dan penawar.
Namun,bukanlah ayat ini yang menjadi penyembuh dan pelindung tetapi hakikatnya Allah
S.W.T yang menyembuhkan dan sebaik-baik tempat berlindung dan memohon pertolongan.
Sabda Rasulullah S.A.W : " Innama anta roqiiqun watthobibullah "-Kamu hanyalah pelayan pesakit;
tabib yang sebenar ialah Allah (Kitab Hujjahtullah al-Balighah).
Ayat ini dibaca sebagai wirid harian sebagai terapi terutama bagi mereka yang mengalami gangguan saka
dan gangguan ditempat-tempat tertentu.
Boleh juga dibaca ketika orang yang hampir ajal tetapi eloklah bertawasul ( dimulakan dengan Ila
hadratin Nabi S.A.W... ) dan diulang pada ayat 'Lau anzalna" 3 / 5 / 7 / 11 x atau dalam bilangan yang ganjil..
Ayat ini dinamakan Ayat 33 kerana ada 33 himpunan ayat dalam hizib ini - Qaulul-Jamil : Syah Waliyullah Ad-Dahlawi.
"Barangsiapa yang membaca 33 Ayat dari Kitab Allah Taala nescaya tidak akan memberi mudarat kepadanya binatang buas yang memudaratkan dan tidak memberi mudarat oleh pencuri yang melilau dan diafiatkan pada dirinya dan ahli keluarganya dan hartanya hingga waktu pagi".
Ayat 33
Rujukan dari Kitab Qaulul Jamil atau Penawar Rohani .
Asal dari Sayyidina Abu Bakar ,boleh rujuk juga dalam Kitab Mafatih al-Faraj karya Muhammad Shiddiq
al-Mansyawi-Kisah Ibn Sirin.
Kiraannya bermula dengan surah: Al-Baqarah 1-5(5 ayat) Al-Baqarah 255–257(3 ayat)
Al-Baqarah 284–286(2 ayat) Al-Araf 54–56(2 ayat) Al-Isra' 110-111(1 ayat)
As-Syafaat 1-11(10 ayat) Al-Rahman 33-35(2 ayat) Al-Hasyr 21–24(3 ayat) Al-Jinn 1–4(4 ayat)