Monday


CINCIN ; ramai orang suka memakainya kerana mengikut sunah Rasulullah S.A.W.
Ada pelbagai bentuk cincin yang sering kelihatan dipakai atau digemari mengikut 
citarasa si pemakai malah ada yang memakai cincin untok maksud-maksud yang tertentu.

Ada yang pakai sebentuk,ada yang memakai dua bentuk,ada yang memakai pada keempat-empat 
jarinya malah dikedua-dua belah tangannya ada tercarung cincin.

Ada cicncin yang bulat,ada yang leper,ada yang besar,ada yang dibentuk daripada kayu dan sebagainya.Mereka menempah atau membelinya di pasar malam atau dibeli daripada penjual-penjual cincin atau penjual ubat.Terdapat pelbagai warna batu cincin itu malah ada yang percaya pada khasiat,mujarab atau hikmat cincin yang dipakai itu umpamanya menjauhi makanan beracun,menjauhi binantang buas dan berbisa,orang akan memandang hebat atau gerun,ada yang menjadikan sebagai penawar segera,ada yang beranggapan ia membawa tuah dan rezeki.

Tidak kiralah apa maksudnya pemakainya semata-mata sebagai perhiasan atau yang bermaksud tertentu,hendaklah diketahui jikalau iktiqad kita yang berkuasa selain Allah, maka kita sudah menghampiri syirik.

Orang-orang Islam lazimnya tidak memakai cincin yang diperbuat daripada emas namun bukan bererti tidak ada orang yang memakainya.Cincin buatan suasa lebih disukai daripada cincin yang dibuat daripada besi.


Namun; cincin suasa ini mengikut Imam Nawawi dalam Kitab Fatawa Al-Imam Nawawi al-musammah bi al-masail al-mantsuroh atau lebih dikenali sebagai Kitab Fatawa Imam Nawawi ada menyebutkan mengenai cincin suasa ini apabila dileburkan terdapat sedikit emas didalamnya. Beliau umpamakan " sebelanga @ seperiuk masakan daging kambing yang bercampur sehiris daging babi" .

Maka,buatlah pilihan sendiri.Wallahuaklam.

No comments: