Monday

ORANG BUNIAN : Betul ada ke atau hanya mitos ?

Ada ke orang Bunian ni ? Camna rupanya ? Macam orang ke atau macam jin.Macamana nak kenalnya kalau jumpa ? Rumahnya kat mana ? Itulah persoalan-persoalan yang akan muncul dibenak hati apabila bercakap mengenai orang bunian.Ada macam-macam persepsi.Allah jadikan dari sekecil-kecil makhluknya seperti Micro Organisma sehingga sebesar-besarnya iaitu Cakerawala adalah untuk menjadi saksi kewujudan Allah.

Kalaulah semua makhluk Allah ini dizahirkan,jarum yang dilepaskan dari langit tak akan sampai ke bumi..begitu banyaknya. Begitu juga bila memperkatakan tentang hantu.Jangan keluar malam nanti kacau dek hantu, kata orang.Mereka juga sering menakut-nakutkan kanak-kanak dengan cerita hantu.Ditambah pula dengan filem dan drama cerita-cerita hantu sedangkan mereka tak pernah pun jumpa atau tengok hantu ! Hantu cantik macam artist ke..hantu hodoh macam hantu ke.Acit tak pernah menakut-nakutkan anak dengan hantu kerana acit selalu pesan,hantu tak pernah tengok,tak pernah jumpa,tak pernah kenal..kenapa perlu takut ? Hantu iblis syaitan itu musuh Allah yang nyata maka ia juga musuh kita yang nyata. Sedangkan rumah acit terletak jauh dalam kebun tanah lot selang 2 ekar.Rumah yang ada kat kelompok di situ adalah 4 buah itu pun,kalau jerit pun belum tentu jelas didengar.Kemudian yang dekat sikit lagi 2 km..he.. he..memang kawasan hantu ronda-ronda malah kawasan dekat rumah acit pun ada tapi cuma mereka ni tak lalu kat umah acit,mereka kona arah lain.Cuma acit tak bagitau keluarga bimbangkan mereka takut.Acit selalu tinggalkan rumah seminggu dua atau keluar atas hajat orang dan balik pukul dua tiga pagi.Malam pernah acit tersempak dengan ular yang sebesar batang pinang cross jalan..tak nampak kepala,tak nampak ekornya..tak tau belah mana sehinggalah ia berlalu.

OK berbalik kepada orang Bunian tadi..ada ke ? Ada..Macamna nak kenal ? Orang Bunian ni kalau dia berupa kepada manusia biasa,mereka selalu berpakaian sedondon..maknanya kain baju seluar sama warnalah..kalau purple,purle semua..kalau biru,biru semua,kalau kuning,kuninglah..mungkin juga di zaman millenium ni dah pakai macam-macam fesyen kot..Kalau dekat atau kalau perasan, tiada lekuk atas bibirnya..macam kita ni ada kan..cuba rasa kat atas bibir tu,ada lekuk kan; kalau takda,enta ni orang bunianlah ! he.. he..

Ini pengalaman peribadi yang acit alami di hutan belantara suatu masa dulu,tahunnya lebih kurang 1996 ketika menjalankan kerja-kerja perhutanan di kawasan berkenaan.Kawasan Hutan Simpan itu terletak di sempadan Negeri Pahang dan Trengganu tetapi acit memasukinya melalui Jalan Sg Mas,Pasir Raja,Ulu Dungun,Trengganu yang bersempadan dengan Kg Pagi,Kuala Tembeling,Jerantut, Pahang.Ia kawasan konsesi pembalakan KPKKT (Kumpulan Kayu Kayan Negeri Trengganu).
Perjalanannya mengambil masa 1 jam dari jalan luar,itu pun kalau speeding 90km-100km sejam..tapi sebelum memasuki hutan,jangan makan banyaklah nanti muntah hijau kerana diulik oleh kenderaan pacuan 4x4.Jalan bengkang bengkok dan beralun-alun..sama jer macam dok kat laut..cuma kat laut tu jalan straight dan takda turun naik bukit.Laluan balak ini kena tau cara dan kaedah drivingnya,nanti boleh terjadi kemalangan dengan lori/trailer balak.Bila kita memandu arah masuk ke dalam,kita kena ambil side tepi tepi tebing apabila ada tebing dan bukit bersebelahan kerana kenderaan arah keluar akan menghimpit arah bukit.Ia bagi menggelakkan trailer balak yang berat tergelincir ke arah gaung atau cerunan.

Acit selalulah..hampir setiap hari drive keluar masuk ke sini..masuk pagi atau tenghari..malam karang keluar semula jam 11 malam,atau 12 malam.Nak sampai kat luar kadang-kadang jam 2 pagi tetapi kalau hujan,jalan licin lagilah lambat..turun bukit pun kenderaan pacuan 4 roda berpusing-pusing,pernahlah acit terbalik dua tiga kali selama 10 tahun dalam dalam industri ini.Alhamdulillah,takda kecederaan apa-apa,Allah yang memberi sebaik perlindungan.
Kelihatan dalam gambar seorang Operator Bulldodozer,Razak@Sahari,Operator 
Lorry Winch Alias,Penebang Pak Ghani dan Joko dan seorang Kelindan.

Ini salah satu gambar kejadian benar berlaku kepada acit di kawasan Hutan Simpan ini juga tetapi di Kompartmen 20,kawasan yang mula-mula sekali kerja.Kelihatan seorang Operator Bulldozer,seorang Kelindan,seorang Pemandu Lori Hantu dan dua orang penebang balak.Sebaik bertanya keadaan semua pekerja, acit terus snap gambar ni.Memang menjadi kebiasaan dan hobi acit bawa kamera dalam porch kalau masuk ke hutan,suka ambil gambar macam-macam..camera sentiasa ready.Kenderaan pacuan 4 roda Toyota Land Cruiser yang dipandu acit mngalami kerosakan gear ( biasa kami panggil gear tendang ) ketika berada betul-betul dekat nak sampai ke puncak bukit tetapi tiba-tiba tup ! Allah ! Bunyi gear lucut dan Land Cruiser terus mengundur laju ke belakang.Dua orang pekerja sempat terjun,tiada pekerja di bahagian depan,hanya acit seorang.Tangan pegang stering,sebelah lagi pegang holder untuk berpaling tengok ke belakang tetiba tayar melanggar bahagian jalan yang senget lalu booommm..Ya Allah ! terbalik.

Acit terus keluar dapatkan pekerja yang berdiri di bahagian belakang,semuanya terguling ke tanah.Apabila ditanya ada yang cedera, semua kata tak ada cuma seorang penebang balak bengkak di bahagian
bahu.Alhamdulillah,bayangkan ketika itu ada minyak diesel satu tong drum penoh untuk di isi dalam Bulldozer,ada chainsaw,ada parang..tetapi mereka semua selamat.Kebiasaannya Operator Bulldozer yang bawa jeep ni tetapi oleh kerana acit nak pastikan mereka pergi kerja lebih awal,jadi acit yang pandu.Ini adalah sebahgian eksiden yang berlaku dan dirakamkan.

 Acit keluar bukannya berdua,sorang-sorang..samada keluar untuk balik ke rumah atau untuk masuk ke rumah kongsi.. yang ada Allah Taala jer.Kadang-kadang tu harimau akar melompat depan kenderaan,rusa sebesar Hilux melompat depan kenderaan ,diserang gajah dan macam-macam binatang lagi.. Tapak pak belang pun kalau tengok besarnya selebar piring teh..Kena kejar dengan ular tedung sela.. Haa..ada macam-macam pengalaman..jadi memori.Acit cuma bertawakkal kepada Allah dan selalu amalkan menyantuni dan memberi salam kepada mereka yang mendiami di sesuatu kawasan hutan yang baru dimasuki.Macam kehidupan kitalah,ada Ketua Kampong,ada Penghulu dan ada Pegawai Daerah.Di kawasan hutan pun begitu juga,ada penjaganya.Macam kita masuk rumah orang,tak bagi salam kena plangkong kang ! Jadi kita hurmatlah dan minta izin untuk masuk ke kawasannya.Bila kita dah bagi salam,maka mereka pun dah tau kita memasuki areanya .
Peristiwa berlaku di Kompartmen 107 Lesen 3011/96 Hutan Simpan Jengai,Hulu Dungun yang berwarna kuning,kawasan last yang acit buat kerja.Kawasan berwarna lain itu adalah kawasan sudah kerja. Di kawasan konsesi ini atau dipanggil kompatment, ia terletak di kawasan yang berbukit tinggi, malah awan kabusnya pun dah duduk bawah bukit,bukan atas bukit lagi.Ia satu kawasan yang sejuk kerana berada di jajaran Banjaran Titiwangsa.

Ringkaskan cerita,bila siap mendirikan rumah kongsi dan memulakan kerja,KEPALA acit (panggilan kepada Penyelia atau Mandor pekerja) akan berjalan ke semua sudut kawasan kerja yang seluas 1000 ekar itu.Beliau sebelum ini berkerja sebagai Penebang Balak,kemudian dilantik menjadi Kepala...kalau kat Indonesia,kepala kantor gitu erk..tapi ini Kapala Hutan.Dia seorang yang boleh dianggap orang yang lurus dan tak banyak cakap ,yang banyaknya sengeh..sengeh..kata apa pun sengeh..tak kata apa pun dia sengeh.malah acit boleh tabik spring kat dia ni kerana beliau boleh tahan bekerja menebang balak dalam keadaan yang berpuasa !! MasyaAllah..tebang balak tu dah kerja berat,dengan habuk kayunya,turun bukit naik bukit pikul mesin gergaji (chainsaw) panas lagi.Kalau tengok bahu semua penebang balak ni,bahu mereka dah jadi kematu kerana selalu pikul chainsaw panas.Tapi itulah,kalau kita meletakkan Allah Taala di depan,semua urusan yang lain di belakang jadi mudah.Gambar di bawah menunjukkan salah seorang pekerja acit yang sedang menebang balak.
Suatu hari,setelah semua orang sudah balik bekerja dan semua sudah berada di rumah kongsi,kelibat beliau tidak kelihatan sehinggalah ke malam.Semua orang gelisah..sehinggalah usaha mencari dibuat tetapi tak jumpa.Ini bukanlah kali pertama Kepala acit hilang dan tak balik ke rumah kongsi pada hari dia berkerja.Suatu masa dulu pada tahun 1984,seorang Kepala acit pun tak balik juga malam tu. Gerakan mencari seluruh kawasan kerja,hidupkan jentera bulldozer..chainsaw untuk membuat bunyi bising agar dia dengar atau kalau ada binatang buas pun akan lari tetapi hasilnya hampa sehinggalah tenghari dia balik ke rumah kongsi menaiki kereta.Rupa-rupanya dia tersesat keluar ke daerah lain.

Berbalik kepada cerita Kepala yang ini,repot polis dibuat keesokannya,maka ramailah anggota polis, PGA,pekerja-pekerja pembalakan mencarinya tetapi tidak berjumpa sehinggalah berita tersebut keluar TV.Setelah dua hari mencari,kelibatnya masih belum di kesan,baju ke..darah ke..atau tanda-tanda lain... eh mananya cerita orang bunian..jap-jap sabor.. Masuk hari ketiga,seorang anggota keselamatan yang sedang buang air terserempak dengan beliau yang selamber jer..dan dia dibawa balik ke rumah kongsi.Bila ditanya dia ke mana,dia kata ketika sedang nak buang air ; dia nampak macam gajah dan lari..itu katanya. Selepas beberapa lama,saya panggil dan tanya dia.Pok Soh (namanya Yusuf,orang Kelantan)hilang hari tu gi jumpa Hj Salleh ke? tanya saya.Dia angguk dan kata orang tu bawa dia ke masjid dan beri dia makan..ooo.saya mengiyakan.Dia pun tak tanya apa-apa macamana saya tahu..sengeh jer.

Sebenarnya,kawasan ini adalah tempat kediaman kumpulan orang-orang bunian,macam kampongnyalah. Semasa mula-mula membina rumah kongsi ni di seberang sungai,acit didatangi mimpi seorang lelaki yang mengenalkan diri sebagai Hj Salleh yang memberitahu di sini ada perkampungan bunian.Beliau tunjukkan pintu ke tempat mereka (mungkin pintu ke alam mereka),pintu yang dikatakan tu macam berbentuk batu besar seperti dinding.Keesokannya acit pergi kat batu tu dan didapati sama apa yang diberitahu dalam mimpi tapi nampak batu ajelah..pintunya tak nampak pun.Tak lah nak cuba masuk kat batu tu; nanti hilang macam Pok Soh juga,kecoh pulok sekali lagi. Jadi tak hairanlah bila orang seperti Pok Soh itu hilang dan balik semula dalam keadaan yang sihat dan normal,dia dijemput bertandang atau menjadi tetamu ke perkampongan bunian.Nasib baik tak dijadikan menantu !! ish..ish..ish. Nanti kita sambung cerita hantu yang acit jumpa dalam hutan..he..he..suspen..suspen.

3 comments:

Unknown said...

ni pengalaman pakcik aku di melake..bkan pgalaman ak..tp die pernah la bercerite peglman die terserempak dengan bunian ni. Pakcik ak ni tiggal kt sbuah kampung di daerah alor gajah, cerite die mcm ni, hidup kt kg biase la pakcik ak ni ade menternak kerbau dan tiap petang dia akan jemput kerbau2 die ni tuk pulang ke kandang..pagi lepaskan kerbau ni tuk makan, then petang halau balik..mcm tu la rutin die tiap hari. dipendekkan cerite, satu petang tu die xtaw knape kerbau die bleh pegi makan jauh sgat sampai kt dalam sebuah ladang kelape sawit yg kire2nye mcm baru nk tanam la...kelape sawit tu bersempadan dengan hutan simpan. so die ni pn pegi la halau kerbau die ni tuk pulang mase tu lebih kurang pkul 7 lebih la..senje dah la mcm tu ditambah pulak dgn hujan renyai2...tbe2 die trhidu bau yg sangat wangi...lbih kurang mcm bau pak haji nk g masjid tu ...yes bau minyak atar..tp die kate lg wangi dari tu..ha bleh bayang x..haha...senje2 bau pelik2 plak ape lg die terus bergegas la nk balik kerbau tu esk punye cerita...time die cemas nak balik tu la tibe2 die trserempak dengan makhluk tu....time tu die ckp due2 tergamam bunian tu tgamam pakcik ak pn trkaku..sbb due2 tekejut..pakcik ak ckp bunian tu berdue, sorg lelaki sorg perempuan..ak tnye la mcmne rupenye cantik ke...die ckp die pn xtaw nk gmbrkn mcmne..die kate mse terserempak tu pasangan tu tgh bjalan smbil yg prmpuan tu peluk tgan lelaki tu..bekepit la mcm tu...bile trgamam tu dorg trus brenti dan toleh pakcik ak dengan pandangan yg xbleh die lupekan xbkelip mate dieorg...senyum x...marah pon x...

Unknown said...

. pakcik ak kate lg due2 bunian tu nk kate cantik tidak...nak kate xcantik pn tidak..mmang die xbleh gmbarkan macamane..mmang xkn jmpe rupe tu dalam alam kite nak samekn mcm siti nurhaliza ke siti saleha ke..mmang xbleh lawan...ha hambik ko bleh bayang x cane rupe die....pakaian die plak pakcik ak ckp pkaiaan org lame jawa....yg lelaki ade pkai songkok yg org jawa pakai tu ape name tah...baju pn bju batik jawa...yg perempuan tu pkai baju kebaya lama jawa semua brcorak batik jawa...ak rase bunian jawa kot hehe...lepas tu pakcik ak terkaku xbleh ckp ape2 bile dah brtentang mata mcm tu...bunian 2 org tu tenung pakcik ak xsmpai 15 saat dieorg toleh dpan and terus bjalan smbil yg pompuan tu dok kepit tangan lelaki tu...pakcik ak still mcm tu tgamam lg smbil tgk dorg pegi terus masuk dlm hutan simpan tu....ak ckp kt die tu indon keje kt klape sawit tu kot...die kate xde kotor tanah ape pn kt bju die kain die basah pn tidak sdangkan time tu ujan renyai...n nk g mane dlm utan simpan tu...mse tu hr pn da nk gelap...lepas bunian tu dah xnmpak lg dlm hutan tu bru la plahan2 pakcik ak jalan balik die bingung lg time tu xlari mcm org nmpak hantu...smpai kt umh pakcik ak cite kt mak die, terus kene bebel dgn org tue tu.. tu la da senje2 dok dlm rumah...tu org tue2 dok kate mcm tu kn sbb senje adalah mase pertukaran untuk makhluk halus..mcm shiff la..kite shiff siang...dorg shiff malam....sejak haritu ade sikit perubahan la kt pakcik ak ni...mak die ade cite pakcik ak ni da smakin pndiam....suke dok kt pangkin dpn umh sorg2 temenung...xtaw la ak kn...smpai skang die masih mcm tu...tp ble kite bkak cite pasal bunian ni die akan cerite dgn pnuh smangat...tp kne pndai2 la cungkil sikit2..mcm ak buat ni..hehehe...ade atok tu ckp kawasan yg pakcik ak pegi tu mmang ade perkampungan die....penah zaman 60an dulu atok tu cite bunian ni baik2..suke tolg manusie...atok tu kate mase zaman die mude dulu ade pnah org kmpung masuk hutan cari kayu api..zaman tu org kampung susah xdak dapur gas la...lepas da ikat2 kayu api tu dgn rotan pakcik tue tu pikul la satu2 kayu api tu bwak balik rumh...ade lbih kurang 10 ikat kayu api atok tu dpt tp atok tu dpt bwak 2 ikat je...satu ikat pon dah satu pemeluk saiz die kyu api tu bile diikat...xpelah ulang alik la angkat...sampai je kt rumah atok tu , atok tu trperanjat tgk yg lapan ikat kayu api td da sampai kt rumah die siap tersusun cantik je.....atok tu mule cemas tgk kiri kanan...tbe2 atok tu trdengar suare lelaki bcakap, “ kalau nk mintak tolong lg bg tahu lah ye tok ” tp orgnye xde..suare tu dekat sgt....xlogik sorg lelaki boleh bawak lapan ikat kayu api dgn mcm tu pnye pantas..dan jauh...tula atok tu ckp..mmang btol la jin ni kdang2 ade yg baiknye...ade yg jahatnye..ape pon die ttap makhluk Allah kite berkongsi tuhan yang same..alam je berlainan...tp ciptaan kite manusia lebih mulia dari jin....ini cerita benar dari org2 lama...kalau berbohong orang2 lama tu...berbohong la aku...kita sebagai org islam wajib percaya pada sesuatu yg ghaib itu..Waalahu a’lam

Acit said...

Jazaakallah khairan kathira akhi asri aziz kerana berkongsi maklumat.Itulah sedikit di antara pengalaman selama 10 tahun di belantara.Kita beriman dengan perkara yang ghaib,malah dikatakan Guru jikalau dijatuhkan sebatang jarum dari langit,kalau dizahirkan semua makhluk Allah nescaya jarum itu tidak akan mencecah bumi..begitu banyaknya.Mengikut fakta sains,makhluk paling lama dan paling halus menghuni bumi ialah micro organisma.Tubuh seorang manusia ibarat bumi bagi micro organisma itu,ini belum termasuk makhluk-makhluk halus yang lain.