Thursday

Petua Menghapuskan Kera dan Babi di kebun

Masaalah orang yang ada kebun atau rumah ditepi hutan ialah gangguan kera dan babi pada tanaman.

Mungkin bermacam-macam racun telah digunakan malah menembaknya tetapi kos itu mungkin tinggi untok ditanggung.

Kalau babi,setakat pagar 'chain link' tak jadi hal,jadi tempat babi ni main sondol-sondol je.Kalau kera pula habis ubui kayu,anak pisang,pisang apalah lagi,putik nenas,pokok betik ,buah betik semua mereka sapu.Malah ada yang berani masuk ke dapur.

Jadi ni nak kongsi petua mudah dan murah malah telah saya praktiknya sendiri.Namun tidaklah boleh buat sekali,kenalah buat berulang-ulang kali.Saya ada nampak kera mati kat kebun selepas buatkan racun ni tapi tak tahulah matinya kerana apa begitu juga sang babi;takkan nak g cari bangkainya pula..dah tak de kroje.

           Sediakan ubi kayu dan Air Kelapa Tua,sebaiknya air dari 4 biji kelapa atau lebih
                    Buangkan kulit ubi kayu dan rebus dengan air kelapa tua sehingga empok.

 Hidangkan dikawasan babi atau kera masuk.Bila ubi kayu tu dah lama atau kering,rebus dan ulangi; buat secara berkala.Kalau kera atau babi dan termakan,kesannya mungkin sehingga sebulan ia tidak datang lagi tetapi selepas baru ada kesan baru.Buat dan buat lagi,kerja senang dan kos murah.

No comments: