Sabda Rasulullah S.A.W :
“ Sukakah kamu akan diberitahu sebaik-baik amalan kamu dan sebersih-bersihnya di sisi Tuhan kamu, paling tinggi darjat kamu, lebih baik dari mendermakan emas dan perak,lebih baik dari kamu menetak leher musuh dan mereka menetak leher kamu ?
( HR Tarmizi dan Ibn Majah )
Allah berfirman :
“ dan sebutlah ( dengan lidah dan hati ) nama Tuhanmu ( terus menerus siang dan malam )
dan tumpukanlah ( tabtil amal ibadatmu ) kepadaNya dengan sebaik-baik tumpuan
( ketekunan ) “. Surah Muzammil : 8
Wirid yang afdal adalah zikrullah.Solat ; meskipun besar, pada waktu-waktu tertentu ia tidak dibolehkan tetapi lain halnya dengan zikir,ia boleh dibuat dalam apa jua keadaan, samada kuat ( jihar ) atau sirr ( dalam hati ).Rasulullah S.A.W berzikrullah di Gua Hira’ terlebih dahulu sebelum diperintahkan untuk mengerjakan solat.
“ Orang-orang yang sentiasa berzikrullah ( dalam semua keadaan ) sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka tafakkur ( terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit dan dan di bumi.Mereka ( akhirnya ) berkata: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau jadikan semua ini sia-sia ( tetapi penuh makna dan hikmah ), Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka “. Surah Ali-Imran :191
Amalan zikrullah itu hendaklah dibuat dengan tekun dan istiqamah agar tercapai matlamatnya.Antara matlamatnya ialah hilang ghaflah hati, sentiasa khudur ma’allah yakni sentiasa tenggelam dalam mengingati Allah dan sampai kepada hakikat dan makrifah.Maka dengan sebab itu, Allah perintahkan orang-orang mukmin supaya zikrullah itu dilakukan sebanyak-banyaknya,sepanjang masa,siang dan malam,dalam apa jua keadaan,seorang diri atau berjemaah.
Zikrullah itu dilakukan dengan sebenar-benar tabtil ( Menurut tafsir Syeikh Nikmatullah Mahmud al-Nakhjuwani dalam kitab tafsirnya, al-Fawatih al-Ilahiyyah menerangkan maksud sebenar-benar tabtil Surah Muzammil:8 itu ialah mengasingkan dan memutuskan hati seluruhnya untuk Allah sahaja ) benar-benar jauh dari semua perkara dan urusan yang menyibukkan hati.
Rasulullah S.A.W menyediakan zikir dan wirid yang berbagai.Jikalau terasa bosan pada
satu zikir tertentu,m,aka ia boleh berpindah atau ditambahai dengan zikir yang lain.Tetapi
adalah lebih baik ia istiqamah pada satu zikir daripada mengamalkan bermacam-macam zikir.
Ali Marsufi r.h berkata,”Bila seorang murid mengingati Tuhannya dengan penuh kesungguhan dan cita-cita,maka dengan cepat akan dibukakan padanya maqam-maqam jalan itu.Mungkin dia dapat melaluinya dalam sesaat perjalanan yang dilalui oleh orang lain berbulan-bulan.”.Dia mengatakan lagi,” Orang yang meniti ( salik ) dari jalan zikir adalah seperti burung yang terbang ke Hadratil Qurbi sedangkan salik dari selain jalan zikir seperti perjalanan orang yang telah lanjut usia; kadang-kadang berjalan,kadang-kadang terhenti,padahal perjalanan masih jauh.Mungkin telah habis usianya,belum sampai juga perjalanan itu.”
Para Sufi berpendapat bahawa zikir adalah kunci untuk membuka sesuatu yang ghaib,pembawa kebaikan dan teman di kala susah.Jadi, tidaklah patut meninggalkan zikir ;tetap dan teruskan berzikir walaupun dalam keadaana lalai.Berzikir dalam keadaan lalai lebih baik dari tidak berzikir.Mudah-0mudahan dengan istiqamahnya berzikir itu,Allah akan pindahkan hati yang ghaflah itu kepada hudhur dan yakhodo.Kerja syaitan ialah
menganggu fikiran anda dan kerja anda adalah menumpukan fikiran itu.
Hati yang tidak disulami dengan zikir yang banyak,ia akan jadi gelap dan keras.
Sebagaimana firman Allah :
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu,bahkan lebih keras lagi “
Surah Al-Baqarah :74
Sebagaimana batu tidak dapat dipecahkan melainkan dengan kekuatan, begitu juga
zikir itu tidak dapat memberi kesan kecuali dengan kekuatan , banyak dan istiqamah.
Seseorang yang berzikir ibarat orang itu yang mengosok karat dengan batu tetapi amalan
ibadah lain seperti orang yang mengosok karat itu dengan sabun.Meski pun bersih dengan sabuntetapi memakan masa yang lama.
Abu Ali Al-Daqaq berkata,”Barangsiapa pada permulaannya tidak mahu berdiri ( yakni
bersungguh-sungguh ), maka pada akhirnya tidak akan dapat duduk ( berhasil ).
“ dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang perempuan
yang menyebut nama Allah banyak-banyak,Allah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar “ Surah al-Ahzab : 35
No comments:
Post a Comment