Ilahi anta maksudi wa redhoka matlubi*::*La ilahaillallah Muhammadarasulullah fi kulli lamhatin wanafasin 'adadama wasi'ahu ilmullah
Friday
Tokoh Mujaddid : Shah Waliyullah ad-Dahlavi
Monday
RAHSIA HURUF MUQATTAAT Bahagian II
Huruf-huruf ringkas yang digunakan dalam Al-Quran.
Ada 28 huruf di dalam abjad Arab iaitu :


adalah nilaian angka ( nombor ) bagi setiap abjad ( huruf )
Arab iaitu :

HURUF PERTAMA

Huruf ini terkandung daripada angka :
Angka 1 bagi Huruf Alif
Angka 30 bagi Huruf Lam
Angka 40 bagi Huruf Mim
Huruf itu telah digunakan oleh Allah SWT untuk menjadi
pembukaan bagi 6 Surah iaitu :
permulaan Surah Al-Baqarah (2:1)
permulaan Surah Ali Imran (3:1)
permulaan Surah Al-'Ankabut (29:1)
permulaan Surah Al-Rom (30:1)
permulaan Surah Luqman (31:1)
permulaan Surah Al-Sajdah (32:1)
Apabila dicampurkan ketiga-tiga huruf ini ( 1 + 30 + 40 ) ,
maka jumlahnya tujoh puloh satu ( 71 ).
Maksudnya 71 tahun selepas daripada perlantikan Nabi
S.A.W ( 6 Ogos 610M) hingga sampai kepada zaman
Zaman yang dijanjikan Tuhan kepada Nabi dan para sahabat
akan datang, penguasaan tampuk khilafah yang besar dari
tangan Yahudi dan Nasoro.
Bermula dari situ ,hilanglah kekuasaan mereka yang mana
janji itu terkandung dalam 3 peringkat :
a.Zaman Alif
Iaitu isyarat kepada Zaman perlantikan Nabi
b.Zaman Lam
Iaitu peringkat 30 tahun selepas kenabian Nabi S.A.W
setelah jatuh Baitulmaqdis,pusat pemerintahan Kerajaan
Rom ke tangan umat Islam. Muawiyyah telah menawan
Negeri Syam dan bertapak di situ.
c.Zaman Mim
Iaitu isyarat selepas kejatuhan Baitulmaqdis.
Nasoro kepada pemerintahan Negara Islam oleh para sahabat-
sahabat Nabi S.A.W.
Ini adalah penyataan yang terkandung dalam rangkaian
Huruf-huruf Potong ( Huruf Singkat ) Alif,Lam,Mim

Alif Lam Mim pada Surah Al-Baqarah
Nabi S.A.W telah sempurna dalam tempoh 71 tahun.
- Ia menyatakan bahawa kekuasaan Kerajaan Islam diambil
dengan kekerasan (peperangan) daripada Kaum Yahudi /
Nasoro dalam tempoh 71 tahun.
- Menyatakan bahawa kemenangan yang dicapai oleh Umat
Islam dan keteguhan khilafah dalam tempoh 71 tahun ini
menjadi asas bagi mengembangkan ajaran Islam dan khilafah
Islam ke seluruh dunia.
- Menyatakan bahawa Qurish ialah satu umat yang mulai
membentuk satu sejarah Islam yang tinggi hasil dari perjuangan
dalam tempoh 71 tahun itu.
- Menerangkan contoh keyakinan dan kejayaan.Sebagaimana
umat yang terdahulu setelah pengukuhan Islam untuk
dikembangkan sehingga beroleh kejayaan yang dapat di
lihat dalam tempoh 71 tahun itu.
Alif Lam Mim pada Surah 'Ankabut
- Menerangkan bahawa kekuasaan pemerintahan Islam yang
dipimpin oleh Arab Quraish dalam tempoh 71 tahun itu
menjadi sebab bagi mereka untuk menjadi contoh bagi
mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Tho – isyarat kepada angka 9
Ha – isyarat kepada angka 5.
Adapun Huruf ( Tho) mengikut kiraan abjad iaitu 9 yakni
isyarat bagi Tahun ke 9 selepas kenabian Nabi
berlaku suatu peristiwa yang besar iaitu peristiwa
Israk dan Mikraj.
Mikraj Nabi S.A.W tetapi setelah diselidiki dan dihalusi mengikut
tawarikh, maka Syeikh Mahmud ( Mesir ) telah memutuskan
bahawa mikraj Nabi berlaku pada Tahun ke 9 selepas kenabian
Baginda S.A.W seperti yang dimaksudkan dengan Huruf
Huruf (Ha) mengisyaratkan kepada angka 5 iaitu 5 tahun
selepas Huruf Tho ( Tahun Mikraj ) berlakunya peperangan
Badar.
Apa yang dimaksudkan (ThoHa) ini ialah menyatakan
persamaan di mana dua orang Nabi iaitu Nabi Allah Musa a.s
dan Nabi Muhamad S.A.W dalam Tahun yang ke 9 dan
berikiutnya yakni 5 tahun selepas itu semasa ditaklifkan
solat .
Berikutan dari itu, berdirilah khilafah Islamiyah
bermula dari peristiwa Peperangan Badar sehinggalah
menguasai seluruh Semenanjung Hijaz.
Di dalam surah ini difahamkan bahawa Huruf (Tho) dan
(Ha) itu terbukti ada peristiwa di antara dua Nabi
(Nabi Musa a.s dan Nabi Muhamad S.A.W) di dalam
menerima taklif sembahyang dan kejadian Mikraj
pada tahun ke 9.
Keterangan ini adalah dari ayat Al-Quran yang menyebut
cerita tentang Nabi Musa yang menjadi anak angkat
kepada Firaun.
Pada suatu hari,Nabi Musa telah membunuh seseorang
di dalam istana Firaun kerana hendak menyelamatkan
kaumnya Bani Israel.
Firaun telah menghalau Nabi Musa dari istana lalu
menuju ia ke Mada’en.Baginda bertemu dengan anak
Nabi Syuib yang sedang mengembala kambing.
Setelah diceritakan kebaikan Nabi Musa kepada
ayahnya,lalu Nabi Syuib pun menjemput Nabi Musa
ke rumahnya dan dipelawa berkahwin dengan anaknya
itu.Mas kawinnya ialah Nabi Musa perlu memelihara
kambing selama 8 tahun dan boleh meneruskan
nya beberapa tahun lagi jika beliau mahu.
Tetapi Nabi Musa hanya mahu berkhidmat selama
8 tahun sahaja.Apabila masuk Tahun yang ke 9,
Nabi Musa kembali ke Mesir
Didalam perjalanan disebuah lembah,Nabi Musa
Nampak ada sepohon kayu yang menyala lalu Baginda
pergi ke sana bertujuan untuk mendapatkan api.
Apabila tiba,Baginda terdengar satu suara berkata,
”Hai Musa,Aku lah Tuhanmu.Hendaklah engkau
sembahyang dan mengingati Aku.
Maka nyatalah bahawa perintah sembahyang kepada
Nabi Musa itu berlaku pada tahun ke 9.Hal ini
bersamaan dengan Nabi Muhamad S.A.W berikutan
kembalinya ke Mesir kerana menyampaikan suruhan
Allah kepada Firaun dan Bani Israel.
( bersambung Bahagian III )
Tuesday
Monday
RAHSIA HURUF MUQATTAAT Bhgn 1

7. Dia lah Yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, Berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berakal. ( QS Ali Imran : 7 )
Firman Allah :


" Alif, Laam, Raa'. ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan Bahasa Arab,supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya." Surah Yusuf ayat 2 ( 12:1-2 )
Hadrat Hujjatul Islam Shah Waliyullah al-Dahlavi rh di dalam Kitabnya Al-Fauzul Kabir menerangkan bahawa tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran akan bertemu dengan 2 jenis ayat yang dipanggil Ayat Muhkamat dan Ayat Mutasyabihat. Daripada ayat-ayat di atas jelaslah bahawa Allah dengan hikmahNya Yang Maha Tinggi telah menurunkan 2 jenis ayat di dalam Al-Quran untuk memberi pengajaran kepada manusia :
1.Undang-undang dasar millah hanifiah ( Muhkamat )
2.Falsafah Islam yang meliputi segala pengajaran dan dasar yang telah diwahyukan Allah kepada Nabi Muhamad S.A.W dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu,yang mencantumkan kesemua maksud-maksud yang terkandung di dalam kitab-kitab Allah itu dengan hakikat kebenaran yang sama.Dengan sebab itu,Ayat Mutasyabihat ini umum ertinya,iaitu tidak berupa khusus.
Dari 2 jenis ayat inilah manusia dapat menentukan dasar dan dan dapat menjalankan pentadbiran khilafah Allah.
Di antara Ayat-ayat Mutasyabihat itu termasuklah juga Huruf-huruf Muqattaat ( Huruf Ringkas) yang digunakan dalam Al-Quran bagi pembukaan surah-surah. Di dalam Al-Quran telah dimulai dengan Huruf-huruf Muqattaat pada pembukaan 29 surah kesemuanya.
Ada 5 jenis Huruf Ringkas atau dipanggil Huruf Potong yang terdapat didalam Al-Quran iaitu :

1. Huruf Sod : permulaan Surah Sod (38:1)

Huruf Nun : permulaan Surah Al-Qalam.(27:1)

Huruf Khaf : permulaan Surah Khaf (50:1)

2. Huruf Tho Ha : permulaan Surah Tho Ha (20:1)

Huruf Tho Sin : permulaan Surah Namlu (27:1)

Huruf Ya Sin : permulaan Surah Yasin (36:1)

Huruf Ha Mim :
a. permulaan Surah Ghafir (40:1)
b. permulaan Surah Fussilat (41:1)
c. permulaan Surah Al-Syura (42:1)
d. permulaan Surah Al-Zukhruf (43:1)
e. permulaan Surah Ad-Dukhan (44:1)
f. permulaan Surah Al-Jathiyah (45:1)
g. permulaan Surah Al-Ahqaf (46:1)

3. Huruf Alif Lam Mim :
a. permulaan Surah Al-Baqarah (2:1)
b. permulaan Surah Ali Imran (3:1)
c. permulaan Surah Angkabut (29:1)
d. permulaan Surah Al-Rum (30:1)
e. permulaan Surah Luqman (31:1)
f. permulaan Surah As-Sajdah (32:1)

Huruf Alif Lam Ro :
a. permulaan Surah Yunus (10:1)
b. permulaan Surah Hud (11:1)
c. permulaan Surah Yusuf (12:1)
d. permulaan Surah Ibrahim (14:1)
e. permulaan Surah Al-Hijr (15:1)

Huruf Tho Sin Mim :
permulaan Surah Syu’ara (26:1)

4. Huruf Alif Lam Mim Sod :
permulaan Surah Al-A’raf (7:1)

Huruf Alif Lam Mim Ro :
permulaan Surah Ar-Roddu (13:1)

5. Huruf Khaf Ha Ya ‘Ain Sod :
permulaan Surah Maryam (19:1)

Ertinya “Dan pada hal tidak ada orang yang mengetahui takwilannya yang sebenar selain dari Allah dan ulama’ "yang mendalam dalam ilmunya”
Ada sesetengah ulama’ yang membaca ayat di atas ini dengan berhenti atau waqaf pada Ha Allah.
Mengikut bacaan ini, huruf wau pada (wa rashikuna) itu, menjadi wau istiknaf ( permulaan jumlah yang lain )
maka berertilah Ayat-ayat Mutasyabihat itu tidak ada siapa pun, termasuklah Jibrail yang membawa wahyu
kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang menerima wahyu boleh memahami ertinya kecuali Allah Ta’ala jua.Adapun ulama’ al-rashikun, mereka hanya menerima dan beriman sahaja kepada kehendak Allah dengan taklid, meski pun mereka tidak ketahui apa-apa maksudnya sekali pun.
Ulama’ Mufassirin yang memahami seumpama ini ialah dari golongan yang mementingkan qawa’id nahu dan tertib balaghah bahasa sahaja.Mereka tidak mengambil pedoman tafsiran mereka kepada zuk Quraish dan tafsiran yang dinaqalkan daripada al-immah Mufassirin pada zaman sahabat Nabi S.A.W seperti Saidina Abdullah ibn Abbas menerusi riwayat yang sahih sebagaimana yang dicatit oleh Imam Bukhari dalam jame’nya daripada riwayat Mujahid dan lain-lain.
Murid Sayyidina Abdullah ibn Abbas dengan sebab mereka kurang menghalusi dan cermat di dalam memahami selok belok tafsiran itu,mereka telah menyeleweng daripada maksud yang sebenar.Hasil dari kelemahan itu,mereka telah simpulkan bahawa Ayat-ayat Mutasyabihat termasuk Huruf-huruf Potong atau Huruf Ringkas itu ; “Wallahu a‘lam bi muroddih “.
Hadrat Imam Fakhruddin Al-Razi rh di dalam tafsirnya telah menyangkal pendapat-pendapat ulama’ yangmenyeleweng ini.Katanya,” Maka oleh sebab yang demikian, jikalau datang sesuatu ( dalam Al-Quran ) yang dak ada jalan untuk mengetahui dengannya, nescaya tutur kata itu berlaku seperti tutur kata orang Arab dengan Bahasa Zinji manakala hal yang demikian tidak harus berlaku di dalam Al-Quran. Tujuan dari perkataan itu adalah untuk memberi faham, maka sekiranya perkataan dalam Al-Quran itu tidak boleh difaham nescaya tutur kata yang terkandung di dalamnya adalah sia-sia dan safih atau kurang bijak“
Allah Ta’ala telah menyuruh menghayati ( tadabbur ) kepada Al-Quran.Sekiranya Al-Quran itu sebuah Kitab yang tidak difaham,maka bagaimanakah Allah perintahkan supaya tadabbur kepada isi kandungannya ?.
Firman Allah, “ Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dari Tuhan Seru Sekalian Alam, menurunkannya oleh Ruhu Al-Amin ( Jibrail ) ke dalam hati engkau (Wahai Muhammad ) supaya engkau menjadi seorang munzir ( orang tang memberi peringatan ) kaumnya dengan bahasa Arab yang terang dan nyata “
Sekiranya Al-Quran itu sebuah kitab yang tidak boleh difaham, maka Nabi Muhammad S.A.W dengan sendirinya terbatal dan gugur daripada jawatannya sebagai munzir. Maka mustahillah boleh berlaku perintah-perintah ini jikalau di dalam Al-Quran itu bercampur aduk perkataan yang boleh difaham dan yang tidak boleh difaham.
( Rujuk juga Kitab Ibn Taimiyah : Al-Akil fi Al-Mutashabih wa ta’wil )
Menurut Imam Shah Waliyullah Al-Dahlavi r.h , dalam memahami maksud ayat Mutasyabihat ini, perlulah seseorang itu berpengetahuan di dalam 3 peringkat iaitu :
2.Ilmu Aqal
3.Ilmu Kasyaf.
Jika seseorang itu lemah mana-mana satu dari yang 3 itu, maka ia tercacat dalam usaha mengenalkan 3 perkara penting iaitu :
1.Syariat
2.Haqikat
3.Makrifat.
Firman Allah,
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan- keterangan Yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kita suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.”
An-Nahl ayat 44 (16:44)
Al-Quran itu diturunkan untuk kamu mendapat fahaman.Jika ia tidak difahami maka ia bertentangan akan kehendak Allah sendiri Malah jikalau Rasulullah tiddak dapat faham maksud Huruf Potong ( Huruf Ringkas ) tersebut; bagaimana Baginda boleh berdakwah kerana ada terdapat kelemahan-kelemahan lain pada Baginda itu !
Ajaran Nabi Muhammad S.A.W mengenai Al-Quran itu terbahagi kepada dua (2) iaitu :
1. Syariat – membicarakan tentang halal,haram,makruh,wajib, sunat dan sebagainya.
2.Hakikat – membicarakan mengenai rahsia Ihsan (Ketuhanan), roh,ubudiyyah dan taqarrub. Bab ini tidak dapat difahami oleh semua ulama’ kecuali ulama’ yang muhaqqiqi’ sahaja.
Oleh sebab itu tidaklah harus berpegang pada sesorang saja dalam mentafsirkan Al-Quran kecuali mereka yang berpengetahuan.
Shah Waliyullah Al-Dahlawi r.h (1114-1176 H) seorang mujaddid dan Guru.Tariqat telah menerangkan
bagaimana pegangan tafsir yang dijadikan asas iaitu Kitabul Tafseer Imam Bukhari dengan Riwayat yang sahih dari Abdullah Ibn Abbas r.a dan ulama’-ulama’ yang terpilih.
Mereka telah sependapat bahawa rahsia Huruf Potong (Huruf Ringkas) ini dapat difahami malah tiada satu huruf pun dalam Al-Quran yang tidak dapat difahami oleh makhluk kerana Allah menurunkan Al-Quran mengikut apa yang difahami oleh hambaNya.
Ramai ulama’ tersilap dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat kerana mereka menganggap bahawa ayat-ayat mutasyabihat ini tidak dapat difahami selain daripada Allah.Pada hal di dalam ayat ini telah diterangkan bahawa ia hanya dapat difahami oleh Allah dan ulama’ rashikun phil ilmin yang memahaminya.
Firman Allah,
”Sebenarnya Al-Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu “
Al-Ankabut ayat 49 (29:49)
Nabi Muhammad,para sahabat dan ulama’ kemudian daripadanya seperti Imam Bukhari itu tidak syak lagi mereka itu dari golongan rashikun phil ilmin yang boleh memahami rahsia huruf muqataat (huruf ringkat) di dalam Al-Quran itu.
Maulana Ubaidillah As-Sindhi (1872-1944 H) berkata,bermula huruf-huruf yang digunakan dalam Al-Quran itu ialah bilangan yang diketahui di kalangan umat Yahudi dan Bangsa Arab pada
masa itu dengan kiraan abjad.
(bersambung Bahagian II)
Saturday
TAWASUL
Bertawasul itu ternyata bukanlah semata-mata sebagai ilmu
atau amalan yang dikembangkan oleh orang-orang yang bertariqat
saja,tetapi Rasulullah S..A.W sendiri bertawasul, dan semua
umat Islam bertawasul di dalam solatnya (yakni ketika
bertasyahud).
Kita membaca do’a tasyahud dengan bacaan berikut:
“Ya Allah berikan limpahan selawat dan salam kepada Nabi
Muhammad S.A.W dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah
berikan itu semua kepada Nabi Ibrahim beserta keluarganya”.
Tawasul ini adalah berdasarkan fakta ibadah yang selalu
kita lakukan sehari-harian.Nabi Ibrahim disebut dalam kalimah
tasyahud tersebut yang memiliki jarak waktu ratusan abad
sebelum Nabi kita S.A.W ,masih dijadikan asal usul utama para
para Nabi dan Rasul lainnya. Hal ini adalah kerana dari sulbi
beliau lahirnya generasi para Nabi setelahnya yang sambung
menyambung hingga kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Pribadi Nabi Ibrahim a.s itu ternyata memiliki keteladan bagi
orang-orang sesudahnya berkenaan tauhid, yakni teguh dalam
mempertahankan keyakinannya.
Demikian pula tersebut dalam suatu doa Nubuwwahnya Baginda
S.A.W bersabda:
“Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dengan
haq orang-orang yang bermohon kepada Engkau”.
(ii) Para Nabi terdahulu melakukan tawasul
Ketika anak-anak Nabi Yaakub as merasa bersalah (karena
berusaha mencelakakan Nabi Yusuf as.), mereka semua menghadap
orang tuanya, dan memohon kepada Nabi Yaakub as. “Wahai ayah
kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami,
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa)”.
Nabi Yaakub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada
Tuhanku. Sesungguhnya Dialah Yang Pengampun lagi Penyayang
kepada seluruh hamba-Nya”. Surah Yusuf : 96-98).
Inilah salah satu bukti Tawasul yang dilakukan pada masa dahulu.
(iii) Para sahabat bertawasul
Diriwayatkan oleh Utsman bin Hunaif: ‘Seorang lelaki datang
kepada Rasulullah dan berkata: ‘Mohonkanlah kepada Allah agar
menyembuhkanku’.
Nabi S.AaW bersabda: ‘Jika engkau menghendaki aku akan
mendoakanmu,tapi jika engkau mau bersabar, maka itu lebih
baik bagimu’.
Orang itu berkata: ‘Doakanlah ! Nabi kemudian menyuruhnya
berwuduk dengan lalu solat 2 rakaat, dan beliau berdoa:
“Ya Allah, aku memohon kepada Mu dengan perantara Nabi
Mu Muhammad, Nabi Rahmat. Wahai Muhammad, dengan
perantaraanmu aku memohon kepada Allah agar mengabulkan
hajatku. Ya Allah, terimalah syafa’atnya untukku….’
(iv) Orang-orang Yahudi pernah bertawasul dengan Nabi S.A.W
Allah Ta’ala berfirman:

“Dan setelah datang kepada mereka Al-Quran dari Allah yang
membenarkan apa yang ada pada mereka, padahal sebelumnya
mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat
kemenangan atas orang-orang kafir,maka setelah datang
kepada mereka apa yang telah mereka ketahui,
mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allahlah atas
orang-orang yang ingkar itu”.Surah Al-Baqarah : 89
Berkata Ibnu Abbas ra.: Orang-orang Yahudi Khaibar pada
masa dahulu memerangi suku Ghathafan, tetapi setiap
bertempur, Yahudi menderita kekalahan.
Merekapun berlindung dan memanjatkan doa:
“Ya Tuhanku, sesungguhnya kami memohon dengan haq
(kebenaran) Nabi yang Ummi, yang dijanjikan kepada kami
akan datang kepada kami di akhir zaman, agar Engkau
menolong kami mengalahkan mereka (musuh kami)”.
Setiap bertempur mereka berdoa seperti ini sehingga akhirnya
berhasil mengalahkan suku Gathafan. Namun setelah Nabi
Muhammad S.A.W diutus kepada mereka, mereka (orang-orang
Yahudi itu) mengingkarinya. Maka turunlah ayat tersebut di
atas yang menyebabkan laknat Allah turun atas mereka
(orang-orang Yahudi)
Dalam riwayat lainnya diketengahkan oleh Ibnu Abu Hatim,
dari Said atau Ikrimah, dari Ibnu Abbas, bahwa orang-orang
Yahudi Madinah biasa memohon kemenangan terhadap orang-orang
Aus dan Khazraj atas nama kedatangan Rasulullah S.A.W
sebelum kebangkitannya. Maka setelah Allah membangkitkannya
dari golongan Arab, mereka kafir kepadanya dan membantah apa
yang pernah mereka katakan mengenainya.
Maka kata Muadz bin Jabal, Bisyr bin Barra, dan Daud bin
Salamah kepada mereka: “Hai golongan Yahudi, takutlah kamu
kepada Allah dan masuk Islamlah! Bukankah kalian selama ini
meminta kedatangan Muhammad untuk membantu kamu terhadap kami,
yakni sewaktu kami berada dalam kemusyrikan, kamu katakan
bahwa ia akan dibangkitkan bahkan kamu lukiskan sifat-sifatnya!”
Jawab Salam bin Misykum: “Ia tidak membawa ciri-ciri yang kami
kenal,dan dia bukanlah seperti yang kami sebutkan kepadamu dulu”.
(v) Para Ulama yang bertawasul
Banyak para Ulama yang mengamalkan tawasul, di antaranya, yaitu:
1. Syekh Ahmad Khatib Minangkabawi, dalam permulaan kitabnya
yang bernama Nafahat Syarah Waraqat disebutkan:
“Berkata saya Ahmad bin Abdillah al Khatib yang faqir kepada
Allah, Tuhan yang memperkenankan doa, Tuhan yang diharapkan
maaf dan ampunanNya, dengan kebesaran RasulNya yang dikasihi”.
2. Syekh Sayid Bakri Syatha (w. 1310 H), di akhir kitabnya
I’anatut Thalibin menyebutkan:
“Saya tunduk merendah diri kepada Allah dan saya memohon
karuniaNya, bertawasul dengan NabiNya yang mulia, supaya
karangan ini berfaedah sebagaimana faedah yang telah dicapai
oleh asalnya …… “
3. Syekh Nawawi al Bantani, menyebutkan di akhir kitabnya
Tijanud Darari:
“Dan kepada Allah saya bermohon dan dengan NabiNya saya
bertawasul, supaya dijadikanNya kitab ini ikhlas bagi
wajahNya yang mulia”.