Monday

ORANG BUNIAN : Betul ada ke atau hanya mitos ?

Ada ke orang Bunian ni ? Camna rupanya ? Macam orang ke atau macam jin.Macamana nak kenalnya kalau jumpa ? Rumahnya kat mana ? Itulah persoalan-persoalan yang akan muncul dibenak hati apabila bercakap mengenai orang bunian.Ada macam-macam persepsi.Allah jadikan dari sekecil-kecil makhluknya seperti Micro Organisma sehingga sebesar-besarnya iaitu Cakerawala adalah untuk menjadi saksi kewujudan Allah.

Kalaulah semua makhluk Allah ini dizahirkan,jarum yang dilepaskan dari langit tak akan sampai ke bumi..begitu banyaknya. Begitu juga bila memperkatakan tentang hantu.Jangan keluar malam nanti kacau dek hantu, kata orang.Mereka juga sering menakut-nakutkan kanak-kanak dengan cerita hantu.Ditambah pula dengan filem dan drama cerita-cerita hantu sedangkan mereka tak pernah pun jumpa atau tengok hantu ! Hantu cantik macam artist ke..hantu hodoh macam hantu ke.Acit tak pernah menakut-nakutkan anak dengan hantu kerana acit selalu pesan,hantu tak pernah tengok,tak pernah jumpa,tak pernah kenal..kenapa perlu takut ? Hantu iblis syaitan itu musuh Allah yang nyata maka ia juga musuh kita yang nyata. Sedangkan rumah acit terletak jauh dalam kebun tanah lot selang 2 ekar.Rumah yang ada kat kelompok di situ adalah 4 buah itu pun,kalau jerit pun belum tentu jelas didengar.Kemudian yang dekat sikit lagi 2 km..he.. he..memang kawasan hantu ronda-ronda malah kawasan dekat rumah acit pun ada tapi cuma mereka ni tak lalu kat umah acit,mereka kona arah lain.Cuma acit tak bagitau keluarga bimbangkan mereka takut.Acit selalu tinggalkan rumah seminggu dua atau keluar atas hajat orang dan balik pukul dua tiga pagi.Malam pernah acit tersempak dengan ular yang sebesar batang pinang cross jalan..tak nampak kepala,tak nampak ekornya..tak tau belah mana sehinggalah ia berlalu.

OK berbalik kepada orang Bunian tadi..ada ke ? Ada..Macamna nak kenal ? Orang Bunian ni kalau dia berupa kepada manusia biasa,mereka selalu berpakaian sedondon..maknanya kain baju seluar sama warnalah..kalau purple,purle semua..kalau biru,biru semua,kalau kuning,kuninglah..mungkin juga di zaman millenium ni dah pakai macam-macam fesyen kot..Kalau dekat atau kalau perasan, tiada lekuk atas bibirnya..macam kita ni ada kan..cuba rasa kat atas bibir tu,ada lekuk kan; kalau takda,enta ni orang bunianlah ! he.. he..

Ini pengalaman peribadi yang acit alami di hutan belantara suatu masa dulu,tahunnya lebih kurang 1996 ketika menjalankan kerja-kerja perhutanan di kawasan berkenaan.Kawasan Hutan Simpan itu terletak di sempadan Negeri Pahang dan Trengganu tetapi acit memasukinya melalui Jalan Sg Mas,Pasir Raja,Ulu Dungun,Trengganu yang bersempadan dengan Kg Pagi,Kuala Tembeling,Jerantut, Pahang.Ia kawasan konsesi pembalakan KPKKT (Kumpulan Kayu Kayan Negeri Trengganu).
Perjalanannya mengambil masa 1 jam dari jalan luar,itu pun kalau speeding 90km-100km sejam..tapi sebelum memasuki hutan,jangan makan banyaklah nanti muntah hijau kerana diulik oleh kenderaan pacuan 4x4.Jalan bengkang bengkok dan beralun-alun..sama jer macam dok kat laut..cuma kat laut tu jalan straight dan takda turun naik bukit.Laluan balak ini kena tau cara dan kaedah drivingnya,nanti boleh terjadi kemalangan dengan lori/trailer balak.Bila kita memandu arah masuk ke dalam,kita kena ambil side tepi tepi tebing apabila ada tebing dan bukit bersebelahan kerana kenderaan arah keluar akan menghimpit arah bukit.Ia bagi menggelakkan trailer balak yang berat tergelincir ke arah gaung atau cerunan.

Acit selalulah..hampir setiap hari drive keluar masuk ke sini..masuk pagi atau tenghari..malam karang keluar semula jam 11 malam,atau 12 malam.Nak sampai kat luar kadang-kadang jam 2 pagi tetapi kalau hujan,jalan licin lagilah lambat..turun bukit pun kenderaan pacuan 4 roda berpusing-pusing,pernahlah acit terbalik dua tiga kali selama 10 tahun dalam dalam industri ini.Alhamdulillah,takda kecederaan apa-apa,Allah yang memberi sebaik perlindungan.
Kelihatan dalam gambar seorang Operator Bulldodozer,Razak@Sahari,Operator 
Lorry Winch Alias,Penebang Pak Ghani dan Joko dan seorang Kelindan.

Ini salah satu gambar kejadian benar berlaku kepada acit di kawasan Hutan Simpan ini juga tetapi di Kompartmen 20,kawasan yang mula-mula sekali kerja.Kelihatan seorang Operator Bulldozer,seorang Kelindan,seorang Pemandu Lori Hantu dan dua orang penebang balak.Sebaik bertanya keadaan semua pekerja, acit terus snap gambar ni.Memang menjadi kebiasaan dan hobi acit bawa kamera dalam porch kalau masuk ke hutan,suka ambil gambar macam-macam..camera sentiasa ready.Kenderaan pacuan 4 roda Toyota Land Cruiser yang dipandu acit mngalami kerosakan gear ( biasa kami panggil gear tendang ) ketika berada betul-betul dekat nak sampai ke puncak bukit tetapi tiba-tiba tup ! Allah ! Bunyi gear lucut dan Land Cruiser terus mengundur laju ke belakang.Dua orang pekerja sempat terjun,tiada pekerja di bahagian depan,hanya acit seorang.Tangan pegang stering,sebelah lagi pegang holder untuk berpaling tengok ke belakang tetiba tayar melanggar bahagian jalan yang senget lalu booommm..Ya Allah ! terbalik.

Acit terus keluar dapatkan pekerja yang berdiri di bahagian belakang,semuanya terguling ke tanah.Apabila ditanya ada yang cedera, semua kata tak ada cuma seorang penebang balak bengkak di bahagian
bahu.Alhamdulillah,bayangkan ketika itu ada minyak diesel satu tong drum penoh untuk di isi dalam Bulldozer,ada chainsaw,ada parang..tetapi mereka semua selamat.Kebiasaannya Operator Bulldozer yang bawa jeep ni tetapi oleh kerana acit nak pastikan mereka pergi kerja lebih awal,jadi acit yang pandu.Ini adalah sebahgian eksiden yang berlaku dan dirakamkan.

 Acit keluar bukannya berdua,sorang-sorang..samada keluar untuk balik ke rumah atau untuk masuk ke rumah kongsi.. yang ada Allah Taala jer.Kadang-kadang tu harimau akar melompat depan kenderaan,rusa sebesar Hilux melompat depan kenderaan ,diserang gajah dan macam-macam binatang lagi.. Tapak pak belang pun kalau tengok besarnya selebar piring teh..Kena kejar dengan ular tedung sela.. Haa..ada macam-macam pengalaman..jadi memori.Acit cuma bertawakkal kepada Allah dan selalu amalkan menyantuni dan memberi salam kepada mereka yang mendiami di sesuatu kawasan hutan yang baru dimasuki.Macam kehidupan kitalah,ada Ketua Kampong,ada Penghulu dan ada Pegawai Daerah.Di kawasan hutan pun begitu juga,ada penjaganya.Macam kita masuk rumah orang,tak bagi salam kena plangkong kang ! Jadi kita hurmatlah dan minta izin untuk masuk ke kawasannya.Bila kita dah bagi salam,maka mereka pun dah tau kita memasuki areanya .
Peristiwa berlaku di Kompartmen 107 Lesen 3011/96 Hutan Simpan Jengai,Hulu Dungun yang berwarna kuning,kawasan last yang acit buat kerja.Kawasan berwarna lain itu adalah kawasan sudah kerja. Di kawasan konsesi ini atau dipanggil kompatment, ia terletak di kawasan yang berbukit tinggi, malah awan kabusnya pun dah duduk bawah bukit,bukan atas bukit lagi.Ia satu kawasan yang sejuk kerana berada di jajaran Banjaran Titiwangsa.

Ringkaskan cerita,bila siap mendirikan rumah kongsi dan memulakan kerja,KEPALA acit (panggilan kepada Penyelia atau Mandor pekerja) akan berjalan ke semua sudut kawasan kerja yang seluas 1000 ekar itu.Beliau sebelum ini berkerja sebagai Penebang Balak,kemudian dilantik menjadi Kepala...kalau kat Indonesia,kepala kantor gitu erk..tapi ini Kapala Hutan.Dia seorang yang boleh dianggap orang yang lurus dan tak banyak cakap ,yang banyaknya sengeh..sengeh..kata apa pun sengeh..tak kata apa pun dia sengeh.malah acit boleh tabik spring kat dia ni kerana beliau boleh tahan bekerja menebang balak dalam keadaan yang berpuasa !! MasyaAllah..tebang balak tu dah kerja berat,dengan habuk kayunya,turun bukit naik bukit pikul mesin gergaji (chainsaw) panas lagi.Kalau tengok bahu semua penebang balak ni,bahu mereka dah jadi kematu kerana selalu pikul chainsaw panas.Tapi itulah,kalau kita meletakkan Allah Taala di depan,semua urusan yang lain di belakang jadi mudah.Gambar di bawah menunjukkan salah seorang pekerja acit yang sedang menebang balak.
Suatu hari,setelah semua orang sudah balik bekerja dan semua sudah berada di rumah kongsi,kelibat beliau tidak kelihatan sehinggalah ke malam.Semua orang gelisah..sehinggalah usaha mencari dibuat tetapi tak jumpa.Ini bukanlah kali pertama Kepala acit hilang dan tak balik ke rumah kongsi pada hari dia berkerja.Suatu masa dulu pada tahun 1984,seorang Kepala acit pun tak balik juga malam tu. Gerakan mencari seluruh kawasan kerja,hidupkan jentera bulldozer..chainsaw untuk membuat bunyi bising agar dia dengar atau kalau ada binatang buas pun akan lari tetapi hasilnya hampa sehinggalah tenghari dia balik ke rumah kongsi menaiki kereta.Rupa-rupanya dia tersesat keluar ke daerah lain.

Berbalik kepada cerita Kepala yang ini,repot polis dibuat keesokannya,maka ramailah anggota polis, PGA,pekerja-pekerja pembalakan mencarinya tetapi tidak berjumpa sehinggalah berita tersebut keluar TV.Setelah dua hari mencari,kelibatnya masih belum di kesan,baju ke..darah ke..atau tanda-tanda lain... eh mananya cerita orang bunian..jap-jap sabor.. Masuk hari ketiga,seorang anggota keselamatan yang sedang buang air terserempak dengan beliau yang selamber jer..dan dia dibawa balik ke rumah kongsi.Bila ditanya dia ke mana,dia kata ketika sedang nak buang air ; dia nampak macam gajah dan lari..itu katanya. Selepas beberapa lama,saya panggil dan tanya dia.Pok Soh (namanya Yusuf,orang Kelantan)hilang hari tu gi jumpa Hj Salleh ke? tanya saya.Dia angguk dan kata orang tu bawa dia ke masjid dan beri dia makan..ooo.saya mengiyakan.Dia pun tak tanya apa-apa macamana saya tahu..sengeh jer.

Sebenarnya,kawasan ini adalah tempat kediaman kumpulan orang-orang bunian,macam kampongnyalah. Semasa mula-mula membina rumah kongsi ni di seberang sungai,acit didatangi mimpi seorang lelaki yang mengenalkan diri sebagai Hj Salleh yang memberitahu di sini ada perkampungan bunian.Beliau tunjukkan pintu ke tempat mereka (mungkin pintu ke alam mereka),pintu yang dikatakan tu macam berbentuk batu besar seperti dinding.Keesokannya acit pergi kat batu tu dan didapati sama apa yang diberitahu dalam mimpi tapi nampak batu ajelah..pintunya tak nampak pun.Tak lah nak cuba masuk kat batu tu; nanti hilang macam Pok Soh juga,kecoh pulok sekali lagi. Jadi tak hairanlah bila orang seperti Pok Soh itu hilang dan balik semula dalam keadaan yang sihat dan normal,dia dijemput bertandang atau menjadi tetamu ke perkampongan bunian.Nasib baik tak dijadikan menantu !! ish..ish..ish. Nanti kita sambung cerita hantu yang acit jumpa dalam hutan..he..he..suspen..suspen.

Sunday

AIR Waridat Ilahiyyah

Air yang berupa Waridat Ilahiyyah,ilmu hakikat Allah datang dari langit rahsia Allah, jatuh ke BUMI HATI kita.Manakala air yang sebenar turun dari langit dan jatuh ke bumi. Tatkala berzikir, ada betulnya dan ada yang tak betul..ada air dan ada buihnya (kekotoran). Waridat Ilahiyyah itu ibarat hujan yang turun merata-rata tetapi ada yang tak dapat perkara yang memberi manafaat).Kenapa ? Kerana kita tak ambil atau kita tak tadah dengan betul; ibarat bekas yang kita tadah itu bekas yang bocor.Bekas yang bocor boleh kita nampak tetapi hati yang bocor tak dapat lihat.

Kenapa perlu berSULUK ? Nak charge HATI


Suluk ni macamana ? Suluk ni pergi beruzlah kemudian berkhalwat untuk tempoh 10 hari 10 malam lamanya.Kalau kita pergi melancong pun kadang-kadang lebih lama dari ini.Ni tempoh macam pergi umrah jer.
Kat mana ? Kat Surau-surau yang dikhaskan untuk bersuluk atau lebih dikenali sebagai Rumah Suluk.

Buat apa kat situ ? Duduk berzikirullah yang dipimpin oleh Guru Mursyid (yakni Guru yang hatinya sudah bersama Allah,yang hatinya sudah disingkap hijabnya ).Kalau duduk sendirian namanya bertapa. Peraturannya,tak boleh berhubung dengan dunia luar (bagi jamaah baru),tak boleh guna hanset,tak boleh FB, tak boleh merokok,tak boleh bersembang-sembang.Makan minum disediakan oleh mereka yang bertugas.Tidur pun dijaga.

Apa yang nak kena buat ? Duduk berzikir siang malam beribu ribu berjuta-juta.Berzikir secara intensif.Bertaubat dan berzikir . Berzikir bertaubat berzikir bertaubat berzikir sehinggalah Allah kurniakan warid dan tarqiyah kepada murid itu dalam bentuk pandangan atau rasa atau bau atau seumpamanya.

Barulah masa itu keadaan murid itu membetuli panggilan dari Allah,Ya aiyatuhannafsul muttmainnah.Barulah RASA Allah itu ada bukan setakat tahu Allah itu ada je. Apabila bersuluk,solat kita dipimpin iaitu dapat berjamaah tanpa tinggal selama 50 waktu,taubat kita dipimpin,zikir kita dipimpin.

Maka cairlah hati kita pada masa itu dengan zikrullah secara berterusan. Boleh ke kita buat kat rumah,kat surau,atau kat masjid lain macam ni ? TAK BOLEH..kerana apa ; kerana banyak gangguan;bunyi call hanset,bunyi TV drama best,bunyi radio lagu best,bau kueh,anak panggil,kawan panggil, jiran panggil,Bos panggil,isteri panggil,mak ayah panggil..jadi tak boleh tekun dan istiqamah.Kalau zikir sikit-sikit,hati tak boleh CHARGE.Kalau hati tiada charge,maka jauhlah lagi perjalanan menuju makrifatullah dan dibimbangi sampai mati pun tak akan sampai-sampai.

Orang Mukmin yang beribadat digelar waqi' yakni orang yang tak berjalan lagi,duduk di garisan sahaja. Zahirnya berjalan tetapi hatinya tidak ( waqiqun ).Jadi nak jalankannya tukarkan waqiqun jadi assalikun. Tetapi sebelum tu,kena ambil baiah atau talqin zikir khusus dulu baru boleh bersuluk .

Nabi bersuluk ke ? Ada..Nabi beriktikaaf (berkhalwat)selama 10 hari terakhir Bulan Ramadhan di masjid Nabawi dengan duduk dalam khemah yang muat seorang,tidak boleh berbaring.Ya..duduk berzikir dalam khemah yang dipasang dalam masjid.Mengapa duduk dalam khemah ? Supaya tidak diganggu oleh sahabat atau orang yang datang ke masjid.Khemahnya berbentuk lebih kurang seperti ini tetapi lebih kecil..berukuran 3 kaki.

Dari ‘Aisyah r.h., dia berkata, “ Adalah Nabi SAW melaksanakan iktikaf dalam sepuluh hari akhir Ramadhan, lalu saya buatkan kelambu untuk beliau, lalu Rasulullah solat Subuh, kemudian memasukinya. (H.R. Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Kan Nabi kata,khairul umuur ausotuha yakni sebaik-baik perkara itu sederhana atau pertengahan.Tapi berSuluk ni nampak macam berat jer !

Nabi S.A.W amat bijaksana,kata-kata Baginda adalah wahyu Allah cuma umatnya tak faham dan buat-buat tak faham pada perkara yang dianggap menyusahkan. Nabi S.A.W kata sebaik-baik perkara buat yang sederhana tapi Nabi solat sampai bengkak-bengkak kaki Baginda.. ni bukan sederhana.
Sayyidina Abu Bakar r.a menyedekahkan semua hartanya untuk Islam,yang ada Allah dan Rasulnya sahaja; ni pun bukan perbuatan yang sederhana ni..ni berat nanang ! Zikrullah dan khalwat ini adalah sunah Nabi yang paling awal,sejak di Gua Hira' lagi.

Lagi Sabda Nabi S.A.W,
" Tidak akan masuk ke neraka orang ( Islam ) yang telah melihat aku ( Nabi Muhamad ) dan tidak juga akan masuk neraka orang yang melihat akan orang yang telah melihat aku dan tidak akan masuk ke neraka orang yang melihat akan orang yang melihat aku, iaitu walaupun ( sampai ) kepada tujuh puluh wasitah ( lapisan / keturunan ).Sesungguhnya mereka itu adalah para khalifahku didalam menyampaikan ( ajaran Islam ) dan asuhan Islam,sekiranya mereka itu sentiasa istiqamah didalam syariatku "

Maka marilah kita mengikuti dan beramal dengannya. Boleh baca lagi bab suluk ini dalam posting yang lepas.


Salahkan sendiri putuskan rantai

Kita sendiri yang memilih arah mana yang kita mahu pergi,Ugama itu sebagai indicator dan Allah ujud sebagai pedoman.

Pertukaran Kiblat : Tanda Islam datang dari arah ini

Thursday

KONSEP RABITAH

Adalah menjadi amalan dalam Tariqat Naqsyabandi ketika melakukan rutin zikir harian atau setiap kali berzikir akan mengakui secara tulus segala dosa kecil dan dosa besar serta membayangkan saat kematian,dimandikan,dikapankan, disembahyangkan,dibawa ke kubur dan dibangkitkan di Padang Mahsyar.Pengakuan inilah dipanggil Rabitah Kubur. Maknanya secara mudah,membicarakan diri sendiri terlebih dahulu sebelum tibanya perbicaraan selepas kematian yang sebenar.Inilah cantiknya amalan yang disusun sebegitu rupa agar kita ini betul-betul menjadi hamba yang bertaqwa dan berkualiti.

Wednesday

PERSEMBAHAN dalam GELAP

3 BENDA 1 RASA

Kita tentu hairan camna yerk pulut  yang tak ada gula digaulkan dengan ragi ,yang juga tidak manisnya boleh menghasilkan sejenis makanan yang amat manis yang kita panggil tapai.Begitulah kekuasaan Allah yang telah menentukan kejadiaannya.Cuma kita perlu pandai menentukan adunan dan padanannya.Jikalau kita padakan antara nasi biasa dengan ragi,mungkin tidak akan terjadinya tapai itu.

Inilah panduan kita bagi mencari adunan dan padanan yang sesuai bagi mencapai makrifatullah.
Tholib dan sam'ie tidak membuahkan hasil yang sebenar tetapi zikrullah didalam khalwah
(suluk) itu akan membuahkan hasil (dzauki) dengan cepat.

DOSA KECIL bagai KAYU API

Saturday

Menyesal masuk syurga ?

BICARA sebelum DIBICARA

APA ITU TARIQAT ?..suatu refresh minda.

Apa itu Tariqat ?..refresh minda Ilmu zahir itu sebagai hukum dan ilmu tasauf itu ibarat hakim. Hukum itu tidak ia berfungsi sehinggalah ada hakim yang menentukan hukuman. Ia suatu amalan muayyanan ; dan ulama-ulama’ tasauf berkata wirid atau zikir atau aurad atau al-azkar itu adalah sama, semuanya amalan Rasulullah S.A.W tetapi di dalam perjalanan tariqat ia adalah satu amalan yang boleh diistilahkan sebagai AMALAN TERTENTU,BILANGAN TERTENTU DI TEMPAT-TEMPAT TERTENTU. Apa asasnya ? Ia adalah amalan orang-orang Islam di Mekah sebelum kewajipan solat. Solat diwajibkan pada tahun ke 13 selepas peristiwa Israk dan Mikraj. Sebelum dari itu,orang Islam disuruh berzikir.Maka ayat-ayat yang diturunkan di Mekah,banyak yang menyuruh berzikir. Kenapa perlu bertariqat ? Antaranya : 1. Menjadi orang yang sebaik percaya kepada Allah,yakni menguatkan iman. 2. Untuk meningkatkan usaha menjadi orang yang bertaqwa. 3. Melemahkan nafsu supaya hati yang menguasainya. 4. Mencari aib diri sendiri ; Mudah-mudahan Allah membaiki keburukan dan kelemahan diri. 5. Bila bertariqat,ibarat berjalan di jalan yang lurus.Jalan orang yang bertariqat itu ( yang menerima kaedah zikir secara khusus) menuju kepada Allah lebih cepat berbanding mereka yang tidak.Jalan yang paling dekat dan paling senang untuk sampai ke beberapa peringkat tauhid. 6. Jalan yang menyegerakan kepada darjat ehsan. 7. Memperoleh kefahaman ilmu tentang Allah. 8. Amalan segera yang boleh mendidik hati agar hati jadi muthmainnah,hati yang layak mengenal dan bertemu Allah. 9. Berusaha untuk taatkan Allah tanpa perantara. 10.Membersihkan najis qalbi,yang tak dapat dibasuh dengan air. 11.Melepaskan diri dari kejahilan. 12.Jalan mudah untuk makrifatullah. 13.Menghidupkan hati.Bila hati hidup,Allah jadikan nur dalam hati untuk menolak sifat-sifat jahat. 14.Belajar jaga hati dan roh kita agar sama-sama bersolat. 15.Menyediakan diri untuk mencapai peringkat mukhsin. 16.Belajar tariqat ini adalah untuk berpindah daripada amalan yang zahir kepada yang batin yakni amal jawarih kepada amal khulub. Bagaimana kalau menolak tariqat ? Tidak beramal tidak mengapa tetapi jangan mencela. Pada tahun 1962,Nahdatul Ulama’ yang mengadakan kongres merumuskan bahawa “ sesiapa yang kata tariqat itu tiada,maka kufur ia “. Pada tahun 1995, Kongres Tariqat Seluruh Dunia di Tripoli menegaskan sesiapa yang menolak tariqat sufiah,maka ia menolak ajaran Islam,hukumnya kafir ( yakni apabila menolak kebenaran Allah; ia jatuh kufur dan engkar ).Menolak satu huruf pun di dalam Al-Quran pun sudah dikira kufur, inikan pula menolak tariqat yang mana ada lebih 63 ayat Al-Quran yang menerangkan mengenai amalan tariqat iaitu ayat-ayat yang menerangkan kepentingan berzikir dan menyuruh berzikir.

Apa itu ZIKIR di sisi perjalanan amalan Tariqat

Tiap sesuatu ada penggilapnya,penggilap hati ialah zikrullah.Berkilat itu berbeza daripada bersih.Taubat itu baru jadi bersih tetapi masih belum berkilat lagi.Baru bersih dari dosa, dari kegelapan hati.Berkilat itu memancar sehingga mengeluarkan cahaya.Dari cahaya itu, Allah datangkan NUR INTIBAH yang merubahkan hati yang tak sedar kepada sedar, dari tidur kepada jaga, dari mati kepada hidup.Selepas Nur Intibah, datang NUR IQBAL (Iqbalun)yang cahayanya lebih terang.Dengan nur itu kita sentiasa mahu saja pada Allah.

Dari ALLAH - Serta ALLAH - Kepada ALLAH

Apa yang dikatakan DARI ALLAH itu bermulanya niat, tiada daya upaya selain gerak dari Allah.Apabila melakukan sesuatu perkara itu samada pekerjaan atau ibadah; hendaklah sentiasa ittiqadkan yang Allah bersama kita.
Allah S.W.T berfirman,"Tiadalah berkehendak kamu melainkan terlebih dahulu oleh Tuhan Rabbil 'alamin" Surah At-Takwir : 29.

 Di dalam ibadah menuju makrifatullah,hati itu sentiasa dalam keadaan muraqabah sehinggalah sampai maqam fana’,yakni SERTA ALLAH.Apabila sudah fana’fillah;boleh kenal Allah hingga peringkat hakikat. 

Sabda Rasulullah S.A.W : " Terlebih afdal iman itu bahawa kamu ketahui bahawasanya Allah Taala
serta kamu di mana-mana kamu berada "

Firman Allah dalam Surah Al Hadid ayat 4," Dan Allah serta kamu di mana-mana kamu berada"

Para Ariffin berkata," Hendaklah kamu berserta dengan Allah, jika kamu tidak boleh berbuat demikian
maka hendaklah kamu beserta dengan orang yang beserta dengan Allah "

Dalil dalam Hadis Qudsi," Wahai hambaKu, Aku adalah di sisi sangkaan engkau dan Aku beserta engkau
apabila engkau ingat kepadaKu ".



Perbuatan atau ibadah SERTA dengan Allah itu adalah perbuatan penghambaan atau ubudiyah kepada Allah dan sudah tentulah dikembalikan segala ibadah itu KEPADA Allah.Kembalinya hakikat segala perbuatan.



.

Friday

MATI sebelum MATI

Apabila hati seseorang itu berubah daripada lalai atau ghaflah ( istilahnya mati ) kepada sedar atau yakodho ( diistilahkan hidup ). Ini yang disebut kelahiran semula.Hati yang belum sedar,belum jaga ( yakodho ) maknanya ia belum lagi bermula.Kedatangan Jibrail a.s kepada Nabi adalah untuk memulakan perjalanan sebagai Nabi dan Rasul.Kedatangan Jibrail a.s juga adalahcuntuk mengajar sesuatu iaitu ainul yaqin dan haqqul yaqin.Maka permulaan jalan yang terang benderang maka akhirnya juga terang benderang. Permulaan perjalanan kita ialah apabila hati kita hidup dengan zikrullah. Kata Syeikh Abdul Kadir Jailani,permulaan jalan itu bila rohani dilahirkan.Allah perintah dirikan solat untuk mengingatiNya.Kalau hati kita mati,bagaimana nak ingat Allah. Tidurnya hati,kata Nabi; sampai mati baru bangun.Orang yang tidak berzikir,mati nanti baru nak bangunkan hati tetapi bagi orang yang berzikir (berzikir secara istiqamah), Allah Taala akan bangkitkan warid intibah. Rasulullah S.A.W bersabda,Tidakkah engkau melihat manusia itu apabila dia meninggal dunia, pandangannya melihat ke atas ? Mereka menjawab,Ya !.Baginda berkata,hal itu ketika pandangannya mengikuti jiwanya (roh). Menusia tidak akan kenal Allah selagi tidak lahir dua kali.Kelahiran kedua adalah dengan pimpinan Guru yang membimbing sampai ke peringkat baqabillah dan fana'fillah. Sebagaimana peristiwa berlakunya kepada Nabi Musa a.s. Roh manusia itu telah berjanji dan bersaksi kepada Tuhan sebelum kelahiran ke dunia sehinggalah manusia itu ghaflah,mengengkari Tuhannya sehingga hati terhijab dari mengenal Tuhan Yang Menjadikannya.
Sebab itu,kita perlu berzikir agar sedar dari kematian hati yang ghaflah kepada yakhodo, hudhur,ghaibah seterusnya fana'.Inilah pergerakan hati yang berzikir,proses ini dinamakan waridat ilahiyyah. Maka barulah adanya panggilan ini :- Ya aiya tuhannafsul muthmainnah,ini adalah amalan selepas kita berzikir,IRJIE - kembalilah semula, selepas roh sudah pergi jauh.Barulah kita mendapat keredhaan Allah S.W.T

Lailatul Qadar

Saban tahun...tahun berganti tahun..Ramadhan datang dan pergi.. saban malam di Bulan Ramadhan ini kita setia menunggu.Tunggulah ia datang dan iringlah ia pulang; yakni kata mudahnya berjagalah sampai tibanya waktu Subuh,tatkala fajar mula menyinsing maka tiba jugalah masa Lailatul Qadar berangkat pergi. Ia datang bertamu bukan secara mengejut tetapi telah diberikan beberapa tanda...beberapa isyarat akan kunjungannya pada sehari sebelum tibanya,hari ketibaannya dan di kala tibanya.Muncul di malam yang ganjil; hari yang ganjil tetapi tidak semestinya pada hari puasa yang ganjil.Kat negara kita hari puasa ganjil,kalau kat Jepun atau Eropah,harinya genap. Takkan Lailatul Qadr ini nak turun mengikut negara pula.Hanya berkongsi pengalaman,malah dikatakan ada orang-orang alim yang dikurniakan Allah pengetahuan bilakah malam al Qadr berlaku, lebih mengejutkan tarikh dan masanya diberitahu sebelum ketibaan Ramadhan itu lagi.Subhanallah,Maha Suci Allah yang mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Yang pastinya,Lailatul Qadr ini pasti akan hadir samada kita tunggu atau tidak ! Ya Robbi,KURNIAKANlah kepadaku kesempatan untuk menyambutnya di ramadhan ini dan di ramadhan yang mendatang..amin.

Thursday

Kita ini ibarat ayam


Allah Subhanahuwat'ala boleh buat apa saja pada kita,tidak ada zalimnya. Macam kita bela ayam;kita tuannya,kita nak jual ke,nak sembelih ke,nak bagi orang ke atau nak biarkan mati ke..ayam itu, ya..ayam itu tak boleh kata kita ni zalim.Begitu jugalah anggapan kita kepada Allah apabila Dia menurunkan musibah,bala,petaka atau sakit sebagai tanda ingatan atau sebahgian dari ujian dariNya agar manusia ini berfikir kenapa kita ini dijadikan ? Buanglah prasangka kepada Allah..

Tuesday

SIAPA melihat SIAPA ?

Orang yang sedang tidur itu bermimpi melihat dirinya sendiri. Adakah dia melihat dirinya atau dirinya itu melihat dia; siapa melihat siapa ? Allah mengambil jiwa (manusia) ketika matinya dan (mengambil) jiwa sebelum mati di waktu tidurnya; Maka Dia tahanlah jiwa (manusia) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan¹ . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir - ( Az-Zumar ayat 42 ) ¹ Maksudnya: orang-orang yang mati itu rohnya ditahan Allah sehingga tidak dapat kembali kepada tubuhnya ; dan orang-orang yang tidak mati hanya tidur saja, rohnya dilepaskan sehingga dapat kembali kepadanya lagi.

Mohon wasilah Nabi S.A.W

Doa antara dua Kutbah Jumaat

Hadis Ehsan

Kita berzikir untuk memenuhi tuntutan diri kita jadi hamba Allah yang sebaik-baiknya, yang sebenar-benarnya.Kalau boleh kita jadi hamba Allah di belakang Nabi Muhammad S.A.W. Kalau kita hampir dengan Allah,kita tergolong dalam ahli mahabbah.Kata Nabi,untuk jadi hamba Allah,mestilah sampai ke peringkat ehsan,bukan muslim saja.Maksudnya,kalau kita sampai peringkat ehsan,kita sudah jadi hamba Allah yang sebenar,yang ausad,yang sebaik- baiknya,mulkin,mukhsin dan muklis..malah ada yang kamil mukamil.

Salam Sejahtera