Thursday

Sinopsis Ulum Quran


AL-QURAN AL-KARIM

Al-Quran al-Karim adalah kitab Allah yang kekal abadi,diturunkan kepada Nabi terakhir Muhammad H dan dengannya Allah mencabar manusia dan jin untuk mencipta seumpamanya atau sebahagiannya namun tiada yang sanggup dan mampu melakukannya.

Firman Allah Ta’ala dalam QS : Al-Baqarah 23 :-

وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ

Mafhumnya : “ Dan jika kamu dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan ( Al-Quran ) kepada hamba Kami ( Muhammad ), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah ( sahaja ) yang sebanding dengan Al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah,jika betul kamu orang-orang yang benar “.

Inilah kitab dan perundangan Allah yang diturunkan sebagai petunjuk kepada hambaNya untuk mencapai kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.
Ia juga merupakan mukjizat yang paling besar dan hujah yang kukuh bagi membuktikan keRasulan Baginda Muhammad H pada setiap masa dan tempat.

Firman Allah Ta’ala dalam QS : Al-Maidah 16 :-
يَهۡدِي بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضۡوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ
Mafhumnya : “ Dengan ( Al-Quran ) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan ( dengannya juga ) Allah mengeluarkan mereka itu dari gelap gelita ( kufur ) kepada cahaya ( Iman ) yang terang benderang dengan izinNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus “.

Al-Quran Al-Karim memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna bagi manusia mencakupi berbagai aspek – ekonomi,pemerintahan,kemasyarakatan dan tatasusila bagi menjamin hak dan kepentingan manusia.

Firman Allah Ta’ala dalam QS : An-Nahlu 97 :-
مَنۡ عَمِلَ صَٰلِحٗا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةٗ طَيِّبَةٗۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ 
Mafhumnya “ Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman,maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan “.

Kitab Al-Quran dimuliakan sejak dari zaman Rasulullah H sehingga kini telah banyak 
buku-buku dan artikel mengenainya dari pelbagai aspek disusun dan ditulis mengikut kesesuaian
kisah-kisahnya,lafaznya,hakikat dan majaznya.Ia bertujuan untuk memelihara Kitab Allah malah sudah sedia dijamin oleh Allah sendiri.

Firman Allah Ta’ala dalam QS : Al-Hijr 9 :-
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ
Mafhumnya “ Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya “.

Definisi Al-Quran

Dari sudut bahasa  لُغَةً اِصْطِلاَحًا– Perkataan Al-Quran itu berasal dari akar kata :
 - قَرَأَ -  يَقْرَأُ  قَراَءَهُ   قُرْآنًا  -  ( bermaksud Bacaan ).

Lafaz Al-Quran adalah kata terbitan yang sama timbangan ( وَزْنٌ ) dengan perkataan al-Ghufran / Pengampunan ( اَلْغُفْرَنُ ) dan al-syukran (اَلشُّكْرَانُ  )

Dari segi istilah : Kalam Allah yang bermukjizat diturunkan ke atas penyudah para Nabi dan Rasul dengan perantaraan Malaikat Jibrail a.s , termaktub dalam mushaf dan disampaikan secara mutawattir,membacanya menjadi ibadah,dimulai dengan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Nas.

Keutamaan Al-Quran

Banyak dalil-dalil tentang mengenai kelebihan dan keutamaan Al-Quran.Ada dalil-dalil mengenai belajar,mengajar,membaca dan menghafalnya malah dituntut untuk memberi perhatian kepada bacaannya.

a.       Ayat-ayat mengenai kelebihannya

Firman Allah Ta’ala dalam QS : Al-Fatir 29 :-
       إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ         
Mafhumnya “ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”.

 Firman Allah Ta’ala dalam QS : Al-A’raf 204  :-
وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Mafhumnya “ Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat “.

Firman Allah Ta’ala dalam QS : Muhammad 24  :-
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَآ
Mafhumnya -Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?

b.      Hadis-hadis tentang keutamaan Al-Quran
HR Bukhari – Sabda RasulullahH :- Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya.

HR Al-Tirmizi - Sabda RasulullahH :- Yang mulia diantara umatku adalah pembawa
( penghafaz ) Al-Quran.

HR Al-Tirmizi - Sabda RasulullahH :- Bacalah kamu Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada tuannya ( pembacanya ).

Tiga rangkuman amalan yang dituntut untuk dibuat yakni menghafal Al-Quran,tadabbur dan mengamalkan kandungannya seperti mana kata Imam Ibn Taimiyyah r.h :
“ Barangsiapa yang tidak membaca al-Quran,maka sesungguhnya dia telah meninggalkannya.Sesiapa yang membaca al-Quran dan tidak memerhatikannya makna-maknanya,maka dia juga telah meninggalkannya dan sesiapa yang membacanya serta memerhatikan makna-maknanya tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya, maka sesungguhnya dia telah meninggalkannya “.

Sandaran pandangan Ibn Taimiyyah r.h ini pada Firman Allah dalam  QS : Al-Furqan 30 :-
وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا
Mafhumnya “Berkatalah Rasul ( Muhammad ): " Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan ".

Nama-nama dan sifat-sifat Al-Quran

Semua nama-nama ini menunjukkan sifat kemuliaan dan ketinggian kedudukannya.

1.       Al-Quran     2.    Al-Kitab    3.   Al-Furqan    4.    Al-Zikr    5.   Al-Tanzil

Nama Al-Quran dan Al-Kitablah banyak digunakan. Dr Muhammad Abdullah Darraz berkata :
“ Sesuai dengan namanya Al-Quran kerana ia sesuatu yang dibaca dengan lidah, sebagaimana sesuai dinamakannya Al-Kitab kerana ia dicatat dengan tulisan.Jadi kedua-dua nama tersebut sesuai dengan makna yang nyata “.

Sifat-sifat Al-Quran

1.  Nur ( Cahaya )    2.   Hudan ( Petunjuk )       3.   Syifa’ ( Penyembuh )       4.   Rahmat ( Rahmat )
5.  Mau’izah ( Pengajaran )     6.  Mubarak ( Yang diberkati )      7.  Mubin ( Yang Menerangkan )
8.  Busyra ( Berita Gembira )    9.  Aziz ( Yang Mulia )     10.  Majid ( Yang Mulia )
11. Basyir ( Yang membawa berita gembira )     12.   Nazir ( Yang membawa peringatan )


Perbezaan antara AL-QURAN , HADIS AL-NABAWI DAN HADIS AL-QUDSI   

Takrif Hadis : ertinya baru اَلْحَدِيْثُ, lawannya Al-Qadim اَلْقَدِيْمُ bererti lama.
                        Maksud lama disini adalah Kitab Allah.Sementara baru pula ialah apa-apa yang  
                       disandarkan kepada Baginda Nabi H.

Perkataan Al-Hadith juga bererti kisah atau perkhabaran seperti mana Firman Allah dalam
      QS : An-Naziat 15 :-
  
هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ
Mafhumnya “ Sudah sampaikah kepadamu (ya Muhammad) kisah Musa “.

Firman Allah dalam QS : Al-Anbiya’ 2 :-
مَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرٖ مِّن رَّبِّهِم مُّحۡدَثٍ إِلَّا ٱسۡتَمَعُوهُ وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ
Mafhumnya “Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Quran pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main “

Firman Allah dalam QS : Al- Kahfi 6 :-
فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا
Mafhumnya “ Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran) “.

Dari segi istilahnya :
Sesuatu yang disandarkan kepada Baginda Nabi H samada perkataan,perbuatan,
pengakuan maupun sifat-sifat kejadiannya.

Pendapat Jumhur Ulama’ : Apa-apa yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’i.
Termasuklah apa-apa yang diangkat kepada Baginda Nabi H yang dinamakan Al-Hadith al-Marfu’ ( yang diangkat ).
Apa-apa yang disandarkan kepada sahabat Baginda H dinamakan Al-Hadith al-Maqtu’ ( yang terhenti ).

CONTOH AL-HADITH AL-NABAWI

Dari segi perkataannya :

Sabda Baginda Nabi H :
 إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَانَوَى.
Maksudnya :” Sesungguhnya segala amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang itu mengikut apa yang diniatkannya “ HR Bukhari dan Muslim daripada Umar al-Khattab.

Dari segi perbuatannya

Baginda Nabi H mengajar para sahabat mengerjakan solat dengan menyuruh mereka memerhatikan bagaimana ia harus dilakukan.

Sabda Baginda Nabi H :
وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِي أُصَلِّي
Maksudnya : “ Solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku solat “.

Begitu juga kaedah mengerjakan haji, Baginda Nabi H menyuruh mereka memerhatikannya.

Dari segi pengakuannya

Maksudnya, apa yang diakui oleh Rasulullah r terhadap sesuatu perkara yang diketahuinya daripada salah seorang dari sahabat  Baginda r samada perkataan maupun perbuatannya,baik yang berlaku dihadapan Baginda r sendiri maupun terjadi dibelakangnya kemudian disampaikan kepada Baginda r.

Ada 2 bentuk pengakuan yang dikira sebagai Hadith

Pertama : Pengakuan Baginda r secara terus terang ; seperti dalam kisah musafir dua orang sahabat yang bertayamum kerana ketiadaan air dan kemudian baru bertemu air untuk berwudhu’.

Kedua : Pengakuan Rasulullah r secara diam tanpa menampakkan tanda-tanda bantahan.Contohnya kisah Khalid Al-Walid memakan daging dhab dihadapan Baginda r .

Dari segi sifat kejadiannya

Saiyyidina Ali kwh meriwayatkann bahawa Baginda r seorang yang tidak tinggi tidak rendah,tebal dua telapak tangan dan kakinya,kepala dan sendi-sendinya besar,berbulu halus di dada hingga ke pusat.Apabila Baginda r berjalan kelihatan condong ke hadapan.

Takrif Al-Hadith Al-Qudsi

Dari segi bahasa

Perkataan al-Qudsi dinisbahkan kepada al-Quds.Dari segi bahasa al-Quds bererti penyucian
 ( tanzih ) dan pembersihan ( Thohir ).

Al-Hadith Qudsi adalah sesuatu yang disandarkan oleh Nabi r kepada Allah SWT dengan cara meriwayatkan bahawa sesuatu yang disampaikannya itu adalah sebahagian daripada Kalam Allah.
Rasulullah r sebagai periwayat Kalam Allah dengan lafaz Baginda r sendiri.

Contoh Hadith Qudsi
عن ابي هريرة انّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :                                          

. قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِذا أَحَبَّ عَبْدِي لِقَائي ، أَحْبَبْتُ لِقَاءَهُ ، وإِذا كَرِهَ لِقَائي ، كَرِهْتُ لِقَاءَهُ


Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah r bersabda : Berfirman Allah Azza wa Jalla : “ Apabila hambaKu suka menemuiKu nescaya Aku suka menemuinya dan apabila ia benci menemuiKu nescaya Aku juga benci menemuinya “.

Perbezaan Al-Quran dan Hadith Qudsi

1.       Al-Quran adalah Kalam Allah yang diwahyukan dengan lafaz daripada Allah sendiri.Ia bersifat mencabar Bangsa Arab dengan kemukjizatannya untuk mencipta satu surah yang serupa.

Hadith Qudsi tidak berlaku cabaran dan mukjizat seperti itu.


2.       Al-Quran Al-Karim dinisbahkan kepada Allah SWT, dimulakan dengan kata Berfirman Allah Ta’ala.

Hadith Qudsi adalah riwayat yang disandarkan kepada Allah Ta’ala , dimulakan dengan kata Bersabda Rasulullah r .

3.       Al-Quran datang dengan lafaz dan maknanya sekali.
Hadith Qudsi hanya maknanya daripada Allah Ta’ala sementara lafaznya dari Rasulullah r .

4.       Al-Quran ; membacanya menjadi ibadah.
Hadith Qudsi ; walaupun Kalam Allah namun ia tidak dibacakan dalam solat namun diberikan pahala secara umum bagi mereka yang membacanya.


BAB 2 :       ULUM AL-QURAN

Pengertian Ulum Al-Quran

Tersusun dari 2 perkataan iaitu Ulum dan Al-Quran.
Lafaz Ulum adalah kata jama’ daripada perkataan ‘ilm. Jadi,Ulum bererti ilmu-ilmu.

Al-Quran pula ditakrifkan sebagai Kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad r ,ditulis dalam mushaf,dinukilkan secara mutawattir dan membacanya menjadi satu ibadah.

Lima (5) Ciri Utama Al-Quran
1.Bermujizat    2. Diturunkan kepada Baginda Nabi r   3. Ditulis dalam mushaf 
4. Dinukilkan secara mutawattir   5. Membacanya dikira ibadah.

Apabila perkataan ULUM disandarkan kepada AL-QURAN menjadi Ulum al-Quran,ia bermaksud semua ilmu yang digunakan untuk memahami al-Quran termasuk Ilmu Tafsir,Qiraat,rasm Othmani,’Ijaz al-quran,Asbabun Nuzul,Nasikh dan Mansukh,Irab al-Quran,Gharib al-Quran dan sebagainya.

Ulum Al-quran sebagai satu Ilmu

Ulum AL-Quran adalah kajian-kajian yng berkaitan dengan Al-Quran al-Karim dari aspek-aspek penurunan,penyusunan,pengumpulan,penulisan,pembacaan,pentafsiran,kemukjizatan,Nasikh dan Mansukh,sebarang usaha untuk menolak keraguan terhadapnya dan sebagainya.

Tujuan kajian-kajian ini adalah untok memahami Kalam Allah berdasarkan apa yang diterangkan dan dijelaskan oleh Rasulullah r dan apa yang ditafsirkan oleh sahabat dan tabi’in disamping mengetahui kaedah pendekatan para Mufassirin.


Topik Ulum Al-Quran

Topik perbincangaan Ulum Al-Quran adalah dari segi aspek Takrif Al-Quran itu.

Topik perbincangan setiap aspek Al-Quran itu adalah dari aspeknya tertentu seperti Qiraat,topik perbincangan dari aspek lafaz dan cara menyebutnya.Ilmu Tafsir pula perbincangannya dari aspek huraian dan pengertiannya.

Sejarah Ulum Al-Quran

Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah r dibacakan kepada para sahabat r.a sehingga mereka mengetahui dan memahami rahsia-rahsia Al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya tetapi mereka tidak menulisnya atas beberapa sebab seperti berikut :

1.       Bangsa Arab mempunyai ketajaman fikiran dan kuat ingatan secara semulajadi.
2.       Pada masa itu,mereka dilarang menulis sesuatu selain dari Al-Quran.
3.       Ketiadaan bahan-bahan untuk menulis atau terhad hanya atas pelepah-pelepah tamar,tulang atau kulit binatang sahaja.
4.         Mereka sudah menganggap Al-Quran adalah sumber kebahgiaan mereka diduniaa dan diakhirat.

Ini menjadikan mereka bersungguh-sungguh dalam mempelajari,mengkaji,memahami dan menyebarkannya kepada seluruh umat Islam.

Pada Kurun Hijrah,barulah bermula usaha penulisan berhubung dengan Ulum Al-Quran ini. Diperingkat awalnya,hanya topik-topik tertentu sahaja ditulis seperti :

a.       Al-Nasikh wa Al-Mansukh – oleh Qatadah bin Da’amah al-Sudusi ( m 118H ).
b.      Majaz Al-Quran – o;eh Abu Ubaydah bin Ma’mar bin al-Muthanna ( m 209 H ).
c.       Asbab al-Nuzul – oleh Ali bin al-Madini ( m 234 H ) juga Guru kepada Imam Bukhori.
                                      Juga oleh Al-Wahid al-Nisaburi ( m 468 H ).
d.      Ta’wil Musykil Al-Quran – oleh Ibn Qutaybah al-Dinawari ( m 276 H ).
e.      Gharib al-Quran – oleh Abu Bakar al-Sijistani ( m 330 H ).

Mulai Kurun ke 6 Hijrah barulah Ulum Al-Quran ditulis dalam bentuk sebuah buku. Antara kitab-kitab yang masyhur ialah :

1.       Funun al-Afnan fi Ulum al-Quran / Al-Mujtaba fi Ulum Tata’allaq bi al-Quran – oleh Abu Al-Farj bin al-Jawzi ( m 597 H ).
2.       Jamal al-quraa’ – oleh ‘Alam al-Din al-Sakhawi ( m 641 H )

Dua orang tokoh dalam bidang Ulum Al-Quran yang kitab mereka terkenal hingga kini ialah Imam al-Zarkasyi dan Imam as-Sayuthi.

Buku-Buku Ulum Al-Quran pada zaman kini

Selepas usaha penulisan oleh Imam as-Sayuthi,ia terhenti sekian lama sehingga kurun ke 12 Hijrah apabila Syeikh Waliyullah al-Dahlawi ( m 1176 H ) menulis semula dalam Kitab “ Al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir “

Kemudian dalam Kurun ke 14 Hijrah,Al-Syeikh Tahir al-Jazza’iri menulisnya dalam Kitab Al-Tibyan li Ba’d al-Mabahith al-Muta’alliqah bi al-Quran ‘ala Tariq al-Itqan.

Diikuti dengan kitab-kitab lain seperti Ijaz al-Quran wa al-Balaghah al-Nabawiyyah oleh Mustafa Sadiq al-Rifaie , Al-Naba’ al-‘Azim oleh Dr Muhammad Abd Allah Daraz dan beberapa kitab lain lagi.

Timbul pula isu terjemahan al-Quran ini dibolehkan atau tidak. Para Ulama’ ada 2 pandangan ; mengharuskan dan ada yang mengharamkan.Maka lahirlah beberapa kajian berkenaan isu ini.

Syeikh Mustafa al-Maraghi menulis dalam Kitab Tarjamah al-Quran al-Karim wa Ahkammahu sependapat bersama-sama ulama’ yang lain bahawa Al-Quran harus diterjemahkan.Pendapat ini disokong oleh Muhammad Farid Wajdi yang menulis kitab berjudul Al-Adilah al-Ilmiyyah ‘ala Jawaz Tarjamah Ma’ani al-Quran al-Karim ila al-Lughat al-Ajnabiyyah.

Golongan penentang pandangan ini terdiri dari Syeikh Mustafa Sabri,bekas Syeikul Islam Turki melalui Kitabnya , Masaalah Tarjamah Al-Quran,Syeikh Muhammad Sulaiman dan Syeikh Muhammad Mustafa al-Syatir dengan kitab masing-masing.

Penurunan al-Quran ( Nuzul Al-Quran ) 

Perbahasan yang penting dalam Ulum al-Quran kerana ia asas keimanan kepada Al-Quran dan asas membenarkan Kerasulan Muhammad r malah ia merupakan pangkal segala perbahasan dalam Ulum Al-Quran.

Pengertian Penurunan Al-Quran

Al-Imam Badr al-Din al-Zarkasyi ( M 794 H ) dalam Kitabnya Al-Burhan fi Ulum al-Quran menyebut sepakat ulama; mengatakan Kalam Allah itu diturunkan,Cuma mereka berbeza pandangan mengenai makna dan pengertiannya.
Sebahagiannya berpendapat,penurunannya bererti menzahirkan.Sementara yang lain mengatakan bahawa “Allah Ta’ala memahamkan KalamNya kepada Jibrail a.s serta mengajarnya membaca al-Quran dilangit kemudian membawanya turun ke bumi.

Rasulullah r menerima wahyu al-Quran melalui salah satu daripada 2 cara berikut :
a.       Samaada Rasulullah r bertukar rupa kepada Malaikat kemudian menerima wahyu daripadanya atau
b.      Samada Malaikat bertukar rupa menjadi manusia kemudiaan Rasulullah r mengambil Al-Quran daripadanya.

Tempoh masa penurunan al-Quran

Tempoh masa Rasulullah r tinggal di Mekah adalah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun.Tempoh masa turun wahyu adalah selama 23 tahun.

Cara penurunan al-Quran

Asas perbincangan,rujuk Firman Allah :
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ

Mafhumnya : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran.
QS : Al-Baqarah 185

FirmanNya lagi : QS Al-Qadr ayat 1
إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

Mafhumnya “  Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.


Pendapat Ulama; cara turunnya Al-Quran

Pertama : Al-Quran diturunkan ke langit dunia sekaligus pada malam al-Qadr,kemudian turun pula secara beransur-ansur dalam tempoh 23 atau 25 tahun berdasarkan perbezaan pendapat tempoh masa Rasulullahr  berada di Mekah selepas menjadi Rasul.

Kedua : Pendapat ia diturunkan ke langit dunia pada 20 malam al-Qadr dalam masa 20 tahun atau 23 malam al-Qadr dalam masa 23 tahun atau 25 malam al-Qadr dalam masa 25 tahun.Pada setipa malam

al-Qadr itu ditentukan Allah berapa banyak ayat yang akan diturunkan sepanjang tahun itu,kemudian selepas iitu diturunkan kepada Rasulullah r secara beransur-ansur bagi setiap tahunnya.

Ketiga : Pendapat al-Asya’bi bahawa ia diturunkan pada malam al-Qadr kemudian diturunkan selepas itu secara beransur-ansur pada waktu tertentu

Daripada ketiga-tiga pandangan itu,pandangan pertamalah yang paling sahih dan masyhur yang menjadi pegangan sebahagian besar ulama’.

Pendapat ini disokong oleh sebuah hadith HR Al-Hakim dalam Mustadraknya daripada Ibn Abbas r.a,katanya yang bermaksud:
Maksudnya : Diturunkan Al-Quran itu sekali gus ke langit dunia pada malam al-Qadr,kemudian setelah itu diturunkan dalam masa 20 tahun.

Rahsia Penurunan Al-Quran sekali gus

Al-Quran diturunkan pada 2 peringkat yaitu peringkat pertama, turunnya sekali gus pada Malam al-Qadr ke Bait al-Izzah di langit dunia. Peringkat kedua,turunnya dari langit dunia ke bumi secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Rahsianya penurunan sekali gus ini adalah :

a. Tanda Keagongan dan Kebesaran Al-Quran itu sendiri.
b. Tanda kemuliaan dan ketinggian orang yang diturunkan kepadanya iaitu Rasulullah r .
c. Memberi hebahan kepada penduduk langit bahawa Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan.
Berdasarkan Keagongan dan Kemuliaan Al-Quran ini,tempatnya dilangit dunia dinamakan Bait al-‘Izzah ( tempat yang mulia ).

Penurunannya secara beransur-ansur

Firman Allah dalam QS : As-Shu’ara’ 192-195
وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ بِلِسَانٍ عَرَبِيّٖ مُّبِينٖ
Mafhumnya :  Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam
# dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril) #ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan# dengan bahasa Arab yang jelas.

Firman Allah dalam QS : An-Nahlu 102
قُلۡ نَزَّلَهُۥ رُوحُ ٱلۡقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِٱلۡحَقِّ لِيُثَبِّتَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهُدٗى وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ

Mafhumnya: Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang Islam".

Ayat-ayat Al-Quran diatas membuktikan bahawa Al-Quran Al-Karim adalah Kalam Allah dengan lafaz-lafaznya dalam Bahasa Arab dan dibawa turun oleh Jibrail a.s kepada Rasulullah r .
Penurunan ini bukanlah penurunan pertama ke langit dunia akan tetapi maksudnya secara beransur-ansur pada masa-masa tertentu.

Penggunaan lafaz yang bermaksud turun dalam ayat-ayat diatas,lafaz TANZIL تَنْزِيْلُ digunakan Allah SWT dan bukan Inzal. Lafaz tanzil menunjukkan yang diturunkan secara berperingkat-peringkat manakala lafaz Inzal adalah bermaksud lebih umum.

Firman Allah dalam QS : Al-Isra’ 106
وَقُرۡءَانٗا فَرَقۡنَٰهُ لِتَقۡرَأَهُۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكۡثٖ وَنَزَّلۡنَٰهُ تَنزِيلٗا
Mafhumnya :  Dan Al Quran Kami bahagi-bahagikan ia supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Rahsia dan hikmah penurunan Al-Quran secara beransur-ansur

a.       Meneguh dan menguatkan hati Baginda Nabi r .
Apabila setiap kali menghadapi cabaran,akan turun wahyu baru membuatkan Baginda r rasa gembira,lapang dada dan tenang hatinya.Malah merasakan sentiasa dalam perhatian dan perlindungan Allah Azza wa Jalla.
Kisah-kisah Nabi dan rasul terdahulu yang diceritakan dalam wahyu dapat meringankan penderitaan Baginda Nabi r dalam menghadapi peperangan dan ancaman musuh.

Firman Allah dalam QS : Hud 120
وَكُلّٗا نَّقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَۚ
Mafhumnya :  Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu;


Proses pemeringkatan dalam pendidikan umat dengan ilmu dan amal

Penurunan Al-Quran secara beransur-ansur memudahkan proses penghafazan ayat-ayatnya bagi Bangsa Arab yang tidak pandai menulis dan membaca.


Memberi cukup ruang kepada orang yang baru memeluk Islam untuk membuang amalan kurafat dan kepercayaan karut.

Seiring dan selaras dengan peristiwa yang berlaku

Penurunan ayat-ayat yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku dapat dilihat dalam 2 bentuk.
  
a.       Sebagai jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada Rasulullah r .
Contohnya : Firman Allah dalam QS : Al-Baqarah 219
۞يَسَۡٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٞ كَبِيرٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَآ أَكۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَاۗ وَيَسَۡٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلِ ٱلۡعَفۡوَۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَتَفَكَّرُونَ 

Mafhumnya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

b.      Menjelaskan permasaalahan dan peristiwa yang baru terjadi serta menjelaskan hukum-hukumnya.
Contohnya, peristiwa Qissah Al-Ifk yaitu kisah tuduhan dusta terhadap Sayyidatina Aishah r.a. Enam belas (16) ayat dalam Surah an-Nur 11-26 diturunkan sebagai pengajaran kepada umat Islam.

c.       Menegur dan membetulkan kesilapan Umat Islam
    Firman Allah dalam QS : At-Taubah 25-27

لَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٖ وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍ إِذۡ أَعۡجَبَتۡكُمۡ كَثۡرَتُكُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنكُمۡ شَيۡٔٗا وَضَاقَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ ثُمَّ أَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَنزَلَ جُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَا وَعَذَّبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْۚ وَذَٰلِكَ جَزَآءُ ٱلۡكَٰفِرِينَ ثُمَّ يَتُوبُ ٱللَّهُ مِنۢ بَعۡدِ ذَٰلِكَ عَلَىٰ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ 

Mafhumnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlah(mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.
# Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.
# Sesudah itu Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ayat diatas merupakan teguran Allah kepada tentera Muslimin yang bangga dan sombong kerana mempunyai bilangan yang ramai tetapi mengalamai kekalahan dalam peperangan tersebut.Kejayaan tidak akan dicapai tanpa bantuan dan pertolongan dari Allah.

d.      Membongkar rahsia para munafik.
Ayat-ayat Al-Quran menerangkan niat dan perancangan jahat mereka kepada Baginda Nabi r dan Umat Islam.Ia bertujuan supaya mereka lebih berhati-hati menghadapi golongan ini. QS: Al-Baqarah 8-20 menerangkan mengenai golongan munafik ini.

e.      Membuktikan bahawa sumber Al-Quran adalah daripada Allah SWT.
Penurunannya secara beransur-ansur,susunan bahasa yang indah,pemilihan kata-kata yang kemas,perkaitan ayat-ayat dan maksudnya yang bermukjizat adalah diluar batas kemampuan manusia untuk menciptanya menjadi bukti yang kuat bahawa Al-Quran seluruhnya datang dari Allah Azza wa Jalla dan bukannya ciptaan Muhammad r .

Ayat-ayat yang mula dan terakhir diturunkan.

Aspek tinjauan adalah pada ayat-ayat yang mula diturunkan berdasarkan sesuatu isu tertentu dan yang terakhir diturunkan mengenai isu tersebut.

Faedah-faedahnya

1.       Dapat mengetahui yang mana nasikh ( hapuskan hukum terdahulu,guna pakai hukum yang
 terakhir ) dan yang mana mansukh ( hukum awal yang dihapuskan atau ditiadakan ) ketika berlaku pertentangan atau perselisihan.Apabila tidak dapat disatukan diantara beberapa riwayat,maka hukum yang kemudian itu sebagai nasakh yang terdahulu.
2.       Mengetahui metodologi ( kaedah dan prinsip ) Al-Quran dalam menentukan hukum dan proses pemeringkatannya selari dengan fitrah manusia.
3.       Membuktikan keperihatinan kita terhadap Al-Quran sehingga kita dapat mengetahui ayat yang awal dan ayat yang akhir diturunkan.

Ada 4 pandangan ayat-ayat yang mula-mula diturunkan.

Œ Ayat yang mula-mula diturunkan adalah Firman Allah Ta’ala :
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ

Berdasarkan HR Bukahari,Muslim dan lainnya dari Sayyidatina Aisyah r.a –

Permulaan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah r adalah mimpi yang benar.Didalam mimpi itu Baginda r hanya melihat seperti secerah cahaya subuh kemudian Baginda r pun pergi mengasingkan diri ( berkhalwah ) di Gua Hira’.Baginda r  beribadah untuk beberapa malam dengan membawa bekalan.
Baginda r akan balik semula ke rumah apabila sudah kehabisan bekalan.Sehingalah suatu hari,Malaikat Jibrail datang seraya berkata,’ Bacalah ! ‘. Sabda Baginda r ,’ Lalu aku menjawab – ‘Sesungguhnya aku tidak pandai membaca’.Lalu malaikat memegang dan mendakapku sehingga aku merasa seperti lemas kemudian dia melepaskan aku semula.Kemudian dia berkata lagi,’Bacalah !’ . Aku tetap menjawab,’Aku tidak pandai membaca’.Ia mendakapku buat kali ketiga sehingga aku merasa payah,kemudian ia melepaskan ku lalu ia (malaikat) membaca :
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
 hingga كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡۤ وَٱقۡتَرِب۩
kemudian Baginda r pulang kepada Khadijah dengan hati yang penoh debaran dan gementar.

 Ayat yang mula diturunkan adalah Firman Allah Ta’ala :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ
Ini berdasarkan sebuah hadith HR Bukhari dan Muslim daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bin Auf bahawa katanya :

Aku bertanya Jabir bin Abdullah, ‘yang mana satukah ayat al-Quran diturunkan dahulu ?. Jawabnya :
 .Lalu jawabnya,’:

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ  lantas kataku,atauيَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ      
‘Aku khabarkan kamu apa yang dikhabarkan kami oleh Rasulullah r , Baginda r bersabda,’
Sewaktu aku berada didalam Gua Hira’,setelah selesai urusanku, aku pun keluar menuruni lembah.Tiba-tiba aku diseru oleh suatu suara ; lalu aku melihat ke depan,belakang,kiri dan kananku kemudian aku memandang ke langit, tiba-tiba ternampak dia iaitu Jibrail,lantas hatiku gementar ketakutan.Dengan sserta merta aku mendatangi Khadijah kemudian minta diselimutkan lalu dia menyelimutkan aku,kemudian turunlah ayat :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ قُمۡ فَأَنذِرۡ

Ž Ayat yang mula diturunkan adalah Surah Al-Fatihah.Pandangan ini mungkin ayat yang diturunkan dalam bentuk surah yang lengkap.

 Ayat yang mula diturunkan adalah Basmalah:
 kerana Basmalah diturunkan pada permulaan setiap surah.بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ           

Kesimpulan :

a.       Ayat-ayat yang mula-mula sekali diturunkan secara umumnya adalah 5 ayat permulaan Surah Al-Alaq.
b.      Ayat yang mula-mula diturunkan dalam bentuk perintah menyampaikan risalah adalah   يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّر   .
c.       Ayat yang mula-mula diturunkan dalam bentuk sebuah surah adalah Surah Al-Fatihah.
d.      Ayat Basmallah memang menjadi kebiasaan diturunkan pada setiap permulaan surah kecuali surah At-Taubah.Jadi,ia diturunkan pada permulaan Surah Al-Alaq,maka tidak boleh dikira permulaan itu sebagai satu ayat yang berasingan.

Ayat-ayat yang terakhir diturunkan.

Œ Ayat berkenaan riba, Firman Allah Ta’ala : ( Al-Baqarah : 278 )
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Mafhumnya : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

 Firman Allah Ta’ala : ( Al-Baqarah : 281 )
وَٱتَّقُواْ يَوۡمٗا تُرۡجَعُونَ فِيهِ إِلَى ٱللَّهِۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ
Mafhumnya : Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).

Ž Ayat berkenaan hutang , Firman Allah Ta’ala : ( Al-Baqarah : 282 )
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيۡنٍ إِلَىٰٓ أَجَلٖ مُّسَمّٗى فَٱكۡتُبُوهُۚ
Mafhumnya :  Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.

 Ayat berkenaan Kalalah ( iaitu seseorang yang tidak meninggalkan ayah dan anak ) , Firman Allah Ta’ala : ( An-Nisa’ : 176 )
يَسۡتَفۡتُونَكَ قُلِ ٱللَّهُ يُفۡتِيكُمۡ فِي ٱلۡكَلَٰلَةِۚ
Mafhumnya :  Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah itu.

 Firman Allah Ta’ala : ( At-Taubah : 128-129 )
لَقَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِيَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ 
Mafhumnya : Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".

Firman Allah Ta’ala : ( Al-Maidah : 3 )
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ
Mafhumnya : Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.

Kesimpulannya :

Al-Qadhi Abu Bakr Al-Balqulani berkata :
Semua pandangan-pandangan tersebut tiada satu pun yang pasti daripada Nabi r. Boleh jadi masing-masing mereka aberijtihad berdasarkan apa yang terakhir didengarnya daripada Nabi r pada hari Baginda r diwafatkan atau sebelum sedikit daripada sakitnya. Dan boleh juga ayat ini merupakan ayat yang terakhir dibaca oleh Rasulullah r yang turun bersama-sama ayat lain.

Adapun ayat Surah Maidah ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ  yang diturunkan di Arafah semasa Hajjatul Wida’ itu adalah yang terakhir dari segi penyempurnaan agama segala perkara-perkara yang wajib dan hukum hakam.
Selepas penurunan ayat ini,tiada lagi diturunkan berkenaan halal dan haram.Justru,tidak boleh dinafikan sekiranya diturunkan selepas itu ayat-ayat dalam bentuk pengajaran dan nasihat kerana sejarah membuktikan bahawa Rasulullah hidup selama 81 hari lagi selepas itu.

Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’i daripada Ibn Abbas dan Sa’id bin Jubair bahawa ; Ayat-ayat terakhir yang diturunkan daripada Al-Quran adalah Firman Allah :
وَٱتَّقُواْ يَوۡمٗا تُرۡجَعُونَ فِيهِ ( Al-Baqarah : 281 )kerana Baginda r hanya hidup selepas turunnya ayat ini 9 malam sahaja kemudian Baginda r wafat malam Isnin,malam kedua daripada Bulan Rabiul Awal. Jadi,kalau dilihat dari segi masanya; ayat ini lebih kemudian daripada ayat Al-Maidah diatas.

MAKKI المكي DAN MADANI المدني

Para ulamak meneliti Al Quran ayat demi ayat,surah demi surah supaya dapat disusunnya sesuai dengan keadaan turunnya daripada segi :
1-      Masa
2-      Tempat
3-      Matlamat sasaran ( khitab خطاب ) sesuatu ayat itu.
Kata Abu Al Qasam al Hasan bin Muhammad bin Habib al Nisaburi menulis di dalam kitabnya “Al Tanbih ‘Ala Fadl Ulum al Quran” , Di antara yang paling utama dalam Ulum al Quran adalah  :

1.       Ilmu berkenaan penurunan dan khitab ( sasaran matlamatnya ).
2.       Susunan ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah.
3.       Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tetapi dikira di Madinah.
4.       Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah tetapi dikira di Mekah.
5.       Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tentang penduduk Madinah.
6.       Ayat-ayat yang diturunkan di di Madinah tentang penduduk Mekah.
7.       Ayat-ayat yang kesamaran turunnya di Mekah.
8.       Ayat-ayat yang kesamaran turunnya di Madinah.
9.       Ayat-ayat yang diturunkan di Juhfah,Baitul Maqdis,Ta”if,Hudaibiyah.
10.   Ayat-ayat yang diturunkan pada waktu siang.
11.   Ayat-ayat yang diturunkan pada waktu malam.

Faedah-faedah mengetahui ayat-ayat MAKKI dan MADANI

1.       Dapat membantu dalam mentafsirkan Al Quran - menolong mengenal pasti ayat berkenaan sehingga dapat ditafsirkannya dengan lebih tepat.

Ketika berlaku pertentangan makna di antara dua ayat,maka dengan mengetahui Makki dan    
Madani  seorang  pentafsir  akan  mampu  membezakan  di  antara  yang  Nasikh  dan  
Mansukh   ( Hukum yang kemudian dipakai,hukum yang terdahulu dimansuhkan )
.
2.    Menggunakan kaedah Al Quran dalam berdakwah kepada Allah-dengan mempelajari ciri--ciri khusus bagi ayat-ayat Makki dan Madani akan menemukan suatu kaedah penyampaian yang sesuai dengan hati dan jiwa orang yang menjadi sasaran dakwahnya.

3. Dapat mengetahui sejarah perundangan dan proses pemeringkatan dalam melaksanakan hukum Islam-seseorang akan bertambah yakin terhadap ketinggian siasah Islam dalam mendidik umat dan individu.

4. Dapat menyakinkan bahawa al Quran ini sampai kepada kita dengan selamat tanpa sebarang perubahan dan penyelewengan - mengenal pasti ayat-ayat diturunkan sebelum hijrah dan sesudahnya.semasa musafir dan tidak musafir,pada musim sejuk dan musim panas dan sebagainya..

PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI

MAKKI
Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah sekalipun selepas hijrah Nabi r termasuklah kawasan-kawasan sekitarnya seperti yang diturunkan di Mina,’Arafah dan  Hudaibiyah.

SASARAN : Ayat-ayat yang ditujukan kepada penduduk Mekah.
Ayat yang dimulai dengan (يأيها الناس)wahai manusia,kerana di Mekah pada ketika itu belum ramai lagi orang yang beriman.

MASA TURUNNYA : Ayat-ayat yang diturunkan sebelum daripada hijrah Nabi  r ke Madinah sekalipun turunnya tidak di Mekah.

MADANI
Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah termasuklah kawasan-kawasan sekitarnya seperti yang diturunkan di Badr dan Uhud.

SASARAN : Ayat-ayat yang ditujukan kepada penduduk Madinah.
Ayat yang dimulai dengan ( يأيها الذين آمنو) wahai orang-ayat yang beriman,ketika itu di Madinah sudah ramai orang yang beriman.

MASA TURUNNYA : Ayat-ayat yang diturunkan selepas daripada hijrah sekalipun turunnya di Mekah.
Contoh Firman Allah Ta’ala QS Al-Maidah ayat 3 :

اَليَومَ اَكمَلتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَ أَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينً...
Mafhumnya :Pada hari ini Telah ku sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu,dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama  bagimu.

       Ayat ini tetap dikira Madani,padahal ia diturunkan pada hari jumaat di Arafah sewaktu Rasulullah  
       r melakukan Haji Perpisahan (Hajjatul Wada’ حجة الوداع ).

CIRI-CIRI KHUSUS MAKKI DAN MADANI

Lihat dari 2 aspek :
1- Lafaz zahirnya
2-Tajuk perbincangannya.


Ciri-ciri khusus MAKKI

v  Lafaz Zahir
-          Tiap-tiap surah yang di dalamnya ayat Sajadah.
-          Tiap- surah yang di dalamnya lafaz ( كلا).Ia terdapat pada separuh akhir Al Quran.Disebut sebanyak 33 kali dalam 15 surah Al Quran.
-          Tiap-tiap surah yang di dalamnya ( يا أيها الناس ) dan tiada (أيها الذين آمنوا ) kecuali surah al Haj.
-          Tiap-tiap surah yang di dalamnya kisah-kisah para nabi dan bangsa-bangsa terdahulu kecuali surah al Baqarah.
-          Tiap-tiap surah yang dimulai dengan huruf-huruf tahajji seperti ( حم ,الر,الم ) dan lain-lain sebagainya  kecuali surah al Baqarah dan Ali ‘Imran.

           Tajuk Perbincangan

v  Dakwah kepada tauhid serta beribadat kepada Allah Taala,pembuktian terhadap kerasulan Muhammad r ,keimanan kepada perkara ghaib seperti syurga neraka dan lain-lain.Penolakan terhadap musyrikin dengan hujah-hujah secara logik akal dan tanda-tanda kebesaran Allah.

v  Penetapan asas-asas umum bagi perundangan dan hukum ahkam,akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat,memerangi segala kebathilan.

v  Kisah-kisah para nabi dan umat-umat para rasul terdahulu yang mendustakan ajaran yang dibawa oleh para utusan Allah sebagai pengajaran.Dan sekaligus sebagai penenang  perasaan Rasulullah r dalam menghadapi tentangan musuh.

v  Ayatnya kebanyakan pendek-pendek tetapi kemas  dan padat.Susunan bahasa ringkas dan tepat penuh dengan tarikan.Adakala ayat diperkukuhkan dengan lafaz sumpah seperti yang terdapat dalam surah-surah pendek.


Ciri-ciri khusus MADANI

&  Lafaz Zahir
-          Tiap-tiap surah yang di dalamnya membicarakan perkara-perkara wajib,fardhu atau hudud.
-          Tiap-tiap surah yang menyebut tentang munafikin kecuali surah al Ankabut.
-          Tiap-tiap surah yang membicarakan tentang Ahli Kitab.

Tajuk Perbincangan

&  Penerangan tentang ibadat,muamalat,hudud,sIstem kekeluargan,harta pusaka,kelebihan jIhad,hubungan kemasyarakatan dan antarabangsa baik semasa damai atau perang,kaedah-kaedah hukum dan isu-isu perundangan.

&  Perbincangan tentang Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani , menyeru mereka kepadaIislam dan mendedahkan penyelewengan mereka.

&  Mendedahkan perilaku golongan munafikin,tabiat dan niat jahat mereka terhadap Islam serta bahayanya kepada agama.

&  Ayat-ayat yang panjang dengan gaya bahasa yang menarik dalam menjelaskan tujuan dan matlamat utama syariat Islam.


SEBAB SEBAB PENURUNAN ( Asbabun Nuzul أسباب النزول )

§  Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia ke jalan yang benar.
§  Memperkenalkan asas-asas kehidupan yang berteraskan keimanan kepada Allah dan RasulNya.
§  Ianya menceritakan peristiwa-peristiwa pada masa lalu, sekarang dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
§  Para ulama membahagikan ayat-ayat Al-Quran kepada 2 bahagian :
o   Ayat-ayat yang diturunkan secara langsung tanpa kaitan dengan sebarang sebab yang berlaku dan merupakan bahagian paling banyak dalam Al-Quran.
o   Ayat-ayat yang diturunkan atas sesuatu sebab tertentu.
§  Antara ulama yang termasyhur dalam menulis kitab berkaitan sebab-sebab penurunan ini ialah
o   ‘Ali bin Al-Madini ( guru Imam Al-Bukhari )
o   Abu Al-Hassan ‘Ali bin Ahmad al-Wahidi – kitabnya “Asbab Al-Nuzul”
o   Burhanuddin Ibrahim bin ‘Umar Al-Ja’bari – meringkaskan kitab Al-Wahidi
o    Ibn Hajar Al-‘Asqalani dan Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuti – kitab “Lubab Al-Manqul Fi Asbab Al-Nuzul”

PENGERTIAN ASBAB AL-NUZUL

§  Asbab Al-Nuzul merupakan sesuatu yang menyebabkan turunnya satu atau berberapa ayat yang menerangkan hukumnya, contohnya :

                                i.            Kes perbalahan antara kaum Aus dan Khazraj akibat hasutan kaum Yahudi, maka Allah turunkan ayat berikut: QS Ali Imran ayat 100
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ يَرُدُّوكُم بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡ كَٰفِرِينَ
Mafhumnya :  Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.

                              ii.            Kejadian dimana salah seorang sahabat yang dalam keadaan mabuk tersalah membaca ayat Al-Quran didalam solatnya lalu turun wahyu menegurnya:
  
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ
43.  Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan (Surah An-Nisa’ : Ayat 43 )

 CARA MENGETAHUI ASBABUN NUZUL

§  Selain melalui riwayat yang sahih daripada Rasulullah r atau para sahabat, tidak ada lagi cara lain untuk mengetahui Asbab Al-Nuzul.
§  Al Wahidi meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya: Sabda Rasulullah r yang bemaksud:
                “ Takutlah kamu daripada memperkatakan sesuatu kecuali apa yang kamu tahu, sesungguhnya sesiapa yang berdusta atasku dengan sengaja, maka bersedialah ia mengambil tempatnya dalam neraka. Dan sesiapa yang berdusta atas Al-Quran dengan tidak berpengetahuan, maka bersedialah ia mengambil tempatnya dalam neraka.”
§  Oleh itu, sekiranya sesuatu sebab nuzul diriwayatkan daripada salah seorang sahabat maka ia diterima walaupun tidak diperkuat dengan riwayat yang lain kerana kata-kata sahabat pada perkara yang tidak ada ruang lagi untuk ijtihad,  maka hukumnya sama dengan hadis Nabi r..

BENTUK RUPA SEBAB NUZUL ( SIGHAH ASBAB Al-NUZUL )

§  Bentuk sesuatu sebab nuzul itu kadang kadang terang dan jelas dengan menyebut perkataan sebab turunnya.
§  Kadang kadang ia tidak disebut dengan jelas, tetapi disertai dengan huruf (  ف   ) pada perkataan ( turun ayat).
§  Kadang kadang Rasulullah r ditanya tentang sesuatu, kemudian diturunkan wahyu lalu baginda r menjawab dengan jelas sebab turunnya dan tidak pula disertai dengan huruf    (ف     ).
§  Ulama telah menentukan kaedah bahawa terdapat dua bentuk lafaz dalam satu masalah atau ayat. Satunya menunjukkan sebab nuzul bagi satu atau berberapa ayat manakala satu lagi jelas menunjukkan sebab nuzul bagi ayat tersebut.
BERBILANG SEBAB NUZUL PADA SATU AYAT

Apabila terdapat dua riwayat dalam satu Al-Quran, tiap-tiap satu riwayat menunjukkan dengan jelas sebab turunnya ayat yang tidak disebutkan oleh riwayat yang satu lagi. Ia dapat dilihat dalam berberapa keadaaan seperti:-
                                i.            Boleh jadi salah satunya sahih dan yang satu lagi tidak.
v   Hukumnya - hendaklah berpegang kepada riwayat yang sahih dalam menerangkan sebab nuzul, manakala satu lagi ditolak.
                              ii.            Boleh jadi kedua-duanya sahih, tetapi salah satunya lebih kuat dari yang satu lagi.
v Hukumnya – hendaklah diambil riwayat yang lebih kuat dalam menerangkan sebab nuzulnya.

                            iii.            Boleh jadi kedua-duanya sahih dan tiada satupun yang lebih kuat tetapi keduanya boleh dihimpunkan.
v  Hukumnya – hendaklah dianggap ayat tersebut mempunyai dua sebab nuzul dan ia tidak menjadi halangan.

                             iv.            Boleh jadi kedua-keduanya sahih, tetapi tiada satupun yang lebih kuat dan tidak pula boleh dihimpunkan kerana jarak masa diantara kedua-du sebab nuzul itu terlalu lama.
v  Hukumnya – hendaklah dianggap berulang turun ayat dengan berbilang sebab nuzul yang memperkatakan tentangnya.

BERBILANG AYAT DENGAN SATU SEBAB NUZUL

Kadangkala kerana sesuatu perkara atau masalah yang menyebabkan turunnya berberapa ayat.
Perkara seperti ini tidak menjadi halangan kerana tidak dinafikan hikmah dan tujuan untuk memberi petunjuk kepada manusia ketika perlu bahkan kadangkala ia lebih jelas dan memuaskan lagi.

 PENGAJARAN AYAT BERDASARKAN LAFAZ YANG AM, TIDAK SEBAB YANG KHAS

Apabila terdapat pada satu-satu ayat sebab turun yang khas, sedangkan ayat itu diturunkan dalam lafaz am maka jumhur ulama’ berpendapat bahawa pengajaran ayat tersebut berdasarkan umum lafaznya dan tidak berdasarkan sebabnya yang khusus.
Sementara ada sebahagian ulama berpandangan bahawa pengajaran sesuatu ayat itu berdasarka sebabnya yang khusus, bukan lafaznya yang umum.

FAEDAH MENGETAHUI ASBAB AL-NUZUL

Antara faedahnya ialah :-
                                 i.            Boleh membantu memahami dan menghilangkan kesamaran sesuatu ayat
§  Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang tidak jelas maksudnya kecuali setelah diketahui sebab penurunannya.
§  Sekiranya kita tidak mengetahui sebab-sebab penurunannya, maka besar kemungkinan akan berlaku salah tafsiran dan kefahaman tentangnya.
§  Al-Wahidi menegaskan bahawa : ‘ tidak mungkin mengetahui dan memahami sesuatu ayat itu tanpa berpegang kepada kisahnya atau keterangan berkenaan turunnya.’
§  Ibn Daqiq pula berkata : ‘Mengetahui Asbab Nuzul adalah jalan yang paling baik untuk memahami pengertian Al-Quran.’

                               ii.            Boleh membantu mengetahui rahsia penetapan hukum dalam Islam
§  Oleh kerana sebab penurunan sesuatu ayat itu menerangkan situasi sebenar yang mempengaruhi penetapan sesuatu hukum, dengan itu keperluan dan kemaslahatan manusia sentiasa terjamin dan dapat dipenuhi
§  Seperti ayat yang diturunkan berkenaan penyelewengan harta pusaka pada zaman jahiliah, dimana harta pusaka tidak dibahagikan kepada anak perempuan dan kanak-kanak.
§  Begitu juga berkenaan pengharaman arak dari surah Al-Ma’idah.

                            iii.            Boleh mengenali nama –nama orang yang diturunkan ayat tentangnya secara khusus dan menghilangkan kesamaran berkenaannya.

                             iv.            Boleh menghilangkan keraguan
§  Imam Syafi’i berkata  tentang firman Allah yang bermaksud :
Katakanlah: “ tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi..”

                               v.            Memudahkan hafalan dan fahaman terhadap ayat apabila dikaitkan dengan sebab-sebab penurunannya.

b






No comments: