Allah SWT mencipta makhluk 4 golongan iaitu Malaikat,Syaitan,Jin dan
manusia.Allah jadikan nisbah 9 bahagian Jin dengan 1 bahagian manusia.
Jin itu dicipta 2000 tahun awal sebelum Nabi Adam manakala Iblis ada di
bumi 40 tahun awal sebelum Nabi Adam.Jin banyak mendatangi wanita pada tengah malam hilal dan awal bulan ( bulan sabit ).
Manusia menderita
sakit adalah kerana ingkar perintah Allah dan bermusuhan dengan makhluk.Makhluk
itu samada manusia itu sendiri,makhluk-makhluk halus terdiri yang terdiri dari syaitan,jin
maupun makhluk ghaib yang lain.
Menurut IbnTaimiyyah,
telah sepakat ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa jin boleh masuk ke tubuh manusia.
Rasulullah
S.A.W bersabda,"Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam
melalui aliran darah.
TUJOH ( 7 )
CARA JIN MEMASUKI TUBUH
Melalui SAKA atau
genetic keturunan dari ayah/ibu,datuk/nenek.Kebiasaannya saka itu jikalau wanita
datangnya dari ibu atau nenek begitu juga dengan lelaki,ia selalunya diwarisi dari
ayah atau datuknya tetapi ada kekadang boleh ia berlaku sebaliknya atau bersilang.
Melalui SIHIR
yang dikirim atau dilakukan oleh pihak lain atau oleh pihak ketiga akibat dari perselisihan faham,hasad dengki,dendam atau upah.
Melalui Ilmu
SILAT ia dimasukkan melalui kaedah mandi limau ,bayangan ( membayangkan sesuatu
benda,orang atau binatang ) , mandi apong , atau kaedah yang seumpamanya bagi tujuan
kekuatan diri.Jin jenis ini akan bersemayam di bawah lengan,dikawasan pelipat dan
di kawasan yang menjadi kekuatan pertahanan kepada tubuh manusia.
Melalui amalan
gemar berURUT ia tersalur melalui Tukang Urut itu yang mempunyai amalan-amalan tertentu
untuk bertahan dan berupaya mengurut ramai-ramai orang dalam sehari.Kekuatan atau
keupayaan manusia biasa tidak mampu untuk mengurut begitu lama setiap orang dengan
jumlah yang ramai pula.
Melalui penggunaan
khidmat BOMOH atau PAWANG untuk berubat atau menyelesaikan permasalahan kehidupan,sakit,pagar
rumah dan sebagainya.Bomoh atau Pawang yang bersahabat akan meminta bantuan atau
perantaraan rakan ghaibnya untuk melaksanakan hajat pesakit samada dengan
menjampi atau dibekalkan dengan azimat dan tangkal.Bomoh atau Pawang itu menyedarinya
atau tidak lebih-lebih ia diakhiri dengan permintaan pengeras duit atau benda atau
perlu melakukan sesuatu perkara seperti puja atau mengasapi dengan kemenyan.
Melalui PEMUJAAN
atau BELAJAR ilmu sihir,ilmu salah atau ilmu-ilmu yang memberi manafaat duniawi.Sedar
atau tidak ,tahu atau sengaja buat tak tahu ; ilmu-ilmu itu kebanyakan didatangkan
dengan pakej 2+1 iaitu ilmu dan jin
dengan cara seru atau puja.Diseru ayat itu atau dipuja ayat itu oleh pengamalnya
sendiri atau telah diseru atau dipuja oleh pemberi ilmu itu.Antara sebab ramai dikalangan
wanita yang sudah berkahwin tidak mendapat zuriat atau zuriatnya tidak
bertambah hanya mendapat seorang anak sahaja selama berkahwin beberapa lama
ialah kerana jin telah bersemayam dan berumah tangga dalam rahim wanita dan memakan
spermanya.Jika pengamalnya lelaki atau si suami,sperma jin akan mendahului sperma
si suami semasa mereka bersama.Malah kekadang jin itu akan menyetubuhi wanita itu
dari dalam.
Melalui rasa SUKA
jin kepada seseorang kerana cantiknya seseorang
wanita itu atau handsomenya seseorang lelaki.Jin akan bersama dengan mereka tanpa
disedari lebih-lebih lagipada wanita yang tidak menyedari mereka berhadas sepanjang
masa walau pun pada pandangan mereka telah berwuduk atau mandi junub sedangkan sebenarnya
tidak seperti perempuan yang memakai pengilat kuku atau mewarna rambut.
APA ITU ILMU
4 SYARAT TUBUH
Apa yang saya
nak sentuh di sini adalah antara sebahagian dari apa yang telah disebut di atas
yang sering dan ramai wanita mengamalkannya dulu,kini dan selamanya..ada yang
sampai dibawa kehujung nyawa.
Ilmu 4 Syarat
tubuh telah lama diamalkan oleh orang dulu sebagai syarat wajib bagi mereka.Jika
ada yang tidak mengamalkannya , orang itu dianggap ketinggalan.Ilmu 4 Syarat Tubuh
ada 4 amalan utama bagi seorang wanita, sebab itu ia digelar 4 syarat tubuh.Ada wanita
yang mempelajarinya 1 sahaja,ada yang 2, ada yang 3 dan ada yang mengamalkan semuanya.
Ilmu 4 Syarat
Tubuh itu adalah kombinasi ilmu yang terdiri dari Ilmu Sri Muka atau Pemanis , Ilmu Pelaris , Ilmu Penunduk dan Ilmu Kuat.Kesemuanya
ilmu ini dianggap sebagai menjadi elemen penting bagi wanita menjalani kehidupan
seharian.
Setiap ilmu itu
mempunyai keperluan tertentu contohnya Sri Muka untuk kelihatan cantik dipandang
orang terutama semasa menjadi pengantin sehari,diandam oleh Mak Andam,ditiup-tiup
dan dijampi.Ilmu Pelaris kononnya penting bagi orang yang berniaga ,
Ilmu Penunduk diguna untuk suami atau majikan atau orang yang lebih berkuasa.Ilmu
Kuat pula kegunaannya apabila memerlukan tenaga atau keupayaan untuk kerja-kerja
berat seperti berkebun atau mengurut.
DARI MANA
PUNCANYA
Dari mana datangnya
Ilmu-ilmu ini ? Cer tanya dulu diri kita sendiri ada ke tak pada diri kita ilmu-ilmu
tersebut,samada kita belajar sendiri melalui buku atau diberikan oleh mak kita,nenek
kita,mak andam ke,Tok Bidan Kampung ke,jiran ke,kawan ke,Mak Saudara ke,dari
Kakak ke ,dari Bomoh ke ,Indon Bibik ke.. .Kalau ada,dari situ-lah kebanyakan ilmu-ilmu
ini datang..sedar atau tidak,mungkin kita sudah ada memakai dan mengamalkannya.
TANDA-TANDA ZAHIR YANG BOLEH DILIHAT
Tanda-tanda zahir
mereka yang mengamalkan ilmu ini ada benjolan
pada kening, dahi kelihatan bertanduk ,pipi licin macam anak patung tak
sebanding dengan usia,kepala sering berdenyut-denyut dan semasa nazak atau sakit,
tenaga atau kekuatan wanita itu seperti seorang lelaki walhal pada masa itu badannya
kurus kering.
Ilmu ini adalah
amalan yang salah dan boleh menjerumus syirik kepada Allah samada syirik yang
besar atau syirik khafi.Syirik yang besar atau syirik yang kecil,ia tetap syirik
dan menyegutukan Allah Ta'ala kerana kita bergantung harap pada yang lain selain
Allah.Pengamal ilmu 4 syarat tubuh ini akan liat,akan cuak atau akan malas untuk
melakukan ibadah malah sering menjauhi majlis-majlis bacaan al-Quran dan majlis
agama yang lain kerana jin-jin yang ada pada tubuh mereka tidak suka,panas dan takut
kepada ayat-ayat Allah.Pengamalnya juga pada akhirnya akan mengalami kekacauan dalam
kehidupan dan rumah tangga.
Maka tilik-tiliklah
pada diri kita ,jika kita rasa kita ada ilmu ini; buangkanlah.Kembalilah bertaubat
kepada Allah kerana Allah itu menerima taubat hambaNya.
TANDA-TANDA atau
SYMPTOM
Tidak selesa
,rasa sakit , rasa merayap-rayap , migrane yang kuat dan rasa seperti mencucuk-cucuk atau tubuh selalu terasa
lenguh yang amat sangat,susah nak mati.
Ada sesetengah pengamalnya tak boleh main di sungai atau terkena dan mandi hujan,mudah jatuh sakit atau sakit kepala yang amat sangat.
ILMU TIDAK
BERTAHAN LAMA
Ilmu yang
diamal itu adalah bersifat sementara sahaja.Kalau tak dipuja , jin ayat-ayat
atau ilmu tersebut akan bertindak balas.Muka yang asalnya dipandang cantik akan
nampak hodoh , perniagaan akan rugi yakni tidak lagi laris , tiada lagi rasa
kehebatan dan orang lain atau suami sudah tidak menampakkan kasih sayang.
TERSEKAT IBADAH
Jikalau kita
berilmu pun , ia akan menganggu amalan dan kekadang tidak boleh beramal
sehinggalah perlu bertaubat dahulu.Apa
yang paling susahnya ialah kita tak sedar yang kita ini berdosa.Bila tak sedar
; kita tak bertaubat.Ilmu ini akan menjauhkan pengamalnya itu dari ibadah.
TAUBAT
Berlakunya
kekeliruan seperti dosa besar disangka dosa kecil begitu juga dosa kecil disangka dosa
besar.Dosa-dosa kecil pun kalau dibuat kekal , ia jadi dosa besar.Ibarat
seperti kayu api dikumpulkan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi banyak ,
apabila dibakar ia menjadi api yang sangat besar.
Bagaimana nak
bertaubatnya ? Tinggalkan atau buang
perkara atau perbuatan yang menjadi dosa besar itu seperti membuang najis ;
kita tak ingat yang kita buang najis.Macam tu orang yang betul-betul bertaubat.
Orang yang
beramal dengan ilmu sebegini akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan
perjalanan ke hadratullah kerana masih ada dosa dan syirik yang tersorok.Selagi
belum bertaubat bersungguh-sungguh selagi itu penafian rohaninya terhadap
Allah ( Nafi Isbat , menafikan keujudan selain Allah ) adalah pura-pura dan
sia-sia.Ia boleh digambar seperti perjalanannya seolah-olah terbaik namun tersungkur di pintu syurga.
Jika kita seorang salik, taubat kita akan dipimpin dan dibimbing oleh Guru ; maka taubat kita itu lebih sempurna. Satu dosa atau kejahatan yang membawa dekat pada Allah itu adalah lebih baik dari ketaatan yang membawa kepada murka Allah.Apa dia tu..bila kita buat dosa,kita benar-benar bertaubat,semoga Allah terima dan kurnia taubat kita itu.Wallahu a'lam.