PROSES MENGUKUR KAYU BALAK bermula dari
proses menebang kayu balak dari kawasan hutan.
Kawasan tebangan hasil hutan juga terbahagi kepada dua
yakni Kawasan Tebangan Hutan Dara yang biasanya terletak dikawasan Hutan Simpan
dengan had tebangan kayu balak yang sudah ditentukan oleh Jabatan Perhutanan.Had
Tebangan masa dulu ialah 18” ukuran perepang bagi kayu kumpulan kayu keras
manakala 24” ukuran perepang bagi kayu jenis lembut dan meranti.Maknanya tak
boleh tebang pokok kayu kecil dari saiz had tebangan tersebut.
Sekarang ini pihak Jabatan Perhutanan atau Pemegang Konsesi
Kawasan Pembalakan sudah meletakkan ‘tagging’ atau penanda pokok yang boleh
ditebang dan arah pokok yang yang patut ditumbangkan.Ini bagi memudahkan penebang-penebang
balak menebang pokok balak yang sudah ditanda mengikut arah pokok itu tumbang
bagi mengelakkan kerosakan besar pada anak-anak pokok lain.
Malah beberapa pokok yang besar dikawasan itu dijadikan
‘pokok ibu’ yang telah ditanda dua gelang cat berwarna kuning bermaksud pokok
yang tidak boleh ditebang.Kawasan hutan ini akan diulang kerja dalam
penebangannya tempoh jangkamasa 10 atau
15 tahun akan datang.Ia bertujuan
menjamin tumbesaran pokok yang akan mencapai had boleh tebang.
Oleh kerana itu,semua oarang yang terlibat dalam industri
Pengeluaran Hasil Hutan ini mesti mempunyai permit kerja atau dipanggil
Sub-Lesen yang diperolehi dari Jabatan Hutan daerah tersebut.
Jika kawasan konsesi hutan untok pembalakan ini berada dalam
kawasan curfew
( Kawasan Terkawal ) ; mereka mestilah mempunyai permit
memasuki kawasan terkawal ini dengan syarat-syarat yang ketat.Permit ini hanya
dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah kawasan yang terlibat.Permit begini biasanya dikenakan di daerah yang dikhuatiri masih ada saki baki penganas komunis seperti di Triang,Kuala Lipis,Jerantut dan Raub.Namun perintah curfew
ini telah dibatalkan pada tahun 1987.
Kawasan tebangan balak yang satu lagi dipanggil Kawasan KSK
yang memberi maksud Kawasan Sudah Kerja.Kawasan Sudah Kerja ini adalah kawasan
Hutan Dara asal yang sudah dibuat penebangan balak mengikut had tebangan yang
kemudiannya kawasan ini telah diwartakan oleh Kerajaan untok dijadikan ladang
atau untok dibuat sesuatu projek.Kawasan beginilah dinamakan kawasan KSK yang
kayu balaknya boleh ditebang tanpa had tebang selagi ada nilai komersial.
Kekadang kita nampak banyak kayu-kayu balak kecil yang
diangkut dengan trailer.
Di Negeri Pahang,kawasan-kawasan pembalakan kecil ini
dipanggil Blok manakala di Terengganu dipanggil Kompatmen.Begitu juga dengan
panggilan tempat mengumpul kayu dihutan dipanggil Matau disebelah Negeri Pahang
manakala panggilan Betau bagi Negeri Terengganu.
Di Negeri Pahang,kawasan-kawasan pembalakan kecil ini dipanggil Blok manakala di Terengganu dipanggil Kompatmen.Begitu juga dengan panggilan tempat mengumpul kayu dihutan dipanggil Matau disebelah Negeri Pahang manakala panggilan Betau bagi Negeri Terengganu.
Proses menarik kayu ke Matau Santaiwong
Pokok Kayu balak panjang yang dikerat hujong dahannya
ditarik oleh Jentolak (Bulldozer) ke Matau@Betau Santaiwong untok dipotong atau
dikatang mengikut saiz.
Proses memunggah kayu naik ke atas Santaiwong
Kayu balak yang siap dikatang akan dibawa oleh Santaiwong
dari Matau@Betau Hutan ke Matau Trailler.Lori Trailler yang panjang tidak boleh
sampai ke matau Santaiwong kerana jalannya lembik dan kawasan mataunya
sempit.Ia dibuat hanya dalam bentuk sementara bagi memudahkan pengeluaran kayu
bagi sesuatu bahagian kawasan kerja.
Kekadang lori Santaiwong ini juga terpaksa ditarik dengan Bulldozer (Jentolak) apabila tayarnya terbenam dalam tanah.
Matau Trailler pula selalunya kawasan yang agak luas bagi
memudahkan lori trailler yang panjang membuat pusingan dan tempat menunggu giliran
bagi beberapa buah lori balak satu-satu masa.Ia bersifat pusat pengumpulan
setempat mungkin lebih dari satu kontraktor dan ia boleh diguna pakai untuk
pengumpulan balak-balak dimasa akan datang.
Ada juga kerja-kerja pembalakan didalam air seperti
pembalakan dalam air di Tasik Kenyir.Pokok-pokok besar dan bermutu yang belum
sempat ditebang atau berada ditempat yang tinggi suatu ketika dulu kini boleh
diambil semula apabila kawasan itu dijadikan takongan air empangan.
Kayu-kayu balak ini digolongkan dalam beberapa katagori
seperti Heavy Hardwoods,Medium Hardwoods,Light Hardwoods dan Soft woods
(conifers).
Kayu-kayu dalam Katagori Heavy Hardwoods adalah
seperti Giam,Merbau,Cengal,Membatu,Balau,Resak,Keranji dan seumpamanya.Semua ni jenis kayu keras dan berat tetapi kiraan isipadu kayu tidak bergantung kepada beratnya tetapi pada ukuran saiz kecil besar kayu itu.
seperti Giam,Merbau,Cengal,Membatu,Balau,Resak,Keranji dan seumpamanya.Semua ni jenis kayu keras dan berat tetapi kiraan isipadu kayu tidak bergantung kepada beratnya tetapi pada ukuran saiz kecil besar kayu itu.
Kayu-kayu Medium Hardwoods pula adalah Keruing,Kapur,Keledang,Simpoh,Keladan,Mengkulang,Merawan
Batu,Mata Ulat,Tualang dan Kempas.
Light Woods pula adalah terdiri dari Seraya,Meranti,Nemesu,Bintangor,Kedondong,Medang,Durian,Jelutong,Nyatoh,Macang,
Pelong,Petai,Mersawa,Sepetir,Jati,Damar
Hitam dan seumpamanya.Kayu balak dalam kumpulan ini sesuai dijadikan papan
lapis atau plywood.
Manakala Soft woods pula terdiri dari Damar
Hitam,Gaharu,Sengkawang,Tembusu,Kelat,Penarahan,Meranti Paya.
Kayu yang ditebang akan dipotong atau dikatang mengikut
saiz yang telah ditetapkan oleh Pemegang Konsesi atau Pelesen mengikut
permintaan pembeli atau Kilang Papan samada mengikut ukuran matrik meter padu
atau ukuran kaki dan tan.Ukuran standard dalam metrik biasanya katangan paling
pendek pun 55 meter dan dalam ukuran lama 16’
kaki.Paling panjang pun kayu di Semenanjung adalah 36 kaki kerana mengikut saiz
lori trailer yang mengangkut balak kecuali di Sabah dan Serawak yang mana kayu
balaknya dibawa keluar sebatang-sebatang panjang dan hanya dikatang atau
dipotong apabila tiba di kilang papan.Ini adalah faktor pengangkutan yang jauh
untok tiba di kilang papan dan adakalanya melalui jalan air dan paya.
Sebatang Kayu balak panjang akan dikatang atau dipotong
mengikut saiz yang dikehendaki dengan basi 3 inci atau lebih 3 inci dari saiz
panjang sebenar.Ia bertujuan saiz sebenar tidak berubah bila hujung kayu itu
dipotong senget atau pecah atau merekah sedikit
akibat panas terik atau aktivi pindah memindah dan menyusun.
Kayu balak yang telah siap dikatang di Matau (Betau) Santaiwong
akan ditanda dengan’ marking’ team pekerja untok direkodkan jumlah tebangan dan
pendapatan mereka.Kemudian baru ia diangkut dengan santaiwong ke Matau (Betau)
Trailer.
Kayu yang diukur akan ditulis nombor bilangan katangan kayu
mengikut bulan dan saiznya ukuran panjang dan perepang (bukaan permukaan hujung
kayu) samada dalam metrik meter dan cm atau kaki dan inci.
Maklumat ini ditulis atau ditanda dengan kapur terlebih
dahulu kemudian ditulis semula dengan cat aluminium bagi memudahkan mengesan maklumat kayu tersebut bila permukaan kepala kayu itu kotor terkena lumpur.
Tagging plate plastik
Ada yang menulisnya dengan marker pada plate plastik dan
plate besi,ini lagi mudah kerana dapat menulis nama jenis kayu tersebut dengan
kod ringkas.Cara ini lebih baik kerana tulisan cat akan hilang dan susah
dikesan apabila kepala kayu kotor atau tulisan itu sukar dibaca apabila ia
ditutupi minyak kayu seperti minyak kayu keruing.Malah jenisnya juga sukar
dicam apabila kayu balak tersebut terlalu kotor apabila digolek-golek untok
disusun oleh jentera pengapit.
Informasi atau maklumat pada kayu balak itu penting apabila
mahu menulis invois pengedaran kayu balak itu untok dihantar ke Kilang Papan.Ia
mesti sama dengan rekod maklumat yang disimpan dalam Buku Rekod Pengeluaran dan
Invois Pengeluaran.
Kayu balak ini diukur mengikut saiz panjangnya dan lebar
perepang ( dimeter ) atau permukaan hujung kayu yang lebih kecil.Dua belah hujong kayu yang
hampir sama besar atau yang nampak kecil sedikit dari yang sebelah lagi,maka
hujung yang lebih kecil itu diambil kira sebagai tempat ukuran saiz kayu
tersebut.
Cara-cara mengukur isipadu kayu balak
Ukuran panjang kayu dari hujong ke hujong diukur dengan
tape panjang,kebiasaannya saiz panjangnya sudah ditentukan mengikut keperluan
kilang papan.
Ukuran dalam matrik kebanyakan digunakan di Negeri Pahang
manakala ukuran lama ( dalam ukuran kaki dan inci ) digunakan di negeri-negeri lain seperti Trengganu.
Penulis - HS Bukit Bertangga,Triang,Pahang 1985
Saiz dalam ukuran matrik dan menggunakan tulisan cat aluminium
Apabila ukuran matrik iaitu meter bagi ukuran panjang dan
sentimeter (cm) bagi ukuran perepang,Buku Saiz Kayu Matrik meter padu
digunakan.
Jika ukuran panjang kayu tiada dalam Buku Sifir ini; kiraan isi padu boleh didapati dengan kiraan menggunakan formula.
Ada 2 jenis formula 1 : Meter Padu = 0.7854 x perepang ( diameter ) x perepang x panjang / 10000
2 : Meter Padu = Perepang x perepang x panjang / 12731.85
Jika ukuran digunakan dalam ukuran kaki bagi panjang dan
inci bagi lebar perepang; maka Buku Saiz Kayu Kaki Inci digunakan.
Kaedah mengukur ukuran panjangnya mudah dari hujong kayu
hingga ke hujong kayu.
Lebar perepang dikira dengan mengukur dua kali secara
bersilang.Contohnya ukuran pertama lebar permukaan adalah 24 inci kemudian
ukuran silang kedua pula 26 inci.Tape Mengukur tersebut kita lipatkan
ditengah-tengan antara dua ukuran tersebut maka kita dapati 25 inci adalah
ditengah-tengah.Maka ukuran lebar perepang tersebut adalah 25 inci.
Jikalau ukuran perepang contohnya ukuran pertama 23 inci
manakala ukuran silang kedua 24 inci; maka ukuran 23 inci yang lebih kecil
diguna pakai sebagai ukuran sebenar.
Kita rujuk Buku Sifir ukuran Tan panjang dalam ukuran kaki
dan lebar perepang dalam ukuran inci.
Mengikut jadual sifir ;isi padu bagi kayu balak berukuran
panjang 24 kaki x ukuran perepang 25
inci adalah = 128.4 atau 1.2 Tan.
atau boleh juga dikira dengan formula berikut :
Perepang x perepang x panjang /(dibahagi) 11664 = Tan
Contohnya Saiz perepang 25” x 25” x 24’ /11664 bersamaan
1.2 Tan.
tapi guna sifir lagi cepat la..tak payah nak kira-kira
lagi.
Kita lihat pula ukuran dalam matrik merujuk pada kayu balak
yang sama tetapi ukuran akan lari sedikit dari ukuran imperial.
Saiz Pajang 24 kaki adalah lebih kurang 7.3 meter,dalam
sifir 73.Perepangnya adalah lebih kurang 64cm.
Merujuk kepada sifir matrik, 73 x 64 adalah 2.35 meter
padu.
Mengikut formula menukar isipadu dalam Meter Padu kepada
Tan,
m3 /1.81248 = Tan
jadinya , 2.35 dibahagi 1.81248 adalah 1.29 Tan
Kayu yang telah siap diukur diletakkan nombor bilangan
mengikut pengeluaran bagi bulan semasa,ukuran dan kod jenis atau ringkasan nama
kayu tersebut.
Nama ukuran ini bukanlah saiz isipadu muktamad kerana
beberapa jenis kerosakan pada kayu tersebut akan diambil kira untok pemotongan
dalam inci atau peratus.Jika kerosakannya besar,ia mungkin dipotong 50% dari
isipadunya.
Jenis-jenis kerosakan yang terdapat pada kayu adalah
seperti pecah,lubang,buruk,berbuku-buku,lubang ulat atau bengkok.
Lubang-ringkasannya:Lu .Manakala KLT bermaksud jenis Kayu KELAT
Lubang Ulat-LU
Berbuku-buku-Bbk
Pecah-Pch
Setiap kayu ini akan dicop dengan Tukul Besi yang bertanda
No Lesen dan Daerah Pembalakan seperti contoh JT07/88 kod untok Jerantut Tender
Lesen No 07 Tahun 1988 atau TT07/88 kod Lesen Temerloh Tender No 07 Tahun 1988 atau LT kod bagi Lipis Tender dalam Negeri
Pahang atau L3011/96 contoh Lesen bagi Negeri Terengganu.Ia merujuk nama
Pelesen dan Kontraktor pembalakan terlibat.Juga sebagai tanda pengeluaran kayu
balak tersebut oleh kontraktor yang berlainan jika pembalakan dilakukan
dikawasan konsesi yang sama.
Selalu juga kita akan ternampak dibelakang trailer yang
membawa muatan balak ada plate besi yang dipaku dihujung balak itu tertulis no
lesen.Jika tidak terdapat nombor lesen ini, berkemungkinan kayu balak itu
adalah kayu balak curi.
Pihak Penguasaan Jabatan Perhutanan akan dapat mengesan
sumber dan tempat pengeluaran serta pemegang lesen asal kayu balak tersebut merujuk
kepada nombor lesen apabila diperiksa.
14 comments:
Terbaik informasi
terima kasih atas penulisan tuan.
perkongsian terbaik.. tq.. semoga maju dalam industri perkayuan.. sy masih aktif
Cara mengukur round kayu mcm mne,tq sblm nya
Terima Kaseh atas perkongsian ilmu Tuan, Semoga Allah Merahmati Tuan, Seluruh Keluarga & seluruh ahli yg Menjayakan Ilmu ini.
Salam tima kasih abg tuan ,byk info dn matlumat hal kayu,inshaAllah amat manfaat buat kita ,
Cara mengukur kayu panjang dan perepang ( round ) sudah diterangkan didlam penulisan diatas,semoga beroleh manafaat.
Tahun 70an,stihl 070
Penggunaan Chain Saw STIHL 070 popular sehingga sekitar Tahun 2000 kerana ia lasak dan tahan panas cuma saiz bodynya besar dan berat.Pada penghujong tahun 1990, Chain Saw jenis Husqvarna pula mula mengambil tempat dipasaran kerana ia lebih ringan.
Penebang-penebang balak ini sangat kuat bekerja kerana selain menggunakan tenaga yang banyak ketika menebang pokok balak yang sangat besar,kekadang ada yang saiznya lebih besar dari Bulldozer kemudian memotong atau mengkatangkan batang balak itu mengikut saiz ukuran yang dikehendaki;mereka juga terpaksa memikul chain saw / mesin gergaji yang masih panas itu naik bukit turun bukit menuju ke pokok lain pula untuk ditebang.Sehinggakan bahu mereka itu seperti belulang kesan dari memikul mesin gergaji tersebut.
Rata-rata mereka ini dari golongan yang susah ( saya pernah lihat sendiri rumah mereka yang berdindingkan kulit kayu balak ),datang dari rumah yang jauh ke tempat kerja didalam hutan belantara sehingga ada yang melangkau 2 negeri,tinggalkan keluarga demi sesuap nasi.
Pendapatan mereka tidaklah banyak seperti sangkaan kebanyakan orang kerana kerjaya pembalakan ini bergantung kepada keadaan cuaca, mereka tiada gaji bulanan semata-mata bergantung kepada komisyen tan ( isi pada kayu balak ).Kalau banyak tebangan mereka,maka banyaklah gaji mereka pada bulan itu , itu pun kalau kayu balak tebangan mereka berjaya dibawa keluar dari matau hutan ke matau trailler,jika tidak pengeluaran atau gaji mereka tidak dikira lagi.
Dalam setahun,hanya berapa bulan sahaja mereka dapat bekerja penoh ; selainnya bergantung pada keadaan cuaca,lokasi atau jarak pengeluaran yang jauh dan sukar dsbnya.Jika dibahagikan pendapatan mereka setahun per bulan,gaji mereka lebih kurang dengan mereka yang bekerja dikampong sahaja.Apa boleh buat,itu sahaja kemahiran yang mereka ada dengan risiko kecederaan dan maut yang sentiasa menunggu pada bila2 masa sahja.
This is one of the most comprehensive write up on logging industry. The writer is very detailed and generously shared his wealth of experience and dossier, drawing from his years of experience and catalogue of collections. Without thee efforts, the knowledge would have been lost with the passage of time.
The writer was a very kind and prompt person, whom have provided very detailed explanation on my queries on logging. Kudos and appreciate the informative feedback.
Thanks..just shared a small parts of logging industries.
Perkongsian terbaik..ilmu yg bermanfaat kepada saya yang baru berjinak dalam dunia pembalakan..
Post a Comment