Sunday

Ilmu 4 SYARAT TUBUH


Allah SWT mencipta makhluk 4 golongan iaitu Malaikat,Syaitan,Jin dan manusia.Allah jadikan nisbah 9 bahagian Jin dengan 1 bahagian manusia.

Jin itu dicipta 2000 tahun awal sebelum Nabi Adam manakala Iblis ada di bumi 40 tahun awal sebelum Nabi Adam.Jin banyak mendatangi wanita pada tengah malam hilal dan awal bulan ( bulan sabit ).

Manusia menderita sakit adalah kerana ingkar perintah Allah dan bermusuhan dengan makhluk.Makhluk itu samada manusia itu sendiri,makhluk-makhluk halus terdiri yang terdiri dari syaitan,jin maupun makhluk ghaib yang lain.

Menurut IbnTaimiyyah, telah sepakat ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa jin boleh masuk ke tubuh manusia.

Rasulullah S.A.W bersabda,"Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam melalui aliran darah.

TUJOH ( 7 ) CARA JIN MEMASUKI TUBUH

Melalui SAKA atau genetic keturunan dari ayah/ibu,datuk/nenek.Kebiasaannya saka itu jikalau wanita datangnya dari ibu atau nenek begitu juga dengan lelaki,ia selalunya diwarisi dari ayah atau datuknya tetapi ada kekadang boleh ia berlaku sebaliknya atau bersilang.

Melalui SIHIR yang dikirim atau dilakukan oleh pihak lain atau oleh pihak ketiga akibat dari perselisihan  faham,hasad dengki,dendam atau upah.

Melalui Ilmu SILAT ia dimasukkan melalui kaedah mandi limau ,bayangan ( membayangkan sesuatu benda,orang atau binatang ) , mandi apong , atau kaedah yang seumpamanya bagi tujuan kekuatan diri.Jin jenis ini akan bersemayam di bawah lengan,dikawasan pelipat dan di kawasan yang menjadi kekuatan pertahanan kepada tubuh manusia.

Melalui amalan gemar berURUT ia tersalur melalui Tukang Urut itu yang mempunyai amalan-amalan tertentu untuk bertahan dan berupaya mengurut ramai-ramai orang dalam sehari.Kekuatan atau keupayaan manusia biasa tidak mampu untuk mengurut begitu lama setiap orang dengan jumlah yang ramai pula.

Melalui penggunaan khidmat BOMOH atau PAWANG untuk berubat atau menyelesaikan permasalahan kehidupan,sakit,pagar rumah dan sebagainya.Bomoh atau Pawang yang bersahabat akan meminta bantuan atau perantaraan rakan ghaibnya untuk melaksanakan hajat pesakit samada dengan menjampi atau dibekalkan dengan azimat dan tangkal.Bomoh atau Pawang itu menyedarinya atau tidak lebih-lebih ia diakhiri dengan permintaan pengeras duit atau benda atau perlu melakukan sesuatu perkara seperti puja atau mengasapi dengan kemenyan.

Melalui PEMUJAAN atau BELAJAR ilmu sihir,ilmu salah atau ilmu-ilmu yang memberi manafaat duniawi.Sedar atau tidak ,tahu atau sengaja buat tak tahu ; ilmu-ilmu itu kebanyakan didatangkan dengan pakej  2+1 iaitu ilmu dan jin dengan cara seru atau puja.Diseru ayat itu atau dipuja ayat itu oleh pengamalnya sendiri atau telah diseru atau dipuja oleh pemberi ilmu itu.Antara sebab ramai dikalangan wanita yang sudah berkahwin tidak mendapat zuriat atau zuriatnya tidak bertambah hanya mendapat seorang anak sahaja selama berkahwin beberapa lama ialah kerana jin telah bersemayam dan berumah tangga dalam rahim wanita dan memakan spermanya.Jika pengamalnya lelaki atau si suami,sperma jin akan mendahului sperma si suami semasa mereka bersama.Malah kekadang jin itu akan menyetubuhi wanita itu dari dalam.

Melalui rasa SUKA  jin kepada seseorang kerana cantiknya seseorang wanita itu atau handsomenya seseorang lelaki.Jin akan bersama dengan mereka tanpa disedari lebih-lebih lagipada wanita yang tidak menyedari mereka berhadas sepanjang masa walau pun pada pandangan mereka telah berwuduk atau mandi junub sedangkan sebenarnya tidak seperti perempuan yang memakai pengilat kuku atau mewarna rambut.

APA ITU ILMU 4 SYARAT TUBUH

Apa yang saya nak sentuh di sini adalah antara sebahagian dari apa yang telah disebut di atas yang sering dan ramai wanita mengamalkannya dulu,kini dan selamanya..ada yang sampai dibawa kehujung nyawa.

Ilmu 4 Syarat tubuh telah lama diamalkan oleh orang dulu sebagai syarat wajib bagi mereka.Jika ada yang tidak mengamalkannya , orang itu dianggap ketinggalan.Ilmu 4 Syarat Tubuh ada 4 amalan utama bagi seorang wanita, sebab itu ia digelar 4 syarat tubuh.Ada wanita yang mempelajarinya 1 sahaja,ada yang 2, ada yang 3 dan ada yang mengamalkan semuanya.

Ilmu 4 Syarat Tubuh itu adalah kombinasi ilmu yang terdiri  dari Ilmu Sri Muka atau Pemanis  , Ilmu Pelaris , Ilmu Penunduk dan Ilmu Kuat.Kesemuanya ilmu ini dianggap sebagai menjadi elemen penting bagi wanita menjalani kehidupan seharian.

Setiap ilmu itu mempunyai keperluan tertentu contohnya Sri Muka untuk kelihatan cantik dipandang orang terutama semasa menjadi pengantin sehari,diandam oleh Mak Andam,ditiup-tiup dan dijampi.Ilmu Pelaris kononnya penting bagi orang yang berniaga , Ilmu Penunduk diguna untuk suami atau majikan atau orang yang lebih berkuasa.Ilmu Kuat pula kegunaannya apabila memerlukan tenaga atau keupayaan untuk kerja-kerja berat seperti berkebun atau mengurut.

DARI MANA PUNCANYA

Dari mana datangnya Ilmu-ilmu ini ? Cer tanya dulu diri kita sendiri ada ke tak pada diri kita ilmu-ilmu tersebut,samada kita belajar sendiri melalui buku atau diberikan oleh mak kita,nenek kita,mak andam ke,Tok Bidan Kampung ke,jiran ke,kawan ke,Mak Saudara ke,dari Kakak ke ,dari Bomoh ke ,Indon Bibik ke.. .Kalau ada,dari situ-lah kebanyakan ilmu-ilmu ini datang..sedar atau tidak,mungkin kita sudah ada memakai dan mengamalkannya.

TANDA-TANDA ZAHIR YANG BOLEH DILIHAT

Tanda-tanda zahir  mereka yang mengamalkan ilmu ini ada benjolan pada kening, dahi kelihatan bertanduk ,pipi licin macam anak patung tak sebanding dengan usia,kepala sering berdenyut-denyut dan semasa nazak atau sakit, tenaga atau kekuatan wanita itu seperti seorang lelaki walhal pada masa itu badannya kurus kering.

Ilmu ini adalah amalan yang salah dan boleh menjerumus syirik kepada Allah samada syirik yang besar atau syirik khafi.Syirik yang besar atau syirik yang kecil,ia tetap syirik dan menyegutukan Allah Ta'ala kerana kita bergantung harap pada yang lain selain Allah.Pengamal ilmu 4 syarat tubuh ini akan liat,akan cuak atau akan malas untuk melakukan ibadah malah sering menjauhi majlis-majlis bacaan al-Quran dan majlis agama yang lain kerana jin-jin yang ada pada tubuh mereka tidak suka,panas dan takut kepada ayat-ayat Allah.Pengamalnya juga pada akhirnya akan mengalami kekacauan dalam kehidupan dan rumah tangga.

Maka tilik-tiliklah pada diri kita ,jika kita rasa kita ada ilmu ini; buangkanlah.Kembalilah bertaubat kepada Allah kerana Allah itu menerima taubat hambaNya.

TANDA-TANDA atau SYMPTOM

Tidak selesa ,rasa sakit , rasa merayap-rayap , migrane yang kuat dan rasa seperti  mencucuk-cucuk atau tubuh selalu terasa lenguh yang amat sangat,susah nak mati.

Ada sesetengah pengamalnya tak boleh main di sungai atau terkena dan mandi hujan,mudah jatuh sakit atau sakit kepala yang amat sangat.

ILMU TIDAK BERTAHAN LAMA

Ilmu yang diamal itu adalah bersifat sementara sahaja.Kalau tak dipuja , jin ayat-ayat atau ilmu tersebut akan bertindak balas.Muka yang asalnya dipandang cantik akan nampak hodoh , perniagaan akan rugi yakni tidak lagi laris , tiada lagi rasa kehebatan dan orang lain atau suami sudah tidak menampakkan kasih sayang.

TERSEKAT IBADAH

Jikalau kita berilmu pun , ia akan menganggu amalan dan kekadang tidak boleh beramal sehinggalah  perlu bertaubat dahulu.Apa yang paling susahnya ialah kita tak sedar yang kita ini berdosa.Bila tak sedar ; kita tak bertaubat.Ilmu ini akan menjauhkan pengamalnya itu dari ibadah.

TAUBAT

Berlakunya kekeliruan seperti dosa besar disangka dosa kecil  begitu juga dosa kecil disangka dosa besar.Dosa-dosa kecil pun kalau dibuat kekal , ia jadi dosa besar.Ibarat seperti kayu api dikumpulkan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi banyak , apabila dibakar ia menjadi api yang sangat besar.

Bagaimana nak bertaubatnya ?  Tinggalkan atau buang perkara atau perbuatan yang menjadi dosa besar itu seperti membuang najis ; kita tak ingat yang kita buang najis.Macam tu orang yang betul-betul bertaubat. 

Orang yang beramal dengan ilmu sebegini akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan perjalanan ke hadratullah kerana masih ada dosa dan syirik yang tersorok.Selagi belum bertaubat bersungguh-sungguh selagi itu penafian rohaninya terhadap Allah ( Nafi Isbat , menafikan keujudan selain Allah ) adalah pura-pura dan sia-sia.Ia boleh digambar seperti perjalanannya seolah-olah terbaik namun tersungkur di pintu syurga.

Jika kita seorang salik, taubat kita akan dipimpin dan dibimbing oleh Guru ; maka taubat kita itu lebih sempurna. Satu dosa atau kejahatan yang membawa dekat pada Allah itu adalah lebih baik dari ketaatan yang membawa kepada murka Allah.Apa dia tu..bila kita buat dosa,kita benar-benar bertaubat,semoga Allah terima dan kurnia taubat kita itu.Wallahu a'lam. 

No comments: