Saturday

Tabarruk

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan
kita namun warisan ilmu dan atsar-atsar Baginda masih
ada sebagai bahan tabarruk umat Islam.

Tabarruk bererti mengambil berkat dengan Baginda dan
atsar-atsar (artifak) peninggalannya.Bertabarruk bererti
mengharapkan sesuatu itu akan menjadi sebab beroleh
pertambahan kebajikan, dan itulah disebut sebagai
“menham,bil berkat”.

Bertabarruk ini adalah sunnah para sahabat r.a yang
diikuti pula oleh tabi’in dan orang-orang soleh.Ia telah
berlaku di zaman Nabi dan Baginda tidak melarangnya.
Tabaruk para sahabat menunjukkan betapa kasihnya mereka
pada Baginda S.A.W.


Dalil dan Pendapat Ulama’ tentang Tabarruk dengan Atsar Nabi

Para Ulama sepakat mengakui kewujudan berkat daripada
atsar-atsar Nabi S.A.W serta keharusan bertabarruk dengannya.

1. Daripada Kabsyah r.a,katanya” Rasulullah S.A.W datang
menziarahiku di rumah, lalu Baginda meminum air dari Qirbah
( bekas air daripada kulit ) dalam keadaan berdiri, kemudian
aku pun memotong mulut Qirbah ( yang ada bekas bibir mulut
Nabi ). HR Tarmidzi

ImamNawawi Rahimullah ketika mengulas ,”Dia memotongnya
bagi memelihara bekas tempat yang disentuh mulut Mulia
Rasulullah S.A.W dan untuk bertabarruk dengannya serta
untuk menjaganya jangan terbuang”

2.Bahawa ibn Umar r.a meletakkan tangannya pada tempat
duduk Rasulullah S.A.W di mimbar,kemudian melekapkan
(menyapu) tangannya itu ke wajahnya

3.Daripada As-Sa’ib bin Yazid r.a katanya,”Aku bersama
Makcik ku pergi menemui Rasulullah S.A.W dan Makcik ku
berkata,”Wahai Rasulullah,anak saudaraku ini sakit”,maka
Baginda pun menyapu kepalaku dan mendoakan keberkatan
untuk ku,kemudian Baginda berwuduk dan aku pun meminum
air wuduknya” Ditakhrij oleh Al Bukhari.

4.Daripada Abdullah,Mawla Asma binti Abu Bakar katanya,
“Aku diutus Asma menemui Abdullah bin Umar dengan membawa
pesan…aku pun kembali kepada Asma.Setelah aku beritahukan
kepada beliau,maka beliau berkata,”Ini jubah Rasulullah
S.A.W,seraya mengeluarkan dan menunjukkan kepadaku
selembar Jubah Diraja Kaisar berwarna hijau yang berkerah
(leher baju)sutera,begitu juga kedua sisinya dijaluri dan
dijahit dengan sutera.Lalu Asma berkata:”Jubah ini dulu
ada pada Aisyah sampai dia meninggal dunia.Setelah dia
meninggal dunia,aku mengambilnya.Dan dulu Nabi S.A.W
sering memakainya.Kami membasuhnya untuk orang sakit agar
dia sembuh kerananaya” HR Muslim

5.Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmizi dalam Kitab
Asy-Syamiil :

“ Diriwayatkan bahawan Nabi S.A.W apabila Baginda
sembahyang Subuh,penduduk Madinah akan datang menemui
Baginda dengan membawa bejana berisi air, dan tidak
sesiapa yang membawa bejana itu melainkan menyelamkan
tangan Yang Mulia Baginda ke dalamnya, dan adakalanya
waktu Subuh itu cuaca sejuk namun Baginda tetap juga
menyelamkan tangan mulia Baginda ke dalamnya dan Baginda
S.A.W tidak akan mengecewakan mereka “.

Bertabarruk dengan atsar-atsar Mulia Nabi S.A.W adalah
salah satu sunnah para sahabat r.a yang diikuti kemudian
oleh tabi’in dan orang-orang soleh.

Ia telah berlaku di zaman Nabi sendiri dan Baginda
tidaklah melarangnya.Ini menunjukkan bertabarruk itu
tidak ditegah oleh syara’,kerana jika ditegah,sudah
tentu Baginda melarangnya.Tabarruk para sahabat adalah
menunjukkan betapa cinta dan kasihnya mereka itu terhadap
Baginda Rasulullah S.A.W.

No comments: