itu tanpa adab dan menganggu perjalanan majlis itu.

Dalam Hadis Qudsi Allah Taala menyebut :
" Ana jalisu man zakaroni - Aku seolah-olah duduk dengan orang-orang yang menyebutKu ".

Mengapa kena duduk tawaruk kiri , tak boleh bersilakah ?


Duduk Tawaruk kiri itu bertentangan dengan duduk Tawaruk Kanan yang biasa ketika mengerjakan solat.Ia mengambil adab para sahabat ketika bersama Rasulullah S.A.W .Kalau jamaah yang baru,mungkin dia tidak dapat bertahan lama kerana tidak selesa.Sebab itu,jamaah perlu beramal dahulu dengan adab-adab berzikrullah sebelum lagi masuk bersuluk agar dapat membiasakan diri dengan keadaan itu.Jamaah yang uzur boleh duduk berzikir dengan keadaan bersila atas keizinan Tuan Guru.

Almarhum Ustaz Hj Mokhtar Yaakub dalam Kupasan Kitab Tanwirul Qulub berkata; " Inilah duduk yang lebih tawaduk dan dapat membulatkan pancaindera".



Keadaan beramal sekarang sudah berubah mengikut ittihad Tuan Guru yang memimpin berdasarkan perkembangan semasa.Sesetengah Guru membenarkan murid berzikir samaada duduk dalam keadaan tawaruk kiri,duduk tawaruk kanan atau duduk seperti duduk antara dua sujud. Mana-mana pun boleh mengikut keselesaan.Keadaan begini tidak memberatkan murid yang baru beramal.

Kenapa semasa berzikir kena pejam mata dan tutup pula muka ?

Memejam mata itu boleh mendatangkan kusyuk hati semasa berzikrullah , malah dengan menutup muka keadaan menjadi lebih gelap dari sinaran cahaya.Ia melindungi jamaah dari memandang lintasan-lintasan yang boleh menganggu kekusyukan hati.Ia juga menghalang menumpukan kepada selain berzikrullah,tidak memandang-mandang pada jamaah atau suasana disekeliling.

Sabda Rasulullah S.A.W ," Hai Ali,pejamkanlah kedua-dua mata engkau dan pertemukan kedua bibir engkau dan tinggikan lidah engkau (ditegakkan lidah ke lelangit) dan kata engkau Allah,Allah,Allah". HR Tibrani dan Baihaqi sanad musalsal sahih. 

Kata Tuan Guru Syeikh Dr Hj Jahid Al-Khalidi dalam Kuliah Penutup Suluk ke 30 pada 8 Disember,2005 di Johor Bharu : " Kita ingat pengalaman dalam suluk yang menyusahkan tetapi kita tidak ingat iaitu susahnya nak mengingati Allah walaupun ringan ".

Syeikh Ahmad Tamam Shahnawi dalam Jamil al-usul al-awliya' ; adab dalam Naqsyabandi adalah berserban (menutup kepala ) dan berkupiah.

Memejam mata adalah perkara yang qat'ie yang wajib di ikuti sepertimana Rasulullah S.A.W buat tetapi menutup mata itu adalah perkara ittihad mengikut Guru yang memimpin. Ada Guru yang membenarkan murid-murid berzikir tanpa menutup muka agar ia tidak mendatangkan fitnah kepada amalan bertariqat.

Mengapa tidak boleh berbual-bual atau bersembang ?

Rasulullah S.A.W bersabda,'Memberi rahmat Allah Taala akan sesiapa yang memelihara ia akan lidahnya dan menjaga masanya dan berkekalan tariqatnya" HR Ad-Dulaimi dan Ibn Abas. Banyak masa kita semasa hidup ini telah digunakan untuk bersembang atau berbual-bual,maka masa bersuluk yang singkat ini kita gunakan untuk mengingati,berzikrullah,bertaubat,muhasabah dan menginsafi diri. 

Hadis Qudsi : " Wahai hambaKu ! Jika kamu ingin memasuki majlisKu maka janganlah kamu tumpukan perhatian kamu kepada dunia ini dan kepada alam malaikat atau alam yang lebih tinggi dari itu pun "

QS : As-Syam 9-10 : " Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan rugilah orang yang mengotorkannya ".

Firman Allah dalam Hadis Qudsi :
" Wahai hambaKu ! Aku adalah disisi sangkaan engkau dan Aku berserta engkau apabila engkau ingat kepadaKu "

Jadi kalau kita dok bersembang dan berbual; salik akan jadi lagho dan lupa akan zikrullah.

Kenapa jamaah lelaki saja yang jadi Tukang Masak ?

Jamaah wanita kekadang ada yang uzur dan lebih baik jamaah lelaki yang ditugaskan yang menyediakan makanan agar beberapa perkara atau larangan dalam suluk dipatuhi dan adab dapat dijaga. 

Mengapa tidak digalakkan mandi ?

Tubuh yang panas kerana berzikir itu lebih cepat atau mudah meningkat ke maqam yang lebih hampir pada Allah.Ia juga boleh menjadi hijab kepada murid dan melambatkan perjalanan 
rohani.Jangan banyak membuang masa dengan mandi atau membasuh pakaian.

Kenapa salik (lelaki)  tidak dibenarkan solat Jumaat ?










Sabda Rasulullah S.A.W : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka wajib ke 
atasnya Solat Jumaat kecuali perempuan,musafir,hamba atau pesakit." HR Baihaqi

Sila rujuk definasi sakit itu - Al-Syaukani,Naulul Autar min Ahadithsi siyidil al-akhyar , 
Syarh Muntaqa al-Akhyar.

Salik al-mubtadi atau jamaah yang baru bersuluk atau jamaah yang belum selesai perjalanan maqamnya yakni salik al-mutawwsit sahaja yang tidak digalakkan untuk solat Jumaat agar hati mereka tidak lagho melihat itu dan ini pada ketika hatinya itu sedang menghampiri puncak perjalanan pada makrifatullah. Jika mereka itu lagho,sedangkan masa atau tempoh untuk bersuluk itu sudah sampai ke penghujung,dikhuatiri jamaah baru itu terpaksa bermula bertungkus lumus mengenerate semula hati sanubarinya dan berkemungkinan jamaah itu tidak sempat atau tidak mencapai maqam makrifah hinggalah tempoh bersuluk selama 10 hari itu berakhir.

Sabda Baginda lagi :" Sesungguhnya alam jasad Anak Adam itu ada mudghah jika baik ianya maka baiklah seluruh ( perbuatan ) jasadnya , jika rosak ia ( kerana penyakit ) maka rosaklah seluruh ( perbuatan ) anggota ; itulah hati ".

Penyakit Hati itu menurut Ulama' Tasawwuf terbahagi kepada 2 yakni pertama; kerana maksiat dan dosa dan yang keduanya kerana lalai atau ghaflah.Maksiat dan dosa itu disucikan dengan bertaubat kepada Allah SWT manakala penyucian bagi kelalaian dan ghaflah itu adalah melalui zikrullah.

Suluk ini ibarat latihan intensif,yang tidak memberi ruang kepada perbuatan atau perkara-perkara yang boleh menjadikan hati orang yang bersuluk itu lahgo kerana tempoh suluk itu ada had masanya.Hati mereka perlu digenerate dengan zikrullah sebanyak mungkin.Kalau hatinya lagho atau ghaflah ibarat isian air ke dalam botol itu sudah tertumpah dan jamaah itu perlu mengisinya semula sampailah penuh sedangkan orang lain yang tidak lagho hatinya sudah hampir tercapai matlamatnya.

Jamaah yang melepasi maqam tahlil boleh pergi mengerjakan solat Jumaat , lagi pun kebanyakkan orang bersuluk itu datangnya dari luar mukim.Lainlah jikalau masjid ada berhampiran ditempat bersuluk itu.

Mereka yang tidak solat Jumaat itu bukannya tiga kali berturut-turut.Orang sakit di hospital pun tidak pergi solat Jumaat inikan sakit yang ada didalam hati yang boleh mendatangkan mudarat pada amal,iman dan ketaqwaan kepada Allah.Tetapi masih banyak pihak yang mempertikaikannya. Hanya mereka yang bersuluk sahaja yang tahu betapa nikmatnya masa bersama Allah.

Anggota Polis yang menjaga keselamatan Sultan atau Raja yang sedang solat Jumaat itu pun difatwakan tidak wajib solat Jumaat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Jadi,perkara ( tidak solat Jumaat semasa bersuluk) ini bukanlah satu masaalah,bukan suatu kekeliruan tetapi sering dikelirukan atau terkeliru.Menutup aurat itu juga wajib tetapi berapa ramai orang-orang kenamaan yang tidak menutup aurat tidak ditegur oleh para asatizah,oleh para mufti,oleh para ulama' sedangkan mereka yang mahu meningkatkan amalan kerohanian kepada Allah sering kali dipertikaikan.Begitu juga difatwakan haramnya merokok tetapi masih ramai dikalangan orang Islam masih bebas merokok malah mereka itu termasuk ada diantara Imamnya,Bilalnya,AJK surau masjid malah ustaz pun merokok didalam surau atau masjid itu malah mungkin juga merokok di depan mereka yang mengeluarkan fatwa itu sendiri.

Adakah tidak solat Jumaat ketika bersuluk itu menjadi kudis,menjadi penyakit atau menjadi beban kepada negara ? Terpulanglah kepada salik itu sendiri yang mahu bersuluk ya'ni mendekatkan diri kepada Allah dan mengenal Allah secara dzauqi dengan pimpinan Guru atau tidak mahu atas alasan terpaksa meninggalkan solat Jumaat manakala bersuluk itu pula dikatakan bukannya fardu ain..tepuklah hati ,tanyalah iman.
Mahu jahil tentang Allah sekejap atau mahu jahil tentang Allah selama-lamanya.



Mereka yang sedang bersuluk jika keluar solat Jumaat ke masjid yang jauh dari tempat suluknya dikhuatiri akan hilang tumpuan zikrullah.

Solat Jumaat itu walau pun fardu tetapi kewajipannya akan hilang bila ada keuzuran walaupun keuzuran itu kecil sahaja ( khafifah ) kerana ia boleh diganti dengan solat zuhur.

Ini pandangan dari Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang

Fatwa oleh Sheikh Abd Samad Palembangi
:Sesungguhnya orang yang sakit fizikal itu tidak wajib ke atasnya solat Jumaat dan tidak ada sakit yang lebih hebat atau kuat dari sakit hati ( penyakit rohani ).Ini kerana untuk mengubat penyakit tersebut sangat sukar “.

“ Dan ada pun solat Jumaat , segolongan ( ahli Tasawuf ) berpendapat bahawa orang
yang sedang bersuluk tidak boleh keluar ( dari tempat suluknya ) untuk solat Jumaat kerana jika ia keluar ia akan menemui orang ramai yang boleh menjadikan hati jadi faraq terhadap Allah ( tidak ingat Allah ).Himmah hati jadi jama’ merupakan roh ibadat dan jika mereka tetap di tempat khalwahnya himmah hati jadi jama’ dan hudhur maallah , maka solat di tempat khalwahnya itu lebih aula ( utama ).

Fatwa oleh Maula Ilyas al-Kurdi q.s : “ Sesungguhnya orang yang sakit ( sakit yang merujuk kepada hadis Nabi S.A.W ) tidak wajib solat Jumaat, tidak ada penyakit lain yang lebih sangat penyakit didalam hati dan ubatnya pun sangat susah daripada segala ubat.Maka harus bagi mereka yang bersuluk  itu meninggalkan solat Jumaat disebabkan uzur penyakit rohani ini ”.


                                                           Kitab Siyar as-Salikin

Salah satu uzur Jumaat lagi ialah apabila hari hujan ( hujan lebat )






Berkata Imam Al-Ghazali , " Ilmu Tasawuf adalah fardhu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau penyakit batinnya melainkan para Nabi".



Kita ambil satu contoh yang mudah lagi yaitu pemandu bas ekspres.Mereka ni bawa bas ikut jadual dan masa.Mereka perlu sampai ke destinasi tujuan mengikut masa yang ditetapkan,begitu juga orang yang bersuluk.

Apabila hari Jumaat,adakah kita pernah lihat semua bas-bas ekspres tu berhenti untuk solat Jumaat ??.Tidak kan...situasi ini berlaku setiap minggu diseluruh negara tetapi bersuluk itu berlangsung hanya 2 kali atau 3 kali saja setahun.

Kenapa dan mengapa golongan ini ( para ustaz,ustaz tv,ustaz majalah dan seklik dengannya ) tidak mempertikaikannya ? Sebab bila sebut perkara ini mungkin tidak jadi glamor dan tersohor.
mungkin...mungkin...Jika mereka sebut nanti ada Menteri yang melenting.Bila ini terjadi,mungkin...mungkin..pangkat,jawatan,kedudukan akan terpelanting ! Tapi bila pertikai pada orang yang bersuluk; mungkin...mungkin..pada pendapat mereka Allah tak dengar.
Suatu masa nanti mungkin...mungkin...dengan "title' ustaznya atau agamawannya itu mereka hanya diberi Standard Room dengan TV Hitam Putih dengan bilik air diluar !

Kenapa nak mempertikaikan pada kumpulan yang mahukan Allah,yang duduk berzikir pada Allah ,bukannya mereka ini sibuk berwasap ! Kenapa buruk benar sangkaan mereka.

Jadi para salik; ikutilah pandangan mursyid mu.

Tekini : Solat Jumaat telah diadakan semasa Majlis Suluk berlangsung begi menggelakkan fitnah 
berpanjangan kepada jamaah tariqah.Maka tidak timbul lagi , orang-orang yang bersuluk itu tidak solat Jumaat.

Mengapa ramai salik kena berubat ?


                                                    

Ramai jamaah yang datang bersuluk itu belum lagi bersih hatinya,ramai yang masih berpegang atau mengamalkan amalan-amalan kurafat atau amalan yang menyalahi hukum samada diketahui ataupun tidak ,disedari atau tidak.Allah itu sukakan hati yang bersih maka jikalau hati salik itu masih ada perkara yang selain Allah ; sukarlah baginya untuk meneruskan perjalanan ke alam dzauqi.Allah menerima hati yang sebersih-bersihnya, suci dari hadas dan najis hati.Hadas dalam hati itu menutup solat yang batin.

Kenapa tak nampak jamaah pakai jubah ?

Selalunya murid akan mengikut pemakaian Gurunya samada memakai jubah atau tidak bagi menjaga adab iaitu tidak melebihi Guru dan mengharapkan hati dan rohani mereka dekat pada Guru dan memudahkan perjalanan mereka kepada Allah.

Menurunkan atau menanggalkan segala kemulian pada diri seperti serban ( jika ketika itu Tuan Guru tidak memakai serban ) adalah sebagai tanda mengikramkan atau memuliakan Guru.



Kalau Guru memakai kupiah bentuk yang sama sahaja, ada yang berbentuk tajam dan sebagainya ; ini menandakan bahawa Guru juga mungkin mahu murid-muridnya mengikutinya sebagai tanda mereka itu murid beliau tetapi biasanya guru tidak memaksa muridnya berbuat demikian.Menurut Syeikh Dr Jahid,dalam Kitab Jamiul usul fil awliya', pemakaian Naqsyabandi macam orang-orang biasa saja.
..mudah-mudahan kita boleh mengikuti seboleh dapat peribadi Syeikh..InsyaAllah ...wallahu a'lam. 

Mengapa kuat sangat kena jaga adab ?






Adab di dalam perjalanan tariqah diambil atau digarap dari adab para sahabat dengan Rasulullah S.A.W. Maka disambungkan ia menjadi adab antara murid dengan Guru kerana Guru lah yang menyambungkan salik atau muridnya sampai ke makrifatullah, adab di majlis-majlis ilmu adalah ketentuan juga pada adab sebelum suluk,adab semasa suluk dan adab selepas dari suluk kerana majlis-majlis ini memungkinkan kedatangan roh para Nabi dan roh para ambia' , sebab itu adab-adab sangat-sangat perlu dijaga.
Menurut Syeikh Imam Ishak an-Naqsyabandi al-Khalidi ," sampai kepada makrifat dengan adab ; jatuh juga kerana adab ".

Firman Allah,"Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi ia berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu supaya kamu berterima kasih." (al-Maidah: 6)

Ulamak Sufi berkata,: Sekiranya tidak beradab menerima perintah dan didikan Guru maka seseorang itu tidak akan dapat beradab dengan Al-Quran dan as-Sunnah'. 

Menurut Ariffbillah Sidi Abun Najeeb as-Suhrawardy ,"Sesiapa yang mengabaikan adab; dia jauh walaupun menyangka dekat.Dia tertolak walau mengharap diterima "

Guru jadikan dirinya dalam 3 suasana; bapa,sahabat dan abang tetapi kita jadikan diri kita ini tetap murid.

Akan masuk syurga dengan ketaatan tetapi dapat bertemu Allah dengan adab.


Imam Syafie berkata,


 “ Sesiapa yang mahu Allah bukakan pintu hatinya dan diberi ilmu ( secara laduni / dzauki ) maka wajiblah ia berkhalwah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan dan tidak ada adab “

Syeikh Hj Mohd Daud Madrasah Suluk Kg Belanja Kiri,Parit,Perak dalam bukunya bertajuk "Catitan Riwayat Hidup Allahyarham Tuan Syeikh Hj Mohd Yatim Al-Kholidiy An'Naqsyabandiah menulis,"Saya pernah melihat antara 40-50 orang murid ayahnya (Syeikh Mohd Yatim) berzikir ditengah panas di luar Madrasah dengan diawasi oleh Khalifah selama lebih kurang 1 jam sebagai hukuman kerana berbual dan bersembang semasa bersuluk.


Kenapa semasa suluk , solat selalu lewat ?

Iqomatussolah bererti mana-mana waktu ditengah-tengah atau dihujung atau diawal waktunya kalau dapat iqomatussolah , itulah dituntut.Ada banyak dalil cepatkan solat tetapi jikalau solat diawal waktu itu tidak mencapai iqomah,maka ia tidak sempurna.

Di dalam waktu yang terhad itu ( suluk ) ada jamaah yang sedang diubati,ada jamaah yang sedang bertemu Guru atau merepot,ada jamaah yang sedang mandi,ada jamaah yang sedang dalam dzauq,ada jamaah yang sedang bertugas di dapur,maka jamaah yang lain perlu menunggu semua jamaah telah ada di dewan solat barulah solat dimulakan kerana semua jamaah yang bersuluk 
( tidak ada pengecualian ) mesti atau wajib solat berjamaah bersama-sama sepanjang suluk itu. 


Mengapa tidak semua salik dibenarkan bersuluk dibulan puasa ?

Suluk di bulan puasa hanya untuk jamaah yang telah biasa bersuluk kerana jamaah baru kemungkinan tidak tahan berada lama dalam majlis zikrullah .Namun ia bergantung atas keizinan Syeikh.

( Sekarang ini,kelonggaran oleh Syeikh untok bersuluk bagi mana-mana murid  )

Kenapa tak boleh cerita natijah dalam suluk pada orang lain ?

Kurniaan itu hanya diberikan atau diilhamkan Allah S.W.T kepada kita dan ia menjadi rahsia yang mesti disimpan.Hanya perlu melaporkan atau merepot kepada Guru mengenai sesuatu natijah itu sebagai adab.Semasa peristiwa isra' dan mikra',Saidina Jibrail pun tidak mengikut Nabi S.A.W ketika Baginda mengadap Allah SWT di Sidratulmuntaha.

Baginda Rasulullah S.AW bersabda," sesungguhnya setengah daripada ilmu itu sangat rahsia seperti keadaan sesuatu yang tersembunyi ".





Mengapa tak boleh berwirid atau berzikir kalimah lain selain yang dibaiahkan oleh Guru ?

Latifah Manusia memudahkan perjalanan ( suluk ) orang-orang yang salik yang berzikir dengan lafaz ALLAH di semua latifah (maqam) untuk segera mendapat jazbah ma'niyah ad-dzatiyah.

Kenapa tidak boleh bersuluk dalam bilik di rumah ?


Boleh ke kita buat di rumah,di surau atau di masjid lain seperti ini ? Tak boleh..kerana apa ; 
kerana banyak gangguan;bunyi call hanset,bunyi TV drama best,bunyi radio lagu best,bau 
kueh,anak panggil,kawan panggil, jiran panggil,Bos panggil,isteri panggil,mak ayah panggil..
anak naik atas riba,ingat ayam itik lembu belum bagi makan lagi,ingat chatting FB..jadi
tak boleh nak tekun dan istiqamah.Kalau zikir sikit-sikit,hati akan lambat caj..
Bila lambat caj , maka lambatlah peluang atau tiada peluang langsung untuk 
hati itu menerima tajalli Allah. 


Sebab itu kena duduk berzikir ditempat yang sunyi dari semua benda-benda itu , tempat 
yang semua orang duduk berzikir tanpa menghiraukan orang lain , tempat yang hanya 
dengar rintihan alunan munajat ; tempat yang tiada deringan telefon , tempat yang dikawal
makan minumnya ,suatu tempat yang membuatkan kita aman dan kusyuk ;  barulah hati 
kita mudah digilap dan bersedia menerima segala kurnia dari Allah. 


Ada juga Guru yang mengadakan suluk dirumah ,walaupun diadakan dirumah tetapi Guru itu ada bersama seperti Tuan Guru Hj Saibun di Pulau Kerengga,Trengganu. ( rujuk-Syeikh dalam Tariqat-YMTG Dr Jahid Sidek al-Khalidi)


Imam Syafie berkata, “ Sesiapa yang mahu Allah bukakan pintu hatinya dan diberi ilmu

( secara laduni / dzauki ) maka wajiblah ia berkhalwah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan dan tidak ada adab “

Bolehkah orang perempuan bersuluk ?

Bertasawuf,bertariqat dan bersuluk itu tidaklah khusus untuk kaum lelaki sahaja kerana Allah SWT memerintahkan setiap manusia yang dijadikan hanyalah untuk ubudiyyah kepadaNya ; baik kaum lelaki atau kaum wanita.Pandangan dengan mata hati atau hati sanubari itu samada kaum lelaki atau wanitanya mestilah pandangan yang telus , bukan pandangan yang gelap seperti ketulan air batu.Bagi menjadikan hati sanubari itu bersinar dan terang; ia hendaklah sentiasa digilap dengan zikrullah.

Zikrullah itu tidak tertakluk kepada sesuatu kaum sahaja tetapi kepada semua.Sabda Nabi S.A.W : "Barangsiapa tidak mengingati Allah,maka sesungguhnya dia telah lepas dari iman" HR Tabrani.

Adakah bersuluk ini seperti bertapa atau seperti Jamaah tabligh ?

Bersuluk itu bukanlah seperti bertapa kerana bersuluk itu dipimpin pengembaraan rohani murid itu oleh Syeikhnya. Ada orang kata dia bersuluk di rumah dengan cara duduk bersendirian dalam bilik tanpa ada sesiapa.

Ada juga yang beranggapan jamaah-jamaah tabligh yang keluar membuat taklim selama 3 hari,40 hari atau 3 bulan itu juga pergi bersuluk.

Bersuluk ini hanya senonim dengan pengamal-pengamal tariqat yang mendalami Ilmu Tasawuf bagi mempercepatkan proses penjernihan hati dan proses mengenal Allah secara dzauqi (secara rasa ).

Bukan juga semua jamaah tariqat itu mengadakan suluk ini.Ada aliran tariqat yang tiada amalan seperti ini dan ada yang pernah melaksanakan oleh Masyaeikh mereka suatu ketika dahulu dan sekarang tidak dilakukan lagi kerana berkemungkinan tiada pengantinya selepas itu yang diberi
izin untuk melaksanakannya atau tiada pengantinya yang pernah bersuluk bersamanya.Pemimpin suluk itu hendaklah orang yang pernah bersuluk juga dengan gurunya.

Mengapa orang yang nak bersuluk itu perlu berbaiah terlebih dahulu ?

BAIAH DAN KEIZINAN adalah satu adab yang dipraktikkan dalam menuntut ilmu Tasawuf.Konsep berbaiah ini terdapat dalam Al-Quran,Sunnah dan sirah sahabat.

Dalil dari Al-Quran itu ialah firman Allah dalam Surah Al-Fath ayat 10 :


Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yangtidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu
hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. 

Dalil dari Sunah Nabawiyyah pula berlaku bukan hanya dikalangan jamaah 
lelaki tetapi juga melibatkan juga kaum muslimah,berkumpulan atau kanak-kanak.

Hadis yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam sahihnya,dari Ubadah bin Shamit 
r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W,
” Berbaiahlah sekalian denganku iaitu tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun,tidak mencuri,tidak berzina,tidak membunuh anak-anakmu,tidak membuat fitnah antara sesama kamu dan tidak durhaka terhadap perintah kebaikan.Barangsiapa menepati perjanjian itu,nescaya ia diberi pahala oleh Allah dan sesiapa melanggar salah satu daripadanya maka ia akan dihukum didunia ini.Hukuman itu menjadi kafarah baginya.

Dan barangsiapa melanggar salah satu daripadanya kemudian ditutup oleh Allah (tidak diketahui orang sehingga dibebaskan dari hukuman dunia) maka perkaranya terserah kepada Allah.Kalau Allah ingin mengampuni,diampuniNya dan kalau Allah hendak menyiksa,disiksakanNya ”. Maka kami semua berbaiah kepada Baginda atas hal-hal tersebut.

Ada beberapa hadis lagi yang menunjukkan para sahabat berbaiah secara 
berjemaah,baiah kaum wanita , baiah budak yang belum baligh dan berbaiah secara individu.Ada juga baiah para sahabat r.a melalui Para Khalifah. Baiah seperti inilah yang diikuti oleh para sufi dan pengamal-pengamal tariqat.

Bolehkah murid dari Guru Tariqat lain boleh bersuluk dengan Guru yang lain ?

Hendaklah diteliti dengar betul salasilah tariqat yang hendak diikuti ,carilah yang muktabar dan ada 3 asas mudah hendak memilih iaitu :

1. Betul pada sanad atau salasilahnya sampai kepada Rasulullah S.AW.Tidak dibuat perubahan nama Masyeikh dari dulu hinggalah ke sekarang.

2. Guru yang memimpin itu adalah guru yang sah,guru yang diberi kalam oleh gurunya untuk memimpin jamaah,bukan guru yang melantik dirinya sendiri.

3. Guru itu guru yang diketahui mengikut syariat,bukan guru yang pakai seluar 
pendek atau solat pakai niat sahaja.

4.Kalau boleh,pilihlah yang ada melakukan suluk,kerana ia adalah jalan dekat,
sangat dekat dan sangat mudah mengenal Allah secra dzauqi.Wallahu a'lam.

Ariffbillah As-Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi berkata ; maka barangsiapa tidak berhubung salasilah tariqatnya hingga kepada hadrat Nabi S.A.W maka terputuslah berkatnya dan tidak mendapat waris dari Nabi S.A.W.- Kitab Tanwirul Qulub.

Ariffbillah As-Syeikh Abd Wahab As-Sya’rani berkata ; Ketahui oleh mu hai tholib yang berkehendakkan rahmat Allah, barangsiapa yang tidak mengetahui akan bapanya dan datok neneknya di dalam tariqat

( salasilah ) maka dialah tersangat buta dan terkadang dibangsakan ia kepada yang bukan bapanya 
( salasilah lain ). – Kitab Jamiul usul fil auliya’.

Ariffbillah As-Syeikh Ahmad Kamashkhanawi Rahmatullah dipetik juga dalam Kitab Jamiul usul fil auliya’ menyatakan bahawa; Barangsiapa yang tidak sah baginya keturunan kaum ( salasilah tariqat ) maka dianya anak buangan di dalam  amalan tariqat tidak ada bapa baginya dan tidak harus baginya duduk jadi Ketua Majlis ( dibuat Guru ) dan tidak harus juga baginya bersama-sama menunjuki ( yakni mengajar ) kepada kebenaran melainkan sudah mengambil ia akan adab tariqat daripada seorang Guru yang Mursyid ( Guru yang  sahih salasilah tariqatnya  hingga kepada hadrat Nabi S.A.W ). 

Pentingnya salasilah dalam amalan bertariqat kerana ia merupakan saluran,seperti kabel atau seperti frekuensi sebagai penghubung dan penyambung kerohanian terutama semasa bersuluk.

Ada diantara murid yang sedang fana’,ada murid dalam keadaan dzauq,ada murid yang tidak dapat berzikir dan ada murid yang lalai dan ghaflah ; maka gurulah yang menjadi pengantara atau wasitoh kepada murid itu untuk menyampaikannya kepada Allah dan memantau perkembangan rohani murid-muridnya yang lain.Jikalau seseorang guru itu tidak mencapai tahap apa yang dinamakan Guru Mursyid itu dan tidak pernah melalui pengalaman-pengalaman orang yang bersuluk, bagaimanakah dia boleh dan mampu menangani keadaan muridnya yang sedang mengalami mabuk Allah.Guru-guru biasa tidak mungkin dapat mengendalikan murid-murid yang dalam keadaan sebegini.

Sebab itu seseorang murid perlu yakin untuk berguru dengan guru yang betul.Apabila kita sudah yakin bahawa pilihan kita itu betul maka tidak perlu lagi kita mencari guru yang lain.Sudah cukup guru yang ada ini membimbing dan memimpin kita ke jalan Allah. 


Kenapa orang lelaki saja yang menjalankan Khatam Batu @ Khawjakan ?



Ada beberapa bacaan tertentu dibaca ketika Batu Khatam diagihkan dikalangan jamaah lelaki mengikut jumlah batu yang ada ditangan mereka.Mereka kan membaca surah tersebut selepas mendengar bacaan dari Syeikh terlebih dahulu.Jumlah batu yang diedarkan sebanyak 100 biji.Ketika majlis khatam batu diadakan,kaum muslimah hanya menunggu sehingga majlis itu selesai sambil berzikir.Jumlah bacaan yang terhad itu hanya sekadar cukup bagi pihak jamaah lelaki sahaja yang membacanya.

Di masa dulu,jamaah atau murid tidaklah ramai seperti sekarang pada sesuatu masa majlis khatam itu diadakan.

*** Sekarang ini amalan berkhatam telah di ittihadkan oleh Guru yang memimpin boleh dibuat tanpa menggunakan batu malah kaum wanita juga boleh ikut serta membaca ayat-ayat khatam.

Apa yang dapat bila sudah bersuluk ?

Setiap mereka yang bersuluk itu yang datang dengan niat yang ikhlas semata kerana Allah ; mudah-mudahan mereka itu nanti akan :

1.   Bertambah keyakinan mereka tentang wujud Allah , lebih kenal dan lebih
 tahu tentangNya.

2.   Merasai atau melalui pengalaman dzauki dan fana'fillah, faham apa yang 
dinamakan makrifah , tahu dimana berlakunya musyahadah , faham apa itu baqo’billah dan istilah-istilah seumpamanya.

3.   Bertambah kefahaman tentang peringkat-peringkat Martabat 7.

4.   Menyakini kepentingan bertawassul dan berabitah.

5.   Mempraktikkan adab-adab berzikir dan adab-adab bersama Guru atau 
orang yang alim.

6.   Istiqamah dalam solat taubat.

7.   Lebih memahami apa yang dikatakan oleh Ibn Atho'illah dalam Kitab Hikam.

8.   Memahami kepenting ilmu tasawuf ( ilmu tariqat ) dan kepentingan beramal 
dengannya.

9.   Rasa rendah diri ; tidak lagi mudah menilai orang lain berdasarkan kepada 
pakaian atau pangkat.

10. Faham apa yang dikatakan ilmu Laduni dan mudah mendapat natijah-natijah zikir.

11. Mantap pegangan kepada tauhid uluhiyyah dan rububiyyah.

12. Menyembah Allah yang sudah dikenal seperti umpama bercakap dengan orang 
yang kita kenal dengan orang yang tidak kita kenal.

13. Hatinya benar-benar yakin apa yang wajib diimani.

14. Dengan bersuluk,kita dapat sebahgian walaupun tidak sepenuhnya sifat-sifat orang
Ulul albab.

BERSULUK ITU JUGA SUATU RIADHAH - Mereka yang bersuluk akan dicontrol makan minumnya,tidak boleh sesuka hati untuk makan,mereka juga mengurangkan tidur,
membanyakkan solat taubat.Nafsu dan naluri manusia yang sukakan bunyian-bunyian dan lintasan-lintasan dapat dikawal.

BERSULUK JUGA DAPAT BERZIKIR SECARA JAMAAH - Setiap lepas solat, ada halaqah 
tawajuh/zikir yang dipimpin oleh Syeikh.Taubat juga dipimpin. Jadi,murid itu dipimpin kepada Allah oleh Syeikh ; bukannya dibiarkan sendirian.Inilah yang mudahnya murid itu cepat dapat mengenal Allah.

BERSULUK ITU JUGA MERUPAKAN PINTU KEPADA MAKRIFAH

- ini adalah jalan yang cepat, jalan yang mudah,jalan pintas/short cut atau jalan yang dekat untuk sampai kepada Allah secara sedar dengan rasa,bau atau penglihatan atau kesemuanya setelah hijab salik itu dibuka.

BERSULUK ITU JUGA MENGENALKAN KITA TENTANG GURU MURSYID -Banyak diperkatakan 
mengenai status Guru Mursyid samada secara teorinya,panggil-panggilannya,ikut-ikutannya atau seumpamanya.Apabila hijab murid dibukakan melalui amalan bersuluk ini,murid itu sendiri akan mengetahui kedudukan atau taraf gurunya itu melalui natijah-natijah zikir (perkhabaran,pandangan,mimpi) hasil dari banyaknya melakukan zikrullah.

Ibaratnya,orang yang tidak pernah berkahwin itu tidak dapat memberi gambaran yang tepat 
mengenai seorang suami atau seorang isteri berbanding dengan mereka yang sudah berkahwin.Bagaimanapun,murid itu perlu menjaga adab-adab atau rahsia guru itu dengan 
tidak menceritakan kepada sesiapa jua pun.

BERSULUK juga mendatangkan kefahaman dan ilmu kepada murid itu mengenai pelbagai 
istilah yang ada dalam ilmu tasawuf yang selama ini kabur atau selama ini faham melalui
pembacaan,teori atau ikut sebutan orang lain.Sebahgian besar dari istilah-istilah di dalam
Ilmu Tasawuf itu dialami sendiri oleh murid yang bersuluk bukan sekadar mendengar
perkataannya sahaja sebelum ini.


Kenapa susahnya berzikir ketika bersuluk ?

Kata Syeikh Dr Jahid ; sebab kita rasa segala amalan itu kita yang lakukan atau kemajuan 
dalam zikir itu adalah kehendak kita.

Kenapa selalu kena merepot atau melapur kepada Tuan Guru ketika bersuluk ?

Apabila murid yang bersuluk itu telah mencapai maqam-maqam atau peringkat-peringkat zikir tertentu tetapi murid itu sendiri tidak tahu kedudukan zikirnya atau dia bermasaalah untuk berzikir maka murid itu perlu berjumpa Guru yang memimpin suluk itu untuk memberitahu atau mengkhabarkan ehwalnya itu.

Jadi,Guru akan tahu tahap zikir murid itu untuk memudahkan perpindahan ke maqam yang lebih tinggi ataupun menangani masaalah murid tersebut yang tidak boleh berzikir samada dari salah adab atau ada mengamalkan amalan atau ilmu yang salah atau yang syirik.Jadi mudahlah bagi Guru untuk mengubati masalah yang dihadapi mereka ini.

Pepatah Sufi ada berbunyi, " Tidaklah cerdik untuk seorang pesakit yang enggan menceritakan sakitnya kepada Tabib ".

Kenapa apabila berzikir perlu menggunakan tasbih kecil ?





Penggunaan tasbih begini adalah bergantung kepada amalan lazim seseorang Syeikh Tariqat itu.
Samada ia dari natijahnya sendiri atau dari muridnya atau sudah dari amalan Gurunya yang terdahulu.

Ada diantara murid yang mempertikaikan penggunaannya kerana pusingan tasbih atau petikan tasbih tidak sama dengan kiraan sebenar seolah-olah menipu tetapi sebenarnya tidak..cuma salah faham murid tersebut yang tidak bertanya kepada Guru.

Suluk itu memerhati Allah dengan Allah..'basrahu bi basrihi'. Zikirnya mula dengan berbilang-bilang hinggalah berzikir sampai tak terbilang seperti air yang mengalir.

Kelajuan pusingan tasbih ini adalah cuma menjadi satu asbab atau memberi maksud bagi mereka yang berzikir agar ingatan kepada Allah itu jangan putus.Jikalau petikan atau pusingan tasbih itu lambat dan perlahan;maka ingatan kepada Allah juga kurang dan putus-putus.

Hati berzikir 70 x sesaat ; tasbih dipetik laju bertujuan menyamainya.Tasbih dipetik dengan jari telunjuk kerana kita bertasmid ( angkat jari ) telunjuk.Jari telunjuk itu juga ada urat yang sampai ke hati.

Kenapa kena bertugas ketika orang lain sedang berzikir ?


Mereka yang diberi tugas itu adalah murid-murid yang sudah lama berzikir dan mereka bertugas untuk menyediakan segala keperluan Tuan Guru dan orang-orang yang sedang bersuluk ketika itu.Orang-orang yang baru bersuluk tidak mahu diganggui mereka itu dengan melakukan kerja-kerja lain selain duduk berzikir sahaja.Kerja-kerja lain seperti memasak dan menyediakan makanan sudah ada petugas-petugas khas yang melakukannya.
Orang yang dilantik oleh Guru ini pula patut bersyukur kerana dapat berbakti sebagai pembantu atau petugas yang berkhidmat kepada Guru seperti mananya Rasulullah S.A.W dalam sirahnya ada 14 orang pembantu.


Mengapa kekadang tidak dilaungkan Azan setelah masuk waktu solat ?

Jamaah yang baru bersuluk  mungkin tertanya-tanya kenapa kekadang tiada kedenaran
azan terutama masuknya waktu Isyak.Orang yang boleh melaungkan azan semasa suluk berjalan adalah orang yang telah dilantik khusus oleh Khalifah Adabiyah atau Tuan Guru sahaja bertugas melaungkan azan,membaca taslim atau bertarahim.
Tatkala masuknya waktu Isyak berkemungkinan beliau ada tugas lain atau tiada keperluan untuk azan pada masa tersebut kerana jamaah-jamaah yang bersuluk terutama mereka yang bertugas di bahagian dapur dapur belum selesai menyiapkan tugas mereka seperti memasak.Oleh itu, jika dilaungkan azan,maka jarak antara masa azan dan solat itu agak jauh.Sebab itu ia tidak diberatkan bahkan azan itu hanya untuk makluman jamaah yang bersuluk sahaja bukannya untuk memanggil jamaah dari luar yang bukan dikalangan ahlinya.

Kenapa perlu merepot ?

Kenapa tidak boleh bertanyakan Guru mengenai sesuatu natijah dalam suluk..ini jawabnya





                                                      Pautan ke posting berkaitan SULUK

                                                  Pautan ke Portal membincangkan SULUK