QASIDAH BURDAH Mesut Kurtis
Mawla Ya Solli wa sallim da iman abadan
'Ala habi bi ka khayril khal qi kulli himi
Wahai Tuhanku !
selawat dan salam sudi Engkau
limpahkan kepada kekasih Mu sentiasa selamanya
sebaik-baik makhluk yang
Engkau ciptakan
O Mawla
(Protector),
send prayers and peace always
and forever Upon Your Beloved,
the best out of all of
Creation.
Muhammadun Sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min 'arabin wa min 'ajami
Muhammad itu
adalah Penghulu dari dua dunia
dan dua kelompok (manusia dan
jin),
dan ikutan bagi orang Arab
dan bukan Arab.
Muhammad is the
Sayyid (Master) of the two worlds
and the two groups (men and
jinn),
And the Guide of both the Arabs
and the non-Arabs.
Huwal habibul ladzi turja shafa'atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami
Dialah Kekasih Allah
diharapkan kesyafaatan
Pada setiap hal dari hal
kebaikan yang dilakukan
Beloved by Allah
is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of
Judgement,which on us descend
Tsumma ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
Wa 'an 'Aliyyin wa 'an 'Uthmana zil karami
Kemudian redha daripada Abu
Bakar dan Umar
juga Ali dan Usman yang dimuliakan
Then we ask You to
be pleased with Abu Bakr, 'Umar,
'Ali and 'Uthman the
generous one
Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma ma dha ya wasi'al karami
Wahai Tuhan !
Perkenankan hajat kami
dengan berkat Nabi Pilihan
dan ampunilah dosa kami yang
lalu Wahai Tuhan Yang Punya Kemuliaan
O my Lord!
with the Elect One make us
attain our goals
And forgive us for what has
passed,O Most Munificent One!
Qasida Burdah
Arabic-English-Malay Translation
Doa berbentuk syair ini disusun oleh Syeikh Syarifuddin Abu
Abdillah Muhammad bin Zaid Al Bushairi yang hidup pada abad
ke-7 H. Beliau adalah seorang ulama Tarekat Syadziliyah
bermahzab Syafie, murid Abu Abas Mursyi.
Syair ini disusun ketika beliau yang jatuh sakit hingga lumpuh.
Beliau bermimpi berjumpa Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW sendiri
yang melengkapi syair yang sedang disusun itu.
Dengan mukjizat dan keberkatan Rasulullah SAW; beliau sembuh dari penyakitnya.
~: Penjelasan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan :~
Qasidah al-Burdah ditulis oleh Imam al-Busiri, ulama besar yang
juga seorang tokoh sufi
abad ke-7 hijrah/ke-13 Masihi. Qasidah ini merupakan
qasidah yang masyhur. Ia bukan
berasal dari Shi’ah kerana ia ditulis oleh ulama
Sunni. Tiada dalam biografinya yang
mengaitkan beliau dengan Shi’ah. Sementara
memuji Rasulullah s.a.w. dalam selawat
dan qasidah bukan bermakna seseorang itu
pengikut Shi’ah.
Menurut sejarawan Islam al-Maqrizi, Imam al-Busiri berasal dari
Afrika Utara dari sebuah kabilah
bernama Abnun di Maghribi. Beliau hidup di
bawah pemerintahan Mamluk dan menguasai banyak
bidang ilmu Islam. Beliau
merupakan pengikut tariqat sufi Shaziliyah di bawah bimbingan gurunya
Shaykh
Abu al-Abbas al-Mursi. Penulis kitab Hikam, Ibn ‘Ataillah al-Sakandari juga
merupakan
salah seorang anak murid kepada Abu al-Abbas al-Mursi.
Qasidah al-Burdah secara dasarnya merupakan pujian kepada
Rasulullah s.a.w. Isinya bersifat
syair yang sebahagian besarnya menggunakan
kiasan (majaz) dan metafora yang bertujuan
menekankan lagi sifat kasih sayang
terhadap Rasulullah s.a.w. Beberapa ayat dalam qasidah
al-Burdah yang dianggap
kontroversi harus difahami dalam konteks tersebut.
Memuji Rasulullah s.a.w. dan menggagungkan Baginda adalah sesuatu
yang dituntut selagi
mana tidak menyifatkan baginda Rasulullah s.a.w. dengan
sifat ketuhanan dan seseorang
itu jelas dalam tauhidnya tentang beza antara
Allah Ta’ala dan RasulNya.