Thursday

Sinopsis Usul Tafsir


Kitab al-Quran telah Allah turunkan sebagai pedoman untuk dipelajari dan difahami tuntutan-tuntutan dan perintah yang terkandung didalamnya.

Golongan solafussoleh mempraktik dan beramal dengannya dalam kehidupan seharian ajaran bagi setiap ayat yang turun itu terlebih dahulu sebelum berpindah kepada ayat-ayat yang selepasnya.

Ilmu Usul Tafsir meletakkan asas-asas mentafsir al-Quran dengan menerangkan kaedah yang betul dalam menerangkan Kalam Allah.

Para Ulama’ Tafsir menjalankan penyelidikan dan ujikaji ( kaedah tajribi ) atau eksperimen terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara atau ilmu pengetahuan yang baru dan memastikan ia tidak lari sandaran al-Quran dan sunnah seperti Ilmu Mantiq ( Ilmu Logik Akal ), Ilmu Falsafah dan sebagainya.Ini adalah kerana Ilmu Tafsir itu sendiri disokong oleh satu ilmu yang mencatat cara penyusunan dan membuat kesimpulan daripadanya.

Ilmu Tafsir memberi banyak kebaikan kepada ilmu-ilmu yang mempunyai kesamaan dengannya seperti Ilmu Usul Fiqh yang lebih dulu lahirnya atas usaha dan diasaskan oleh Imam Syafie yang mengumpulkan semuanya dalam Kitab al-Risalah.

Ilmu Tafsir merupakan ilmu yang berasaskan catatan tafsir dengan meletakkan kaedah-kaedah penting demi menjaga keselamatan sirah.

Mufassir ( Ahli Tafsir ) dikenakan beberapa syarat sebelum memulakan penafsiran untuk menggelakkan berlakunya kesilapan atau keraguan penafsirannya seperti jaminan Allah dalam ayat QS: Al-Hijr 9,mafhumnya “ Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang menjaganya “.

Taarif al-Quran – Apa itu Kalamullah

Makna dari sudut literasi al-Quran adalah dari kata dasar bagi perkataan al-qiraah yang bermaksud “bacaan atau yang dibaca”

Perkataan al-Quran ini adalah dari kata masdar (kata dasar) yang diberi makna isim maujud  iaitu maqru’ ( bererti yang dibaca ).

Makna dari sudut istilah pula ialah Nama bagi Kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r melalui perantaraan Jibrail a.s yang ditulis dalam bentuk mushaf ( lembaran atau
helaian ).

Imam as-Sayuthi pula mentakrifkannya sebagai Kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r yang tidak dapat ditandingi oleh penentangnya walaupun dengan satu surah.

Ulama’ Kalam pula mendefinasikannya sebagai “Kalam Azali yang berdiri Zat Allah yang sentiasa bergerak dan tidak pernah ditimpa sebarang bencana”.Imam al-Alusi membuat ulasan mengenai pendapat ini dengan mengatakan para mutakallimun ( Ahli Ilmuan ) menggunakan nama al-Quran untuk menunjukkan kalimah-kalimah ghaib yang azali bermula dari Surah Fatihah hingga Surah An-Nas.

Imam al-Syaukani mendefinasikan al-Quran sebagai “ Kalam Allah yang azali yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r yang dibacakan dengan lidah dan dinukilkan ( dipindahkan) secara mutawattir ( diriwayatkan oleh ramai orang ).  

Para Ulama’ berpendapat, al-Quran disebut dengan Quran – bermaksud sesuatu yang dibaca.
Bila ditambah al ( al-Quran ) , ia membawa maksud Kalam Allah yang telah diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r dalam Bahasa Arab.

Kesimpulannya secara umum ulama’ bersepakat bahawa Al-Quran bermaksud “ Kalam Allah berbentuk mukjizat diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r dan ditulis dalam beberapa mushaf
( helaian atau lembaran), dipetik dari riwayatnya yang mutawattir,pembacaannya dikira ibadah manakala orang yang mengingkarinya dikira kafir.”

Nuzul Al-Quran

Nuzul al-Quran berlaku pada malam Lailatul Qadar dan diturunkan serentak ke langit dunia ; menurut Ibn Abbas dan majoriti Ulama’.

Kemudian selepas itu barulah ia diturunkan atau diwahyukan kepada Baginda Nabi r secara beransur-ansur selama 25 tahun.Ia bersesuaian dengan dengan kehendak Allah agar manusia menerima Kalamullah itu dengan sabar.

Penurunannya yang kedua secara beransur-ansur berbeza dengan penurunan kitab-kitab samawi ( kitab yang ditulis berdasarkan wahyu) terdahulu kerana ia memberikan kesan yang hebat menyebabkan mereka gemar menghayati rahsia yang tersirat.

Nuzul al-Quran secara serentak

Pendapat Nuzul al-Quran diturunkan serentak di malam Lailatul Qadar berdasarkan Firman Allah dalam :
   
      QS: Al-Baqarah :185 , mafhumnya “ Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai
       petunjuk kepada manusia dan sebagai petunjuk jalan dan pembeza yang terang “

QS: al-Qadr : 1,mafhumnya “ Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam Lailatul Qadr “ 
dan Firman Allah dalam :

Surah QS: Ad-Dukkhan: 3 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam yang berkah “

Tidak wujud pertembungan ketiga-tiga ayat walau pada zahirnya ia diturunkan kepada Baginda Rasulullah r selama 23 tahun.

Persoalan ini dibahagikan kepada dua aliran utama :

Aliran Pertama

Ibnu Abbas ( Abdullah bin Abbas ) seorang Ahli Tafsir yang juga sepupu Baginda Nabi r,Ahli Takwil al-Quran dan majoriti ulama’ berpendapat, Nuzul al-Quran yang dimaksudkan dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah penurunannya secara serentak di Bayt al-Izzah dari langit dunia sebagai mengagongkan kedudukannya disisi para Malaikat.Kemudian barulah ia turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah r mengikut peristiwa yang berlaku selama 23 tahun.

Baginda r diutus sebagai Rasul ketika berusia 40 tahun – Menetap di Mekah selama 13 tahun – Hijrah ke Madinah selama 10 tahun – Wafat ketika berusia 63 tahun.

Aliran ini berpegang kepada beberapa hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan membacakan Firman Allah QS: al-Furqan : 33 “ Tidak mereka bawakan kepadamu perumpamaan melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan sebaik-baik penerangan “.

QS: al-Isra’ 106 : “ Dan al-Quran itu Kami pecah-pecahkannya supaya engkau bacakan ia kepada umat manusia dengan sabar dan Kami turunkannya secara beransur-ansur “.

Aliran Kedua

Imam As-Syakbi dan Ulama’-ulama’ yang bersependapat dengannya menegaskan maksud Nuzul Al-Quran dalam ketiga-tiga ayat itu ialah bermulanya penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar pada Bulan Ramadhan yang diberkati.Selepas itu berlaku secara beransur-ansur dengan peristiwa yang berlaku dalam masa hampir 23 tahun.

Orang-orang kafir musyrikin mempertikaikannya kerana penurunannya berbeza dengan penurunan kitab-kitab Samawi yang lain seperti Injil,Taurat dan Zabur.

Rasulullah r dikhabarkan mimpi benar pada bulan kelahiran Baginda r pada bulan Rabiulawal dan berterusan selama 6 bulan,kemudian barulah diberi wahyu secara sedar pada Bulan Ramadhan.

Aliran Ketiga

Golongan ini berpendapat al-Quran diturunkan ke langit dunia pada 23 malam Lailatul Qadar.Penurunannya pada setiap  malam pada malam-malam Lailatul Qadar adalah menyamai setahun penurunannya dan ia diturunkan pula secara beransur-ansur pada setiap tahun.
Namun pendapat ini adalah ijtihad daripada sebahgian Ulama’ Tafsir yang tiada asas-asas yang kuat.

Kesimpulannya:

1.Penurunannya secara serentak pada malam Lailatul Qadar ke Bayt al-Izzah daripada Langit Dunia

2.Penurunannya secara beransur-ansur daripada Langit Dunia kepada Baginda Rasul r selama23 tahun.
Rahsia penurunannya dalam bentuk ini ( beransur-ansur ) adalah untok membesarkan kedudukan al-Quran dan memuliakan Nabi Muhammad r serta membezakan dengan Kitab Samawi.

As-Sakhawi menjelaskan dalam kitab Jamal al-Qurra “ Penurunannya dari langit dunia secara serentak adalah untuk memuliakan anak Adam dan memuliakannya disisi para malaikat dan menunjukkan perhatian inayah dan rahmat Allah kepada mereka.

Namun ada ulama’ yang berpendapat ia diturunkan  pada peringkat permulaannya di Loh Mahfuz berdasarkan firman Allah dalam surah QS: al-Buruj 21-22 mafhumnya “ Bahkan ia adalah al-Quran yang diturunkan di Loh Mahfuz ”. Kemudian diturunkan dari Loh Mahfuz secara serentak juga ke Bayt al-Izzah selepas itu diturunkan secara beransur-ansur.

Nuzul Al-Quran secara beransur-ansur

Penjelasan ayat-ayat al-Quran dalam perkara ini seperti firman Allah dalam surah QS : As-Syuara 192-195
Mafhumnya “ Dan sesungguhnya (al-Quran) itu pemberian (Tuhan) Pengurus sekian alam.Dibawa turun ia oleh Ruh Al-Amin (Malaikat).Kepada hatimu, supaya jadilah engkau daripada orang-orang yang memberi peringatan”.

Firman Allah dalam surah QS : An-Nahl 102,mafhumnya “ Katakanlah diturunkan ia oleh roh yang suci daripada Tuhanmu dengan membawa kebenaran untok menguatkan orang-orang yang beriman dan sebagai satu petunjuk dan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman ”

Keseluruhannya ayat-ayat ini menegaskan bahawa al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan melalui Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad r

Rahsia diturunkan secara beransur-ansur

-          Menguatkan Hati dan keazaman Rasulullah S.A.W ekoran pendustaan dan kecaman oleh kaum musyrikin.
-          Firman Allah dalam QS : AL-Furqan 32 mafhumnya “ Begitulah keadaannya, untok menetapkan hati kamu “.Allah menceritakan kisah-kisah Nabi terdahulu sebagai teladan dalam misi dakwah Baginda r seperti keteguhan Ulul Azmi ( Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Noh,Nabi Isa ).
-          Bukti Allah menyediakan penjagaan dan pengawasanNya terhadap Baginda r.
-          Memberi pendidikan secara beransur-ansur kepada kaum Arab mengenai perkara agama,akhlak,tatasusila,pergaulan,ilmu dan amal.Sekiranya diturunkan secara serentak dan drastik,sudah tentunya bangsa Arab tidak dapat menerima peraturan dan perubahan baru yang secara mengejut kerana mereka baru sahaja menerima satu ajaran yang asing bagi mereka.

Method atau kaedah Rasulullah r menjelaskan mengenai hukum dan kewajipan

-          Mewajibkan manusia beriman kepada Allah dan menolak unsur syirik seperti penyembahan berhala,dewa atau manusia.
-          Mengemukakan persoalan pembalasan dan ganjaran di akhirat nanti.
-          Memaparkan persoalan-persoalan mengenai ibadat secara sedikit demi sedikit sehingga untok mengharamkan meminum arak mengambil masa 16 tahun selepas keRasulan Baginda r. Apabila larangan ini sudah dapat dipatuhi,barulah diturunkan ayat-ayat secara tegas.

-          Memudahkan Nabi r menghafal dan memahami kandungannya sesuai dengan Firman Allah QS: Sad 29 mafhumnya “ Ini sebuah Kitab yang Kami turunkan kepada kamu yang diberkati supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal fikiran ingat “.
-          Menerangkan ketinggian ijaz al-Quran dan merupakan mukjizat teragong Rasulullah r
-          Bangsa Arab dahulu terkenal dengan kepandaian bersyairnya tetapi tidak mampu meniru kandungan seperti al-Quran dari pelbagai aspek walaupun dicabar Allah untok mengadakan ayat-ayat yang serupa dan dalam tempoh yang sama.Jika al-Quran ini ciptaan manusia,sudah tentu terdapat banyak kelemahannya dari pelbagai sudut seperti percanggahan fakta dan tidak ada pertalian diantara satu ayat dengan ayat yang lain.

Memberi kemudahan kepada umat Islam mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa syariat Islam diturunkan.

1.       Peristiwa Marthad al-Ghanawi yang diutuskan Rasulullah r ke Kota Mekah untok membawa keluar sekumpulan kaum muslimin yang lemah dan ditindas.Ketika disana,seorang wanita musyrik menawarkan dirinya untok berkahwin dengan beliau.Apabila beliau pulang ke Madinah beliau meminta izin kepada Rasulullah r untuk mengahwini wanita itu lalu turunlah Firman Allah
       QS : Al-Baqarah 221 mafhumnya “ Janganlah kamu mengahwini perempuan-perempuan musyrik   
       sehinggalah mereka beriman “. Ayat ini bermaksud Allah SWT melarang berkahwin dengan   
              wanita yang bukan Islam.

2.       Persoalan mengenai kehidupan harian seperti masaalah haidh bagi kaum wanita.Allah berfirman dalam surah QS: Al-Baqarah 222, mafhumnya “ Mereka bertanya kamu tentang haid.Katakan haid itu sesuatu yang kotor, maka hendaklah kamu menjauhi wanita ketika haid…….Sesungguhnya Allah suka kepada yang bersih “. Dengan itu terhapuslah juga tanggapan yang merendahkan kedudukan kaum wanita disebabkan masaalah haid mereka.

3.       Orang kafir menguji Baginda Rasulullah r sebagai Rasul dengan mengajukan persoalan mengenai roh lalu Allah SWT berfirman dalam QS Al-Isra; 85 mafhumnya “Mereka bertanya kamu ( Wahai Muhammad ) tentang roh ; katakanlah roh itu adalah urusanKu , maka kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja “. Mereka hanya mahu menguji adakah perkara-perkara yang sulit dapat dijawab oleh Baginda r.

4.       Orang kafir musyrikin sering berusaha untuk memesongkan akidah kaum muslimin yang lemah dengan memberikan pelbagai helah dan alasan namun Allah pecahkan tembelang mereka melalui QS : Al-Furqan 25 mafhumnya “ Dan orang-orang kafir berkata : Al-Quran ini tidak lain hanya kebohongan yang diada-adakan olehnya ( Muhammad) dan dibantu oleh kaum lain.Maka sesungguhnya mereka telah berbuat kezaliman dan dusta yang besar.Dan mereka berkata : Dogengan orang-orang dahulu,ia minta dituliskan,maka dibacakan pagi dan petang……..oleh itu tidak mampu mereka beroleh jalan yang lurus “.

5.       Peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah semata-mata memberi pengajaran kepada kaum muslimin atas kesilapan masa lalu untuk kekal pada jalan yang benar.Contohnya kekalahan kaum muslimin dalam perang Hunain walaupun mempunyai bilangan tentera yang ramai tetapi kerana sifat sombong,tentera muslimin kalah dalam perang tersebut lalu Allah tegur dalam  surah QS: At-Taubah 25-27 mafhumnya “ Dan pada peperangan Hunain,dimana kamu berasa sombong dengan bilangan kamu yang banyak tetapi ia tidak memberi faedah sedikitpun kepada kamu…sesungguhnya Allah bersifat pemurah dan penyayang”.

6.       Mendedahkan sifat orang munafik melalui firman Allah QS:An-Nisa’ 14 mafhumnya “ Mereka itu adalah orang-orang yang menunggu perubahan atas kamu,iaitu jika kamu mendapat kemenangan dari Allah,mereka berkat;Bukankah kami bersama kamu ?”.

Penurunan ayat ini dapat membantu Rasulullah r lebih bersedia menghadapi sifat talam dua muka golongan munafik ini. 

DEFINASI USUL TAFSIR

USUL dari sudut literasi atau bahasa adalah jama’ dari perkataan al-ashlu. Bahagian paling bawah atau dasar sesuatu dan apa yang dibangunkan di atasnya sesuatu yang lain.

TAFSIR bermaksud menerangkan dan menjelaskan sesuatu.
  Dari segi istilah ialah ilmu yang membicarakan perihal al-Qur'an berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan menjelaskan apa-apa yang terkandung padanya dari makna-makna,rahsia dan hukum ahkam.

USUL adalah metodologi atau kaedah kajian,teknik dan pendekatan yang digunakan oleh seorang Mufassir ( Ahli Tafsir ) dalam menafsirkan ayat-ayat Al-Quran manakala TAFSIR adalah penjelasan dan penerangan yang didsarkan kepada metodologi tersebut.

Sesetengah ulama memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah berdasarkan sesuatu petunjuk.

Pendapat Al-Zarkasyi :
Menerangkan  makna  Al-Quran  dan  mengeluarkan  hukum  ahkam  dan  hikmah-hikmahnya.

Pendapat Al-Jurjani :
Tafsir adalah menjelaskan makna ayat-ayat Al-Quran,keadaanya,kisah-kisahnya dan sebab al-nuzul dengan ungkapan yang dapat menunjukkannya secara terang dan nyata.

Pendapat Al-Zarqani :
Tafsir sebagai ilmu yang membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran berdasarkan kepada petunjuknya mengikut apa yang dikehendaki Allah dengan kadar kemampuan manusia.

Pendapat Abu Hayyan :
Tafsir sebagai ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak mengucapkan lafaz-lafaz Al-Quran,memberikan makna menurut keadaan perkataan,hukum-hukum ketika ia merupakan
satu perkataan dan ketika ianya merupakan susunan perkataan,makna-makna perkataan yang boleh diertikan pada ketika hakikat dan majaz (kiasan) serta juga membicarakan perkara-perkara berkaitan dengan al-nasikh ( Hukum yang terakhir menghapuskan hukum yang terdahulu ) dan al-mansukh
( dihapuskan hukum/lafaznya ) serta asbab al-nuzul.

OBJEKTIF HUKUM TAFSIR

Objektif paling utama ialah untuk mengetahui makna yang terkandung dalam Al-Quran dan menjelaskan ayat-ayatnya,menyelidiki makna-maknanya,menjelaskan hukum ahkam serta hikmah yang terkandung didalamnya untuk menyampaikan kepada hakikat Al-Quran.

Ilmu  ini  memberi  faedah  kepada  Mufassir ( Ahli Tafsir ) untuk menafsirkan Al-Quran dan mengeluarkan hukum ahkam dan hikmah-hikmah serta dapat mengetahui hujjah dan  dalil-dalil  daripada  ayat-ayat  Allah. Menjelaskan   maknanya   dan   mengambil pengajaran darinya secara yang betul.

KARYA-KARYA UTAMA DALAM PENGAJIAN ULUM AL-TAFSIR

Pada zaman awal ilmu-ilmu yang berkaitan Al-Quran tidak dicatat.Bahkan semasa hayat Rasulullah r segala hal dan permasaalahan dirujuk terus kepada Baginda r.Manakala di zaman   sahabat   pula   tidak   banyak   masaalah   yang   timbul   kerana   mereka  hanya tertinggal tidak jauh dengan zaman Rasulullah r yang terdapat ramai sahabat yang alim dalam bidang Al-Quran.

Ilmu Al-Quran berkembang pada Kurun ke 2 walaupun tulisan-tulisannya mengenai beberapa aspek ilmu Al-Quran dalam keadaan tidak tersusun dan sisitematik seperti contohnya mengenai :


NASIKH
الناسخ
Penghapusan - Hukum yang terakhir menghapuskan hukum yang terdahulu.Contohnya Baginda Nabi r bersabda,”Dulu aku melarang kamu menziari kubur maka sekarang hendaklah kamu berziarah (kubur)-HR Muslim No.977

MANSUKH
المنسوخ
Sesuatu yang dihapuskan / dihilangkan
/dipindahkan atau dinukilkan.Ketentuan hukum yang pertama diubah dan diganti kerana adanya situasi dan keadaan yang menghendaki perubahan dan pengantian itu.
MUHKAM
المحكم
Ayat-ayat Al-Quran yang jelas maknanya ,tidak boleh diganti atau diubah.
MUTASYABIH
المتشابه
Ayat-ayat yang mempunyai makna yang samar dan tersembunyi .Contohnya ayat “Dirikan Solat”


Pada peringkat awal,seorang mufassir hanya menyentuh satu-satu aspek sahaja mengenai ilmu-ilmu Al-Quran sedangkan skop ilmu Al-Quran ini begitu luas.

Karya-karya mengenai bab tertentu yang mereka tulis adalah seperti berikut ini :

1.       Bab R Asbab al-Nuzul
Karyanya bertajuk - Nasikh dan Mansukh oleh Qatadah Al-Sadusi (M 117H),
             Abu Ubaydah al-Qasim Bin Salam (M 224H) ,  Abu Daud al-Sajistani (M 275H)
             dan Makki Bin Abi Tholib (M 437H).

2.       Bab R Gharib Al-Quran
Karyanya bertajuk – Al-Raghib al-Safahani  oleh Abu Bakr al-Sijistani (M 330H).

3.       Bab R Majaz Al-Quran
Karyanya ditemui – Tulisan Abu Ubaydah Ma’mar Bin al-Mutnanah (M 209H) dan
Al-Syarif al-Radi (M 406H).

4.       Bab R Ijaz Al-Quran
       Karyanya ditemui – Tulisan al-Rumani (M 348H), al-Khatabi (M 388H),Al-Mawardi
       (M 450H ) dan Abu Bakr al-Baqilani (M 403H).

5.       Bab R I’rab Al-Quran
      Karyanya ditemui – Tulisan Abu Ja’far al-Nuhhas (M 338H) , Muhammad Bin  
      Mustanir (M 206 H) dan Al-Akbari (M 616H).

6.       Bab R Munasabat Al-Quran
      Karyanya ditemui – Tulisan Abu Ja’far Ahmad Bin al-Zubair (M 708H) , Burhan al-
      Din al-Baqi (M 885H) dan al-Sayuti (M 911H).

Topik-topik lain Ilmu Al-Quran :

§  Musykil Al-Quran oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari (M 276H)
§  Jadal Al-Quran oleh Najm al-Din al-Tufi (M 716H)
§  Aqsam Al-Quran oleh Ibn al-Qayyim al-Jauzi (M 715H)
§  Al-Qiraat al-Sab & Al-Waqf fi al-Ibtida’ oleh Abu Amr al-Dani

Kajian lengkap dan penulisan Al-Quran secara menyeluruh bermula dalam Kurun ke 6H yang dimulakan oleh Ibn Al-Jauzi (M 597H) melalui Kitab Funun al-Afnan fi ‘Ulum al-Quran.

Kurun ke 7H , muncul Kitab Jamal al-Qurra’ oleh Imam al-Sakhawi (M 643H) dan
al-Mursyid al-Wajiz fi ‘Ulum Tata’alaq bi al-Qur’an al-Aziz oleh Abu Syamah (M 665H).

Kurun ke 8H , Imam Badr al-din al-Zarkasyi (M 794H) menghasilkan Kitab al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran.

Seorang lagi tokoh yang menyumbang kepada pengajian ilmu Al-Quran ialah Imam Jalal al-Din al-Bulqini (M 824H).Kitabnya bertajuk Mawqi ‘ al-‘Ulum min Mawaqi’ al-Nujum.
Imam Al-Suyuti menjadikan kitab ini sebagai rujukan asas bagi menghasilkan Kitab al-Tahbir fi ‘Ulum al-Tafsir.

Al-Sayuti juga menyumbangkan tulisannya dalam Ilmu Quran melalui Kitabnya al-Itqan fi ‘Ulum Al-Quran.

Karya-karya lain :
§  al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir oleh Syeikh Waliyullah al-Dahlawi (M 1176H)
§  al-Tibyan li Ba’di al-Mabahith al-Muta’ ‘aliqah bi al-Quran ‘ala Tariq al-Itqan oleh Syeikh Tahir al-Jaza’iri.
§  Manhaj al-Furqan fi “ulum al-Quran oleh Syeikh Muhammad Ali Salamah.
§  Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Quran oleh Syeikh Muhammad Abd al-‘Azim al-Zarqani.

Karya-karya Mutakhir :

·       Kitab Mabahith fi ‘Ulum al-Quran oleh Dr Subhi al-Salih.
·       Kitab ‘Ulum al-Quran tulisan bersama Dr Ahmad Sayyid al-Kumi dan Dr Muhammad Ahmad Yusuf al-Qasim.
·       Kitab ‘Ulum al-Quran : Madkhal ila Tafsir al-Quran ‘anwa Bayan al-I’jaz oleh Dr Ahmad Zaznu
·       Kitab Mahabith fi ‘Ulum al-Quran oleh Manna’ al-Qattan.
·       Kitab Min Rawa’ al-Quran oleh Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti.
·       Kitab Usul al-Tafsir wa Qawa’iduh oleh Syeikh Khalid Abd Rahman al-Ak terbitan tahun 1984.
·       Kitab Dirasat Hawl al-Quran oleh Dr Badran Abu ‘Aynayn Badran.
·       Kitab al-Manar fi ‘Ulum al-Quran oleh Dr Muhammad Ali al-Hasan.
·       Kitab Dirasat fi ‘Ulum al-Quran al-Karim oleh Dr Fahd Bin Abd Rahman al-Rumi terbitan tahun 1983
·       Kitab Dirasat fi al-Tafsir wa rijaluh oleh Abu Yaqzan ‘Atiyyah al-Jaburi.
·       Kitab Dirasat fi ‘Ulum al-Quran oleh Dr Mahmud Salim ‘Ubaydat yang diterbitkan dalam Tahun 1990.

Sejarah Pertumbuhan Ilmu Tafsir dan Peringkat Perkembangannya

Telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi kerana Baginda r adalah mufassir .Para sahabat tidak mentafsirkan Al-Quran dan menyerahkan segala kemusykilan berkaitan al-Quran kepada Rasulullah r ketika Baginda r masih hidup • Setelah wafat Baginda r Sahabat Yang telah mendapat didikan daripada Rasulullah r  dan  mengetahui  rahsia-rahsia  al-Quran  merasakan  perlu  melakukan  sesuatu  untuk menjelaskan apa yang mereka fahami kepada Kaum Muslimin.

 Ada 4 peringkat utama :

1.       Zaman Rasulullah r
2.       Zaman Sahabat r.hum
3.       Zaman Tabi’in
4.       Zaman selepas Tabi’in

Zaman Rasulullah r

v  Pentafsiran pada zaman ini tidak timbul kerana Rasulullah r sendiri yang mentafsirkan ayat-ayat al-Quran . Jadi, tidak timbul sebarang pertikaian dikalangan sahabat dan umat Islam • Pengasas kepada pentafsir al-Quran: Rasulullah r (pentafsir yang ulung dan terbaik)

v  Mentafsir al-Quran adalah tugas utama Rasulullah r :
‘Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan’ - (Surah an-Nahl : 44)

v  Pada zaman ini, sumber tafsir ialah
                                 I.            Tafsir al-Quran dengan al-Quran       II.          Tafsir al-Quran dengan al-Hadith

Menurut Ibn Kathir :
Cara tafsir yang terbaik ialah tafsir al-Quran dengan al-Quran kerana ayat yang ringkas pada suatu tempat mungkin ada penjelasannya pada yang yang lain. Jika tidak terdapat penjelasan tersebut, maka kembali kepada hadith Rasulullah r kerana al-Hadith adalah penjelas kepada al-Quran.

Menurut Imam asy-Syafie :
Segala yang disebut oleh Rasulullah r adalah berdasarkan kefahaman Baginda r ke atas al-Quran • Bidang tafsir pada zaman ini tidak berkembang pesat kerana hanya Rasulullah  r sahaja yang mempunyai autoriti sebagai pentafsir melakukan tugas kerasulannya.

Para Sahabat hanya memberi perhatian kepada pentafsiran dan pengajaran daripada Rasulullah r sahaja namun para ulama’ berselisih pendapat dalam persoalan ini:

Œ Golongan yang berpendapat Rasulullah  r menjelaskan semua ayat yang terdapat dalam al-Quran termasuk makna dan lafaz . Golongan ini dipelopori oleh Ibn Taimiyyah atas dalil dari  Surah an-Nahl ayat 44 :
وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Mafhumnya :Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.

 Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah r telah menjelaskan semua yang terdapat di dalam al-Quran, jika tidak dia dikira cuai dalam menyampaikan risalah dan sudah tentu Rasulullah r tidak bersifat demikian.

Ulasan :

Kita tidak mempertikaikan tugas Rasulullah r dalam memberi penjelasan dan keterangan berdasarkan ayat di atas ▪ Tetapi tidak bermaksud Rasulullah  r menjelaskan semuanya.

Pendapat yang mengatakan para Sahabat tidak melangkaui sesetengah ayat yang mereka pelajari sehinga mereka tahu dan beramal juga tidak semestinya mereka belajar daripada Rasulullah  r sendiri kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa mereka iaitu Bahasa Arab ▪ Jadi ada ayat yang mereka faham berdasarkan pengetahuan mereka sendiri dan harus juga mereka mengetahuinya melalui sahabat lain yang lebih mendalam ilmu gaya bahasa, ungkapan kata, bidalan dan syair terutamanya perkara-perkara zahir.

 Golongan yang berpendapat Rasulullah r tidak menjelaskan semua ayat al-Quran kecuali sebahagian kecil ayat sahaja .
Antara ulama’ yang menyokong pendapat ini ialah Imam al-Suyuti  atas dalil  Hadith Riwayat Aisyah r.ha mengatakan Rasulullah r tidak mentafsirkan al-Quran kecuali yang dinyatakan oleh Jibril a.s.

 Penjelasan dan keterangan daripada Rasulullah r bagi semua ayat al-Quran adalah suatu yang luar biasa dan sukar digambarkan kecuali beberapa ayat yang tertentu sahaja. Rasulullah r memberi ruang untuk semua Kaum Muslimin supaya berfikir mengenai al-Quran.

        Contohnya: Doa Nabi r kepada Ibnu Abbas :
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maka, jika Rasulullah r menjelaskan semua makna al-Quran kepada pada sahabat , akan samalah pencapaian ilmu mereka, maka tidak perlu Nabi r mendoakan Ibnu ‘Abbas tersebut.

Ulasan :

Tidak harus berhujah dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.ha kerana ia adalah hadith Munkar lagi Gharib . Andainya ia sahih pun, ia menunjukkan secara umum mengenai ayat-ayat yang memerlukan penjelasan dan keterangan di mana tidak ada sesiapa yang mengetahui maksudnya tanpa penjelasan tersebut.

Dakwaan mengenai kemampuan Rasulullah r menerangkan setengah ayat sahaja dan tidak berupaya untuk menjelaskan semuanya merupakan dakwaan yang tidak boleh diterima.

Pendapat di mana Rasulullah r tidak menjelaskan mengenai sesetengah ayat bagi memberi peluang kepada umat manusia berfikir juga merupakan dakwaan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawab Rasul r sebagaimana dalam Surah an-Nahl ayat 64:

‘Kami tidak menurunkan al-Quran kepada engkau melainkan supaya engkau terangkan kepada mereka hal-hal yang mereka perselisihkan dan untuk petunjuk serta rahmat bagi kaum yang beriman’.

Bila kita menerima pandangan yang Rasulullah r tidak mentafsirkan setiap ayat al-Quran, itu bukan juga hujah untuk mengatakan Rasulullah r hanya mentafsirkan sebilangan kecil sahaja ayat-ayat al-Quran.

Kesimpulan :

 Hujah kedua-dua golongan ini didapati agak keterlaluan. Maka, adalah wajar kita mengambil sikap sederhana atau pertengahan .

Rasulullah r menjelaskan kebanyakan dari makna ayat-ayat al-Quran dan tidak menerangkan kesemua makna al-Quran sebagaimana yang disaksikan dalam karya-karya muktabar kerana terdapat juga perselisihan dikalangan para sahabat dalam mentakwil sesetengah ayat al-Quran.

Kalau Rasulullah r menerangkannya, sudah tentu perselisihan tidak akan berlaku .Maka, ini menunjukkan yang Rasulullah r tidak menerangkan kesemua ayat-ayat al-Quran. Tegasnya, Rasulullah r telah mentafsirkan sebahagian besar al-Quran dan apa yang telah diasaskan oleh Baginda Rasulullah r telah diteruskan oleh para Sahabat di mana mereka mentafsir ayat al-Quran yang tidak diperjelaskan oleh Rasululah r.

TAFSIR ZAMAN SAHABAT

Para sahabat telah disifatkan sebagai golongan yang terbaik oleh al-Quran, hadith-hadith yang sahih dan pandangan ulama’ yg muktabar. Imam al-Syafi’e berkata : mereka mengatasi kita dalam ilmu, ijtihad, wara’, kecerdikan dan dalam hal-hal yang memerlukan ilmu pengetahuan dan pengambilan hukum.

Berhubung dgn tafsir para sahabat, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah bentuk tafsir itu sendiri. Sekiranya para sahabat menyandarkan kepada Rasulullah r semasa mentafsirkan ayat al-Quran, maka ketika itu tidak ada ruang bagi umat Islam untuk menolaknya, bahkan mereka menerima tafsiran secara putus.

Sekiranya tidak disandarkan kepada Rasulullah r ada 2 pertimbangan yang diberikan; apakah ada ruang para sahabat untuk mengemukakan pandangan peribadi atau sebaliknya. Sekiranya tiada, kemungkinan mereka memberikan pandangan peribadi seperti mereka menjelaskan tentang Asbab al-Nuzul.

Maka penjelasan tersebut mestilah diterima walaupun tidak disandarkan kepada Rasulullah r kerana zahir menunjukkan mereka menerimanya daripada Baginda r atau menyaksikannya. Namun apabila tafsiran terdapat ruang para sahabat memberikan pandangan peribadi atau pentafsiran yang tidak berkaitan dengan Asbabun Nuzul dan tidak disandarkan kepada Rasulullah r maka para ulama berselisih pendapat. 

Ada yang berpendapat tafsiran sahabat merupakan ijtihad yg harus berlaku kesilapan dalam ijtihad tersebut dan kedudukan ijtihad itu samalah dengan ijtihad yg lain.
Ada juga yang berpendapat wajib diterima tafsiran para sahabat tersebut walaupun dengan sangkaan beliau mendengarnya daripada Rasulullah r.

Sekiranya ia adalah tafsiran peribadi mereka, pendapat mereka adalah lebih tepat daripada orang lain kerana mereka lebih mengetahui mengenai al-Quran. Mereka adalah ahli Bahasa, mengetahui realiti penurunan ayat dan mendapat penghormatan bersahabat dengan Rasulullah r . Al-Zarkasyi berkata dalam kitabnya al-Burhan : Pentafsiran sahabat perlu diberi perhatian, sekiranya tafsiran dibuat dari sudut Bahasa maka mereka adalah ahli Bahasa dan sekiranya tafsiran berkaitan dengan sebab-sebab sesuatu ayat diturunkan maka tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ibn Kathir pula berkata : Apabila tidak terdapat tafsir dalam al-Quran dan as-Sunnah, kami merujuk kepada pendapat para sahabat kerana mereka lebih mengetahui perkara itu dari apa yang mereka saksikan dari tanda-tanda dan keadaan-keadaan yang khusus mengenainya. Juga kerana kefahaman yang sempurna, ilmu yang sahih dan amal yang soleh terutama di kalangan ulama’ dan tokoh-tokoh mereka.

Gambaran Umum Tafsir Zaman Sahabat

1. Al-Quran tidak ditafsirkan secara keseluruhan tetapi hanya ayat-ayat yang sukar difahami. Tafsirannya semakin bertambah apabila jarak masa mereka dengan zaman Rasulullah r semakin jauh.
2. Perselisihan dalam memahami makna dan tafsiran di kalangan para sahabat sangat sedikit.
3. Para sahabat berpuas hati dengan makna al-Quran secara umum dan tidak memberi penumpuan kepada tafsiran yang mendalam kerana mereka mempunyai aqidah yg masih utuh dan kuat.
4. Pentafsiran hanya terbatas kepada makna menurut Bahasa secara ringkas.
5. Kesimpulan hukum tidak diberi keutamaan kerana tiada mazhab feqah pada masa itu.
6. Pentafsiran dalam masa ini merupakan salah satu cabang daripada pengajian al-Hadith dan tidak terpisah daripadanya.
7. Tafsiran al-Quran tidak terdapat dalam bentuk bertulis kerana penulisannya bermula pada kurun ke 2H.

Perbezaan kefahaman dikalangan sahabat

Faktor-faktor penyebab :

1. Keadaan peribadi yang tidak sama.
2. Perbezaan keupayaan dari sudut bahasa dan kesusasteraan
3. Tidak sama pengetahuan mengenai Asbab al-Nuzul.
4. Tempoh persahabatan dengan Rasulullah r adalah tidak sama, disebabkan ada di antara mereka terkemudian memeluk Islam, bermusafir dan terlibat dengan jihad, sibuk dengan urusan kehidupan dan sebagainya

Memandangkan al-Quran memperkatakan tentang kehidupan, alam dan manusia dan ia merupakan suatu yang baru bagi masyarakat Arab.Lantaran itu, ia memerlukan penerangan yang lebih mendalam mengenainya kerana di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang berbentuk mujmal ( umum ) dan penggunaan perbendaharaan kata yang susah difahami oleh sebahagian masyarakat Arab.
Memandangkan wujudnya ketidaksamaan kefahaman di kalangan para sahabat terhadap al=Quran menyebabkan mereka terpaksa meminta penjelasan daripada Rasulullah r mengenai al-Quran dan pentafsirannya.

TAFSIR DI ZAMAN TABI’IN

 Ulama tabi’in menyambung pula usaha-usaha para sahabat dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran, di mana seringkali timbul permasalahan baru yang tidak pernah wujud pada zaman Rasul r dan sahabat yang memerlukan penghuraian dari aspek yg berbeza dari dua zaman sebelumnya.

Tafsiran  dalam  bentuk  ilmiah  menjadi  tumpuan  pengkajian  ulama’  tabi’in .  Walau bagaimanapun, tafsiran tabi’in tidak dikumpul dalam satu majmu’ah (kumpulan) dan tersusun dengan teratur mengikut susunan mushaf, bahkan tafsiran tersebut bercampur aduk dengan al-Hadith.
Manakala tabi’in Kufah pula sibuk meriwayatkan tafsiran daripada Ibn Mas’ud dan tokoh-tokoh Kufah yang menjalankan tugas-tugas tersebut ialah Alqamah bin Qays, Ibrahim al-Nakha’i dan al-Sya’bi.

Sumber tafsir Ulama’ Tabi’in

Sebelum mentafsir al-Quran, ulama’ tabi’in berpegang kepada beberapa sumber. Menurut al-Zahabi dalam mentafsir al-Quran al-Karim ini mereka berpegang kepada sumbersumber berikut:

 j Apa yg terdapat dalam al-Quran al-Karim.
k Apa yang diriwayatkan daripada sahabat daripada Rasulullah r.
l Apa yang diriwayatkan daripada sahabat sendiri yang merupakan tafsiran mereka.
m Apa yang diambil dari Ahl al-Kitab.
n Ijtihad dikalangan tabi’in itu sendiri dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Madrasah Tafsir Zaman Tabi’in.

Pada zaman tabi’in ini, tafsir al-Quran berkembang dengan begitu pesat. Kelahiran tokoh-tokoh tafsir pada zaman ini dilihat pada pusat-pusat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya dan mereka yg sentiasa berdampingan dengan para sahabat. Ekoran daripada perluasan wilayah kekuasaan Islam didapati para sahabat bertebaran disegenap  pelusuk negara Islam.   Dengan itu, para tabi’in mengambil kesempatan mempelajari ilmu pengetahuan daripada mereka. Lantaran itu lahirnya madrasah tafsir masing-masing seperti di Mekah, Madinah dan Iraq.

Madrasah Tafsir di Mekah

Diasaskan oleh Ibn ‘Abbas yg menetap di Mekah dan majlis ilmu diadakan di Masjid Haram.  Ramai dikalangan murid-muridnya mengikuti pengajian tersebut antara yg terkenal ialah Mujahid, Akrimah dan Sa’id bin Jubair, Tawus al-Yamani, ‘Ata bin Abi Rabah dan lain-lain lagi. 

Menurut Ibn Taimiyyah orang yg paling pandai dan arif dalam ilmu tafsir al-Quran ialah anak-anak murid Ibn ‘Abbas iaitu para tabi’in di Mekah seperti Mujahid, ‘Ata bin Abi Rabah, Akrimah, Abi al-Tha’tha dan sebagainya.

Mujahid Ibn Jabbar yang meninggal dunia pada 140 H adalah seorang murid Ibn ‘Abbas yg terkenal dlm bidang ilmu tafsir dan qiraat dan dalam bidang riwayat beliau bertaraf  thiqah (boleh dipercayai).

Ramai dikalangan ulama mengetahui ketokohan Mujahid ini sehingga Sufian al-Thauri pernah berkata: ‘Apabila kamu telah bersua dengan tafsir Mujahid maka kamu tidak perlu lagi kepada tafsir lain’. Banyak ulama bergantung kepada Mujahid seperti al-Bukhari, namun sesetengahnya ada yg berwaspada dengan tafsirnya kerana Mujahid menggunakan ijtihad sebagai sumber dalam penafsirannya.

Akrimah Ibn Abdullah (m 170 H) juga merupakan pelajar Ibn Abbas yg banyak mengembara.  Beliau telah banyak menyebarkan tafsirnya dan ramai yg mengambilnya sebagai panduan antaranya Ibn Sirin. Namun begitu, beliau lebih tertumpu kepada Tafsir bi al-Ra’yi sehingga sebahagian besar ahli tafsir Mekah berselisih pendapat dengannya.

Manakala Said bin Ibn Jubair (m 954 H) terkenal dalam bidang tafsir, qiraat, fiqh dan Sunnah yg sebahagian besarnya juga diambil dari Ibn Mas’ud.

Sementara Tawus banyak memperkatakan tentang feqah, fatwa, tafsir dan banyak mengetahui tentang ilmu-ilmu al-Quran. Realiti ini dijelaskan oleh Khusaif Ibn Abd Rahman yang berkata : ‘Tokoh tabi’in yg arif tentang talak ialah Sa’id bin al-Musayyab, tentang halal dan haram ialah Tawus, mengenal tafsir ialah Mujahid dan mengetahui semuanya Sa’id bin Jubair.

Madrasah Tafsir di Madinah

Memandangkan  Madinah  merupakan  tempat  kediaman  Rasulullah  r  yang  juga menempatkan ramai dari kalangan para sahabat yang berdampingan dengan Baginda r baik semasa Baginda r hidup atau selepas kewafatannya. Mereka inilah yang meneruskan tradisi keilmuan yang diasaskan oleh Rasulullah r.

Tokoh tafsir yang terkenal di Madinah ialah Ubay bin Ka’b mempunyai anak murid yang ramai antaranya Zayd bin Aslam, Abu ‘Aliyah, Muhammad Ibn Ka’b al-Qurazi dan mereka ini adalah tabaqat yg kedua.

Abu ‘Aliyah mengembangkan ilmu tafsir Ubai di Basrah dan merupakan seorang yang amat mahir dlm bidang qiraat, tafsir, ilmu dan amal. Manakala Muhammad Ibn Ka’b al-Qurazi pula merupakan seorang yang paling mengetahui tentang takwil al-Quran. Mereka yang paling terkenal mengenai Tafsir bi al-Ra’yi ialah Zayd bin Aslam dan mempunyai pengikut seperti Abd al-Rahman ibn Zayd dan Abdullah bin Wahb.

Madrasah Tafsir di Iraq

Madrasah Abdullah Bin Mas’ud – Khalifah Umar ibn Khattab mengutuskan beliau bersama-sama Ammar Bin Yasir  sebagai  Guru  dan  Wazir . Penduduk Iraq mempelajari tafsir dari beliau hinggakan metodologi ( sistem dan prinsip pengajaran ) tafsir beliau terkenal di kalangan penduduk Iraq.

Para Ulama’ kemudiannya memanggil madrasah itu sebagai Madrasah Ahl al-Ra’yi. Kalangan tabi’in yang terkenal  dengan  tafsir  di  Iraq  ini  ialah  Alqamah  bin  Qays , Masruq ,  al-Aswad  bin  Yazid , Murrah al-Hamzani,Amir al-Syu’bi,Hassan al-Basri dan Qatadah Bin Di’amah al-Sudusi.


Nilai Tafsir Ulama’ Tabi’in

Para ulama’ berbeza pendapat berhubung dengan tafsiran tabi’in.Ada yang berpendapat boleh menerima pandangan dan tafsiran sahabat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

Imam Abu Hanifah berpendapat apa-apa yang datang dari Rasulullah r wajib diterima manakala yang datang  dari  para  sahabat  diberi  pilihan  dan  apa-apa  yang datang daripada tabi’in tidak semestinya diterima.

Pandangan pertama,tidak semestinya mengambil tafsiran tabi’in kerana mereka sama taraf dengan kita.

Pandangan kedua,tafsiran tabi’in perlu dilihat dari beberapa sudut.Jikalau semua sepakat para tabi’in atas sesuatu pendapat, maka kita perlu mengambil tafsiran tabi’in kerana adanya dalil yang menyokong pendapat tersebut.

Tafsir Selepas Zaman Tabi’in

Fasa ini bermula selepas berakhirnya zaman tabi’in ( atba’ al-tabi’in ) dan bertukar dari bentuk lisan kepada bentuk susunan bertulis.

Ulama’-ulama’ Hadith berusaha mengumpulkan hadith-hadith secara bersanad,mereka adalah :

Yazid Bin Harun al-Silmi (M117H)
Sufian Bin Uyainah (M198H)
Ruh Bin Ubadah al-Basri (M205H)
Abd al-Razzaq Bin Hammam (M211H)

Selepas itu lahirlah tafsir dengan bentuknya sendiri yang terpisah daripada Al-Hadith.Penafsiran setiap ayat-ayat Al-Quran dibuat dan disusun mengikut susunan mushaf dan kesemua tafsiran ini diriwayatkan daripada Rasulullah r , sahabat dan tabi’in yang dikenali ia sebagai Tafsir bi al-Ma’thur.

Kitab-kitab tafsir yang memuatkan penafsiran Al-Quran telah ada pada masa ini tetapi tidak diketahui siapakah pelopor sebenarnya.

Ada yang mengatakan Al-Farra’ (M207) yang telah menghasilkan Kitab Ma’ani Al-Quran, ada yang mengatakan Sa’id bin Jubair (M94/95H) berdasarkan bukti Khalifah Abd Malik bin Marwan (M86H) telah meminta Sa’id bin Jubair menulis sebuah kitab tafsir kepadanya.Kitab itu ada pada Atho’ bin Dinar (M126H) dan ada yang berpendapat pelopornya ‘Amr bin ‘Ubayd (M114H).

Peredaran masa dan pertambahan orang yang terlibat dalam pengumpulan dan penyusunan tafsir telah menukarkan juga bentuk-bentuk tafsir ini dimana sanad-sanadnya telah dibuang.Mereka tidak lagi menyebut sumber asal tafsir dan tokohnya.Malah ia bercampur dengan hadith-hadith palsu dan unsur-unsur israeliyyat.

Dalam perkembangan awal peringkat ini,para mufassir mengumpulkan pendapat mereka yang sebelumnya dan menyusun tafsiran mereka.


Kemudian lahirlah tokoh-tokoh yang menjadikan tafsir sebagai disiplin ilmu yang berasingan dengan hadith.Mereka menafsirkan Al-Quran secara bersanad yang sampai kepada Rasulullah r ,para sahabat atau tabi’in dan disusun mengikut surah-surah.

Ilmu TAFSIR ini kadang-kadang disebut pandangan  yang  ditarjihkan  (  mendahulukan  yang  lebih  awla), suatu kesimpulan,penjelasan hukum dan penjelasan tatabahasa.Pendekatan ini digunakan oleh Ibn Jarir al-Tabari dan ia disebut Tafsir bi al-Ma’thur, kemudian lahir pula Tafsir bi al-Ra’yi.

Tafsir Al-Quran berkembang selepas itu dengan munculnya beberapa mufassir yang berkebolehan dalam bidang masing-masing seperti Al-Zujaj dan Al-Wahidi  dalam Kitab Al-Basit yang memeberi tumpuan kepada masaalah nahu ,i’rab (tatabahasa) , Al-Qurtubi dalam tafsirnya menekankan masaalah feqah dan Fakhruddin al-Razi dalam Tafsir Al-Kabir menekankan ilmu-ilmu falsafah.

Pembahagian Tafsir

Tafsir dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

a.       Tafsir Al-Riwayah atau disebut juga dengan tafsir Al-Naql dan lebih terkenal dengan tafsir bi Al-   Ma’thur.
b.      Tafsir Al-Dirayah atau lazimnya disebut tafsir bi Al-Ra’yi .
c.       Tafsir Al-Isyarah dan kebiasannya lebih dikenali dengan tafsir Al-Isyari.

Tafsir bi Al-Ma’thurاَلتَّفْسِير بِالْمَأثُور

Tafsir bi Al-Ma’thur bermaksud tafsir yang berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu mentafsirkan Al-Quran atau dengan Al-Hadith kerana ia berfungsi sebagai penerang kepada Al-Quran dengan Al-Quran atau dengan Al-Hadith.Mereka juga dipanggil sebagai Tabi’in besar kerana mereka biasanya menerima perkara tersebut daripada sahabat.

 Menurut Al-Dhahabi ahli-ahli tafsir mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan Al-Quran itu sendiri, riwayat daripada sahabat-sahabat yang bersumberkan kepada Rasulullah r dan yang mereka ambil daripada ahli-ahli kitab dan ijtihad.

Perkembangan ilmu tafsir terbahagi kepada dua cara iaitu:

a.       Secara lisan.Penafsiran daripada Rasulullah r atau penafsiran sahabat daripada para    sahabat,atau penafsiran tabi’in yang diambil daripada sahabat dengan cara penukilan yang boleh dipercayai.
b.      Secara penulisan atau pembukuan (tadwin).Pada mulanya penulisan ini dibuat dalam kitab-kitab hadith,tetapi setelah tafsir rasmi menjadi suatu disiplin ilmu,maka ia ditulis lalu lahirlah karya-karya tafsir yang secara khusus memuatkan tafsir bi Al-Mathur lengkap dengan jalur sanadnya daripada tabi’in-tabi’in,sahabat dan sampai kepada Rasulullah r.

Sumber-sumber tafsir bi Al-Ma’thur

Pertama :   Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran

Tafsir berbentuk ini adalah yang terbaik dan paling mulia .Hal ini merujuk kepada keadaan dimana terdapat ayat Al-Quran yang pada suatu tempat dalam bentuk ringkas.Terdapat ayat mutlak tanpa
ikatan atau ayat yang umum,kemudian turun pula ayat lain untuk mengikat dan mengkhususkan ayat berkenaan.

Contohnya Firman Allah dalam QS Al Maidah : 1

ۚ أُحِلَّتۡ لَكُم بَهِيمَةُ ٱلۡأَنۡعَٰمِ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ

Mafhumnya : Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. 

Perkataan  ( إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ  )  yang bermaksud: ” kecuali yang dibacakan kepada kamu ” ditafsirkan dengan Firman Allah dalam surah Al-Maidah Ayat 3:
 حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحۡمُ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلۡمُنۡخَنِقَةُ وَٱلۡمَوۡقُوذَةُ وَٱلۡمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيۡتُمۡ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسۡتَقۡسِمُواْ بِٱلۡأَزۡلَٰمِۚ ذَٰلِكُمۡ فِسۡقٌۗ ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِي مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٖ لِّإِثۡمٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ 

Mafhumnya : Diharamkan bagimu ( memakan ) bangkai , darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, ( mengundi nasib dengan anak panah itu ) adalah kefasikan.  Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk ( mengalahkan ) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ayat tersebut juga terdapat tafsirannya dalam ayat 145 surah Al-An’am,ayat 115 surah Al-Nahl dan ayat 173 surah Al-Baqarah.

Kedua : Tafsir Al-Quran dengan Hadith Rasulullah r

Seperti yang diakui Nabi r merupakan mufassir yang paling pakar dan arif.Memandangkan Bagindalah yang menerima Al-Quran,memahaminya dan bertanggung-jawab menyebarkannya kepada manusia.
Contohnya ialah seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Mas’ud dengan katanya: Sewaktu turunnya QS
Al-An'am Ayat 082:
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ

Mafhumnya : Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Dengan turunnya ayat ini para sahabat agak kelam kabut kerana mereka memahami maksud “Al-Zulm” dalam ayat tersebut adalah sama dengan kezaliman yang biasa.Lantas Rasulullah r bersabda: “Apakah tidak kamu mendengar apa yang diucapkan oleh hamba yang soleh seperti yang terdapat dalam Al-Quran Surah Luqman Ayat 13:

وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ

Mafhumnya : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

Oleh itu,perkataan “Al-Zulm” di dalam ayat di atas bermaksud syirik.

Hadith unsur kedua terbaik dalam mentafsir Al-Quran ,ini disebabkan beberapa faktor antaranya:

v  Hadith adalah wahyu daripada Allah yang diterangkan kepada para sahabat dengan menggunakan bahasa Baginda r sendiri walaupun makna wahyu tersebut dari Allah SWT.

v  Rasulullah r dibekalkan dengan wahyu.Allah memastikan Baginda r tidak melakukan kesilapan dalam melakukan ijtihad dan istinbath dalam suatu perkara.Sekiranya berlaku kesilapan maka akan turun wahyu menerangkan perkara sebenar,seperti yang berlaku kepada peristiwa tawanan badar,solat jenazah ke atas golongan munafik dan sebagainya.

Ketiga : Tafsir Al-Quran dengan pendapat dan ijtihad sahabat

Sahabat pernah berkumpul dengan Rasulullah r dan menerima keterangan daripada sumber yang asli. Para sahabat juga pernah menyaksikan wahyu dan turunnya Al-Quran,mengetahui asbab nuzul dan memiliki kemampuan dalam memahami kalam Allah serta mengetahui rahsia Al-Quran melebihi kemampuan orang lain.
Contohnya Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 30 :
أَوَ لَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ كَانَتَا رَتۡقٗا فَفَتَقۡنَٰهُمَاۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَيۡءٍ حَيٍّۚ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
      
        Mafhumnya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa  
       sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu
       Kami pisahkan antara keduanya Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka
       mengapa mereka tidak mahu beriman?

Ibn Abbas menafsirkan “langit yang padu”ialah langit yang tidak ada hujan,manakala “bumi yang padu” yang tiada tumbuhan.Sementara “lalu tuhan pisahkan keduanya” ditafsirkan sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan.
      
Mafhumnya : Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Mujahid seperti yang diriwayatkan oleh ibn Jarir,Ibn Al-Munzir dan Ibn Abi HAtir dalam mentafsirkan “Al yaqin berpendapat maksud “Al-Yakin” pada ayat tersebut ialah “Al-Maut”

Manakala Al-Hakim dalam Al-Mustadrak pernah menyatakan.”Sesungguhnya tafsir sahabat yang telah menyaksikan wahyu dan turunnya Al-Quran adalah Marfu’.
Tafsir sahabat juga mempunyai kedudukan sebagaimana kedudukan hadith yang salasilahnya sampai kepada Rasulullah r .
   
Ciri-ciri Athar sahabat yang patut diterima dan dijadikan pegangan dalam tafsir Al-Quran
ΠSanadnya baik,maksudnya periwayat dimulai dari rawi yang terakhir seperti Imam Al-Bukhari sampai kepada sahabat yang menjadi sumber athar hendaklah tidak terputus.

 Tidak bertentang dengan kumpulan sahabat tertentu serta tidak dihiasi cerita-cerita khurafat,israiliyat dang kisah-kisah orang-orang zindik.

Ž Tidak bertentangan dengan Al-Quran
Walau bagaimana pun ulam’a berpendapat tafsiran para sahabat tidak termasuk sebagai al-Tafsir bi al-Mathur melainkan apabila mereka mendengar tafsiran tersebut daripada Rasulullah r .

Keempat : Tafsir Al-Quran dengan pendapat Tabi’in.
            
Terdapat perselisihan dikalangan para ulama.Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir dengan perkataan tabi’in termasuk dalam Al-Tafsir Bi Al-Ma’thur .

Walau bagaimanapun sebahagian ulama pula berpendapat tafsiran Al-Quran dengan pendapat tabi’in termasuk dalam Tafsir bi Al-Ra’yi. Alasannya ialah kedudukan tabi’in adalah sama dengan kedudukan mufassir yang lain,kerana selain daripada Nabi r dan sahabat mereka mentafsirkan Al-Quran bersesuaian dengan kaedah Bahasa Arab.

Menurut Dr Subhi al-Salih pentafsiran Al-Quran dengan perkataan sahabat dan tabi’in mengandungi kelemahan antaranya:

j Kemasukan tipu daya dari musuh Islam dengan cara memasukkan pendapat-pendapat yang menyeleweng dari segi dalil dan hujjah untuk menghancurkan Islam.

k Berita palsu dari golongan bermazhab,contohnya golong muktazilah dan ghulat dari kalangan syiah dan golongan yang mempunyai kegemaran ganjil iaitu mentafsirkan Al-Quran dan menceritakan asbab al-nuzul mengikut hawa nafsu mereka.

l Bercampur aduk di antara yang sahih dengan tidak sahih sehingga menimbulkan kekeliruan untuk memilih mana yang benar dan sebaliknya lebih-lebih lagi pada masa tersebut terdapat ramai golongan yang berpegang kepada sesuatu pendapat tanpa menyebut sanadnya .Kemudian pendapat itu diterima oleh orang yang datang kemudian dengan anggapan bahawa pendapat tersebut ada asasnya,sedangkan dia tidak mencuba mencari asal dari riwayat tersebut.

m Banyak mengandungi kisah-kisah israiliyyat dan khurafat yang tidak dapat diterima contohnya riwayat-riwayat yang menerangkan tanda-tanda kiamat,hari akhirat dan lain-lain lagi yang tidak boleh diterima pakai oleh orang Islam.

Oleh itu dalam mentafsirkan Al-Quran dengan berdasarkan riwayat hadith dikehendaki seorang itu berhati-hati dalam mengungkapkan sesuatu serta teliti dalam mengenengahkan sanad-sanad.


Syarat-syarat Tafsir bi Al-Ma’thur

Memandangkan Al-Tafsir bi Al-Ma’thur mempunyai kaitan rapat dengan ilmu riwayat maka ia memerlukan beberapa syarat,antaranya:

ΠMempunyai pengetahuan yang cukup mengenai ilmu sunnah riwayat dan dirayah.
 Benar-benar mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,kemudian mengenai kata-kata sahabat,tabi’in dan imam-imam mujtahid.
Ž Berkemampuan mungumpul dan menserasikan riwayat-riwayat yang bercanggah.
 Mengetahui hakikat perselisihan tafsir dan sebab-sebabnya.
 Mengetahui tentang asbabunnuzul dan ilmu nasikh mansukh,kerana pertamanya boleh   
     membantu dalam memahami nahs dan yang kedua bagi mengetahui ayat yang muhkam
     dan yang mansukh.
Memetik pendapat yang sepakat sahaja dan tidak memetik pendapat yang gharib.
Tidak bersandar kepada riwayat israiliyat

Oleh itu,mufassir perlu cermat dan berhati-hati dalam tafsiran dengan menggunakan tafsiran yang betul.

Karya-karya Tafsir bi al-Ma’thur

1.       Tafsir Ibn Abbas
2.       Tafsir Ibn Uyainah
3.       Tafsir Ibn Abi Hatim
4.       Tafsir Ibn Hibban
5.       Tafsir Ibn Atiyyah (Al-Muharrar Al-Wajiz fi Tafsir Al-Quran Al-Wajiz)
6.       Tafsir Abi Al-Laith Al-Samarqandi(Bahr Al-ulum)
7.       Tafsir Abi Ishaq (Al-Kayf wa Al-Bayan’an Tafsir Al-Quran)
8.       Tafsir Ibn Jarir Al-Tabari (Jami’ Al-Bayan fi Tafsir Al-Quran)
9.       Tafsir Ibn Abi Syaibah
10.   Tafsir Al-Baghawi (Ma’lim Al-Tanzil)
11.   Tafsir Ibn Kathir(Tafsir Al-Quran Al-Azim)
12.   Tafsir Al-Tha’libi(Al-Jawahir Al-Hisan fi Tafsir Al-Quran)
13.   Tafsir Jalal Al-Din Al-Suyuti (Al-Durr Al-Manthur fi Al-Tafsir bi Al-Ma’thur)
14.   Tafsir Al-Syaukani(Fath Al-Qadir)


Tafsir bi Al-ra’yi     التفسير بالراى

Tafsir bi Al-ra’yi bermaksud pentafsiran Al-Quran yang dibuat menerusi ijtihad atau istinbath para sahabat atau tabi’in atau orang-orang selepas mereka yang mempunyai keistimewaan daya fikiran yang kuat.
Menurut Al-Zahabi ia adalah tafsir yang menurut pendapat seorang ahli tafsir dengan membuat ijtihadnya sendiri disamping mempunyai kemahiran bahasa Arab.

Ada juga yang berpendapat bahawa ahli tafsir menerangkan makna sesuatu ayat itu berdasarkan fahamannya yang tertentu dan mengambil pelajaran daripada pendapatnya semata-mata.
Walaubagaimanapun,Al-Tafsir bi Al-Ra’yi yang dikemukan oleh sahabat yang tidak bercanggah dan tidak ditegah ialah suatu pendapat yang dihubungkan dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah r serta ijma’.


Tafsir bi Al-Ra’yi terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

ΠTafsir yang terpuji ( Mahmud ) iaitu tafsir yang selari dengan tafsir yang sebenarnya,mengikut syarak dan bersesuaian dengan aturan-aturan bahasa arab dan selok belok gaya bahasanya
 Tafsir yang tercela ( mazmum ) iaitu tafsir tanpa pengetahuan terperinci tentang sumber tafsir,syariah pemahaman dalam bahasa arab.

Sumber-sumber Tafsir Bi Al-Ra’yi

j Merujuk terus kepada Al-Quran,dengan mengumpulkan ayat-ayat dan membuat perbandingan,di mana ayat yang mujmal diperjelaskan dan memperincikan ayat yang ringkas.

k Nukilan daripada Rasulullah saw dengan menghindarkan yang dhaif dan maudu.

l Riwayat yang shahih daripada sahabat dan juga tabi’in

m Ilmu bahasa yang akan memelihara diri daripada memalingkan ayat kepada makna yang berlawanan dengan kehendak syara’,kecuali makna-makna yang sudah banyak dipakai oleh bangsa arab itu sendiri.

n Mentafsirkan ayat berdasarkan tuntutan dari makna yang berteraskan ilmu mengenai Al-Quran.

Selain itu perkara utama yang perlu dijauhi oleh seseorang dalam menafsir Al-Quran dengan ijtihad adalah ia memberanikan diri menerangkan maksud Al-Quran sedangkan dia tidak mengetahui undang-undang bahasa dan undang-undang syariat.

Kedudukan Al-Tafsir Bi Al-Ra’yi

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai kedudukan Tafsir Bi Al-Ra’yi atau ijtihad.Satu golongan tidak mengharuskannya dengan berdasarkan beberapa faktor.

Mentafsir Al-Quran dengan Al-Ra’yi atau ijtihad bererti menyatakan sesuatu terhadap Allah swt tanpa ilmu pengetahuan dan initidak dibenarkan sama sekali dalam islam.
Dalilnya ialah Firman Allah SWT QS An-NAHL : 44
بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Mafhumnya : keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan

Arahan dalam ayat di atas ditujukan kepada Rasulullah r dan tidak kepada orang lain.Oleh itu hak untuk menerangkan ayat-ayat Al-Quran adalah terbatas kepada Baginda r sahaja.Alasan ini tidak dapat diterima memandangkan Rasulullah r sudah wafat sedangkan tidak semua ayat dalam Al-Quran telah diperjelaskan oleh Baginda r.

Golongan ini juga berdalilkan kepada hadith Rasulullah r yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada ibn Abbas:
Maksudnya : “ Berwaspadalah bercakap mengenaiku kecuali apa yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya  dalam neraka dan sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pandangannya sendiri maka sediakanlah tempatnya dalam neraka.”
Dan sabda Rasulullah r
 من قال في القرآن برأيه فأصاب فقد أخطأ
Sesiapa yang berkata mengenai al-Qur’an dengan pendapatnya sendiri lalu ia betul, sesungguhnya ia adalah salah.
Larangan yang terdapat dalam hadith Rasulullah r adalah kepada mereka yang menggunakan pandangan sendiri dalam perkara yang musykil dan mutasyabihat dalam Al-Quran.

Manakala golongan yang kedua pula mengharuskan Tafsir Bi Al-Ra’yi.Alasan-alasan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

Al-Quran sendiri menyuruh umat manusia supaya mengkaji dan meneliti ayat-ayat Allah.Dalilnya dalam QS Muhammad ayat 24 :
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ
Mafhumnya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?

Pengkajian terhadap ayat-ayat Al-Quran tidak berlaku melainkan dengan penetilian yang berasaskan kepada pemahaman,kekuatan berfikir dan penggunaan ijtihad.Kalaulah Tafsir Bi Al-Ra’yi tidak diharuskan nescaya terhalang ijtihad,dengan demikian tergendalah urusan ummah seluruhnya.

Terdapat perselisihan di kalangan para sahabat dalam mentafsirkan perkara-perkara sampingan yang merupakan bukti keharusan ijtihad.Lalu mereka berijtihad dan terdapatlah perselisihan pendapat.Kalaulah ijtihad adalah perkara yang dilarang,maka sudah pasti mereka tidak akan berijtihad dan apabila mereka melakukan perkara tersebut tidaklah bermaksud mereka telah melakukan perkara yang dilarang.
        Doa Rasulullah saw kepada Ibn Abbas  (للّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَI) HR Ahmad.
       ‘Ya Allah, pahamkanlah dia terhadap agama dan ajarkanlah (ilmu) tafsir kepadanya.’

Seandainya takwil itu hanya terbatas kepada apa yang didengar sahaja,tentulah tiada faedah dikhususkan takwil kepada Ibn Abbas.Jadi yang dikehendaki dengan takwil disini adalah tafsir dengan menggunakan ijtihad.

Para mufassirin yang menggunakan ijtihad haruslah berhati-hati dalam menggunakan segala ilmu yang dimiliki dalam mentafsirkan Al-Quran. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah:

ΠSeorang mufassir hendaklah mencari makna Al-Quran daripada Al-Quran itu sendiri.Jika dia tidak menemuinya dalam Al-Quran hendaklah dia mencarinya dalam hadith dan jika tidak diketemui juga haruslah mencari pendapat sahabat yang adil.

 Jika mufassir tidak menemui makna yang dimaksudkan dalam Al-Quran,di dalam hadith atau daripada pendapat-pendapat sahabat,maka kita boleh menggunakan pedoman-pedoman yang telah diisyaratkan.

Karya-karya Tafsir Bi Al-Ra’yi

1.       Tafsir Abd Al-Rahman bin Kaisan Al-Asam
2.       Tafsir Abi’ Al-Juba’i
3.       Tafsir Abd AL-Jabbar
4.       Tafsir Al-Zamakhsyari(Al-Kasysyaf’an Haqa’iq Ghawamid Al-Tanzil wa ‘Uyun Al-Aqawil fi wujuh Al Ta’wil)
5.       Tafsir Fakhru Al-Din Al-Razi (Mafatih Al-Ghayb)
6.       Tafsir Ibn Faurak
7.       Tafsir Al-Nafasi(Madarik Al-Tanzil Wa Haqa’iq Al Ta’wil)
8.       Tafsir Abi Hayyan(Al-Bahr Al-Muhit)
9.       Tafsir Al-Baidawi(Anwar Al-Tanzil wa Asrar Al-Ta’wil)
10.   Tafsir Al-Jalalayn oleh Jalal Al-Din Al-Mahalla dan Jalal Al-Din Al-Suyuti


Syarat-syarat dan adab-adab Mufassir

Pengkajian yang berkesan mengenai Al-Quran adalah amat penting memandangkan ia adalah kalam Allah yang mengandungi keseluruhan ajaran yang disampaikan kepada nabi Muhammad saw.

Syarat-syarat Mufassir

1.       Akidah yang benar.

2.       Bersih daripada hawa nafsu kerana ia mendorong dirinya membela menegakkan kepentingan dan keperluan mazhabnya semata-mata sehingga ia berupaya menipu manusia lain dengan ucapan-ucapan lembut dan keterangan-keterangan yang menarik minat seseorang seperti yang dilakukan oleh golongan yang menyeleweng dari ajaran Islam.

3.       Mempunyai keahlian dalam bidang hadith:riwayat dan dirayah,kerana hadith-hadith nabi merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya hadith-hadith Rasulullah r akan membantu pentafsir dalam menerangkan segala kemusykilan yang timbul berhubung perkara ini.

4.       Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan memandangkan penafsiran ayat-ayat Al-Quran berkait rapat dengan I’rab dan tatabahasa.

Mujahid bi Jabr berkata:’Tidak wajar bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat memperkatakan mengenai Kitab Allah sedangkan dia tidak mengetahui dialek-dialek bahasa arab.

5.      Berpengetahuan dalam ilmu qiraat kerana dengannya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz Al-Quran dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat diantara pelbagai ragam bacaan yang ada,malah qiraat juga dapat mempastikan maksud yang sebenar apabila berlakunya perselisihan.

6.       Mengetahui dalam ilmu Nahu dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya memerlukan kepada kebolehan mengi’rab sesuatu perkataan dan seseorang yang tidak memiliki dua ilmu ini akan mendedahkan pentafsiran Al-Quran kepada penyelewengan.Contohnya dalam QS Surah Al-Isra’ ayat 71:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا 
Mafhumnya :  (Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.

Ada yang berpendapat perkataan إِمَامِ  adalah kata jama’  امي.Dengan itu ayat-ayat di atas bermaksud pada hari kiamat setiap orang akan dipanggil ibu-ibu mereka dan bukannya dengan bapa-bapa’.

7.       Berpengetahuan yang luas dalam bidang Ulum Al-Quran dapat membantu memahami ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan mendalam.

8.       Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya sesorang mufassir diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah swt dengan betul beserta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau melampau batasan.

9.       Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu Mufassir bagaimana hendak membuat kesimpulan dari ayat-ayat Al-Quran dan berdalil dengannya.

10.   Mengetahu ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi,zologi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah,geografi,saikologi dan sebagainya.

11.   Memulakan tafsir Al-Quran dengan Al-Quran itu sendiri,dimana perkara yang diterangkan secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain.

12.   Mentafsirkan Al-Quran dengan Al Sunnah kerana Al-Sunnah adalah penjelas kepada Al-Quran.

13.   Sekiranya tidak terdapat tafsiran Al-Quran dan Al- Sunnah,maka hendaklah dirujuk kepada pandangan sahabat.

14.Merujuk kepada pendapat tabi’in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat terdapat pada riwayat yang sahih.

Adab-adab Mufassir
                        
1.       Niat dan tujuan yang baik,kerana setiap perbuatan bergantung kepada niat.
2.       Berakhlak mulia kerana Mufassir adalah umpama seorang pendidik yang didikannya tidak akan mempengaruhi jiwa seseorang selagi ia tidak menjadi contoh yang baik kepada masyarakat menerusi budi pekerti yang mulia.
3.       Taat dan beramal kerana sesuatu ilmu akan mudah diterima oleh orang-orang yang mempraktikannya berbanding dengan orang-orang yang hanya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi tidak beramal dengannya.Tingkah laku yang mulia hasil daripada ilmu pengetahuan dan amalannya akan menjadikan seorang Mufassir sebagai sumber inspirasi yang baik kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah-masalah agama sebagaimana yang disarankan olehnya.
4.       Berakhlak mulia kerana Mufassir yang memiliki ciri ini dapat mempengaruhi jiwa seseorang
              dengan mudah dan adalah terlalu sukar membentuk seseorang sekiranya Mufassir itu tidak
              boleh dijadikan ikutan dan contoh tauladan kepada orang lain.

5.       Berjiwa mulia,kerana seseorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang remeh temeh dan tidak pula mengharapkan pangkat dan penghormatan manusia.
6.       Bersikap tawadhu’ dan lemah lembut.
7.       Tegas dalam menyampaikan kebenaran kerana jihad yang paling utama ialah menyampaikan kebenaran di hadapan pemimpin.
8.       Mendahulukan orang-orang yang lebih utama dari dirinya sendiri.
9.       Menggaris dan mengemukakan langkah-langkah penafsiran secara baik,seperti memulainya dengan menyebut asbab al-nuzul,erti perkataan,menerangkan susunan perkataan,memberi penerangan kepada aspek-aspek balaghah dan I’rab yang mana penetuan makna bergantung kepadanya,menjelaskan makna umum dan menghubungkannya dengan kehidupan sebenar yang dialami oleh umat manusia pada masa itu serta membuat kesimpulan dan menentukan hukum.


b