MADDAH :
KITAB KHULASAH TARIKH TASHRI’ AL-ISLAMI تاريخ التشريع الإسلامي
Tarikh bermaksud sejarah manakala Tasyri’ itu pula bermaksud pembentukan hukum
syariat atau pensyariatan hukum.
Tarikh Tasyri’ merupakan perbahasan mengenai sejarah manusia dalam membentuk
perundangan Islam.
Tarikh Tasyri’ dapat difahami sebagai Ilmu yang membahaskan keadaan fiqih pada
masa atau pada zaman kerasulan Baginda Nabi Muhammad SAW dan zaman sesudahnya.
A. Tujuan Pembentukan Hukum dan Peringkat Zaman
Pembentukan hukum menurut istilah syarie adalah himpunan hukum syariat bagi orang-
orang mukallaf (muslim yang berakal yang mentaati suruhan agama dan menjauhi
larangannya.) Jikalau sumber Pembentukan Hukum itu dari Allah disebut Tasyri’ Ilahi.
Manakala jika sumber Pembentukan Hukum itu dari manusia secara individu atau
berkelompok disebut Tasyri’ Wadh’ie تَشْرِيْع وَضْعِي.
Perundangan-perundangan Islam terbahagi kepada dua keadaan :
1. Undang-undang yang disusun oleh Allah berupa ayat-ayat al-Quran dan ilham
kepada RasulNya disebut Tashri’ Ilahi Mahdi.
2. Undang-undang yang disusun oleh para ulama’ mujtahiddin ( orang yang layak
mengeluarkan hukum dan berijtihad ) dari nas-nas syarak yakni al-Quran,sunnah,
ijmak dan qias.Keadaan yang kedua ini apabila ditinjau dari sumber pengambilannya
maka dapat disebut sebagai Tasyri’ Ilahi dan apbila ditinjau dari ijtihad para ulama’,
usaha penyusunan dan pengembangannya, maka ia disebut Tasyri’ Wadh’ie.
B. Fasa pembentukan dan penyusunan undang-udang atau hukum ini dari kedua-
dua sumber itu dibahagikan kepada 4 peringkat atau zaman.
1. Zaman Baginda Rasul SAW
Tempoh masa turunnya perintah hukum ahkam sejak dari Kerasulan Baginda SAW
hinggalah kewafatan Baginda SAW ( 610 - 632 M ) selama 22 tahun.
2. Zaman Para Sahabat
Zaman masa penafsiran dan penyempurnaan hukum ahkam selama 90 tahun yaitu
selepas kewafatan Baginda SAW ( 11 H ) sampai akhir abad pertama Hijriah.Panjangnya
tempoh ini kerana masih ada sahabat yang umurnya sampai lebih dari 100 tahun,maka
masih ada sahabat lagi yang boleh dirujuk.
3. Zaman Kordifikasi atau proses usaha mengumpul ,menyatukan dan pemuliharaan.
Peringkat masanya selama 250 tahun ( 100 H – 350 H ).Pada waktu ini,hukum syariat
sudah jadi matang atau sempurna.
4. Zaman Taqlid تقليد ( Zaman Pematuhan hukum ahkam yang ditetapkan )
Peringkat terhentinya penyusunan hukum ahkam sejak pertengahan abad ke 4 Hijriah dan
mematuhi segala perintah dan larangan dalam Islam.
ZAMAN ( PERIOD ) BAGINDA RASUL SAW
Pembentukan asas-asas hukum ahkam yang menyeluruh dari al-Quran dan sunnah tetapi
belum dicatat sepenohnya dan memberikan petunjuk dari dalil-dalil untuk menentukan
sesuatu hukum yang belum ada nas seperti kaedah mengukur sempadan tanah ( tanah
rampasan dan yang seumpamanya ).
Peringkat ini ada dua fasa yaitu semasa Baginda Nabi SAW berada di Mekah dan
di Madinah.
FASA PERTAMA - Selama 12 tahun di Mekah,Baginda hanya fokus pada dakwah,mengajak
umat ke arah mentauhidkan Allah.
Pada waktu ini,pengikut masih tidak ramai maka tiada lagi penentuan hukum dibuat.Maka
tidak ditemukan ayat-ayat yang menerangkan hukum-hukum amalan dalam surah-surah
Makkiyah.
FASA KEDUA- Sewaktu Baginda Nabi SAW berada di Madinah selama 10 tahun.
Ketika di Madinah,tertegak sudah pemerintahan Islam dan bilangan pengikut yang
ramai maka penyusunan dan pensyariatan hukum telah dipraktikkan dalam perkahwinan,
talak,waris dan sebagainya.Banyak surah-surah Madaniyah yang menyebut mengenai
hukum ( ahkam ).
Tanggongjawab siapakah kekuasaan pembentukan hukum di zaman ini ?
Undang-undang dan fatwa datang dari Baginda Nabi SAW sendiri khusus untuk para
muslimin tetapi ada juga sahabat yang berijtihad sendiri akan sesuatu perkara yang
berlaku ditempat yang jauh dari Baginda Rasul SAW untuk mendapatkan keputusan yang
segera seperti Sayyidina Ali menyelesaikan sengketa dua pihak di Yaman.
Begitu juga seperti Muadz Ibn Jabal yang diutuskan Baginda Nabi SAW ke Yaman.Apabila
ditanya Baginda Nabi SAW dengan apa dia akan buat keputusan nanti apabila bertemu
masaalah lalu dijawab Muadz,dia akan berijtihad dengan pendapatnya sendiri.Lalu
Baginda Nabi SAW mendoakannya.
Keputusan atau ijtihad yang para sahabat buat itu adalah hanya bersifat penerapan
(tashbiq) bukan berbentuk membentuk hukum (tasyri’).Ini bukan bererti ada orang
lain selain Baginda SAW yang bertanggong jawab dalam membentuk hukum tetapi
ia hanya terhad dalam situasi atau keadaan terdesak dan sukar serta jauhnya perhubungan
dengan Baginda Nabi SAW.
Misalannya lagi seperti dua orang sahabat yang dalam perjalanan yang mahu bersolat
tetapi ketiadaan air.Lalu mereka bertayamum kemudian bersolat.Ketika meneruskan
perjalanan mereka menemui air.Seorang sahabat berijtihad tidak perlu mengulangi
solat manakan sahabat yang seorang lagi berijtihad perlu mengulangi solat apabila
bertemu ada air.
Sumber Pembentukan Hukum dalam Zaman ini.
Sumber pembentukan hukum dalam zaman atau Period ini adalah dari Wahyu dan
Ijtihad Baginda Nabi SAW , ilham daril Allah S.W.T. mengikut peristiwa yang berlaku
pada waktu itu.
Sumbernya dari ada 2 yaitu dari Wahyu Ilahi dan Ijtihad Nabawi.
Apabila timbul permasalahan dalam kehidupan umat yang memerlukan
penentuan hukum pada waktu itu manakala Wahyu Ilahi lambat atau tidak turun
maka Baginda Nabi SAW memutuskan fatwa hukum dengan Ijtihad Nabawi.
Penjelasan Ahli Tafsir tentang sebab-sebab turunnya ayat (asbabun nuzul أَسْبَابُ النُّزُولْ )
atas hukum yang disyariatkan adalah didahului dengan peristiwa-peristiwa yang
memerlukan penentuan hukum.
Apabila ditanya tentang Bulan-bulan yang diharamkan berperang yaitu Bulan Zulkaedah,
Zulhijjah,Muharam dan Rejab maka Allah turunkan ayat :
QS : Al-Baqarah 217:
Mafhumya : Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.
Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar.
Apabila ditanyakan tentang arak dan judi,maka Allah turunkan ayat dalam QS :
Al-Baqarah ayat 219 , Mafhumnya : Mereka bertanya padamu tentang arak dan judi.
Katakanlah bahawa dalam dua perkara itu ada dosa yang besar dan ada beberapa
manafaat bagi manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar dari manafaatnya.
Begitu juga dengan sengketa harta pusaka maka disyariatkan hukum waris.
Demikian juga hadis-hadis ahkam menurut keterangan Ahli Hadis bahawa ia
diturunkan kerana adanya keperluan untuk menjawab pertanyaan para sahabat
seperti contoh berikut :
“Wahai Rasulullah,kami berlayar dilautan yang berair masin sedangkan kami
tidak membawa air tawar yg cukup untuk wudhu’.Adakah kami boleh berwudhu’
dengan air laut ? Maka Rasulullah SAW menjawab : Laut itu airnya suci dan bangkainya
halal”
Jadi tugas dan fungsi ( wadhifah وَظِيْفَةٌ ) Baginda Nabi SAW adalah menerangkan dan
menyampaikan syariat Allah dari sumber hukum yang pertama adalah dalam rangka
Firman Allah dalam surah QS: Maidah 67 :
Mafhumnya : “ Wahai Rasul ! Sampaikanlah apa-apa yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu kerana kalau engkau tidak kerjakan maka tidaklah engkau menyampaikan
risalahmu”
Hukum-hukum yang lahir dari Sumber Kedua yakni Ijtihad Nabawi kekadang merupakan
ta’bir التعبير atau ungkapan dari ilham Ilahi dari hukum Ijtihadiyyah yang sebenarnya ia
hukum Ilahiyyah dimana Baginda SAW sendiri hanyalah berfungsi sebagai pengungkap
dari sabda dan perbuatan Baginda SAW.
Hukum Nabawi tidak diakui Allah kecuali ia benar dan apabila salah maka Allah
akan membetulkannya semula.
Contohnya , dalam penebusan tawanan perang Badar.Pada waktu itu belum disyariatkan
hukum tawanan perang.Baginda Nabi SAW bermusyuarah dengan para sahabat.Sayyiduna
Abu Bakar r.a berpandangan bahawa semua tahanan dikenakan denda atau fidyah dengan
alasan berdasarkan “ (Mereka) adalah kaummu dan ahlimu,biarkan mereka tetap hidup,
barangkali Allah menerima taubat mereka dan ambillah fidyah dari mereka yang akan
berfungsi memperkuatkan sahabat-sahabatmu”.
Sayyiduna Umar Ibn Khattab pula berpendapat,: “ (Mereka) telah membohongi dan mengusir
engkau maka hadaplah mereka dan potonglah leher-leher mereka.Mereka adalah tokoh-tokoh
kafir sedangkan Allah akan memberikanmu kecukupan bukan dari wang tebusan”Baginda
Nabi SAW berijtihad memilih pendapat Sayyiduna Abu Bakar a.s yang kemudiannya
Allah membetulkannya dengan turunnya ayat QS:Al-Anfal 67 :
Mafhumnya “ Tidak patut ada beberapa tawanan bagi Nabi sehingga ia pecah belahkan
(musuh) dibumi.Kamu suka kepada harta benda dunia padahal Allah menghendaki (pahala)
akhirat”
Begitu juga peristiwa pemberian Izin tidak ikut berperang dalam Perang Tabuk atas alasan
uzur;lalu Allah turunkan ayat membetulkan semula tindakan Baginda Nabi SAW :
Qs : At-Taubah 43 mafhumnya “ Allah memberi maaf kepadamu,mengapa engkau izinkan
mereka sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau tahu orang-
orang yang berdusta ?”
Pedoman pembentukan hukum pada peringkat zaman ini.
Pedoman (Khuttah خطّة ) atau panduan pembentukan Hukum pada peringkat ini atau kaedah
asas menentukan hukum ahkam adalah dengan merujuk kepada sumber hukum ( tasyri’)
yakni wahyu dari Allah dan prinsip umum ( mabadi’ ammah ) atau ijtihad Baginda SAW
sendiri ( Ijtihad Nabawi ) jika wahyu tidak turun atau lambat turun.Maka period ini
merupakan pedoman asas sebagai landasan pembentukan hukum Islam.
Methodnya atau kaedah atau manhajnya yakni kembali rujuk kepada sumber hukum dan
prinsip-prinsip umum ( mabadi’ ammah).
Ada 4 prinsip Mabadi’ Ammah مباديءالعامة.
1. Beransur-ansur ( tadarruj ) – Kelahiran setiap hukum mengikut latar sejarahnya
bagi memudahkan kefahaman setiap hukum mengikut peristiwa.Proses pengenalan
hukum ini dibuat secara beransur-ansur ,bertahap atau berperingkat-peringkat sehinggalah
ia menjadi hukum yang wajib dituruti.
Hikmahnya memudahkan pengenalan kepada penetetapan undang-undang berdasarkan
sejarah peristiwa dan menampakkan tidak ada paksaan kepada muslimin melakukan hal-
hal yang berat untuk dikerjakan.Orang-orang yang baru memeluk Islam tetapi masih
belum memahami mengenai hukum ahkam dapat belajar sedikit demi sedikit.
Juga sebagai penawar (ilaj علاج) memurnikan jiwa-jiwa kasar orang-orang yang baru saja
menerima Islam agar ia dipraktikkan dan diterima tanpa sungutan dan bantahan.
2. Meminimakan Peraturan – Kelahiran hukum yang disyariatkan Allah dan juga
RasulNya terbatas pada sesuatu hukum yang masih memerlukan pemecahan hukum
ahkamnya lagi.Namun Allah berfirman melalui QS Maidah:101 :
Mafhumnya “ Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu tanya-tanyakan hal,
yang apabila diterangkan kepada kamu,akan menyusahkan kamu tetapi jika kamu tanya
perihal (ayat-ayat) itu sewaktu al-Quran diturunkan maka akan diterangkan kepadamu”.
Sabda Baginda SAW ,” Yang lebih besar dosanya bagi orang Islam terhadap orang Islam
adalah orang bertanya-tanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan bagi Kaum Muslimin,
kemudian diharamkan terhadap mereka lantaran pertanyaannya”.
Kaum muslimin dilarang mempersoalkan akan perintah dan larangan Allah itu agar
mereka tidak rasa makin menyusahkan lagi.
Prinsip yang diterapkan dalam syariat Islam ini tidak menimbulkan kesulitan kerana
segala sesuatu adalah dibolehkan ( ibahah إِبَاحَةٌ ) dari keadaan asal sebelumnya selagi
tiada sebarang hukum dengan dalilnya.
3. Melongar dan Memudahkan ( Taisir dan Takhfif ) – Hikmah Tasyri’ dalam Islam
adalah untok memudahkan dan meringankan sesuatu hukum itu selagi tidak mengandungi
dosa.
Dalam situasi yang khusus atau darurah yang ada kesulitan-kesulitan yang memaksa
maka disyariatkan rukshah ( keringanan ),maka dihalalkan apa yang haram sekadar
yang perlu akibat dari uzur,lupa,kekeliruan atau musafir.
Allah berfirman dalam surah QS: al-Baqarah 185 ,Mafhumnya :” Allah menghendaki
kemudahan dan tidak menghendaki kesukaran:
FirmanNya lagi dalam surah QS : an-Nisa’ 28 , mafhumnya “ Allah hendak meringankan
(keberatan) dari kamu,manusia itu dijadikan (bersifat) lemah”.
4. Pembentukan hukum seiring dengan kemaslahatan atau kepentingan manusia.
Ada tidak sesuatu hukum itu adalah atas sebab dan asbab, dari asalnya dibentuk hukum
itu kemudian diubah atau dibatalkan semula mengikut kepentingan umat pada waktu itu
seperti Allah perintahkan berkiblatkan ke arah Baitul Muqaddis yang kemudiannya
diperintah untuk berpaling ke Kaabah di Mekah.
Begitu juga wanita kematian suaminya diwajibkan beriddah selama 1 tahun kemudian
digantikan dengan hukum idah 4 bulan 10 hari.
Rasululullah SAW pernah melarang ziarah kubur kemudian membolehkan semula.
Semua ini sebagai bukti tasyri’ Islami berjalan seiring dengan kemashalahatan kehidupan
manusia.
Peninggalan Period ini
Sumber Tasyri’ pertama : Wahyu Allah melalui ayat-ayat ahkam dalam al-Quran
Sumber Tasyri’ Kedua : Ijtihad Baginda Nabi SAW melalui hadis-hadis ahkam.
Kedua-duanya adalah undang-undang asas dan tempat rujuk ( marji’ ) bagi setiap mujtahid.
Apabila terdapat hukum-hukum secara qath’i خطع (jelas) maka tiada lagi ijtihad ulama’
Nas-nas dalam himpunan ini
Ayat ahkam tentang ibadah dan jihad : 140 ayat
Ayat ahkam mengenai muamalat,silaturahim,jenayah dan syahadah : 200 ayat
Ayat-ayat ‘uqubat ( ayat-ayat hukum hudud ) : 10 ayat ada dalam surah Al-Baqarah ,
Maidah,Nur
Ayat-ayat Hukum Perundangan Sivil ada 70 ayat.
Hadis-hadis ahkam : 4500 hadis – Ibn Qayyim dalam Kitab A’lamul Muwaqqi’in
menyatakan sebahagian besar hadis menjelaskan kandungan al-Quran yang mujmal
المُجْمَلُ ( lafaz yang samar / belum jelas ) sebagai ( taqrir تقرير ) keadaan mendiamkan
diri Rasulullah SAW atas perbuatan sahabat dan penegasan ( taukid التوكيد ) .
Ayat-ayat ahkam tersebar dalam beberapa surah manakala hadis-hadis ahkam dikumpul
oleh Ahli Hadith dengan pembahgian mengikut bab-bab seperti fiqh.
Uslub ( gaya bahasa ) nas-nas dalam himpunan ini.
Ayat-ayat dan hadis-hadis ahkam disyariatkan melalui berbagai gaya bahasa,ungkapan-
ungkapan dan kalimatnya bagi menunjukkan larangan,ancaman,perintah,kesangsian,
diwajibkan dan difardhukan atau dihalalkan dan diharamkan.Ia sesuai dengan setiap
peristiwa yang berlaku pada waktu itu.
Gaya bahasa ini juga bagi mengambarkan bahawa al-Quran itu suatu mukjizat
yang dapat melemahkan manusia sebagai bukti kebenaran RasulNya.
Penetapan hukum-hukum dalam Ayat-ayat ahkam itu ada yang disertakan dengan
alasannya sesuai dengan keperluan umat pada waktu itu agar mudah difahami dan
ada yang turun tanpa disertakan sebab akan perintah itu.Maka ia terbuka kepada pintu
untuk ijtihad.
Pelbagai hukum yang terkandung dalam nas-nas ini
Tujuan hukum terbahagi kepada 3 :
1. Hukum Iktiqad – berkaitan Rukun Iman – merupakan asas agama
2. Hukum Akhlak – Amal yang wajib,jauhi mungkar – Penyempurnaan dan pelengkap
3. Hukum Amaliyah – Perbuatan yang wajib bagi orang yang mukallaf- Fiqh
seperti muamalat,ibadat,jinayat dan sebagainya Hukum Mutlak.
Setiap hukum-hukum dalam al-Quran sudah termaktub hukum-hukum dan penerangan
mengenai Hukum Feqah.
Sebahagian hadis-hadis menerangkan hukum-hukum yang masih mujmal (belum jelas /
samar-samar) dalam al-Quran dan sebahagiannya menerangkan hukum-hukum yang belum
ada dalam al-Quran.
Kesimpulannya boleh dikatakan Peringkat Masa atau Period Rasul SAW ini telah ada
tasyri’ atau pensyariatan hukum yang sempurna bagi kaum Muslimin.
FASA SAHABAT
Peringkat ini bermula selepas
wafatnya Rasulullah r
pada tahun 11 Hijrah dan berakhir pada abad ke 1 Hijriah.Antara sahabat yang
hidup sehingga akhir abad ini adalah Anas Bin Malik r.a yang wafat pada tahun
93H.
Zaman atau FASA para sahabat ini
adalah zaman penafsiran hukum ( interpretasi ) dan istinbath الإستنباط atau mengeluarkan
hukum dari dalil-dalil.Ramainya pembesar-pembesar dikalangan para sahabat maka
lahirlah pelbagai pendapat dalam menafsirkan nash-nash hukum dari Al-Quran
maupun Al-Hadith.Kalangan sahabat ini dianggap tempat untuk merujuk ( marji’ )
dalam proses pembenyukan huikum ini.Maka wujudlah fatwa-fatwa tentang berbagai
hukum yang terjadi dalam peristiwa-peristiwa yang tidak ada nashnya.
Kuasa dan
tanggung jawab siapakah pembentukan hukum dalam FASA ini ?
Period
pembentukan hukum yang pertama iaitu Period Rasul telah mewariskan kepada Kaum
Muslimin undang-undang yang terdiri dari nash-nash dari Al-Quran dan sunnah.
3 Faktor I Keperluan pembentukan hukum dalam fasa ini :
i.
Orang-orang
awam tidak dapat memahami hukum-hukum asas ini kecuali dengan penerangan dan
penafsiran dari orang yang alim.
ii.
Hukum-hukum
ini pun masih tidak tersebar luas kerana ia tertulis pada lembaran-lembaran
khusus dan disimpan di rumah Baginda
Nabi r dan
sebahagiannya dirumah para sahabat sedangkan al-sunnah belum terhimpun sama
sekali.
iii.
Hukum-hukum
yang disyariatkan hanya tertakluk kepada kejadian dan peristiwa yang baru
berlaku di zaman Nabi r ketika itu
dan tiada undang-undang dan hukum yang ditetapkan pada kejadian yang diperkirakan
bakal berlaku di zaman para sahabat.
Maka
terbebanlah tanggungjawab kepada
para sahabah untuk
memberikan penjelasan dan penafsiran kepada Kaum Muslimin mengikut
apa yang mereka hafal dari nash-nash Al-Quran dan Al-Hadith dan memberikan
fatwa-fatwa tentang hukum-hukum tentang pelbagai peristiwa,kes atau kejadian
yang sebelum ini belum ada nashnya lagi.
Kalangan para sahabah ini ada yang
sentiasa bersama Rasulullah r dan
menyaksikan sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran ( asbabun nuzul ) dan
sebab-sebab Nabi r bersabda (asbab wurudil
hadith).
Mereka menghafal Al-Quran dan Al-Hadith
malah ada diantara mereka menjadi penasihat dan diminta pendapat oleh Baginda r dalam ijtihad-ijtihad Baginda r.
Maka
kerana keistimewaan-keistimewaan,peribadi
dan krebiliti inilah, mereka memiliki
ilmu dan keahlian
untuk menjelaskan nash-nash
Al-Quran dan melakukan ijtihad
terhadap perkara-perkara yang belum ada
nashnya dan menjadi tempat rujuk kaum muslimin yang lain.
Sahabat-sahabat yang dikenali sebagai Ahli
Fatwa ada lebih dari 30 orang lelaki dan perempuan tetapi yang masyhur adalah
seperti berikut :
Di MADINAH
Khulafa
ar-Rasyidin,Zaid Bin Tsabit,Ubay Bin Ka’ab,Abdullah Bin Umar dan Aishah r.ah.
Di MEKAH
Abdullah Ibn
Abbas
Di KUFAH
Ali Ibn Abi
Tholib dan Abdullah Bin Mas’ud
Di BASHRAH
Anas Bin Malik
dan Abu Musa Al Asy’aari
Di SYAM
Muadz Ibn
Jabbar dan Ubadah Ibn Shamit
Di MESIR
Abdullah Ibn
Amr ibn Ash
Sebahagian besar mereka berada di Madinah
dan pembentukan hukum pada mulanya ijtihad secara bersama ( jama’at ) dan
selepas perluasan penaklukan dan Islam tersebar meluas maka selepas itu
ijhtihad dibuat secara perseorangan ( afrad ).
Sumber
Pembentukan Hukum
Ada 3 :
AL-QURAN
|
AS-SUNNAH
|
IJTIHAD SAHABAT
|
Apabila saja
terjadi peristiwa atau kejadian atau timbul sesuatu sengketa maka para sahabat
yang berilmu dan ahli fatwa akan mencari nash-nash berkenaan dari Kitabullah
dan As-Sunnah.Namun apabila dijumpai nash-nash berkaitan,maka mereka berijtihad
dan istinbath dengan jalan mengkiaskan dengan sesuatu yang telah ada nashnya
atau dengan jiwa tasyri’ atau الرأي al-Ra’yu yakni pemahaman atau budi bicara demi
kemashlahatan masyarakat ketika itu.
Hujjah para
sahabah ini untuk kembali rujuk kepada Al-Quran dan as-Sunnah adalah
berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya taat kepada
Allah dan RasulNya dan mengembalikan segala perkara yang diperselisihkan kepada
Allah SWT.
Hujjah mereka
dalam kembali kepada ijtihad pula adalah penyaksian mereka kepada Rasulullah r yang berijtihad apabila wahyu tidak turun ketika sesuatu hukum
diperlukan semasa itu.
Jadi,berdasarkan
apa yang mereka fahami tentang ketetapan hukum-hukum dari Al-Quran dan
As-Sunnah ,ia disyariatkan demi menjamin kemashlahatan manusia.Apabila ada
perkara-perkara yang dapat
mendorong ke arah
timbulnya mashlahat maka
mereka segera bersedia
dengan penyelesaiannya.
Hal-hal yang
terjadi kepada sumber Tasyri’
v Sumber Tasyri’ Pertama / Utama : Ayat-ayat Ahkam dalam Kitabullah.
v Penghimpunan Al-Quran
untuk dihafal dan
mengetahui nash-nashnya tanpa
iktilaf ( perselisihan
pendapat ) baik keseluruhan atau sebahagiannya.
v Semasa hayat Baginda Nabi r lagi,telah dilantik Penulis-penulis Wahyu.Apabila satu atau beberapa
ayat ayat Al-Quran diturunkan,Baginda r telah
membacakannya dihadapan Kaum Muslimin dan dicatat atau ditulis oleh
Penulis-penulis Wahyu yang hadir dan dicatat juga oleh para sahabat yang lain
sebagai catatan peribadi.Ada juga diantara mereka yang turut menghafalkannya.
v Penulis-penulis Wahyu ini memiliki
himpunan hasil catatan mereka sendiri demikian juga terdapat catatan para
sahabat yang bukan Penulis Wahyu dan ada juga himpunan catatan yang tersimpan
di kediaman Rasulullah r. Namun
demikian,ia masih belum membentuk satu himpunan mushaf Al-Quran.
v Semasa Perang Riddah جروب الردة ( memerangi
kaum murtad ) yang berlaku di Zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq , ramai para
sahabat yang terbunuh. Timbul kekhuatiran dikalangan para
sahabat akan kemungkinan
lenyapnya Al-Quran maka
mereka bermusyuarah dengan khalifah agar mengumpulkan dan menghimpunan
Al-Quran dari mereka menjadi satu himpunan.
v Tugas ini diambil oleh Penulis Wahyu utama
dan juga penghafal Al-Quran Zaid Ibn Tsabit.Beliau mengumpulkan semua catatan
yang berselerak itu dan hafalan dari para sahabat.
v Himpunan Al-Quran yang pertama mula-mula
disimpan dan dipelihara dirumah :
Abu Bakar As-Siddiq
|
kemudian Umar Ibn Khattab
|
kemudian Hafsah Binti Umar
|
v Pada Tahun 20H,Khalifah Uthman Bin
Affan mengambilnya dan diserahkan kepada Zaid Bin Tsabit dan beberapa sahabat
menyalin dan memperbanyakkan menjadi beberapa mushaf untuk disebarkan ke ibu
kota Islam yang lain sebagai pedoman bagi Kaum Muslimin agar tidak timbul
perbezaan dialek atau loghat ( lahjah ).
v Disalin menjadi 6 Buah Mushaf :
1.Disimpan
oleh KHALIFAH UTHMAN r.a 2. Dikirim ke MADINAH
3.Dikirim ke
MEKAH
4. Dikirim ke KUFAH
5.Dikirim ke
BASHRAH 6. Dikirim ke DAMASCUS
Mushaf ini
diletakkan di masjid-masjid sebagai tempat Kaum Muslimin untuk kembali
menghafal dan menyalinnya kembali tanpa ada sebarang perubahan.
v Ayat-ayat ahkam berjaya dihimpun dari catatan
dan lisan secara mutawattir yang keseluruhannya diyakini kebenaran sumber
nashnya ( qath’i tsubut ).Cukup sekadar Kaum Muslimin mengetahui riwayat dan
sanad-sanad perawinya.
Ø Sumber Tasyri’ Kedua : Nash-nash dari As-Sunnah
Ø As-Sunnah belum lagi terhimpun bila
berakhirnya abad pertama Hijri.
Ø Menurut riwayat,Abdullah ibn Amr ibn
Al-Ash memiliki satu naskah catatan hadith-hadith yang didengarnya sendiri dari
Rasulullah r yang diberi nama As-Shodiqoh.
Ø Sayyidina Abu Bakar r.a tidak mahu
menerima hadith yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja kecuali ada
saksinya.
Ø Sayyidina Umar r.a meminta kepada perawi
agar dapat memberi bukti bahawa ia menerima hadith tersebut kerana mereka lebih
berhati-hati dalam menerima hadith.
Ø Pengaruh sebelum terhimpunnya sunnah :
1.
Para Ulama’
berusaha meneliti perawi-perawi hadith dan darjat kepercayaannya,kemudian
barulah terbahagilah hadith-hadith dari perawi-perawi itu kepada dua bahagian
yaitu qath’i wurud ( sumber yang diyakini kebenarannya ) dan zhonni wurudظنّ ورود ( sumber yang
masih dipertikaikan benar atau salah).
PERAWI-PERAWI
QATH’I WURUD -
diyakini
|
ZHONNI WURUD -
dipertikaikan
|
Zhonni wurud terbahagi lagi kepada 3 : SAHIH – HASAN -
DHOIF
2.
Selagi belum terhimpunnya hadith,Kaum Muslimin tidak mempunyai
kesepakatan terhadap sunnah seperti kesepakatan mereka kepada Al-Quran. Ini
memberi ruang kepada pengubahan,penambahan atau pengurangan samada disengajakan
atau tidak yang kemudiannya menjadi faktor iktilaf ( perselisihan ) samada
sunnah menjadi hujjah dan sumber hukum.Malah mendatangkan perbedaan pendapat
bagi mereka yang berhujjah dengaan as-sunnah samada ia dapat dipegangi ataupun
tidak.
& Sumber Tasyri’ Ketiga : Ijtihad dari para sahabat Ahli Fatwa
& Ijtihad dari mereka
merupakan pendapat peribadi,tiada paksaan untuk diikuti.Apabila salah bererti
ia kesalahan diri sendiri dan jikalau ia benar,maka ia datang dari Allah SWT.
& Sayyidina Umar r.a banyak
berhujjah dengan fatwa-fatwa Zaid Bin Tsabit dan Abdullah Ibn Abbas berbeda
dengan Sayyidina Abu Bakar r.a.Banyak perselisihan pendapat para sahabat
mengenai kedudukan hukum. Dalil-dalil dari mereka menunjukkan kebebasan (
hurriyah ) dalam pembahasan demi kepentingan
dan kemashlahatan umat
Islam dan menghindari mafsadah مفسده ( kemudaratan
/ kerosakan ).
Pedoman Pembentukan Hukum dalam fasa ini
I.
Para Sahabat apabila menemukan nash-nash dalam Al-Quran dan Sunnah yang
menunjukkan hukum sesuatu perkara yang terjadi maka mereka mengambil nash
tersebut sebagai dasar membentuk hukum dan sedaya upaya memahami dan
menafsirkan maksud yang terkandung didalamnya.
II.
Apabila mereka tidak menemukan nash-nash dalam Al-Quran dan As-Sunnah
yang menunjukkan sesuatu hukum yang mereka hadapi maka mereka berijtihad dan
beristinbath melalui pengalaman dan penghayatan mereka ketika bersama Nabi r
III.
Adakalanya mereka mengkiaskan sesuatu yang belum ada nashnya dengan
sesuatu yang telah pun ada nashnya.Kekadang mereka menentukan hukum mengikut
kemashlahatan dan keperluan masyarakat demi menghindarkan mafsadah ( kerosakan
atau kemudaratan )
Kaum Muslimin terdiri dari berbagai bangsa dan dialek percakapan.Dengan
itu kebebasan ijtihad ini menjamin pembentukan hukum dan perundangan bagi
keperluan semua bangsa.
Semasa pemerintahan Khilafah Abu Bakar r.a dan permulaan Khilafah Umar
r.a , kuasa pembentukan hukum diserahkan kepada BADAN PEMBENTUK HUKUM yang
terdiri dari para pembesar dikalangan sahabat.Segala hukum yang dikeluarkan
dianggap hasil kesepakatan mereka.
KHILAFAH ABU BAKAR
r.a &
KHILAFAH UMAR r.a
¼
BADAN PEMBENTUK HUKUM
¼
Para Pembesar dari kalangan Sahabat
Imam Baghawi didalam Kitab Mashabihus Sunnah mencatatkan :
Sayyidina Abu Bakar r.a apabila dihadapkan sesuatu perkara kepadanya
maka akan dicarinya didalam Kitabullah dan akan memutuskan perkara
tersebut.Namun apabila tidak ditemui,beliau akan memutuskannya melalui sunnah
Rasul r jika dia mengetahuinya dan jika tiada juga maka beliau akan bertanyakan
kepada orang lain jikalau ada mereka mendengar sabda Nabi r mengenai perkara itu. Jika masih lagi tiada
jawapannya,beliau pun mengumpulkan para Pembesar dari kalangan sahabat untuk
memohon pendapat dan kesepakatan mereka.
Begitu juga dengan Sayyidina Umar r.a,beliau menuruti kaedah seperti
Sayyina Abu Bakar r.a dalam menentukan sesuatu hukum atau mengambil keputusan
yang telah dibuat terlebih dahulu oleh Sayyidina Abu Bakar r.a mengenai sesuatu
perkara tersebut.
Jarang terjadi perbedaan pendapat diantara mereka kerana masing-masing
berkerjasama ( kekompakan )
mengemukakan pandangan dan dasar-dasar yang dibuat sebagai sandaran kepada
kebenaran.Maka sebahagian besar hukum-hukum yang dikatakan متفق عليه ( muttafaq alaih - telah disepakati oleh para sahabat ) adalah
hukum-hukum yang dikeluarkan pada period ini.
Apabila Kerajaan Islam telah berkembang luas, amat sukar bagi Khalifah
di Madinah untuk mengumpulkan pembesar-pembesar di Kufah,Bashrah,Syria dan Mesir
bagi menentukan sesuatu hukum kerana ada diantara mereka sudah berada
dipelbagai pelosok negeri.
Oleh yang demikian, mereka menggunakan kuasa mereka untuk membentuk
hukum secara perseorangan atau pun berkelompok.Disetiap ibu kota ada seorang
atau lebih Ahli Fatwa yang akan menerangkan hal-hal yang tiada nashnya dan
memberi penafsiran nash-nash dari sumber Al-Quran dan As-Sunnah.
Perselisihan terjadi diantara mereka tentang beberapa hukum adalah
disebabkan oleh faktor :
j Sebahagian besar hukum dalam Al-Quran dan
As-Sunnah tidak qath’i dalalah ( yang tidak jelas petunjuknya ) tetapi zhonni
dalalah ( petunjuk hukumnya yang masih samar ) yang kesimpulannya boleh
memberikan beberapa pengertian kerana nash itu ada yang mengandungi lafaz
musytrak ( lafaz umum ,yang mempunyai dua pengertian atau lebih ) yang
berkemungkinan dapat ditakhshih ( Dalil yang mengecualikan dalil am )
Ia lebih mudah diterangkan
melalui gambarajah ini :-
Nash-nash Hukum
dalam AL-QURAN
|
Nash-nash Hukum
dalam AS-SUNNAH
|
QATH’I DALALAH – Petunjuk yang samar
|
ZHONNI DALALAH – petunjuk dalam persangkaan
|
·
Ada beberapa pengertian
·
Ada Lafaz Mustarak – mempunyai lebih dari satu makna.
·
Ada Lafaz Am ( umum )
·
Ada Lafaz Muthlaq – Menunjukkan sesuatu perkara tanpa ada had
batasnya spt contoh lelaki,tidak dinyatakan sifat,bangsanya.Maksudnya ada
sifat-sifat yang boleh ditaqyidkan (ditafsirkan kepada satu erti sahaja
)
Setiap Pembentuk Hukum memahami nash-nash tersebut berdasarkan makna
yang lebih kuat dengan meneliti tanda-tanda / bukti ( qarinah ) dan berbegai
pandangan.
k
As-Sunnah pada waktu
belum dihimpunkan, dipindah-pindahkan dengan
hafalan dan riwayat-riwayat yang
kadang-kadang diketahui oleh seorang Mufti di Mesir dan tidak diketahui oleh
Mufti yang lain. Malah banyak
Mufti-mufti yang menarik kembali fatwa mereka setelah mengetahui suatu hadith
yang selama ini belum diketahui.
l Bi’ah
atau lingkungan kehidupan yang berbeza-beza menjadikan kemashlahatan dan
tuntutan keperluan pun
tidak sama. Abdullah Bin Umar tidak pernah menemui
masaalah hukum ahkam seperti yang ditemui oleh Muawiyah di Syria.Begitu juga
tidak sama masaalah hukum yang dihadapi oleh Abdullah Ibn Mas’ud di Kufah.
Perbezaan tempat tinggal dan lingkungan kehidupan menjadikan pandangan
tentang ukuran kemashlahatan dan faktor-faktor yang mendorong pembentukan
hukum.
Fatwa-fatwa para sahabat berbeza-beza dalam hal atau kes yang sama
disebabkan 3 faktor tersebut kerana masing-masing memiliki dalil tersendiri.
Kesimpulannya, pedoman dalam prinsip-prinsip pembentukan hukum adalah pedoman Islami (
Khuttah Islamiyah ) yakni mengadakan
pembatasan dalam pembentukan
hukum meliputi hanya hal-hal yang
berkaitan keperluan dan kemashlahatan umat dan membudayakan prinsip taisir dan
takhfif – memudah dan meringankan dan tidak mencipta hukum yang fiktif ( bayangan
).
Bekas-bekas peninggalan tasyri’ dalam fasa ini.
Ada 3 :
I.
INTERPRETASI PERUNDANGAN – Para mujtahid ( atau ahli fatwa ) dikalangan
sahabat telah meneliti nash-nash hukum yang berkaitan pelbagai hal dan kes
bersandarkan beberapa pendapat dan kaedah menentukan hukum.Dari himpunan
pendapat-pendapat ini maka wujudlah Interpretasi atau tafsiran perundangan
mengenai nash-nash hukum sebagai tempat rujuk yang dipercayai ( autsaq ). Ini
jelas didapati dalam Tafsir-tafsir Al-Quran dengan ma’tsur ( dengan hadith dan
atsar/pendapat sahabat ) seperti Tafsir yang dinisbahkan kepada Ibn Abbas dan
Muhammad Ibn Jarir At-Thabari.
II.
Ijtihad para sahabat ( fatawa ijtihadiyah ) dilakukan dengan kaedah
istinbath bagi merumuskan pelbagai perihal hukum di negeri-negeri yang berbeza.Fatwa mereka
didapati berbeza-beza kerana dahulunya dibuat secara kesepakatan berkelompok
dan kini ijtihad dibuat secara perseorangan. Ada ulama’-ulama’ mujtahid tidak
mengambil dasar dari hujjah para sahabat ini malah ada yang menolaknya kerana
ini merupakan faktor perselisihan ulama’.
III.
Perpecahan Kaum Muslimin tentang urusan khalifah dan kekhilafahan
kemudian kepada soal-soal keagamaan memberi kesan yang besar kepadaa
pembentukan hukum.
Ia terjadi selepas :
a)
terbunuhnya Khalifah Usman Ibn Affan r.a
b)
Sayyidina Ali Ibn Abi Tholib diangkat sebagai penganti yang dibantah
oleh Muawiyah Ibn Abi Sufyan.
c)
Perang kedua-dua pihak ( Perang Shiffin ) – wujud tahkim (Majlis
Perwakilan dan perundingan )
d)
Kaum Muslimin berpecah keepada 3 golongan – Khawarij,Syiah dan ASWJ.
Golongan Khawarij :
-
Mengecam Khalifah Usman Ibn Affan r.a kerana politik kekhalifahannya.
-
Mengecam Sayyidina Ali kerana menerima tahkim.
-
Mengecam Muawiyah Ibn Abi Sufyan kerana merebut kerusi khilafah dengan
ketenteraan.
-
Prinsip mereka bahawa seorang Khalifah mesti dipilih dari Kuam Muslimin
secara bebas tanpa mengira suku selagi ia memenuhi syarat.Setiap khalifah tidak
wajib ditaati kecuali ia beramal dan mentadbir atas garis panduan Al-Quran dan
sunnah Nabi r.
-
Mereka mempertahankan prinsip mereka dengan kekerasan dari mereka yang
menentangnya.
Golongan Syiah
-
Golongan yang mencintai Sayyidina Ali Ibn Abi Tholib ra. dan keluarganya
secara berlebih-lebihan.
-
Mereka beranggapan bahawa Sayyidina Ali r.a lebih berhak menjadi khalifah
selepas kewafatan Rasulullah r kerana ia sebagai washi,yakni orang yang menerima wasiat dari
Rasulullah untuk menjadi khalifah.
-
Golongan ini berpecah lagi kepada beberapa puak akibat dari masaalah
pewarisan khilafah yaitu puak Kaisaniyah,Zaidiyah,Ismailiyah dan Jaafariyah
yang masing-masing mahu menegakkan khalifah dari cabang-cabang tertentu dari
keluarga Sayyidina Ali r.a.
Golongan Ahlussunnah
wal Jamaah
-
Mereka tidak memihak kepada mana-mana golongan.
-
Mereka berpendapat,khalifah bukan wasiat kepada seseorang.
-
Mereka juga berpendapat khalifah dipilih dikalangan orang-orang Quraish.
-
Mereka menganggap persengketaan antara sahabat merupakan masaalah
ijtihadiyah dalam urusan politik yang tiada hubungan dengan kekufuran dan
keimanan.
Perpecahan politik
Kaum Muslimin mempunyai pengaruh terhadap proses pembentukan hukum.Ini
adalah kerana Golongan
Khawarij menolak hukum-hukum
dan hadith yang
diriwayatkan oleh Sayyidina Usman, Sayyidina Ali dan
Muawiyah atau sahabat-sahabat yang
pro kepada mereka. Mereka
mengambil pendapat,fatwa dan hujjah dari orang-orang yang mereka
senangi,ulama’-ulama’ mereka malah golongan ini memiliki fiqh yang khusus.
Golongan Syiah pula
menolak hadith-hadith dari para sahabat yang menolak dan tidak menyokong
pendapat dan fatwa mereka.Sama seperti golongan Khawarij,mereka ini mengguna
pakai pendapat dan fatwa ulama’-ulama’ mereka dan juga memiliki fiqh yang
khusus.
Golongan jumhurul
Muslimin ( Ahli Sunnah wal Jamaah ) berhujjah dengan hadith yang sahih yang diriwayatkan
oleh perawi-perawi yang dipercayai.Oleh sebab itu,hukum-hukum mereka berbeza
dengan golongan lain dalam banyak perkara seeperti hukum waris,wasiat,munakahat
dan lain-lain.
SAHABAT-SAHABAT
PEMBENTUK HUKUM
ZAID
IBN TSABIT
C Nama Penoh : Zaid Ibn Tsabit adlohhaq an
Najjari al Anshari
C Ketika berusia 11 tahun,sudah menghafal 11
surah Al-Quran
C Terlibat dalam Perang Khandak dan
peperangan selepas itu.
C Waktu Perang Tabuk,Nabi r menyuruhnya membawa bendera Bani Najar.
C Beliau merupakan Penulis Wahyu dan
surat-surat Nabi r.
C Pandai berbahasa Suryani dan Ibrani
C Menjadi Setiausaha kepada Khalifah Abu
Bakar r.a dan Khalifah Umar r.a
C Menguruskan Baitul Mal semasa khilafah
Sayyidina Usman r.a
C Menjawat Pegawai Khas Khalifah di Madinah
ketika Sayyidina Umar r.a dan ketika Sayyidina Usman r.a pergi mengerjakan
haji.
C Mengumpulkan Al-Quran di zaman Khalifah
Abu Bakar r.a dan Khalifah Umar ra.
C Pernah menjadi Ketua Pengadilan dan
Mufti,Qira’ah dan Faraidh.
C Merupakan orang yang luas ilmunya dan kuat
kefahamannya dalam ilmu-ilmu Islam serta mempunyai kemampuan yang luas biasa
dalam membuat rumusan tentang sesuatu hukum dan mempunyai pendapat yang jitu
dalam hal-hal yang tiada nashnya.
C Meriwayatkan hadith dari Rasulullah r sebanyak 92 buah
C Disepakati oleh Imam Buhari dan Muslaim
ada 5 hadith
C Diriwayatkan oleh Imam Bukhari 1 hadith
C Diriwayatkan oleh Muslim 1 hadith.
C Beliau wafat pada tahun 15H
As-Sya’abi berkata :
غَلَبَ زَيْدٌ النَّاسَ عَلَى اثْنَتَيْنِ :
اَلْفَرَائِضِى وَالْقُرْآنِ
Zaid mengungguli manusia dalam dua hal : Faraidh dan Al-Quran
Kata Ibn Abbas :
لَقَدْ عَلِمَ الْحَفُوْظُوْنَ مِنْ اَصْحَابِ رَسُوْلِ
اللهِ ص اَنَّ زَيْدَ بْنِ ثَابِتٍ مِنَ الرَّاسِخِيْنَ فِى الْعِلْمِ
Sesungguhnya para
sahabat Nabi r yang terpelihara mengetahui bahawa Zaid Ibn Tsabit adalah termasuk
orang-orang yang mendalam ilmunya.
ABDULLAH
IBN ABBAS
Ø Nama penoh : Abdullah Ibn Abbas Ibn Abdil
Muthalib al Hashimi Ibn ammi Rasulillah ( sepupu Baginda Nabi r )
Ø Dilahirkan sebelum hijrah dan apabila
dibawakan kepada Baginda Rasulullah r , dirangkul
dan diusap-usap kemudian Baginda r mendoakan :
اَللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Ya Allah ! Fahamlah ia
dalam urusan agama dan ajarilah ia ilmu takwil
( Tafsir Al-Quran ).
Ø Sahabat yang terkemuka dalam fatwa ,Ilmu
Tafsir dan fatwa-fatwa secara muthlaq.
Ø Salah seorang dari 4 sahabat yang bernama
Abdullah.
Ø Salah seorang dari 6 orang yang banyak
meriwayatkan hadith.
Ø Meriwayatkan 1660 hadith
Ø 95 hadith disepakati oleh Imam Bukhari dan
Muslim
Ø 120 hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari
sendiri
Ø 49 hadith diriwayatkan oleh Muslim
Ø Baru berusia 13 tahun ketika Baginda r wafat.
Ø Khalifah Umar al-Khattab r.a selalu
mendekati dan memuliakannya.
Ø Beliau tidak akan menjawab persoalan
sebelum ada orang lain yang menjawabnya terlebih dahulu.
Ø Luas pengetahuan dalam bidang ilmiah,mahir
dalam syair,ahli dalam urusan nasab dan sejarah Bangsa Arab,faham tentang
Al-Quran,mahir dalam Ilmu Faraidh,pandai dalam bidang biografi pahlawan-pahlawan
perang dan ahli dalam Kitab Taurat dan Injil.
Ibn Mas’ud berkata : Sebaik-baik penterjemah Al-Quran adalah Ibn Abbas
Kata Ibn Umar pula : Ibn Abbas sepandai-pandai umat Muhammad r tentang apa yang
diturunkan kepada Muhammad r.
Ø Ibn Abbas membahagikan waktunya sehari
untuk Fiqh,sehari untuk Takwil,sehari untuk biografi pahlawan perang,sehari
untuk syair dan sehari untuk sejarah Bangsa Arab.
Ø Aktiviti hidupnya untuk belajar dan
mengajar ilmu.Tidak pernah sibuk dengan dalam urusan pemerintahan.
Ø Wafatnya padaa tahun 68H di Thoif dalam
usia 71 tahun.
ABDULLAH
IBNU MAS’UD
^ Nama penoh : Abu Abdirrahman – Abdullah
Ibn Ma’ud Ibn Ghafil al Hudzali.Kadang-kadang apabila dinisbahkan kepada
ibunya,ia dipanggil Ibn ummi.
^ Beliau salah seorang dari 6 orang yang
terawal memeluk Islam.
^ Orang yang pertama sekali membaca Al-Quran
dengan suara yang kuat dan memperdengarkan kepadaa orang-orang Quraish.
^ Menyertai Perang Badar,Perang Uhud dan
peperangan lain.
^ Dialah yang membunuh Abu Jahal didalam
Perang Badar.
^ Khadam Nabi r - menyediakan
segala keperluan,mengawal dan mengejutkan dari tidur malah ada yang menyangka
bahawa belaiu seorang ahlul bait ( keluarga Nabi r ) kerna
sering keluar masuk rumah Baginda r .
^ Beliau menghafal sebanyak 70 surah
Al-Quran.
^ Meriwayatkan 842 hadith, 64 daripadanya
disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim.Sebanyak 21 hadith diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan 65 hadith oleh Muslim.
^ Termasuk sahabat-sahabat yang paling
cerdik dalam menyampaikan fatwa-fatwa,Al-Quran dan Fiqh.
^ Khalifah Umar r.a menugaskannya sebagai
Guru dan Wazir di Kufah.Pengajarannya menjadi pegangan Sayyidina Umar r.a
terutama dalam hal-hal yang tiada nashnya.
^ Menjadi salasilah guru Imam Abu Hanifah
yang berguru dengan Hammad Ibn Abi Sulaiman yang berguru dengan Ibrahim
an-Nikha’i yang berguru dengan Al-Qamah Ibn Qais an-Nikha’i yang menjadikan Ibn
Mas’ud sebagai Gurunya.
^ Menjelang hayatnya,beliau pulang ke
Madinah dari Kufah dan wafat disana pada tahun 32H.
ABDULLAH
IBN AMR IBN AL-ASH
v Abdullah lebih muda 12 tahun dari ayahnya
Amr dan memeluk Islam terlebih dahulu.
v Beliau alim dalam Al-Quran dan mengerti
Kitab-kitab Samawi terdahulu.
v Beliau bukan setakat menghafal apa yang
didengar dari Rasulullah r tetapi
menulisnya.
v Beliau menulis Kitab As-Shadiqoh
mengandungi ucapan Rasulullah r yang hanya
beliau seorang sahaja mendengarnya.
v Turut serta bersama ayahnya semasa
penaklukan Mesir dan menetap disana.
v Penduduk Mesir meriwatkan lebih dari 100
hadith daripadanya dan menjadi tempat rujuk (marji’) dalam urusan-urusan
pembentukan hukum.
v Mufti Mesir,Yazid Ibn Habib dan
murid-murid beliau turut berguru dengan Abdullah Ibn Amr.
v Beliau wafat di Mesir pada tahun 77H
semasa khilafah Abdul Malik Marwan.
FASA PENGHIMPUNAN
DAN ULAMA’-ULAMA’ MUJTAHIDIN
§
Tempoh masanya 250 tahun –
bermula dari Abad Ke 2H hingga Abad ke 4H.
§
Ia merupakan fasa
penghimpunan dan Ulama’ Mujtahidin ( Mujtahid ialah
seorang ulama’ yang fakih dalam Ilmu Usul dan boleh mengeluarkan fatwa dan
ijtihad ).
§
Fasa ini
melahirkan banyak aktiviti penulisan dan penghimpunan As-Sunnah, Fatwa-fatwa
Sahabat,Fatwa-fatwa Tabi’in dan Tabi’it Tabi’in,Tafsir Al-Quran,Fiqh Ulama’
Mujtahidin dan pelbagai risalah Usul Fiqh.
§
Hasil karya-karya
yang banyak ini
mendatangkan pengaruh kepada
pembentukan hukum hukum,perundangan Islam dan istinbath hukum pada
hal-hal yang terjadi dan perkara-perkara yang bakal terjadi.
§
Fasa ini
merupakan fasa keemasan bagi Tasyri’ Islami kerana perkembangannya yang telah
memperkasakan perundangan dan hukum-hukum bagi Daulah Islamiyah diberbagai
daerah kekuasan Islam yang mempunyai latarbelakang permasaalahan dan
kemashlahatan yang berbeza-beza.
Faktor-faktor
perkembangan
j Keluasan jajahan Daulah
Islamiyah pada masa ini merangkumi hingga ke daratan China dan ke barat hingga
ke Andalusia memerlukan aturan undang-undang bagi para Hakim dan Pemerintah
setempat yang memerlukan fatwa-fatwa sebagai tempat kembali ruju’ (marji’) selain
sumber-sumber syariah. Maka tasyri’ islami ini tidak terbatas kepada
kemashlahatan hal semasa tetapi mereka telah mencipta juga hukum-hukum yang
dimungkinkan akan berlaku.
k Ulama’-ulama’ Mujtahidin pada masa ini mudah
menemukan jalan-jalan bagi pembentukan hukum bagi menciptakan undang-undang dan
memberikan fatwa kerana sumber-sumber tasyri’ telah ada dalam jangkauan mereka.
Ini disebabkan segala kesukaran,permasaalahan dan hal-hal yang berlaku sebelum
ini telah diselesaikan oleh Ulama’-ulama’ Salaf ( ulama’ terdahulu ). Al-Quran
telah pun tersebar dikalangan Kaum Muslimin malah as-Sunnah pun sebahagian
besarnya telah terhimpun sejak permulaan Abad ke 2H.
Fatwa-fatwa sahabat,tabi’in dan Ulama’ Salaf juga menjadi
faktor pendorong kepada keberhasilan mereka.
l Kaum Muslimin ketika itu
sangat mengambil berat tentang amalan-amalan,ibadah,perjanjian-perjanjian dan
perbelanjaan mereka selari dengan tuntutan hukum syariah Islamiyah.Oleh kerana
itu,semua peringkat mereka secara berkelompok atau secara individu selalu
merujuk sesuatu perkara kepada Mufti dan Ulama’-ulama’ pembentuk hukum atau
mujtahid untuk meminta fatwa mereka dalam hukum syari’i.
m Timbulnya penemuan-penemuan dan konsep baru
kemaslahatan umat didalam lingkungan dan sekitar kehidupan mereka telah
mematangkan para-para mujtahid ini didalam membentuk hukum.Maka lahirlah para
mujtahid seperti Imam Abu Hanifah,Imam Malik dan Imam Syafi’e,Imam Ahmad serta
ulama’-ulama’ yang semasa dengan mereka.
Kuasa dan tanggungjawab siapakah pembentukan hukum dalam
FASA ini ?
Pada akhir abad pertama Hijri,beberapa ulama’ tabi’in telah
mengikuti para sahabat dalam menyampaikan fatwa dan hukum-hukum diberbagai
tempat,mempelajari Al-Quran , meriwayatkan hadith dan menghafal fatwa-fatwa
mereka.Malah mereka juga mempelajari rahsia-rahsia taasyri’ dan method atau
kaedah pengembangan hukum-hukum.
Dikalangan tabi’in itu ada juga yang diminta fatwa-fatwanya
dan ada juga yang menyampaikan fatwa-fatwanya dimasa masih ada sahabat-sahabat
lagi seperti :
Said Ibn Musayab di Madinah dan Alqamah Ibn Qais , Said
Ibn Jubair di Kufah
Para Ulama Tabi’it Tabi’in telah mengikuti Ulama-ulama
Tabi’in semasa hidup mereka dan mempelajari apa-apa yang mereka peroleh dari
para sahabat tentang Al-Quran dan As-Sunnah,belajar Feqah dan rahsia-rahsia
tasyri’.
Begitu juga seterusnya dengan ulama’-ulama’ mujtahidin
yang 4 (Imam Abu Hanifah,Imam Malik dan Imam Syafi’e,Imam Ahmad ) dan
ulama’ulama’ semasa dengan mereka telah juga mengikuti ulama’-ulama’ dari
kalangan para tabi’it tabi’in.
Setelah ulama’-ulama’ Pembentuk Hukum dari kalangan sahabat
meninggal dunia, kuasa dan tanggung jawab membentuk hukum diambil alih oleh
murid-murid mereka dari kalangan ulama’-ulama’ tabi’in seterusnya sampai ke
Ulama’-ulama’ Mujtahidin.
Carta Aliran Ulama’ Pembentuk Hukum
Para Sahabat Pembentuk Hukum
C
Ulama Tab’in C Ulama’ Tabi’it Tabi’in C
Ulama’ Mujtahidin yang 4.
Para Pembentuk hukum terdiri daripada pelbagai peringkat
lapisan (thobaqat) dan setiap lapisan adalah dianggap sebagai murid-murid
kepada ulama’ulama’ sebelumnya ( salafihim ) dan dianggap guru kepada lapisan
atau peringkat sesudahnya ( kholafihim). Sesiapa yang mengikuti jejak langkah
dan berguru dengan mereka tentang pelbagai ilmu dan fiqh maka mereka sentiasa
terdidik dengan gerakan tasyri’ dimana-mana pun mereka berada.
Carta aliran
Salasilah
SALAFIHIM : Lapisan atau Generasi yang Pertama ( Thobaqat )
Ulama’ Pembentuk Hukum @ Guru
KHOLAFIHIM : Lapisan atau Generasi yang Kedua – murid-murid
kepada Salafihim.
Salasilah Ustadzut Tasyri’ ( Guru-guru Pembentuk Hukum )
yang masyhur di :
MADINAH
Guru / SAHABAT : Sayyidina Umar Al-Khattab r.a,
Sayyidina Ali Bin Abi Thalib r.a , Abdullah Bin Umar, Zaid Ibn Tsabit
Murid / TABI’IN
: Sa’id Ibn Musayyab , Urwah Ibn Zubair , antara Ahli-ahli Feqah yang 7 –
Al-Qasim Bin Muhammad,Sulaiman Yasar,Kharijah Zaid,Ubaidillah bin Abdullah dan
Abubakar Abdurrahman.
Murid / TABI’T TABI’IN : Muhammad ibn Syihab Az-Zuhri
, Yahya ibn Sa’id
Ú
Murid / MUJTAHID : Malik ibn Anas – di Madinah
Murid / Mujtahid : Abdullah ibn Abbas - di Mekah
Muridnya :
Ikrimah,Mujahid dan Atho’
Muridnya : Sufyan Uyainah
Muridnya : Imam Syafi’e.
Murid / Mujtahid :
Abdullah Ibn Mas’ud - di Kufah
Muridnya –
Alqamah Ibn Qais dan Qadi Syuraih.
Muridnya :
Ibrahim An-Nakhai’e.
Muridnya : Hammad Ibn Abi Sulaiman.
Muridnya :
Imam Abu Hunaifah
Murid / Mujtahid :
Abdullah Ibn Amr ibn Ash - di Mesir
Muridnya –
Mufti Mesir , Yazid Bin Habib.
Muridnya : Al-Laits Ibn Sa’ad.
Imam
as-Syafi’e.
Peranan yang dimaInkan oleh para Ulama’ Pembentuk Hukum ini
disetiap peringkat generasi bukan atas arahan Khalifah tetapi atas kepercayaan
dan keyakinan Kaum Muslimin terhadap keilmuan dan peribadi mereka.
Sumber Pembentukan Hukum dalam Fasa ini
Sumbernya ada 4 iaitu Al-Quran,As-Sunnah,Ijtihad dengan qias
atau istinbath dengan kaedah-kaedah yang telah digariskan syariat.
Hal-hal yang terjadi pada sumber tasyri’
SUMBER TASYRI’ PERTAMA adalah Al-Qur’anul Karim
dengan 2 perkara yang mempunyai pengaruh dalam penghafalan,pemeliharaan
dan penjagaannya dari suatu pengubahan.
PertamaŒ
Ada 7 orang Ahli Al-Quran yaitu Abdullah Ibn Mas’ud,Muaz Bin Jabal,Ubay Bin
Kaab,Zaid Ibn Tsabit,Abu Darda’,Abu Zaid Bin Sakan,Salim Bin Maqal –Sahih
Bukhari).Apabila mereka meninggal,telah ada murid-murid mereka mewarisi
ilmu-ilmu penjagaan dan pemeliharaan Al-Quran.Begitulah juga apabila mereka ini
meninggal dunia,ada murid-murid lain yang mengambil alih tugas dan
tanggungjawab mereka.
Sanad Al-Quran ini telah berpindah dari generasi ke generasi
malah mereka berlumba-lumba dalam penjagaan,pembacaan dan pemeliharaan
Al-Quran.
Kedua
Mushaf Al-Quran yang dihimpun semasa Khalifah Usman Ibn Affan r.a yang telah
disalin dan dikirim ke berbagai ibukota ditulis dengan Khat Kufi yang tanpa
tanda titik dan baris didengari terus dari para huffaz.
Namun timbul kekhuatiran apabila ramai bangsa-bangsa lain
yang memeluk Islam akan keliru dan kabur mengenai pembacaan Al-Quran.
Oleh itu , Amir Iraq-Ziyad
telah mengarahkan Abul Aswad
Ad Dua’ali meletakkan tanda syakal ( tanda baris ) pada ujung-ujung
kata,diletakkan tanda titik fathah diatas huruf ( BARIS ATAS ),tanda titik
kasrah dibawah ( BARIS BAWAH ),tanda dhommah dengan titik disampingnya ( و wau kecil ) – BARIS
DEPAN dan tanda tanwin dengan dua titik.
Ia kemudian diubah oleh Khalil Ibn Ahmad dengan meletakkan tanda fathah dengan sebuah
Alif melintang diatas huruf dan ganda
kasrah dengan ya ( ى ) dibawahnya dan dhommah dengan wau (و ) diatasnya dan
meletakkan semua baris ( syakal ) pada seluruh huruf.
Kemudian,atas perintah Amir Iraq Al-Hajjaj Ibn Yusuf,sekali
lagi penambahbaikkan dilakukan oleh Nashr Ibn ‘Ashim dengan meletakkan
tanda-tanda titik atas huruf-huruf yang belum diberi tanda titik.
Apabila telah banyak usaha pemeliharaan Al-Quran dengan
penambahan tanda-tanda barisnya,peresmian penulisannya dan perbezaan
huruf-hurufnya telah dapat ia dibaca dengan betul dan benar.
SUMBER TASYRI’ KEDUA iaitu as-Sunnah juga membawa
pengaruh pembentukan hukum dalam fasa ini.
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah memberi tanggungjawab
Gabenor Madinah , Abi Bakr Muhammad Ibn Amr Ibn Hazm dan Muhammad Ibn Syihab
Az-Zuhri untuk menghimpunkan nash-nash dari as-Sunnah dari hafalan para
perawi-perawinya.
Pada tahun 140H, atas gesaan Khalifah Al Manshur maka Imam
Malik Ibn Anas telah menghimpunkan hadith-hadith dalam sebuah kitab yang
dinamakan Al Muwattho’ yang merupakan hadith-hadith sahih.
Pada abad ke 2H, para shahibul musnad ( Ahli Hadith
yang disandarkan kepada riwayat individu ) telah menghimpunkan musnad-musnad
mereka.
Pada abad ke 3H,kitab-kitan
sahih yang 6 telah dihasilkan yaitu Sahih al-Bukhari,Sahih
Muslim,Sunan
Abi Dawud,Sunan al-Tarmizi,Sunan al-Nasa’i dan Sunan Ibn Majah. Tanda
ucapan
diriwayatkan oleh as-sittah’
dan ‘muttafaq alaih’ adalah merujuk kepada hadith-hadith yang
diriwayatkan oleh mereka semua.
Walau bagaimanapun , himpunan-himpunan as-Sunnah ini belum
dapat menyatukan pandangan Kaum Muslimin terhadap as-Sunnah sepertimana
kesepakatan mereka terhadap Al-Quran.
Masih terdapat ruang-ruang
yang mencetuskan perbezaan pendapat , membuat pemalsuan
dan pembohongan terhadapnya.
Hampir saja Khalifah
Al Manshur mengajak Kaum
Muslimin supaya merujuk
hanya kepada Kitab
Al- Muwattho’ dengan mengenepikan
kelongaran ( rukshah ) yang
diijtihadkan oleh Ibn
Abbas serta menghindari
keterlaluan yang dibawa oleh Ibn Umar tetapi ditegur oleh Imam Malik. Beliau
memberi pendapat bahawa semua para sahabat diberi petunjuk oleh Allah SWT dalam
membentuk hukum.
Peninggalan-peninggalan pembentukan hukum dalam Fasa ini
Œ
Pertamanya - Terhimpunnya hadith-hadith sahih
Sebahagian dihimpun dalam musnad-musnad.
Sebahagian dihimpun dengan cara bab-bab fiqh.
Kedua - Himpunan fiqh dan hukum-hukumnya dan pengumpulan masaalah yang ada
hubungan antara satu sama lain dalam satu maudlu’ . Daulah Islamiyah
telah meluas daerahnya
peradabannya maka terdapat
pelbagai keputusan dan kejadian serta aturan yang menjadi lapangan luas kepada
ijtihad.
Maka mereka berijtihad dalam memahami
nash-nash dan beristinbath dalam hal yang tidak ada nash.
Mereka telah terpengaruh dengan
kaedah-kaedah ijtihad dan perbahasan dari orang yang masuk Islam dari kalangan
bangsa bukan Arab serta pelbagai ilmu dan seni dalam kalangan kaum Muslimin .
Oleh kerana itu , fatwa mujtahidin dalam
fasa ini tidak semata-mata fatwa ,
tetapi juga pendapat dan perbahasan yang diterangkan sebab dan
bukti. Maka, fiqh dan hukumnya telah
menjadi ilmu yang mempunyai pelbagai masalah yang menyeluruh termasuk bagi
peristiwa yang tidak mungkin terjadi dan disusun dalam ensiklopedia yang
menjadi rujukan kaum Muslimin.
Antara ensiklopedia tersebut:
!
Mazhab Imam Abu Hanifah – Kitab-kitab Dhorirur Riwayat
yang 6 (Mabsuth Muhammad, Jami’ al-Kabir, Jami’ as-Shaghir, Kitabus Sair
al-kabir, Kitabus Sairal-saghir & Az-Ziyaadaat)
!
Mazhab Imam Malik – Kitabal-Mudawanah ▪ Mazhab imam Asy-Syafi’ie – Kitab al-Umm
Ž Ketiga - Himpunan ilmu usul
fiqh.Setelah mujtahid masing-masing membuat pembentukan hukum yang khusus dalam
fasa ini, maka ini mendorong mereka untuk meletakkan dasar dan perkara utamA
dalam ijtihadnya dan setiap mujtahid menghuraikan prinsip-prinsip dan usul
dalam setiap masalah dan hukum.
Contohnya
-
Kitab al-Muwattho’ Imam
Malik.
-
Kitab khusus usul fiqh oleh Abu Yusuf bagi
mazhab Imam Abu Hanifah.
-
Imam Muhammad Ibn Idris As
Syafi’ie dalam kitab Ar-Risalah .Beliau orang
pertama yang menghimpun kaedah-kaedah ini secara tertib (sistematik) dengan
diterangkan illat-illatnya (sebab-sebabnya) serta bukti-bukti bagi setiap
qa’idah.Beliau dikenali sebagai “peletak ilmu usul fiqh”. Walaupun pada
hakikatnya beliau cuma menyusun dan meletakkan kaedahnya secara sistematik
sahaja dan bukan peletak pertama ilmu ini.
IMAM ABU HANIFAH
Nama sebenarnya Nu’man Ibn
Tsabit .Lahir di Kufah pada 80H dan wafat di Baghdad pada 150H . Belajar ilmu
fiqh dari Hammad Ibn Abi Sufyan dari Ibrahim dari al Qamah dari Ibnu Mas’ud r.a
Menuntut ilmu fiqh pada
permulaan abad ke2 dan mempunyai pendapat yang mantap dalam permasalahan fiqh.Pedomannya
dalam beristinbath hukum-hukum fiqh adalah dari Kitabullah atau as - Sunnah dan atsar-
atsar yang sahih
.
Sangat mahir dalam
: qias dan istihsan -
(beralih dari hukum qiyas
kepada hukum dari nash Al-Quran / Sunnah). اِسْتِحْسَان Istihsan
Telah bangkit fiqhur ra’yi di tangan Abu Hanifah dan sahabat-sahabat beliau serta
fuqaha-fuqaha Iraq lainnya .
Lahirlah fiqh
sebagai ilmu yang memiliki qaidah dan dasar yang sebelumnya merupakan masalah
yang berselerak dan mereka hanya
berpegang dengan sunnah dan takut berbicara dengan ra’yu akhirnya mula mahu mengambil pendapat dengan
nama qias dan maslahah mursalah.
Mempunyai sahabat-sahabat besar
(ajilla’) yang berguru kepadanya dan
bersetuju dengan pendapat dan istinbath beliau dan akhirnya kerana merekalah,
madzhabnya berkembang dan meluas dan bercampurlah ucapan mereka dengan guru
mereka dan akhirnya disebut madzhab Abu Hanifah.
Walaupun pendapat mereka
bercampur dengan pendapat guru mereka, tetapi mereka tidak
memisahkan diri mereka daripada
guru mereka seperti yang berlaku kepada Imam Asy-Syafi’ie,
yang memisahkan dirinya dari
gurunya Imam Malik Bin Anas dan seperti Imam Ahmad Bin Hanbal.
yang memisahkan dirinya dari dari
gurunya Imam Asy-Syafi’ie .
Sahabat Imam
Abu Hanifah yang masyhur: Abu Yusuf dan Muhammad Ibnu Hassan
1.
Abu Yusuf - Namanya Ya’qub
Ibn Ibrahim As Anshari Lahirpada 112H wafat pada 193H.
Merupakan sahabat paling besar dan pembantu utama.Beliau menulis
kitab ‘Al-Kharaj’ iaitu kitab berkaitan peraturan harta benda dan pajak.
Dialahyang menyebar luaskan madzhab Imam Abu Hanifah. Menjawat jawatan Hakim
Agung (Qadhilul Qudhot) pada zaman Khalifah Harun ar-Rasyid .
2. Muhammad Ibnul
Hasan dilahirkan pada 132H wafat pada
189H di Kufah.Menghadiri majlis Imam Abu Hanifah sejak kecil dan seterusnya
belajar dengan Abu Yusuf . Dialah yang
menghimpunkan masaalah-masaalah fiqh Abu Hanifah dan
mengimlakkannya املاء (menyebut dan ditulis oleh orang
lain ) di dalam kitab-kitabnya 6 yang masyhur (Mabsuth Muhammad, Jami’ul Kabir,
Jami’ as Soghir, Kitabus Sairil Kabir, Kitabus Sairil Soghir & Az Ziyadat) . Kitab-kitab lain : An Nawaadir, Al-Waqi’aat (kumpulan
jawapan fatwa bagi peristiwa yang tidak ditemukan jawapannya daripada sahabat).
Masalah-masalah Fiqh Hanafi tersusun kepada 3:
1.
Kitab-kitab Dhohirur
Riwayat – merupakan marji’ yang dipegang dalam Mazhab Hanafi.
2.
Kitab-kitab Nawadir– yang
merupakan martabat ke 2.
3.
Kitab al-Waqi’aat- yang
merupakan martabat ke 3 kerana dikeluarkan oleh para Syaikhul Madzhab Hanafi.
IMAM MALIK
Namanya Malik Ibnu Anas Al Ashbahi berasal Yaman dan
daripada keturunan Abu ‘Amir yang merupakan salah seorang
sahabat Nabi r.
Lahir : 93H di Madinah wafatnya pada tahun173H juga di Madinah (tidak pernah merantau
keluar daripada Madinah) . Seorang tokoh dalam hadith dan fiqh secara serentak .
Pegangan beliau yang pertama adalah Kitabullah kemudian
Sunnah Rasul .Tetapi lebih mendahulukan amalan penduduk Madinah daripada hadith
Ahad sekiranya menyalahi amalan tersebut. Hal ini kerana, beliau beri’tiqad bahawa penduduk Madinah telah mewarisi amalan-amalan
Ulama’-ulama’ Salaf mereka dan ulama’ ulama’ ini telah mewarisi amalan tersebut
daripada para Sahabat r.hum.
Maka menurut pendapatnya, pasti hal itu lebih kuat daripada
hadith Ahad tetapi Imam Asy-Syafi’ie dan
sebahagian ulama’ mujtahid lainnya tidak sependapat dengan beliau dalam hal ini
dengan hujah bahawa banyak hadith-hadith yang di bawa bersama oleh para sahabat
yang berada di ibu kota & negara yang ditakluki yang menetap di sana .
Maka, tidaklah secara keseluruhannya terbatas pada amalan
ahli Madinah sahaja tetapi sebahagiannya bahkan banyak daripadanya yang berada
di luar Madinah .Hal ini kerana, apabila hadith tersebut sahih, maka mereka
akan mengambilnya samaada ianya sesuai atau pun tidak dengan ahli Madinah.
Selepas Sunnah, pegangan Imam Malik adalah Qias. Banyak di
antara masaalah fiqhnya yang didasarkan kepada maslahah mursalah.
Imam asy-Syafi’ie telah mengambil hadith dan belajar ilmu
fiqh daripada beliau .Pendatang-pendatang dari Mesir, Maghribi & Andalusia
(Sepanyol) yang hadir ke majlis beliau telah mengambil kesempatan tersebut
untuk mengambil manfaat serta menyebarkan madzhab beliau di negeri mereka.
Madzhab Maliki adalah madzhab yang dominan di Andalusia
dengan perantaraan penguasa-penguasa di sana sepertimana yang berlaku pada
Khalifah Abbasiyah terhadap Madzhab Hanafi.
Sekarang, madzhab Maliki masih dominan (mendapat tempat dan
berpengaruh) di Maghribi, Mesir, Sudan dan sekitarnya. Kitab beliau ‘al-Mudawwanah’ (kitab
asas fiqhnya) & kitab ‘al-Muwattho’’ telah dicetak berulang kali dan tersebar luas.
Pembentuk undang-undang Mesir telah mengambil sebahagian
hukum-hukum dari Madzhab Maliki untuk menjadi marji’ (rujukan) bagi Mahkamah
Syari’ah di sana dan demikian juga madzhab Syafi’ie sejak tahun 1920M.
IMAM ASY-SYAFI’IE
Namanya Muhammad Ibnu Idris Asy-Syafi’ie al-Quraisyi .Nasab
keturunan beliau bersambung sampai kepada Rasulullah r pada Abdul Manaf.Dilahir
pada tahun 150H di Kota Ghazza sebagai anak yatim dan wafat pada tahun 204H di
Mesir .
Asy-Syafi’ie telah
hafal al-Quran sejak kecil Beliau merantau ke Qabilah Hudzail di pedalaman Arab
iaitu qabilah yang paling fasih bahasanya untuk belajar bahasa di sana dan
menghafal syair-syair mereka.
Imam asy-Syafi’ie belajar
ilmu fiqh dengan Syaikhul Haram dan Mufti negeri tersebut iaitu Muslim Ibn
Khalid.Kemudian merantau ke Madinah selepas hafal al-Muwattho’ dan dibacanya kitab tersebut di hadapan Imam Malik dan
belajar daripadanya (Imam Malik adalah gurunya yang ke2).
Kemudian pergi ke Iraq 3 kali dan telah bertemu dengan
sahabat-sahabat Imam Hanafi dan telah mengadakan perdebatan dengan Muhammad
Ibnul Hasan dan menyiarkan madzhab qadimnya di sana.
Kemudian merantau ke Mesir pada tahun 198H dan bertempat di
Kota Fusthat iaitu tempat letaknya Universiti Amr Ibnul ‘Ash,
beliau telah menyebarkan ilmu beliau di sana iaitu di kalangan orang Mesir
& meluaskan madzhab jadidnya di situ dan terus mengimlak murid-muridnya dan
mengajarkan ilmu dan fiqhnya.
Kitab ‘al-Umm’
adalah kitab besar beliau dan merupakan dasar madzhabnya. Beliau telah berhasil
meletakkan ilmu usul fiqh dengan penulisan kitab ‘al-Risalah’ (kaedah-kaedah
ijtihad dan istinbath hukum diperbaiki). Madzhab beliau telah tersebar di Mesir
dan sebahagian negeri-negeri Syam, Yaman, Hijaz & Asia Tengah.
IMAM AHMAD BIN
HANBAL
Namanya Ahmad Ibn Muhammad Ibn Hanbal As Syaibani Al Maruzi .Lahir
pada 164H di Kota Marwa (sebuah kota di Parsi). Meninggal pada tahun 241H di
Baghdad .
Beliau mengambil hadith dari tokoh-tokoh hadith pada masanya
iaitu Imam Bukhari dan Muslim. Beliau sangat sibuk dengan hadith sehingga
digelar Imam Ahlus Sunnah dan telah menyusun musnadnya yang terkenal di dalam 6
jilid.
Beliau belajar ilmu fiqh dengan Imam Asy-Syafi’ie semasa di Baghdad dan telah menjadi murid Imam Asy-Syafi’ie yang terkemuka dalam fiqh.
Beliau adalah termasuk ulama’
mujtahidin tetapi kecenderungan beliau kepada hadith lebih besar daripada fiqh,
justeru pengaruh madzhabnya tidak pernah keluar daripada negara Iraq kecuali
selepas abad ke-4 dan tidak nampak secara nyata di Mesir melainkan selepas abad
ke-7 .
Sekarang madzhab beliau bertapak di negeri-negeri Najd,
sebahagian Iraq, Syam dan Hijaz .Kitab madzhab beliau yang terbesar adalah ‘al-Mughni’ oleh Ibnu
Qudamah yang terdiri daripada 12 jilid. Kitab lainnya adalah seperti ‘Iqna’ dan
‘Muqni’, ‘al Furu’’ dan ‘Dalilut Thalib’.
FASA TAQLID
Semangat ijtihad mutlak di kalangan Ulama’ telah terhenti
dan sumber-sumber pembentukan hukum dari nash al-Quran dan as-Sunnah, istinbath
bagi hukum-hukum yang tiada nashnya dan dalilnya adalah dari dalil-dalil
Syar’i.Mereka mengikuti apa yg telah dikembangkan dari hasil ijtihad ulama’-ulama’
mujtahidin terdahulu.
Fasa ini bermula pertengahan abad ke 4H ketika Muslimin
mengalami berbagai faktor politik, intelektual, akhlak dan sosial yang membawa
pengaruh melemahkan pembentukan hukum.
Maka terhentilah gerakan ijtihad dan penyusunan undang--undang serta
mematikan semangat kebebasan berfikir di kalangan ulama’.
Sebab-sebab terhentinya gerakan Ijtihad
Ada 4 faktor:
j
Terbaginya Daulah Islamiyyah ke dalam kerajaan yg saling bertengkar antara raja--rajanya,
penguasa-penguasanya dan individu. Kesibukan mereka menyebabkan terhentinya
gerakan pembentukan hukum.
k
Ulama’-ulama’ mujtahidin di fasa ke 3 berpecah dan masing-masing mempunyai
madrasah tasyri’iyah sendiri. Mereka disibukkan dengan urusan mazhab-mazhab
masing-masing dan menyebabkan kurang tumpuan terhadap asas-asas pembentukan
hukum al-Quran dan as-Sunnah.
Maka terkuburlah kebebasan akal dan hanya menjadi muqallid
(mengikut).
l
Apabila kaum Muslimin tidak pedulikan pengaturan kekuasaan pembentukan hukum
dan tidak meletakkan aturan seperti aturan tidak dibenarkan melakukan ijtihad
kecuali yg layak. Ada yg mengambil kesempatan dengan menyampaikan fatwa-fatwa
kaum Muslimin dan memainkan nash-nash syariat, hak-hak manusia dan permasalahan
mereka.
Oleh yg demikian, ulama’-ulama’ akhir abad ke 4H telah
menutup pintu ijtihad dan mengikat ahli-ahli fatwa dan hakim untuk mengikuti
hukum-hukum ulama’ terdahulu.
m
Para ulama’ telah dijangkiti penyakit akhlak yg menghalangi mereka dari
ketinggian martabat berijtihad. Maka mereka telah saling menghasut dan
mementingkan diri sendiri (ananiyah).
Jika terdapat di antara mereka berijtihad, maka dengan itu
akan memasyhurkan dirinya dan memandang rendah pada yang lain.
KESUNGGUHAN ULAMA DALAM PEMBENTUKAN HUKUM DI FASA INI
Ulama’ setiap mazhab dibahagikan kepada 5 :
Œ
Tingkatan Pertama
Mujtahid Dalam Mazhab : Berijtihad kepada perkara-perkara yang
telah digariskan oleh ulama’-ulama’ se mazhab mereka. Ada yg menyalahi
sebahagian hukum-hukum ulama’ mazhabnya seperti Hasan
ibn Ziyad dari Mazhab Hanafi , Ibnul Qasim dan Asyhab dari Mazhab Maliki ,
Buwaithi dan Muzani dari Syafi’i.
Mereka memiliki kemampuan mengembangkan hukum-hukum syari’e
dari sumber yg pertama. Mereka menetapkan agar pengembangan hukum sesuai dengan
pengembangan hukum-hukum ulama’ mereka dan dasar mereka juga dasar ulama’-ulama’
tersebut.
Tingkatan Kedua
Mujtahid di dalam masaalah yang tiada riwayat
dari Imam Mazhabnya. Mereka (ahlul
ijtihad fil masa’il) tidak menyalahi imam mereka dalam hukum-hukum far’i maupun
pokok-pokok ijtihad namun mereka hanya beristinbath hukum bagi masaalah yg
tidak ada riwayatnya.
Ž
Tingkatan Ketiga
Ahlut Takhrij - Tidak
melakukan ijtihad dalam mengistinbath hukum-hukum pelbagai masaalah.Mereka
membatasi ijtihad dalam menafsir ucapan-ucapan imamnya yg mujmal (umum )
atau menyatakan arah tertentu bagi hukum yg berkemungkinan ( muhtamil )
dua arah. Mereka berusaha menghilangkan kesamaran dan kegelapan yg terdapat pada
ucapan dan hukum-hukum imam mereka.
Tingkatan Keempat
Ahlut Tarjih - Membandingkan apa--apa yang diriwayatkan oleh
imam-imam mereka dengan riwayat-riwayat lain.Kemudian diadakan pentarjihan
antara riwayat-riwayat, ditinjau dari segi dirayahnya (makna perkataan
dari istilah bahasa ), setelah itu dinyatakan : Ini yang lebih sah riwayatnya ,
ini lebih utama penukilannya untuk diterima , ini yang lebih sesuai bagi qias,
ini yang lebih sesuai bagi manusia. Di antaranya Al Qaduri, pengarang Al
Hidayah dari Mazhab Hanafi.
Tingkatan Kelima
Ahlut Taqlid Semata-mata
: Membeza-bezakan antara riwayat nadir dengan yang zahirnya, antara dalil-dalil
yang kuat dan lemah.
PEMBENTUKAN HUKUM YANG BARU
Pada akhir abad ke 13, Khilafiah Uthmaniyah memerintah agar
menyusun undang-undang tentang muamalat yang bersumber fiqh Islami. Mereka
sepakat menyusun undang-undang yang disebut ‘Majallah Hukum-hukum Keadilan’
(Majallatul Ahkam Al Adliyyah ) pada 1286H dan direalisasikan pada 1292H.
Di Mesir, mulai 1920 MASIHI pemerintah mengeluarkan undang-undang No 25 yg
mengandungi sebahagian hukum mengenai hubungan orang seorang (ahwal syahshiyah)
yg menyalahi mazhab Abu Hanifah tetapi tidak terkeluar dari mazhab mujtahidin yang
empat.
Pada tahun 1929 MASIHI
pemerintah mengeluarkan undang-undang No 25 yg mengandungi sebahagian
hukum mengenai hubungan orang seorang (ahwal syahshiyah) yg menyalahi Mazhab
Hanafi tetapi tidak terkeluar dari mazhab Islam yang lain.
Pada tahun 1939 MASIHI,sekali lagi mereka membentuk badan
yang menyusun undang-undang individu,waqaf,waris,wasiat,Mahkamah Syariah,Majlis
Hasbiyah tanpa terikat dengan mana-mana mazhab.
b
No comments:
Post a Comment