Huruf-huruf ringkas yang digunakan dalam Al-Quran.
Ada 28 huruf di dalam abjad Arab iaitu :
adalah nilaian angka ( nombor ) bagi setiap abjad ( huruf )
Arab iaitu :
HURUF PERTAMA
Huruf ini terkandung daripada angka :
Angka 1 bagi Huruf Alif
Angka 30 bagi Huruf Lam
Angka 40 bagi Huruf Mim
Huruf itu telah digunakan oleh Allah SWT untuk menjadi
pembukaan bagi 6 Surah iaitu :
permulaan Surah Al-Baqarah (2:1)
permulaan Surah Ali Imran (3:1)
permulaan Surah Al-'Ankabut (29:1)
permulaan Surah Al-Rom (30:1)
permulaan Surah Luqman (31:1)
permulaan Surah Al-Sajdah (32:1)
Apabila dicampurkan ketiga-tiga huruf ini ( 1 + 30 + 40 ) ,
maka jumlahnya tujoh puloh satu ( 71 ).
Maksudnya 71 tahun selepas daripada perlantikan Nabi
S.A.W ( 6 Ogos 610M) hingga sampai kepada zaman
Zaman yang dijanjikan Tuhan kepada Nabi dan para sahabat
akan datang, penguasaan tampuk khilafah yang besar dari
tangan Yahudi dan Nasoro.
Bermula dari situ ,hilanglah kekuasaan mereka yang mana
janji itu terkandung dalam 3 peringkat :
a.Zaman Alif
Iaitu isyarat kepada Zaman perlantikan Nabi S.A.W
b.Zaman Lam
Iaitu peringkat 30 tahun selepas kenabian Nabi S.A.W
setelah jatuh Baitulmaqdis,pusat pemerintahan Kerajaan
Rom ke tangan umat Islam. Muawiyyah telah menawan
Negeri Syam dan bertapak di situ.
c.Zaman Mim
Iaitu isyarat selepas kejatuhan Baitulmaqdis.
Nasoro kepada pemerintahan Negara Islam oleh para sahabat-
sahabat Nabi S.A.W.
Ini adalah penyataan yang terkandung dalam rangkaian
Huruf-huruf Potong ( Huruf Singkat ) Alif,Lam,Mim
Alif Lam Mim pada Surah Al-Baqarah
Nabi S.A.W telah sempurna dalam tempoh 71 tahun.
- Ia menyatakan bahawa kekuasaan Kerajaan Islam diambil
dengan kekerasan (peperangan) daripada Kaum Yahudi /
Nasoro dalam tempoh 71 tahun.
- Menyatakan bahawa kemenangan yang dicapai oleh Umat
Islam dan keteguhan khilafah dalam tempoh 71 tahun ini
menjadi asas bagi mengembangkan ajaran Islam dan khilafah
Islam ke seluruh dunia.
- Menyatakan bahawa Quraish ialah satu umat yang mulai
membentuk satu sejarah Islam yang tinggi hasil dari perjuangan
dalam tempoh 71 tahun itu.
- Menerangkan contoh keyakinan dan kejayaan.Sebagaimana
umat yang terdahulu setelah pengukuhan Islam untuk
dikembangkan sehingga beroleh kejayaan yang dapat di
lihat dalam tempoh 71 tahun itu.
Alif Lam Mim pada Surah 'Ankabut
- Menerangkan bahawa kekuasaan pemerintahan Islam yang
dipimpin oleh Arab Quraish dalam tempoh 71 tahun itu
menjadi sebab bagi mereka untuk menjadi contoh bagi
mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Tho – isyarat kepada angka 9
Ha – isyarat kepada angka 5.
Adapun Huruf ( Tho) mengikut kiraan abjad iaitu 9 yakni
isyarat bagi Tahun ke 9 selepas kenabian Nabi
berlaku suatu peristiwa yang besar iaitu peristiwa
Israk dan Mikraj.
Mikraj Nabi S.A.W tetapi setelah diselidiki dan dihalusi mengikut
tawarikh, maka Syeikh Mahmud ( Mesir ) telah memutuskan
bahawa mikraj Nabi berlaku pada Tahun ke 9 selepas kenabian
Baginda S.A.W seperti yang dimaksudkan dengan Huruf
Huruf (Ha) mengisyaratkan kepada angka 5 iaitu 5 tahun
selepas Huruf Tho ( Tahun Mikraj ) berlakunya peperangan
Badar.
Apa yang dimaksudkan (ThoHa) ini ialah menyatakan
persamaan di mana dua orang Nabi iaitu Nabi Allah Musa a.s
dan Nabi Muhamad S.A.W dalam Tahun yang ke 9 dan
berikutnya yakni 5 tahun selepas itu semasa ditaklifkan
solat .
Berikutan dari itu, berdirilah khilafah Islamiyah
bermula dari peristiwa Peperangan Badar sehinggalah
menguasai seluruh Semenanjung Hijaz.
Di dalam surah ini difahamkan bahawa Huruf (Tho) dan
(Ha) itu terbukti ada peristiwa di antara dua Nabi
(Nabi Musa a.s dan Nabi Muhamad S.A.W) di dalam
menerima taklif sembahyang dan kejadian Mikraj
pada tahun ke 9.
Keterangan ini adalah dari ayat Al-Quran yang menyebut
cerita tentang Nabi Musa a.s yang menjadi anak angkat
kepada Firaun.
Pada suatu hari,Nabi Musa a.s telah membunuh seseorang
di dalam istana Firaun kerana hendak menyelamatkan
kaumnya Bani Israel.
Firaun telah menghalau Nabi Musa a.s dari istana lalu
menuju ia ke Mada’en.Baginda bertemu dengan anak
Nabi Syuib a.s yang sedang mengembala kambing.
Setelah diceritakan kebaikan Nabi Musa a.s kepada
ayahnya,lalu Nabi Syuib a.s pun menjemput Nabi Musa
a. ke rumahnya dan dipelawa berkahwin dengan anaknya
itu.Mas kawinnya ialah Nabi Musa a.s perlu memelihara
kambing selama 8 tahun dan boleh meneruskan
nya beberapa tahun lagi jika beliau mahu.
Tetapi Nabi Musa a.s hanya mahu berkhidmat selama
8 tahun sahaja.Apabila masuk Tahun yang ke 9,
Nabi Musa a.s kembali ke Mesir
Didalam perjalanan disebuah lembah,Nabi Musa a.s
Nampak ada sepohon kayu yang menyala lalu Baginda
pergi ke sana bertujuan untuk mendapatkan api.
Apabila tiba,Baginda terdengar satu suara berkata,
”Hai Musa,Aku lah Tuhanmu.Hendaklah engkau
sembahyang dan mengingati Aku.
Maka nyatalah bahawa perintah sembahyang kepada
Nabi Musa itu berlaku pada tahun ke 9.Hal ini
bersamaan dengan Nabi Muhamad S.A.W berikutan
kembalinya ke Mesir kerana menyampaikan suruhan
Allah kepada Firaun dan Bani Israel.
( bersambung Bahagian III )
3 comments:
salam ustaz, pada ayatnie ustaz salah eja baitulmaqdis. Nanti ustaz betulkan ya
b.Zaman Lam
Iaitu peringkat 30 tahun selepas kenabian Nabi S.A.W
setelah jatuh Baitulmagdis
bila dibaca berulang kali, rupanya banyak persamaan antara nabi Musa dan nabi kita nabi Muhammad SAW ya ustaz...tentang perjalanan, Nabi kita dengan Israk Mikraj mana kala Nabi musa dgn perjlnan ke mada'en. Begitu juga dgn suruhan solat...subahanallah. Mungkin ada lagi persamaan yang lain kan ust?. tak sabar nak tunggu..:)
Terima kasih Ina,alhamdulillah telah saya betulkan.Ilmu yang
dikatagorikan sebagai terahsia
seperti juga ilmu tasauf itu perlu
diamati dan dibaca dan belajarnya berulang kali barulah dapat pemahamannya.Saya pernah mencarinya(search) mengenai Rahsia Huruf Potong ini tetapi tidak menemui,dan tidak pernah juga diberitahu oleh mereka yang belajar dalam Bidang Al-Quran.
Post a Comment