Thursday

Kalimah ALLAH



Nama Allah yang paling Agong adalah ALLAH ( Aliff Lam Lam Ha ).

Jika Huruf Aliff nya hilang maka masih boleh dibaca Lam Lam Ha ( Lillah : Untuk Allah ).
Jika Huruf Lam yang pertama pula hilang maka masih boleh dibaca Lam Ha ( Lahu : 
UntukNya ).
Demikian juga apabila Huruf Lam yang kedua hilang maka masih ada Huruf Ha
( Bermaksud : Nya ).Seluruh rahsia terkandung dalam Huruf Ha kerana maknanya 
Dia ( Nya ).Hu itu nama Allah yang tanzih.Sedangkan jika nama-namaNya lain yang hilang salah satu hurufnya maka akan turut hilanglah maknanya.

ALIFF , menurut Sahl Bin Abdullah r.a adalah huruf awal dan paling agong kerana 
Allah menyatukan segala sesuatu sementara Dia berbeza dengan segala sesuatu.
Berkebetulan pernah dikatakan oleh seorang ahli Tasawuf bahawa permulaan 
segala perkataan didunia ini adalah bunyinya Aaa.

Ibn Arabi menganggap Zikir Allah itu adalah sebaik-baiknya dalam khalwat. Perkataan
ini berasal dari pendapat Ibn Atho’illah as-Sakandari yang berasal pula dari Syeikh 
as-Syibli dalam Kitab Miftahul Fallah fi Zikril Karim al-Falah.

Latifah manusia ( Latifah Insaniah – maqam-maqam zikir ) memudahkan perjalanan
( suluk ) orang-orang yang salik yang berzikir dengan lafaz ALLAH disemua latifah 
tersebut untuk mendapatkan kurnia al-jazbah al-makniyyah ad-dzatiyyah.

Zikir Allah itu lebih afdal pada orang hakikat yang hanya dipandang pada maujud tanpa 
syak. Hanya ingat pada Dzat semata-mata yang Laisa kamishlihi syai’un – Dzat yang
 tiada umpama suatu jua pun.

Syeikh Abu Ali Al-Diqaq , beliau suatu hari sedang berzikir Allah, Allah , Allah. 
Di antara orangramai yang berzikir itu ada seorang bertanya kepadanya, 
“ Apakah itu Allah ? ”. Beliau menjawab, “ Saya tidak tahu ! “. Orang itu berkata lagi,
Kalau Tuan tidak tahu Dia, kenapa menyebut namaNya ?.” Beliau menjawab, “
 Beritahu kepada saya nama apa yang patut saya sebut “.


Firman Allah dalam Surah Al-Insaan ayat 25 :

" Sebutlah oleh mu akan nama Tuhan mu ( ALLAH ALLAH ALLAH ) pagi dan petang "

Penafsiran dari Ulama’ Tasawuf : 
“ Sebut olehmu akandia ( yakni ALLAH ALLAH ALLAH ) samada di dalam sembahyang 
 dan juga di luar sembahyang dan samada dengan lidah dan juga dengan hati.”



Ertinya :
Rasulullah ( S.A.W ) bersabda kepada Saidina Ali Bin Abi Tholib (Karramallahu wajhah) : 
Hai Ali , pejamkan kedua matamu dan kantupkan kedua bibir dan rapatkan akan lidah 
pada langit-langit dan kata olehmu dengan hati  ALLAH ALLAH ALLAH.
Petikan dari kitab Majmu‘ul Mawa’izoh Tuan Guru Syeikh Imam Ishak Ar-Rawi

Syeikh Abu Qasim Al-Qusyairi : 
Zikir Allah itu adalah merupakan rukun yang penting dalam jalan kepada Allah SWT bahkan zikir 
Allah itu adalah tiang utama dalam jalan Allah itu dan seseorang itu tidak akan sampai kepada
( haqiqat ) Allah kecuali dengan cara terus menerus berzikir Allah. 

Zikir itu ada 2 bahagian iaitu Zikir Qalbi dan Zikir Lisan. Tiap-tiap jenis zikir itu mempunyai 
dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah.

Adapun Zikir Lisan itu menggunakan lafaz yang tersusun dari suara huruf. Tidak senang 
orang yang berzikir melakukan dalam semua waktu. Jual beli dan lain-lain perkara 
boleh melalaikan seseorang yang berzikir.

Sementara Zikir Qalbi yakni zikir yang disebut Ismu Dzat iaitu memerhati makna lafaz
zikir tanpa huruf dan tanpa suara maka tidak ada sesuatu yang boleh melalaikan dari 
berzikir.

Menurut Syeikh Abdul Mahawib r.h bahawa wirid yang afdal bagi murid adalah berzikir.
Solat itu meskipun besar, kekadang pada waktu tertentu tidak dibolehkan tetapi zikrullah
itu boleh dibuat dalam apa jua keadaan.Zikir yang utama adalah 'La ilaa ha illallah' selama
dia masih berkeinginan namun bila keinginannya telah fana',maka zikir dengan lafaz
jalallah ( ALLAH ALLAH ) adalah lebih bermanafaat.

Menurut Kitab al-anwar al-qudsiyyah fil qawaid as-suffiyah dalam Kitab Mawaqif al-Bishri 
Allah Taala berfirman dalam Hadis Qudsi,"Jika kamu tidak melihat Aku, tetaplah menyebut namaKu.Lalu bila kamu melihat Aku, maka diamlah.Sesungguhnya Aku memerintahkan kamu menyebut namaKu tidak lain sebagai cara untuk hadir bersamaKu.Sesungguhnya namaKu tidak berpisah denganKu".

KEPENTINGAN BERSALASILAH DALAM AMALAN TARIQAT


Arifbillah as-Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi berkata : Maka barangsiapa tidak berhubung salasilah tariqatnya hingga kepada hadrat Nabi S.A.W maka terputuslah berkatnya dan tidak mendapat waris Nabi S.A.W.” – Kitab Tanwirul Qulub.

Begitu juga kata as-Syeikh Abdul Wahab as-Sya’rani : Ketahui oleh mu hai tholib yang berkehendakkan rahmat Allah , barangsiapa yang tidak mengetahui akan bapanya dan datok neneknya ( yakni salasilah ) di dalam tariqat maka dialah tersangat buta dan terkadang dibangsakan ia kepada yang bukan bapanya ( dari salasilah lain ) – Kitab Jami’ul usul fil awliya’.

Syeikh Ahmad al-Kamashkhanawi rahmatullah juga menyebutkan dalam kitab yang sama yaitu “ Barangsiapa yang tidak sah baginya keturunan kaum ( salasilah tariqat ) maka dianya anak buangan didalam amalan tariqat, tidak ada bapa baginya dan tidak harus baginya duduk jadi ketua majlis ( yang dibuat Guru ) dan tidak harus juga baginya bersama-sama menunjuki murid ( mengajar ) kepada kebenaran melainkan sudah mengambil ia akan adab tariqat daripada seorang Guru yang mursyid ( yang sahih salasilah tariqatnya hingga kepada hadrat Nabi S.A.W ).

Syarat untuk mengenal Allah itu mesti dengan wasitoh dan Guru itulah sebagai pemandu yang membimbing muridnya kerana beliau terlebih dahulu sampai ke tempat tujuan. Syeikh Ibrahim ad-Dasuqi berkata , “ Memilih seorang Syeikh dalam perjalanan tariqat itu wajib hukumnya bagi tiap-tiap murid meskipun murid tariqat itu seorang alim besar sekalipun “.

1. Al-Qusyayri dalam Kitabnya al-Risalah al-Qusyaysiyyah :
Kemudian wajiblah ke atas seseorang murid supaya dia didik oleh Syeikh.Sekiranya dia tidak ada Guru ( yang memimpinnya ); selama-lamanya dia tidak akan berjaya ( dalam perjalanannya menuju Allah )

2. Abi Yazid Al-Bistami pula mengatakan :
Sesiapa yang tidak ada Guru , maka pembimbingnya adalah syaitan.

3. Abu Ali al-Daqqaq mengungkapnya pula :
apabila seseorang murid itu tidak ada Guru yang akan membimbing perjalanan nafas demi nafas ( maqam demi maqam ), maka dia akan menjadi hamba kepada nafsunya, yang dia tidak mungkin berjaya ( melepaskan diri daripadanya ).

4. Imam Al-Ghazali didalam Ihya ulum al-Din mengungkap pandangan beliau :
Maka demikianlah seorang murid itu memerlukan seorang Syeikh dan Guru yang semestinya diikuti untuk dia mendapat panduan kearah jalan yang betul.Sesungguhnya jalan agama itu cukup sukar sekali, sedangkan jalan-jalan syaitan amat banyak pula.Oleh itu barangsiapa yang tidak ada Syeikh yang menunjuk arah kepadanya, maka syaitan akan memandu kearah jalannya ( jalan syaitan).

5. Menurut Imam Ghazali lagi :
……tetapi untuk mendapatkan Syeikh ( Guru ) yang seperti itu ( yang tulen ) amatlah sukar, lebih-lebih lagi pada zaman ini.Ramai yang mengaku diri mereka sebagai Syeikh Mursyid , sedangkan mereka pada hakikatnya mengajak manusia kearah kelalaian dan kekosongan semata-mata malah kebanyakan golongan muhildin itu pun mengaku sebagai Syeikh Mursyid juga sedang tindak tanduk mereka terang-terangan bertentangan dengan agama.

6. Katanya lagi ( al-Ghazali ):
Jika kamu melihat seorang manusia terbang di udara dan berjalan di atas air, sedangkan dia melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak, maka hendaklah kamu ketahui bahawa sesungguhnya itu adalah syaitan.

GURU itu sentiasa melimpahkan doanya pada murid sepertimana Nabi melimpahkan doa Baginda pada umat ; begitu juga Allah Ta’ala melimpahkan rahmat pada hamba-hambaNya.

Monday

MIMPI,SIHIR,SIMPTON DAN KESAN

Menerusi pengalaman­nya selama lebih 20 tahun dalam bidang perubatan Islam, Ust Jahid menjelaskan terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan sihir iaitu menerusi angin, makanan, minuman, sentuhan badan, berpelukan, bersalaman, tepukan, perbualan jarak jauh seperti telefon, pandangan mata serta melalui asap rokok. Ia juga boleh dibuat melalui simpulan sihir atau apa saja perantaraan barang yang dijadikan hadiah seperti makanan, minuman, pakaian, kasut, buku, barang kemas, gambar, khat, minyak angin dan gula-gula. Semua­nya boleh dijadikan perantara sihir untuk mengenakan mangsa. 

Bagi menjadikan sihir berkesan, biasanya orang yang melakukan sihir menggunakan bahan yang didapati daripada tubuh mangsa seperti rambut, kuku, pakaian seperti seluar dalam dan coli serta gambar, kemudian bahan ini akan diasap dan dijampi dengan ayat tertentu. Ada juga yang diikat pada patung seterusnya patung ini dicucuk dengan jarum bagi membolehkan mangsa merasai kesakitan seterusnya meninggal dunia. 

“Ada juga ahli sihir menggunakan tangkal dan azimat untuk mengenakan mangsa manakala sihir pembenci bertujuan memisahkan suami isteri,” kata Ust Jahid. 

Antara tanda yang boleh dikesan bagi seseorang yang terkena sihir dalam rumah tangga ialah suami atau isteri atau kedua-duanya tidak berasa ingin melakukan hubungan seksual. Jika berlaku hubungan seks sekali pun sangat kurang nikmatnya, pasangan berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah, mereka tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah. 

Ada juga suami atau isteri yang melihat pasangan kelihatan hodoh dan buruk, mudah bertengkar walaupun dalam perkara kecil, suami mudah memberi cerai atau isteri mudah meminta cerai apabila berlaku pertengkaran, sering diganggu mimpi buruk, sering melihat lintasan atau baya­ngan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah serta mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan serta anggota badan yang lain. 

“Apabila mendapatkan rawatan, biasanya dapat dikesan menerusi anggota fizikal pesakit yang tidak sekata misalnya panas pada bahagian bahu pesakit manakala sejuk pada bahagian tangan. Ini menandakan terdapat jin di dalam badan mangsa. Apabila disentuh atau dipicit mangsa akan merasai kesakitan yang amat sangat. Ini menunjukkan mangsa sudah terkena sihir,” katanya yang mengakui terdapat bahagian badan yang menjadi tempat kesukaan jin seperti dagu, telinga, tulang bahu, bawah ketiak, puting buah dada, tapak tangan, kening, pinggul, paha, tulang belikat dan hujung jari. 

Dalam rawatan dilakukan pusat rawatan berkenaan, mangsa akan diketuk menggunakan ranting nona kerana teknik ketukan atau sebatan ini turut digunakan dalam Islam iaitu sebatan kepada pasangan berzina. Kaedah ini bukan sekadar memukul mangsa tetapi bagi mengeluarkan jin dan syaitan yang terdapat dalam diri pesakit. 

“Selepas disebat biasanya mangsa akan menceritakan apa yang berlaku pada diri mereka. Namun rawatan ini harus dilakukan berulang kali supaya mangsa pulih sepenuhnya,” ujarnya. 

Walaupun sihir sukar dikenal pasti oleh orang awam kecuali mereka yang mahir dalam perubatan Islam, sihir masih boleh dihindarkan pasangan suami isteri. Apa yang penting, jangan sesekali meninggalkan perkara wajib yang diperintah Allah serta meninggalkan perkara terlarang. 

Selain itu, banyakkan amalan sunat, zikir, membaca al-Quran terutama ayat atau surah pilihan seperti al-Fatihah, al-Baqarah, berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, melakukan solat taubat dan hajat dengan harapan mendapat perlindungan Allah, bersedekah dan jangan berputus asa. Paling penting, jangan mudah percaya kepada orang yang mengaku mengamalkan kaedah perawatan Islam. 

“Ini kerana pada masa sekarang terdapat ramai perawat mengaku meng­gunakan ayat al-Quran dalam perubatan mereka namun sebaliknya mereka memutarbelitkan ayat dan zikir dengan tujuan menyekutukan Allah. Jangan ingat asalkan tidak menggunakan kemenyan, telur atau mantera, ia dikatakan Islam. Masyarakat perlu melihat latar belakang orang yang mengubat. 

Pastikan mereka pakar atau ulama dalam hal agama Islam,” ujarnya. 

Jahid turut mengingatkan, terdapat teknik baru untuk mengaburi orang ramai. 
Antaranya sihir yang menggunakan ayat al-Quran dan didakwa sebagai perawatan Islam. Ada antaranya menunjukkan kebolehan membuang sihir menerusi barang yang keluar daripada tubuh mangsa tetapi sebenarnya kaedah ini menggunakan makhluk lain. Syaitan sebenarnya tidak pernah takut pada ayat al-Quran tapi mereka takut pada hati manusia dan petir yang boleh membunuhnya. 

“Jin, syaitan dan iblis juga takut pada benda yang paling masam dan masin seperti cuka dan garam. Sebab itulah perubatan Islam banyak menggunakan garam dan cuka untuk merawat sihir,” jelasnya yang menasihati mangsa sihir supaya mendapatkan ulama yang biasa memberikan khidmat rawatan penyakit rohani dan jasmani. 

Elak daripada bomoh yang meminta pengeras seperti jarum, duit dan asam kerana ia menandakan perawat itu menggunakan khidmat syaitan dan jika pesakit tidak memberi, perawat akan diserang sakit. 

Bagi Ust Jahid, sihir membawa banyak keburukan dalam masyarakat. Walaupun 
pelaku akan mendapat balasan setimpal daripada Allah dan berdosa besar selagi tidak bertaubat, orang ramai tidak pernah serik dan masih lagi mem­percayai amalan yang menyekutukan Allah ini. 

“Semakin maju dan moden masyarakat semakin taksub kepada penggunaan ilmu sihir yang bertujuan memecahbelahkan rumah tangga untuk mencapai sesuatu hajat. Apatah lagi di negara kita tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai sihir seterusnya mendakwa mereka yang melakukannya di mahkamah kerana pendakwaan haruslah dilengkapi pembuktian. 
Namun sekiranya perkara ini dibiarkan, pengamal sihir akan terus bermaharajalela kerana mereka tidak akan dikenakan hukuman setimpal,” kata Ust Jahid.

Ini pula antara mimpi-mimpi yang memberikan penanda bagi mereka yang terkena sihir dan kesan yang berlaku akibat dari sihir itu seperti yang diberikan oleh Syeikh Abdrraof Ben Halima kepada saya :