Sunday

Tahlil untuk orang hidup


Tahlil itu adalah pergerakan nur.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Wahai Abu Hurairah, talqinkanlah orang-orang yang telah mati dengan lafaz ‘La ila ha illallah’ sebab talqin itu dapat menghancurkan dosa-dosa’.Maka aku bertanya,”Ini bagi orang-orang yang sudah mati,bagaimana pula bagi orang-orang yang masih hidup ? ”.Nabi menjawab,” Bagi orang yang masih hidup; talqin itu lebih dapat menghancurkan dosa-dosa “ Siyar al-Salikin juz 1,Syeikh Abd Samad Falembani.

Imam Ahmad dan Thibrani meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

“ Adakah di antara kalian ini orang asing ? Syaddad berkata, ” Tidak “.Lalu Rasulullah menyuruh menutup pintu dan berkata,” Angkatlah tangan kalian dan sebutlah ‘La ila ha illallah’.

Kemudian Nabi menyambung,” Sesungguhnya Engkau ( yakni Allah ) telah mengutuskanku dengan Kalimah ini dan Engkau telah menjanjikan syurga atas Kalimah ini,sungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji ”.
Rasulullah kemudian menambah,” Ingat; bergembiralah,Sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu “.

Amalan bertahlil bagi mereka yang beramal dengan Ilmu Tasauf adalah disebut sebagai Zikir Nafi Isbat iaitu zikir di dalam hati dan Zikir Lisan,ya’ni zikir secara jahar atau kuat.

Rasulullah S.A.W bersabda,”Hati itu keras seperti batu bahkan lebih keras daripada itu.I tidak akan pecah (lebur) tanpa pukulan yang kuat.Begitu juga zikir,ia tidak akan berkesan dalam hati kecuali dengan suara yang kuat”.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Man maata ya’lamu an ‘La ila ha illallahu’ dakholal jannah”
Barangsiapa yang mati padahal ia tahu bahawa “Tiada Tuhan hanya Allah saja” maka orang itu masuk syurga.

Sabda Baginda lagi,”Barangsiapa berzikir ‘La ila ha illallah’ tujuh puloh ribu kali,dilepaskan dari neraka”

Tujoh puloh ribu kali ? Memang susah untuk melakukannya tetapi ia mudah untuk dilaksanakan dengan tekun dan istiqamah.Zikir sebanyak tujoh puloh ribu ini adalah
Zikir Lisan dengan jumlah yang dipanggil Satu Kepala Tahlil atau Satu Bahagian Tahlil.


Merujuk Kitab Kifayat Al-Muhtaj karangan Syeikh Daud Al-Fatani disebut  sebuah Hadis ,

“ Barangsiapa mengucap La ila haillallah tujoh puloh ribu kali ( 70,000 kali ) maka sesungguhnya dia telah menebuskan dirinya dari Allah SWT. Ia juga dipanggil sebagai Fidak Sugra.

Mereka yang beramal dengan amalan Tariqah yang sudah  mencapai maqam Tahlil Lisan akan berzikir sehingga sebanyak itu untuk melengkapi Satu Kepala Tahlil sebagai zikir simpanan untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan kepada mereka yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Hadiah itu diberikan secara akad atau dihadiahkan tanpa pengetahuan si penerima kecuali dihadiahkan kepada Guru.

Maka,tahlil zikrullah itu ada simpanan dan keperluan bagi orang yang hidup sebagai instrument pembersihan hati,sebagai bekal,sebagai penebus kepada diri sendiri dan sebagai hadiah kepada orang lain yang masih hidup apatah lagi orang yang sudah pergi.

Mereka yang sudah mencapai maqam Tahlil Lisan boleh melaksanakan tahlil ini sendirian di rumah tetapi dengan syarat kena duduk tawarruk kiri; mengikut adab dan kaedah berzikir sepertimana yang diterima.

Rasulullah S.A.W bersabda," Wahai Abu Hurairah,talqinkanlah orang-orang yang telah mati dengan
 lafaz 'La ilaha illallah' sebab talqin itu dapat menghancurkan dosa-dosa".Maka aku bertanya,
"Ya Rasulullah,ini bagi orang-orang yang telah mati , bagaimana pula bagi rang-orang yang masih
hidup ?". Nabi menjawab," Bagi orang yang masih hidup talqin itu lebih dapat menghancurkan
dosa-dosa". Abdul Samad Al-Falembani,Siyar as-Salikin.