Banyak dalam satu , satu dalam banyak.Jika anda melihat tulisan,apakah sebenarnya yang anda nampak ? Tulisan,perkataan atau dakwat ? Begitu juga anda ada kaki,tangan,hidung ,mata,telinga tetapi pada hakikatnya hanya satu iaitu diri anda sendiri.Kadang-kadang ada bayang-bayang mengikuti anda semasa cuaca panas , begitu juga anda mungkin bermimpi melihat diri anda sendiri.Siapa memandang siapa ?
Walaupun nampak banyak,ianya cuma satu sahaja ; yaitu anda.
Begitu juga air yang membentuk ais atau membentuk ombak.Ia membentuk menjadi bentuk lain apabila sampai pada sesuatu peringkat atau keadaan. Apabila buih berpecah,ia kembali kepada keadaan asalnya.Buih atau ais pada hakikatnya itu adalah air juga.
Apabila anda perhatikan ombak, anda tidak nampak air.Ombak adalah bentuk hayalan, hakikatnya adalah air.
Seorang penyair Farsi pernah berkata :
“Aku pergi bersiar-siar di tepi laut dan aku terpandang perkara yang menakjubkan;kapal dalam laut, laut dalam kapal “
Penyair ini menisbahkan bahawa wujud Allah Ta’ala itu tiada terhad yang diibaratkan seperti laut, manakala
kapal itu pula sebagai kewujudan yang terhad.
Allah Ta’ala berfirman :
" ingatlah bahwa sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu “.Surah Fussilat : 54
Begitu juga diterangkan dalam maksud ayat ini :
" dua ujung busur panah “ Surah An Najm : 9.
Tempat pertemuan dua busur panah yakni baur panah itu bila ditarik ia bercantum ; nampak seperti dua tetapi sebenarnya hanya satu.
Syeikh Mahmud Syabistari dalam Gulsyan-i-Raj menyebut,
Jika anda belah hati satu titik air
Anda dapati seratus lautan di dalamnya
Inilah hakiqat ainul yaqin dan haqqul yaqin, jika dibelah satu haqiqat, semua ilmu ada di dalamnya.Namun haqiqat tidak muncul , jikalau syariat dan toriqat tidak betul lagi kedudukannya.
"Dialah yang Awal dan yang Akhir yang Zahir dan yang Batin “ Surah Al-Hadid : 3
Apabila tajalli bersinar pada gunung ; Gunung itu hancur dan berkecai seperti kapas
Apabila tajalli bersinar pada gunung wujud ; Wujud itu bertaburan seperi habuk di atas jalan.
Ini dimaksudkan sebagai wujud salik bertukar kepada tidak wujud,seperti Gunung Sinai
(Bukit Thursina) yang tidak lagi berupa seperti rupanya dulu.Apabila Nabi Musa mohon melihat Allah, Baginda disuruh melihat gunung lalu gunung itu hancur.Seperti gunung itu juga, Nabi Musa tidak dapat menahan tajalli itu lalu jatuh pengsan (fana’).
Apabila Allah hendak memandang diriNya, maka dipandang pada hati manusia yang diibaratkan seperti cermin.Dia menzahirkan diriNya ( tajalli ) pada cermin hati ) yang cerah itu.Semakin bersih hati itu,
semakin cerahlah bayangan Allah padanya.Bayangan itu adalah satu nama sahaja bukan hulul atau pun
penjelmaan.Banyak wajah yang terlihat adalah kerana banyaknya cermin walhal haqiqatnya ia tetap satu
dan sama sahaja.
Pandangan boleh tembus dalam air tetapi tidak apabila ia menebal menjadi ais.Begitulah terjadi kepada sifat
hati yang cerah , yang bersih dengan yang berbintik hitam dan gelap zulmah.Disebut dalam Kitab Hikam,
"Tempat terbitnya berbagai cahaya Nur Ilahi itu dalam hati manusia dan sirr rahsiaNya"
Konsep inilah yang selalu diperkatakan dikalangan mereka yang belajar ilmu haqiqat.Ia sekadar menjadi ilmu atau pegangan atau di anggap ilmu yang mendalam tetapi ia tidak menjadi amali dan tidak sampai ke mana-
mana jikalau tidak menuruti langkah awalnya iaitu beramal sepertimana Nabi S.A.W beramal bagi mencapai matlamat yang demikian yakni buukan setakat menjadi tholib, ayuhlah melangkah setapak lagi menjadi salik.
Dalam Kitab Hikam Syeikh Ahmad Atho'illah katanya," Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan
untuk makrifah, maka janganlah menghiraukan soal ilmu mu yang masih sedikit sebab Tuhan tidak membukakan bagi mu melainkan ia akan memperkenalkan diriNya kepada mu.Tidak kamu ketahui makrifah itu semata-mata pemberian kurniaan Allah kepada mu sedangkan amal perbuatan itu hadiah dari mu.Maka di mana letak perbandingannya antara hadiah mu dengan pemberian kurnia Allah kepada mu".
3 comments:
assalamualaikum....,
tuan acit makin handsome ilmu pun banyak handsome... sebuah entry yang mantap dan mudah di fahami... ini adalah keruan saya....
bermula dari tiada menjadi ada kemudian menjadi tiada itulah di namakan konsep integriti alam (actions, values, methods, measures, principles, expectations and outcome)
adakah juga insan(rohani) itu dikenali sebagai alam juga sedangkan ruh itu tidak menerima binasa....
terimakasih ust atas penerangan yang mudah untuk difahami. tertarik pada apa yang di sebut oelh Syeikh Mahmud Syabistari dalam Gulsyan-i-Raj:
Jika anda belah hati satu titik air
Anda dapati seratus lautan di dalamnya...
dalam sungguh maksud yang tersirat.
Waalaikumussalam wbt Tuan Zakir dan Kak Ina,mudah-mudahan diberiNya halawatul iman,Insyallah.
Roh bukanlah benda yang keluar atau masuk ke dalam badan.Apa yang keluar masuk itu mempunyai fizikal.Ruh itu bukan badan,ruh itu adalah pengerak kepada badan.
Misalan matahari dan cahaya,tiada sekutu,tiada bercerai cahaya itu dengan zat matahari.Bukan cahaya itu matahari dan bukan juga ia lain dari matahari.
Begitu juga api dan asap.Asap itu menunjukkan adanya api dan bukan asap itu api,tiada lain daripada api,tiada bercerai;tiada juga bersekutu.
Apa yang tersirat dan apa yang tersurat; telah termaktub di malam kejadian umat.Wallahu a'lam.
Post a Comment