Friday

RABITAH - Suatu pencerahan

Rabitah Syeikh menjadi isu yang sangat
kontoversi bagi golongan yang tidak
menerima kebenaran tariqat.Alasannya
perbuatan mengambarkan wajah Guru
semasa berzikir samalah seperti amalan
pengikut Nabi Nuh a.s. yang menyembah
patung-patung mereka.Kata mereka lagi
bahawa amalan mengambarkan wajah Guru
semasa berzikir adalah suatu perkara baru
yang direka dalam agama.Amalan ini tidak
ada dalam syariat Islam malahan perbuatan
ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W dan para sahabat.

Maknanya kenyataan itu memberi erti
Jawatankuasa Fatwa yang merumuskan fatwa ini
telah MEMBATALkan semua fatwa yang telah
dibuat oleh berpuluh-puluh ulama’Tasauf yang
mengharuskan amalan Rabitah.

Ulama’-ulama’ yang MENGHARUSkan amalan
Rabitah Syeikh malah mengakui berbagai faedah
dan kesan baiknya ialah Maulana Muhammad
Zakariya Kandahlawi ( Kitab al-Syariah wa
al-Tariqah ),Syeikh Tahanawi Kitab Ta’lim al-Din ),
Syeikhul-Islam al-Madani,Syeikh Imdadullah
al-Makki,Syah Waliyullah al-Dahlawi ( Kitab
al-Qaw al-Jamil ),Syeikh Ibrahim Hilmi al-Qadir
( Kitab Madariju’-l-Haqiqah ),Syeikh Abd Samad
al-Falimbangi ( Kitab Hidayatus Salikin –
adab-adab berzikrullah/adab yang ke 7 ),
Syeikh Daud al-Fatani ( Kitab Diya’u-l-Murid ),
Sheikh Ahmad al-Kamashkhanawi ( Kitab Jami’u-l-
Usul fi al-Auliya’,Sheikh Abd al-Ghani, al-Nabulusi
( Kitab Miftahul Ma’iyyah ),Sheikh Muhammad bin
Abdullah al-Khani ( Kitab Al-Bahjaj al-Saniyyah ),
Sheikh Abd Majid bin Muhammad al-Khani ( Kitab
Al-Saadah al-Abadiyyah ),Sheikh Hasan al-Bana
( Wirid Rabitah ),Sheikh Muhammad Amin Kurdi
( Kitab Tanwirul Qulub ),Sheikh Abu Qasim al-Junaid,
Sufian Tsauri,Sheikh Ibrahim Dasuqi,Sheikh Ahamad
Ibrahim Siddiqi,Sheikh Ibn Abi Daud al-Hanbali
( Kitab Tubfatul Ibad ),Sheikh Ibn ‘Atoillah al-
Iskandari ( Kitab Miftah al-Falah ),Sheikh Abd
Wahab al-Sha’rani ( Kitab Madarij al-Salikin /
al-Bahrul Maurud )),Sheikh Tajuddin al-Hanafi
( Kitab al-Tajiyyah ),Sheikh Ibrahim bin Mula
Umar al-Ihsa’ie,Sheikh Ibn Hajar al-Haitami
( Kitab al-Fatawa ),Syeikh Ahmad bin Abd
al-Hay al-Halbi,Saiyid Habib Abdullah bin
Alwi al-Haddad ( Kitab Ithaf al-Sail ),
Sheikh Hussain bin Ahmad Dawsari ( Kitab
al-Rahmah al-Habitah ),Imam al-Ghazali
( Rawdatut Talibin wa Umdatus Salikin ),
Syeikh Abd al-Rauf al-Munawi ( Kitab
al-Jawharah al-Fakhirah ) dan ramai lagi ulama’-
ulama’ tasauf yang lainnya.Kesemuanya ada
33 ulama’ yang mengharuskannya.

Kita perlu menentukan amalan Rabitah Syeikh
ini termasuk dalam furu’ atau usul.Jika
diandaikan ia termasuk dalam masaalah furu’,
maka kaedah usul feqahnya menyebut :
“Ijtihad seseorang ( ya’ni orang yang benar
memenuhi syarat-syarat ijtihad ) tidak boleh
membatalkan ijtihad yang lain”

Misalnya, menurut ijtihad ulama’ Hanafi
bahawa nikah seseorang perempuan tidak
perlu wali, sedangkan ketiga-tiga mazhab
lainnya; Maliki,Hanbali dan Syafie mewajibkan
adanya wali.Pendapat KETIGA-TIGA
MAZHAB tersebut TIDAK BOLEH
MEMBATAL pendapat Ulama’ Hanafi.
Ijtihad yang salah dapat 1 pahala,yang
benar dapat 2 pahala.

Jika andainya amalan Rabitah Syeikh ini
sebagai suatu perkara yang usul,maka
ijtihad yang betul boleh membatalkan
ijtihad yang salah.Ijtihad yang betul dapat
pahala,ijtihad yang salah dapat dosa.

Oleh yang demikian,jika masaalah rabitah
tersebut termasuk dalam masaalah furu’,
maka MANA-MANA IJTIHAD TIDAK
BOLEH MEMBATALKAN IJTIHAD
ULAMA’ TASAUF sejak zaman berzaman
yang ramai dan berwibawa.

Soalnya, adakah pandangan yang membatalkan
rabitah itu dan menganggap amalannya sesat benar-benar
merupakan hasil ijtihad atau bukan ijtihad ? Tidakkah ia
hanya satu rumusan dari perbincangan beberapa orang
yang dibuat dalam hanya beberapa kali pertemuan sahaja ??
Tentu ia jadi SANGAT LEMAH untuk membatalkan
ijtihad ahli sufi yang begitu ramai !!.

Jika amalan rabitah ini termasuk dalam usul, maka umat
Islam mesti memilih salah satu dan menolak yang lainnya.
Terpulanglah kepada umat Islam untuk menentukan mana
yang betul dan mana yang salah.

Tetapi; ada kaedah umum yang sepatutnya kita gunakan
untuk memilih pendapat yang mengharamkan atau
pendapat yang mengharuskan.Kaedah umum tersebut
ialah dengan meneliti tokoh-tokoh ulama’ yang
menentukan hukum sesuatu masaalah itu.

Mengenal Allah itu ada dua cara iaitu secara sama’e
dan secara dzauqi.Saya ambil kaedah secara dzauqi
kerana ia jarang-jarang mahu diterokai.Mengenal
Allah secara dzauqi ini mesti menggunakan rabitah
iaitu apa jua kejadian Allah yang kita mahu.

Nabi Musa a.s bila mahu melihat Allah dengan
mata kepalanya seperti yang disebut dalam
Surah Al-Imran ayat 42, maka Allah perintahkan
supaya Nabi Musa a.s merenung Bukit Tursina.

Bila Nabi Musa merenung Bukit Tursina itu
dengan mata kepalanya ( inilah contoh Rabitah )
kemudian dia niatkan mahu melihat wujud Allah,
maka dengan inayah dan hidayah Allah dirasakan
Bukit Tursina itu lenyap dari pandangannya, apa
yang tinggal ialah rohaninya merasakan Nur
wujud Allah semata-mata dalam keadaan Nabi
Musa fana’fillah.

Di sini diberi sedikit pencerahan tujuan,bagi
siapa dan bagaimana mengamalkan rabitah itu :

Bagi orang yang telah dapat mengingati Allah
maka tidaklah perlu kepada amalan rabitah,
kerana tujuan berzikir itu ialah mengingati
Allah dan telahpun tercapai.Inilah yang
baiknya sekali.

Bagi orang yang tidak boleh berzikir dan
tidak boleh mengingati Allah di dalam hatinya
maka jika ia berabitah ia boleh ingatkan Allah
dengan sebaik-baiknya, maka dikehendaki ia
berabitah.

Caranya :

Misalnya dipermulaan seseorang yang hendak
berzikir itu ingatkan rupa gurunya itu
seketika atau sebentar saja pun telah memadai.

Jika sedang berzikir itu tiba-tiba tidak boleh
berzikir , atau boleh berzikir tetapi hati dan
ingatan menumpu kepada yang lain dari Allah,
maka ketika itu buatlah rabitah.Bila sudah
dapat berzikir dan boleh mengingati Allah,
maka tinggalkan rabitah itu.

Kaabah itu kiblat kita ketika sembahyang;
tidakkah Kaabah itu rabitah kita dalam
ibadah sembahyang ? Adakah kita dikatakan
penyembah Kaabah atau kita menyembah
Tuan punya Kaabah ?

Saturday

SIMPOSIUM TAREKAT TASAUF 2011

Tempat : MADRASAH AS-SAIDIYYAH,
SURAU KG PONDOK RASAH,SEREMBAN.

Tarikh : SABTU 14hb.Mei,2011
Masa : 6.30 ptg hingga 11.30 malam

AKTIVITI PROGRAM

1.Pembentangan 2 Kertas Kerja
a.Prinsip-prinsip dalam Ilmu Tariqat
- YBhg Tuan Guru Dr Jahid
b.Tariqat mengikut sunnah Rasulullah S.A.W
- Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

2.Pameran Turuq Sufiyyah

Muslimin muslimat dijemput hadir.

Wednesday

Mutiara kata Almarhum Ustaz Mokhtar

Mudah-mudahan Allah memberi kamu bahagia dengan taufik dan kemanisan dengan tasrif Tariqat Naqsyabandiah semudah- mudah jalan dan sehampir-hampir pada pelajar untuk ke darjat tauhid. Sama sahaja limpahan Tariqat ini kepada orang-orang tua, kanak-kanak, orang hidup dan orang mati. Hendaklah kamu ambil dan hisap baunya yang harum itu, mudah-mudahan kamu berjaya menjadi salah seorang dari golongan mereka. Hingga kamu memperoleh permata yang berharga dan mencium bau jalan yang tidak pernah terlintas di hatimu dan boleh menghilangkan kesamaran dan keraguan di dalam hati.Mereka itu adalah orang- orang yang suci dari kekeruhan. - Petikan Muqaddimah dari tulisan tangan Kupasan Kitab Tawirul Qulub oleh Almarhum Ustaz Mokhtar, bekas orang No.2 Al-Arqam yang keluar meninggalkan pergerakan itu. Almarhum juga adalah merupakan Khalifah Syeikh Imam Ishak yang diberi izin memimpin suluk.

Tuesday

Maulid Paduka Junjungan SAW

Rasulullah s.a.w bersabda ,
” Hiasilah majlis kalian dengan selawat atas ku
kerana bacaan selawat kalian atas ku itu akan
menjadi cahaya di hari kiamat “.
Hr Annas bin Malik

Rasulullah s.a.w bersabda ,
“ Barangsiapa berselawat kepada ku satu kali, maka
Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali “
Hr Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda ,
“ Bacalah selawat kepada ku kerana sesungguhnya
bacaan selawat kamu dapat sampai kepada ku di mana
saja kamu berada “ Hr Abu Daud , Abu Hurairah

Rasulullah s.a.w bersabda ,
“ Barangsiapa berselawat kepada ku sekali , maka
Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan
dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan ( dosa )
dan diangkat baginya sepuluh darjat “
Hr Nasa’i , Al Hakim , Annas bin Malik

Telah berkata Ibnu Jauzi ,
“ Satu daripada perkara-perkara yang telah mujarrab
( iaitu telah dicuba dan didapati benar ) bahawa
meraikan atau merayakan maulud s.a.w itu akan
mendatangkan keamanan yang penoh di sepanjang tahun
itu di tempat yang diadakan keramaian maulud itu “.








Sunday

SEMINAR PERUBATAN DAN FORUM TASAUF


SEMINAR PERUBATAN DAN FORUM TASAUF SEMPENA
HIMPUNAN HALAQIAN HALAQAH KALI KE 4 ( HHH '04 )
AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN YANG BERIKUT :

HARI AHAD 13HB.MAC,2011

1.SEMINAR PERUBATAN : Masa 2.00 petang
Tempat : Dewan Markaz Tarbiah PAS,Kg Kolam,

Kuala Ibai,Terengganu.

Tajuk : "Refleksologi Islam satu kaedah perubatan
Islam yang mampu berjalan seiringan perubatan
cara Moden"

PENCERAMAH : YBhg PROF. DR. HJ JAHID BIN HJ SIDEK
Pengasas dan Pakar Pusat Rawatan Manarah

2.FORUM TASAUF : Masa 9.00 Malam
Tempat : Masjid Kg.Kolam,Kuala Ibai,Terengganu.


Tajuk : "Kedudukan dan Kepentingan Ilmu Tasawwuf dalam
meningkatkan Ilmu dan Amal"

PENCERAMAH : YBhg TUAN GURU SHEIKH DR. HJ JAHID
BIN HJ SIDEK AN-NAQSYABANDI AL-KHOLIDI
Sheikh Tariqat / Guru Suluk / Penasihat Tasawwuf
Mantan Pensyarah di Akademi Pengajian Islam,UM.

Tahlil untuk orang hidup


Tahlil itu adalah pergerakan nur.

Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Wahai Abu Hurairah, talqinkanlah orang-orang yang telah mati dengan lafaz ‘La ila ha illallah’ sebab talqin itu dapat menghancurkan dosa-dosa’.Maka aku bertanya,”Ini bagi orang-orang yang sudah mati,bagaimana pula bagi orang-orang yang masih hidup ? ”.Nabi menjawab,” Bagi orang yang masih hidup; talqin itu lebih dapat menghancurkan dosa-dosa “ Siyar al-Salikin juz 1,Syeikh Abd Samad Falembani.

Imam Ahmad dan Thibrani meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda :

“ Adakah di antara kalian ini orang asing ? Syaddad berkata, ” Tidak “.Lalu Rasulullah menyuruh menutup pintu dan berkata,” Angkatlah tangan kalian dan sebutlah ‘La ila ha illallah’.

Kemudian Nabi menyambung,” Sesungguhnya Engkau ( yakni Allah ) telah mengutuskanku dengan Kalimah ini dan Engkau telah menjanjikan syurga atas Kalimah ini,sungguhnya Engkau tidak akan menyalahi janji ”.
Rasulullah kemudian menambah,” Ingat; bergembiralah,Sesungguhnya Allah telah mengampuni kamu “.

Amalan bertahlil bagi mereka yang beramal dengan Ilmu Tasauf adalah disebut sebagai Zikir Nafi Isbat iaitu zikir di dalam hati dan Zikir Lisan,ya’ni zikir secara jahar atau kuat.

Rasulullah S.A.W bersabda,”Hati itu keras seperti batu bahkan lebih keras daripada itu.I tidak akan pecah (lebur) tanpa pukulan yang kuat.Begitu juga zikir,ia tidak akan berkesan dalam hati kecuali dengan suara yang kuat”.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Man maata ya’lamu an ‘La ila ha illallahu’ dakholal jannah”
Barangsiapa yang mati padahal ia tahu bahawa “Tiada Tuhan hanya Allah saja” maka orang itu masuk syurga.

Sabda Baginda lagi,”Barangsiapa berzikir ‘La ila ha illallah’ tujuh puloh ribu kali,dilepaskan dari neraka”

Tujoh puloh ribu kali ? Memang susah untuk melakukannya tetapi ia mudah untuk dilaksanakan dengan tekun dan istiqamah.Zikir sebanyak tujoh puloh ribu ini adalah
Zikir Lisan dengan jumlah yang dipanggil Satu Kepala Tahlil atau Satu Bahagian Tahlil.


Merujuk Kitab Kifayat Al-Muhtaj karangan Syeikh Daud Al-Fatani disebut  sebuah Hadis ,

“ Barangsiapa mengucap La ila haillallah tujoh puloh ribu kali ( 70,000 kali ) maka sesungguhnya dia telah menebuskan dirinya dari Allah SWT. Ia juga dipanggil sebagai Fidak Sugra.

Mereka yang beramal dengan amalan Tariqah yang sudah  mencapai maqam Tahlil Lisan akan berzikir sehingga sebanyak itu untuk melengkapi Satu Kepala Tahlil sebagai zikir simpanan untuk diri sendiri atau untuk dihadiahkan kepada mereka yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Hadiah itu diberikan secara akad atau dihadiahkan tanpa pengetahuan si penerima kecuali dihadiahkan kepada Guru.

Maka,tahlil zikrullah itu ada simpanan dan keperluan bagi orang yang hidup sebagai instrument pembersihan hati,sebagai bekal,sebagai penebus kepada diri sendiri dan sebagai hadiah kepada orang lain yang masih hidup apatah lagi orang yang sudah pergi.

Mereka yang sudah mencapai maqam Tahlil Lisan boleh melaksanakan tahlil ini sendirian di rumah tetapi dengan syarat kena duduk tawarruk kiri; mengikut adab dan kaedah berzikir sepertimana yang diterima.

Rasulullah S.A.W bersabda," Wahai Abu Hurairah,talqinkanlah orang-orang yang telah mati dengan
 lafaz 'La ilaha illallah' sebab talqin itu dapat menghancurkan dosa-dosa".Maka aku bertanya,
"Ya Rasulullah,ini bagi orang-orang yang telah mati , bagaimana pula bagi rang-orang yang masih
hidup ?". Nabi menjawab," Bagi orang yang masih hidup talqin itu lebih dapat menghancurkan
dosa-dosa". Abdul Samad Al-Falembani,Siyar as-Salikin.