Thursday

Espitemologi : Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud


Salah satu isu-isu besar yang mencetuskan kontoversi dalam dunia tasauf sehingga kini ialah Wahdatul Wujud.Pemahaman dalam konsep ini masih sering diperbincangkan.

Kita sering mendengar perkataan Wahdatul Wujud tetapi kurang mendengar orang menyebut perkataan Wahdatul Syuhud. Kekadang kita tidak jelas dan kurang faham apa yang dikatakan Wahdatul Wujud itu.

Fahaman atau doktrin Wahdatul Wujud itu merupakan satu terma atau satu nama atau satu sebutan bagi merujuk kepada hubungan wujud Allah dengan wujud makhluk.

Ahli Sunah wal Jamaah antaranya Syeikh Abdul Wahab Sya’rani dan Imam Sayuti menyatakan bahawa wujud makhluk itu azali dan abadi ; zat dan sifat Allah itu qadim.

Ibn Arabi dalam Kitabnya Al-Futuhat al-Makkiyyah mengatakan bahawa Allah itu wujud muthlak.

Azali bermakna wujud Allah sudah ada pada ilmu Allah.Hamzah Fansuri berkata, manusia itu ‘daripada ada kepadaa ada”. Allah wujud dalam ilmuNya, tak perlu masa atau peringkat-peringkat kejadian. Manusia itu pula ada pada ilmu Allah kepada ada pada zahirnya sekarang.

Wujud Allah itu tersendiri, adanya Allah itu tersendiri dari segi zatNya , dari segi sifatNya, dari segi af’alNya dan dari segi asmaNya.Wujud Allah itu sebagai Khaliq , zat yang ‘wajibal wujud’.

Imam Sayuti berkata dalam memberi pencerahan kepada ‘salah faham’ tentang wujud Allah itu bersatu dengan wujud makhluk ; yang sebenarnya wujud makhluk itu terlalu lemah.

Dicontohkan seperti cahaya lampu itu memang lemah di waktu siang hari.Apabila matahari cukup terang maka cahaya lampu itu akan hilang kerana adanya cahaya matahari.

Orang menyangka cahaya lampu itu bersatu dengan cahaya matahari tetapi sebenarnya cahaya lampu itu tetap cahaya lampu tersendiri dan cahaya matahari itu juga tersendiri. Jadi tanggapan bahawa makhluk dan Allah itu bersatu ‘tidak berlaku !’. Kalau kita kata berlaku , kita akan ‘menyegutukan Allah’ , berfaham Khululiah dan terkeluar dari Islam.

Dicontohkan lagi seperti kejadian Nabi Musa ketika di Bukit Tursina. Apabila hijab Nabi Musa dibuka; bukit itu tidak ada apabila Allah Taala tajallikan diriNya seolah-olah seperti Bukit Tursina dan Allah itu telah bersatu tetapi sebenarnya bukan begitu; Allah tetap Allah dan makhluk tetap makhluk.Begitu juga kejadian hulul yang terjadi pada Mansur al-Halaj.

Fahaman Wahdatul Wujud ini terbahagi kepada 2 ;

Golongan Pertama adalah orang yang betul-betul sampai kepada hakikat mengESAkan Allah. Merekalah yang dikatakan berpegang kepada fahaman wahdatul wujud.Mereka adalah golongan tahkik dalam tauhid.Mereka benar-benar mencapai peringkat muwakhid , mengESAkan Allah dengan sebenar-benarnya.

Golongan Kedua pula adalah golongan zindik, terkeluar dari Islam kerana syirik , menyegutukan Allah dengan makhluk.Golongan ini nampak seolah-olah mengESAkan Allah tetapi mengatakan Allah dan 
makhluk itu wujudnya satu.Wujudnya Allah itu hulul dan ittihad maka di sinilah timbulnya fahaman
Ittihadiyah ( Ittihad itu Tuhan berbicara melalui lisan orang itu ) dan Khululiah. Kumpulan ini terkeluar 
dari Islam malah ada sesetengah orang yang menyamakan golongan ini dengan mereka yang berfaham wahdatul wujud sedangkan sebenarnya tidak. 


Doktrin / aliran atau Wahdatul Wujud menjadi sangat kuat pengaruhnya pada zaman Ibu Arabi
( Muhyiddeen al-Arabi ) tetapi kemudiannya muncul doktrin Wahdatul Syuhud yang dipelopori oleh Syeikh Ahmad Sirhindi sebagai kritikan kepada doktrin yang pertama.

Istilah Wahdatul Wujud ( Bersatu dalam kewujudan ) tidak pernah digunakan oleh Ibnu Arabi tetapi istilah ini dicipta oleh Ibn Taimiyyah yang merupakan pengkritik terhadap Ibn Arabi. Namun,menurut Shah Waliyullah al-Dihlawi ( 1703-1762 ) seorang ulama’ dan mujaddid abad ke 18 mencadangkan supaya satu interprestasi baru terhadap konsep Ibn Arabi ini perlu dilakukan bagi menggelak dari kekeliruan yang berpanjangan.Beliau ( Shah Waliyullah ) telah bermimpi Rasulullah S.A.W menyuruh beliau untuk mendamaikan dua fahaman ini.Interprestasi ini perlu kerana Ibn Arabi tidak mengatakan Tuhan dan alam ini adalah satu tetapi interprestasi itu dilakukan oleh dua orang pengikutnya iaitu Sadr al-Din al-Qunawi dan Abd Rahman Jami kerana mentafsirkan teori jadi begitu.

Kedua-dua aliran / doktrin ini pada zahirnya nampak berbeza namun intipatinya sama iaitu :
Kedua-duanya mengakui bahawa Allah ( Subhanahuwa Ta’ala ) adalah Wujud Mutlak.Ahmad Sirhindi bukan menyangkal Ibnu Arabi tetapi menyangkal salah fahaman konsep tersebut sahaja.

WAHDATUL WUJUD : Ibnu Arabi melalui pengalaman kerohaniannya mengatakan bahawa alam ini adalah menifestasi Tuhan ( mazhar ).

Contoh mudah :
Ingatkan dalam minda bahawa Tuhan itu ada.Cuma baru wujud dalam minda sahaja,yakni wujud hakiki; bukan wujud yang sebenar ( wujud mutlak ).

Alam dan isinya ini mempunyai satu perkongsian diri yang telah sedia ada dalam ilmu Tuhan seperti matahari dan cahaya.Ia tidak terpisah tetapi bukan bersekutu.Tetapi konsep ini menganggapnya satu.Dengan itu ia juga mempunyai ciri-ciri yang sama.

WAHDATUL SYUHUD : Syeikh Ahmad Sirhindi pula melalui pengalaman kerohaniannya mengatakan ianya adalah bayangan Tuhan ( zill ).

Contoh mudah :
Syeikh Ahmad Sirhindi mengatakan ada dua wujud yakni wujud Tuhan dan wujud alam ini dari bayangan Tuhan.

Alam ini wujud seperi imej bayangan pada cermin.Objek di dalam cermin itu tidak mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri imej sebenar malah ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan seperti dicontohkan tidak boleh mencium bau,  tidak boleh bercakap dan seumpamanya.

Menifestasi dan bayangan adalah dua perkataan yang agak sama kerana kedua-duanya ( menifistasi dan bayangan ) adalah wujud yang tidak hakiki yang bergantung kepada wujud mutlak ( wujud yang
sebenarnya ).

Syeikh Ahmad Sirhindi telah bersuluk secara serius membolehkannya mencapai satu maqam yang lebih tinggi daripada apa yang dicapainya sebelum ini.Iaitu satu maqam yang lebih tinggi daripada Wahdatul Wujud yang kemudiannya diistilahkan oleh Sirhindi sebagai Wahdatul Syuhud.
( penyaksian kerohaniah ).

Sirhindi menyifatkan bahawa konsep Wahdatul Wujud itu menyimpang dari konsep asal Ibn Arabi berdasarkan kepada 5 aspek :

i.Wahdatul wujud bukanlah tauhid yang diajar oleh Nabi dan Rasul kerana mereka mengajar Tuhan itu
Esa manakala perkataan wujud itu tidak membawa maksud satu.

ii.Konsep ini bertentangan dengan prinsip asas Islam jika disalah tafsirkan seperti keharusan menyembah
berhala,tiada kejahatan yang sebenar;kerana semua perlakuan makhluk itu dari Allah belaka (jabbariyah)..
harga minyak naik kerana takdir Allah , harga gula naik kerana takdir Allah dan seumpamanya.

iii.Konsep ini adalah perkara yang subjektif dan boleh ditafsirkan mengikut kefahaman masing-masing.

iv.Konsep ini adalah yang baru dalam ilmu kesufian dan tidak pernah disebut oleh mana-mana ahli sufi.

v.Konsep ini tidak memerlukan latihan suluk untuk mencapai fana’; berlainan dengan Wahdatul Syuhud
yang memerlukan suluk dan keikhlasan hati yang tidak berbelah bagi kepada Allah ( Nafi Isbat ).

Tokoh Mujaddid,Shah Waliyullah al-Dihlawi cuba mengharmonikan ( tatbiq ) antara pandangan Ibn
Arabi dan Ahmad Sirhindi mempunyai pegangan yang sama dalam konsep ketuhanan iaitu wujud
yang mutlak.Percangahan berlaku adalah disebabkan oleh penekanan terhadap maudu’ yang berbeza
disamping salah interprestasi oleh pengikut-pengikutnya.

2 comments:

zakir932 said...

assalamualaikum....,
saya berpendapat kedua-dua teori ini bukanlah teori tetapi adalah fakta yang berbeza skema makrifah seseorang kerana pencapaian makrifah itu terlalu kompleks dan ianya adalah sumber kekayaan ilmu yang disentuh dan merasai. samada manifestasi tuhan atau bayangan tuhan ianya hanyalah bicara sifat bagi penampakan kwujudan melalui ilmu dengan iman.

Acit said...

Ibn Arabi mengalami pengalaman menifestasi Tuhan dalam perjalanan rohaninya tetapi ia tidak diterjemahkan menifestasi itu berlaku juga kepada alam ini sepertimana ia diwar-warkan oleh pengikutnya.Dengan pengalaman itu,beliau yaqin bahawa Tuhan itu benar-benar wujud secara nyata yakni wujud secara mutlak.Ia membezakan menifestasi Tuhan di alam mithal dengan keujudan Tuhan di alam nyata.

Berbeza dengan Ahma Sirhindi,
beliau mengalami pengalaman rohani itu dalam suluk.iaitu satu disiplin ilmu tasauf yang ketat dan teratur untuk mencapai makrifah.allhua'lam.