Wednesday

Hakikat INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN


                                Ayahanda yang kembali kerahmatullah pada usia 92 tahun.

Bonda yang kembali kerahmatullah ketika usiaku baru 3 tahun

AL-FATIHAH pada kedua-dua mereka didoakan moga Allah melimpahi rahmatNya 
dan mengurniakan keredhaan buat mereka-AMIN.

INNALILLLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN
Ungkapan yang sering kita dengar dan kita sebut apabila mendengar berita kematian kawan jiran saudara mara atau sesiapa sahaja dari kaum muslim.Jarang- jarang ;kadang-kadang sahaja kita dengar ungkapan ini apabila saudara muslim kita ditimpa musibah yang tidak melibatkan kematian.

INNALILLLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah jugalah kita kembali” Inilah makna yang sering membayangi ungkapan ini tetapi kali ini kita akan lihat dari sudut yang lain pula.

INNALILLLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN
 Ayat Quran yang menjelaskan hakikat keujudan dan kehidupan kita sepanjang masa hinggalah sampai ke akhirat.

INNALILLLAHI
Kita ini kepunyaan Allah sejak qadim lagi azalli ;
Dan Dia bersama kamu dimana saja kamu berada

Maknanya (Allah serta kamu dimana saja kamu berada yakni sejak qadim lagi azaali ).
Allah jadikan dari orang yang ada,belum lagi ada dan akan ada .
Kita ini kepunyaan Allah sampai bila-bila – tak dipotong nama…pada zahir boleh kata diriku kepunyaan aku tetapi hakikatnya kepunyaan Allah.

WAINNA ILAIHI ROJIUN
Dan kami sentiasa kembali kepada urusanNya (tadbirNya,rahmatNya,qadak qadar,kehendakNya)
Kita tak boleh lari,tak boleh keluar dari Allah sekarang ini atau akan datang.

Siapa duduk dalam Hakikat Innalillahi wainna ilaihirojiun,tandanya dia tenang yakni dia berada dalam Hakikat Billah.
yang menjadi gementar orang yang takut kepada Tuhan kemudian badan mereka jadi lembut dan hati jadi tenang sewaktu mengingati Allah - QS : Az Zumar 23

Sesiapa yang hendak duduk dalam hakikat ini kenalah ia berzikir Allah,Allah,Allah ; berada dalam kepunyaan Allah ,Sampai bila ? sampai bila-bila sehingga peringkat tadi .. takut mengeletar-letar.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Wahai jiwa yang tenang.KEMBALI lah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan dirdhai.
Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurga Ku.
QS : Al-Fajr 27-30-


Syeikh Mohd Maghribi As-Syazali dalam Kitab Al-Yawaqit Wal Jawahir yang dinukilkan oleh Syeikh Abdul Wahab Sya'rani.
Orang inilah yang berzikir hingga hatinya menjadi tenang sebenarnya berada dalam 
Hakikat Inna lillahi wainna ilaihirojiun.

Tak bergerak satu zarah melainkan dengan kehendaknya samalah dengan Innalillahi ;
kembali kenal dan redha meredhai dan masuk dalam kumpulan hambaKu yang bahagia.

No comments: