Kitab al-Quran telah Allah turunkan sebagai pedoman untuk
dipelajari dan difahami tuntutan-tuntutan dan perintah yang terkandung
didalamnya.
Golongan solafussoleh mempraktik dan beramal dengannya dalam
kehidupan seharian ajaran bagi setiap ayat yang turun itu terlebih dahulu
sebelum berpindah kepada ayat-ayat yang selepasnya.
Ilmu Usul Tafsir meletakkan asas-asas mentafsir al-Quran
dengan menerangkan kaedah yang betul dalam menerangkan Kalam Allah.
Para Ulama’ Tafsir menjalankan penyelidikan dan ujikaji (
kaedah tajribi ) atau eksperimen terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara atau
ilmu pengetahuan yang baru dan memastikan ia tidak lari sandaran al-Quran dan
sunnah seperti Ilmu Mantiq ( Ilmu Logik Akal ), Ilmu Falsafah dan
sebagainya.Ini adalah kerana Ilmu Tafsir itu sendiri disokong oleh satu ilmu
yang mencatat cara penyusunan dan membuat kesimpulan daripadanya.
Ilmu Tafsir memberi banyak kebaikan kepada ilmu-ilmu yang
mempunyai kesamaan dengannya seperti Ilmu Usul Fiqh yang lebih dulu lahirnya
atas usaha dan diasaskan oleh Imam Syafie yang mengumpulkan semuanya dalam Kitab al-Risalah.
Ilmu Tafsir merupakan ilmu yang berasaskan catatan tafsir
dengan meletakkan kaedah-kaedah penting demi menjaga keselamatan sirah.
Mufassir ( Ahli
Tafsir ) dikenakan beberapa syarat sebelum memulakan penafsiran untuk
menggelakkan berlakunya kesilapan atau keraguan penafsirannya seperti jaminan
Allah dalam ayat QS: Al-Hijr 9,mafhumnya “ Kamilah yang menurunkan al-Quran
dan Kamilah yang menjaganya “.
Taarif al-Quran –
Apa itu Kalamullah
Makna dari sudut literasi al-Quran adalah dari kata dasar
bagi perkataan al-qiraah yang
bermaksud “bacaan atau yang dibaca”
Perkataan al-Quran ini adalah dari kata masdar (kata dasar) yang
diberi makna isim maujud iaitu maqru’ (
bererti yang dibaca ).
Makna dari sudut istilah pula ialah Nama bagi Kalam Allah
yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r
melalui perantaraan Jibrail a.s yang ditulis dalam bentuk mushaf ( lembaran
atau
helaian ).
Imam as-Sayuthi pula mentakrifkannya sebagai Kalam Allah
yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r
yang tidak dapat ditandingi oleh penentangnya walaupun dengan satu surah.
Ulama’ Kalam pula mendefinasikannya sebagai “Kalam Azali
yang berdiri Zat Allah yang sentiasa bergerak dan tidak pernah ditimpa sebarang
bencana”.Imam al-Alusi membuat ulasan mengenai pendapat ini dengan mengatakan
para mutakallimun ( Ahli Ilmuan ) menggunakan nama al-Quran untuk menunjukkan
kalimah-kalimah ghaib yang azali bermula dari Surah Fatihah hingga Surah
An-Nas.
Imam al-Syaukani mendefinasikan al-Quran sebagai “ Kalam
Allah yang azali yang diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r
yang dibacakan dengan lidah dan dinukilkan ( dipindahkan) secara mutawattir ( diriwayatkan
oleh ramai orang ).
Para Ulama’ berpendapat, al-Quran disebut dengan Quran –
bermaksud sesuatu yang dibaca.
Bila ditambah al ( al-Quran ) , ia membawa maksud Kalam
Allah yang telah diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad r
dalam Bahasa Arab.
Kesimpulannya secara umum ulama’ bersepakat bahawa Al-Quran
bermaksud “ Kalam Allah berbentuk mukjizat diturunkan kepada Baginda Nabi
Muhammad r
dan ditulis dalam beberapa mushaf
( helaian atau lembaran), dipetik dari riwayatnya yang
mutawattir,pembacaannya dikira ibadah manakala orang yang mengingkarinya dikira
kafir.”
Nuzul Al-Quran
Nuzul al-Quran berlaku pada malam Lailatul Qadar dan
diturunkan serentak ke langit dunia ; menurut Ibn Abbas dan majoriti Ulama’.
Kemudian selepas itu barulah ia diturunkan atau diwahyukan
kepada Baginda Nabi r
secara beransur-ansur selama 25 tahun.Ia bersesuaian dengan dengan kehendak
Allah agar manusia menerima Kalamullah itu dengan sabar.
Penurunannya yang kedua secara beransur-ansur berbeza dengan
penurunan kitab-kitab samawi ( kitab yang ditulis berdasarkan wahyu) terdahulu
kerana ia memberikan kesan yang hebat menyebabkan mereka gemar menghayati
rahsia yang tersirat.
Nuzul al-Quran secara serentak
Pendapat Nuzul al-Quran diturunkan serentak di malam
Lailatul Qadar berdasarkan Firman Allah dalam :
QS: Al-Baqarah :185 , mafhumnya
“ Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai
petunjuk kepada manusia dan sebagai
petunjuk jalan dan pembeza yang terang “
QS: al-Qadr : 1,mafhumnya “ Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya pada malam Lailatul Qadr “
dan Firman Allah dalam :
Surah QS: Ad-Dukkhan: 3 “Sesungguhnya Kami telah
menurunkannya pada malam yang berkah “
Tidak wujud pertembungan ketiga-tiga ayat walau pada
zahirnya ia diturunkan kepada Baginda Rasulullah r
selama 23 tahun.
Persoalan ini dibahagikan kepada dua aliran utama :
Aliran Pertama
Ibnu Abbas ( Abdullah bin Abbas ) seorang Ahli Tafsir yang
juga sepupu Baginda Nabi r,Ahli
Takwil al-Quran dan majoriti ulama’ berpendapat, Nuzul al-Quran yang
dimaksudkan dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah penurunannya secara serentak
di Bayt al-Izzah dari langit dunia sebagai mengagongkan kedudukannya disisi
para Malaikat.Kemudian barulah ia turun secara beransur-ansur kepada Rasulullah
r
mengikut peristiwa yang berlaku selama 23 tahun.
Baginda r
diutus sebagai Rasul ketika berusia 40 tahun – Menetap di Mekah selama 13 tahun
– Hijrah ke Madinah selama 10 tahun – Wafat ketika berusia 63 tahun.
Aliran ini berpegang kepada beberapa hadis yang diriwayatkan
oleh Ibn Abbas dan membacakan Firman Allah QS: al-Furqan : 33 “ Tidak mereka
bawakan kepadamu perumpamaan melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan
sebaik-baik penerangan “.
QS: al-Isra’ 106 : “ Dan al-Quran itu Kami
pecah-pecahkannya supaya engkau bacakan ia kepada umat manusia dengan sabar dan
Kami turunkannya secara beransur-ansur “.
Aliran Kedua
Imam As-Syakbi dan Ulama’-ulama’ yang bersependapat
dengannya menegaskan maksud Nuzul Al-Quran dalam ketiga-tiga ayat itu ialah
bermulanya penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar pada Bulan Ramadhan
yang diberkati.Selepas itu berlaku secara beransur-ansur dengan peristiwa yang
berlaku dalam masa hampir 23 tahun.
Orang-orang kafir musyrikin mempertikaikannya kerana
penurunannya berbeza dengan penurunan kitab-kitab Samawi yang lain seperti
Injil,Taurat dan Zabur.
Rasulullah r
dikhabarkan mimpi benar pada bulan kelahiran Baginda r pada bulan Rabiulawal
dan berterusan selama 6 bulan,kemudian barulah diberi wahyu secara sedar pada
Bulan Ramadhan.
Aliran Ketiga
Golongan ini berpendapat al-Quran diturunkan ke langit dunia
pada 23 malam Lailatul Qadar.Penurunannya pada setiap malam pada malam-malam Lailatul Qadar adalah
menyamai setahun penurunannya dan ia diturunkan pula secara beransur-ansur pada
setiap tahun.
Namun pendapat ini adalah ijtihad daripada sebahgian Ulama’
Tafsir yang tiada asas-asas yang kuat.
Kesimpulannya:
1.Penurunannya secara serentak pada malam Lailatul Qadar
ke Bayt al-Izzah daripada Langit Dunia
2.Penurunannya secara beransur-ansur daripada Langit
Dunia kepada Baginda Rasul r
selama23 tahun.
Rahsia penurunannya dalam bentuk ini ( beransur-ansur )
adalah untok membesarkan kedudukan al-Quran dan memuliakan Nabi Muhammad r
serta membezakan dengan Kitab Samawi.
As-Sakhawi menjelaskan dalam kitab Jamal al-Qurra “
Penurunannya dari langit dunia secara serentak adalah untuk memuliakan anak
Adam dan memuliakannya disisi para malaikat dan menunjukkan perhatian inayah
dan rahmat Allah kepada mereka.
Namun ada ulama’ yang berpendapat ia diturunkan pada peringkat permulaannya di Loh Mahfuz
berdasarkan firman Allah dalam surah QS: al-Buruj 21-22 mafhumnya “ Bahkan
ia adalah al-Quran yang diturunkan di Loh Mahfuz ”. Kemudian diturunkan dari
Loh Mahfuz secara serentak juga ke Bayt al-Izzah selepas itu diturunkan secara
beransur-ansur.
Nuzul Al-Quran secara beransur-ansur
Penjelasan ayat-ayat al-Quran dalam perkara ini seperti
firman Allah dalam surah QS : As-Syuara 192-195
Mafhumnya “ Dan sesungguhnya (al-Quran) itu pemberian
(Tuhan) Pengurus sekian alam.Dibawa turun ia oleh Ruh Al-Amin (Malaikat).Kepada
hatimu, supaya jadilah engkau daripada orang-orang yang memberi peringatan”.
Firman Allah dalam surah QS : An-Nahl 102,mafhumnya “
Katakanlah diturunkan ia oleh roh yang suci daripada Tuhanmu dengan membawa
kebenaran untok menguatkan orang-orang yang beriman dan sebagai satu petunjuk
dan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman ”
Keseluruhannya ayat-ayat ini menegaskan bahawa al-Quran
adalah Kalam Allah yang diturunkan melalui Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad r
Rahsia diturunkan secara beransur-ansur
-
Menguatkan Hati dan
keazaman Rasulullah S.A.W ekoran pendustaan dan kecaman oleh kaum musyrikin.
-
Firman Allah dalam QS :
AL-Furqan 32 mafhumnya “ Begitulah keadaannya, untok menetapkan hati kamu “.Allah
menceritakan kisah-kisah Nabi terdahulu sebagai teladan dalam misi dakwah
Baginda r
seperti keteguhan Ulul Azmi ( Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Noh,Nabi Isa ).
-
Bukti Allah menyediakan
penjagaan dan pengawasanNya terhadap Baginda r.
-
Memberi pendidikan secara
beransur-ansur kepada kaum Arab mengenai perkara agama,akhlak,tatasusila,pergaulan,ilmu
dan amal.Sekiranya diturunkan secara serentak dan drastik,sudah tentunya bangsa
Arab tidak dapat menerima peraturan dan perubahan baru yang secara mengejut
kerana mereka baru sahaja menerima satu ajaran yang asing bagi mereka.
Method atau kaedah Rasulullah r
menjelaskan mengenai hukum dan kewajipan
-
Mewajibkan manusia beriman
kepada Allah dan menolak unsur syirik seperti penyembahan berhala,dewa atau
manusia.
-
Mengemukakan persoalan
pembalasan dan ganjaran di akhirat nanti.
-
Memaparkan
persoalan-persoalan mengenai ibadat secara sedikit demi sedikit sehingga untok
mengharamkan meminum arak mengambil masa 16 tahun selepas keRasulan Baginda r.
Apabila larangan ini sudah dapat dipatuhi,barulah diturunkan ayat-ayat secara
tegas.
-
Memudahkan Nabi r
menghafal dan memahami kandungannya sesuai dengan Firman Allah QS: Sad 29
mafhumnya “ Ini sebuah Kitab yang Kami turunkan kepada kamu yang diberkati
supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai
akal fikiran ingat “.
-
Menerangkan ketinggian ijaz
al-Quran dan merupakan mukjizat teragong Rasulullah r
-
Bangsa Arab dahulu terkenal
dengan kepandaian bersyairnya tetapi tidak mampu meniru kandungan seperti
al-Quran dari pelbagai aspek walaupun dicabar Allah untok mengadakan ayat-ayat
yang serupa dan dalam tempoh yang sama.Jika al-Quran ini ciptaan manusia,sudah
tentu terdapat banyak kelemahannya dari pelbagai sudut seperti percanggahan
fakta dan tidak ada pertalian diantara satu ayat dengan ayat yang lain.
Memberi kemudahan kepada umat Islam mengikuti peristiwa-peristiwa
yang berlaku semasa syariat Islam diturunkan.
1.
Peristiwa Marthad
al-Ghanawi yang diutuskan Rasulullah r
ke Kota Mekah untok membawa keluar sekumpulan kaum muslimin yang lemah dan
ditindas.Ketika disana,seorang wanita musyrik menawarkan dirinya untok
berkahwin dengan beliau.Apabila beliau pulang ke Madinah beliau meminta izin
kepada Rasulullah r
untuk mengahwini wanita itu lalu turunlah Firman Allah
QS :
Al-Baqarah 221 mafhumnya “ Janganlah kamu mengahwini perempuan-perempuan
musyrik
sehinggalah mereka beriman “. Ayat ini
bermaksud Allah SWT melarang berkahwin dengan
wanita yang bukan Islam.
2.
Persoalan mengenai
kehidupan harian seperti masaalah haidh bagi kaum wanita.Allah berfirman dalam
surah QS: Al-Baqarah 222, mafhumnya “ Mereka bertanya kamu tentang
haid.Katakan haid itu sesuatu yang kotor, maka hendaklah kamu menjauhi wanita
ketika haid…….Sesungguhnya Allah suka kepada yang bersih “. Dengan itu
terhapuslah juga tanggapan yang merendahkan kedudukan kaum wanita disebabkan
masaalah haid mereka.
3.
Orang kafir menguji Baginda
Rasulullah r
sebagai Rasul dengan mengajukan persoalan mengenai roh lalu Allah SWT berfirman
dalam QS Al-Isra; 85 mafhumnya “Mereka bertanya kamu ( Wahai Muhammad )
tentang roh ; katakanlah roh itu adalah urusanKu , maka kamu tidak diberikan
ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja “. Mereka hanya mahu menguji
adakah perkara-perkara yang sulit dapat dijawab oleh Baginda r.
4.
Orang kafir musyrikin
sering berusaha untuk memesongkan akidah kaum muslimin yang lemah dengan
memberikan pelbagai helah dan alasan namun Allah pecahkan tembelang mereka
melalui QS : Al-Furqan 25 mafhumnya “ Dan orang-orang kafir berkata : Al-Quran
ini tidak lain hanya kebohongan yang diada-adakan olehnya ( Muhammad) dan
dibantu oleh kaum lain.Maka sesungguhnya mereka telah berbuat kezaliman dan
dusta yang besar.Dan mereka berkata : Dogengan orang-orang dahulu,ia minta
dituliskan,maka dibacakan pagi dan petang……..oleh itu tidak mampu mereka
beroleh jalan yang lurus “.
5.
Peristiwa-peristiwa
yang berlaku adalah semata-mata memberi pengajaran kepada kaum muslimin atas
kesilapan masa lalu untuk kekal pada jalan yang benar.Contohnya kekalahan kaum
muslimin dalam perang Hunain walaupun mempunyai bilangan tentera yang ramai tetapi kerana sifat
sombong,tentera muslimin kalah dalam perang tersebut lalu Allah tegur dalam surah QS:
At-Taubah 25-27 mafhumnya “ Dan pada peperangan Hunain,dimana kamu berasa sombong
dengan bilangan kamu yang banyak tetapi ia tidak memberi faedah sedikitpun kepada
kamu…sesungguhnya Allah bersifat pemurah dan penyayang”.
6.
Mendedahkan sifat orang
munafik melalui firman Allah QS:An-Nisa’ 14 mafhumnya “ Mereka itu adalah
orang-orang yang menunggu perubahan atas kamu,iaitu jika kamu mendapat
kemenangan dari Allah,mereka berkat;Bukankah kami bersama kamu ?”.
Penurunan ayat ini dapat membantu Rasulullah r
lebih bersedia menghadapi sifat talam dua muka golongan munafik ini.
DEFINASI USUL TAFSIR
USUL dari sudut literasi atau bahasa adalah jama’
dari perkataan al-ashlu. Bahagian paling bawah atau dasar sesuatu dan apa yang
dibangunkan di atasnya sesuatu yang lain.
TAFSIR bermaksud menerangkan dan menjelaskan
sesuatu.
Dari segi istilah ialah ilmu yang
membicarakan perihal al-Qur'an berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan
menjelaskan apa-apa yang terkandung padanya dari makna-makna,rahsia dan hukum
ahkam.
USUL adalah metodologi atau kaedah kajian,teknik
dan pendekatan yang digunakan oleh seorang Mufassir ( Ahli Tafsir ) dalam
menafsirkan ayat-ayat Al-Quran manakala TAFSIR adalah penjelasan dan
penerangan yang didsarkan kepada metodologi tersebut.
Sesetengah ulama memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi
perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah berdasarkan sesuatu
petunjuk.
Pendapat Al-Zarkasyi :
Menerangkan makna Al-Quran
dan mengeluarkan hukum
ahkam dan hikmah-hikmahnya.
Pendapat Al-Jurjani :
Tafsir adalah menjelaskan makna ayat-ayat
Al-Quran,keadaanya,kisah-kisahnya dan sebab al-nuzul dengan ungkapan yang dapat
menunjukkannya secara terang dan nyata.
Pendapat Al-Zarqani :
Tafsir sebagai ilmu yang membicarakan tentang perkara-perkara yang
berkaitan dengan Al-Quran berdasarkan kepada petunjuknya mengikut apa yang
dikehendaki Allah dengan kadar kemampuan manusia.
Pendapat Abu Hayyan :
Tafsir sebagai ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak
mengucapkan lafaz-lafaz Al-Quran,memberikan makna menurut keadaan
perkataan,hukum-hukum ketika ia merupakan
satu perkataan dan ketika ianya merupakan susunan
perkataan,makna-makna perkataan yang boleh diertikan pada ketika hakikat dan
majaz (kiasan) serta juga membicarakan perkara-perkara berkaitan dengan al-nasikh
( Hukum yang terakhir menghapuskan hukum yang terdahulu ) dan al-mansukh
( dihapuskan hukum/lafaznya ) serta asbab al-nuzul.
OBJEKTIF HUKUM TAFSIR
Objektif paling utama ialah untuk mengetahui makna yang terkandung
dalam Al-Quran dan menjelaskan ayat-ayatnya,menyelidiki
makna-maknanya,menjelaskan hukum ahkam serta hikmah yang terkandung didalamnya
untuk menyampaikan kepada hakikat Al-Quran.
Ilmu ini memberi
faedah kepada Mufassir ( Ahli Tafsir ) untuk menafsirkan
Al-Quran dan mengeluarkan hukum ahkam dan hikmah-hikmah serta dapat mengetahui
hujjah dan dalil-dalil daripada
ayat-ayat Allah. Menjelaskan maknanya
dan mengambil pengajaran darinya
secara yang betul.
KARYA-KARYA UTAMA DALAM PENGAJIAN ULUM AL-TAFSIR
Pada zaman awal ilmu-ilmu yang berkaitan Al-Quran tidak
dicatat.Bahkan semasa hayat Rasulullah r segala
hal dan permasaalahan dirujuk terus kepada Baginda r.Manakala di zaman sahabat
pula tidak banyak
masaalah yang timbul
kerana mereka hanya tertinggal tidak jauh dengan zaman
Rasulullah r yang
terdapat ramai sahabat yang alim dalam bidang Al-Quran.
Ilmu Al-Quran berkembang pada Kurun ke 2 walaupun
tulisan-tulisannya mengenai beberapa aspek ilmu Al-Quran dalam keadaan tidak
tersusun dan sisitematik seperti contohnya mengenai :
NASIKH
الناسخ
|
Penghapusan
- Hukum yang terakhir menghapuskan hukum yang terdahulu.Contohnya Baginda
Nabi r
bersabda,”Dulu aku melarang kamu menziari kubur maka sekarang hendaklah kamu
berziarah (kubur)-HR Muslim No.977
|
MANSUKH
المنسوخ
|
Sesuatu
yang dihapuskan / dihilangkan
/dipindahkan
atau dinukilkan.Ketentuan hukum yang pertama diubah dan diganti kerana adanya
situasi dan keadaan yang menghendaki perubahan dan pengantian itu.
|
MUHKAM
المحكم
|
Ayat-ayat
Al-Quran yang jelas maknanya ,tidak boleh diganti atau diubah.
|
MUTASYABIH
المتشابه
|
Ayat-ayat
yang mempunyai makna yang samar dan tersembunyi .Contohnya ayat “Dirikan
Solat”
|
Pada peringkat awal,seorang mufassir hanya menyentuh satu-satu
aspek sahaja mengenai ilmu-ilmu Al-Quran sedangkan skop ilmu Al-Quran ini
begitu luas.
Karya-karya mengenai bab tertentu yang mereka tulis adalah seperti
berikut ini :
1.
Bab R Asbab
al-Nuzul
Karyanya bertajuk - Nasikh dan Mansukh
oleh Qatadah Al-Sadusi (M 117H),
Abu Ubaydah
al-Qasim Bin Salam (M 224H) , Abu Daud
al-Sajistani (M 275H)
dan Makki Bin
Abi Tholib (M 437H).
2.
Bab R Gharib
Al-Quran
Karyanya bertajuk – Al-Raghib
al-Safahani oleh Abu Bakr al-Sijistani
(M 330H).
3.
Bab R Majaz
Al-Quran
Karyanya ditemui – Tulisan Abu Ubaydah
Ma’mar Bin al-Mutnanah (M 209H) dan
Al-Syarif al-Radi (M 406H).
4.
Bab R Ijaz
Al-Quran
Karyanya ditemui – Tulisan al-Rumani (M 348H), al-Khatabi (M
388H),Al-Mawardi
(M 450H ) dan Abu Bakr al-Baqilani (M 403H).
5.
Bab R
I’rab Al-Quran
Karyanya ditemui – Tulisan Abu Ja’far al-Nuhhas (M 338H) , Muhammad
Bin
Mustanir (M 206 H) dan Al-Akbari (M 616H).
6.
Bab R
Munasabat Al-Quran
Karyanya ditemui – Tulisan Abu Ja’far Ahmad Bin al-Zubair (M 708H) ,
Burhan al-
Din al-Baqi (M 885H) dan al-Sayuti (M 911H).
Topik-topik lain Ilmu Al-Quran :
§
Musykil Al-Quran oleh Ibn Qutaybah
al-Dinawari (M 276H)
§
Jadal Al-Quran oleh Najm al-Din
al-Tufi (M 716H)
§
Aqsam Al-Quran oleh Ibn al-Qayyim
al-Jauzi (M 715H)
§
Al-Qiraat al-Sab & Al-Waqf fi
al-Ibtida’ oleh Abu Amr al-Dani
Kajian lengkap dan penulisan Al-Quran secara menyeluruh bermula
dalam Kurun ke 6H yang dimulakan oleh Ibn Al-Jauzi (M 597H) melalui
Kitab Funun al-Afnan fi ‘Ulum al-Quran.
Kurun ke 7H , muncul Kitab Jamal al-Qurra’ oleh Imam
al-Sakhawi (M 643H) dan
al-Mursyid al-Wajiz fi ‘Ulum Tata’alaq bi al-Qur’an al-Aziz oleh
Abu Syamah (M 665H).
Kurun ke 8H , Imam Badr al-din al-Zarkasyi (M 794H)
menghasilkan Kitab al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran.
Seorang lagi tokoh yang menyumbang kepada pengajian ilmu Al-Quran
ialah Imam Jalal al-Din al-Bulqini (M 824H).Kitabnya bertajuk Mawqi ‘ al-‘Ulum
min Mawaqi’ al-Nujum.
Imam Al-Suyuti menjadikan kitab ini sebagai rujukan asas bagi
menghasilkan Kitab al-Tahbir fi ‘Ulum al-Tafsir.
Al-Sayuti juga menyumbangkan tulisannya dalam Ilmu Quran melalui
Kitabnya al-Itqan fi ‘Ulum Al-Quran.
Karya-karya lain :
§
al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir
oleh Syeikh Waliyullah al-Dahlawi (M 1176H)
§
al-Tibyan li Ba’di al-Mabahith
al-Muta’ ‘aliqah bi al-Quran ‘ala Tariq al-Itqan oleh Syeikh Tahir al-Jaza’iri.
§
Manhaj al-Furqan fi “ulum al-Quran
oleh Syeikh Muhammad Ali Salamah.
§
Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Quran
oleh Syeikh Muhammad Abd al-‘Azim al-Zarqani.
Karya-karya Mutakhir :
·
Kitab Mabahith fi ‘Ulum al-Quran oleh
Dr Subhi al-Salih.
·
Kitab ‘Ulum al-Quran tulisan bersama
Dr Ahmad Sayyid al-Kumi dan Dr Muhammad Ahmad Yusuf al-Qasim.
·
Kitab ‘Ulum al-Quran : Madkhal ila
Tafsir al-Quran ‘anwa Bayan al-I’jaz oleh Dr Ahmad Zaznu
·
Kitab Mahabith fi ‘Ulum al-Quran oleh
Manna’ al-Qattan.
·
Kitab Min Rawa’ al-Quran oleh Dr
Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti.
·
Kitab Usul al-Tafsir wa Qawa’iduh oleh
Syeikh Khalid Abd Rahman al-Ak terbitan tahun 1984.
·
Kitab Dirasat Hawl al-Quran oleh Dr
Badran Abu ‘Aynayn Badran.
·
Kitab al-Manar fi ‘Ulum al-Quran oleh
Dr Muhammad Ali al-Hasan.
·
Kitab Dirasat fi ‘Ulum al-Quran
al-Karim oleh Dr Fahd Bin Abd Rahman al-Rumi terbitan tahun 1983
·
Kitab Dirasat fi al-Tafsir wa rijaluh
oleh Abu Yaqzan ‘Atiyyah al-Jaburi.
·
Kitab Dirasat fi ‘Ulum al-Quran oleh
Dr Mahmud Salim ‘Ubaydat yang diterbitkan dalam Tahun 1990.
Sejarah Pertumbuhan Ilmu Tafsir dan Peringkat Perkembangannya
Telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi kerana Baginda r adalah mufassir .Para sahabat tidak
mentafsirkan Al-Quran dan menyerahkan segala kemusykilan berkaitan al-Quran
kepada Rasulullah r ketika
Baginda r masih
hidup • Setelah wafat Baginda r Sahabat
Yang telah mendapat didikan daripada Rasulullah r dan
mengetahui rahsia-rahsia al-Quran
merasakan perlu melakukan
sesuatu untuk menjelaskan apa
yang mereka fahami kepada Kaum Muslimin.
Ada 4 peringkat utama :
1.
Zaman Rasulullah r
2.
Zaman Sahabat r.hum
3.
Zaman Tabi’in
4.
Zaman selepas Tabi’in
Zaman Rasulullah r
v
Pentafsiran pada zaman ini tidak
timbul kerana Rasulullah r sendiri
yang mentafsirkan ayat-ayat al-Quran . Jadi, tidak timbul sebarang pertikaian
dikalangan sahabat dan umat Islam • Pengasas kepada pentafsir al-Quran:
Rasulullah r
(pentafsir yang ulung dan terbaik)
v
Mentafsir al-Quran adalah tugas utama
Rasulullah r :
‘Dan Kami turunkan kepada kamu
al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan
kepada mereka dan supaya mereka memikirkan’ - (Surah an-Nahl : 44)
v
Pada zaman ini, sumber tafsir ialah
I.
Tafsir al-Quran dengan al-Quran II. Tafsir al-Quran dengan al-Hadith
Menurut Ibn Kathir :
Cara tafsir yang terbaik ialah tafsir al-Quran dengan al-Quran kerana
ayat yang ringkas pada suatu tempat mungkin ada penjelasannya pada yang yang
lain. Jika tidak terdapat penjelasan tersebut, maka kembali kepada hadith
Rasulullah r kerana
al-Hadith adalah penjelas kepada al-Quran.
Menurut Imam asy-Syafie :
Segala yang disebut oleh Rasulullah r adalah
berdasarkan kefahaman Baginda r ke atas
al-Quran • Bidang tafsir pada zaman ini tidak berkembang pesat kerana hanya
Rasulullah r sahaja yang mempunyai autoriti
sebagai pentafsir melakukan tugas kerasulannya.
Para Sahabat hanya memberi perhatian kepada pentafsiran dan
pengajaran daripada Rasulullah r sahaja
namun para ulama’ berselisih pendapat dalam persoalan ini:
Golongan
yang berpendapat Rasulullah r menjelaskan semua ayat yang terdapat
dalam al-Quran termasuk makna dan lafaz . Golongan ini dipelopori oleh Ibn
Taimiyyah atas dalil dari Surah an-Nahl
ayat 44 :
وَأَنزَلۡنَآ
إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Mafhumnya
:Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia
apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.
Ayat ini menunjukkan bahawa
Rasulullah r telah
menjelaskan semua yang terdapat di dalam al-Quran, jika tidak dia dikira cuai
dalam menyampaikan risalah dan sudah tentu Rasulullah r tidak bersifat demikian.
Ulasan :
Kita tidak mempertikaikan tugas Rasulullah r dalam memberi penjelasan dan
keterangan berdasarkan ayat di atas ▪ Tetapi tidak bermaksud Rasulullah r menjelaskan
semuanya.
Pendapat yang mengatakan para Sahabat tidak melangkaui sesetengah
ayat yang mereka pelajari sehinga mereka tahu dan beramal juga tidak semestinya
mereka belajar daripada Rasulullah r sendiri kerana al-Quran diturunkan
dalam bahasa mereka iaitu Bahasa Arab ▪ Jadi ada ayat yang mereka faham
berdasarkan pengetahuan mereka sendiri dan harus juga mereka mengetahuinya
melalui sahabat lain yang lebih mendalam ilmu gaya bahasa, ungkapan kata,
bidalan dan syair terutamanya perkara-perkara zahir.
Golongan
yang berpendapat Rasulullah r tidak
menjelaskan semua ayat al-Quran kecuali sebahagian kecil ayat sahaja .
Antara ulama’ yang menyokong pendapat ini ialah Imam al-Suyuti atas dalil Hadith Riwayat ‘Aisyah
r.ha mengatakan Rasulullah r tidak
mentafsirkan al-Quran kecuali yang dinyatakan oleh Jibril a.s.
Penjelasan dan keterangan daripada Rasulullah r bagi semua ayat al-Quran adalah suatu
yang luar biasa dan sukar digambarkan kecuali beberapa ayat yang tertentu
sahaja. Rasulullah r memberi
ruang untuk semua Kaum Muslimin supaya berfikir mengenai al-Quran.
Contohnya: Doa Nabi r kepada
Ibnu ‘Abbas :
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي
الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Maka, jika Rasulullah r
menjelaskan semua makna al-Quran kepada pada sahabat , akan samalah pencapaian
ilmu mereka, maka tidak perlu Nabi r mendoakan
Ibnu ‘Abbas tersebut.
Ulasan :
Tidak harus berhujah dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah
r.ha kerana ia adalah hadith Munkar lagi Gharib . Andainya ia sahih pun, ia
menunjukkan secara umum mengenai ayat-ayat yang memerlukan penjelasan dan
keterangan di mana tidak ada sesiapa yang mengetahui maksudnya tanpa penjelasan
tersebut.
Dakwaan mengenai kemampuan Rasulullah r menerangkan setengah ayat sahaja dan
tidak berupaya untuk menjelaskan semuanya merupakan dakwaan yang tidak boleh
diterima.
Pendapat di mana Rasulullah r tidak menjelaskan
mengenai sesetengah ayat bagi memberi peluang kepada umat manusia berfikir juga
merupakan dakwaan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawab Rasul r sebagaimana dalam Surah an-Nahl ayat
64:
‘Kami tidak menurunkan al-Quran kepada engkau melainkan supaya
engkau terangkan kepada mereka hal-hal yang mereka perselisihkan dan untuk
petunjuk serta rahmat bagi kaum yang beriman’.
Bila kita menerima pandangan yang Rasulullah r tidak mentafsirkan setiap ayat
al-Quran, itu bukan juga hujah untuk mengatakan Rasulullah r hanya mentafsirkan sebilangan kecil
sahaja ayat-ayat al-Quran.
Kesimpulan :
Hujah kedua-dua golongan
ini didapati agak keterlaluan. Maka, adalah wajar kita mengambil sikap
sederhana atau pertengahan .
Rasulullah r
menjelaskan kebanyakan dari makna ayat-ayat al-Quran dan tidak menerangkan
kesemua makna al-Quran sebagaimana yang disaksikan dalam karya-karya muktabar kerana
terdapat juga perselisihan dikalangan para sahabat dalam mentakwil sesetengah
ayat al-Quran.
Kalau Rasulullah r
menerangkannya, sudah tentu perselisihan tidak akan berlaku .Maka, ini
menunjukkan yang Rasulullah r tidak
menerangkan kesemua ayat-ayat al-Quran. Tegasnya, Rasulullah r telah mentafsirkan sebahagian besar
al-Quran dan apa yang telah diasaskan oleh Baginda Rasulullah r telah diteruskan oleh para Sahabat di
mana mereka mentafsir ayat al-Quran yang tidak diperjelaskan oleh Rasululah r.
TAFSIR ZAMAN SAHABAT
Para sahabat telah disifatkan sebagai golongan yang terbaik oleh
al-Quran, hadith-hadith yang sahih dan pandangan ulama’ yg muktabar. Imam
al-Syafi’e berkata : mereka mengatasi kita dalam ilmu, ijtihad, wara’,
kecerdikan dan dalam hal-hal yang memerlukan ilmu pengetahuan dan pengambilan
hukum.
Berhubung dgn tafsir para sahabat, perkara utama yang perlu diberi
perhatian ialah bentuk tafsir itu sendiri. Sekiranya para sahabat menyandarkan
kepada Rasulullah r semasa
mentafsirkan ayat al-Quran, maka ketika itu tidak ada ruang bagi umat Islam
untuk menolaknya, bahkan mereka menerima tafsiran secara putus.
Sekiranya tidak disandarkan kepada Rasulullah r ada 2 pertimbangan yang diberikan;
apakah ada ruang para sahabat untuk mengemukakan pandangan peribadi atau
sebaliknya. Sekiranya tiada, kemungkinan mereka memberikan pandangan peribadi
seperti mereka menjelaskan tentang Asbab al-Nuzul.
Maka penjelasan tersebut mestilah diterima walaupun tidak
disandarkan kepada Rasulullah r kerana
zahir menunjukkan mereka menerimanya daripada Baginda r atau menyaksikannya. Namun apabila
tafsiran terdapat ruang para sahabat memberikan pandangan peribadi atau
pentafsiran yang tidak berkaitan dengan Asbabun Nuzul dan tidak disandarkan
kepada Rasulullah r maka para
ulama berselisih pendapat.
Ada yang berpendapat tafsiran sahabat merupakan ijtihad yg harus berlaku
kesilapan dalam ijtihad tersebut dan kedudukan ijtihad itu samalah dengan
ijtihad yg lain.
Ada juga yang berpendapat wajib diterima tafsiran para sahabat
tersebut walaupun dengan sangkaan beliau mendengarnya daripada Rasulullah r.
Sekiranya ia adalah tafsiran peribadi mereka, pendapat mereka
adalah lebih tepat daripada orang lain kerana mereka lebih mengetahui mengenai
al-Quran. Mereka adalah ahli Bahasa, mengetahui realiti penurunan ayat dan
mendapat penghormatan bersahabat dengan Rasulullah r . Al-Zarkasyi berkata dalam kitabnya
al-Burhan : Pentafsiran sahabat perlu diberi perhatian, sekiranya tafsiran
dibuat dari sudut Bahasa maka mereka adalah ahli Bahasa dan sekiranya tafsiran
berkaitan dengan sebab-sebab sesuatu ayat diturunkan maka tidak boleh
dipertikaikan lagi.
Ibn Kathir pula berkata : Apabila tidak terdapat tafsir dalam
al-Quran dan as-Sunnah, kami merujuk kepada pendapat para sahabat kerana mereka
lebih mengetahui perkara itu dari apa yang mereka saksikan dari tanda-tanda dan
keadaan-keadaan yang khusus mengenainya. Juga kerana kefahaman yang sempurna,
ilmu yang sahih dan amal yang soleh terutama di kalangan ulama’ dan tokoh-tokoh
mereka.
Gambaran Umum Tafsir Zaman Sahabat
1. Al-Quran tidak ditafsirkan secara keseluruhan tetapi hanya ayat-ayat
yang sukar difahami. Tafsirannya semakin bertambah apabila jarak masa mereka
dengan zaman Rasulullah r semakin
jauh.
2. Perselisihan dalam memahami makna dan tafsiran di kalangan para
sahabat sangat sedikit.
3. Para sahabat berpuas hati dengan makna al-Quran secara umum dan
tidak memberi penumpuan kepada tafsiran yang mendalam kerana mereka mempunyai
aqidah yg masih utuh dan kuat.
4. Pentafsiran hanya terbatas kepada makna menurut Bahasa secara
ringkas.
5. Kesimpulan hukum tidak diberi keutamaan kerana tiada mazhab
feqah pada masa itu.
6. Pentafsiran dalam masa ini merupakan salah satu cabang daripada
pengajian al-Hadith dan tidak terpisah daripadanya.
7. Tafsiran al-Quran tidak terdapat dalam bentuk bertulis kerana
penulisannya bermula pada kurun ke 2H.
Perbezaan kefahaman dikalangan sahabat
Faktor-faktor penyebab :
1. Keadaan peribadi yang tidak sama.
2. Perbezaan keupayaan dari sudut bahasa dan kesusasteraan
3. Tidak sama pengetahuan mengenai Asbab al-Nuzul.
4. Tempoh persahabatan dengan Rasulullah r adalah tidak sama, disebabkan ada di
antara mereka terkemudian memeluk Islam, bermusafir dan terlibat dengan jihad,
sibuk dengan urusan kehidupan dan sebagainya
Memandangkan al-Quran memperkatakan tentang kehidupan, alam dan
manusia dan ia merupakan suatu yang baru bagi masyarakat Arab.Lantaran itu, ia
memerlukan penerangan yang lebih mendalam mengenainya kerana di dalam al-Quran
terdapat ayat-ayat yang berbentuk mujmal ( umum ) dan penggunaan
perbendaharaan kata yang susah difahami oleh sebahagian masyarakat Arab.
Memandangkan wujudnya ketidaksamaan kefahaman di kalangan para
sahabat terhadap al=Quran menyebabkan mereka terpaksa meminta penjelasan
daripada Rasulullah r mengenai
al-Quran dan pentafsirannya.
TAFSIR DI ZAMAN TABI’IN
Ulama tabi’in menyambung
pula usaha-usaha para sahabat dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran, di mana
seringkali timbul permasalahan baru yang tidak pernah wujud pada zaman Rasul r dan sahabat yang memerlukan
penghuraian dari aspek yg berbeza dari dua zaman sebelumnya.
Tafsiran dalam bentuk ilmiah menjadi
tumpuan pengkajian ulama’ tabi’in
. Walau bagaimanapun, tafsiran tabi’in
tidak dikumpul dalam satu majmu’ah (kumpulan) dan tersusun dengan
teratur mengikut susunan mushaf, bahkan tafsiran tersebut bercampur aduk dengan
al-Hadith.
Manakala tabi’in Kufah pula sibuk meriwayatkan tafsiran daripada
Ibn Mas’ud dan tokoh-tokoh Kufah yang menjalankan tugas-tugas tersebut ialah
Alqamah bin Qays, Ibrahim al-Nakha’i dan al-Sya’bi.
Sumber tafsir Ulama’ Tabi’in
Sebelum mentafsir al-Quran, ulama’ tabi’in berpegang kepada
beberapa sumber. Menurut al-Zahabi dalam mentafsir al-Quran al-Karim ini mereka
berpegang kepada sumbersumber berikut:
j Apa yg terdapat dalam al-Quran
al-Karim.
k Apa yang
diriwayatkan daripada sahabat daripada Rasulullah r.
l Apa yang
diriwayatkan daripada sahabat sendiri yang merupakan tafsiran mereka.
m Apa yang
diambil dari Ahl al-Kitab.
n Ijtihad
dikalangan tabi’in itu sendiri dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.
Madrasah Tafsir Zaman Tabi’in.
Pada zaman tabi’in ini, tafsir al-Quran berkembang dengan begitu
pesat. Kelahiran tokoh-tokoh tafsir pada zaman ini dilihat pada pusat-pusat
ilmu pengetahuan yang dipelajarinya dan mereka yg sentiasa berdampingan dengan
para sahabat. Ekoran daripada perluasan wilayah kekuasaan Islam didapati para
sahabat bertebaran disegenap pelusuk
negara Islam. Dengan itu, para tabi’in
mengambil kesempatan mempelajari ilmu pengetahuan daripada mereka. Lantaran itu
lahirnya madrasah tafsir masing-masing seperti di Mekah, Madinah dan Iraq.
Madrasah Tafsir di Mekah
Diasaskan oleh Ibn ‘Abbas yg menetap di Mekah dan majlis ilmu
diadakan di Masjid Haram. Ramai
dikalangan murid-muridnya mengikuti pengajian tersebut antara yg terkenal ialah
Mujahid, Akrimah dan Sa’id bin Jubair, Tawus al-Yamani, ‘Ata bin Abi Rabah dan
lain-lain lagi.
Menurut Ibn Taimiyyah orang yg paling pandai dan arif dalam ilmu
tafsir al-Quran ialah anak-anak murid Ibn ‘Abbas iaitu para tabi’in di Mekah
seperti Mujahid, ‘Ata bin Abi Rabah, Akrimah, Abi al-Tha’tha dan sebagainya.
Mujahid Ibn Jabbar yang meninggal dunia pada 140 H adalah seorang
murid Ibn ‘Abbas yg terkenal dlm bidang ilmu tafsir dan qiraat dan dalam bidang
riwayat beliau bertaraf thiqah
(boleh dipercayai).
Ramai dikalangan ulama mengetahui ketokohan Mujahid ini sehingga
Sufian al-Thauri pernah berkata: ‘Apabila kamu telah bersua dengan tafsir Mujahid
maka kamu tidak perlu lagi kepada tafsir lain’. Banyak ulama bergantung kepada
Mujahid seperti al-Bukhari, namun sesetengahnya ada yg berwaspada dengan
tafsirnya kerana Mujahid menggunakan ijtihad sebagai sumber dalam
penafsirannya.
Akrimah Ibn Abdullah (m 170 H) juga merupakan pelajar Ibn Abbas yg
banyak mengembara. Beliau telah banyak
menyebarkan tafsirnya dan ramai yg mengambilnya sebagai panduan antaranya Ibn
Sirin. Namun begitu, beliau lebih tertumpu kepada Tafsir bi al-Ra’yi sehingga
sebahagian besar ahli tafsir Mekah berselisih pendapat dengannya.
Manakala Said bin Ibn Jubair (m 954 H) terkenal dalam bidang
tafsir, qiraat, fiqh dan Sunnah yg sebahagian besarnya juga diambil dari Ibn
Mas’ud.
Sementara Tawus banyak memperkatakan tentang feqah, fatwa, tafsir
dan banyak mengetahui tentang ilmu-ilmu al-Quran. Realiti ini dijelaskan oleh
Khusaif Ibn Abd Rahman yang berkata : ‘Tokoh tabi’in yg arif tentang talak
ialah Sa’id bin al-Musayyab, tentang halal dan haram ialah Tawus, mengenal
tafsir ialah Mujahid dan mengetahui semuanya Sa’id bin Jubair.
Madrasah Tafsir di Madinah
Memandangkan Madinah merupakan tempat kediaman Rasulullah r yang juga menempatkan ramai dari kalangan para
sahabat yang berdampingan dengan Baginda r baik
semasa Baginda r hidup
atau selepas kewafatannya. Mereka inilah yang meneruskan tradisi keilmuan yang
diasaskan oleh Rasulullah r.
Tokoh tafsir yang terkenal di Madinah ialah Ubay bin Ka’b
mempunyai anak murid yang ramai antaranya Zayd bin Aslam, Abu ‘Aliyah, Muhammad
Ibn Ka’b al-Qurazi dan mereka ini adalah tabaqat yg kedua.
Abu ‘Aliyah mengembangkan ilmu tafsir Ubai di Basrah dan merupakan
seorang yang amat mahir dlm bidang qiraat, tafsir, ilmu dan amal. Manakala
Muhammad Ibn Ka’b al-Qurazi pula merupakan seorang yang paling mengetahui
tentang takwil al-Quran. Mereka yang paling terkenal mengenai Tafsir bi
al-Ra’yi ialah Zayd bin Aslam dan mempunyai pengikut seperti Abd al-Rahman ibn
Zayd dan Abdullah bin Wahb.
Madrasah Tafsir di Iraq
Madrasah Abdullah Bin Mas’ud – Khalifah Umar ibn Khattab
mengutuskan beliau bersama-sama Ammar Bin Yasir
sebagai Guru dan
Wazir . Penduduk Iraq mempelajari tafsir dari beliau hinggakan
metodologi ( sistem dan prinsip pengajaran ) tafsir beliau terkenal di kalangan
penduduk Iraq.
Para Ulama’ kemudiannya memanggil madrasah itu sebagai
Madrasah Ahl al-Ra’yi. Kalangan tabi’in yang terkenal dengan
tafsir di Iraq
ini ialah Alqamah
bin Qays , Masruq , al-Aswad
bin Yazid , Murrah
al-Hamzani,Amir al-Syu’bi,Hassan al-Basri dan Qatadah Bin Di’amah al-Sudusi.
Nilai Tafsir Ulama’ Tabi’in
Para ulama’ berbeza pendapat berhubung dengan tafsiran
tabi’in.Ada yang berpendapat boleh menerima pandangan dan tafsiran sahabat dan
ada yang berpendapat sebaliknya.
Imam Abu Hanifah berpendapat apa-apa yang datang dari
Rasulullah r
wajib diterima manakala yang datang
dari para sahabat
diberi pilihan dan
apa-apa yang datang daripada
tabi’in tidak semestinya diterima.
Pandangan pertama,tidak semestinya mengambil tafsiran
tabi’in kerana mereka sama taraf dengan kita.
Pandangan kedua,tafsiran tabi’in perlu dilihat dari
beberapa sudut.Jikalau semua sepakat para tabi’in atas sesuatu pendapat, maka
kita perlu mengambil tafsiran tabi’in kerana adanya dalil yang menyokong
pendapat tersebut.
Tafsir Selepas Zaman Tabi’in
Fasa ini bermula selepas berakhirnya zaman tabi’in ( atba’
al-tabi’in ) dan bertukar dari bentuk lisan kepada bentuk susunan bertulis.
Ulama’-ulama’ Hadith berusaha mengumpulkan hadith-hadith
secara bersanad,mereka adalah :
Yazid Bin Harun al-Silmi (M117H)
Sufian Bin Uyainah (M198H)
Ruh Bin Ubadah al-Basri (M205H)
Abd al-Razzaq Bin Hammam (M211H)
Selepas itu lahirlah tafsir dengan bentuknya sendiri yang
terpisah daripada Al-Hadith.Penafsiran setiap ayat-ayat Al-Quran dibuat dan
disusun mengikut susunan mushaf dan kesemua tafsiran ini diriwayatkan
daripada Rasulullah r
, sahabat dan tabi’in yang dikenali ia sebagai Tafsir bi al-Ma’thur.
Kitab-kitab tafsir yang memuatkan penafsiran Al-Quran telah
ada pada masa ini tetapi tidak diketahui siapakah pelopor sebenarnya.
Ada yang mengatakan Al-Farra’ (M207) yang telah menghasilkan
Kitab Ma’ani Al-Quran, ada yang mengatakan Sa’id bin Jubair (M94/95H)
berdasarkan bukti Khalifah Abd Malik bin Marwan (M86H) telah meminta Sa’id bin Jubair
menulis sebuah kitab tafsir kepadanya.Kitab itu ada pada Atho’ bin Dinar
(M126H) dan ada yang berpendapat pelopornya ‘Amr bin ‘Ubayd (M114H).
Peredaran masa dan pertambahan orang yang terlibat dalam
pengumpulan dan penyusunan tafsir telah menukarkan juga bentuk-bentuk tafsir
ini dimana sanad-sanadnya telah dibuang.Mereka tidak lagi menyebut sumber asal
tafsir dan tokohnya.Malah ia bercampur dengan hadith-hadith palsu dan
unsur-unsur israeliyyat.
Dalam perkembangan awal peringkat ini,para mufassir mengumpulkan
pendapat mereka yang sebelumnya dan menyusun tafsiran mereka.
Kemudian lahirlah tokoh-tokoh yang menjadikan tafsir sebagai
disiplin ilmu yang berasingan dengan hadith.Mereka menafsirkan Al-Quran secara
bersanad yang sampai kepada Rasulullah r
,para sahabat atau tabi’in dan disusun mengikut surah-surah.
Ilmu TAFSIR ini kadang-kadang disebut pandangan yang ditarjihkan (
mendahulukan yang lebih
awla), suatu kesimpulan,penjelasan hukum dan penjelasan
tatabahasa.Pendekatan ini digunakan oleh Ibn Jarir al-Tabari dan ia disebut Tafsir
bi al-Ma’thur, kemudian lahir pula Tafsir bi al-Ra’yi.
Tafsir Al-Quran berkembang selepas itu dengan munculnya
beberapa mufassir yang berkebolehan dalam bidang masing-masing seperti Al-Zujaj
dan Al-Wahidi dalam Kitab Al-Basit yang
memeberi tumpuan kepada masaalah nahu ,i’rab (tatabahasa) , Al-Qurtubi dalam
tafsirnya menekankan masaalah feqah dan Fakhruddin al-Razi dalam Tafsir
Al-Kabir menekankan ilmu-ilmu falsafah.
Pembahagian Tafsir
Tafsir dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
a.
Tafsir Al-Riwayah atau
disebut juga dengan tafsir Al-Naql dan lebih terkenal dengan tafsir bi Al- Ma’thur.
b.
Tafsir Al-Dirayah atau
lazimnya disebut tafsir bi Al-Ra’yi .
c.
Tafsir Al-Isyarah dan
kebiasannya lebih dikenali dengan tafsir Al-Isyari.
Tafsir bi Al-Ma’thurاَلتَّفْسِير بِالْمَأثُور
Tafsir bi Al-Ma’thur bermaksud tafsir yang berpegang kepada
riwayat yang sahih iaitu mentafsirkan Al-Quran atau dengan Al-Hadith kerana ia
berfungsi sebagai penerang kepada Al-Quran dengan Al-Quran atau dengan
Al-Hadith.Mereka juga dipanggil sebagai Tabi’in besar kerana mereka biasanya
menerima perkara tersebut daripada sahabat.
Menurut Al-Dhahabi
ahli-ahli tafsir mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan Al-Quran itu sendiri,
riwayat daripada sahabat-sahabat yang bersumberkan kepada Rasulullah r
dan yang mereka ambil daripada ahli-ahli kitab dan ijtihad.
Perkembangan ilmu tafsir terbahagi kepada dua cara iaitu:
a.
Secara lisan.Penafsiran
daripada Rasulullah r
atau penafsiran sahabat daripada para
sahabat,atau penafsiran tabi’in yang diambil daripada sahabat dengan
cara penukilan yang boleh dipercayai.
b.
Secara penulisan atau pembukuan
(tadwin).Pada mulanya penulisan ini dibuat dalam kitab-kitab hadith,tetapi
setelah tafsir rasmi menjadi suatu disiplin ilmu,maka ia ditulis lalu lahirlah
karya-karya tafsir yang secara khusus memuatkan tafsir bi Al-Mathur lengkap
dengan jalur sanadnya daripada tabi’in-tabi’in,sahabat dan sampai kepada
Rasulullah r.
Sumber-sumber tafsir bi Al-Ma’thur
Pertama :
Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran
Tafsir berbentuk ini adalah yang terbaik dan paling mulia
.Hal ini merujuk kepada keadaan dimana terdapat ayat Al-Quran yang pada suatu
tempat dalam bentuk ringkas.Terdapat ayat mutlak tanpa
ikatan atau ayat yang umum,kemudian turun pula ayat lain
untuk mengikat dan mengkhususkan ayat berkenaan.
Contohnya Firman Allah dalam QS Al Maidah : 1
ۚ
أُحِلَّتۡ لَكُم بَهِيمَةُ ٱلۡأَنۡعَٰمِ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ
Mafhumnya : Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang
ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya)
kepada kamu.
Perkataan ( إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ ) yang bermaksud: ” kecuali yang
dibacakan kepada kamu ” ditafsirkan dengan Firman Allah dalam surah Al-Maidah
Ayat 3:
حُرِّمَتۡ
عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحۡمُ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ
ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلۡمُنۡخَنِقَةُ وَٱلۡمَوۡقُوذَةُ وَٱلۡمُتَرَدِّيَةُ
وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيۡتُمۡ وَمَا ذُبِحَ
عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسۡتَقۡسِمُواْ بِٱلۡأَزۡلَٰمِۚ ذَٰلِكُمۡ فِسۡقٌۗ
ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ
وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ
نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِي مَخۡمَصَةٍ
غَيۡرَ مُتَجَانِفٖ لِّإِثۡمٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ
Mafhumnya : Diharamkan bagimu ( memakan ) bangkai , darah,
daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang
tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang
disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak
panah, ( mengundi nasib dengan anak panah itu ) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus
asa untuk ( mengalahkan ) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka
dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu,
dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi
agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat
dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ayat tersebut juga terdapat tafsirannya dalam ayat 145 surah
Al-An’am,ayat 115 surah Al-Nahl dan ayat 173 surah Al-Baqarah.
Kedua : Tafsir Al-Quran dengan Hadith Rasulullah r
Seperti yang diakui Nabi r
merupakan mufassir yang paling pakar dan arif.Memandangkan Bagindalah yang
menerima Al-Quran,memahaminya dan bertanggung-jawab menyebarkannya kepada
manusia.
Contohnya ialah seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Mas’ud
dengan katanya: Sewaktu turunnya QS
Al-An'am Ayat 082:
ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ
ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ
Mafhumnya : Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur
adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang
mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
Dengan turunnya ayat ini para sahabat agak kelam kabut
kerana mereka memahami maksud “Al-Zulm” dalam ayat tersebut adalah sama dengan
kezaliman yang biasa.Lantas Rasulullah r
bersabda: “Apakah tidak kamu mendengar apa yang diucapkan oleh hamba yang soleh
seperti yang terdapat dalam Al-Quran Surah Luqman Ayat 13:
وَإِذۡ
قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ
إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ
Mafhumnya : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada
anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku,
janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
Oleh itu,perkataan “Al-Zulm” di dalam ayat di atas bermaksud
syirik.
Hadith unsur kedua terbaik dalam mentafsir Al-Quran
,ini disebabkan beberapa faktor antaranya:
v
Hadith adalah wahyu
daripada Allah yang diterangkan kepada para sahabat dengan menggunakan bahasa
Baginda r
sendiri walaupun makna wahyu tersebut dari Allah SWT.
v
Rasulullah r
dibekalkan dengan wahyu.Allah memastikan Baginda r
tidak melakukan kesilapan dalam melakukan ijtihad dan istinbath dalam suatu
perkara.Sekiranya berlaku kesilapan maka akan turun wahyu menerangkan perkara
sebenar,seperti yang berlaku kepada peristiwa tawanan badar,solat jenazah ke
atas golongan munafik dan sebagainya.
Ketiga : Tafsir Al-Quran dengan pendapat dan ijtihad
sahabat
Sahabat pernah berkumpul dengan Rasulullah r
dan menerima keterangan daripada sumber yang asli. Para sahabat juga pernah
menyaksikan wahyu dan turunnya Al-Quran,mengetahui asbab nuzul dan memiliki
kemampuan dalam memahami kalam Allah serta mengetahui rahsia Al-Quran melebihi
kemampuan orang lain.
Contohnya Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 30
:
أَوَ
لَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ كَانَتَا
رَتۡقٗا فَفَتَقۡنَٰهُمَاۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَيۡءٍ حَيٍّۚ
أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
Mafhumnya: Dan tidakkah orang-orang
kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada
asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu
Kami pisahkan antara keduanya Dan Kami
jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka
mengapa mereka tidak mahu beriman?
Ibn Abbas menafsirkan “langit yang padu”ialah langit yang
tidak ada hujan,manakala “bumi yang padu” yang tiada tumbuhan.Sementara “lalu
tuhan pisahkan keduanya” ditafsirkan sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya
tumbuh-tumbuhan.
Mafhumnya : Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang
kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Mujahid seperti
yang diriwayatkan oleh ibn Jarir,Ibn Al-Munzir dan Ibn Abi HAtir dalam
mentafsirkan “Al yaqin berpendapat maksud “Al-Yakin” pada ayat tersebut ialah
“Al-Maut”
Manakala Al-Hakim
dalam Al-Mustadrak pernah menyatakan.”Sesungguhnya tafsir sahabat yang telah
menyaksikan wahyu dan turunnya Al-Quran adalah Marfu’.
Tafsir sahabat juga
mempunyai kedudukan sebagaimana kedudukan hadith yang salasilahnya sampai
kepada Rasulullah r .
Ciri-ciri Athar sahabat yang patut diterima dan
dijadikan pegangan dalam tafsir Al-Quran
Sanadnya baik,maksudnya periwayat dimulai dari rawi yang terakhir seperti Imam
Al-Bukhari sampai kepada sahabat yang menjadi sumber athar hendaklah tidak
terputus.
Tidak bertentang dengan kumpulan sahabat tertentu serta tidak dihiasi
cerita-cerita khurafat,israiliyat dang kisah-kisah orang-orang zindik.
Tidak bertentangan dengan Al-Quran
Walau bagaimana pun ulam’a berpendapat tafsiran para sahabat
tidak termasuk sebagai al-Tafsir bi al-Mathur melainkan apabila mereka
mendengar tafsiran tersebut daripada Rasulullah r
.
Keempat : Tafsir Al-Quran dengan pendapat Tabi’in.
Terdapat perselisihan dikalangan para ulama.Sebahagian ulama
berpendapat bahawa tafsir dengan perkataan tabi’in termasuk dalam Al-Tafsir Bi
Al-Ma’thur .
Walau bagaimanapun sebahagian ulama pula berpendapat
tafsiran Al-Quran dengan pendapat tabi’in termasuk dalam Tafsir bi Al-Ra’yi. Alasannya
ialah kedudukan tabi’in adalah sama dengan kedudukan mufassir yang lain,kerana
selain daripada Nabi r
dan sahabat mereka mentafsirkan Al-Quran bersesuaian dengan kaedah Bahasa Arab.
Menurut Dr Subhi al-Salih pentafsiran Al-Quran dengan
perkataan sahabat dan tabi’in mengandungi kelemahan antaranya:
j
Kemasukan tipu daya dari musuh Islam dengan cara memasukkan pendapat-pendapat
yang menyeleweng dari segi dalil dan hujjah untuk menghancurkan Islam.
k
Berita palsu dari golongan bermazhab,contohnya golong muktazilah dan ghulat
dari kalangan syiah dan golongan yang mempunyai kegemaran ganjil iaitu
mentafsirkan Al-Quran dan menceritakan asbab al-nuzul mengikut hawa nafsu
mereka.
l
Bercampur aduk di antara yang sahih dengan tidak sahih sehingga menimbulkan
kekeliruan untuk memilih mana yang benar dan sebaliknya lebih-lebih lagi pada
masa tersebut terdapat ramai golongan yang berpegang kepada sesuatu pendapat
tanpa menyebut sanadnya .Kemudian pendapat itu diterima oleh orang yang datang
kemudian dengan anggapan bahawa pendapat tersebut ada asasnya,sedangkan dia
tidak mencuba mencari asal dari riwayat tersebut.
m
Banyak mengandungi kisah-kisah israiliyyat dan khurafat yang tidak dapat
diterima contohnya riwayat-riwayat yang menerangkan tanda-tanda kiamat,hari
akhirat dan lain-lain lagi yang tidak boleh diterima pakai oleh orang Islam.
Oleh itu dalam mentafsirkan Al-Quran dengan berdasarkan
riwayat hadith dikehendaki seorang itu berhati-hati dalam mengungkapkan sesuatu
serta teliti dalam mengenengahkan sanad-sanad.
Syarat-syarat Tafsir bi Al-Ma’thur
Memandangkan Al-Tafsir bi Al-Ma’thur mempunyai kaitan rapat
dengan ilmu riwayat maka ia memerlukan beberapa syarat,antaranya:
Mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai ilmu sunnah riwayat dan dirayah.
Benar-benar mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,kemudian mengenai
kata-kata sahabat,tabi’in dan imam-imam mujtahid.
Berkemampuan mungumpul dan menserasikan riwayat-riwayat yang bercanggah.
Mengetahui hakikat perselisihan tafsir dan sebab-sebabnya.
Mengetahui tentang asbabunnuzul dan ilmu nasikh mansukh,kerana pertamanya boleh
membantu dalam
memahami nahs dan yang kedua bagi mengetahui ayat yang muhkam
dan yang mansukh.
Memetik pendapat yang sepakat sahaja dan tidak memetik pendapat yang gharib.
Tidak bersandar kepada riwayat israiliyat
Oleh itu,mufassir perlu cermat dan berhati-hati dalam
tafsiran dengan menggunakan tafsiran yang betul.
Karya-karya Tafsir bi al-Ma’thur
1.
Tafsir Ibn Abbas
2.
Tafsir Ibn Uyainah
3.
Tafsir Ibn Abi Hatim
4.
Tafsir Ibn Hibban
5.
Tafsir Ibn Atiyyah (Al-Muharrar
Al-Wajiz fi Tafsir Al-Quran Al-Wajiz)
6.
Tafsir Abi Al-Laith
Al-Samarqandi(Bahr Al-ulum)
7.
Tafsir Abi Ishaq (Al-Kayf
wa Al-Bayan’an Tafsir Al-Quran)
8.
Tafsir Ibn Jarir Al-Tabari (Jami’
Al-Bayan fi Tafsir Al-Quran)
9.
Tafsir Ibn Abi Syaibah
10.
Tafsir Al-Baghawi (Ma’lim
Al-Tanzil)
11.
Tafsir Ibn Kathir(Tafsir
Al-Quran Al-Azim)
12.
Tafsir
Al-Tha’libi(Al-Jawahir Al-Hisan fi Tafsir Al-Quran)
13.
Tafsir Jalal Al-Din
Al-Suyuti (Al-Durr Al-Manthur fi Al-Tafsir bi Al-Ma’thur)
14.
Tafsir Al-Syaukani(Fath
Al-Qadir)
Tafsir bi Al-ra’yi
التفسير بالراى
Tafsir bi Al-ra’yi bermaksud
pentafsiran Al-Quran yang dibuat menerusi ijtihad atau istinbath para sahabat
atau tabi’in atau orang-orang selepas mereka yang mempunyai keistimewaan daya
fikiran yang kuat.
Menurut Al-Zahabi ia adalah tafsir
yang menurut pendapat seorang ahli tafsir dengan membuat ijtihadnya sendiri
disamping mempunyai kemahiran bahasa Arab.
Ada juga yang berpendapat bahawa
ahli tafsir menerangkan makna sesuatu ayat itu berdasarkan fahamannya yang
tertentu dan mengambil pelajaran daripada pendapatnya semata-mata.
Walaubagaimanapun,Al-Tafsir bi
Al-Ra’yi yang dikemukan oleh sahabat yang tidak bercanggah dan tidak ditegah
ialah suatu pendapat yang dihubungkan dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah r
serta ijma’.
Tafsir bi Al-Ra’yi terbahagi
kepada dua bahagian iaitu:
Tafsir yang terpuji ( Mahmud ) iaitu tafsir yang selari dengan tafsir yang
sebenarnya,mengikut syarak dan bersesuaian dengan aturan-aturan bahasa arab dan
selok belok gaya bahasanya
Tafsir yang tercela ( mazmum ) iaitu tafsir tanpa pengetahuan terperinci
tentang sumber tafsir,syariah pemahaman dalam bahasa arab.
Sumber-sumber Tafsir Bi
Al-Ra’yi
j
Merujuk terus kepada Al-Quran,dengan mengumpulkan ayat-ayat dan membuat
perbandingan,di mana ayat yang mujmal diperjelaskan dan memperincikan ayat yang
ringkas.
k Nukilan daripada Rasulullah saw dengan menghindarkan yang dhaif dan maudu.
l
Riwayat yang shahih daripada sahabat dan juga tabi’in
m
Ilmu bahasa yang akan memelihara diri daripada memalingkan ayat kepada makna
yang berlawanan dengan kehendak syara’,kecuali makna-makna yang sudah banyak
dipakai oleh bangsa arab itu sendiri.
n
Mentafsirkan ayat berdasarkan tuntutan dari makna yang berteraskan ilmu mengenai
Al-Quran.
Selain itu perkara utama yang perlu
dijauhi oleh seseorang dalam menafsir Al-Quran dengan ijtihad adalah ia
memberanikan diri menerangkan maksud Al-Quran sedangkan dia tidak mengetahui
undang-undang bahasa dan undang-undang syariat.
Kedudukan Al-Tafsir Bi Al-Ra’yi
Para ulama telah berselisih pendapat
mengenai kedudukan Tafsir Bi Al-Ra’yi atau ijtihad.Satu golongan tidak
mengharuskannya dengan berdasarkan beberapa faktor.
Mentafsir Al-Quran dengan Al-Ra’yi atau ijtihad bererti
menyatakan sesuatu terhadap Allah swt tanpa ilmu pengetahuan dan initidak
dibenarkan sama sekali dalam islam.
Dalilnya ialah Firman Allah SWT QS An-NAHL : 44
بِٱلۡبَيِّنَٰتِ
وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ
إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ
Mafhumnya :
keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al
Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada
mereka dan supaya mereka memikirkan
Arahan dalam ayat di atas ditujukan kepada Rasulullah r
dan tidak kepada orang lain.Oleh itu hak untuk menerangkan ayat-ayat Al-Quran
adalah terbatas kepada Baginda r
sahaja.Alasan ini tidak dapat diterima memandangkan Rasulullah r
sudah wafat sedangkan tidak semua ayat dalam Al-Quran telah diperjelaskan oleh Baginda
r.
Golongan
ini juga berdalilkan kepada hadith Rasulullah r yang diriwayatkan
oleh al-Tirmizi daripada ibn Abbas:
Maksudnya :
“ Berwaspadalah bercakap mengenaiku kecuali apa yang kamu ketahui. Sesiapa yang
berdusta kepadaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya dalam
neraka dan sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pandangannya sendiri
maka sediakanlah tempatnya dalam neraka.”
Dan sabda
Rasulullah r
من قال في
القرآن برأيه فأصاب فقد أخطأ
Sesiapa
yang berkata mengenai al-Qur’an dengan pendapatnya sendiri lalu ia betul,
sesungguhnya ia adalah salah.
Larangan yang terdapat dalam hadith Rasulullah r
adalah kepada mereka yang menggunakan pandangan sendiri dalam perkara yang
musykil dan mutasyabihat dalam Al-Quran.
Manakala golongan yang kedua pula mengharuskan Tafsir
Bi Al-Ra’yi.Alasan-alasan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
Al-Quran sendiri
menyuruh umat manusia supaya mengkaji dan meneliti ayat-ayat Allah.Dalilnya
dalam QS Muhammad ayat 24 :
أَفَلَا
يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ
Mafhumnya : Maka
apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?
Pengkajian terhadap ayat-ayat Al-Quran tidak berlaku
melainkan dengan penetilian yang berasaskan kepada pemahaman,kekuatan berfikir
dan penggunaan ijtihad.Kalaulah Tafsir Bi Al-Ra’yi tidak diharuskan nescaya
terhalang ijtihad,dengan demikian tergendalah urusan ummah seluruhnya.
Terdapat perselisihan di kalangan para sahabat dalam
mentafsirkan perkara-perkara sampingan yang merupakan bukti keharusan
ijtihad.Lalu mereka berijtihad dan terdapatlah perselisihan pendapat.Kalaulah
ijtihad adalah perkara yang dilarang,maka sudah pasti mereka tidak akan
berijtihad dan apabila mereka melakukan perkara tersebut tidaklah bermaksud
mereka telah melakukan perkara yang dilarang.
Doa Rasulullah saw kepada Ibn
Abbas (للّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ
التَّأْوِيلَI) HR Ahmad.
‘Ya
Allah, pahamkanlah dia terhadap agama dan ajarkanlah (ilmu) tafsir kepadanya.’
Seandainya takwil itu hanya terbatas kepada apa yang didengar sahaja,tentulah tiada faedah dikhususkan takwil kepada Ibn Abbas.Jadi yang dikehendaki dengan takwil disini adalah tafsir dengan menggunakan ijtihad.
Para mufassirin yang menggunakan ijtihad haruslah
berhati-hati dalam menggunakan segala ilmu yang dimiliki dalam mentafsirkan
Al-Quran. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah:
Seorang mufassir hendaklah mencari makna Al-Quran daripada Al-Quran itu
sendiri.Jika dia tidak menemuinya dalam Al-Quran hendaklah dia mencarinya dalam
hadith dan jika tidak diketemui juga haruslah mencari pendapat sahabat yang
adil.
Jika mufassir tidak menemui makna yang dimaksudkan dalam Al-Quran,di dalam hadith
atau daripada pendapat-pendapat sahabat,maka kita boleh menggunakan
pedoman-pedoman yang telah diisyaratkan.
Karya-karya Tafsir Bi Al-Ra’yi
1.
Tafsir Abd Al-Rahman bin
Kaisan Al-Asam
2.
Tafsir Abi’ Al-Juba’i
3.
Tafsir Abd AL-Jabbar
4.
Tafsir Al-Zamakhsyari(Al-Kasysyaf’an
Haqa’iq Ghawamid Al-Tanzil wa ‘Uyun Al-Aqawil fi wujuh Al Ta’wil)
5.
Tafsir Fakhru Al-Din
Al-Razi (Mafatih Al-Ghayb)
6.
Tafsir Ibn Faurak
7.
Tafsir Al-Nafasi(Madarik
Al-Tanzil Wa Haqa’iq Al Ta’wil)
8.
Tafsir Abi Hayyan(Al-Bahr
Al-Muhit)
9.
Tafsir Al-Baidawi(Anwar
Al-Tanzil wa Asrar Al-Ta’wil)
10.
Tafsir Al-Jalalayn oleh
Jalal Al-Din Al-Mahalla dan Jalal Al-Din Al-Suyuti
Syarat-syarat dan adab-adab Mufassir
Pengkajian yang berkesan mengenai Al-Quran adalah amat
penting memandangkan ia adalah kalam Allah yang mengandungi keseluruhan ajaran
yang disampaikan kepada nabi Muhammad saw.
Syarat-syarat Mufassir
1.
Akidah yang benar.
2.
Bersih daripada hawa nafsu
kerana ia mendorong dirinya membela menegakkan kepentingan dan keperluan
mazhabnya semata-mata sehingga ia berupaya menipu manusia lain dengan
ucapan-ucapan lembut dan keterangan-keterangan yang menarik minat seseorang
seperti yang dilakukan oleh golongan yang menyeleweng dari ajaran Islam.
3.
Mempunyai keahlian dalam
bidang hadith:riwayat dan dirayah,kerana hadith-hadith nabi merupakan
penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya hadith-hadith
Rasulullah r
akan membantu pentafsir dalam menerangkan segala kemusykilan yang timbul
berhubung perkara ini.
4.
Mempunyai pengetahuan yang luas
dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan memandangkan penafsiran
ayat-ayat Al-Quran berkait rapat dengan I’rab dan tatabahasa.
Mujahid bi Jabr berkata:’Tidak
wajar bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat memperkatakan
mengenai Kitab Allah sedangkan dia tidak mengetahui dialek-dialek bahasa arab.
5.
Berpengetahuan dalam ilmu qiraat kerana
dengannya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz
Al-Quran dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat diantara pelbagai ragam
bacaan yang ada,malah qiraat juga dapat mempastikan maksud yang sebenar apabila
berlakunya perselisihan.
6.
Mengetahui dalam ilmu Nahu
dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya memerlukan kepada
kebolehan mengi’rab sesuatu perkataan dan seseorang yang tidak memiliki dua
ilmu ini akan mendedahkan pentafsiran Al-Quran kepada penyelewengan.Contohnya
dalam QS Surah Al-Isra’ ayat 71:
يَوۡمَ
نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ
فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا
Mafhumnya : (Ingatlah) suatu
hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan
barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini
akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.
Ada yang berpendapat perkataan إِمَامِ adalah kata jama’ امي.Dengan itu ayat-ayat di atas
bermaksud pada hari kiamat setiap orang akan dipanggil ibu-ibu mereka dan
bukannya dengan bapa-bapa’.
7.
Berpengetahuan yang
luas dalam bidang Ulum Al-Quran dapat membantu memahami ayat-ayat Al-Quran
dengan betul dan mendalam.
8.
Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya sesorang
mufassir diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan
ketuhanan dan hak-hak Allah swt dengan betul beserta tidak mentakwilkannya
dengan sewenang-wenangnya atau melampau batasan.
9.
Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu Mufassir
bagaimana hendak membuat kesimpulan dari ayat-ayat Al-Quran dan berdalil
dengannya.
10.
Mengetahu ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi,zologi
dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah,geografi,saikologi
dan sebagainya.
11.
Memulakan tafsir Al-Quran dengan Al-Quran itu sendiri,dimana perkara
yang diterangkan secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di
tempat yang lain.
12.
Mentafsirkan Al-Quran dengan Al Sunnah kerana Al-Sunnah adalah penjelas
kepada Al-Quran.
13.
Sekiranya tidak terdapat tafsiran Al-Quran dan Al- Sunnah,maka hendaklah
dirujuk kepada pandangan sahabat.
14.Merujuk kepada pendapat
tabi’in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat terdapat pada
riwayat yang sahih.
Adab-adab Mufassir
1.
Niat dan tujuan yang
baik,kerana setiap perbuatan bergantung kepada niat.
2.
Berakhlak mulia kerana Mufassir
adalah umpama seorang pendidik yang didikannya tidak akan mempengaruhi jiwa
seseorang selagi ia tidak menjadi contoh yang baik kepada masyarakat menerusi
budi pekerti yang mulia.
3.
Taat dan beramal kerana
sesuatu ilmu akan mudah diterima oleh orang-orang yang mempraktikannya
berbanding dengan orang-orang yang hanya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
tetapi tidak beramal dengannya.Tingkah laku yang mulia hasil daripada ilmu
pengetahuan dan amalannya akan menjadikan seorang Mufassir sebagai sumber
inspirasi yang baik kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah-masalah agama
sebagaimana yang disarankan olehnya.
4.
Berakhlak mulia kerana Mufassir
yang memiliki ciri ini dapat mempengaruhi jiwa seseorang
dengan
mudah dan adalah terlalu sukar membentuk seseorang sekiranya Mufassir itu tidak
boleh
dijadikan ikutan dan contoh tauladan kepada orang lain.
5.
Berjiwa mulia,kerana
seseorang yang mempunyai pengetahuan yang tinggi perlu menjauhkan diri daripada
perkara-perkara yang remeh temeh dan tidak pula mengharapkan pangkat dan
penghormatan manusia.
6.
Bersikap tawadhu’ dan lemah
lembut.
7.
Tegas dalam menyampaikan
kebenaran kerana jihad yang paling utama ialah menyampaikan kebenaran di hadapan
pemimpin.
8.
Mendahulukan orang-orang
yang lebih utama dari dirinya sendiri.
9.
Menggaris dan mengemukakan
langkah-langkah penafsiran secara baik,seperti memulainya dengan menyebut asbab
al-nuzul,erti perkataan,menerangkan susunan perkataan,memberi penerangan kepada
aspek-aspek balaghah dan I’rab yang mana penetuan makna bergantung
kepadanya,menjelaskan makna umum dan menghubungkannya dengan kehidupan sebenar
yang dialami oleh umat manusia pada masa itu serta membuat kesimpulan dan
menentukan hukum.
b