Friday

RABITAH - Suatu pencerahan

Rabitah Syeikh menjadi isu yang sangat
kontoversi bagi golongan yang tidak
menerima kebenaran tariqat.Alasannya
perbuatan mengambarkan wajah Guru
semasa berzikir samalah seperti amalan
pengikut Nabi Nuh a.s. yang menyembah
patung-patung mereka.Kata mereka lagi
bahawa amalan mengambarkan wajah Guru
semasa berzikir adalah suatu perkara baru
yang direka dalam agama.Amalan ini tidak
ada dalam syariat Islam malahan perbuatan
ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W dan para sahabat.

Maknanya kenyataan itu memberi erti
Jawatankuasa Fatwa yang merumuskan fatwa ini
telah MEMBATALkan semua fatwa yang telah
dibuat oleh berpuluh-puluh ulama’Tasauf yang
mengharuskan amalan Rabitah.

Ulama’-ulama’ yang MENGHARUSkan amalan
Rabitah Syeikh malah mengakui berbagai faedah
dan kesan baiknya ialah Maulana Muhammad
Zakariya Kandahlawi ( Kitab al-Syariah wa
al-Tariqah ),Syeikh Tahanawi Kitab Ta’lim al-Din ),
Syeikhul-Islam al-Madani,Syeikh Imdadullah
al-Makki,Syah Waliyullah al-Dahlawi ( Kitab
al-Qaw al-Jamil ),Syeikh Ibrahim Hilmi al-Qadir
( Kitab Madariju’-l-Haqiqah ),Syeikh Abd Samad
al-Falimbangi ( Kitab Hidayatus Salikin –
adab-adab berzikrullah/adab yang ke 7 ),
Syeikh Daud al-Fatani ( Kitab Diya’u-l-Murid ),
Sheikh Ahmad al-Kamashkhanawi ( Kitab Jami’u-l-
Usul fi al-Auliya’,Sheikh Abd al-Ghani, al-Nabulusi
( Kitab Miftahul Ma’iyyah ),Sheikh Muhammad bin
Abdullah al-Khani ( Kitab Al-Bahjaj al-Saniyyah ),
Sheikh Abd Majid bin Muhammad al-Khani ( Kitab
Al-Saadah al-Abadiyyah ),Sheikh Hasan al-Bana
( Wirid Rabitah ),Sheikh Muhammad Amin Kurdi
( Kitab Tanwirul Qulub ),Sheikh Abu Qasim al-Junaid,
Sufian Tsauri,Sheikh Ibrahim Dasuqi,Sheikh Ahamad
Ibrahim Siddiqi,Sheikh Ibn Abi Daud al-Hanbali
( Kitab Tubfatul Ibad ),Sheikh Ibn ‘Atoillah al-
Iskandari ( Kitab Miftah al-Falah ),Sheikh Abd
Wahab al-Sha’rani ( Kitab Madarij al-Salikin /
al-Bahrul Maurud )),Sheikh Tajuddin al-Hanafi
( Kitab al-Tajiyyah ),Sheikh Ibrahim bin Mula
Umar al-Ihsa’ie,Sheikh Ibn Hajar al-Haitami
( Kitab al-Fatawa ),Syeikh Ahmad bin Abd
al-Hay al-Halbi,Saiyid Habib Abdullah bin
Alwi al-Haddad ( Kitab Ithaf al-Sail ),
Sheikh Hussain bin Ahmad Dawsari ( Kitab
al-Rahmah al-Habitah ),Imam al-Ghazali
( Rawdatut Talibin wa Umdatus Salikin ),
Syeikh Abd al-Rauf al-Munawi ( Kitab
al-Jawharah al-Fakhirah ) dan ramai lagi ulama’-
ulama’ tasauf yang lainnya.Kesemuanya ada
33 ulama’ yang mengharuskannya.

Kita perlu menentukan amalan Rabitah Syeikh
ini termasuk dalam furu’ atau usul.Jika
diandaikan ia termasuk dalam masaalah furu’,
maka kaedah usul feqahnya menyebut :
“Ijtihad seseorang ( ya’ni orang yang benar
memenuhi syarat-syarat ijtihad ) tidak boleh
membatalkan ijtihad yang lain”

Misalnya, menurut ijtihad ulama’ Hanafi
bahawa nikah seseorang perempuan tidak
perlu wali, sedangkan ketiga-tiga mazhab
lainnya; Maliki,Hanbali dan Syafie mewajibkan
adanya wali.Pendapat KETIGA-TIGA
MAZHAB tersebut TIDAK BOLEH
MEMBATAL pendapat Ulama’ Hanafi.
Ijtihad yang salah dapat 1 pahala,yang
benar dapat 2 pahala.

Jika andainya amalan Rabitah Syeikh ini
sebagai suatu perkara yang usul,maka
ijtihad yang betul boleh membatalkan
ijtihad yang salah.Ijtihad yang betul dapat
pahala,ijtihad yang salah dapat dosa.

Oleh yang demikian,jika masaalah rabitah
tersebut termasuk dalam masaalah furu’,
maka MANA-MANA IJTIHAD TIDAK
BOLEH MEMBATALKAN IJTIHAD
ULAMA’ TASAUF sejak zaman berzaman
yang ramai dan berwibawa.

Soalnya, adakah pandangan yang membatalkan
rabitah itu dan menganggap amalannya sesat benar-benar
merupakan hasil ijtihad atau bukan ijtihad ? Tidakkah ia
hanya satu rumusan dari perbincangan beberapa orang
yang dibuat dalam hanya beberapa kali pertemuan sahaja ??
Tentu ia jadi SANGAT LEMAH untuk membatalkan
ijtihad ahli sufi yang begitu ramai !!.

Jika amalan rabitah ini termasuk dalam usul, maka umat
Islam mesti memilih salah satu dan menolak yang lainnya.
Terpulanglah kepada umat Islam untuk menentukan mana
yang betul dan mana yang salah.

Tetapi; ada kaedah umum yang sepatutnya kita gunakan
untuk memilih pendapat yang mengharamkan atau
pendapat yang mengharuskan.Kaedah umum tersebut
ialah dengan meneliti tokoh-tokoh ulama’ yang
menentukan hukum sesuatu masaalah itu.

Mengenal Allah itu ada dua cara iaitu secara sama’e
dan secara dzauqi.Saya ambil kaedah secara dzauqi
kerana ia jarang-jarang mahu diterokai.Mengenal
Allah secara dzauqi ini mesti menggunakan rabitah
iaitu apa jua kejadian Allah yang kita mahu.

Nabi Musa a.s bila mahu melihat Allah dengan
mata kepalanya seperti yang disebut dalam
Surah Al-Imran ayat 42, maka Allah perintahkan
supaya Nabi Musa a.s merenung Bukit Tursina.

Bila Nabi Musa merenung Bukit Tursina itu
dengan mata kepalanya ( inilah contoh Rabitah )
kemudian dia niatkan mahu melihat wujud Allah,
maka dengan inayah dan hidayah Allah dirasakan
Bukit Tursina itu lenyap dari pandangannya, apa
yang tinggal ialah rohaninya merasakan Nur
wujud Allah semata-mata dalam keadaan Nabi
Musa fana’fillah.

Di sini diberi sedikit pencerahan tujuan,bagi
siapa dan bagaimana mengamalkan rabitah itu :

Bagi orang yang telah dapat mengingati Allah
maka tidaklah perlu kepada amalan rabitah,
kerana tujuan berzikir itu ialah mengingati
Allah dan telahpun tercapai.Inilah yang
baiknya sekali.

Bagi orang yang tidak boleh berzikir dan
tidak boleh mengingati Allah di dalam hatinya
maka jika ia berabitah ia boleh ingatkan Allah
dengan sebaik-baiknya, maka dikehendaki ia
berabitah.

Caranya :

Misalnya dipermulaan seseorang yang hendak
berzikir itu ingatkan rupa gurunya itu
seketika atau sebentar saja pun telah memadai.

Jika sedang berzikir itu tiba-tiba tidak boleh
berzikir , atau boleh berzikir tetapi hati dan
ingatan menumpu kepada yang lain dari Allah,
maka ketika itu buatlah rabitah.Bila sudah
dapat berzikir dan boleh mengingati Allah,
maka tinggalkan rabitah itu.

Kaabah itu kiblat kita ketika sembahyang;
tidakkah Kaabah itu rabitah kita dalam
ibadah sembahyang ? Adakah kita dikatakan
penyembah Kaabah atau kita menyembah
Tuan punya Kaabah ?