Monday


CINCIN ; ramai orang suka memakainya kerana mengikut sunah Rasulullah S.A.W.
Ada pelbagai bentuk cincin yang sering kelihatan dipakai atau digemari mengikut 
citarasa si pemakai malah ada yang memakai cincin untok maksud-maksud yang tertentu.

Ada yang pakai sebentuk,ada yang memakai dua bentuk,ada yang memakai pada keempat-empat 
jarinya malah dikedua-dua belah tangannya ada tercarung cincin.

Ada cicncin yang bulat,ada yang leper,ada yang besar,ada yang dibentuk daripada kayu dan sebagainya.Mereka menempah atau membelinya di pasar malam atau dibeli daripada penjual-penjual cincin atau penjual ubat.Terdapat pelbagai warna batu cincin itu malah ada yang percaya pada khasiat,mujarab atau hikmat cincin yang dipakai itu umpamanya menjauhi makanan beracun,menjauhi binantang buas dan berbisa,orang akan memandang hebat atau gerun,ada yang menjadikan sebagai penawar segera,ada yang beranggapan ia membawa tuah dan rezeki.

Tidak kiralah apa maksudnya pemakainya semata-mata sebagai perhiasan atau yang bermaksud tertentu,hendaklah diketahui jikalau iktiqad kita yang berkuasa selain Allah, maka kita sudah menghampiri syirik.

Orang-orang Islam lazimnya tidak memakai cincin yang diperbuat daripada emas namun bukan bererti tidak ada orang yang memakainya.Cincin buatan suasa lebih disukai daripada cincin yang dibuat daripada besi.


Namun; cincin suasa ini mengikut Imam Nawawi dalam Kitab Fatawa Al-Imam Nawawi al-musammah bi al-masail al-mantsuroh atau lebih dikenali sebagai Kitab Fatawa Imam Nawawi ada menyebutkan mengenai cincin suasa ini apabila dileburkan terdapat sedikit emas didalamnya. Beliau umpamakan " sebelanga @ seperiuk masakan daging kambing yang bercampur sehiris daging babi" .

Maka,buatlah pilihan sendiri.Wallahuaklam.

Tuesday

ZIKIR zikrullah ZIKIR zikrullah

Zikir yang dibai’ahkan ( ditalqinkan ) secara khusus dipanggil ZIKIR DARAJAT iaitu :

  1. dipelajar secara tertentu
  2. diamalkan dengan cara tertentu
  3. dilengkapkan dengan pelbagai adab :
i.              Adab sebelum zikir
ii.             Adab semasa zikir
iii.            Adab sesudah zikir

Manakala zikir yang TIDAK TERIKAT DENGAN ADAB dan peraturan dikenali sebagai 
ZIKIR HASANAT.

Kenapa perlu berzikir ?

Kerana mahu mengenal Allah secara dzauqi ( zikir – hati,roh,sirr ) selepas mengenalNya secara sama’ie ( pendengaran – Kitab ).


Saturday

Ayah..Abi..Abah..Walid..Papa..Baba


Ramai orang sayangkan emak atau ibu atau bonda TETAPI tidak ramai
yang kasihkan Ayah,abi,abah,papa,walid,pak,chek atau baba.

Cuba kita uji meter kasih sayang ini ; dengan kejujuran dan keikhlasan yang terbit dari hati
sanubari kita ...tanpa paksaan,tanpa perlu menipu diri kita sendiri.
AMBILLAH sekeping kertas dan lakarkanlah jawapannya ; diagnos dirimu !!

Berapa harikah anda bekerja dalam sebulan ? 

Adakah anda masih tinggal dengan ayah atau anda tinggal berasingan ?

Apakah tajuk perbualan terakhir semasa anda berbercakap dengan ayah ?

Bilakah kali terakhir anda bercakap dengan ayah ?

Bilakah kali terakhir anda telefon ayah ?

Bilakah kali terakhir anda ketawa bersamanya ?

Bilakah kali terakhir anda solat berjamaah dengannya ?

Apakah makanan kegemaran beliau ?

Bilakah kali terakhir anda makan bersamanya ?

Bilakah kali terakhir anda menghulurkan sedikit duit atau bank-in kan ke dalam akaunnya ?

Adakah anda pernah ucapkan yang anda sayang kepadanya ?

Pernahkah anda mencium dahinya ?

Apakah yang membuatkan ayah anda gembira ?

Apakah yang anda buat apabila berpeluang makan semeja bersama ayah..
ada apa-apa ucapan yang hendak dikatakan kepadanya atau anda memilih untok berdiam diri ?

Bilakah kali terakhir anda bersalam dan mencium tangan ayah ?

Pernahkah anda rasa yang anda ada membuatkan ayah anda sedih dan berkecil hati ?


Bilakah kali terakhir anda membelikan beliau sehelai baju atau anda tidak pernah membelikan apa-apa pun selama ini ?


Berapa kali kah anda minta ibu sampaikan salam anda kepada ayah apabila setiap kali anda membuat panggilan da nberbual dengan ibu anda ?

Adakah anda pernah berdendam atau masih menyimpan atas sesuatu perkara dengan ayah anda ?

Adakah anda pernah menyakiti atau menguriskan hati ayah anda ?

Sekiranya ayah mu ditakdirkan berkahwin lain atau berpoligami ; adakah anda redho dengan seikhlas hati menerima ketentuan Allah itu ?

Walau apa saja pun jawapannya, dia tetap ayah anda.
Dia berhak disayangi
Tanpanya..tiadalah kita..tiadalah semua yang kita miliki ini.

Jika ayah masih ada, lazimkanlah memohon maaf kepadanya
Jika ayah sudah tiada lagi , seringlah ziarah ke tempat persemadiannya.

Dari Abu Hurairah r.a , Rasulullah S.A.W bersabda ;" Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian.Barangsiapa membenci ayahnya bererti dia kafir' . HR Muslim.

Link-link Kuliah :

Pautan Kuliah Ibubapa I

Pautan Kuliah Ibubapa II

Kuliah Ibubapa III

Pautan Kuliah Ibubapa IV

Pautan Kuliah Ibubapa V






Thursday

Kitab Maulid Dibaie

Ku susun bait-bait maulid ini
demi cintaku pada insan mulia bernama Muhammad S.A.W








 Susunan awal yang dibuat pada Tahun 2000



Kisahnya bermula apabila jamaah rakan-rakan menjemput untok ke majlis Maulid ini.
Oleh kerana pendokongnya ramai yang vateran belaka malah rawinya tidak tersusun dengan elok; 
kekadang muka surat ini lepas tu muka surat lain pula.Jadi bagi yang baru nak belajar atau baru 
ikut-ikut macam saya ni, susahlah sikit.Maka timbullah idea untok menyusun semula rangkap dan
 rawinya mengikut susuanan bacaan agar mudah dan tidak keliru.Bermula dengan fotostat dan tampal menampal kemudian upgrade sikit dengan tulisan beretaip sehinggalah diterbitkan kitabnya yang 
sebegini.

Sayangi Nabi..
Baginda berjuang bukan untok pangkat,kuasa atau harta tetapi untok kita;umatnya.

Kitab Maulid ini telah dipromotekan kepada sahabat dan rakan-rakan namun penerimaannya
berbeza-beza. Ada yang terus menerimanya dengan lapang dada malah memilikinya walaupun selama in itidak pernah menghadiri sebarang majlis Maulid Dibaie.

Tidak kurang juga ada yang menolaknya dengan alasan mereka tak pandai maulid ini malah ada 
yang kata maulud mereka maulud lain.Yang menyedihkannya kumpulan yang berkata begini adalah kumpulan mereka yang bertarikat.Malah ada yang berani membuat fitnah.

Sebenarny aapa yang mereka pandang ? pada kitab inikah ? atau padaisi kandungannya.Isi kandungannya pun mereka tidak telitikan manakan boleh menilai intipati kitab maulid ini.
Sepatutnya sebagai orang yang cintakan Rasulullah S.A.W tidak mahu ketinggalan memiliki sebarang kitab atau buku yang memuji memuja Junjungan Besar Muhammad S.A.W ,Nabi danRasul yang dikasihi oleh setiap individu Muslim.

Lihatlah bait-bait puji pujanya..lihatlah bait-bait munajatnya..kalau kita hayati sepenuhnya samada dalan majlis keraian maulud,atau membacanya sendirian sekali pun..manik-manik akan tergenang dipinggir mata.Itu tandanya ada kasih,,ada sayang,, ada cinta dan adanya mahabbah dalam diri kita kepada Sayyidil Mursalin Saidina Muhammad S.A.W.

Saya pernah mengikuti Majlis Maulid di Pulau Bahagia di Terengganu.Allahu Robbi..ku lihat genangan air mata,tanggis esak mereka.Majlis ini yang mereka namakan dengan panggilan Majlis Burdah diadakan setiap pagi Jumaat setiap minggu disebuah surau.Sudah puluhan tahun mereka adakan majlis Burdah in itanpa jemu..tanpa letih..tanpa bosan ; air mata kasih sayang kepada Nabi tetap mencurah..tumpah menjadi saksi kecintaan mereka pada Rasulullah S.A.W.

Wahai Anak,wahai isteri,wahai sahabat,wahai teman..marilah curahkan kasih sayang kepada Rasulullah S.A.W. 
Insha Allah, jika kuat ingatan kepada Rasulullah S.A.W ; maka makin dekatlah Baginda kepada kita.



                                               Kanak-kanak pun suka mengalunkan Maulid ini

Pelopor awal Kumpulan Maulid Dibaie.Bertanda dalam bulatan mereka yang telah dijemput awal oleh Allah Taala.Semoga mereka semua mendapat kebaikan yang dijanjikanNya..AL-FATIHAH.

PAUTAN ke Bacaan MAULID Disc2

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part1

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part2

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part3

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part4

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part5

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part6

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part7

PAUTAN ke Bacaan Maulid Part8

                                           PAUTAN KE SLIDE POWER POINT MAULID DIBAIE


Wednesday

Amalan ADA dikatakan TIADA

Semenjak dua menjak ini banyak kedengaran kumpulan yang sering menyalahi
atau menidakkan amalan yang ADA tetapi dikatakan TIADA.
Kumpulan ini bukan terdiri orang yang biasa-biasa tetapi dari kalangan yang 
mempunyai pendidikan agama yang tinggi,para agamawan atau ustaz-ustaz 
yang mencemuh pada amalan yang mereka sendiri kabur dengannya.
Mereka inilah yang dikatakan dari kumpulan ulama' suk dan tidak hairanlah 
apabila Rasulullah S.A.W berkata,'umatku berpecah kepada 73 firqah ( puak )
tetapi hanya 1 puak sahaja yang masuk ke syurga" 72 puak lagi itu pun puak 
umat Nabi Muhammad juga,bukan puak lain tetapi puak ini tidak diberi laluan 
ke syurga.Siapakah mereka ?

Satu peristiwa bersejarah berlaku antara Ibn Taimiyah dengan Syeikh Ahmad
Atho'illah As-Sakandari , pertemuan itu berlaku sewaktu Ibn Taimiyah singgah
solat Maghrib di Masjid Al-Azhar,Mesir tanpa menyedari Syeikh Ahmad Atho'illah
menjadi imam.

Diskusi itu menyentuh permasaalahan semasa mengenai aqidah Islam termasuk
mengenai tawasul,amalan istiqasah (minta tolong selain Allah) dan pandangan 
kedua-dua ulama' ini terhadap Syeikh Muhyiddin Ibn Arabi.

Dalam diskusi itu, Ibn Atho'illah menerangkan bahawa istiqasah itu sebenarnya 
adalah wasilah atau perantara syafaat menjawab kata-kata Ibn Taimiyah yang 
mengatakan ianya satu bentuk syirik.

Syeikh Ahmad Atho'illah menjelaskan bahawa ia hanya satu lafaz zahir sahaja.
Setiap orang yang meminta pertolongan dari Rasulullah S.A.W sebenarnya 
meminta syafaat Baginda daripada Allah.

Contohnya seperti kata-kata ; " makanan ini mengenyangkan saya '.Apakah 
makanan itu mengenyangkan kamu atau Allah sebenarnya menjadikan kamu 
kenyang dengan makanan itu ?

Ayat Quran yang mengatakan jangan meminta pertolongan selain Allah itu 
sebenarnya diturunkan kepada orang musyrikin yang memohon doa kepada 
berhala-berhala yang dianggap sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya orang 
Islam beristiqasah daripada Baginda dengan makna tawasul dengannya 
kepada Allah dan memohon syafaat yang dikurniakan Allah kepada Baginda.

Syeikh Ahmad Ibn Atho'illah berkata kepada Ibn Taimiyah,' adapun pemahamanmu 
terhadap perbuatan istiqasah itu kerana ia membuka jalan kepada syirik ' samalah
seperti orang yang mengharamkan buah anggur kerana ia adalah jalan bagi 
menjadikan arak dan sama juga 'mengkasi'kan lelaki bujang untuk menyekat jalan 
yang boleh membawa kepada zina.

Syeikh Islam Izuddin Ibn AbdisSalam setelah membaca karangan-karangan Ibn 
Arabi serta memahami maksud simbolik dan rahsia di sebalik kata-katanya ,
beliau (Syeikh Izuddin) bertaubat kepada Allah daripada segala dosa tuduhan 
terhadap Ibn Arabi. Begitu juga kritikan dari Abu Hasan Syazilly bukan ditujukan 
kepada Ibn Arabi tetapi kepada murid Ibn Arabi yang tidak memahami kenyataan 
Ibn Arabi itu sendiri.

Monday

JALIYAT AL AKDAR - MAWLANA KHALID BAGHDADI NAQSYABANDI

Buku (Jaliyat al-akdar) telah ditulis  Hadhrat Mawlana Khalid Baghdadi Naqshbandi rahmatullahi alaih. 
Ia mengandungi bacaana 99 Nama Allah dan nama para sahabah yang gugur ketika Perang Badar.
Juga mengadungi selawat dan pujian kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

( Berdurasi 1jam 10 minit, amat baik bila mendengarnya semasa dalam perjalanan atau semasa memandu
untuk perjalanan yang jauh ).

JADUAL TA'ALIM YMTG BULAN FEB 2015


Jamaah yang berkelapangan untuk mendalami Ilmu Tasawuf,sila hadir pada Majlis Ta'lim seperti yang dijadualkan mengikut tempat dan negeri.Jadual tertakluk kepada perubahan disaat akhir seperti ada Seminar Khusus atau ada Seminar Perubatan dan sebagainya.Sila hubungi nombor tertera pada jadual untuk infomasinya.

Wednesday

Istiqhfar


Apa yang dimaksudkan sebagai orang-orang tanggungan kewajiban kami adalah termasuk
anak isteri kita, anak-anak murid kita , anak angkat kita staff kita, mertua kita atau siapa
sahaja yang menjadi tanggungjawab kepada kita.Kita jangan kedekut beristiqfar buat mereka juga.

Sabda Rasulullah S.A.W:
“ Setiap penyakit itu ada ubatnya, 
sedang ubat dosa adalah istiqhfar. “



Suatu ketika usai solat sunat ,ku rapati ymtg semasa beliau belum lagi bangkit.Ku tanya, minta izin tuan,sekarang ni saya dengar tuan ada menyebut istiqhfar tambahan setiap kali lepas solat,boleh tuan ajarkan; aju saya sambil memegang pen dan buku nota kecil .Beliau ambil buku dan pen yang ada ditanganku dan lalu menulis bait-bait istiqhfar itu sambil menerangkan; 
"Kita istiqhfar ni bukan untok kita aje tetapi untok semua yang dibawah tanggungan kita; anak isteri,murid-murid kita..bila tersebut sahaja perkataan murid-murid kita, saya hampir menitis air mata kerana tidak menyangka seorang guru itu sentiasa memohon keampunan untok murid-muridnya.
Allahu Akhbar,untongnyalah bila kita mempunyai guru.



3 SYARAT untuk dapat USWAH HASANAH

Firman Allah SWT :

QS Al-Ahzab : 21

Kita sering dengar para asatizah atau ramai yang menyebut ayat ini terutama apabila tibanya Maulidur Rasul TETAPI jarang-jarang atau mungkin ada yang tidak pernah mendengar para penceramah atau ustaz-ustaz yang menyebut sehingga sempurna  apa yang dimaksud. Untuk mendapatkan MAKNA YANG ASAL mesti dibaca sampai habis ayat.



Selalu dengar Uswah Hasanah tetapi apa itu Uswah Hasanah yang disebutkan didalam ayat ini ? Kita menyangka telah mendapat Uswah Hasanah sama seperti orang lain TETAPI sebenarnya jikalau TIDAK ADA 3 SYARAT ini, maka kita tidak mendapat apa yang dikatakan uswah hasanah itu.

1.       BERZIKIR BANYAK-BANYAK
2.       MAHUKAN ALLAH
3.       MAHUKAN AKHIRAT

Inilah syaratnya ! Syarat yang mesti ada untuk mendapat Uswah Hasanah, yakni sebaik-baik ikutan sebaik-baik teladan Rasulullah S.A.W. Ikutan yang baik dalam semua bidang kerja semua bidang kehidupan.

Rasulullah S.A.W  mahukan Allah; Rasulullah S.A.W mahukan Akhirat ; Rasulullah S.A.W banyak berzikir.

Senarai sunah-sunah yang lain bukanlah tidak boleh diikut tetapi sunah-sunah itu terletak disenarai nombor yang keberapa..sunah utama adalah berzikrullah.Ini sunah asas yang paling utama , sunah yang lain berdiri dibawahnya.

Apa saja dalam bidang hidup; kita mesti seperti Rasulullah S.A.W yakni mahukan Allah,mahukan Akhirat dan berzikir seperti Rasulullah S.A.W.

Uswah Hasanah dalam amalan bertariqat

Apabila bertariqat, 3 perkara asas tu dah lepas apabila melazimi dengan ungkapan ini :



Kalau dipendekkan lagi : La maksuda ilallah ,tiadalah yang dimaksud melainkan Allah saja.  

KEREDHAAN ALLAH itu bermakna KEBAIKAN AKHIRAT.

Bila bertariqat,kita memang berzikir Allah Allah Allah banyak-banyak,secara automatik kita berzikir banyak-banyak menyebut nama ALLAH kerana mahukanNya secara langsung juga mahukan kebaikan di akhirat.

Dengan ini,lafaz ungkapan :



kita telah dapat memenuhi tuntutan 3 syarat untuk mendapat Uswah Hasanah seperti yang dimaksud dalam ayat diatas.

Tuesday

DOA HARI KEMERDEKAAN 1957 Syeikh Ahmad

Doa pada Majlis Sambutan Kemerdekaan 1957 telah dibacakan oleh Mufti Negeri Sembilan 
SS Syeikh Ahmad yang juga seorang Pemimpin Tariqat Ahmadiah di Negeri Sembilan.

Syeikh Ahmad sedang membacakan doa sebelum Majlis Sambutan Kemerdekaan berlangsung.

 Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. 

Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,
Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said.

Doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.