Sapu
sampah , cuci longkang atau lap kipas ke..itu yang mungkin kita
bayangkan
apabila disebut bersih rumah manakala kita akan terbayang
menukar papan dinding
atau tukar atap apabila dikaitkan dengan pulih rumah.
‘Pulih
Rumah’ atau ‘Bersih Rumah’ yang dimaksudkan disini adalah satu
kaedah yang
dibuat dengan cara yang sama tetapi panggilannya sahaja yang
berbeza.
Pulih
Rumah@Bersih Rumah adalah satu kaedah untuk memulihkan sesuatu
tempat,
sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan atau kedai yang
terdapat gangguan
dari makhluk ghaib disitu samada ia terjadi akibat
perbuatan sihir atau
pernah
diadakan acara perbomohan,pemujaan,pagar rumah atau tapak
kediaman atau
bangunan itu dibina atas kawasan yang kurang baik
seperti ia dibina atas bekas
tanah perkuburan atau dikawasan paya
tempat orang-orang yang berpawang
membuang ancak ( barang-barang
hasil pebomohan
).
Kenapa
perlu melakukan ‘Bersih@Pulih Rumah itu ? . Kediaman yang baru siap
dibina mau pun yang telah lama dibina tetapi baru mahu didiami sangat
elok dan
dituntut untuk mengadakan pembersihannya dahulu dari
makhluk-mahkluk halus,jin
atau syaitan yang berada disitu samada yang
baru datang atau yang sudah lama
berada disitu yakni tempat
tinggalnya sebelum dibina penempatan atau bangunan.
Rumah
tinggal atau rumah terbengkalai atau rumah yang ditinggalkan tanpa
penghuni lebih dari 40 hari sudah diduduki atau disinggahi oleh
makhluk lain.
Jika
tuan rumah tidak menghalau mereka keluar maka mereka berkongsi
kediaman
dengan makhluk-makhluk halus itu.Amat dikhuatiri makhluk
tersebut menganggu
kehidupan penghuninya seperti membuatkan anak
kecil sering menanggis, anak
kecil mata terbeliak seperti memandang
sesuatu, ternampak kelibat atau lintasan-
lintasan,ada mendengar bunyi seperti orang bermain guli,ada yang mendengar
seperti orang menarik
kerusi,ada yang ditarik rambut,ada yang nampak kesan
seperti ada
bekas orang duduk diatas katil,ada yang mendengar bunyi orang mandi
dibilik air dan berbagai perkara yang pelik-pelik dan misteri
terjadi.
Rumah
yang dirasakan terkena sihir juga perlu dibuat ‘pulih rumah’.
Tanda lazimnya
ialah rumah tersebut terdapat anak dara lama (
andarla) ; yang belum dipinang
orang atau pun sering terjadi gangguan
ketika dalam proses peminangan sehingga
menyebabkan peminangan itu
batal atau terputus.
Ada
juga kes anak lelaki yang bujang terlajak ( bukan yang terlajak laris
! ) di rumah
tersebut malah ada diantara mereka mengalami penyakit
yang tidak dapat dikesan
oleh perubatan moden. Ada juga barang-barang
milik andarla ini yang ditinggalkan di
tempat lain dijaga oleh
makhluk yang menjaga mereka samada mereka sedar atau
tidak. Maka orang
yang menggunakan barang itu atau orang yang tinggal ditempat
barang
itu berada tanpa sedar turut tinggal bersama dengan makhluk dampingan
itu.
Pagar
rumah yang sering dibuat oleh orang tua dulu-dulu ketika membina
rumah
malah diikuti oleh mereka yang percaya dengan perbuatan itu
memakan tuannya
sendiri.Ini akibat dari jin atau hantu atau makhluk
yang menjaga rumah itu memerlukan
upah; mereka tidak berkhidmat
secara percuma.Pada permulaannya mereka
berkhidmat dengan baik tetapi
selepas setahun,selepas 2 tahun,selepas 5 tahun,10
tahun,20 tahun atau selepas makanan yang disediakan kepada mereka habis maka
makhluk
itu akan menganggu tuan rumah atau keluarga mereka dengan menjadikan
mereka mangsa dengan menyebabkan gangguan kepada isi rumah atau
mendatangkan penyakit-penyakit ganjil dan misteri.
Kesan gigitan misteri pada pesakit
Kaedah
‘Pagar Rumah’ ini yang sering penulis temui ketika menjalankan
proses
‘pulih rumah’ seingat-ingat dah lebih dari 40 buah
kediaman setakat artikel ini ditulis,
sekolah,tapak rumah,restoran warong dan pusat latihan malah tak ketinggalan
Mahaad Tahfiz dibuat dalam bentuk seperti menanam atau menyimpan tahi bijih@tahi besi,meletakkan kain kuning atau putih dihujung tiang-tiang seri,menanam paku didalam
rumah dan diluar pagar,melukis rajah dibawah lantai,menabur beras kunyit disekeliling
rumah,menanam telor angsa yang ditebuk dengan paku dan ditanam didalam pasu-pasu
Mahaad Tahfiz dibuat dalam bentuk seperti menanam atau menyimpan tahi bijih@tahi besi,meletakkan kain kuning atau putih dihujung tiang-tiang seri,menanam paku didalam
rumah dan diluar pagar,melukis rajah dibawah lantai,menabur beras kunyit disekeliling
rumah,menanam telor angsa yang ditebuk dengan paku dan ditanam didalam pasu-pasu
bunga
dan diletakkan di empat penjuru rumah.Telor angsa yang telah ditebuk
ini
bertujuan agar isi telor itu keluar sedikit demi sedikit sebagai makanan ‘Jaga’,
Apabila semua isi telor angsa itu telah habis atau telah kering maka nanti ‘jaga’
tadi akan ‘ngap’ tuan rumah itu pula.Kekadang kita nampak mereka mengantung
sarang Burung Tempua ; itu pun sebahgian amalan 'pagar rumah'.
bertujuan agar isi telor itu keluar sedikit demi sedikit sebagai makanan ‘Jaga’,
Apabila semua isi telor angsa itu telah habis atau telah kering maka nanti ‘jaga’
tadi akan ‘ngap’ tuan rumah itu pula.Kekadang kita nampak mereka mengantung
sarang Burung Tempua ; itu pun sebahgian amalan 'pagar rumah'.
Ada juga ‘pagar rumah’ ini dibuat diletakkan
tangkal-tangkal atau rajah-rajah
atau bangkai kuda laut atau limau nipis
diatas muka pintu,menabur berteh
dikeliling rumah,melempar garam dan
pelbagai-bagai cara lagi.Kalau kita perasan
apabila melihat pada
pintu rumah orang India , orang Cina dan orang asli ada
digantung pelbagai barang yang pelbagai bentuk; ada yang seperti buah,ada yang
seperti sangkar,ada yang meletakkan cermin,ada yang macam bubu kecil dan lain-lain
menurut
kepercayaan mereka ia sebagai satu cara ‘memagar’ rumah.
Rumah
yang banyak menyimpan barang-barang lama atau barang-barang
purba seperti keris,lembing,kain kuning,tangkal,barang-barang mistik
seperti
bangkai burung kasawari yang diawet,buntat ,gendang-gendang dan
seumpamanya juga selalu
terjadi gangguan disana. Kayu koka juga didapati
boleh mendatang kesukaan kepada makhluk halus juga.Barang-barang
kegunaan untuk aktiviti pendukunan atau barang pusaka juga ada penjaganya.
kegunaan untuk aktiviti pendukunan atau barang pusaka juga ada penjaganya.
Barang-barang
milik si mati juga mesti diambil untuk dibuang jika masalah
gangguan itu ada hubung kait dengan amalan si mati seperti dia seorang ahli
silat,tukang urut,bidan kampong atau pengamal sesuatu
ilmu.
Barang-barang kegunaan atau kesayangan si mati seperti sanggul
rambut,
batu cincin,gobek sireh,sikat,parang,baju silat,bengkong silat
dan sebagainya
perlu dibuang,dibakar atau dipulihkan.
Barang-barang
yang disihir yang dibawa dan disimpan di situ juga akan
mendatang peristiwa misteri kepada penghuni rumah itu seperti barang-
barang yang disihir oleh salah seorang madu dalam keluarga yang
berpoligami
seperti kasut,pakaian,beg tangan dan kain langsir.
Ada juga yang
melakukan sihir kepada rantai kunci sebagai hadiah supaya
penerima
itu akan mengikut kata si pemberinya.Ada juga yang menyihir kain
pelikat yang dijadikan hadiah dibawa pulang agar belaan si bomoh itu senang
mencari tempat untuk mendapatkan makanannya iaitu menghisap
darah
keluarga penerima barang-barang itu.
Kerap
terjadi restoran atau warong atau kedai runcit yang terpaksa ditutup
kerana kurang laris. Ia terjadi kerana cemburu sesama peniaga dan
pesaing
atau kerana balas dendam .Akibatnya restoran atau warong itu
kekurangan
pelanggan dan akhirnya ditutup. Sihir begini biasanya
dilakukan dengan cara
melekatkan gula-gula getah yang sudah dikunyah
dan telah pun dibacakan
menteranya dibawah meja atau dibawah kerusi
atau dicelah-celah dinding
tanpa disangka oleh sesiapa.
Orang
yang melakukannya adalah orang yang pernah datang makan ke
tempat
itu. Oleh kerana gula-gula getah biasa dibuang budak-budak
di
merata-rata, pemilik restoran atau warong atau kedai runcit itu
tidak
mengesyaki bahawa itulah bahan utama yang dijadikan alat untuk
meletak
dan mengekalkan sihir di situ.
Pemilik
restoran atau warong yang terkena sihir begini,cuba lihatlah dibawah
meja atau bangku yang ada didalam kedai itu atau terdapat
dicelah-celah
dinding atau rak tertampalnya gula-gula getah.
Terbalikkan meja dan kerusi
ke atas bagi mudahkan melihatnya.Kaedah
ini amat mudah dibuat sambil
duduk-duduk minum disiang hari sahaja
tanpa perlu memanjat bumbung,tanpa
perlu melempar dari jauh atau
tanpa perlu datang ditengah-tengah malam.
Harus diingat bahawa
gula-gula getah itu telah disihir ; jadi elakkan dari
dipegang dengan
tangan.
Perawat
yang menjalankan ikhtiar ‘bersih@pulih rumah’ ini perlulah
bersedia
dari segi kekuatan zahir dan rohaniah kerana proses ini
memerlukan kedua-
dua keupayaan itu.Perawat yang lemah yakni dalam
keadaan sakit atau
demam tidak digalakkan untuk melakukan kerja atau
proses ini.
Perawat
itu diumpamakan sebagai Pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah
atau Bandaraya manakala makhluk yang hendak dihalau itu diibaratkan
seperti setinggan. Setinggan itu pula sudah tinggal ditempat itu
mungkin
setahun,mungkin 5 tahun,mungkin sudah 10 tahun dan mungkin
lebih lama
dari itu.
Dikalangan
makhluk itu ada yang gemuk,ada yang kurus,ada yang tinggi,ada yang
berat,ada yang besar,ada yang keras kepala malah ada yang ‘gedebe’.
Juga
terdapat mungkin sekelompok,mungkin sekeluarga,mungkin sekawan
dan mungkin
ramai mereka disitu.Jikalau perawat tidak bersedia dari
segi fizikal,mental dan
rohaniah dibimbangi ia mendatangkan mudarat
kepada beliau atau orang yang
turut bersama beliau.
Proses
bersih@pulih rumah boleh dilakukan disebelah malam atau siang dan
dimulakan dengan Azan Tawasul sebagai langkah pertama memberi amaran
kepada makhluk-makhluk disitu.Selepas solat dibacakan Tahlil diikuti
dengan Solat
Sunat Taubat bersama-sama dengan tuan rumah
sekeluarganya dan diikuti dengan
Solat Hajat bagi memohon pengampunan Allah atas dosa pernah menggunakan khidmat
perawat yang tidak patuh syariah dan memohon
perlindungan serta pertunjuk Allah SWT.
Perawat
akan meminta tuan rumah secara sukarela menyerahkan barang-barang
yang disyaki menjadi punca atau penyebab berlakunya gangguan disitu
seperti
apa yang telah diceritakan sebelum ini bagi memudahkan proses
tersebut dilakukan.
Barang-barang tersebut jika tidak dibuangkan atau
‘dimatikan’ ia boleh berfungsi
sebagai antenna pemanggil dan
pemberi kekuatan kepada makhluk-makhluk halus
untuk datang semula ke
situ dan masaalah gangguan yang lama akan berulang lagi.
Setelah
itu,perawat akan melakukan proses ‘pulih rumah’ sehingga selesai
diikuti
No comments:
Post a Comment