Thursday

Moga SEJAHTERA



Maulud Melayu Pulau Bahagia



Rutin Bacaan Maulud Melayu dan Burdah setiap pagi Jumaat diadakan sejak
bertahun-tahun lamanya di Kg Pulau Bahagia,Terengganu. Mereka alunkan 
bacaan ini dari hati kepada hati , dengan nada sebak,linangan dan tetesan air
mata seolah-olah Baginda Nabi S.A.W berada atau hadir dimajlis itu.

Majlis didakan dengan tertib tanpa ada bualan kosong hadirin atau gurau senda.
Ia diadakan di sebuah surau yang bersebelahan dengan surau untok jamaah muslimah.

Majlis Maulud ketika ini dipimpin oleh Ustaz Khairul atau Bak Yo yaitu cicit kepada 
Hj Abdul Rahman Limbong.

Rutin Bacaan Maulid Melayu ini juga diadakan oleh jamaah di Kemaman dan kekadang
mendapat jemputan mengadakan maulud di Pondok Ustaz Zul di Jaya Gading,Kuantan.


Allahummasolli 'ala Sayyidina wa habibina Muhammad.


Pautan ke Majlis Maulud di Jaya Gading Bahagian 1

Pautan ke Majlis Maulud di Jaya Gading Bahagian 2

Pautan ke Majlis Maulud di Jaya Gading Bahagian 3



Presiden Chechya,Akhmadovich Kadyrov menyatakan  Islam terpelihara dari generasi ke generasi disana adalah kerana kaum sufi dan tasawuf.Walaupun bilangan tentera mereka sedikit berbanding tentera Rusia tetapi mereka berjaya mempertahankan negara dan kemuliaan Islam.Mereka ini adalah kaum Qadiri dan Naqsyabandi  apabila hendak pergi berperang; mereka akan duduk dalam bulatan dan mengalunkankan QASIDAH BUSHIRI dengan suara yang kuat,berselawat kemudian berzikir.Lalu mereka keluar berperang dengan barakah selawat dan zikrullah.







Wednesday

Hakikat INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN


                                Ayahanda yang kembali kerahmatullah pada usia 92 tahun.

Bonda yang kembali kerahmatullah ketika usiaku baru 3 tahun

AL-FATIHAH pada kedua-dua mereka didoakan moga Allah melimpahi rahmatNya 
dan mengurniakan keredhaan buat mereka-AMIN.

INNALILLLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN
Ungkapan yang sering kita dengar dan kita sebut apabila mendengar berita kematian kawan jiran saudara mara atau sesiapa sahaja dari kaum muslim.Jarang- jarang ;kadang-kadang sahaja kita dengar ungkapan ini apabila saudara muslim kita ditimpa musibah yang tidak melibatkan kematian.

INNALILLLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah jugalah kita kembali” Inilah makna yang sering membayangi ungkapan ini tetapi kali ini kita akan lihat dari sudut yang lain pula.

INNALILLLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN
 Ayat Quran yang menjelaskan hakikat keujudan dan kehidupan kita sepanjang masa hinggalah sampai ke akhirat.

INNALILLLAHI
Kita ini kepunyaan Allah sejak qadim lagi azalli ;
Dan Dia bersama kamu dimana saja kamu berada

Maknanya (Allah serta kamu dimana saja kamu berada yakni sejak qadim lagi azaali ).
Allah jadikan dari orang yang ada,belum lagi ada dan akan ada .
Kita ini kepunyaan Allah sampai bila-bila – tak dipotong nama…pada zahir boleh kata diriku kepunyaan aku tetapi hakikatnya kepunyaan Allah.

WAINNA ILAIHI ROJIUN
Dan kami sentiasa kembali kepada urusanNya (tadbirNya,rahmatNya,qadak qadar,kehendakNya)
Kita tak boleh lari,tak boleh keluar dari Allah sekarang ini atau akan datang.

Siapa duduk dalam Hakikat Innalillahi wainna ilaihirojiun,tandanya dia tenang yakni dia berada dalam Hakikat Billah.
yang menjadi gementar orang yang takut kepada Tuhan kemudian badan mereka jadi lembut dan hati jadi tenang sewaktu mengingati Allah - QS : Az Zumar 23

Sesiapa yang hendak duduk dalam hakikat ini kenalah ia berzikir Allah,Allah,Allah ; berada dalam kepunyaan Allah ,Sampai bila ? sampai bila-bila sehingga peringkat tadi .. takut mengeletar-letar.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Wahai jiwa yang tenang.KEMBALI lah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan dirdhai.
Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurga Ku.
QS : Al-Fajr 27-30-


Syeikh Mohd Maghribi As-Syazali dalam Kitab Al-Yawaqit Wal Jawahir yang dinukilkan oleh Syeikh Abdul Wahab Sya'rani.
Orang inilah yang berzikir hingga hatinya menjadi tenang sebenarnya berada dalam 
Hakikat Inna lillahi wainna ilaihirojiun.

Tak bergerak satu zarah melainkan dengan kehendaknya samalah dengan Innalillahi ;
kembali kenal dan redha meredhai dan masuk dalam kumpulan hambaKu yang bahagia.

Zikir Berganda - Ustaz Ismail

Saya telah mendengar Kuliah mengenai Zikir Berganda ini yang disampaikan oleh 
Al-Fadhil Ustaz Ismail Ahmed di Masjid BTHO yaitu penterjemah buku ini sendiri 
dari Bahasa Arab karangan Dr Ismail Mahmood yang juga guru kepada beliau.

Semasa kuliah mengenai zikir ini diedarkan Buku ini secara percuma malah diberikan 
keizinan beramal dengannya. Buku ini tidak dijual tetapi sesiapa yang mahu memilikinya 
malah boleh menjadikannya sebagai cenderahati dimajlis perkahwinan dengan
 memberikan sedikit sumbangan kos percetakan dan infaq, 

Alhamdulillah ; Terima kasih kepada ustaz..semoga Allah mengurniakan 
keredhaanNya dengan ilmu yang memberi manafaat  dunia akhirat.

Kandungannya boleh didapati melalui link ini


Kandungan Buku




Sebab-sebab Berganda Zikir 




Penjelasan Zikir Menari


Pelbagai pro dan kontra mengenainya dengan penjelasan dan hujjah masing-masing 
namun bagi para pengamalnya; mereka tetap setia beramal dengan
 ilmu yang mereka imani,

Penjelasan apa yang dikatakan menari ketika sambil berzikir dikalangan pengamal
Tariqat dan Ratib Saman atau Ratib Tegak.



Penjelasan yang jelas oleh Dr Ariff Saleh Rosman- Pensyarah UTM
Ahli Majlis Fatwa Negeri Johor dan Felow Majlis Fatwa Kebangsaan

Klik untok ke pautan Dr Ariff UTM Felow Majlis Fatwa Kebangsaan


Penjelasan Ratib Tegak atau Ratib Samaniyah

Klik untok ke pautan Penjelasan Ratib Tegak