Monday

Bunyi BENDA ADA KALIMAH : 2 + 1


Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat menitipkan jari bagi membangunkan minda yang mulai tidur.Zikrullah yang dibai’ahkan dan tahlil yang ditalqinkan adalah
merupakan permata kerohanian bagi seorang salik.Darah dan daging boleh menghubungkan kita sampai Nabi Adam tetapi TIDAK dengan Tuhan.Hanya zikrullah itu lah yang menyambungkannya.

Allah SWT telah menciptakan akal dan mencipta juga satu lagi iaitu hati untuk membantu akal.Hati itu lebih kuat daripada akal malah boleh menjadi keras seperti batu.Maka dengan itu tidak semua orang boleh menggunakan hati dan akal.

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab : 41,
“ Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan MENYEBUT NAMA ALLAH; zikir yang sebanyak-
banyaknya “

Zikir La ila ha illallah itu telah disebut oleh Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W       lagi; mengambarkan betapa ia menjadi di antara zikir yang sering diamalkan sebagai antara amalan
yang utama.Syeikh al-Kamil Ibrahim al-Mutawalli berkata,”Tinggikan suaramu tatkala berzikrullah sehingga dirimu dapat menyatukan fikiran dengan hati seperti halnya  orang-orang ariffin.Penyatuan (fikiran dengan hati) adalah suatu kesungguhan dalam menghadap Tuhan sehingga lupa kepada selainNya”.

Imam Bukhari dalam al-Jami’ al-Shahih dalam bab az-Zikir ba’dal-Maktuba berkata :
“ Telah dikhabarkan hadis kepadaku oleh Ishak ibn Abd Rahman yang menerima dari Juraij yang menerima dari Amru bahawa Maula Ibn Abbas r.a telah mengkhabarkan hadis kepadanya ( iaitu Amru ), sesungguhnya mengeraskan suara tatkala berzikir setelah solat fardhu benar-benar terjadi di zaman Rasulullah S.A.W.
Ibnu Abbas berkata :Aku mengetahui itu setelah solat wajib dan aku pun mendengarinya “

Dari Zain bin Aslam ia berkata : Ibn al-Adra’ r.a berkata; aku berjalan bersama Rasulullah pada suatu malam, dalam perjalanan itu kami melintasi seorang lelaki dalam masjid yang sedang berzikir dengan suara keras.Aku ( Ibn al-Adra’) berkata; Ya Rasulallah,jangan-jangan orang ini riak.Nabi menjawab;
Tidak ! Bahkan lebih baik.”

Kalimah itu disebut sebagai zikir jahar dan disebutdengan nada yang kuat tetapi sempurna ibarat suatu
pukulan yang memecahkan batu (sifat-sifat mazmumah dalam  hati ) dan disertai serentak dengan zikir secara sirr atau khafi ( zikir di dalam hati ) agar ia menjadi zikir yang padat dan padu.

Inilah zikirullah two plus one ( 2+1) yang membentuk suatu bunyi yang ada kalimah tersembunyi bersamanya.
Kadang-kadang bunyi  zikrullah itu saja boleh menakut dan menyeramkan kepada orang yang mendengarnya
di sekeliling.

Dalam Hadis Qudsi Allah Taala berfirman,” Kalau engkau mencari Aku; engkau tidak akan berjumpa
tetapi sebutlah namaKu kerana Aku tidak berpisah dengan namaKu”.

Zikir yang berterusan lama kelamaan akan terasa wujudnya Allah itu wujud yang nyata, wujud dalam
hidup dan dalam tidur kita.Apabila wujud Allah itu nyata, maka Keagongan Allah itu sebagai Tuhan kita itu juga nyata.

3 comments:

zakir932 said...

assalamualaikum....,

wah lamernya tuan menyepi.... terubat rindu

Acit said...

Waalaikumussalam warohmatullahi wa barakatuh.

Kak Ina said...

satu lagi pengisian rohani..alhamdulillah ya ustaz. selamat kembali memberi ilmu