Saturday

Rajah Hantu


Suatu pagi kira-kira 3-4 tahun dulu,
Acit “mengeteh” di satu restoran
berdekatan dengan rumah.Seketika
masuklah kawan Acit lalu duduk b
ersama satu meja.

Dia terus minta tolong datang ke rumahnya
tanpa mencerita apa halnya.Lalu Acit mintalah
dia ceritakan apa yang sebenar.Kawan Acit ni kata,anaknya
yang bongsu berumur lebih kurang 4-5 tahun akan lari
keluar dari rumah apabila tiba saja waktu Maghrib.Haaa..
pelik tu… Nak kata merajuk ,tak ada apa yang menyebabkannya
jadi merajuk.Perkara ini dah terjadi beberapa hari.

Jadi lepas saja “mengeteh”,Acit ke rumah kawan itu yang
hanya terletak lebih kurang 300 meter saja dari restoran itu
tetapi terlindung di sebelah lorong yang lain.

Sebaik saja sampai ke laman rumahnya, sudah terpampang
jawapan bagi masaalah yang terjadi pada anak kawan itu.
Gerak hati Acit mengatakan inilah sebenarnya punca itu.

Setelah masuk ke rumah dan bertanyalah Acit mengenai
satu rajah berupa wifiq bersaiz A4 yang ditampal disebelah
luar pintu masuk.Menurut isteri kawan Acit ni,dia diberikan
oleh Kakaknya yang mendapatnya dari seorang Penceramah
terkenal Radio TV kononnya sebagai pendinding dan pagar
rumah.Malah salinan rajah ini sudah pun diberikan juga
kepada\jiran sebelah.

Acit berceritalah mengenai kemungkinan kejadian itu berpunca
dari Rajah Wifiq itu lalu meminta izin untuk menanggalkan,
mematikan hantu/jin wifiq itu dan membuangnya ke sungai.
Setelah menyediakan air doa sebagai ikhtiar.Acit minta diri
untuk balik selepas dapat “mengeteh” sekali lagi.Acit pesan
kepada kawan Acit agar memberitahu perkembangan anaknya
itu sebelah petang atau malam nanti.

Setelah dua hari Acit baru ingat tentang hal anak kawan itu
lalu ketika berada di Kuala Lumpur, Acit pun call kawan itu
bertanyakan mengenai anaknya dan dimaklumkan bahawa
dia pun juga lupa nak beritahu yang anaknya sudah berkelakuan
normal seperti seperti biasa sejak dari sebelah petang hari Acit
ke rumahnya.Anaknya tidak lagi lari keluar rumah apabila tiba
waktu Maghrib seperti sebelumnya.

Jadi,inilah antara perkara-perkara khurafat yang seolah-olah
sesuatu yangn nampak seperti memberi atau membawa
kebaikan lebih-lebih lagi diberikan oleh ustaz atau ustazah
apatah lagi kalau mereka itu orang yang terkenal, tentulah
lebih glamour lagi.

Rajah seperti ini nampak seolah-olah seperti tulisan ayat-ayat
al-Quran tetapi mungkin juga ayat-ayat Arab yang mungkin
kelihatan seperti ayat Quran.Kadang-kadang amalan orang
yang memberikan rajah itu atau pengamalnya mempunyai
khadam atau menggunakan jin.Jadi jin pengamalnya itu akan
dipindahkan kepada rajah atau ayat yang diberikan kepada
orang lain tanpa disedari oleh pengamal ( mungkin juga tahu )
dan penerima.Jadi itulah sebabnya,kanak-kanak boleh terlihat
jin atau khadam ayat tersebut.

Acit hendak berkongsi lagi satu cerita,dah lama dah..mungkin
dah dekat-dekat 20 tahun, tahun 1989.Suatu hari tu Acit ada
kerja di Trengganu dan sebelah malamnya Acit ajaklah seorang
Pakcik jiran sebelah rumah yang Acit sewakan untuk pekerja
untuk mencari orang yang boleh merawat resdung.Lalu Acit
diajak pergi ke suatu tempat yang Acit dah lupa dekat mana.

Diringkaskan cerita, selepas diberikan ubat resdung,Tok Bomoh
ini ( ini cerita masa banyak jahilnya lagi ) dengan murah hati
memberi satu kertas bertulisan suruh Acit simpan.Dia kata,itu
ilmu gajah sebab dah diceritakan oleh Pakcik Jiran itu yang
Acit ini kerja hutan,jadi mungkin Acit perlu agaknya.Bila amalkan
atau menyerunya,Gajah yang berjarak dua puloh batu pun akan
lari,kalau diseru pada buaya,buaya akan timbul,gitu lah katanya.

Sebagai menyampai hajat orang,Acit ambillah kertas itu lalu
Acit pun baca,cantik…dimulakan dengan Bismillah kemudian
dikuti ayat-ayat pujian…tu-tup..bulat mata Acit memandang pada
baris ayat yang lebih kurang bunyinya,“mambang putih, mambang
seberang….” ??? yang lain Acit dah lupa sampailah baris akhir,
”dengan berkat Kalimah La Ila ha illallah “.

Ish..ish..Acit terus serahkan semula kertas itu pada Tok
Bomoh,Acit kata minta maaflah ,Acit beri alasan tak berani nak
guna padahal Acit tak mau gadaikan akidah dengan
kehebatan dunia itu.

Inilah satu contoh lagi, bacaan dari Bomoh yang kita dengar
mula-mulanya nampak cantik..bacaan Al-Quran..kemudian
senyap..dan last sekali baru dengar dia baca kuat,
”dengan Berkat Kalimah…”.Ramai anggap yang dia memang baca
atau jampi guna ayat Quran tetapi sebenarnya dia tak sebut pun
bacaan yang ditengah-tengahnya secara jelas.Di sinilah banyak
masyarakat Islam mudah kena tipu malah mempercayai Bomoh
dan Pawang .Ini boleh merosakkan akidah ,lebih-lebih lagi
dibekalkan dengan pelbagai barangan yang pelik-pelik,dengan
syarat yang bukan-bukan yang membawa kepada amalan
khurafat dan akan menjadikan ibadah tidak diterima selama
40 hari dan mendekatkan lagi dengan syirik.Wallahu a’lam.

Monday

Kucing Hantu



Kisah ini berlaku lebih kurang dekat 10 tahun dah
cuma baru-baru ni Acit jumpa jiran lama Acit ni dan
kebetulan dia bercerita pula pada kawan Acit.


Kisahnya bermula di suatu pagi lebih kurang pukul 10 pagi dan
kalau tak silap hari tu hari cuti.Surau kat rumah Acit lama tu ada
mengadakan gotong royong dan Acit ada sama-samalah jadi
tukang buat sibuk.

Tetiba Acit dapat panggilan dari kawan Acit minta tolong anak
jiran beliau ada masaalah sikit.Kawan Acit ni memanglah kaki
surau dan AJK juga,memang rapatlah dan beliau juga tahu yang
Acit boleh buat ikhtiar lebih kuranglah untuk membantu jamaah
malah beliau pun pernah Acit bantu kebetulan pula Acit jadi
kepala surau di sini jadinya jadi tempat rujukan dan jamaah buat
aduan.

Pergilah Acit ke rumah beliau yang tidak beberapa jauh dari surau
dan dari luar rumah lagi sudah kedengaran teriak tanggis kanak-
kanak.Lalu masuklah melihat apa sebenarnya yang berlaku,
kelihatan ada di sana ialah jiran di depan rumah beliau dan isterinya
sedang mendukung anak kecil yang sedang kuat menanggis tetapi
oleh kerana kadang-kadang dan jarang-jarang menjadi ahli surau,
perhubungan kami ini tidaklah beberapa rapat sangat cuma sekadar
kenal sahaja.Anaknya dibawa ke rumah kawan Acit ini kerana beliau
sudah tidak tahu ke mana arah hendak dibawa.

Setelah dilakukan ikhtiar pada anak kecil berumur lingkungan 7-8
bulan itu,alhamdulillah Allah Ta'ala izinkan sembuh ketika itu juga.
Lalu macam biasalah Acit investigate punca awal kejadian itu.

Menurut jiran ini, tidak ada apa-apa yang berlaku atau anaknya itu
dibawa kemana-mana.Tetapi Acit tegaskan , mengikut pengalamanlah,
tidak akan berlaku sesutau perkara itu tanpa ada puncanya.



Jiran itu mengakulah bahawa ketika mahu keluar bekerja sebelah
paginya, dia terlanggar seekur kucing liar ketika mengundurkan
keretanya.Dia tidak sedar ada seekur kucing sedang duduk dibawah
keretanya.Mungkinlah kucing itu masuk setelah dia membuka pagar
rumah.Sesudah menyedari beliau terlanggar kucing itu,lalu diambilnya
bangkai kucing tersebut dan dibuangnya ke dalam semak berhampiran
dan dia terus ke tempat kerja.

Tidak lama selepas itu, isterinya memintanya balik ke rumah kerana
anak mereka tidak berhenti-henti menanggis.Dia pun bergegas balik
dan mencuba beberapa ikhtiar tetapi tidak berjaya.Mungkin dia
menggagak sesuatu yang pelik tanpa menyangka ada kaitan dengan
kucing yang dilanggarnya,dia membawa anaknya ke rumah kawan Acit
ini.

Jadi,fahamlah Acit bahawa punca anak menanggis itu adalah gangguan
dari hantu/jin atau penjaga kucing liar tersebut.Setelah menambah
sedikit ikhtiar lagi termasuk pergi melihat bangkai kucing itu,
Alhamdulillah anaknya sembuh seperti sediakala selepas itu.

Inilah kejadian sebagai iktibar,bahawa iblis syaitan itu ada dimana-mana
dan bersedia untuk menganggu anak cucu Adam pada bila-bila masa.
Hati-hatilah dengan kucing liar yang datang bertandang ke rumah.
Mungkin ada kembarnya yang datang mengikut sama; hantu !

Friday

Masyaeikh Naqsyabandiah Al-Khalidiah

Syeikh Bahauddin Shah An-Naqsyabandiah
As-Syeikh Abdul Wahab Rokan, Tuan Guru Basilam
As-Syeikh Hj Umar Bin Hj Muhammad Al-Khalidi, Batu Pahat
As-Syeikh Imam Hj Ishak bin Muhammad Ariff Al-Khalidi An-Naqsyabandi Al-Rawi
As-Syeikh Prof. Dr. Hj. Jahid Hj Sidek Al-Khalidi

Thursday

Doa SUJUD SYUKUR





Bila Malaikat sujud kepada Adam kemudian bangkit; mereka lihat Azazil tak sujud lalu mereka pun SUJUD SEMULA.Itu sebab kita sujud syukur di samping bersyukur atas segala kurniaan rezeqi zahir,rezeqi rohani,rahmat hidayah,inayah dan pelbagai lagi.Akhir sekali kita syukur bila Allah redho dan meredhoi.

Wednesday

Kaedah KHALWAH BERUZLAH ATAU BERSULUK






“ Dan ingatilah nama Tuhan engkau dan beribadatlah kepadaNya dengan sepenuh hati “
Al-Muzammil ayat 8.

Kaedah amalan khalwat disebutkan dalam Kitab –kitab Tasauf seperti Ihya’ Ulum al-Din karangan
Imam Ghazali dan Kitab Siyar As-Salikin.

Imam Syafie berkata, “ Sesiapa yang mahu Allah bukakan pintu hatinya dan diberi ilmu 
( secara laduni / dzauki ) maka wajiblah ia berkhalwah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan dan tidak ada adab “

Salah satu Jamaah Tariqah yang mengamalkan khalwat ini ialah Tariqat Naqsyabandiyah.Amalan khalwat atau uzlah ini dimulakan selepas Solat Fardhu Asar hari Khamis atau hari Isnin selama 10 hari 10 malam.Mereka yang mengerjakan khalwat ini akan solat berjamaah selama 50 waktu sepanjang khalwatnya.
Mereka yakni salik juga dikehendaki berzikir secara “ismu dzat” iaitu menyebut perkataan ALLAH berulang-ulang kali secara “khafi” yakni,di dalam hati.

Majlis zikrullah ini dilakukan di dalam Dewan Solat atau ditempat zikir yang telah ditentukan.Tempat itu samada di dalam bilik kecil yang luasnya muat untuk seorang atau kelambu sebagai ganti bilik.


Tujuan bilik atau kelambu itu adalah supaya pandangan atau pergerakan orang yang berzikir itu terhad.Cara ini dapat membantu dapat menghilangkan ingatan selain dari Allah.Ia juga dapat memberi satu suasana kebebasan orang itu tanpa menganggu jamaah lain.


Penggunaan bilik atau kelambu ini bagi mengantikan gua-gua seperti dilakukan oleh Nabi ketika mengasingkan diri di Gua Hira’.Memandangkan gua sukar untuk dicari dan tidak semua tempat mempunyai gua,maka pada permulaannya lubang-lubang (liang) telah digali untuk dijadikan tempat berkhalwat
bagi mengantikan gua.Masaalah timbul apabila ramai orangyang berkhalwat yang membuatnya sukar menyediakan lubang liang tersebut.Jadi ia telah digantikan dengan bilik kecil.Lama kelamaanya bilik kecil ini juga sukar disediakan,lalu para Syeikh Tariqat telah mengantikan bilik tersebut dengan kelambu.

Orang yang berkhalwat dibahagikan kepada 3 golongan :

1.Orang yang pertama kali berkhalwat

2.Orang yang menyambung , kerana khalwatnya sebelum
ini belum tamat.

Mereka dari golongan pertama dan kedua ini akan disuruh berzikir dari satu peringkat ke satu peringkat (maqam) yang tidak ditetapkan masa bergantung kepada kurnia dan rahmat Allah semata-mata.Ada yang cepat berpindah dari peringkat ke satu peringkat tersebut sehingga boleh menamatkan khalwatnya dalam masa sepuloh hari atau kurang dan ada yang lambat sampai tidak sempat menghabiskan peringkat
zikir tersebut dalam tempuh khalwat itu.

3.Orang yang berkhalwat bertujuan untuk membiasakan dan melatih diri.Biasanya golongan yang ketiga ini adalah golongan yang sudah sampai ke peringkat maqam Tahlil atau mereka yang menjadi wakil/khalifah pada Syeikh.

Mereka yang telah saamapi ke peringakat mengingati Allah itu disebut hatinya jama’ ,hatinya “hudhur maallah” manakala yang gagal itu diistilahkan sebagai hati mereka yang faraq.

Faktor-faktor yang menyebabkan mereka ini gagal adalah disebabkan suka bercakap-cakap sesama sendiri,berangan-angan,memikirkan urusan keduniaan,mendengar perbualan,berehat tanpa berzikir,melihat-lihat persekitaran dan sebagainya yang membawa kepada ghaflah hati.

Kelebihan UMAT MUHAMMAD

1.Umat yang boleh memberi syafaat

2.Umat yang dengan ibadatnya boleh menghapuskan dosa

3.Umat yang boleh menyucikan diri dengan air dan tanah

4.Umat yang boleh makan dengan sedekah pada hari akhirat

5.Umat yang ada 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab

6.Umat yang akhir zaman tetapi dulu di akhirat

7.Nabi Adam kena taubat di Mekah; umat Muhammad boleh
taubat dimana-mana

8.Nabi Adam dulu berpakaian; apabila buat dosa ditelanjangkan
Umat Muhammad apabila buat dosa tetapi tetap ia berpakaian

9.Nabi Adam bila buat dosa; dia telah dipisahkan,
Umat Muhammad tidak dipisahkan

10.Nabi Adam buat dosa telah dikeluarkan dari syurga
Umat Muhammad buat dosa di luar syurga,boleh masuk selepas
bertaubat.

Friday

Kalam Sufi

Acit telah mendengar satu Kuliah Tasauf melalui CD dalam kereta
seorang Ustaz yang disampaikan oleh seorang Syeikh Tariqat dari
New York beberapa tahun yang lalu dan sempatlah Acit mencatit
beberapa perkara seperti berikut :

1.Kita tidak akan membeli setangkai epal yang ada sebiji diantaranya
yang rosak; begitu juga dengan Allah yang tidak menerima hati yang
kotor.

2.Kita boleh membeli katil emas tetapi ia tidak menjamin kita tidur lena.

3.Kita boleh membeli cermin mata tetapi kita tidak boleh membeli
pandangan.

4.Kita tidak akan menuang susu ke dalam gelas yang kotor; begitu
juga Allah yang tidak akan menurunkan tajalliNya ke dalam hati
yang kotor.

5.Jikalau kasut boleh kita bersihkan, inikan pula rumah Allah ( hati ).

Lyric QASIDAH BURDAH





QASIDAH BURDAH Mesut Kurtis



Mawla Ya Solli wa sallim da iman abadan
'Ala habi bi ka khayril khal qi kulli himi

Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau limpahkan kepada kekasih Mu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang Engkau ciptakan

O Mawla (Protector),
send prayers and peace always and forever Upon Your Beloved,
 the best out of all of Creation.



Muhammadun Sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min 'arabin wa min 'ajami

Muhammad itu adalah Penghulu dari dua dunia
dan dua kelompok (manusia dan jin),
dan ikutan bagi orang Arab dan bukan Arab.

Muhammad is the Sayyid (Master) of the two worlds
and the two groups (men and jinn),
And the Guide of both the Arabs and the non-Arabs.


Huwal habibul ladzi turja shafa'atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami

Dialah Kekasih Allah diharapkan kesyafaatan
Pada setiap hal dari hal kebaikan yang dilakukan

Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend



Tsumma ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana zil karami

Kemudian redha daripada Abu Bakar dan Umar
juga Ali dan Usman yang dimuliakan

Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, 'Umar,
 'Ali and 'Uthman the generous one



Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma ma dha ya wasi'al karami

Wahai Tuhan !
 Perkenankan hajat kami dengan berkat Nabi Pilihan
dan ampunilah dosa kami yang lalu Wahai Tuhan Yang Punya Kemuliaan

O my Lord! 
with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,O Most Munificent One!


Qasida Burdah
Arabic-English-Malay Translation


Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu
Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad
ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarekat Syadziliyah
bermahzab Syafie, murid Abu Abas Mursyi.

Syair ini disusun ketika beliau yang jatuh sakit hingga lumpuh.
Beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW sendiri
yang melengkapi syair yang sedang disusun itu. 

Dengan mukjizat dan keberkatan Rasulullah SAW; beliau sembuh dari penyakitnya.


~: Penjelasan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan :~

Qasidah al-Burdah ditulis oleh Imam al-Busiri, ulama besar yang juga seorang tokoh sufi 
abad ke-7 hijrah/ke-13 Masihi. Qasidah ini merupakan qasidah yang masyhur. Ia bukan 
berasal dari Shi’ah kerana ia ditulis oleh ulama Sunni. Tiada dalam biografinya yang 
mengaitkan beliau dengan Shi’ah. Sementara memuji Rasulullah s.a.w. dalam selawat 
dan qasidah bukan bermakna seseorang itu pengikut Shi’ah.

Menurut sejarawan Islam al-Maqrizi, Imam al-Busiri berasal dari Afrika Utara dari sebuah kabilah 
bernama Abnun di Maghribi. Beliau hidup di bawah pemerintahan Mamluk dan menguasai banyak
 bidang ilmu Islam. Beliau merupakan pengikut tariqat sufi Shaziliyah di bawah bimbingan gurunya
 Shaykh Abu al-Abbas al-Mursi. Penulis kitab Hikam, Ibn ‘Ataillah al-Sakandari juga merupakan 
salah seorang anak murid kepada Abu al-Abbas al-Mursi.
Qasidah al-Burdah secara dasarnya merupakan pujian kepada Rasulullah s.a.w. Isinya bersifat
 syair yang sebahagian besarnya menggunakan kiasan (majaz) dan metafora yang bertujuan 
menekankan lagi sifat kasih sayang terhadap Rasulullah s.a.w. Beberapa ayat dalam qasidah 
al-Burdah yang dianggap kontroversi harus difahami dalam konteks tersebut.

Memuji Rasulullah s.a.w. dan menggagungkan Baginda adalah sesuatu yang dituntut selagi 
mana tidak menyifatkan baginda Rasulullah s.a.w. dengan sifat ketuhanan dan seseorang
 itu jelas dalam tauhidnya tentang beza antara Allah Ta’ala dan RasulNya.
  

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/sejauh-mana-qasidah-al-burdah-berkait-dengan-shiah


Link Lyric Nasheed Ana al-Abd

Link Lyric Qasidah Istiqfar

Link Lyric Qasidah As Subhu Bada





Tuesday

Ilmu PUTERI BESE


Manisan atau gula kerek atau gula kabung
atau juga dipangggil gula tapak oleh orang
Melaka dibuat dari air nira kelapa yang di
masak selama beberapa jam.Kemudian
apabila sudah pekat, dan betukar warna
kemerah-merahan, lalu ia dituangkan ke
dalam acuan buluh atau kerek yang dibuat
dari daun mengkuang yang dibentukkan
seperti bulatan.

Apabila disebut gula tapak teringatlah Acit masa dulu-dulu dok
tadah ilmu kat Melaka awal 80 an.Dok hostel masak sendiri ngan
kawan-kawan.Suatu hari kononnya nak masaklah bubur kacang,
Jadi pergilah Acit ke pasau ( sebutan orang Melaka ) berjalan kaki
jer..Puas pusing pasau Melaka..pusing kedai..tak jumpa manisan
langsung.Uikks..pelik jugalah orang Melaka ni..tak guna manisan
ke ? Bila ditanya pada pekedai..dia orang pun heran ,bila diceritakan
bentuk dan gunanya ,lalu ditunjukkan kepada satu benda berbentuk
selinder setinggi 4-5 inci.”Inilah Gula Tapak” kata pekedai…Acit
geleng-geleng , “Yang tu tak mau, saya mahu manisan “ “Ooo..itu
barang tak da ! “ Ooo..ok..tak pa.. ( kononya terer sangatlah !
macam Chef ) tak leh bentuk lain.tapi sebeno nya tak tahu..benda tu
benda yang sama.. he he he.

Maka tak jadi belilah gula manisan hari tu sebab tak ada dijual di
pasau Melaka dan tak jadilah masak bubur kacang..Dah lama sikit
dok Melaka barulah tau..ishk..ishk..ngapa nyer dari awal-awal tak
tau..ishk.ishk..

Itulah kisah dulu-dulu…Kali ni Acit nak cerita pasal bagaimana
kaitannya manisan,gula kabong atau gula kerek atau gula Melaka
tu ada kaitan dengan ilmu khurafat dan pemakanan yang syubhah
kita seharian yang selama ini tidak kita sedar.

Pada 2 Ogos, 2009 keluar berita di Sinar Harian tentang udang
kering yang kita makan itu sering dipijak dan disiram dengan air
kencing anjing. ..ish..ish..ni lagi satu hal..makanan syubhah yang
kita juga tidak sedar. Sedap makan udang kering yang berperisa
air kencing anjing !!!

Sebelum ini rempah kari yang yang kita kata sedap itu rupa-
rupanya juga telah dijampi terlebih dahulu sebelum dibungkus
dan dijual ke pasaran, jadi syubhah lah juga. Bagaimanalah hati
kita nak cepat jadi bersih.., macamnalah anak-anak tidak
berperangai macam setan..hari-hari disaji dengan makanan yang
diragui kebersihannya…hati jadi makin kelam kelabu...Kalau
tidak berzikir, maka jadi kelabu asaplah..

Acit pernah sendiri pergi ke satu kilang membuat tauhu di kawasan
Sungai Buloh , Selangor dalam tahun 90an dulu yang diusahakan
oleh bangsa lain. Aduh..dahlah kolam tempatnya merendam tauhu
tu rendah dan dibuat ditempat terbuka , ada mek Indon yang sibuk
merendam tauhu ke dalam kolah / takungan itu.Dalam masa yang
sama, anjing-anjing pun sibuk duk pusing kolah..kot-kot boleh
tambah perisa !! uweek !

Begitu juga Acit telah pergi ke satu kilang kicap di Kulim, Kedah.
Acit pergi round sampai belakang kilang dan Ya Robbi.........
tak makan kicap Cixx lah aku !

Tapi kita ni tak ada daya upaya, kalau kita tak beli atau tidak
makan tetapi apabila kita pergi makan ke warung atau restoran ,
mungkin juga Tuan Kedai itu guna kicap Cxxx , beli tauhu Cxxx…
Inilah perkara-perkara yang boleh jadikan kita keras hati.

Acit ada kawanlah, seorang Ustaz Al-hafiz, kalau dia pergi mana-
mana pun,mesti ada dia bawa bekalan sendiri,jarang sangat dia
berhenti makan di kedai kecuali mera’i kan kawan-kawan.Begitu
jaganya dia dari segi pemakanan.

Ada lagi satu kes yang Acit ingin kongsikan iaitu dalam tahun 1984
hujung atau awal 1985 dululah..ini pun cerita lama..masa dalam
pembalakan dulu.
Pada suatu tengahari,Acit balik ke kongsi selepas membuat kerja-
kerja di Matau.Macam biasalah, teruslah Acit ke dapur mencari
minuman dan pada masa itu kelihatan barang-barang dapur baru
sampai dibawa masuk oleh pekedai yang dipesan pada dua hari
yang lepas.Acit tengok ada beberapa ekur ayam segar tergolek
atas rak dapur.Manakala Tukang Masak kami warga Indon sibuk
mengemas barang-barang yang baru tiba itu.

Hati Acit tergerak dan terpanggil ke arah ayam yang tergolek
tanpa baju tu.. Lalu dibelek-belek dan diperhati..MasyaAllah !!!
Ayam ni dihiris..bukan di sembelih !!!! Selama ni kami makan
ayam hiris lah !!! Terus Acit panggil Tukang Masak suruh
buangkan ayam tersebut dan order ayam hidup saja.

Selama ini memanglah kami order ayam siap proses dari
peniaga Cina tu agar tidak menyusahkan Tukang Masak.
Dia pun 2x10 juga; tidak perhatikan betul-betul pada leher
ayam tersebut..atau mungkin juga tidak tahu.Peniaga Cina
itu pun mempunyai sebuah santaiwong yang bekerja sub
dengan Acit.Masaalahnya timbul bila nak order barang,
kerana peniagan ni Cina pure, tak beberapa gheti cakap
Melayu, Acit pula lah yang kena belajar Bahasa Hokkien
untuk order barang dapur.Tunjuk barangnya, kena tanya
barang ini disebut apa dalam Bahasa Cina supaya nanti nak
order senang.Peniaga ini pun baru buka kedai runcit pula tu..
banyaklah perkara yang dia tak tahu.Lagipun masa tu
Bandar Triang tu dikenal sebagai China Town.

Lihatlah pada hari ini, masih ramai lagi orang-orang Islam
kita yang masih membeli ayam siap proses dari kedai-kedai
yang tidak sepatutnya.

Balik pada cerita manisan atau gula kerek tadi; ia dibuat
dengan Air Nira kelapa.Air Nira itu diambil dari mayang
kelapa yang muda oleh Penyadat Nyiur ( Gelaran kepada
orang yang mengambil air Nira ini di sebelah Pantai
Timur ) dengan mengikat sejumlah jalur-jalur mayang itu
dan kemudian diparas atau dipotong di bahagian hujungnya
dengan menggunakan Pisau Sadat ( pisau khas ). Kaedah ini
dipanggil Sadat Nyiur.

Kemudian Air Nira itu ditadah dengan bekas dari buluh yang
dimasukkan ke dalam mayang itu dan diikat.Bekas buluh itu
setinggi antara 1 kaki hingga 1 1/2 kaki di gelar “tukey”.
Dalam sehari, Air Nira yang keluar tidaklah sepenuh bekas itu.
Sepohon pokok kelapa kemungkinan mempunyai dua atau tiga
mayang yang boleh diambil air niranya.

Disebelah petang, barulah tukey ini diturunkan dan air nira itu
ditapis dahulu sebelum air nira itu diminum atau dibuat manisan
supaya tiada serangga-serangga yang mungkin telah termasuk
ke dalamnya.

Air Nira ini sedap diminum begitu saja apatah lagi bila disejukkan.
Air Nira ini banyak dijual di sepanjang jalan menuju ke Kuala
Trengganu yang disimpan di dalam tong polistrin dijual dengan
harga RM1.00 sebungkus.

Apa yang hendak Acit ceritakan di sini ialah terdapat amalan
khurafat dalam proses mengambil Air Nira ini.Acit telah
berkesempatan menemui seorang pesakit yang mengalami
gangguan seolah-olah ditekan atau dicucuk-cucuk setiap malam.
Gangguan ini berlaku bermula pukul 10.00 malam hinggalah
hampir waktu Subuh setiap hari.Perkara ini berlaku hampir 2
bulan.Pada mulanya pesakit tidak mahu memberitahu amalannya
sehinggalah didesak dan tidak dapat menahan gangguan itu,
barulah diceritakan perkara sebenar.

Pesakit memberitahu Acit lebih kurang pukul 3 pagi bahawa
beliau ada beramal dengan Ilmu mengambil Air Nira semasa usia
muda dahulu. Ilmu itu dinamakan Ilmu Puteri Bese.”Bese” ini
dalam loghat Trengganu dan Kelantan ialah sama maknanya
dengan air menitis atau air kencing tekeluar dengan sendirinya.

Apabila Penyadat mahu memotong ( memaras ) hujung mayang
kelapa itu, si Penyadat perlu membaca mentera ( menyeru Puteri
Bese ) dengan sebutan-sebutan tertentu.Selepas itu baru lah
mayang itu dipotong hujungnya.Ini adalah bertujuan supaya
mayang itu mengeluarkan air nira yang banyak.

Keberkesanan amalan itu dapat diketahui atau dirasakan oleh
pengamalnya ialah melalui rasa bese atau terkencing dalam
seluarnya sendiri.Setelah mengambil ilmu ini, Si Penyadat perlu
menyediakan “pengeras” berupa sekawah manisan sebagai
balasan kepada orang yang mengajar ilmu itu.

Jadinya, bertambahlah sajian makanan halal yang beresepikan
jampi dalam industri pemakanan kita.Mungkin banyak lagi
dalam pembuatan makanan lain yang belum kita ketahui.
Makanan beginilah yang menambah gelap hati.

Semuga mereka dan kita di ampunkan oleh Allah S.W.T atas
kesalahan yang kita sedari dan tidak sedari,kesalahan yang
disenggajakan dan yang tidak disenggajakan , Amin.

Sunday

Perkara yang merosakkan KEROHANIAN

1. Terasa Ada Amalan


Maksudnya seseorang itu merasakan bahawa dirinya itu telah
banyak berbuat amal soleh; banyak sembahyang, puasa, zikir,
banyak sedekah dan sebagainya lagi. Jika ada rasa demikian maka
rosaklah perjalanan keruhaniannya. Rasa yang demikian itu
bukan sahaja akan menimbulkan sifat riak, ujub dan sebagainya
tetapi ianya boleh menyebabkan syirik atau menyegutukan Allah.
Oleh kerana itu seseorang salik itu dikehendaki merasa-rasakan
secara bersungguh-sungguh bahawa segala amalnya yang soleh itu
adalah kurnia Allah semata-mata, hal Allah semata-mata, dari
Allah semata-mata.


Setelah rasa begitu dapat dihayati sebenar-benarnya , maka
InsyaAllah ia akan dikurniakan oleh Allah Tauhid Af’al atau tauhid
pada perbuatan Allah, di mana seorang itu pada peringkat
tersebut dapat melihat keesaan perbuatan Allah semata-mata
akan tercapailah ketiga-tiga syarat bagi penerimaan amal iaitu
ikhlas, fana’ (amalan diri dalam perbuatan Allah) dan benar-benar
berasa bahawa tidak ada daya dan kekuatan kecuali Allah semata
-mata.Kesimpulannya: Bila terasa ada amal maka Tauhid Af’al
tidak akan tercapai.


2. Panjang Angan-angan Nafsu Keduniaannya


Khalifah Ali ( r.a ) pernah menyebutkan bahawa panjang angan-
angan nafsu keduniaan itu adalah punca segala kesalahan atau
dosa. Orang yang panjang angan-angan nafsu keduniaannya itu
sentiasa lena dihayun oleh berbagai jenis angan-angannya itu.
Pada setiap saat hatinya berkata-kata: “Aku akan buat ini, buat itu.
Kalau aku buat ini akan jadi begini dan kalau aku buat yang
lain akan jadi begitu…”

Tegasnya ia akan dilamun oleh berbagai fikiran dan rancangannya
sendiri yang tidak akan ada titik perhentiannya sama sekali.
Hal demikian adalah mengambarkan bahawa orang tersebut
jahil terhadap Tauhid, sebab orang yang jahil Tauhid itu menurut
Ibn Ata’illah hatinya sentiasa berkata: “Apakah yang akan aku buat”.


Orang yang benar Tauhidnya pula menurut beliau, hatinya sentiasa
berkata:”Apakah yang Allah akan buat terhadap dirinya itu”.
Di samping itu orang yang panjang angan-angan keduniaan itu
hatinya akan menjadi gelap disebabkan berbagai gambaran
kebendaan sentiasa memenuhi ruang di hatinya sehingga Allah
tidak akan mendapat ruang di hati lagi, pada hal hati itu untuk
Allah. Nabi bersabda, ertinya:”Hati itu rumah Allah”Maksudnya
hati itulah tempat yang dipilih dan dibersihkan oleh Allah dan
dimuliakan sebagai jalan perhubungan antara Allah dengan
hambaNya. Oleh itu hati itu tidak boleh dimasuki sesuatu yang
lain dari Allah.


Samalah keadaan hati itu seperti Kaabah, kerana Kaabah itu
adalah dikatakan sebagai Rumah Allah. Kalau Kaabah itu mesti

bersih dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kesuciannya,
maka begitu jugalah dengan hati, ia mesti bersih dari sesuatu
yang mengotori ruang hati serta mengelapkannya.


Dari angan-angan keduniaan itu maka akan timbullah berbagai
sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, gemar kemasyhuran dan
sebagainya. Perlu diingatkan bahawa sebahagian daripada angan-
angan keduniaan itu ialah angan-angan seorang itu mengenai akhirat,
tetapi cita-cita dan angan-angan itu telah dikotori oleh berbagai
kehendak nafsunya.

Ramai orang terjerat di dalam perangkap ini tidak dapat menyedari
dirinya itu sendiri. Misalnya, seorang itu membanyakkan usahanya
berzikir siang dan malam, tetapi hati kecilnya terlintas bahawa
dengan berbuat demikan maka ia akan cepat menjadi wali atau
menjadi seorang Syeikh atau lekas fana’ dan sebagainya.
Sepatutnya ia bercita-cita supaya dapat ma’rifatullah dan
keredhaanNya.

Demikian juga seorang salik yang berhenti dari kerja mencari
rezeki atau berhenti dari belajar Ilmu Islam kerana didorong
supaya cepat naik maqam atau cepat mencapai matlamat
perjalanannya; kononnya jika ia menumpukan zikir dan beramal
ibadat sahaja maka cepatlah sampai kepada matlamat yang dituju.
Sebenarnya hal demikian itu masih dipenuhi nafsu keduniaan
yang pada zahirnya macam cita-cita akhirat.


3. Hati berkata atau terlintas bahawa dirinya telah mencapai
taraf wali atau mencapai sifat-sifat kewalian


Sifat demikian adalah berlawanan dengan kehendak Allah,
kerana Allah melarang seseorang itu dari perbuatan mengaku diri
sendiri itu suci dan bersih. Allah berfirman, maksudnya :“Maka
janganlah kamu mengaku bahawa diri kamu itu suci. Dialah (Allah)
yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang bertakwa”.


Nabi bersabda yang bermaksud: “ Tanda kecelakaan (masuk neraka)
itu empat perkara :


(Pertama), lupakan dosa-dosa yang dilakukan, pada hal dosa-dosa itu
masih utuh di sisi Allah.
(Kedua), ingatkan berbagai kebaikan yang dilakukan, pada hal ia tidak
tahu samada kebaikan itu diterima atau ditolak oleh Allah.
(Ketiga), memandang orang yang di atas mengenai hal keduniaan.
(Keempat), memandang orang yang di bawah (lebih rendah) mengenai
hal-hal ugama.


maka Allah berfirman (kepada orang ini):
" Aku mahukan orang ini, tetapi ia tidak mahukan Aku, maka Aku
pun tinggalkan sahaja”


Sebenarnya, bila seseorang itu tinggi darjatnya di sisi Allah, maka ia
akan terasa rendah; bila ruhaninya bersih, maka ia terasa kotor dan
banyak dosa; bila telah menjadi wali, maka terasa dirinya masih jauh
dari kecintaan Allah. Sebaliknya, orang yang masih bergelumang
dengan dosa itu biasanya merasakan dirinya sudah bersih, sudah
menjadi wali Allah. Oleh yang demikian seseorang itu yang terasa
telah menjadi wali itu telah tersimpang jauh dari arah perjalanannya
yang sebenar. Ia tidak akan sampai ke matlamat yang dituju dan ia
tetap jatuh tersungkur yang sukar untuk bangun semula.


4. Suka dan senang hati bila dikerumuni oleh orang ramai.


Bila ramai orang berada di sekelilingnya, kerana menyokong dan
menyukainya maka ia berasa seronok, suka dan senang hati.

Sebaliknya, bila orang ramai menjauhkan diri daripadanya maka
ia berasa susah hati. Sifat demikian boleh merosakkan keruhanian
seseorang salik, kerana pada hakikatnya ia masih memandang
makhluk dan tidak memandang Allah. Di samping itu, sifat demikian
itu menunjukkan bahawa ia masih sukakan kemasyhuran, kemuliaan,
keagungan dan sifat-sifat lain yang seumpamanya.


Semua sifat tersebut adalah pakaian Allah bukan pakaian makhluk
atau manusia. Ibrahim bin Adham berkata:”Seseorang yang tidak
meninggalkan kemuliaan kepada kehinaan, ia tidak akan sampai ke
darjat orang yang solihin”. Seorang murid Syeikh Abu Yazid Al-
Bustami pernah mengadu kepadanya bahawa ia telah beramal di
bawah pimpinan Syeikh Abu Yazid selama 30 tahun, tetapi ia terasa
tidak mendapat apa-apa perubahan, masih tetap di tahap dahulu juga,
maka apakah yang menyebabkan jadi begitu? Syeikh Abu Yazid Al-
Bustami menjelaskan bahawa jika muridnya itu beramal selama 1,000
tahun lagi pun, tetap tidak akan berubah keadaan dirinya itu, kecuali ia
membuang semua sifat berasa mulia dan tinggi di mata masyarakat itu.


Seorang itu dikehendaki menjadi hamba Allah, bukan hamba manusia.
Bila seseorang itu suka kepada manusia, maka ia jadi hamba manusia,
bukan hamba Allah. Seorang hamba Allah hanya sibuk dengan Allah,
senang dengan Allah, cinta hanya terhadap Allah, harapannya hanya
pada Allah dan tidak kepada yang lain.


5. Berasa puas hati dengan berbagai bayangan mimpi Sifat hati yang
sangat tertarik dengan mimpi-mimpi yang dialami adalah
membahayakan keruhanian seseorang itu.


Sifat tersebut akan mendorongkannya untuk berpegang terhadap
berbagai tafsiran mimpi yang dialaminya itu. Lama kelamaan ia akan
disesatkan oleh syaitan menerusi tafsiran-tafsiran mimpi itu sendiri,
tanpa dapat menyedari kesalahan dirinya itu sampai bila-bila. Malahan
setiap ia beramal, maka ia mengharapkan untuk mendapat mimpi yang
baik-baik atau yang ia anggap dapat menguntungkan dirinya.


Bagaimana akibatnya nanti bila dia itu bermimpi bahawa si pulan itu
berzina, si pulan bin pulan itu mesti dibunuh dan sebagainya lagi?
Tentu akan menimbulkan fitnah besar di dalam masyarakat. Ternyata
orang yang berpegang terhadap mimpi itu telah hanyut dari tujuan
perjalanannya yang dirumuskan dalam doa munajatnya sendiri.


6. Berasa jinak, seronok terhadap wirid atau zikir yang dilakukan


Sifat ini juga dilarang, kerana ianya boleh melalaikan seseorang itu
dari mengingati Allah yang sebenar. Apa yang disuruh oleh Allah
ketika berzikir atau berwirid itu ialah mengingati Allah, seronok
dan senang hati terhadap Allah, bukan terhadap wirid dan zikir
yang dibaca itu. Jika seronok dan senang hati dengan wirid dan
zikir yang dibacakan itu, maka samalah juga ia seronok mendengar
lagu atau nyanyian dari penyanyi.


Sifat tersebut akan menjadi hijab, kerana seseorang akan terhenti
di tahap wirid dan zikirnya itu sahaja, sedang perjalanannya yang
sebenar masih jauh lagi.


Bagaimana jika seseorang itu mendapat mimpi ? Jika mimpi itu
baik maka hendaklah ia bersyukur dan jika sebaliknya maka
hendaklah ia berlindung dengan Allah, jalan terus, jangan
dihiraukan sangat mimpi itu.


7. Berasa lazat dan puas hati terhadap natijah-natijah zikir Al-
Waridat bererti berbagai hal yang bersifat dzauqiyah yang Allah
kurniakan di dalam ruang hati atau ruh orang yang berzikir.


Demikian juga berbagai pemandangan ruh atau mata hati terhadap
rahsia-rahsia perjalanan menuju Allah itu adalah juga termasuk di
dalam makna al-waridat itu.


Di kalangan ahli Tariqat di Malaysia ini, al-waridat itu di istilahkan
sebagai natijah-natijah zikir. Al-Imam Al-Ghazali mengibaratkan
orang yang berasa seronok dan lazat dengan al-waridat itu seperti
anak-anak kecil yang menanggis, lalu diberikan gula-gula atau anak
-anak patung, maka iapun merasa seronok lalu diam dan berhenti
dari menanggis, kerana ia puas hati dengan gula-gula atau anak-anak
patung itu.


Al-Imam Al-Ghazali juga mengambarkan bahawa perjalanan ruhani
seseorang menuju Allah itu dapat disamakan dengan perjalanan
seseorang menemui raja yang bersemayam di atas singgahsana di
dalam istananya; bila seseorang yang mahu menemuinya maka keluar
dari rumahnya untuk menemui raja itu, sudah tentu akan mengambil
masa yang lama disebabkan perjalanannya yang jauh itu; dalam
perjalanannya itu tentu ada kampung, kebun, ladang, dan berbagai
pemandangan lagi; bila sampai di kawasan istana pula tentulah
pemandangan lebih menarik dan indah. Jika seseorang salik itu
tertarik dengan pemandangan-pemandangan itu semua dan berasa
seronok, sudah tentulah ia akan terlupa tujuan asal untuk menemui
raja itu.


Apa yang paling membahayakan ialah seseorang itu berasa telah
sampai kepada raja yang dituju, pada hal ia masih jauh lagi dari
istana atau mungkin juga ia masih berlegar-legar di halaman
istana. Oleh yang demikian, maka sifat berasa lazat, seronok
dengan al-waridat itu menjadi hijab hati atau ruhani yang
merosakkan perjalanannya. Lebih hebat lagi bila seseorang itu
telah dihantui dan dicandui oleh perasaan seronok dan lazat
dengan al-waridat tersebut.


Di tahap tersebut, orang tersebut akan dihanyutkan oleh al-
waridat itu sendiri, sehingga bila satu masa nanti al-waridat
terasa tidak ada maka hati kecilnya mula berperangsangka
buruk terhadap Allah, dirinya sendiri, terhadap gurunya dan
para sahabatnya.


Bagaimana mahu menerima al-waridat itu ? Terimalah dengan
bersyukur kepada Allah, jika ianya tidak berlawanan dengan Al-
Quran dan sunnah Nabi dan jika tidak berlawanan dengan kata-
kata ulama yang arif billah. Tetapi janganlah dihiraukan sangat al-
waridat tersebut. Jika al-waridat tersebut berlawanan dengan Al-
Quran dan Sunnah Nabi atau pandangan ulama arif billah, maka
hendaklah ianya kita sisihkan sahaja, jangan pandang langsung.


Di sinilah letaknya bahawa seseorang itu mesti terus menimba
ilmu, tauhid, feqah dan tasauf, kerana tanpa ilmu sukar untuk
menentukan al-waridat itu hak atau batil.Seorang yang tidak mahu
mengerjakan sembahyang, tidak mahu menceburkan diri dalam
masyarakat atau sebagainya, pada hal gurunya tidak ada
mengajarkan demikian adalah berpunca dari kesilapannya sendiri
iaitu terlalu berpegang terhadap al-waridat, walaupun ia jahil
mengenai Al-Quran, Sunnah Nabi dan pandangan para ulama
yang sebenarnya.


8. Diam, negatif tidak positif terhadap janji-janji baik Allah
Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik, malahan
Allah menyuruh supaya para hambaNya itu berlumba-lumba untuk
berbuat berbagai kebaikan.
Allah berfirman, maksudnya:
“Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk membuat berbagai
kebaikan”. Al-Anbia 90
Kebaikan yang Allah perintahkan untuk dilakukan selain daripada
perkara-perkara yang difardhukan adalah terlalu banyak. Oleh itu
seseorang itu, setelah menunaikan yang difardhukan, maka
hendaklah ia aktif, cergas dan bersegera berbuat kebaikan itu.

Ingatlah bahawa orang yang berhenti (waqif) itu adalah orang
yang masih mula berjalan, seorang salik pula adalah berjalan terus
(sair) sedang seorang yang telah sampai kepada hakikat (wasil)
pula adalah sentiasa terbang, bukan hanya ruhaniyahnya tetapi
juga aspek zahirnya.

Contoh kita ialah Nabi Muhammad S.A.W. Tidaklah Baginda itu
sentiasa aktif, cergas dalam hidupnya untuk berbuat kebaikan
yang sebaik-baiknya. Sebab itulah Allah menyatakan bahawa
hamba - hamba Allah yang sebenarnya itu ialah mereka yang
mendengar ajaran Allah lalu melakukan yang terbaik sekali.

Maksudnya: “Hamba-hamba Allah yang sebenar itu ialah mereka
yang mendengar ajaran Allah lalu diikuti (dibuat) yang lebih dalam
lagi dalam perkara-perkara yang membantu menyempurnakan
amalan salik”.

9. Berpada dengan berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja

Perjalanan ruhaniyah adalah amat sulit dan banyak liku-likunya
yang mudah menyesatkan, lebih sulit dan lebih bahaya lagi jika
dibandingkan dengan perjalanan di dalam hutan dara yang terlalu
tebal. Oleh itu ia perlukan ilmu yang tepat dan benar sebagaimana
yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi serta yang terdapat
di dalam kitab-kitab yang mu’tabat.

Jika seseorang hanya berpandu kepada sangkaan-sangkaannya
sahaja, sudah tentulah ia akan sesat. Dari sudut yang lain pula
dapat kita gambarkan bahawa jalan keruhanian itu seperti sebuah
cermin yang bersih, tetapi ada garis pembahagi sebelah kiri dan
kanan; sebelah kiri adalah iblis dan kesesatan sedang sebelah kanan
adalah yang hak atau yang benar yang dikehendaki oleh Allah.
Tetapi garis pembahagi di cermin yang memisahkan kiri dan
kanan itu tidak nampak dan terlalu sukar untuk dilihat sehingga
orang yang berjalan di atasnya telah jauh terseleweng ke kiri,
tetapi ia masih yakin berada di sebelah kanan (Ia telah sesat,
tetapi ia merasakan masih berada di dalam kebenaran).

Hanya bila kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah serta
pandangan ulama yang arif billah sahajalah yang dapat
menyedarkan diri samada kita telah sesat atau berada di dalam
kebenaran Allah.Kebanyakan kesesatan dan tindakan serta
tingkah laku pengamal-pengamal ilmu tasauf yang menyalahi
syariat Islam adalah berpunca dari sangkaan-sangkaan mereka
sendiri seperti yang disebutkan itu.

10. Menipu Allah

Perbuatan menipu Allah ini banyak berlaku di kalangan orang-
orang yang jahil, terutamanya seseorang yang jahil murakkab
iaitu ia jahil dan tidak mahu belajar serta tidak mahu mendengar
kebenaran yang disampaikan kepadanya, malahan ia bersikap
bodoh sombong dengan sifat kejahilan dirinya itu.

Contoh - contoh perbuatan menipu Allah itu ialah seperti tidak
mahu sembahyang kononnya ia telah melakukan sembahyang
daim (hatinya terus sembahyang tanpa putus) , berjudi itu
rezeki yang Allah beri juga seperti sumber-sumber rezeki
lainnya, kerana hakikat rezeki itu datangnya dari Allah belaka;
berdoa itu syirik kerana bila berdoa bererti menuduh Allah
tidak tahu untuk mengurus diri para makhluknya, sembahyang
itu syirik kerana ada niat sengaja aku sembahayang, tidak
sembahyang dosa besar, dosa besar diampunkan, tetapi syirik
tidak diampunkan.

Oleh itu tidak buat sembahyang adalah lebih baik daripada
melakukannya. Kata-kata si jahil seperti itu adalah merupakan
kata-kata loyar buruk semata-mata. Mereka akan dimasukkan
ke neraka oleh Allah dengan cara yang amat menyakitkan
hatinya. Tegasnya Allah akan berloyar buruk terhadap mereka.
Misalnya, orang itu akan dimasukkan di dalam satu bekas dan
bekas itu dimasukkan ke neraka; bila mereka bertanya mengapa
mereka dimasukkan ke neraka, maka Allah menjawab bahawa
Allah tidak membakar mereka tetapi hanya mahu membakar
bekas itu sahaja ! Wallahu a'lam.