Thursday

Petua Menghapuskan Kera dan Babi di kebun

Masaalah orang yang ada kebun atau rumah ditepi hutan ialah gangguan kera dan babi pada tanaman.

Mungkin bermacam-macam racun telah digunakan malah menembaknya tetapi kos itu mungkin tinggi untok ditanggung.

Kalau babi,setakat pagar 'chain link' tak jadi hal,jadi tempat babi ni main sondol-sondol je.Kalau kera pula habis ubui kayu,anak pisang,pisang apalah lagi,putik nenas,pokok betik ,buah betik semua mereka sapu.Malah ada yang berani masuk ke dapur.

Jadi ni nak kongsi petua mudah dan murah malah telah saya praktiknya sendiri.Namun tidaklah boleh buat sekali,kenalah buat berulang-ulang kali.Saya ada nampak kera mati kat kebun selepas buatkan racun ni tapi tak tahulah matinya kerana apa begitu juga sang babi;takkan nak g cari bangkainya pula..dah tak de kroje.

           Sediakan ubi kayu dan Air Kelapa Tua,sebaiknya air dari 4 biji kelapa atau lebih
                    Buangkan kulit ubi kayu dan rebus dengan air kelapa tua sehingga empok.

 Hidangkan dikawasan babi atau kera masuk.Bila ubi kayu tu dah lama atau kering,rebus dan ulangi; buat secara berkala.Kalau kera atau babi dan termakan,kesannya mungkin sehingga sebulan ia tidak datang lagi tetapi selepas baru ada kesan baru.Buat dan buat lagi,kerja senang dan kos murah.

Petua Ubati kesan gigitan PACAT

 Pacat hinggap pada kaki dan naik ke tubuh kita tanpa kita sedar malah menyelinap masuk ke dalam kasut dan seluar baju kita kemudian menggigitnya tanpa kita rasa sakit.
                                                             Pacat yang naik ke baju Acit

Bila kena gigitan pacat,kesan gigitannya lambat untok sembuh malah kawasan gigitannya akan terasa gatal dan sering nak garu,bila garu rasa tak puas dan adakalanya garu sehingga luka dan berdarah kembali.

Kalau ke hutan atau kat kawasan kebun,simpanlah sebotol Minyak Kayu Kapor yang ada dijual di pasar tani dan pasar malam.Kesan gigitan pacat tu sapukan saja dengan minyak kayu kapor ini,
InsyaAllah selepas itu tidak rasa gatal dan kesan gigitan tu akan segera semboh.

Petua Hapuskan Ulat Putih dengan Racun Organik

Kita sering terjumpa ulat putih atau lalat putih atau juga bena putih pada daun durian,daun cili,daun rambutan dan pada daun pokok buaha-buahan lain.
Mungkin pelbagai cara kita dah guna untuk menghapusnya tetapi tidak berjaya dan mungkin kena beli penyembur serangga yang mahal.

                                                             Ulat putih pada daun durian

Petuanya mudah dan murah malah tidak mendatangkan kesan kerosakan pada daun dan pokok.
                 Rendamkan sedikit Lada Kering,tapiskan airnya dan bubuh dalam Botol Penyembur.
Racun Organik Ulat  / Bena putih sudah boleh digunakan-sembur saja pada daun tapi jika pokok tinggi jangan sampai masuk ke mata.