Monday

MIMPI,SIHIR,SIMPTON DAN KESAN

Menerusi pengalaman­nya selama lebih 20 tahun dalam bidang perubatan Islam, Ust Jahid menjelaskan terdapat pelbagai cara untuk menyampaikan sihir iaitu menerusi angin, makanan, minuman, sentuhan badan, berpelukan, bersalaman, tepukan, perbualan jarak jauh seperti telefon, pandangan mata serta melalui asap rokok. Ia juga boleh dibuat melalui simpulan sihir atau apa saja perantaraan barang yang dijadikan hadiah seperti makanan, minuman, pakaian, kasut, buku, barang kemas, gambar, khat, minyak angin dan gula-gula. Semua­nya boleh dijadikan perantara sihir untuk mengenakan mangsa. 

Bagi menjadikan sihir berkesan, biasanya orang yang melakukan sihir menggunakan bahan yang didapati daripada tubuh mangsa seperti rambut, kuku, pakaian seperti seluar dalam dan coli serta gambar, kemudian bahan ini akan diasap dan dijampi dengan ayat tertentu. Ada juga yang diikat pada patung seterusnya patung ini dicucuk dengan jarum bagi membolehkan mangsa merasai kesakitan seterusnya meninggal dunia. 

“Ada juga ahli sihir menggunakan tangkal dan azimat untuk mengenakan mangsa manakala sihir pembenci bertujuan memisahkan suami isteri,” kata Ust Jahid. 

Antara tanda yang boleh dikesan bagi seseorang yang terkena sihir dalam rumah tangga ialah suami atau isteri atau kedua-duanya tidak berasa ingin melakukan hubungan seksual. Jika berlaku hubungan seks sekali pun sangat kurang nikmatnya, pasangan berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah, mereka tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah. 

Ada juga suami atau isteri yang melihat pasangan kelihatan hodoh dan buruk, mudah bertengkar walaupun dalam perkara kecil, suami mudah memberi cerai atau isteri mudah meminta cerai apabila berlaku pertengkaran, sering diganggu mimpi buruk, sering melihat lintasan atau baya­ngan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah serta mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan serta anggota badan yang lain. 

“Apabila mendapatkan rawatan, biasanya dapat dikesan menerusi anggota fizikal pesakit yang tidak sekata misalnya panas pada bahagian bahu pesakit manakala sejuk pada bahagian tangan. Ini menandakan terdapat jin di dalam badan mangsa. Apabila disentuh atau dipicit mangsa akan merasai kesakitan yang amat sangat. Ini menunjukkan mangsa sudah terkena sihir,” katanya yang mengakui terdapat bahagian badan yang menjadi tempat kesukaan jin seperti dagu, telinga, tulang bahu, bawah ketiak, puting buah dada, tapak tangan, kening, pinggul, paha, tulang belikat dan hujung jari. 

Dalam rawatan dilakukan pusat rawatan berkenaan, mangsa akan diketuk menggunakan ranting nona kerana teknik ketukan atau sebatan ini turut digunakan dalam Islam iaitu sebatan kepada pasangan berzina. Kaedah ini bukan sekadar memukul mangsa tetapi bagi mengeluarkan jin dan syaitan yang terdapat dalam diri pesakit. 

“Selepas disebat biasanya mangsa akan menceritakan apa yang berlaku pada diri mereka. Namun rawatan ini harus dilakukan berulang kali supaya mangsa pulih sepenuhnya,” ujarnya. 

Walaupun sihir sukar dikenal pasti oleh orang awam kecuali mereka yang mahir dalam perubatan Islam, sihir masih boleh dihindarkan pasangan suami isteri. Apa yang penting, jangan sesekali meninggalkan perkara wajib yang diperintah Allah serta meninggalkan perkara terlarang. 

Selain itu, banyakkan amalan sunat, zikir, membaca al-Quran terutama ayat atau surah pilihan seperti al-Fatihah, al-Baqarah, berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, melakukan solat taubat dan hajat dengan harapan mendapat perlindungan Allah, bersedekah dan jangan berputus asa. Paling penting, jangan mudah percaya kepada orang yang mengaku mengamalkan kaedah perawatan Islam. 

“Ini kerana pada masa sekarang terdapat ramai perawat mengaku meng­gunakan ayat al-Quran dalam perubatan mereka namun sebaliknya mereka memutarbelitkan ayat dan zikir dengan tujuan menyekutukan Allah. Jangan ingat asalkan tidak menggunakan kemenyan, telur atau mantera, ia dikatakan Islam. Masyarakat perlu melihat latar belakang orang yang mengubat. 

Pastikan mereka pakar atau ulama dalam hal agama Islam,” ujarnya. 

Ust Jahid turut mengingatkan, terdapat teknik baru untuk mengaburi orang ramai. 
Antaranya sihir yang menggunakan ayat al-Quran dan didakwa sebagai perawatan Islam. Ada antaranya menunjukkan kebolehan membuang sihir menerusi barang yang keluar daripada tubuh mangsa tetapi sebenarnya kaedah ini menggunakan makhluk lain. Syaitan sebenarnya tidak pernah takut pada ayat al-Quran tapi mereka takut pada hati manusia dan petir yang boleh membunuhnya. 

“Jin, syaitan dan iblis juga takut pada benda yang paling masam dan masin seperti cuka dan garam. Sebab itulah perubatan Islam banyak menggunakan garam dan cuka untuk merawat sihir,” jelasnya yang menasihati mangsa sihir supaya mendapatkan ulama yang biasa memberikan khidmat rawatan penyakit rohani dan jasmani. 

Elak daripada bomoh yang meminta pengeras seperti jarum, duit dan asam kerana ia menandakan perawat itu menggunakan khidmat syaitan dan jika pesakit tidak memberi, perawat akan diserang sakit. 

Bagi Ust Jahid, sihir membawa banyak keburukan dalam masyarakat. Walaupun 
pelaku akan mendapat balasan setimpal daripada Allah dan berdosa besar selagi tidak bertaubat, orang ramai tidak pernah serik dan masih lagi mem­percayai amalan yang menyekutukan Allah ini. 

“Semakin maju dan moden masyarakat semakin taksub kepada penggunaan ilmu sihir yang bertujuan memecahbelahkan rumah tangga untuk mencapai sesuatu hajat. Apatah lagi di negara kita tidak terdapat undang-undang yang jelas mengenai sihir seterusnya mendakwa mereka yang melakukannya di mahkamah kerana pendakwaan haruslah dilengkapi pembuktian. 
Namun sekiranya perkara ini dibiarkan, pengamal sihir akan terus bermaharajalela kerana mereka tidak akan dikenakan hukuman setimpal,” kata Ust Jahid.

Ini pula antara mimpi-mimpi yang memberikan penanda bagi mereka yang terkena sihir dan kesan yang berlaku akibat dari sihir itu seperti yang diberikan oleh Syeikh Abdrraof Ben Halima :


No comments: