Wednesday

SOLAT KIFARATUL BAULI - mohon keampunan Allah kerana najis kencing pada pakaian

Kita sering dan lazim menggunakan pakaian yang sama untuk ke bilik air dan menunaikan solat terutama ketika sedang bermusafir atau berada jauh dari rumah.Yang lelakinya memakai seluar ataupun berjubah;samalahlah juga pakaian kaum Muslimahnya kekadang kita tidak sedar ketika kita membuang
air kecil atau air besar,ada terpercik air kencing pada pakaian kita samada kita sedar atau buat tak tahu
saja !wat derkk je..lap-lap lebih kurang dah ok kot..

Ada ketikanya juga air paip yang kita guna untuk bersuci itu dibuka dengan kuat menyebabkan percikan air kencing ,najis dan kotoran pada lantai tandas itu kembali terpercik kepada pakaian kita.Selamba je kita lap-lap lebih kurang sedangkan pakaian tersebut telah pun kotor dan terkena najis.Selepas tu kita berwuduk dan bersolat.Jadi kita bersolat dalam keadaan pakaian yang terkena najis kencing.

Kita mohonlah keampunan kepada Allah atas perkara yang berlaku ini,yang lepas,yang bulan lepas,yang tahun lepas,yang 5 tahun lepas,yang 10 tahun lepas ke..tak terkira dah berapa kali berlakunya.

Kita mohon keampunan melalui bersolat sunat 2 Rakaat yang dinamakan ia Solat Kifaratul Bauli iaitu solat
memohon keampunan dari dosa percikan najis kencing.Solat ini dilakukan selepas solat Dhuha.Niatnya seperti dibawah,yang mana pada Rakaat Pertamanya selepas FATIHAH ,baca surah Al-KAUTSAR 7x dan pada Rakaat Kedua pula dibaca selepas FATIHAH,surah AL-IKHLAS 7x juga.Selepas itu,berdoalah memohon keampunan Allah dan diterima olehNya solat kita yang lalu.Wallahu a'lam.
Selepas setiap rakaat, baca Al-Kausar ( Inna a'toina ) sebanyak 7 kali.

Sunday

KAEDAH MENGETAHUI NAMA HARI MENGIKUT TARIKH

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT SUBUH : Orang yang pertama mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s ketika keluar dari syurga.Apabila dia dihantar ke bumi,perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan dia berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar Subuh sudah terbit,Nabi Adam pun solat 2 Rakaat. Rakaat 1 : Tanda bersyukur kerana lepas dari kegelapan malam. Rakaat ke 2 : Bersyukur kerana siang sudah menjelma.

 ZOHOR : Orang yang pertama mengerjakan Solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s apabila Allah Taala perintahkan kepadanya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sewaktu tergelincirnya matahari , lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 Rakaat. Rakaat 1 : Tanda syukur atas penebusan sembelihan itu. Rakaat ke 2 : Bersyukur kerana hilangnya dukacita dia dan anaknya. Rakaat ke 3 : Bersyukur atas keredhaan Allah. Rakaat ke 4 ; Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan kibas.

 ASAR : Orang yang pertama mengerjakan Solat Asar ialah Nabi Yunus a.s apabila dikeluarkan Allah dari perut ikan Nun.Ikan Nun memuntaahkan Nabi Yunus ditepi pantai ketika waktu Asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersolat 4 Rakaat kerana diselamatkan oleh Allah dari 4 kegelapan iaitu : Rakaat 1 : Kelam dengan kesalahan. Rakaat ke 2 : Kelam dengan air laut. Rakaat ke 3 : Kelam dengan malam. Rakaat ke 4 : Kelam dalam perut ikan Nun.

 MAGHRIB : Orang yang pertama mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Nabi Isa a.s semasa dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya di waktu terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersolat 3 Rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan iaitu Rakaat 1 : Menafikan ketuhanan selain Allah Rakaat ke 2 : Menafikan tuduhan kepada ibunya Siti Maryam yang ditohmahkan melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ke 3 : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu,iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.

 ISYAK : Orang yang pertama mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s semasa tersesat mencari jalan keluar dari Negeri Madyan dalam keadaan berdukacita di waktu Isyak.Lalu bersolat Nabi Musa 4 Rakaat sebagai tanda bersyukur lepas dari dukacita. Rakaat 1 : Lepas dari dukacita terhadap isterinya Rakaat ke 2 : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ke 3 : Dukacita terhadap Firaun. Rakaat ke 4 : Dukacita terhadap anak Firaun

ASAL USUL BUANG AIR BESAR

Nabi Adam a.s setelah beliau makan Buah Khuldi maka perutnya memulas kerana merasakan ada sesuatu yang hendak keluar dari bahagian dubur.Setelah Nabi Adam merasa hendak buang air besar maka beliau pun belari mengelilingi syurga untuk mencari tempat membuang air besar. Lalu Allah Taala memerintahkan Malaikat untuk bertanyakan perihalnya. Tanya Malaikat, ‘ Apa yang kamu kehendaki ? “ Jawab Adam, “ Aku mahu membuang kotoran yang ada di dalam perutku ini “.

 Kemudian Allah mewahyukan kepada Malaikat, “ Katakan padanya; di mana kamu hendak letakkan kotoran yang ada di dalam perut mu itu , di tempat tidurmu, di singgahsana,di sungai atau di bawah pohon kayu.Adakah kamu dapati semua tempat itu sesuai untuk kamau membuangnya ? Oleh itu turunlah ke bumi. Syurga adalah tempat yang paling suci,paling bersih dari segala kotoran dan najis.Ketika berada di dalam syurga, seseorang itu tidak akan berasa hendak membuang air besar atau kecil.