Monday

Cara Mengukur Kayu Balak

PROSES MENGUKUR KAYU BALAK bermula dari proses menebang kayu balak dari kawasan hutan.

                                                  proses menebang pokok balak




Kawasan tebangan hasil hutan juga terbahagi kepada dua yakni Kawasan Tebangan Hutan Dara yang biasanya terletak dikawasan Hutan Simpan dengan had tebangan kayu balak yang sudah ditentukan oleh Jabatan Perhutanan.Had Tebangan masa dulu ialah 18” ukuran perepang bagi kayu kumpulan kayu keras manakala 24” ukuran perepang bagi kayu jenis lembut dan meranti.Maknanya tak boleh tebang pokok kayu kecil dari saiz had tebangan tersebut.

Sekarang ini pihak Jabatan Perhutanan atau Pemegang Konsesi Kawasan Pembalakan sudah meletakkan ‘tagging’ atau penanda pokok yang boleh ditebang dan arah pokok yang yang patut ditumbangkan.Ini bagi memudahkan penebang-penebang balak menebang pokok balak yang sudah ditanda mengikut arah pokok itu tumbang bagi mengelakkan kerosakan besar pada anak-anak pokok lain.

Malah beberapa pokok yang besar dikawasan itu dijadikan ‘pokok ibu’ yang telah ditanda dua gelang cat berwarna kuning bermaksud pokok yang tidak boleh ditebang.Kawasan hutan ini akan diulang kerja dalam penebangannya tempoh  jangkamasa 10 atau 15  tahun akan datang.Ia bertujuan menjamin tumbesaran pokok yang akan mencapai had boleh tebang.

Oleh kerana itu,semua oarang yang terlibat dalam industri Pengeluaran Hasil Hutan ini mesti mempunyai permit kerja atau dipanggil Sub-Lesen yang diperolehi dari Jabatan Hutan daerah tersebut.




Jika kawasan konsesi hutan untok pembalakan ini berada dalam kawasan curfew
( Kawasan Terkawal ) ; mereka mestilah mempunyai permit memasuki kawasan terkawal ini dengan syarat-syarat yang ketat.Permit ini hanya dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah kawasan yang terlibat.Permit begini biasanya dikenakan di daerah yang dikhuatiri masih ada saki baki penganas komunis seperti di Triang,Kuala Lipis,Jerantut dan Raub.Namun perintah curfew ini telah dibatalkan pada tahun 1987.


Kawasan tebangan balak yang satu lagi dipanggil Kawasan KSK yang memberi maksud Kawasan Sudah Kerja.Kawasan Sudah Kerja ini adalah kawasan Hutan Dara asal yang sudah dibuat penebangan balak mengikut had tebangan yang kemudiannya kawasan ini telah diwartakan oleh Kerajaan untok dijadikan ladang atau untok dibuat sesuatu projek.Kawasan beginilah dinamakan kawasan KSK yang kayu balaknya boleh ditebang tanpa had tebang selagi ada nilai komersial.

Kekadang kita nampak banyak kayu-kayu balak kecil yang diangkut dengan trailer.


Di Negeri Pahang,kawasan-kawasan pembalakan kecil ini dipanggil Blok manakala di Terengganu dipanggil Kompatmen.Begitu juga dengan panggilan tempat mengumpul kayu dihutan dipanggil Matau disebelah Negeri Pahang manakala panggilan Betau bagi Negeri Terengganu.

Di Negeri Pahang,kawasan-kawasan pembalakan kecil ini dipanggil Blok manakala di Terengganu dipanggil Kompatmen.Begitu juga dengan panggilan tempat mengumpul kayu dihutan dipanggil Matau disebelah Negeri Pahang manakala panggilan Betau bagi Negeri Terengganu.

                                               Proses menarik kayu ke Matau Santaiwong


Pokok Kayu balak panjang yang dikerat hujong dahannya ditarik oleh Jentolak (Bulldozer) ke Matau@Betau Santaiwong untok dipotong atau dikatang mengikut saiz.
                                     Proses memunggah kayu naik ke atas Santaiwong



Kayu balak yang siap dikatang akan dibawa oleh Santaiwong dari Matau@Betau Hutan ke Matau Trailler.Lori Trailler yang panjang tidak boleh sampai ke matau Santaiwong kerana jalannya lembik dan kawasan mataunya sempit.Ia dibuat hanya dalam bentuk sementara bagi memudahkan pengeluaran kayu bagi sesuatu bahagian kawasan kerja.


Kekadang lori Santaiwong ini juga terpaksa ditarik dengan Bulldozer (Jentolak) apabila tayarnya terbenam dalam tanah.


Matau Trailler pula selalunya kawasan yang agak luas bagi memudahkan lori trailler yang panjang membuat pusingan dan tempat menunggu giliran bagi beberapa buah lori balak satu-satu masa.Ia bersifat pusat pengumpulan setempat mungkin lebih dari satu kontraktor dan ia boleh diguna pakai untuk pengumpulan balak-balak dimasa akan datang.

                                 Pembalakan di dalam air di Tasik Kenyir




Ada juga kerja-kerja pembalakan didalam air seperti pembalakan dalam air di Tasik Kenyir.Pokok-pokok besar dan bermutu yang belum sempat ditebang atau berada ditempat yang tinggi suatu ketika dulu kini boleh diambil semula apabila kawasan itu dijadikan takongan air empangan.


Kayu-kayu balak ini digolongkan dalam beberapa katagori seperti Heavy Hardwoods,Medium Hardwoods,Light Hardwoods dan Soft woods (conifers).

                                                                Kayu-kayu dalam Katagori Heavy Hardwoods adalah
seperti Giam,Merbau,Cengal,Membatu,Balau,Resak,Keranji dan seumpamanya.Semua ni jenis kayu keras dan berat tetapi kiraan isipadu kayu tidak bergantung kepada beratnya tetapi pada ukuran saiz kecil besar kayu itu.

                                                                                  Kayu-kayu Medium Hardwoods pula adalah Keruing,Kapur,Keledang,Simpoh,Keladan,Mengkulang,Merawan Batu,Mata Ulat,Tualang dan Kempas.

                                                                                   Light Woods pula adalah terdiri dari Seraya,Meranti,Nemesu,Bintangor,Kedondong,Medang,Durian,Jelutong,Nyatoh,Macang,
Pelong,Petai,Mersawa,Sepetir,Jati,Damar Hitam dan seumpamanya.Kayu balak dalam kumpulan ini sesuai dijadikan papan lapis atau plywood.

                                                                      Manakala Soft woods pula terdiri dari Damar Hitam,Gaharu,Sengkawang,Tembusu,Kelat,Penarahan,Meranti Paya.

Kayu yang ditebang akan dipotong atau dikatang mengikut saiz yang telah ditetapkan oleh Pemegang Konsesi atau Pelesen mengikut permintaan pembeli atau Kilang Papan samada mengikut ukuran matrik meter padu atau ukuran kaki dan tan.Ukuran standard dalam metrik biasanya katangan paling pendek pun 55  dan dalam ukuran lama 16’ kaki.Paling panjang pun kayu di Semenanjung adalah 36 kaki kerana mengikut saiz lori trailer yang mengangkut balak kecuali di Sabah dan Serawak yang mana kayu balaknya dibawa keluar sebatang-sebatang panjang dan hanya dikatang atau dipotong apabila tiba di kilang papan.Ini adalah faktor pengangkutan yang jauh untok tiba di kilang papan dan adakalanya melalui jalan air dan paya.



              Bulldozer sedang menarik Santaiwong melepasi bukit yang jalannya masih lembik

Sebatang Kayu balak panjang akan dikatang atau dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dengan basi 3 inci atau lebih 3 inci dari saiz panjang sebenar.Ia bertujuan saiz sebenar tidak berubah bila hujung kayu itu dipotong senget atau pecah atau merekah sedikit  akibat panas terik atau aktivi pindah memindah dan menyusun.

Kayu balak yang telah siap dikatang di Matau (Betau) Santaiwong akan ditanda dengan’ marking’ team pekerja untok direkodkan jumlah tebangan dan pendapatan mereka.Kemudian baru ia diangkut dengan santaiwong ke Matau (Betau) Trailer.
  
Kayu yang diukur akan ditulis nombor bilangan katangan kayu mengikut bulan dan saiznya ukuran panjang dan perepang (bukaan permukaan hujung kayu) samada dalam metrik meter dan cm atau kaki dan inci.


Maklumat ini ditulis atau ditanda dengan kapur terlebih dahulu kemudian ditulis semula dengan aluminium bagi memudahkan  mengesan makluman kayu tersebut bila permukaan kepala kayu itu kotor terkena lumpur.

                                                            Tagging plate besi

                                                       Tagging plate plastik


Ada yang menulisnya dengan marker pada plate plastik dan plate besi,ini lagi mudah kerana dapat menulis nama jenis kayu tersebut dengan kod ringkas.Cara ini lebihg baik kerana tulisan cat akan hilang dan susah dikesan apabila kepala kayu kotor atau tulisan itu sukar dibaca apabila ia ditutupi minyak kayu seperti minyak kayu keruing.Malah jenisnya juga sukar dicam apabila kayu balak tersebut terlalu kotor apabila digolek-golek untok disusun oleh jentera pengapit.

Informasi atau maklumat pada kayu balak itu penting apabila mahu menulis invois pengedaran kayu balak itu untok dihantar ke Kilang Papan.Ia mesti sama dengan rekod maklumat yang disimpan dalam Buku Rekod Pengeluaran dan Invois Pengeluaran.
  
Kayu balak ini diukur mengikut saiz panjangnya dan lebar perepang atau permukaan hujung kayu yang lebih kecil.Dua belah hujong kayu yang hampir sama besar atau yang nampak kecil sedikit dari yang sebelah lagi,maka hujung yang lebih kecil itu diambil kira sebagai tempat ukuran saiz kayu tersebut.
                                         Cara-cara mengukur isipadu kayu balak

Ukuran panjang kayu dari hujong ke hujong diukur dengan tape panjang,kebiasaannya saiz panjangnya sudah ditentukan mengikut keperluan kilang papan.
Ukuran dalam matrik kebanyakan digunakan di Negeri Pahang manakala ukuran lama digunakan di negeri-negeri lain seperti Trengganu.


                    Saiz dalam ukuran matrik dan menggunakan tulisan cat aluminium

Apabila ukuran matrik iaitu meter bagi ukuran panjang dan sentimeter (cm) bagi ukuran perepang,Buku Saiz Kayu Matrik meter padu digunakan.




Jika ukuran digunakan dalam ukuran kaki bagi panjang dan inci bagi lebar perepang; maka Buku Saiz Kayu Kaki Inci digunakan.



Kaedah mengukur ukuran panjangnya mudah dari hujong kayu hingga ke hujong kayu.

Lebar perepang dikira dengan mengukur dua kali secara bersilang.Contohnya ukuran pertama lebar permukaan adalah 24 inci kemudian ukuran silang kedua pula 26 inci.Tape Mengukur tersebut kita lipatkan ditengah-tengan antara dua ukuran tersebut maka kita dapati 25 inci adalah ditengah-tengah.Maka ukuran lebar perepang tersebut adalah 25 inci.

Jikalau ukuran perepang contohnya ukuran pertama 23 inci manakala ukuran silang kedua 24 inci; maka ukuran 23 inci yang lebih kecil diguna pakai sebagai ukuran sebenar.

Kita rujuk Buku Sifir ukuran Tan panjang dalam ukuran kaki dan lebar perepang dalam ukuran inci. 




Mengikut jadual sifir ;isi padu bagi kayu balak berukuran panjang  24 kaki x ukuran perepang 25 inci adalah = 128.4 atau 1.2 Tan.

atau boleh juga dikira dengan formula berikut :
Perepang x perepang x panjang /(dibahagi) 11664 = Tan
Contohnya Saiz perepang 25” x 25” x 24’ /11664 bersamaan 1.2 Tan.

tapi guna sifir lagi cepat la..tak payah nak kira-kira lagi.

Kita lihat pula ukuran dalam matrik merujuk pada kayu balak yang sama tetapi ukuran akan lari sedikit dari ukuran imperial.

Saiz Pajang 24 kaki adalah lebih kurang 7.3 meter,dalam sifir 73.Perepangnya adalah lebih kurang 64cm.

Merujuk kepada sifir matrik, 73 x 64 adalah 2.35 meter padu.

Mengikut formula menukar isipadu dalam Meter Padu kepada Tan,
 m3 /1.81248 = Tan
jadinya , 2.35 dibahagi 1.81248 adalah 1.29 Tan

Kayu yang telah siap diukur diletakkan nombor bilangan mengikut pengeluaran bagi bulan semasa,ukuran dan kod jenis atau ringkasan nama kayu tersebut.
Nama ukuran ini bukanlah saiz isipadu muktamad kerana beberapa jenis kerosakan pada kayu tersebut akan diambil kira untok pemotongan dalam inci atau peratus.Jika kerosakannya besar,ia mungkin dipotong 50% dari isipadunya.

Jenis-jenis kerosakan yang terdapat pada kayu adalah seperti pecah,lubang,buruk,berbuku-buku,lubang ulat atau bengkok.

                                                                 Buruk-Bu

 
                                                                       Lubang-Lu

                                                                Lubang Ulat-LU


                                                     Berbuku-buku-Bbk



                                                                        Pecah-Pch

Setiap kayu ini akan dicop dengan Tukul Besi yang bertanda No Lesen dan Daerah Pembalakan seperti contoh JT07/88 kod untok Jerantut Tender Lesen No 07 Tahun 1988 atau TT07/88 kod Lesen Temerloh Tender No 07 Tahun 1988  atau LT kod bagi Lipis Tender dalam Negeri Pahang atau L3011/96 contoh Lesen bagi Negeri Terengganu.Ia merujuk nama Pelesen dan Kontraktor pembalakan terlibat.Juga sebagai tanda pengeluaran kayu balak tersebut oleh kontraktor yang berlainan jika pembalakan dilakukan dikawasan konsesi yang sama.

Selalu juga kita akan ternampak dibelakang trailer yang membawa muatan balak ada plate besi yang dipaku dihujung balak itu tertulis no lesen.Jika tidak terdapat nombor lesen ini, berkemungkinan kayu balak itu adalah kayu balak curi.  


Pihak Penguasaan Jabatan Perhutanan akan dapat mengesan sumber dan tempat pengeluaran serta pemegang lesen asal kayu balak tersebut merujuk kepada nombor lesen apabila diperiksa. 



Cara mudah hidupkan api BBQ

Sediakan Bekas Telor


Letakkan Arang Atas bekas Telor dan tutup bahagian atasnya juga dengan bekas telor kemudian nyalakan api

Apabila api marak,tuangkan sedikit minyak masak terpakai ; kalau boleh minyak masak yang telah digunakan yang hitam gelap tu..ia bertujuan supaya api lambat padam.


Ini cara mudah dan cepat..tak perlu guna fire starter.

Adab dengan buku

Sayangilah buku lebih-lebih lagi buku yang memberikan kita ilmu,kitab-kitab dan Al Quran samada kepunyaan kita sendiri,atau yang kita pinjam atau kepunyaan orang lain,kepunyaan masjid surau wahimah kepunyaan perpustakaan awam sekali pun.Atau apa-apa lembaran kertas seperti kertas kerja atau nota-nota.

Ia memberikan kita pengetahuan dan sumber ilham malah anggaplah ia sesuatu yang hidup.Tak kiralah buku yang mahal atau buku yang murah kerana ilmu pengetahuan yang dapat dari lembaran buku itu memberi manafaat kepada pembacanya.
 Tandakan halaman buku atau kitab atau Al Quran bahagian atau muka surat yang kita mahu ingat

                                                 Banyak penanda buku dijual dipasaran



                                                        JANGAT LIPAT seperti ini