Apa perbezaan Tauhid Ussuluddin dengan Tauhid
Mukasyafah.Ussuluddin itu suatu ilmu pengetahuan
yang dipelajari dengan mendengar dan menjadi murid/tholib sedangkan Mukasyafah itu bukan dari
kumpulan Ilmu Tauhid tetapi ia adalah Ilmu
tasauf.
Mukasyafah itu didapati hanya
oleh seorang salik dengan cara dzauqi.Selagi tidak melalui jalan dzauqi ini,seseorang itu akan gagal untuk mencapai maqam
mukasyafah dan gagal mengenali Allah Azzawajalla dengan rasa yang Allah itu ada.Malah penerangannya juga telah
banyak cuma atas tajuk yang berlainan.Walau bagaimana pun saya menyantuni persoalan ini yang dilihat
dari sudut yang lain walaupun
pada dasarnya ia adalah cerita yang sama.
Kita semak semula hadis ini :
“Anil ehsaanu anta’budallaaha ka annaka taroohu faillam takunn tarohu fainnahu
yarooka” .
Hadis yang terkenal dengan panggilan Hadis Jibrail ini amat jelas meminta
setiap orang Islam
mempertingkatkan amalan bukan sekadar menjadi mukmin
tetapi berusaha sehingga ke
darjat mukhsin malah mukhlis.Peringkat inilah
yang dinamakan peringkat ehsan.
Di dalam hadis ini kalau kita telitikan ada 3 asas utama iaitu ISLAM , IMAN dan
EHSAN.
Islam itu diasaskan kepada 5 Rukun sepertimana yang kita pelajari dalam ILMU
FEQAH dan IMAN
itu ada 6 Rukun yang wajib kita imami dalam pelajaran Ilmu Tauhid. Manakala EHSAN
itu pula mengandungi 1 Rukun dalam Ilmu Tasauf.
Ilmu Feqah dan Ilmu Tauhid itu mengajar kita perkara-perkara mengenai
solat,halal,haram,haji dan
seumpamanya.Ilmu ini tertentu pada waktu-waktunya sahaja seperti pelajaran
haji,digunakan ia apabila
mengerjakan haji.Begitu juga dengan solat,ia dipelajari bagaimana untuk kita
mendirikan solat.
Manakala Ilmu Tasauf itu mengajar kita untuk berzikrullah,siang malam,duduk
,baring malah ia dikatakan
“ilmu orang yang nak mati”,kerana apa ; kerana apabila orang sudah nazak,dia
dah tak mampu solat lagi,
puasa pun dah tak boleh tetapi ia masih mampu berzikrullah di dalam hati,
secara sirr.
Ilmu Tasauf ini dengan jalan zikrullah yang istiqamah dan dipimpin akan membawa
seorang salik ke hadrat
Allah dengan cara dzauqi,kenal Allah dengan Allah.Maka berlakulah semasa didalam perjalanan ini
makrifatullah dan mukasyafah.Dengan itu,sampailah salik ini kepada sasaaran hadis Jibrail ini iaitu ke
darjat ehsan.
Bagaimana jalan ini ( Ilmu Tasauf ) boleh membawa seseorang itu kenal Allah
begini cepat ?
Ya , jalan ini yang dikenali sebagai tariqat itu adalah jalan rentas ( ekspres ) untuk sampai ke
hadratullah tetapi ia bukanlah laluan yang payah ; tak payah tetapi susah.Macam kita nak makan
; tak payah tapi kena juga suap,kunyah dan telan.
Susah yang macamana ; iaitu susah kena meninggalkan segala kesukaan dunia untuk
pergi beruzlah dan tinggal di suatu tempat itu untuk berkhalwat ( terpisah dari orang awam ) untuk
beberapa tempoh waktu.Yang inilah yang dikatakan susahnya ; kena tinggalkan anak isteri ( kalau pergi berkhalwat
sekeluarga lagi bagus ) ,kena tinggalkan FB , kena tinggalkan kerja,perniagaan,kena tinggalkan nonton bola , kena tinggalkan
main futsal,jahit menjahit,masak memasak,kena tinggalkan teh tarik ,tinggalkan wasap,
telegram,dan pelbagai kesukaan nafsu…tinggalkan
sekejap sahaja untuk pergi beruzlah.
Orang yang belajar Ilmu Tauhid
tu tak boleh ke sampai pada peringkat mukasyafah ini ?
Boleh tetapi jarang-jarang , seperti jarang-jarang orang
yang menjadi kaya dengan sebab terjumpa harta qorun.
Malah Ilmu ini dikatakan perjalanan menuju Allah itu
ibarat mengesot-ensot sedangkan perjalanan melalui jalan Ilmu Tasauf itu seolah-olah berlari atau terbang.
Inilah apa yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali , bukannya Imam Ghazali sahaja
yang tahu maksud kata-kata beliau tetapi beliau pada masa sebelum mendalami pengajian Tasauf ; beliau
adalah seorang ulama’ tersohor dan dijoloki dengan panggilan Hujjatul Islam.Beliau berkata mengikut pengalaman
kerohanian beliau semasa berkhalwat ( bersuluk ).
Setelah Imam Ghazali pergi mengasingkan diri untuk berkhalwat selama hampir
sebelas tahun ,barulah Allah
Taala kurniakan kefahaman dan Ilmu untuk menulis Kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab
Ihya' ini adalah syarah bagi Al-Quran.Sebab itu lah,sekembalinya beliau dari berkhalwat , beliau nukilkan
bahawa hampir-hampir ilmu kalam itu menjadi hijab untuk mengenal Allah kerana selama ini ( sebelum pergi
berkhalwat ) , sangkaan dengan segala keilmuan yang ada padanya beliau rasa sudah cukup mengenali Allah Taala
sedangkan ia berbeza dengan pengalaman mengenali Allah secara dzauqi.
Jadi apa yang dikatakan oleh para ulama’ yang ariffbillah mengenai agama adalah
melalui pengalaman rohani
mereka sendiri.Begitu jugalah kalau kita rujuk balik kepada pemahaman atau
doktrin wahdatul wujud Ibn Arabi dengan fahaman wahdatul syuhud Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi.Ibn Arabi berpegang
kepada dalil-dalil aqli sedangkan Syeikh Sirhindi memahami ketuhanan itu melalui pengalaman dzauqi.
Perhatikan contoh pada Nabi kita yang berzikrullah dan berkhalwat selama 12
tahun, selepas itulah baru
Baginda di israkkan ( inilah yang dalam Ilmu Tasauf itu dikata perjalanan
menuju Allah ) .
Kesimpulannya,letaklah sesuatu benda itu pada tempatnya.Itulah yang
dipraktiskan oleh para syeikh dan guru kita seperti diibaratkan pisau jilid kita buat bercukur ; bukannya pisau jilid
itu kita buat tebang pokok kelapa atau pun gunakan kapak untuk bercukur .
Sebenarnya , terpulanglah kepada kita sendiri samada mahu terus
bercerita-bercerita atau ghalib pada
perkara-perkara yang pelik dan ajaib malah kebanyakan dari kita masih asyik dan
khayal pada perkara-perkara yang maknawi serta istilah-istilah ketuhanan seperti
mukasyafah,makrifah,haqiqat,kenal Allah,Tahu Allah,Diri Terperi,Diri Terdiri dan pelbagai istilah lagi kesukaan pengamal Ilmu Batin sehinggalah saat kematian
menghampiri sedangkan kita tidak pernah pun memulakan langkah pertama ke arah itu ! Masih asyik dengan diri punya diri sampai tak sedar diri..
Ibarat kita bertanya mengenai perkahwinan pada Ustaz yang belum pernah
berkahwin ; kita tidak akan dapat suatu jawapan jitu dan pasti.Begitu juga kalau kita menitip Kitab Hikam yang
banyak menerangkan mengenai Ilmu Ketuhanan nescaya kita tidak akan dapat kefahaman sebenar apa yang
disampaikan oleh Syeikh Atho’illah jika kita sendiri belum sampai ke peringkat itu atau orang yang mengajar atau
mensyarahkannya juga belum terjun ke dalam dunia ketuhanan itu sendiri.
Maka jadilah ia seperti satu sketsa mengenai dua orang kawan ; Seorang kita
namakan Mat Jawa dan seorang lagi adalah budak dari Kelantan yang kita namakan dia sebagai Awea .Melintaslah seekur ular berhampiran mereka,lalu kata Mat Jawa ,” Jaga Awea ULAR tuuu ?.Terkejutlah budak
Kelantan si Awea dan berkata, “ Mano ? Katok ! Katok !.Terpingga-pinggalah si Mat Jawa ; “Bukan KATAK ,
Uulaar !. Balas si Awea , “ Doh katoklah ! “. ( 'Katok' dalam loghat Kelantan adalah pukul ).
Begitulah jugalah situasi begini akan berlaku jika kita
tidak serius memahami dan menyelami dan mendalami ilmu ketuhanan kerana sebenarnya memberi impak yang besar kepada
diri kita sendiri dari pelbagai segi zahir dan rohaniah..banyak kita akan temui nanti salah faham dan salah tanggapan.
Alangkah baiknya kalau kita terjah masuk menyelami dengan hati sanubari ke
dunia ketuhanan itu sendiri ;
merasai dan menyaksikan.Kita terjun ke dalam rahsia ketuhanan itu agar ia tidak
lagi menjadi rahsia bagi kita
sebab Allah itu mahu dikenali.
Imam Ghazali mengatakan bahawa Ilmu Mantiq atau ilmu
logik akal adalah pengenalan kepada ilmu Sains dan tidak ia mencangkupi
kepercayaan kepada maklumat atau pengetahuan yang lebih awal.Menurut Imam
Ghazali dalam Kitabnya ‘al-Mustafa min ‘ilm al-usul’ ,ilmu mantiq
atau ilmu logik akal ini diletakkan dalam dua katagori iaitu teologi atau
teori ilmu itu sendiri dan ilmu ketuhanan.
Kata beliau lagi,’Sekiranya salah satu syarat
seorang alim yang mujtahid,haruslah mendalami ilmu mantiq,perlu membawa bukti
dan menampilkan qias atau perbandingan.
Ia bertujuan untuk menilai dan mempertimbangkan bahawa ilmu logik itu diterima
akal atau tidak.
Ulama’ tasauf menyebutkan,” an aqlu lil maqkuulat “ ,
yakni akal itu untuk menerima perkara yang masuk akal.Maqkuulat itu
pada syariat dan memberi kefahaman seperti pemahaman dalam pembacaan.Kitab Tauhid,Kitab Tafsir dan seumpamanya.Jadi penerimaan akal itu kita beriman
dan kita dapat kefahaman.Ia lebih kepada perkara yang zahir.
Apabila sampai bab hakikat dan makrifat,akal
tidak boleh memainkan peranannya.Masa itulah gunanya hati,roh
dan sirr.Tetapi kita masih tidak dapat membezakan antara peranan
akal,hati, roh dan sirr itu.Kita hanya tahu dan fikir tentang akal sahaja
kerana hati,roh dan sirr itu sangat rahsia dalam tubuh kita.
Anggota jasad kita seperti mata itu untuk melihat, telinga itu untuk mendengar,
kaki itu untuk berjalan atau lidah itu untuk bertutur ; kita boleh terima
dengan mudah.
Berbeza dengan anggota yang batin itu kerana diri kita mempunyai dua lapisan
iaitu ruhhun dan jasadun.Kata ulama’ tasauf,”Hati
itu lil maqluumat”; yang akal tidak boleh masuk akal itu tetapi hati boleh
terima.Contohnya seperti peristiwa Israk dan Mikraj;dari segi
akalnya tidak boleh terima Nabi S.A.W naik ke langit tetapi peristiwa itu hanya
boleh difahami oleh hati.Orang-orang yang beriman sahaja yang gunakan hati
boleh menerima dan faham.
Roh itu pula ”Lil Musyahadah”, untuk menyaksikan perkara-perkara yang
maknawi.Kisah Imam Abu Hanifah ketika mahu menyelesaikan satu permasaalahan
mengenai jenis air basuhan pertama dari wudu’ seseorang itu samada ia
dikatagorikan sebagai air mutannajis atau sebagainya.Dibukakan hijab oleh Allah
Ta’ala ,beliau dapat melihat ketika seorang sedang mengambil wudu’; ia nampak
kotornya air itu dan berbau busuk.Maka dia terus tuliskan bahawa air itu
mutannajis.Begitulah roh beliau dapat memandang perkara yang maknawi.
Sirr itu pula adalah lubuk hati,”wa sirr lil tajalliyat”.Tempat simpanan
ilmu,kefahaman,iman dan apa yang di
musyahadahkan.Terbit niat itu dari sirr,sampai ke otak (akal) kemudian barulah
ke hati.Hatilah yang membuat keputusannya.Semua itu adalah roh sepertimana
tangan,kaki,mata itu sebagai jasad.
Kata Imam Ghazali,”nurrun latifatun robbaniyyun”, inilah roh yang mana akal itu menerima, hati
itu memahami,roh itu menyaksikan perkara yang maknawi dan sirrun itu menyimpan
rahsia.
Bagaimana jasad itu ada berbagai nama berdasarkan kegunaannya, maka begitu
jugalah dengan roh yang dinamakan dengan pelbagai nama berdasarkan kegunaannya.
Jadi,Imam Ghazali memang sebenar-benar layak bergelar Hujjatul Islam kerana
beliau mendalami kedua-dua aliran ilmu iaitu usul fikh dan tasawuf walaupun
beberapa orang telah memberi kritikan kepada pegangan dan tulisan dari
kitabnya.