Thursday

Amalan Perubatan Yang Bercanggah Dengan Islam

Pembedahan Batin…Adakah Haram atau dibenarkan dalam Islam?
Pengenalan
Seperti yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya amalan jampi.
Amalan Jampi dalam perubatan
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa al-Mu’asirah, suatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat:
1.     Ia mesti disasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya.
2.     Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata yang boleh difahami maknanya.
3.     Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.


Jampi yang diharamkan

Antara ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut
·         Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir.
·         Menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpanya.
·         Menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung
Firman Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.
Contoh amalan perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat Islam
·         Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin Islam) dalam rawatan perubatan.
·         Pengamal menggunakan sihir, ilmu hitam, silap mata, tukang nujum atau ramalan tapak tangan.
·         Pengamal mengaitkan suatu pengeras dengan suatu akibat.
·         Pengamal melakukan perkara syirik seperti sembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.
·         Pengamal menggunakan bacaan jampi yang tidak difahami.
·         Penggunakan menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah atau bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.
·         Pengamal membaca ayat Al-Quran secara terbalik.
·         Pengamal memberikan syarat yang bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam. (contoh: pesakit wanita perlu bersendirian dengan pengamal)
·         Pengamal mengaitkan amalan perubatannya bersumberkan daripada Rasulullah dan Al-Quran tetapi tidak boleh membuktikannya.
Pembedahan Batin…Adakah Haram atau dibenarkan dalam Islam?
Kebiasaanya dilakukan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, kelihatan warak serta menggunakan gelaran tertentu.

Apa kata mereka?
1.     Mereka meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya menggantikan pembedahan moden bagi penyakit kornik seperti masalah jantung, barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit.
2.     Mereka meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat bius digunakan.
3.     Tempoh masa untuk sembuh adalah singkat.
4.     Mereka di beri mukjizat untuk menjalankan pembedahan batin, atau mereka tergolong dalam golongan orang yang menerima keistemewaan (karamah, maunah atau kasyaf).
Fakta sebenar
1.     Tiada bukti dalam Al-Quran dan Hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat Islam.
2.     Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakan ilmu hitam, silap mata, perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa merawat.
3.     Pengguna ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini di samping bayaran yang tidak munasabah.
4.     Mukjizat adalah suatu perkara yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah untuk para nabi dan rasulNya, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu yang tertentu,ia yang mesti ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kenabian dan kerasulan mereka
5.     Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh yang dikasihi Allah, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu tertentu secara mendadak semasa hidupnya, tetapi tidak boleh diprogramkan dan dipertontonkan kepada orang lain dan ianya khusus sebagai tanda kemuliaan yang diberikan kepada golongan yang taat kepadaNya.
6.     Maunah ialah suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang tertentu, yang bersifat hakiki dan betul-betul terjadi pada waktu itu dengan tujuan untuk menambahkan lagi keyakinannya kepada Allah dan tidak wajar diperhebahkan.
7.     Kasyaf ialah penyingkapan rahsia-rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati. Ia termasuk karamah yang mencarik adat yang dikurniakan kepada wali Allah SWT dan mestilah tidak bercanggah dengan kaedah agama dan hukum syarak yang telah disepakati.
Renungan bersama…
Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti terkandung dalam hadis:
“Tidak ada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya…”
Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat atau berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.







Awaluddin Makrifatullah

Awaluddin makrifatullah ;
Sudah banyak kali kita diterangkan mengenai “awaluddin makrifatullah’ didalam beberapa
posting dengan terang dan jelas,ada yang menjela-jela malah ada yang menjulai-julai.
Namun begitu;anggaplah ia sebagai refresh minda,mengembalikan semula ingatan kita kepada
maksudnya.Usah jemu-jemu menerangkannya seumur hidup.

Di dalam hal yang berkaitan menerangkan ilmu Allah,penjelasan mestilah mengikut
sumber yang betul kerana dibimbangi samada ia boleh menambahkan iman dan amal
atau menjurus kepada kekufuran.

Kalau kita letakkan ilmu Allah dalam fikiran dan akal,ia tidak mampu menampung tetapi
kalau kita simpan dan semat dalam hati sanubari;InsyaAllah banyak mana pun ilmu dan
pengetahuan;hati dapat menampung kesemuanya malah ia semakin mengembang tanpa
had kecuali kalau hati itu sudah berkarat,ibarat air sudah menjadi ais,tidak jernihnya lagi,
tidak telus nur Allah.

Mari kita susuli dengan jelas di mana makrifatullah itu berlaku :-

1.    Awaluddin makrifatullah membawa maksud seawal-awal kita beragama ini  dengan
dan setelah makrifatullah.Perkataan makrifatullah itu sendiri telah membezakan antara kenal
dan tahu akan Allah.Ibarat seperti perkataan sedap dan lazat.Elok kita kekalkan perkataan
makrifatullah itu sebagaimana kita guna dan sebut perkataan ‘standard’.

2.   ‘Kenal’ kita akan Allah itu melalui pelajaran Ilmu Tauhid.Contohnya melalui pemahaman
atau aliran Wahdatul Wujud yang dipapularkan oleh Ibn Arabi.

3.   ‘Tahu’ kita akan Allah itu pula melalui pelajaran Ilmu Tasauf.

Contohnya melalui pengalaman
dzauk yang dialami oleh Al-Imam Al-Rabbani Muajadditul Al-Futhani As-Syeikh Ahmad Faruqi As-Sirhindi.

Syeikh Ahmad Sirhindi telah bersuluk secara serius membolehkannya mencapai satu maqam
yang lebih tinggi daripada apa yang dicapainya sebelum ini.Iaitu satu maqam yang lebih tinggi
daripada Wahdatul Wujud yang kemudiannya diistilahkan oleh Sirhindi sebagai Wahdatul Syuhud
( penyaksian kerohaniah ).

Cuma amalkan sunnah Rasulullah S.A.W yang mudah ini untuk menemui jawapan yang dicari
seumur hidup iaitu awaluddin makrifatullah..iaitu berzikir.

1.   Lakukan Muraqabah – tujuannya untuk merasai akan wujudnya Allah.Muraqabah itu
bermaksud kesedaran hati atau rohani seseorang itu berterusan ingat bahawa Allah SWT
sentiasa melihat dan memerhati keadaan dirinya.

2.   Zikrullah – berzikir dengan satu kalimah yang diambil atau diajar oleh Guru.Muraqabah
dan berzikrullah ini berjalan serentak.Kombinasi muraqabah dan zikrullah ini diyakini oleh
para ahli tariqah sebagai ‘aqrobut turuq ilallah’ yakni jalan rentas yang paling dekat untuk
sampai kepada Allah sepertimana yang dipinta oleh Saidina Ali kwj.

Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah S.A.W dengan katanya :
" Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku ( satu ) tareqat yang paling dekat ( untuk sampai ) kepada
Allah ( hakikat dan makrifahNya ) dan yang paling mudah ( untuk diamalkan ) oleh para hamba
Allah dan yang paling afdal di sisi Allah. "Saidina Ali bermaksud agar Rasulullah S.A.W mengajar
satu tareqat yang paling dekat untuk sampai pada hakikat makrifah.

Rasulullah SA.W menjawab permintaan Saidina Ali itu dengan Sabdanya:
" Ya 'Ali ( jika engkau mahu satu tareqat seperti yang engkau maksudkan itu ) maka wajiblah
di atas engkau sentiasa kekal berzikrullah secara sirr ( dalam hati tanpa suara ) dan secara jihar
 bersuara ) "

Dari pertanyaan Saidina 'Ali dan jawapan Rasulullah S.A.W tersebut, jelas sekali wujudnya istilah
at-toriq dan konsepnya iaitu sentiasa berzikirullah samada secara sirr atau jihar.

Asas amalan tariqat yang ujud di kalangan umat Islam di seluruh dunia adalah sentiasa berzikrullah
seperti itu.Bila Saidina 'Ali mendengar jawapan Rasulullah S.A.W itu,maka beliau seolah-olah kurang
yakin.

Oleh sebab itu beliau segera berkata :" Orang ramai telah berzikrullah Ya Rasulullah ,
( ajarkan aku ) sesuatu ( amalan ) secara khusus ".

Rasulullah S.A.W segera bersabda :" Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para Nabi
sebelumku ialah LA ILA HA ILLALLAH.

Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan ( kalimah ) LA ILA HA ILLALLAH
itu di sebelah dacing ( yang satu lagi ) nescaya LA ILA HA ILLALLAH itu lebih berat. Dan hari kiamat
tidak berlaku sedang di atas muka bumi ini ada orang yang menyebut LA ILA HA ILLALLAH.

Saidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata :" Maka bagaimanakah ( caranya ) aku hendak berzikir ? "

Rasulullah S.A.W bersabda :" Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan dengarlah
( baik-baik ketika ) aku menyebut Kalimah LA ILA HA ILLALLAH sebanyak tiga ( 3 ) kali.
Kemudian engkau sebutlah LA ILA HA ILLALLAH tiga kali dan aku akan menyemaknya."

Kemudian Rasulullah S.A.W melakukan ( sebutan ) LA ILA HA ILLALLAH itu dengan menguatkan
suara.( Hadis Musalsal ini diriwayatkan dari Saidina Ali, diriwayatkan oleh Al-Tibrani dan A-Bazzar
dengan para sanadnya yang hasan ) . Haqaiq 'An al-Tasawwuf , H 84-85.

Zikrullah yang dibaiahkan atau ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai zikir darajat
iaitu dipelajari secara tertentu,diamalkan dengan cara tertentu, dilengkapkan dengan pelbagai
adab sebelum berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan sebagainya.Zikrullah yang tidak
dibai'ahkan secara khusus sepertimana pertanyaan Saidina Ali " orang ramai telah berzikrullah
" itulah dinamakan zikir hasanat.Ia tidak terikat dengan adab dan peraturan tertentu.

Ini adalah salah satu contoh zikir yang dibaiahkan atau ditalqin kan secara khusus oleh Rasulullah.
Zikir ini secara adabnya diambil baiah daripada Guru ( Syeikh ).Begitu juga dengan zikir-zikir
khusus yang lain, yang tidak diajar secara umum ( kepada orang awam ).

3.      Zikir ini masih dalam peringkat ghaflah;yakni hati masih lalai.Fikiran dan hati masih ingat
kepada kerja,ingat pada hutang,ingat kepada anak isteri,ingat kepada tv ,ingat kepada makan
dan ingatan kepada pelbagai lagi.

4.       Setelah lama sikit berzikir, Hati mula terkejut dan tersedar.Sebelum ini hati itu lalai,lupa
dan tertidur malah ada yang mati.Oleh kerana diasak dengan zikrullah,hati mula jaga.
Peringkat ini dinamakan yakazah.Hati mula takut,bangun dan sedar terhadap Allah.

5.       Bila hati hudur, maknanya hati sudah sentiasa ingat kepada Allah.

6.       Apabila sudah merasai kelazatan berzikir , kemudian sampailah kepada peringkat
ghaybah iatu ingatan selain Allah telah lenyap..menafikan wujudnya yang lain,Nafi Isbat.

   a.   Maka di sinilah berlakunya FANA’ dan MAKRIFATULLAH.Fana’ ini tidak boleh dicapai
        dengan hanya mendengar ta’lim kecuali dengan merasai dzauk.

   b.   Guru ( yakni Syeikh ) murid itulah yang akan memimpin usaha-usaha zikrullah dan
        mendapatkan jazbah.Jazbah dari segi bahasa bererti tarikan atau dorongan.Istilah
       dalam amalan tariqah pula bermaksud satu hal yang dirasakan oleh seorang murid
       atau salik ketika dibukakan hijab hatinya untuk mengenal Allah atau ketika dikurniakan
       sebahagian dari makrifatullah.

  c.   Apabila sudah merasai dzauk ini,barulah ibadah itu menjadi ubudiyyah.

  d.  Diperingkat ini juga berlakunya kejadian apa yang dikatakan Baginda S.A.W
      ‘Mati sebelum mati – muu tuu qobla an tamuu tuu’.

  e.  Keadaan di sinilah juga dinamakan ia Maqam Baqobillah.

Dan bagaimanakah kita akan kembali kepadaNya dalam keadaan diredhai.Inilah masanya
kita menhayati firman Allah ini :

" Wahai jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada Tuhan mu dalam keadaan redha dan diredhai.
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.Dan masuklah ke dalam syurgaKu ".
Surah Al-Fajr ayat 27-30

Pengalaman seseorang itu yang merasa seakan-akan atau seolah-oleh melihat atau
menyaksikan hakikat Allah.Maka perjalanan rasa seakan-akan melihat Allah itulah
yang dikatakan ‘ehsan’.

Cara,kaedah atau jalan untuk mencapai kepada darjat ehsan itu adalah melalui Ilmu
Tasauf yang merangkumi Ilmu Tariqah dan suluk.Manakala perjalanan dalam Ilmu
Tariqah itu dinamakan Ilmu Hakikat atau Ilmu Makrifat.

Makrifah bukan boleh dicapai atas usaha manusia tetapi ia adalah anugerah Allah apabila
hati seseorang itu hidup dan sedar (yakodho) melalui zikrullah.Meskipun begitu , niat
dan keazaman mestilah ada dalam hati untuk mencapai makrifah itu.

Makrifah itu hendaklah dicari dan diusahakan cara ke arahnya.Bak kata,kita sering sebut
untuk pergi ke suatu destinasi yang amat kita impikan ; kita bayangkan dan andai-andaikan
keindahan tempat-tempat tersebut.Itulah yang sering kita ulang dan sebut bertahun tahun
lamanya namun kita tidak pernah membeli pun tiket untuk ke sana !

Begitu jugalah dengan perjalanan menuju Allah Azzawajalla ini; jika tidak membeli tiket
( istiqamah hati berzikrullah seperti yang diajarkan Rasulullah), maka sampai mati pun kita
tidak akan kenal Tuhan Sekalian Alam..sampai mati pun kita tak dapat menikmati dan
menghayati apa yang dikatakan makrifatullah.Wallahu a'lam.

Roh yang selalu lupa

Roh itu yang asalnya dari Alam Lahut telah turun ke pelbagai alam sehinggalah akhirnya berada pada Alam Ajsam ( Alam Benda / Fizikal ).

Maka roh itu dipadankan dengan kejadian-kejadian zahir seperti adanya tubuh badan untuk menghuni alam dunia.

Namun roh itu akan kembali semula ke tempat Allah seperti mana Firman Allah dalam Surah
Thoha ayat 55 :
  
‘Darinya Kami menjadikan kamu…mengeluarkan kamu pada kali yang lain.
 Apabila telah sempurna jasad itu; Allah SWT akan menghidupkannya.

Firman Allah :

Setelah roh itu mempunyai jasad yang terbentuk dengan darah,tulang dan daging ; maka roh itu lupalah aka nasal usulnya serta lupa ia akan perjanjiannya dengan Allah setelah hidup di Alam Roh.
Firman Allah : QS Al-A’raf : 172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Lupalah yang ia akan kembali semula kepada Allah S.W.T selepas ajalnya.

Firman Allah QS Al-Qashas : 39


 Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

Sukalah saya memetik kata-kata ini ," Manusia tak kenal Allah sekiranya tak lahir dua kali " YMTG Hj Jahid 4 Nov 2007.