Imam Al-Kabir Sheikh Ahmad Abdur Rahim Ibn As-Shahid Wajihuddin Ibn Mu’azzam
Ibn Mansur Ibn Ahmad Ibn Mahmud Dahlawi adalah nama sebenarnya tetapi beliau
lebih dikenali dengan gelaran Shah Waliyullah.Shah Waliyullah adalah tokoh ulama’
yang mahir dalam ilmu failosof,pujangga,seorang sufi ,Muhaddis dan juga Guru Tariqat.
Digelar juga sebagai seorang mujaddid ( reformis atau pembawa pembaharuan ) oleh Syeikh
Rashid Redha.
Lahirnya pada 21 Febuari di sebuah kampong kecil bernama Pulth,daerah Muzaffaragh,
dekat Delhi,India bersamaan, 4hb.Syawal 1114 H / 1702 Masihi 4 tahun sebelum
kematian Sultan Aurangzeb.Salasilah keturunannya di sebelah ayahnya sampai kepada
Sayyidina Umar Al-Faruq dan di sebelah ibunya sampaikepada Imam Musa Khazim r.a.
Datuknya,Syeikh Wajihuddin al-Amri as-syahid adalah cucu kepada Sayyid Nur al-Mashadi,
keturunan Sayyid Nasaruddin as-syahid bersambung dengan keturunan Al-Imam Musa al-Khazim.
Bapanya Syeikh Abdul Rahim merupakan seorang Pegawai penting dalam angkatan tentera Shah Jahan.Bapanya jugadikenali sebagai seorang yang wara’,tawaddu’,terhormat dan alim yang
menjadi tempat ruju’ kepada orang Islam di India.Malah dia salah seorang yang menyumbang
kepada penghasilan Fatawaa Alamgiriyah iaitu satu kod hukum syara’.Shah Waliyullah telah dapat menghafaz al-Quran ketika berumur 7 tahun lagi. Semasa umurnya 15 tahun,beliau telah dapat
menguasai banyak cabang ilmu seperti ilmu bahasa ( Arab dan Parsi),Tafsir,Hadis,Feqah,
Usul Fiqh,Tauhid,Tasauf,Hisab,Perubatan dan Falsafah.Beliau belajar dibawah asuhan ayahnya
kemudian menjelang umurnya 17 tahun,ayahnya meninggal dunia pada Tahun 1131 H / 1719 M
dan beliau mengambil alih Madrasah Rahimiyah dan mengajar di situ selama 12 tahun.
India suatu masa dulu merupakan Negara yang melahirkan beberapa ugama besar dunia seperti Hindu,
Budha,Jai dan Sikh.Pada permulaan kurun ke 16, sebuah empayar besar dikenali sebagai Empayar Moghul
telah menguasai India tetapi pada kurun ke 18,India mula dikuasai oleh Kompeni Hindia Timur Inggeris.
Shah Abdur Rahim,bapanya hidup di zaman puncakkegemilangan pemerintahan Aurangzeb Alamghir.Maharaja itu sendiri seorang yang alim dan wara’.Empayar ini sangat kuat tetapi orang-orang Hindu dan Syiah selalu membuat kacau dan huru-hara.
Dasar kerajaan selepas itu menjadi sebab kejatuhan kerajaan Moghul sehinggalah itu Aurangzeb meninggal
dunia,keadaan empayar itu bertambah hancur.Shah Waliyullah seorang tokoh yang hidup berlatar
belakangkan keruntuhan empayar Islam dan permulaan pendudukan Inggeris.Zaman itu adalah zaman kejatuhanpolitik.Kejatuhan politik adalah gejala keruntuhan akhlak yang membawa kepada keruntuhan ekonomi dan keruntuhan moral.
PENDIDIKAN
Shah Waliyullah memerhati dengan teliti keruntuhan empayar yang beransur-ansur itu dan memerhatikan
perpecahan umat Islam di mana-mana.Ini menyebabkan beliau berfikir untuk melakukan sesuatu bagi
menggelakkan kehancuran terus berlaku. Sebelum mempraktikkan renungan dan pendapat beliau,adalah
lebih baik baginya mendalami dan menyempurnakan ilmu hadis terlebih dahulu.
Oleh itu, pada Tahun 1143 H, Shah Waliyullah telah melanjutkan pelajaran ke Hijaz di Tanah Haram dan
berguru dengan Syeikh Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim Al-Kurdi Al-Madani,seorang ahli hadis dan beberapa orang lagi.Dalam masa 2 tahun sahaja,beliau telah dapat menguasai banyak cabang ilmu dan dapat bergaul dengan ulama’-ulama’ di Mekah dan Madinah serta menunaikan haji.Ketika di Mekah, beliau bermimpi bertemu Rasulullah yang berpesan agar beliau mendamaikan kelompok Ibnu Arabi
yang berfahaman Wahdatul Wujud dan kelompok Ahmad Sirhindi yang berfahaman Wahdah al-Shuhud.
SUMBANGAN
Beliau kembali semula ke India dan meneruskan meneruskan kegiatan dan gerakannya di Madrasah Rahimiyyah.Apabila bertambah maju,beliau membuka pusat pengajian baru yang dikenali sebagai Darul Ulum.Shah Waliyullah berjuang memperkenalkan Islam sebagaimana sebenarnya dan menyerang bidaah dan
pendapat yang menyeleweng yang dikemukakan oleh ulama’ yang sempit fikiran dan orang-orang sufi yang palsu.Shah Waliyullah membuktikan sesuatu pandangan dan pendapat itu bersesuaian dengan logik ddan akal fikiran tetapi tidak sesekali menundukkan ugama kepada akal sahaja sehingga agama tertakluk kepada akal semata-mata.
Shah Waliyullah berjasa besar kepada umat Islam dalam bidang pembaharuan ilmu dan pemikiran Islam.As-Sayyid Sabak menyifatkan beliau setanding dengan Imam Ghazali dan Ibn Taimiyyah.Ini adalah disebabkan beliau terkenal sebagai mujaddid yang gigih,tekun dan sabar dalam perjuangan.Di zaman Shah Waliyullah,bahasa resmi di Benua Indo-Pakistan ialah Bahasa Parsi.Sebilangan besar orang mengetahui bahasa ini dan ia lebih popular dari bahasa lain.Oleh itu beliau merasakan perlunya dibuat terjemahan
Al-Quran dan tafsirannya ke dalam Bahasa Parsi itu.
Dalam bidang Ulum al-Quran,beliau telah memperkenalkan beberapa jenis ilmu yang diterangkan dalam nas-nas al-Quran dengan begitu jelas iaitu :
a. Ilmu al-Mukhaasamah
b. Ilmu al-Tazkir bi Aalillah
c. Ilmu al-Tazkir bi Ayyamillah
d. Ilmu a—Tazkir bi al-Maut wa Ba’dahu
Ada banyak kitab-kitab karangan beliau termasuklah beberapa Risalah yang mana Kitab Hujjatullah al-Balighah adalah antara yang masyhur sekali.Setakat yang dapat dikesan,karya Shah Waliyullah semuanya berjumlah 71 dan berikut ini adalah diantaranya :
1. Al-Fauzul Kabir – Tafsir Al-Quran
2. Fathurrahman fi tarjamtil Quran – Tafsir ( Parsi )
3. Az-Zahrawain – Tafsir Surah Al-Baqarah dan Ali-Imran
4. Takwilul Hadis – Tafsir yang menumpukan kepada kisah Nabi
5. Al-Musoffa syarah al-muwatta’ – Hadis ( Parsi )
6. Al-Musawwa syarah al-muwatta’ – Hadis ( Arab )
7. Syarhu tarjumil abwabi Bukhari – Hadis ( Arab )
8. An-nuwadiru min ahadithsi sayyidil awwali wal akhir –Hadis ( Arab )
9. Addurussaminu fi mubasyirotin nabiyyil amin –Hadis ( Arab )
10. Al-Irsyadu fi muhammatil istinad – Hadis ( Arab )
11. Insanu aini fi masyaeikhi haramain – Hadis ( Parsi )
12. Hujjatul al-Balighah – Hikmah-hikmah Syariat ( Arab )
13. Izalatul khafa i an khilafatil khulafa i – Akidah ( Parsi )
47. Kashful ghain fi syarh-ir-ruba’iyatain – ( Parsi )
48. Sarf-i-mir – ( Parsi )
49. As-Sirrul maktum fi asbab tadwinil ulum – ( Arab )
50. Al-Intibahu fi salasili aulia Illah wa asanid warithi Rasulillah– Tasauf ( Parsi )
PERANAN DALAM GERAKAN TAJDID WAL ISLAH
Pada awal abad ke 12 Hijrah,Shah Waliyullah telah mempelopori gerakan Tajdid wal Islah, iaitu gerakan
pembaharuan dalam kesedaran dan pembangunan semula masyarakat Islam yang dipergiatkan lagi oleh Al-Sayyid Jamaluddin Afghani al Husaini dalam abad ke 13 Hijrah.Pada zaman permulaan abad ini,orang-orang yang dianggap ulama’ pada masa itu pula menjadi penganjur kepada amalan-amalan bidaah dan khurafat.
Perbincangan-perbincangan tentang masalah khilafiah baik yang berpunca dari Al-Quran atau Hadis atau Feqah seringkali berakhir dengan pergaduhan dan masam muka.Apa yang pasti, ulama’-ulama’ itu bersependapat di dalam mengekalkan orang-orang awam dalam kejahilan.Demikianlah keadaan umat Islam pada awal abad ke 12 Hijrah atau permulaan abad ke 18 Masihi.Keadaan seperti itulah selalunya menghendaki kedatangan seorang tokoh mujaddid seperti Shah Waliyullah.
Rasulullah pernah menyebutkan,
“Sesungguhnya Allah menghantar untuk umat ini dipermulaan 100 tahun orang-orang yang memperbaharui
untuknya agamanya” ( HR Abu Daud ).
Beliau memperjuangkan pemikiran pembaharuan dalam beberapa aspek iaitu :
1.Akidah – Beliau menjelaskan betapa pentingnya akidah untuk membetulkan cara berfikir,beramal dan
bertindak.Banyak kesilapan berlaku di kalangan umat Islam kerana salah faham dalam akidah.
2.Berpegang kepada Al-Quran dan Sunah – Beliau menganjurkan supaya ilmu Al-Quran dan Sunah dipelajari secara mendalam supaya umat Islam dapat memahami rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah dalam syariat Allah Ta’ala ,seperti yang difahami oleh umat Islam terdahulu.Orang Islam hendaklah mengutamakan Al-Quran dan Sunah sebagai panduan hidup,serta meninggalkan taklid kepada pendapat-pendapat fuqaha melainkan setelah dibahas,dihalusi dan difahami hujah-hujah mereka.
3.Siasah dan pemerintahan – Beliau mengajak umat Islam mencontohi khulafa ar-rasyidin dalam menegakkan syariat Allah melalui pemerintahan Negara Islam.Kitab beliau,”Khilafatul khafa-i-an tarikhil khulafa-i” antaranya menjelaskan tentang cirri-ciri Negara Islam,kewajipan dan tanggungjawab menegak dan memeliharanya.
4.Bahasa Arab – Kebanyakan orang Islam tidak memahami Bahasa Arab,ini menyebabkan mereka tidak
memahami Al-Quran dan Sunah secara langsung.Setiap orang Islam sepatutnya tahu Bahasa Arab dan dapat memahami makna Al-Quran sekurang-kurangnya secara umum apabila membacanya.
5.Masa depan Dunia Islam – Dalam perjuangan gerakan Islam, Shah Waliyullah melihat umat Islam perlu bersedia dengan kemampuan akal yang tinggi bagi menghadapi kemajuan dunia.Mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan kefahaman tentang hikmah-hikmah ajaran Islam dan syariat Allah.Beliau menganjurkan, sekiranya sesebuah negara itu tidak dapat dibaiki lagi kerana terlalu rosak, satu angkatan jihad
bagi menumbangkan pemerintahan itu hendaklah diujudkan supaya dapat dibentuk sebuah Negara Islam baru yang dapat melaksanakan syariat Allah.
KEJAYAAN SHAH WALIYULLAH
Usaha beliau dalam gerakan Tajdid wal Islah, penyebaran ilmu pengetahuan yang benar dan membentuk syakhsiah Islamiah telah melahirkan satu angkatan ulama’ yang dapat meneruskan perjuangannya.Begitu juga institusi pengajian yang terus berkembang.Boleh dikatakan seluruh umat Islam India terhutang budi kepada Shah Waliyullah kerana ilmu pengetahuan,gerakan dan contoh perjuangan yang ditunjukkan di abad
ke 12 Hijrah.
Beliau ada 6 orang anak.Antara anaknya yang masyhur yang menuruti perjuangannya ialah Shah Abdul Aziz
( 1159-1239 H ),Shah Rafi’uddin ( 1163-1233 H ),Shah Abdul Kadir ( meninggal pada 1230 H ) dan Shah Abdul Ghani ( meninggal pada 1230 H ) serta cucu-cucunya Shah Muhammad Ishak ( meninggal pada 12227 H ) dan Shah Ismail Hunaid ( meninggal pada 1246 H ).
Mereka telah mengarang beberapa kitab dan meneruskan perjuangan Shah Waliyullah.Selepas beliau meninggaldunia,anaknya Shah Abdul Aziz mengantikan tempatnya.Cucu Shah Waliyullah iaitu Al-Imam Muslih Sheikh Ismail bin Shah Abdul Ghani telah memainkan perananbesar dalam perjuangan Islam di India.
SUMBANGAN SHAH WALIYULLAH DALAM ILMU KALAM
Ilmu Kalam sebenarnya dimaksudkan untuk membuktikan agama Islam itu benar-benar datang dari Allah.Agama Islam yang datangnya dari Allah itu pada umumnya terbahagi kepada 2 iaitu :
a. ‘Aqaid b. Ahkam
Kitab-kitab Ilmu Kalam yang ditulis sebelum Shah Waliyullah pada keseluruhannya hanya memperkatakan
tentang ‘aqaid sahaja.Tidak ada sesiapa pun menyentuh bahagian keduanya.Shah Waliyullah lah orang yang mula-mula menulis di bahagian kedua untuk membuktikan Islam itu benar-benar datang dari Allah.
Satu perkara besar yang langsung tidak disentuh ahli-ahli Ilmu Kalam dahulu dan hanya diutarakan oleh
Shah Waliyullah ialah mereka menonjolkan mukjizat Al-Quran disudut fashahah dan balaghahnya sahaja
sedangkan mukjizat Al-Quran yang paling besar terletak pada prinsip-prinsip akhlak dan cara-cara
tazkiatu an-nasf,konsep tauhid,risalah dan ma’ad yang tersebut di dalamnya.Semua perkara-perkara tersebut adalah terletak di luar kemampuan manusia.
Shah Waliyullah menjauhi diri dari berat sebelah dan beliau sentiasa menyembelahi kebenaran dan keadilan dalam membuat kesimpulan dan pendapat.Shah Waliyullah adalah seorang yang alim yang sebenarnya dalam bidang hadis dan feqah.Benarlah pendapat Maulana Ubaidillah Sindhi yang menyamakan peringkatnya sama taraf dengan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.
Beliau mempelajari sistem kesufian dari bapanya dan mengamalkan Tariqat Naqsyabandi.Beliau diberi gelaran Waliullah bersempena gambaran daripada nama Allah, Al-Wali.
Shah Waliyullah juga adalah orang yang menerangkan mengenai Rahsia Huruf Muqattaat ( Ayat-ayat
Mutasyabihat ) atau juga dikenali sebagai Huruf Potong / Huruf Ringkas .
Beliau meninggal dunia pada 29hb.Muharram 1176 H / 1763 M iaitu ketika berumur 61 tahun 4 bulan.
Dalam tahun 1383 H/1963 M, Akademi Shah Waliyullah telah didirikan secara resmi di Hyderabad oleh Jabatan Auqaf,Pakistan.
Apabila dicampurkan ketiga-tiga huruf ini ( 1 + 30 + 40 ) , maka jumlahnya tujoh puloh satu ( 71 ).
Maksudnya 71 tahun selepas daripada perlantikan Nabi S.A.W ( 6 Ogos 610M) hingga sampai kepada zaman
pemerintahan Muawiyyah di Negeri Syam.
Zaman yang dijanjikan Tuhan kepada Nabi dan para sahabat akan datang, penguasaan tampuk khilafah yang besar dari tangan Yahudi dan Nasoro.
Bermula dari situ ,hilanglah kekuasaan mereka yang mana janji itu terkandung dalam 3 peringkat :
a.Zaman Alif Iaitu isyarat kepada Zaman perlantikan Nabi S.A.W
b.Zaman Lam Iaitu peringkat 30 tahun selepas kenabian Nabi S.A.W setelah jatuh Baitulmaqdis,pusat pemerintahan Kerajaan Rom ke tangan umat Islam. Muawiyyah telah menawan Negeri Syam dan bertapak di situ.
c.Zaman Mim Iaitu isyarat selepas kejatuhan Baitulmaqdis.
Dalam 3 peringkat ini,berpindahlah kekuasaan Kaum Yahudi dan Nasoro kepada pemerintahan Negara Islam oleh para sahabat- sahabat Nabi S.A.W.
Ini adalah penyataan yang terkandung dalam rangkaian Huruf-huruf Potong ( Huruf Singkat ) Alif,Lam,Mim
Alif Lam Mim pada Surah Al-Baqarah -Ia menunjukkan khilafah Islam yang diberikan kepada Nabi S.A.W telah sempurna dalam tempoh 71 tahun.
Alif Lam Mim pada Surah Al-Imran -Ia menyatakan bahawa kekuasaan Kerajaan Islam diambil dengan kekerasan (peperangan) daripada Kaum Yahudi / Nasoro dalam tempoh 71 tahun.
Alif Lam Mim pada Surah Al-Rum -Menyatakan bahawa kemenangan yang dicapai oleh Umat Islam dan keteguhan khilafah dalam tempoh 71 tahun ini menjadi asas bagi mengembangkan ajaran Islam dan khilafah Islam ke seluruh dunia.
Alif Lam Mim pada Surah Lukman -Menyatakan bahawa Quraish ialah satu umat yang mulai membentuk satu sejarah Islam yang tinggi hasil dari perjuangan dalam tempoh 71 tahun itu.
Alif Lam Mim pada Surah Sajdah -Menerangkan contoh keyakinan dan kejayaan.Sebagaimana umat yang terdahulu setelah pengukuhan Islam untuk dikembangkan sehingga beroleh kejayaan yang dapat di lihat dalam tempoh 71 tahun itu.
Alif Lam Mim pada Surah 'Ankabut -Menerangkan bahawa kekuasaan pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Arab Quraish dalam tempoh 71 tahun itu menjadi sebab bagi mereka untuk menjadi contoh bagi mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
HURUF KEDUA
Huruf ini mempunyai nilai 14
Tho – isyarat kepada angka 9 Ha – isyarat kepada angka 5.
Adapun Huruf (Tho) mengikut kiraan abjad iaitu 9 yakni isyarat bagi Tahun ke 9 selepas kenabian Nabi S.A.W telah berlaku suatu peristiwa yang besar iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
Ada perselisihan ulama’ mengenai tahun sebenar peristiwa Mikraj Nabi S.A.W tetapi setelah diselidiki dan dihalusi mengikut tawarikh, makaSyeikh Mahmud ( Mesir ) telah memutuskan bahawa mikraj Nabi berlaku pada Tahun ke 9 selepas kenabian Baginda S.A.W seperti yang dimaksudkan dengan Huruf (Tho) itu.
Huruf (Ha) mengisyaratkan kepada angka 5 iaitu 5 tahun selepas Huruf Tho ( Tahun Mikraj ) berlakunya peperangan Badar.
Apa yang dimaksudkan (ThoHa) ini ialah menyatakan persamaan di mana dua orang Nabi iaitu Nabi Allah Musa a.s dan Nabi Muhamad S.A.W dalam Tahun yang ke 9 dan berikutnya yakni 5 tahun selepas itu semasa ditaklifkan solat .
Berikutan dari itu, berdirilah khilafah Islamiyah bermula dari peristiwa Peperangan Badar sehinggalah menguasai seluruh Semenanjung Hijaz. Di dalam surah ini difahamkan bahawa Huruf (Tho) dan (Ha) itu terbukti ada peristiwa di antara dua Nabi (Nabi Musa a.s dan Nabi Muhamad S.A.W) di dalam menerima taklif sembahyang dan kejadian Mikraj pada tahun ke 9. Keterangan ini adalah dari ayat Al-Quran yang menyebut cerita tentang Nabi Musa a.s yang menjadi anak angkat kepada Firaun. Pada suatu hari,Nabi Musa a.s telah membunuh seseorang di dalam istana Firaun kerana hendak menyelamatkan kaumnya Bani Israel. Firaun telah menghalau Nabi Musa a.s dari istana lalu menuju ia ke Mada’en.Baginda bertemu dengan anak Nabi Syuib a.s yang sedang mengembala kambing.
Setelah diceritakan kebaikan Nabi Musa a.s kepada ayahnya,lalu Nabi Syuib a.s pun menjemput Nabi Musa a. ke rumahnya dan dipelawa berkahwin dengan anaknya itu.Mas kawinnya ialah Nabi Musa a.s perlu memelihara kambing selama 8 tahun dan boleh meneruskan nya beberapa tahun lagi jika beliau mahu. Tetapi Nabi Musa a.s hanya mahu berkhidmat selama 8 tahun sahaja.Apabila masuk Tahun yang ke 9, Nabi Musa a.s kembali ke Mesir Didalam perjalanan disebuah lembah,Nabi Musa a.s Nampak ada sepohon kayu yang menyala lalu Baginda pergi ke sana bertujuan untuk mendapatkan api. Apabila tiba,Baginda terdengar satu suara berkata, ”Hai Musa,Aku lah Tuhanmu.Hendaklah engkau sembahyang dan mengingati Aku.
Maka nyatalah bahawa perintah sembahyang kepada Nabi Musa itu berlaku pada tahun ke 9.Hal ini bersamaan dengan Nabi Muhamad S.A.W berikutan kembalinya ke Mesir kerana menyampaikan suruhan Allah kepada Firaun dan Bani Israel.