Monday




" Dan sesungguhnya inilah Islam jalan Ku yang lurus, maka hendaklah
kamu semua ikut akan jalan Islam ini tidak usah ikut jalan-jalan yang
lain daripada Islam , maka memporak-perandakan kamu dari jalan
Tuhan yang sebenarnya " Surah Al-An'am ayat 153

FLAG

Himmah

Himmah adalah bererti tekad dan keazaman hati untuk mendapat redha Allah; untuk kenal Allah.Tidak jemu beramal sehingga ke akhir hayat.

Himmah yang tinggi adalah satu syarat yang mesti dipegang oleh orang-orang yang mahu belajar Tasauf dan amalan bertariqat.Apabila azamnya kurang, dia akan jadi lebih teruk lagi daripada sebelumnya jikalau tidak diamalkan atau meninggalkan terus amalan tersebut.Ini bermaksud bahawa hilang keyakinan pada ilmu dan amal itu.

Apabila adanya himah,tidaklah menjadi satu bebanan bagi mereka yang ingin beramal dengan Ilmu Tasauf dan bagi mereka yang tiada himah; akan terasa amalan itu menyusahkan dengan alasan Islam itu mudah.

Kedudukan kita di akhirat terbahagi kepada beberapa golongan seperti yang diterangkan Allah dalam Surah Waqiah di awal Surah dan di akhir ayat.

1.Ashabul Maimanah : Golongan manusia yang berada di sebelah kanan yang bakal masuk syurga.Buku amal mereka terletak di sebelah kanan.

2.Ashabul Mash’amah : Golongan yang menerima Buku Amal dari sebelah kiri.

3.Assabiqun : Orang-orang yang mendahului iaitu orang yang hampir kepada Allah Ta’ala.Mereka inilah juga orang yang Muqarrobun.

4.Ashabul Yamin (abraar): Golongan yang berpuas hati dengan
amalan mereka.Mereka tidak belajar berzikir.Pelbagai zikir
adalah mathsurat dari Rasulullah S.A.W.


Perkara yang boleh menguatkan Himmah

a.Nasihat , Firman Allah, “ Wahai Muhamad,hendaklah kamu ingatkan sekiranya ingatan itu memberi manafaat “
b.Dengan suruhan
c.Hampiri Ulama – dengar nasihat
d.Kesungguhan beramal.Apabila kita bersyukur, nescaya Allah tambahkan lagi.
e.Yakin bahawa amalan itu adalah kurnia Allah sebaik-baik nikmat.

Yang mematikan Himmah kita

a.Dosa-dosa kita
Himah itu adalah nur yang Allah kurnia.Bila ada dosa, nur Himah itu akan mati.

Syarat pertama untuk menddapat hidayah ialah bertaubat zahir dan batin.Kalau kita berdosa, susahlah untuk dapat hidayah.Hidayah dari Allah itu mengikut sebersih mana hati kita.

b.Kelalaian
Kurang berzikir
Selalu bersendirian, iaitu tidak mengikuti jamaah.”Wa’alaikum bil jamaah “- wajib berjamaah kerana pertolongan Allah itu ada bila kita berjamaah.

Saturday

Syeikh Ahmadiah : Almarhum Tuan Syeikh Hamid Al Mambauwi


AL-FATIHAH.Almarhun adalah anak kepada Tuan Syeikh Muhammad Said Jamaluddin al-Linggi,saya mengambil talqin Tariqat Ahmadiah Idrisiyyah dengan beliau.Saya sempat menemui beliau sebanyak dua kali,sebelum baiah dan semasa baiah.Selepas dari itu,kekangan kerja yang jauh.Tidak berkerja di Seremban lagi malah semasa mengambil talqin itu pun sudahpun berada di Klang.Dan pada hari mengambil baiah itu juga adalah dalam perjalanan ke Singapura,singgah di surau beliau di Mambau.

Namun begitu,beliau adalah seorang memiliki karamah sepertimana ayahanda beliau Tuan Hj Said.Cuma,Tuan Syeikh tidak begitu ditonjolkan sebagai Syeikh seperti abang-abangnya samada oleh ahli keluarga atau murid-muridnya sendiri.Bentuk karamahnya itu tidak diceritakan di sini tetapi berlaku semasa hayatnya lagi iaitu ketika beliau hampir kembali ke rahmatullah.Saya pada masa itu,amat sangat untuk ke sana menemui beliau tetapi keadaan semasa yang tak mengizinkan sehinggalah dekat hampir setahun baru saya berkesempatan malah bertekad meluangkan masa ke sana.

Sesampai di Seremban seperti biasa saya terus ke kawasan makam atas dasar menghormati Tuan Hj Said seperti mana amalan yang dilakukan oleh Bos saya kalau balik ke Seremban dari mana-mana destinasi yang jauh dan lama,beliau akan ke makam dahulu sebelum balik ke rumah.Jadi saya mengambil iktibar dari amalan dan penghormatan beliau kepada Tuan Hj Said.Namun sebaik sampai ke situ,saya hairan kerana ada pertambahan sebuah makam baru di luar pagar ( masa tu di dalam kawasan pagar sudah penuh )tetapi masih ditempat utama lalu setelah mengambil wudu' saya bertanya kepada orang yang ada kat situ,saya tak ingat samada jamaah atau penjaga makam dan beliau maklumkan yang itu makam Syeikh Hamid..berderau darah saya..ya Allah kenapa aku tak tahu ? kenapa aku tak dimaklumkan ? Menitis air mata deras..maafkanlah Tuan,saya tak faham apa yang Tuan nak sampaikan..sebenarnya inilah yang Tuan nak khabarkan kepada saya rupanya.

( Saya postkan cerita ni tahun 2009,kini tahun 2014.Saya hendak berkongsi dengan anak-anak murid Tuan Syeikh Hamid mengenai karamah beliau sebagai satu penghormatan pada ketinggian kerohanian Tuan,bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak tetapi sebagai pedoman dan iktibar - Pada tahun 1995 ,ketika saya sedang berada dikedai saya, saya seolah-olah didatangi atau dikunjungi Tuan Syeikh Hamid dalam keadaan tersenyum tetapi tidak memakai baju.Subhanallah ! Tubuhnya hanya nampak rangka dan tulang sahaja tetapi bahagian atas dan bawah seperti manusia biasa.Sekejap pemandangan itu hilang.Saya berfikir kenapa,apa sebab ?Langsung tak terlintas itulah perkhabaran tentang pemergiannya.Saya terlonjak-lonjak hati untuk ke Seremban menziarahi beliau tetapi kekangan kerja tidak membolehkan saya berbuat demikian.Saya tak tahu nak kontek siapa untuk bertanya khabar,langsung tidak datang idea.Sehinggalah saya ke sana menziarahi makam Tuan Hj Said baru saya tahu...isyaratnya telah diberi terlebih dahulu..Moga Tuan tergolong dalam kalangan ahlullah dan ilmu yang Tuan ajarkan InsyaAllah memberi manafaat dunia akhirat ).

Friday

Paduka Rasulullah S.A.W


Ku Pohon izin dari Guruku
menabur bunga buat Baginda
semerbak wangian harum semesta
berselawat bermunajat moga direstu
agar wasilah sampai ke punca
puncak kasih pada Baginda

Wahai Baginda umpama bulan penoh purnama ;
Mengandungi segenap kesempurnaan utama
Apakah ungkapan yang dapat ku madah ;
Mengenai kebesaran mu yang terlalu indah

Paduka Tuan lah laksana sinaran pagi ;
Memancar cahaya di ufuk tinggi
Dengan sinar pancaran kegemerlapan ;
Terhapuslah segala kesesatan

Dengan Baginda cerahlah alam jagat ;
Tuanlah Wahai ! Jadi panji-panji hidayat
Dengan cahaya kerlipan segala hikmat
Rahmat Allah ke atas Baginda ,
Tuhanku curahkan berganda-ganda ;
selama-lama

Di waktu pagi dan petang
bertukar ganti pergi dan datang ;
Di atas sekalian keluarga dan sahabat
Semua ditentukan Tuhan Yang Maha Suci Hebat ;
Kesempurnaan sedikitpun tiada cela dan cacat

Suluk

Suluk – suluk adalah perjalanan rohani.Apa yang dapat dalam suluk,
itu adalah laduni.

Suluk itu menyempurnakan solat,zikir,puasa,haji dan ibadah.Atas
semuanya itu adalah kesempurnaan syahadah. Suluk itu menerapkan
zkir dan tafakur secara berterusan.

Suluk itu bukan betapa,suluk itu dipimpin.Ilmu Suluk itu ilmu dzauki
( ilmu rasa ).Bila zahir taat maka batin pun ikut taat.Zahir kita
berjalan dinamakan salik, perjalanan itu dinamakan suluk.

Uzlah itu meninggalkan satu tempat ( kg halaman ) menuju ke suatu
tempat.Dan duduk disuatu tempat ,tidak keluar-keluar selama 10
hari itu dinamakan khalwat.

Kalau tak melakukan khalwah fil uzlah, tidak ada khalwah fil jalwah.
Khalwat fil uzlah itu ialah duduk selama 10 hari manakala khalwat
fil jalwah itu maknanya walaupun berjalan, hati hanya nampak Allah
( badan dengan manusia tetapi hati dengan Allah )

Surah Ali-Imran ayat 191
“ orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka

berdiri, duduk dan semasa mereka baring dan mereka pula
memikirkan kejadian langit dan bumi “

Amalan yang pernah dikurniakan kepada Nabi Musa dan Nabi
Muhamad.

Nabi Musa, Allah perintahkan mengasingkan diri di Bukit
Tursina selama 40 hari 40 malam.

Nabi Muhamad diperintahkan mengasingkan diri di Gua Hira’
selama 3 tahun.

Selepas hijrah ke Madinah, Nabi suluk selama 10 hari tiap-tiap
bulan dalam khemah yang boleh duduk hanya seorang.

Amalan Suluk dari Jalur Saidina Abu Bakar dilakukan selama
10 hari, 20 hari dan 40 hari. Tetapi ada yang melakukannya
selama 30 hari mengikut pengambilan dari Nabi Musa yang
yang melakukan ibadah selama 30 hari ( dan ditambah dengan
denda kerana bersugi selama 10 hari lagi ).

Baik tidak baik suluk ini adalah bergantung kepada keikhlasan.

Guru Mursyid


Apabila dibincangkan mengenai Guru Mursyid, pelbagai-bagai terjemahan dan pemahaman, andaian malah ada yang mengaku Guru Mursyid.Kadang-kadang rasa kelakar juga..kerana mereka yang mengaku Guru Mursyid itu memang sahlah bukan Guru Mursyid kerana Guru Mursyid tidak membuat pengakuannnya sendiri.

Guru Mursyid itu diistiharkan oleh salik ( murid ) yang melalui pengalaman kerohanian ( zuk / makrifah ) yang dipimpin oleh guru itu.

Rata-rata yang memberi komen mengenai kedudukan Guru Mursyid itu adalah mereka yang tidak pernah melalui pengalaman kerohanian ( bersuluk/beruzlah) kecuali telahan mereka melalui teori,pembacaan dan andaian.Ibarat seperti pulut dicampur ragi; masing-masing akan membuat andaian tetapi bagi mereka yang sudah menikmati keenakan tapai itu tentulah lebih maklum erti kemanisannya..Begitu jugalah antara Ilmu Tasawuf dan hubungan dengan Guru yang menjalankan kerohanian salik (murid) itu ke hadrat Allah.Tentulah si salik akan dapat kenal Allah, kenallah akan Gurunya (mursyid) malah kenal akan dirinya.

Ini satu kisah lama, sekitar tahun 1992/93, ketika Acit dan Guru Acit ( masa ni ikut Ahmadiyah ) berada di sebuah rumah sahabat Guru Acit itu.Ketika kami berdua duduk di atas sebuah bangku di bawah pohon mempelam di luar rumah.

Acit bertanya pada beliau mengenai Guru Mursyid lalu beliau pun berkata,
“ Guru Mursyid itu ibaratnya kalau pokok mempelam ini ,dia akan tahu
siapa yang menanamnya , bila ditanam dan benihnya dari mana …”

Simple je jawapannya..Acit diam dan tidak bertanya lagi.
Tetapi ia tetap menjadi ??? tanda tanya bagi diri Acit.

Alhamdulillah, setelah mengikut Naqsyabindiyyah kemudian beruzlah atau bersuluk, barulah dapat difahami maksud dari jawapan yang simple itu tadi…….hanya jauharilah yang kenal maknikam.

Guru itu sentiasa melimpahkan doanya kepada murid sepertimana Rasulullah S.A.W limpahkan doanya pada umat begitu juga Allah limpahkan rahmatNya pada hamba-hambaNya.

Dalil Rabitah, Sabda Rasulullah S.A.W
”Orang yang sebaik-baik dijadikan Guru,apabila kamu tengok wajahnya,kamu ingat Allah”
Bila tengok kelakuannya,kita ingat akhirat

Syeikh memiliki benih;Allah menumbuhkannya.

Iblis boleh memberikan 99 kebaikan tetapi akan menyesatkan dengan 1 tipu daya.

Ta'alim


Dosa kecil seperti mengumpulkan kayu api, bila dah banyak, kalau dibakar maka besarlah apinya.

Dengar Majlis Ilmu tetapi tidak mendapat kefahaman , kenapa ?

1.Allah beri nikmat tetapi tidak bersyukur
2.Buat dosa tetapi tidak istiqfar
3.Dapat ilmu tetapi tidak amal
4.Bersahabat dengan orang baik tetapi tidak ikut buat baik
5.Kuburkan orang mati tetapi tidak ambil iktibar.

Dua ( 2 ) perkara yang boleh mengeluarkan pengaruh nafsu dalam hati:


a. Kenal KeAgongan Allah – rasa takut / gerun
b. Kenal Kesempurnaan Allah – sayang / kasih / rindu


Menyesal masuk syurga

Menyesal masuk syurga hanya dengan ketaatan tetapi tidak dapat jumpa Allah kerana tiada adab.

Menyesal masuk syurga kerana tidak jadi Ashabul Muqarrobun
tetapi hanya jadi Ashabul Maimanah


Tanda orang takut kepada ALLAH

1.Lisan –Hindar dusta , fitnah,ghaibah,bual kosong,banyak cakap
2.Hati – Membuang permusuhan,kedengkian pada sahabat.Ubat penyakit hati adalah ilmu dan amal.
3.Pandangan – Tidak suka pada pandangan yang haram dan pandangan dengan hajat ( niat yang tidak betul )
4.Perut - Tidak diisi dengan barang yang syubhah dan haram
5.Kedua tangan –Tidak gunakan pada yang haram tetapi guna untok taat kepada Allah.
6.Kaki – tidak melangkah pada maksiat
7.Terlihat pada ketaatan untuk mendapat redha Allah,tidak untuk riak dan munafiq.


WARID

Warid ialah hidayah yang Allah sampaikan dalam hati seseorang.

Perkara yang menghalang warid pada seorang murid / salik
1.Dosa : Sifat jahat dalam hati
2.Kelalaian : Kurang berzikir ataupun berzikir tetapi hati lalai iaitu ghaflah,berzikir tetapi berfikir-fikir.Tidak lalai maksudnya,ingat Allah,ingat ujudnya Allah.


Orang yang hatinya Mutmainnah, Allah akan kurniakan :

1.Persilakan untuk kembali kenal kepada Allah
2.Dalam keadaan redha pada hukum Allah dan diredhai Allah
3.Masuk golongan hamba ( orang yang kenal Allah )
4.Masuk syurga Allah


Dua ( 2 ) usaha menghampirkan diri pada Allah


i. Mulazamatudz-dzikir, iaitu terus menerus berada dalam zikir atau pun sentiasa ingat Allah walaupun dimana-mana.
ii. Mukhalafa iaitu terus menerus menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat melupakan Allah.


Bila Mengaku Allah itu Tuhan kita, maka wajib ada 3 perkara.


1. Wujud Allah itu NYATA, rasa Allah itu terus ujud.Sentiasa berzikir; lama-kelamaan wujud Allah itu wujud dalam hidup kita walaupun dalam tidur.

2. Bila ujud Allah itu nyata ,maka keAgongan Allah itu sebagai Tuhan kita itu juga nyata.Bila nyata, maknanya ( sudah berlaku ) .
3. Kita merasakan Kesempurnaan Allah itu sebagai Tuhan kita juga nyata, kita tidak bergantung harap pada yang lain.
Baru ada rasa takut , baru boleh taat dan barulah boleh ikhlas.


Syahadah


Syahadah itu mesti ada musal-salnya.Kita menerima salasilah musal-sal itu dari Guru kita hingga sampai Rasulullah s.a.w

Syahadah itu adalah menyucikan diri dan membersihkan hati dari kekafiran, menerangkan yang gelap kepada kebenaran.

TAQWA-IHSAN-KEREDHAAN


Amalan bertariqat adalah bertujuan meningkatkan usaha untuk
bertaqwa kepada Allah.

Ia seperti “lombong emas” yang boleh membuatkan kita kaya raya;bila dapat uswah hasanah.

Dengan amalnya dapat jadi orang mukmin yang sampai ke peringkat
Ihsan, mukmin seperti para sahabat.

Usaha untuk menjauhkan apa yang dilarang Allah juga bertambah.

Menjadi orang yang sebaik percaya kepada Allah


Uswah hasanah dari Rasulullah sebenarnya yang dapat dapat hanya orang yang khusus saja,bila ada 3 syarat ini:

Mahukan Allah
Mahukan hari akhirat
Mahu berzikir banyak-banyak

Bermakna orang yang tidak ada 3 syarat ini tidak dapat uswah hasanah ini walaupun hidup di zaman Nabi

Uswah Hasanah maknanya ikutan yang baik/teladan yang baik dari Rasulullahi s.a.w

Tariqat-tariqat yang muktabarah

Tariqat ( yang diakui kebenarannya ) yang masih berkembang
di seluruh pelusuk dunia.Semua Tariqat dalam dunia ini asas
amalnya 2 perkara : Taubat dan zikir berterusan supaya
hati jadi Mutmainnah.


1.Tariqat Qadiriyah
2.Tariqat Suhrawardiyah
3.Tariqat Chistiyah
4.Tariqat Naqsyabandiah Al-Khalidiah
5.Tariqat Syazaliah
6.Tariqat Rifa’iyah
7.Tariqat Ahmadiah
8.Tariqat Dasukiyah
9.Tariqat Akhbariyah
10.Tariqat Maulawiyah
11.Tariqat Qurabiyah
12.Tariqat Khalwatiyah
3.Tariqat Jalutiyah
14.Tariqat Bakdasiyah
15.Tariqat Ghazaliyah
16.Tariqat Junaidiyah
17.Tariqat Rumiyyah
18.Tariqat Sya’baniyah
19.Tariqat Kaisaniyah
20.Tariqat Hamzawiyah
21.Tariqat Alwiyah
22.Tariqat Sanusiyah
23.Tariqat Badawiyah
24.Tariqat Samaniyah
25.Tariqat Usyaqiyah
26.Tariqat Bakriyah
27.Tariqat Idrissiah
28.Tariqat Umariyah
29.Tariqat Usmaniyah
30.Tariqat Aliyah
31.Tariqat Abbasiyah
32.Tariqat Haddadiyah
33.Tariqat Maghribiyah
34.Tariqat Ad-Darqawiyah
35.Tariqat Syattariyah
36.Tariqat Anfasiyah
37.Tariqat Hadiriyah
38.Tariqat Malawiyah
39.Tariqat Ghaibiyah
40.Tariqat Bayumiyah
41.Tariqat Aidrusiyah
42.Tariqat Syibliyah

Amaran TOK GAJAH


Kisah gajah laaaaaaagi.Apalah Acit ni….

Selepas habis kerja-kerja pembalakan di lokasi kedua, kami berpindah ke lokasi ketiga yang masih terletak didalam Hutan Simpan ini juga.

Di kawasan berhampiran rumah kongsi kami ini, ada 3 buah pondok orang asli yang dibina sementara untuk mereka berteduh apabila datang mencari rotan, minyak kayu keruing,getah Jelutung,petai dan sebagainya.

Salah seorang orang asli dari kelompok itu yang tinggal bersama anak perempuannya kami gelarkan dia dengan panggilan Tok Bomoh.Acit pun dah tak ingat kenapa dia ni dipanggil Tok Bomoh.Pondok Tok Bomoh ini terletak ditengah-tengah diantara tiga buah pondok itu yang dibina rapat-rapat. Orang Asli kalau kami tanya dari arah mana mereka dapat buah salak,kundang,kelubi atau petai; mereka akan menunjukkan ke arah yang salah.Haaa…tujuannya supaya tempat mereka mendapatkan buah-buahan tersebut tidak diketahui oleh orang lain , kalau tidak nanti habis semuanya diangkut oleh pekerja-pekerja balak.

Tok Bomoh ni perangai dia pelik sikit, suka cakap besar ; terutama dengan gajah, mungkin kot hendak menunjukkan kebolehannya pada kami.

Pada suatu malam lebih kurang pukul 2 / 3 pagi, kami dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dari kawasan pondok orang asli tersebut.

Kami bangun dan melihat ada sekawan gajah berdekatan pondok mereka manakala se ekur gajah lain sedang asyik meruntuhkan pondok Tok Bomoh itu yang terletak di tengah sekali.Peliknya..pondok-pondok yang bersebelahan tidak diruntuhkan oleh gajah-gajah ini.Hanya pondok Tok Bomoh ini sahaja yang ranap tetapi Tok Bomoh tidak diapa-apakan, mungkin kerana mereka dah lama kenal..he he he.Cuma kali ni Tok Gajah berang dengan gelagat Tok Bomoh.Maka datanglah mereka beri Tok Bomoh last warning ! Shut-up or get out ! Gajah-gajah ni bersikap gentlement..tidak ikut perasaan hati..cool jer..

Kami hanya memerhati dari rumah kongsi kami yang terletak lebih kurang 200 kaki dari pondok-pondok orang asli ini.Itulah balasan bagi mereka yang bermulut celupar dan takbur diri,

Haaa..dah habis kisah Tok Gajah tetapi banyak lagi kisah-kisah benar mengenai binatang didalam hutan ini seperti kisah Pak Belang melompat depan , dikejar ular Tedung Sela , ular besar dan berbagai-bagai lagilah.

Pengajaran dari kisah ini :

Apakah perantaraanya apabila kita berbisik dalam hati atau bercakap kepada binatang-binatang ini, mesej itu sampai kepada mereka ?

Usah kita kecilkan hati orang lain termasuk binatang, mereka juga makhluk Allah.

Ambil sikap seperti gajah,tidak menunjukkan kebolehannya yang sebenar tetapi sekadar memberi amaran dengan sabar dan tenang.



TOK GAJAH kisah ke 2 - Oh po cot !!!


Kisah yang kedua ni berlaku dalam jangkasa masa yang sama tetapi ia berlaku pada musim tengkujuh pengujung tahun 1984.

Setelah tamat kerja-kerja pembalakan di kawasan yang pertama di Hutan Simpan (HS) Bukit Bertangga itu, kami berpindah ke kawasan kedua yang lebih jauh lagi ke dalam belantara iaitu di kawasan Air Terjun Bukit Bertangga ( sekarang ini sudah menjadi kawasan perkelahan ).

Setelah tiba musim tengkujuh, kerja-kerja pembalakan dihentikan buat sementara waktu.Di waktu inilah para pekerja mahu balik berehat di kampong masing-masing.
Cuma yang masih tinggal di rumah kongsi itu ialah seorang Tukang Masak
Indonesia dan suaminya , seorang Kalendan lori Santaiwong ( istilahnya lori hantulah..tapi bukan hantu yang bawak..org yang bawak tu macam hantu..he he he )…ok..santai….Setelah meninggalkan bekalan makanan yang mencukupi, kami semua pun baliklah juga.

Hari istirehat baru masuk 4 hari, abang Acit dah ajak masuk pergi meninjau rumah kongsi , jentera-jentera pembalakan yang ditinggalkan dan Tukang Masak dengan suaminya yang berada di sana.Sudah tentulah baru keluar dari hutan..baru jer nak relax…rasa tak mau pergi tapi abang Acit tetap mengajak juga kerana pada musim hujan begini,gajah-gajah banyak keluar dijalanan memakan pucuk-pucuk buluh.
Mahu tak mahu..Acit mengalah juga tapi..dengan syarat abang Acit yang drive sampai ke rumah kongsi.OK,deal.

Alahai..baru je tak sampai 30 km,dia dah berhenti di bahu jalan, minta Acit yang drive pula. Toing..toing..toing,Acit tanpa cakap apa-apa terus memecut laju ke destinasi yang memakan masa 5 jam bercampur boring lagi..nak sampai cepat dan kalau boleh balik cepat sebab baru jer tengok dunia luar.

Walaupun perjalanan didalam trek hutan, Acit dapat memecut laju juga kerana sudah biasa dengan laluan tersebut malah jalan itu telah digradekan oleh pihak kami ditambah lagi ketiadaan kenderaan lain yang melaluinya di musim begini.

Nak dijadikan cerita, sebaik menghampiri tapak rumah kongsi lama kami,terdapat kesan-kesan tapak kaki gajah yang baru termasuk tahi-tahinya disepanjang jalan itu.Abang Acit pun memberi amaran agar berhati-hati dan memperlahankan kenderaan Toyota Hilux kami tetapi oleh kerana hati nak balik cepat,Acit terus aje memecut dengan harapan bunyi dari kenderaan itu akan membuatkan gajah itu melarikan diri.

Sebaik saja melepasi tapak rumah kongsi lama dan sampai pada selekoh berbentuk S…kreeeeeeeeeeeeeeekkkk ,automatic kaki Acit membrek emergency.
Tetapi tayar Hilux itu tidak dapat berhenti serta merta di atas laluan berbatu kerikil itu yang menyebabkan satu bunyi yang kuat.Kenderaan kami hampir-hampir melanggar bontot Tok Gajah.Oh po cot !! Bunyi brek kenderaan itu mengejutkan Tok Gajah sehingga lari mencongking ekor.Mula-mula seakan kelakar……

Tidak sampaipun 5 minit ! Datangnya bulat seperti belon yang penuh angin, kaki depannya sama serentak diangkat ketika melangkah , belalainya di angkat tinggi sambil membunyikan terompitnya ,gadingnya nampak patah sebelah…mara laju..menerkam !! Tok Gajah turning back !! Allahu akbar.

Namun sebaik saja hampir sampai kepada kami, kreeeeeeeeekkk …Tok Gajah meniru aksi kami..brek emergency juga !! dan berhenti hanya lebih kurang 20 kaki sahaja dari kenderaan kami.Tok Gajah mencabut rumput dengan belalainya dan mencampakkannya ke atas bonet Hilux.. bertaburan.Trompitnya tak henti berbunyi.Kami tergamam tetapi tidaklah sampai terkencing.Acit cakap dalam hati,
” Minta maaf, tak sengaja “.Tiba-tiba abang Acit cuit paha, gostan ! Apalagi,,terus masuk gear dan undur ke belakang dengan gopoh gapahnya..nak undur pun seksa dengan jalan yang bengkang bengkok tapi berhenti lebih kurang 50 kaki dari Tok Gajah itu berada.
Acit lintangkan kenderaan manakala abang Acit mengeluarkan senapang dan memasukkan peluru gajah.Niat kami, kalau Tok Gajah terkam , kami tembak bagi amaran kecuali tiada pilihan.Seteleh menunggu hamper sepuloh minit, kami fakir Tok Gajah telahpun beredar pergi.Acit memandu perlahan-lahan ke hadapan melepasi selekoh itu dan..kami silap..Tok Gajah masih ada di situ.Tetapi kali ini ia sudah berada di atas tebing di tepi jalan.

Acit sekali minta maaf pada Tok Gajah dalam hati.Sebaik melihat kami, ia terus mencabut rumput dan membaling ke arah kenderaan kami.Balingannya tepat dan sekali lagi rumput itu berterabur di atas bonet Hilux. Lama kelamaan, Tok Gajah Tunggal itu beredar membawa diri.

Alhamdulillah,syukur Acit telah selamat dari musibah yang besar.Selama ini kami hanya mendengar cerita-cerita dari orang-orang yang pernah datang ke kawasan ini tentang gajah-gajah di sini tetapi kali ini kami lalui pengalaman ngeri, sepertimana yang sudah tercoret disini.

Sebenarnya, sebelum kejadian ini Acit telahpun beberapa kali bertemu dengan kelompok kawanan gajah termasuk berdepan dengan Gajah Tunggal secara berseorangan tetapi dalam jarak yang lebih jauh.Tidaklah diketahui Tok Gajah ini adalah sama dengan Gajah Tunggal yang Acit jumpa sebelum ini. Wallahu a’lam.

Ada lagilah..Kisah Tok Gajah # 3

Tok Gajah - Acit,you're welcome !!


Alhamdulillah, syukur hamba ini pada Allah SWT kerana dengan limpah kasih sayangNya, Acit ini telah dapat mengecapi pelbagai nikmat kurniaanMu sehinggalah ke hari ini.Terima kasih jugalah pada Tok Gajah.

Tok Gajah adalah mascot Persatuan Bolasepak Pahang manakala gadingnya dijadikan simbol Kerajaan Negeri Pahang.Malah ukiran gading gajah terdapat disimpang masuk ke Istana Pekan.

Gajah; banyak orang bercerita tentangnya.Pelbagai kisah yang nyata, yang dongengnya dan yang membuat berbagai andaian malah ada yang menokok tambah cerita sesuatu peristiwa yang melibat haiwan ini.Samalah seperti persepsi mereka berkenaan Guru Mursyid.


Kisah Tok Gajah # 1
Acit, you’re Welcome !!

Ini adalah kisah benar yang berlaku dalam tahun 1984, tapi Acit dah lupa tarikh sebenarnya sebab ingatan tu Allah dah tarik balik.

Peristiwa ini berlaku di kawasan Hutan Simpan (HS) Bukit Bertangga, Triang ,Pahang.HS ini adalah bersempadan dengan Daerah Rompin dan disekeliling HS ini terdapat ladang-ladang kelapa sawit milik Felda dan juga milik persendirian.Cuma Hutan Simpan ini sahaja yang terletak ditengah-tengah kawasan ladang.Setiap ladang-ladang ini dilengkapi dengan pagar-pagar letrik bagi menggelakkan gangguan bintang liar seperti gajah dan babi memusnahkan tanaman.

Walaupun HS ini dikelilingi ladang sawit, tetapi ia merupakan
hutan yang agak besar ( belantara ) berpuloh-puloh ribu ekar.
Pelbagai binatang liar dan buas terdapat di sini seperti beruang,
gajah,harimau dan ular besar.Terdapat juga rusa yang besar-besar,
kijang,napuh dan pelanduk yang memang menjadi buruan.

Kawasan ini boleh dikatakan berdekatan dengan penempatan peneroka tetapi HS ini tidak boleh dimasuki bebas oleh orang awam kerana ia adalah kawasan “curfew” iaitu kawasan larangan terhad yang memerlukan Permit Masuk Khas dari Balai Polis berdekatan tetapi hanya Ketua Polis atau Bahagian Special Branch sahaja yang boleh cop seperti gambar,kad ini acit punya..masih elok tersimpan,baru jumpa.Permit ini mesti diperbaharui dari sebulan ke sebulan.Malah semasa di Hutan Simpan Aur Gading,Kechau,Kuala Lipis; permit ini mesti dicop 2 minggu sekali di Bandar Kuala Lipis.Mereka yang ada berurusan dengan HS ini sahaja dibenarkan memasukinya.Namun begitu, masih ada yang berani mencuri-curi memasuki kawasan ini untuk memburu binatang.

Pertama kali Acit memasuki HS ini dengan menaiki kereta abang dan duduk di bahagian belakang.Perjalanan dari jalan berturap tar dari Felda Sebertak melalui jalan ladang kelapa sawit yang seperti ombak laut menuju ke rumah kongsi ( kem pembalakan ) sejauh lebih kurang 40 batu yang memakan masa 2 jam.Perjalanan ini tidaklah sejauh perjalanan ke Hutan Simpan Daramakot di Sandakan , Sabah.Sepanjang perjalanan tersebut, mata Acit dah jadi 360 darjah;berpinar dan tekak terasa mual, bila-bila masa saja ledakan dari gunung berapi boleh meletuskan laharnya.Tetapi bak kata orang, kita ni lelaki..buat dek ajer..he he he ..konon…

Ok, kita teruskan; Sebaik saja sampai ke tapak kongsi, Acit terus meluru ke sungai dan memuntahkan lahar hijau se asli dedaun kayu,lembik..kantoi !

Al-kisah setelah beberapa lama tinggal di rumah kongsi itu yang terletak di tengah-tengan rimba, tibalah masa musim hujan yang berterusan yang mana pekerja tidak dapat pergi bekerja kerana boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka.Mereka mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampong masing-masing.Maka tinggallah Acit, seorang Penyelia Pembalakan dan 2 atau tiga perkerja lagi.

Rumah kongsi ini ( kalau di Sabah ,dipanggil Kem Pembalakan ) kebanyakannya dibina dari kayu hutan tanpa pintu samada di kiri atau kanan , terdedah begitu saja kecuali bilik Tukang Masak sahaja yang mempunyai pintu.Dinding dan atapnya dibuat dari atap nipah tetapi sekarang ini sudah menggunakan papan,kayu dan atap zink atau atap getah.Pekerja tidur diatas lantai yang dibina 3 kaki tingginya dari tanah.Manakala bahagian bawahnya tidak berdinding.

Penyelia dan pekerja Acit yang lain tidur di dalam rumah kongsi utama.Acit pula tidur dalam sebuah bilik yang dibuat berasingan di luar dari rumah kongsi utama tetapi bersambung dan berpintu.Cuma bahagian bawah tempat tidur Acit ini juga tidak berdinding yang boleh menyusur masuk ke rumah kongsi utama.Ditepi kawasan rumah kongsi ini, pekerja-pekerja menanam ubi kayu sebagai makanan tambahan walaupun kami mendapat bekalan makanan basah dua hari sekali.

Suatu malam , lebih kurang pukul 2 pagi, Acit terjaga kerana mendengar seolah-olah air mengelegak ( mendidih ) terlalu hampir dengan tempat tidur Acit, lantas memegang erat parang kontot yang menjadi teman setia Acit sebagai langkah berjaga-jaga.Terbayang rupa Pak Belang yang bila-bila masa akan muncul dalam keadaan gelap gelita itu.Pak Belang memang boleh menyusup masuk ke bilik Acit melalui bawah tempat tidur.

Setelah sekian lama mendengar bunyi aneh itu, tetiba Fiuuut !!!! bunyi trompit.Secara automatic terangkatlah badan Acit dari tempat pembaringan kerana terkejut.Rupa-rupanya Tok Gajah berada di sebelah dinding bilik Acit aje dok menikmati juadah pucuk ubi.Bunyi aneh itu sebenarnya datang dari perut Tok Gajah.

Sayup-sayup kedengaran Pak Penyelia memanggil nama didepan pintu.Oleh kerana masih ketakutan, Acit tanya sekali lagi betul-betul ke dia dah ada depan pintu. Lalu Acit pun keluar dari bilik dan melihat Tok Gajah dengan anaknya beredar pergi sebaik menyedari kami sedang memerhatinya.Inilah siaran langsung live bagi Acit melihat Tok Gajah yang ori di tengah hutan belantara.
Contoh Tanda Arah Kawasan atau Kompatmen Pembalakan tetapi kejadian bukan di sini 

Fiuuut !! sekali lagi Tok Gajah berbunyi, Acit; you’re welcome ! he he gitu lah agak nyer translation yerk…

Jom ke kisah Tok Gajah # 2

Kitab HIKAM


Kitab HIKAM yang pertama Ibnu Madyan 595 H

Syeikh Abdul Salam Al Musai 626 H

Syeikh Abu Hasan As-Sazali 656 H

Abu Abas Mursyi 685 H

Pengarang Kitab HIKAM Ibnu Atho'illah 709 H

Disyarahkan oleh Ibnu ‘Ajibah 1242 H
(keterangan terperinci)

Kitab ‘Ikoedil Iman
I I
Pengerak keazaman / himmah
Penghidup keazaman / himmah
Penyedar keazaman / himmah

Angin Kus-kus


Kisah lucu yang diceritakan Guru Acit ketika bersama beberapa jamaah didalam kereta tetapi tidak dapat diingat dari ke mana hendak ke mana.Pada mulanya hanya dikira sebagai cerita lucu nakal tetapi setelah lama cerita itu diulang lagi..barulah dapat ditangkap maksud cerita itu ( selama ni tak faham-faham ) bahawa ada pengajaran ilmiah yang hendak disampaikan melalui cerita tersebut.Sebagai penghargaan,Acit coretkan kisah lucu itu di sini.

Al kisah ada seorang Pakcik yang bekerja sebagai pemandu teksi.Rutin hariannya macam biasalah seperti pemandu-pemandu teksi lain, mencari penumpang untuk mendapatkan sesuap nasi.

Ketika sedang asyik memandu; ternampaklah sekumpulan penumpang yang sedang menunggu di sebuah perhentian lalu singgahlah Pakcik ni di situ.Maka masuklah 4 orang penumpang yang mahu ke destinasi yang sama.

Pakcik ni macam biasalah berbual mesra dengan penumpang-penumpang itu,Aci,Apek,Ali dan Singh.

Ketika sedang rancak berbual tetiba semua orang senyap,tidak bersuara,tidak berkata-kata..membisu seribu bahasa.Secara automatic,tangan masing-masing terus menekap hidung , ada yang dah terbatuk-batuk..Suasana nyaman dari air-cond teksi telah bertukar bagai ledakan bom Hiroshima.

Ssambil pantas tangan membuka tingkap Pakcik Teksi bersuara ,” Sapa buang angin ? “ Semua tiddak menjawab. “ Ooo tak mau ngaku yer ! “
Semua orang tidak berani menuduh sesiapa.

Setelah seperjalanan, sampailah mereka ke tempat hentian tujuan mereka.Belum pun sempat teksi berhenti, masing-masing berebut untuk membayar tambang agar dapat
keluar segera bagi mendapatkan udara segar.

Setelah semua penumpang keluar beberapa langkah dari teksi, Pakcik itu pun berteriak, “ Itu orang yang buang angin tadi belum bayar tambang lagilah ! “
“ Sudah bayar..sudah bayar “..spontan jawabnya Singh.Serentak penumpang yg lain memandang tepat pada Singh..dia termalu sebab sudah bocor rahsianya..tapi dia buat tak kisah jer..

Pakcik Teksi senyum…Ilmu Psikologi teksinya kali ini menjadi lagi….


Pengajaran :

1.Jangan berbohong,kalau silap minta maaf
2.Jangan memandang rendah pada orang lain
3..Jangan aibkan orang

::* Halawatul Munajah *::




Ya Allah, kami mohon pada Mu , dengan rahmat Mu, dengan kebesaran Mu,
dengan keagongan Mu,dengan pengampunan Mu , dengan kasih sayang Mu,
dengan berkat syafaat Rasulullah S.A.W.

Ya Allah, terimalah taubat kami, ampunkanlah dosa kami; yang besar;
yang kecil, yang zahir;yang batin, yang diketahui;yang tidak diketahui,
yang sengaja;yang tidak disengajakan, dosa yang lepas dan dosa
yang akan datang.

Ya Allah, bukakan hijab, buangkanlah sifat mazmumah , gantikan dengan
mahmudah dan kurniakanlah sifat Ilmu Makrifah.

Ya Allah, lepaskan kami dari jadi orang-orang yang fasik, munafiq dan
zinndik serta dari mempersekutukan Mu.

Ya Allah, keluarkan kami dari gelap zulmah kepada terang nur.

Ameen.

Monday

Falsafah Ilmu # 2

Perbuatan yang benar-benar ikhlas ialah perbuatan yang tidak diketahui oleh malaikat untuk menulisnya dan tidak diketahui oleh syaitan untuk merosakkannya dan tidak diketahui oleh jiwa untuk berbangga dengannya - Abu Yaacub AsSaufi

Lidah manusia itu lebih banyak tergelincir daripada kaki

Selagi ada maut selagi itu manusia tidak selamat.

Banyak orang mati dalam keadan bodoh akan tetapi bangun dari kuburnya menjadi seorang arif.Sebaliknya, banyak orang mati dalam keadaan alim, akan tetapi bangun pada hari kiamat termasuk kelompok bodoh dn fasik bahkan muflis.

Banyak orang yang berjalan-jalan di jalan tetapi mereka sebenarnya mati.Banyak juga yang telah berkubur tetapi sebenarnya mereka masih hidup.

Bukanlah orang kaya itu sebab banyak harta tetapi orang kaya itu adlah yang baik akhlaknya.

Manusia akan tua dan beruban namun bersamanya ada dua hal yang tetap muda; angan-angan dan cinta dunia.

Petua HATI


Sabda Rasulullah pada Wailah ," Mintalah fatwa pada diri anda sendiri.Hati akan tenang pada perkara yang halal "

Mintalah fatwa pada hati - tentang perkara dosa , samar,syubhah; kerana dosa itu mengoncangkan hati.

Kalau hendakkan sesuatu, letakkan tangan pada hati ( hati itu gelisah jika ia itu haram atau syubhah ) kerana hati itu tidak berbohong.

Puisi untuk Guru



Dia seperti satu bintang
Indah bercahaya
Bergemerlapan di sana
Menyerikan purnama bulan

Dia seperti satu bintang
Bersinar jua walau diliputi awan
Tenggelam dalam cahaya matahari

" Dia seperti satu bintang ;

kata Guru Tua "
Aku angguk.....iya !

Bezanya orang yang dapat bimbingan Guru dan dengan rahmat

Allah Ta'ala dan orang yang tidak dapat bimbingan Allah Ta'ala
ibarat seperti sinar bulan dan sinar matahari.

Cahaya bulan masih tidak dapat kenal jenis-jenis pokok tetapi

apabila hari siang dengan cahaya matahari; kita dapat kenal
jenis-jenis pokok itu.

Teman yang Soleh

Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan,Allah akan memberikannya rezeki seorang teman baik yang soleh.Seandainya beliau lupa, temannya itu akan memperingatkan; dan apabila temannya itu memperingatkannya, beliau akan menolongnya.

Salasilah Naqsyabandiah & Ahmadiyah



" Wahai orang-orang yang beriman ,bertaqwalah kamu kepada Allah dan CARILAH JALAN
yang menyampaikan kepadaNya ' - Al-Maidah :35

Sabda Nabi S.A.W :

" Sahabatku bagaikan bintang-bintang dengan mana-mana satu diantara mereka ini kamu ikuti, kamu akan mendapat petunjuk ".HR Baihaqi,ad-Dailani dari Ibn Abas.

" Wajiblah atas kamu mengikut sunnahku dan sunnah para Khalifah ar-Rasyidin yang datang sesudahku ".


TARIQAT AHMADIAH IDRISSIAH

Tariqah Ahmadiyah yang didirikan oleh Syeikh Ahmad Idris terkenal di Maghribi dan di sebahagian dunia Islam sebagai Tarekat Ahmadiah Idrisiyah kerana untuk membezakannya dengan Tarekat Ahmadiah di Mesir yang di asaskan oleh Syeikh Ahmad al-Badawi (1199-1276M) dan juga dengan Ahmadiyah
Qadiyani satu ajaran sesat yang berasal daripada India yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiyani.

Sanad Tarekat Ahmadiah adalah seperti berikut:

1. Saidina Rasulullah S.A.W.
2. Saidina Ali bin Abi Thalib r.a.
3. Saidina Hassan r.a.
4. As-Sayyid Abu Muhammad Jabir. r.a.
5. As-Sayyid Said Al-Ghazwani. r.a.
6. As-Sayyid Fathus Saud. r.a.
7. As-Sayyid Saad r.a.
8. As-Sayyid Said r.a.
9. As-Sayyid Ahmad Al-Mirwani r.a.
10. As-Sayyid Ibrahim Al-Basri r.a.
11. As-Sayyid Zainuddin Al-Ghazwaini r.a.
12. As-Sayyid Syamsuddin r.a.
13. As-Sayyid Tajuddin r.a.
14. As-Sayyid Nuruddin r.a.
15. As-Sayyid Fakruddin r.a.
16. As-Sayyid Tuqaiyuddin r.a.
17. As-Sayyid Abdul Rahman Al-Madani r.a.
18. As-Sayyid Ul Kabir Maulana Abdussalam bin Masyis r.a.
19. As-Sayyid Abul Hassan Asy-Syazili r.a.
20. As-Sayyid Abul Abbas Al-Mursi r.a.
21. Al-Arif As-Sayyid Daud Al-Bakhili r.a.
22. Al-Arif As-Sayyid Muhammad Wafa Bahrul Sofar.a.
23. Al-Arif As-Sayyid Ali bin Wafa r.a.
24. As-Sayyid Yahya Al-Qodiri r.a.
25. As-Sayyid Ahmad bin Uqbah Al-Hadrami r.a.
26. As-Sayyid Ahmad bin Zaruq r.a.
27. As-Sayyid Ahmad bin Yunus r.a.
28. As-Sayyid Ali bin Abdullah r.a.
29. As-Sayyid As-Syeikh Abul Qossim Al-Wazir Al-Ghozi r.a.
30. As-Sayyid Syeikh Ahmad bin Idris r.a.
31. As-Sayyid Ibrahim bin Muhammad Salleh Ar-Rasyid r.a
32. As-Sayyid Muhammad bin Ahmad Dandrawi r.a
33. As-Syeikh Hj Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a
34. As-Syeikh Muhammad Hamid Syeikh Hj Muhammad Said


SALASILAH TARIQAT NAQSYABANDIYAH AL-KHALIDIAH

Inilah salasilah Tariqat Naqsyabandiah yang turun temurun sejak dari Rasulullah S.A.W hingga sampai kepada segala orang-orang yang mengamalkannya seperti berikut :

 Jibrail a.s membawa wahyu dengan " IQRA' Bismirobbikallazi kholaq"

1. Saiyyidil Mursalin Nabi Muhammad S.A.W pada waktu Baginda berada di Gua Hira'
pada malam tanggal 17 Ramadhan Tahun Gajah.

2. Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a
Wafat 13 H - Siddiqiyah - qoddasallahu sirruh

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Tiada menumpahkan Allah Taala ke dalam dadaku akan sesuatu jua melainkan 
aku tumpahkan semuanya itu ke dalam dada Abu Bakar".

3. Salman Al-Farisi r.a
Wafat 33/34 H qoddasallahu sirruh

4. Sayyidina Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar As-Siddiq
Wafat 108/109 H qoddasallahu sirruh

5. Al-Imam Ja’far As-Saddiq bin Qasim bin Muhammad bin
Abu Bakar As-Siddiq. Wafat 148 H qoddasallahu sirruh

6. As-Syeikh Abu Yazid Tayfur Al-Bistami
Wafat 261/264 H - Taifuriyah - qoddasallahu sirruh

7. As-Syeikh Abu Hasan Ali bin Abu Jaafar Al-Kharqani
Wafat 425 H qoddasallahu sirruh

8. As-Syeikh Abu Ali Fadlal bin Muhammad Ath-Thusi Al-Farmidi
Wafat 474/477 H qoddasallahu sirruh

9. As-Syeikh Abu Yaacub Yusuf Al-Hamdani
Wafat 535 H qoddasallahu sirruh

10.As-Syeikh Abdul Khaliq Al-Fajduwani
Wafat 575 H - Khawjakaniyah - qoddasallahu sirruh

11.As-Syeikh Arif Ar-Riyukiri
qoddasallahu sirruh

12.As-Syeikh Mahmud Al-Anjiri Faghnawi
Wafat 685 H qoddasallahu sirruh

13.As-Syeikh Ali Ar-Ramitini
Wafat 721 H qoddasallahu sirruh

14.As-Syeikh Muhammad Baba As-Samasi
Wafat 755 H qoddasallahu sirruh

15.As-Syeikh As-Sayyid Amir Kulal
Wafat 722 H qoddasallahu sirruh

16.Al-Imam Tariqah AS-Syeikh Baha’uddin bin Muhammad bin Muhammad Ash-Sharif Al-Husayni
Al-Uwaysi Al-Bukhari.
Lahir 717 H / Wafat 791 H – Naqsyabandiah - qoddasallahu sirruh

17.As-Syeikh Muhammad Alauddin Al-Athar Al-Bukhari Al-Khawarizmi
Wafat 802 H qoddasallahu sirruh

18.As-Syeikh Ya’cub Al-Jarkhi Khisori
Wafat 851 H qoddasallahu sirruh

19.As-Syeikh Nasiruddin Ubaidillah Abdullah Al-Ahrar As-Samarqandi
Lahir 806 H / Wafat 895 H qoddasallahu sirruh

20.As-Syeikh Muhammad Az-Zahid
Wafat 936 H qoddasallahu sirruh

21. As-Syeikh Darwish Muhammad As-Samarqandi
Wafat 970 H qoddasallahu sirruh

22.As-Syeikh Muhammad Al-Khawajaki Al-Makki As-Samarqandi
Wafat 1008 H qoddasallahu sirruh

23.As-Syeikh Muhammad Al-Baqi Billah
Wafat 1014 H qoddasallahu sirruh

24.Al-Imam Al-Rabbani Mujadditul Al-Futhani As-Syeikh Ahmad Al-Faruqi As-Sirhindi
Lahir 971 H / Wafat 1034 H - Mujaddiyah - qoddasallahu sirruh

25.Al-Arif Billah As-Syeikh Muhammad Al-Ma’sum
Lahir 1007 H / Wafat 1099 H qoddasallahu sirruh

26.As-Syeikh Muhammad Sayfuddin Al-Faruqi
Lahir 1055 / Wafat 1095 qoddasallahu sirruh

27.As-Syeikh Nur Muhammad Al-Badawani
Wafat 1135 H qoddasallahu sirruh

28.As-Syeikh Syamsuddin Habibullah Jan Jaanani Mazhar Al-Alawi
Lahir 1113 H / Wafat 1195 H qoddasallahu sirruh

29.As-Syeikh Abdullah Al-Dahlawi Al-Alawi bin Syeikh Abdul Latif
Lahir 1158 / Wafat 1240 H qoddasallahu sirruh

30.As-Syeikh Maulana Dhiauddin Abu Baha’ Muhammad Khalid Al-Kurdi
Lahir 1193 / Wafat 1242 H - Kholidiyah - qoddasallahu sirruh

31.As-Syeikh Abdullah Afendi
qoddasallahu sirruh

32.As-Syeikh Sulaiman Al-Qurami
qoddasallahu sirruh

33. As-Syeikh Sulaiman Al-Zuhdi
qoddasallahu sirruh

34.As-Syeikh Abdul Wahab Rokan Al-Kholidi An-Naqsyabandi
Wafat 1926 M qoddasallahu sirruh

35.As-Syeikh Tuan Guru Hj Umar Bin Hj Muhammad
Wafat 1936 M qoddasallahu sirruh

36.As-Syeikh Tuan Guru Imam Hj Ishak bin Muhammad Arif
Lahir 1908 / Wafat 1992 qoddasallahu sirruh

37.As-Syeikh Tuan Guru Prof. Dr. Hj Jahid bin Hj Sidek Al-Khalidi

Rumah Suluk :
Surau Babul Khairat, Johor Bharu,Johor
Madrasatul Manaratil Ilmi,Kuantan,Pahang.




" Tidak akan masuk ke neraka orang ( Islam ) yang telah melihat aku ( Nabi Muhamad ) dan tidak juga akan masuk neraka orang yang melihat akan orang yang telah melihat aku dan tidak akan masuk ke neraka orang yang melihat akan orang yang melihat aku, iaitu walaupun ( sampai ) kepada tujuh puluh wasitah ( lapisan / keturunan ).Sesungguhnya mereka itu adalah para khalifahku didalam menyampaikan ( ajaran Islam ) dan asuhan Islam,sekiranya mereka itu sentiasa istiqamah didalam syariatku " HR Khatib Bin Abdul Rahman Bin Uqbah Bin Abih.


Carta dibawah ini juga menunjukkan beberapa jalur lagi perkembangan Tariqat Naqsyabandiah
al-Kholidiah di Malaysia tetapi ada jalur dan ada amalan lain yang dipertikaikan masyarakat.





Ini adalah sekadar panduan dari mana datangnya amalan tersebut.Ada lagi beberapa jalur yang tidak dimasukkan di sini yang perlu pengesahan terlebih dahulu.


Jadi, cermatlah mencari GURU walaupun betul pada salsilahnya tetapi jika tiada keizinan membawa SULUK, tiada juga elok dijadikan Guru. 



Sunday

Falsafah Ilmu


“ Kalau engkau mencari Aku, engkau tidak akan berjumpa.Sebutlah namaKu kerana Aku tidak berpisah dengan nama Ku “ Hadis Qudsi

“ Bila ilmu menjadi senang, ugama menjadi murah “

“ Kalau kamu jelaskan hutang pada Allah, Allah akan jelaskan hutang kamu di dunia ini kerana hutang itu Allah yang jadikan “

“ Kalau tak usaha naik tangga pertama, tidak akan sampai tangga ke tujoh “

“ Kalau duduk di bendang, hanya nampak kaki bukit tetapi kalau duduk di “puncak gunung”, akan lihat semua yang di bawah “

“ Dalam mencari jalan kebenaran, KETUHANAN itu diutamakan, makhluk yang kedua dan yang ketiga barulah diri sendiri “

Suatu dosa/kejahatan yang membawa keinsafan ( dekat pada Allah ) itu lebih baik dari ketaatan yang membawa kepada murka Allah.

Tahu Allah satu perkara
Kenal Allah satu perkara

Masuk syurga satu perkara
Jumpa Allah satu perkara

Permata yang cantik jika dicampakkan kepada kambing, nescaya nanti dipijak-pijakkannya.

Menuntut ilmu itu adalah bertujuan melepaskan diri dari kejahilan.

Guru itu tidak menghantar murid ke Baitullah sehingga Guru itu mengenalkan dia dengan Pemilik Kaabah.

Pesakit - Doktor - ubat
Murid - Guru - amal

Ilmu TAHKIK

Allah itu ada, di mana ? Di atas ? Tempat Allah di atas langit ?
Maha Suci Allah yang tidak bertempat.Maksudnya Allah itu bukan diatas langit tetapi di tempat yang tinggi dan sempurna yang tidak boleh dicpai oleh manusia.

Jam dahulu lebih baik
Jam dahulu ialah matahari dan bulan; ia tidak rosak,satu saatpun ia tak lari.Ia tak perlu dibawa tetapi ia mengikut kita.

Allah Maha Kuasa, kenapa tidak jadikan sebuah mahligai yang cantik kepada Nabi Muhamad ?
Allah tidak berkehendak seperti makhluk.

Kiasan syaitan dan malaikat lahir bersama manusia
Maksudnya kebaikan dan kejahatan akan dibuat oleh manusia yang sama.

Allah Ta’ala itu ada kekurangan atau tidak ?
Ada, Dia tidak ada tamak,tidak ada kedekut, tidak ada haloba seperti kita.

Tin yang diisikan dengan batu kemudian digoncang; ia akan keluarkan bunyi, bunyi itu dari mana?
Dari tin, dari telinga atau dari Tuhan ?
Bunyi itu hanyalah kejadian.Kejadian itu adalah kalimah.

Surah AL-FATIHAH



AL-FATIHAH adalah ayat yang tidak diturunkan.Tanpa Fatihah,tiada Al-Quran,Injil,Zabur dan Taurat. Allah Taa'la kurniakan FATIHAH kepada Rasulullah pada 27 Rejab, iaitu di Malam Israk & Mikraj.

Fatihah adalah jawapan kepada Al-Quran, ibu Quran dan permulaan Al-Quran.

Dalam solat , Fatihah itu wajib dibaca tetapi membaca Al Quran itu sunat.Jadi Fatihah itu bukan Quran.

Al-Quran itu turun kerana hendak menjawab kepada Al-Fatihah.

Permulaan Fatihah

Berkata Ubay bin Kaab bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, Allah
berfirman dalam Hadis Qudsi :
" Wahai Anak Adam ! Aku telah turunkan 7 ayat , 3 daripadanya untuk
Aku dan 3 untuk engkau.Sementara yang satu lagi antara Aku dan
engkau "

Selepas roh dimasukkan ke dlam tuboh Adam, dia terbersih ,berkatalah Adam :

Adam : Kepada siapakah aku patut bersyukur ?

Suara : Alhamdulillahi robbil ‘alamin

Adam : Siapakah Allah yang menjadikan alam ?

Suara : Ar Rahmanir Rahim ( Katakanlah, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang )

Adam : Siapakah yang berkuasa ?


Suara : Malikiaumiddin ( Raja yang Agong )

Lalu Adam pun sujud
( Nabi Adam bersyukur dia dijadikan dari tiada kepada ada )

Suara : Iiyya kana’ budu wa iyya kanasstain.


Sebelum baca Fatihah, baca ta’azud terlebih dahulu.

7 ayat dibaca dengan 7 nafas yakni 7 kali berhenti.Jangan disambung terus bacaannya
keran Allah menjawab setiap bacaan itu tadi.


Mohon pada Allah dengan sungguh-sungguh supaya betul bacaan kita sepertimana kehendakNya.

Al-Fatihah itu ada :

3 ayat antara hamba dengan Allah ( khusus untuk Allah )
Pujian bagi Allah







Satu (1) ayat antara kamu dengan Allah ( pinta pada Allah )
Penyerahan diri kita pada Allah; memandang zatNya yang bilal misal
Pengakuan kita sebagai hambaNya .

Daripadamu lah penyembahan dan daripadaKu lah pertolongan.
Iya Kana'budu - syariat
Wa iya kanasta'in - Hakikat




3 ayat untuk makhluk / manusia
Munajat hamba , permohonan kita