Wednesday

Amalan ADA dikatakan TIADA

Semenjak dua menjak ini banyak kedengaran kumpulan yang sering menyalahi
atau menidakkan amalan yang ADA tetapi dikatakan TIADA.
Kumpulan ini bukan terdiri orang yang biasa-biasa tetapi dari kalangan yang 
mempunyai pendidikan agama yang tinggi,para agamawan atau ustaz-ustaz 
yang mencemuh pada amalan yang mereka sendiri kabur dengannya.
Mereka inilah yang dikatakan dari kumpulan ulama' suk dan tidak hairanlah 
apabila Rasulullah S.A.W berkata,'umatku berpecah kepada 73 firqah ( puak )
tetapi hanya 1 puak sahaja yang masuk ke syurga" 72 puak lagi itu pun puak 
umat Nabi Muhammad juga,bukan puak lain tetapi puak ini tidak diberi laluan 
ke syurga.Siapakah mereka ?

Satu peristiwa bersejarah berlaku antara Ibn Taimiyah dengan Syeikh Ahmad
Atho'illah As-Sakandari , pertemuan itu berlaku sewaktu Ibn Taimiyah singgah
solat Maghrib di Masjid Al-Azhar,Mesir tanpa menyedari Syeikh Ahmad Atho'illah
menjadi imam.

Diskusi itu menyentuh permasaalahan semasa mengenai aqidah Islam termasuk
mengenai tawasul,amalan istiqasah (minta tolong selain Allah) dan pandangan 
kedua-dua ulama' ini terhadap Syeikh Muhyiddin Ibn Arabi.

Dalam diskusi itu, Ibn Atho'illah menerangkan bahawa istiqasah itu sebenarnya 
adalah wasilah atau perantara syafaat menjawab kata-kata Ibn Taimiyah yang 
mengatakan ianya satu bentuk syirik.

Syeikh Ahmad Atho'illah menjelaskan bahawa ia hanya satu lafaz zahir sahaja.
Setiap orang yang meminta pertolongan dari Rasulullah S.A.W sebenarnya 
meminta syafaat Baginda daripada Allah.

Contohnya seperti kata-kata ; " makanan ini mengenyangkan saya '.Apakah 
makanan itu mengenyangkan kamu atau Allah sebenarnya menjadikan kamu 
kenyang dengan makanan itu ?

Ayat Quran yang mengatakan jangan meminta pertolongan selain Allah itu 
sebenarnya diturunkan kepada orang musyrikin yang memohon doa kepada 
berhala-berhala yang dianggap sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya orang 
Islam beristiqasah daripada Baginda dengan makna tawasul dengannya 
kepada Allah dan memohon syafaat yang dikurniakan Allah kepada Baginda.

Syeikh Ahmad Ibn Atho'illah berkata kepada Ibn Taimiyah,' adapun pemahamanmu 
terhadap perbuatan istiqasah itu kerana ia membuka jalan kepada syirik ' samalah
seperti orang yang mengharamkan buah anggur kerana ia adalah jalan bagi 
menjadikan arak dan sama juga 'mengkasi'kan lelaki bujang untuk menyekat jalan 
yang boleh membawa kepada zina.

Syeikh Islam Izuddin Ibn AbdisSalam setelah membaca karangan-karangan Ibn 
Arabi serta memahami maksud simbolik dan rahsia di sebalik kata-katanya ,
beliau (Syeikh Izuddin) bertaubat kepada Allah daripada segala dosa tuduhan 
terhadap Ibn Arabi. Begitu juga kritikan dari Abu Hasan Syazilly bukan ditujukan 
kepada Ibn Arabi tetapi kepada murid Ibn Arabi yang tidak memahami kenyataan 
Ibn Arabi itu sendiri.

Monday

JALIYAT AL AKDAR - MAWLANA KHALID BAGHDADI NAQSHIBANDI

Buku (Jaliyat al-akdar) telah ditulis  Hadhrat Mawlana Khalid Baghdadi Naqshbandi rahmatullahi alaih. 
Ia mengandungi bacaana 99 Nama Allah dan nama para sahabah yang gugur ketika Perang Badar.
Juga mengadungi selawat dan pujian kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

( Berdurasi 1jam 10 minit, amat baik bila mendengarnya semasa dalam perjalanan atau semasa memandu
untuk perjalanan yang jauh ).

JADUAL TA'ALIM YMTG BULAN FEB 2015


Jamaah yang berkelapangan untuk mendalami Ilmu Tasawuf,sila hadir pada Majlis Ta'lim seperti yang dijadualkan mengikut tempat dan negeri.Jadual tertakluk kepada perubahan disaat akhir seperti ada Seminar Khusus atau ada Seminar Perubatan dan sebagainya.Sila hubungi nombor tertera pada jadual untuk infomasinya.

Wednesday

Istiqhfar


Apa yang dimaksudkan sebagai orang-orang tanggungan kewajiban kami adalah termasuk
anak isteri kita, anak-anak murid kita , anak angkat kita staff kita, mertua kita atau siapa
sahaja yang menjadi tanggungjawab kepada kita.Kita jangan kedekut beristiqfar buat mereka juga.

Sabda Rasulullah S.A.W:
“ Setiap penyakit itu ada ubatnya, 
sedang ubat dosa adalah istiqhfar. “



Suatu ketika usai solat sunat ,ku rapati ymtg semasa beliau belum lagi bangkit.Ku tanya, minta izin tuan,sekarang ni saya dengar tuan ada menyebut istiqhfar tambahan setiap kali lepas solat,boleh tuan ajarkan; aju saya sambil memegang pen dan buku nota kecil .Beliau ambil buku dan pen yang ada ditanganku dan lalu menulis bait-bait istiqhfar itu sambil menerangkan; 
"Kita istiqhfar ni bukan untok kita aje tetapi untok semua yang dibawah tanggungan kita; anak isteri,murid-murid kita..bila tersebut sahaja perkataan murid-murid kita, saya hampir menitis air mata kerana tidak menyangka seorang guru itu sentiasa memohon keampunan untok murid-muridnya.
Allahu Akhbar,untongnyalah bila kita mempunyai guru.



3 SYARAT untuk dapat USWAH HASANAH

Firman Allah SWT :

QS Al-Ahzab : 21

Kita sering dengar para asatizah atau ramai yang menyebut ayat ini terutama apabila tibanya Maulidur Rasul TETAPI jarang-jarang atau mungkin ada yang tidak pernah mendengar para penceramah atau ustaz-ustaz yang menyebut sehingga sempurna  apa yang dimaksud. Untuk mendapatkan MAKNA YANG ASAL mesti dibaca sampai habis ayat.



Selalu dengar Uswah Hasanah tetapi apa itu Uswah Hasanah yang disebutkan didalam ayat ini ? Kita menyangka telah mendapat Uswah Hasanah sama seperti orang lain TETAPI sebenarnya jikalau TIDAK ADA 3 SYARAT ini, maka kita tidak mendapat apa yang dikatakan uswah hasanah itu.

1.       BERZIKIR BANYAK-BANYAK
2.       MAHUKAN ALLAH
3.       MAHUKAN AKHIRAT

Inilah syaratnya ! Syarat yang mesti ada untuk mendapat Uswah Hasanah, yakni sebaik-baik ikutan sebaik-baik teladan Rasulullah S.A.W. Ikutan yang baik dalam semua bidang kerja semua bidang kehidupan.

Rasulullah S.A.W  mahukan Allah; Rasulullah S.A.W mahukan Akhirat ; Rasulullah S.A.W banyak berzikir.

Senarai sunah-sunah yang lain bukanlah tidak boleh diikut tetapi sunah-sunah itu terletak disenarai nombor yang keberapa..sunah utama adalah berzikrullah.Ini sunah asas yang paling utama , sunah yang lain berdiri dibawahnya.

Apa saja dalam bidang hidup; kita mesti seperti Rasulullah S.A.W yakni mahukan Allah,mahukan Akhirat dan berzikir seperti Rasulullah S.A.W.

Uswah Hasanah dalam amalan bertariqat

Apabila bertariqat, 3 perkara asas tu dah lepas apabila melazimi dengan ungkapan ini :



Kalau dipendekkan lagi : La maksuda ilallah ,tiadalah yang dimaksud melainkan Allah saja.  

KEREDHAAN ALLAH itu bermakna KEBAIKAN AKHIRAT.

Bila bertariqat,kita memang berzikir Allah Allah Allah banyak-banyak,secara automatik kita berzikir banyak-banyak menyebut nama ALLAH kerana mahukanNya secara langsung juga mahukan kebaikan di akhirat.

Dengan ini,lafaz ungkapan :



kita telah dapat memenuhi tuntutan 3 syarat untuk mendapat Uswah Hasanah seperti yang dimaksud dalam ayat diatas.