Friday

TAZAKKUR : Hand-out kuliah YMTG Dr Jahid al-Khalidi

Kebaikan dan keburukan yang dijadikan Allah itu bukan saja kita yakin tetapi mesti juga kita tazaakur; yakni betul-betul ingat sehingga menjadi mufsirun; yaitu seolah-olah nampak dengan mata hati akan segala kebaikan dan keburukan itu.

Kita ini bukan Nabi dan Rasul ; kita ini banyak dosa. Jadi, kita bertariqat bertujuan untuk membetulkan cakap,perilaku dan meningkatkan ketaqwaan.Mudah-mudahan Allah kurnia tazakkur; mata hati terbuka melihat kejahatan.

Walaupun kita telah berzikir dengan bilangan yang banyak tetapi mungkin kesannya sikit. Berbanding walaupun kita berzikir atau sebut hanya satu kalimah sahaja dengan tazakkur ; ia boleh mengusik jiwa.

Selesaikan masaalah dengan syariat ; kita jadi penat
Kita selesaikan masaalah dengan hakikat ; kita rehat ! Bagaimana ?

Misalannya bila kita ada 2 kemudian kita beri yang 2 itu maka yang tinggal jadi 0 ( kosooong )
( kosong  ; maknanya dah tak ada dah).Itulah jawapan menikut  syariat atau logik akal.

Tetapi apabila yang 2 diberi 2 maka mengikut hakikatnya ia boleh jadi beribu-beribu atau berjuta-juta.Bagaimana ? Bila buat dua kebaikan  ( misalnya sedekahkan 2 bahagian,2 perkara atau 2 barang ) 
maka Allah akan membalasnya dengan balasan pahala yang berganda-ganda.

Bila tauhid meningkat maka ketaqwaan pun meningkat.

Orang Barat guna strategi  seperti didalam peperangan namun masih tidak menang apabila berperang dengan orang Islam kerana stategi kita ( orang Islam ) adalah Allah.

Zikir dalam amalan tariqat adalah amalan ulul albab yang membolehkan mereka tazakkur.Mudah-mudahan kita boleh sampai ke peringkat itu.

Sempurnanya Haji itu dengan ALLAH ALLAH ALLAH. Amalan ingat Allah itu sangat penting kerana ia menghubungkan kesempurnaan.

Banyak orang sembahyang seperti tiang yang condong.

Kalau kita Berjaya; pandanglah Al-Wadud …Ya Karim…
Kalau kita gagal; pandanglah Akhbar..’Azim..Mutakkabbir…
Kegagalan itu adalah kejayaan apabila kita pandang Allah itu yang memberi; Maha Bijaksana.

Tetapi akal itu tidak boleh terima gagal itu kejayaan.
Pandanglah dengan hati kerana hati itu boleh memahami. Akal itu terhad.

QS:  Ibrahim 24-25


Adakah kamu tidak nampak misalan dari Allah iaitu satu Kalimah Toyyibah – Kalimatan Toyyibatan ; yang bermaksud sekali sebutan “ La ilaha illallah”

Hikmahnya yang pertama seperti hikmahnya yang diterangkan oleh Abdullah Ibn Abbas r.a  seperti kasyajaratin toyyibatin yakni seperti pohon yang baik.

Ia ibarat sekali ‘sebutan’ kalimah itu seperti pokok yang besar dan teguh dibumi yang akarnya didalam tanah dan dahannya dilangit.

Hikmahnya yang kedua ialah ‘ tukti ukuluhaa kullahin ‘ ; buahnya boleh dinikmati sepanjang tahun.Maksudnya bila kita beramal dengan bertahlil bererti ia suatu amalan yang hebat.

Cuba bayangkan dengan hanya sekali sebut saja sudah seperti sepohon pokok.Kalau kita sebut 2 kali maknanya sudah jadi 2 batang pokok.Klau sebut 3 kali,10 kali, sebut 100 kali atau 1000 kali atau kalau sebut 1 juta..banyak mana batang pohon yang diibaratkan itu tadi ?


Apa yang Allah kurni bila layak sebut ‘ La ilahaillallah ‘. Mudah-mudahan manusia itu tazakkur – ‘ wllahu ya tazakkaruun’.Faedah yang tidak dapat dalam amalan lain.
TAZAKKUR itu maknanya ingat betul-betul.Kalau ingat Allah,ingatNya betul-betul.

Tazakkur dari pelbagai sudut; yang pertamanya ;

Tazakkur  yang dihubungkan dengan Allah :
Ingat Allah betul-betul sehingga seolah-olah melihat Allah seperti yang digambarkan dalam Hadis Ehsan.

Tazakkur yang dihubungkan dengan kebaikan :
Kita akan nampak yang betul-betul pada sesuatu perkara.
Contohnya, Saiyida Umar mendengar adiknya baca Quran lalu ditamparnya.Tetapi bacaan Quran itu masih terngiang-ngiang ditelinganya sampai dia nampak kebaikan dari bacaan itu lalu memeluk Islam.

Tazakkur yang dihubungkan dengan dosa.:
Apabila Allah tunjukkan segala dosa-dosa kita yang dilakukan.
Kalau ingat neraka, macam nampak neraka itu.Bila ingat syurga, macam nampak syurga.

Tazakkur dihubungkan dengan Ayat Al-Quran :
Apabila Allah tunjukkan kebaikan walaupun pada satu ayat.
Kalaupun kita baca Quran dari awal hingga akhir tapi dalam keadaan lalai,syaitan pun boleh duduk disebelah kita.
Tapi bila baca dalam keadaan tazakkur,sebaik mula nak baca saja,syaitan dah cabut lari.
Walaupun kita baca Quran secara zahir,ia adalah kalam Allah.

Tazakkur dihubungkan dengan tawajuh :
Kita ibarat buka estet.Lagi banyak kita sebut ‘La ilahaillalah’, maka beribu-ribu pohon tumbuh.
Bila pohon jadi banyak,ia ibarat seperti membuka ladang.

Tazakkur boleh dihubungkan dengan apa saja :
Didalam Quran ditunjukkan orang yang tazakkur itu adalah golongan Ulul Albab.

QS: Ali Imran : 190-191
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

QS : Ar-Roddu 19

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Hanya saja orang yang tazakkur itu Ulul Albab.

Golongan Ulul Albab ini beribadat dengan sebaik-baik ibadat. Mereka melakukan sebaik-baiknya dan tinggalkan sesuatu itu sebaik-baiknya juga kerana mereka nampak kebaikan.


No comments: