Sunday

Lori Hantu



Lori Hantu..Hantu bawa lori..Hantu punya lori..bawa lori macam hantu..
Ape-ape aje lah..

Istilah Lori Hantu itu digunakan oleh kaum Cina bagi menunjukkan bahawa Lori-lori berkenaan bebas bergerak tanpa membayar cukai jalan dan tanpa mempunyai kelengkapan yang sesuai bagi sesebuah kenderaan.Walaupun begitu, kenderaan ini mempunyai sistem yang lengkap baginya bergerak untuk tujuan pekerjaan dalam sektor pembalakan dan dalam kerja-kerja mengangkut tanah.


Lori-lori ini ada yang dibuat baru iaitu dibina dari mula di bengkel-bengkel tertentu tetapi komponennya terdiri dari pelbagai jenis kenderaan misalnya injin buatan Nissan manakala gear boxnya buatan Hino,gandarnya buatan MAN.Ia adalah bertujuan supaya ia tahan dan sesuai untuk kerja-kerja lasak.Kenderaan ini yang baru dibina akan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan dikeluarkan geran/kad pendaftarannya tetapi dikecualikan dari membayar cukai jalan.Ada sebahagiannya pula dibina secara modified dari kenderaan lain yang sudah sedia ada.

Panggilan Lori Hantu itu lebih sesuai ditujukan kepada lori-lori yang mengangkut tanah.Bagi lori yang mengangkut balak didalam kawasan pembalakan lebih dikenali dengan panggilan San Tai Wong ( Lori Hantu juga dalam bahasa Cina ) atau Lori Winch sebab lori ini ada winch untuk mengikat balak










Lori Hantu Boksait




He..he..he..Hantu tebang pokok kayu hantu , hantu bawa ngan lori hantu..salah masuk terowong hantu..kena ligan dek hantu!

Rengas Si Kayu Hantu


Saya nak memberi sedikit info yang saya fikir sangat berguna terutama kepada mereka yang selalu ke hutan untok apa tujuan sekalipun,pergi memancing,pergi berburu malah ke kebun.

Kalau ke hutan, kebarangkalian untuk bertembung atau diterkam dengan binatang buas tu amat tipis kecuali binatang itu terlalu lapar atau tercedera tetapi kemungkinan untuk terkena getah atau habuk Pokok Rengas 70%.

Namun ada orang yang tahan dengan rengas ini bergantung pada jenis darah tetapi kebanyakannya alah dan tidak tahan.Kalau kena habuknya  boleh menjadikan muka bengkak apabila berteduh dibawah pokoknya saja.

Kemungkinan lain adalah terkena penyengat,aning-aning (sejenis penyengat besar berwarna kuning-jika kena rasanya tersangat sakit) dan cengkenik.

Pokok Rengas ini juga tumbuh ditepi-tepi sungai dan dikawasan kebun kita tetapi ia berbentuk pokok yang kecil.





                                          Gambar Kayu Rengas dalam bentuk kayu balak

Nama Saintifiknya ialah Gluta Renghas.Orang-orang Cina memanggilnya dengan nama Chat-si atau Kayu Hantu.Pokok kayu Rengas mudah dikenali melalui kulit pada batangnya yang pecah tetapi bahagian terbuka besarnya diatas tidak seperti kulit kayu lain yang rekahan kulitnya rapat dibahagian atas tetapi besar bukaannya dibahagian hujung bawah ( sila rujuk gambar ).Keratan rentas batangnya menunjukkan ada tanda lingkaran hitam.

Mereka yang suka ke hutan samada untuk tujuan perkhemahan / camping,mencari akar kayu , kem motivasi,memancing,berburu atau ke air terjun ; anda mungkin akan bertemu dengan sepohon pokok hantu yang boleh akan mnyergah anda pada bila-bila masa tanpa anda sedari ; tanpa anda kenali.Tahu-tahu aje anda dah merasai....Kekadang bagi mereka yang suka memancing , pokok-pokok rengas jenis kecil ( anak rengas ) ada kedapatan di tepi-tepi tebing sungai , ada yang banyak terkena.Malah dikawasan rumah di kampong juga ada anak-anak pokok rengas ni.Kekadang tersentuh daunnya saja sudah cukup memberi kesan gatal pada kita.


Banyak terdapat dikawasan kampong dan berhampiran rumah kita; 
kalau  tersentuh daunnya mudah jadi gatal berair.Pokoknya yang renek dan tidak 
sebesar seperti pokok balak.

Batangnya bertampong-tampong

Malah ada kes suri rumah yang mengaut dan mencangkul tanah untuk diletakkan dalam pasu bunga juga boleh terkena rengas ini apabila mengaul tanah tersebut yang diambil dari tapak atau kawasan yang banyak anak-anak pokok rengas.Akar-akar pokok rengas dan getah rengas yang ada dalam tanah tersebut boleh menyebabkan alahan dan gatal-gatal tanpa diketahui sebabnya.Tetapi symton kegatalan itu adalah serupa dengan alahan dan gatal akibat dari kena getah rengas.
Tanah untok semaian pokok yang diambil dari kawasan yang ada akar-akar pokok 
Rengas juga boleh mendatangkan mudarat.

Pokok Rengas..orang-orang Cina mengelarkannya sebagai Pokok Hantu.Getah pakok ini amat bisa sekali jikalau terkena kulit.Apa kena mengena pokok Rengas dengan hantu ?Tempat hantu bergayut ke ? Mak oii..hantu pun takut kat pokok Rengas ni ! Kita boleh terkena rengas ni tanpa disangka-sangka tetiba dah rasa gatal-gatal.Sebabnya  kita terkena macam tanpa kita sedar walaupun kita dah berhati-hati macam kena sampuk dek hantu ler..tu dipanggil kayu hantu,tetiba je dah kena!

Ada jenis getah pokok Rengas yang menyebabkan kulit yang terkena getahnya kelihatan seolah-olah seperti kesan terbakar kehitaman tetapi amatlah gatal sekali malah menyakitkan.Jika digaru..ia kan melecet dan bertambah gatal lagi.Jika tangan yang mengaru itu mneyentuh temapat lain pada tubuh badan maka ia seolah-olah akan menjangkiti tempat itu pula ,seterusnyalah apabila digaru maka ia akan menular seluruh badan.

Begitu juga jenis Rengas yang memberi kesan bintik-bintik jernih yang berair.ia amat gatal sekali.Apabila kita mandi mneggunakan sabun mandi,ia seperti satu wabak.. menjangkiti seluruh badan menyebabkan seluruh badan mengalami kegatalan dan bila terkena muka,muka akan membengkak.Ramai orang tidak dapat menahan kesan kegatalan ini.Kadang-kadang bagi mereka yang jenis darahnya sensitif,duduk bernaung dibawah pohonnya saja pun sudah terasa gatal-gatal diseluruh badan,Tetapi ada juga mereka yang boleh tahan dengan kesan getah pokok Rengas ini.Acit dulu kerap juga kena getah Rengas ni dan selalu juga tengok pekerja-perkerja yang kena malah ada juga membawa mereka ke klinik untuk diberikan suntikan jika keadaan mereka gatal menular seluruh tubuh. .
Kesan bintik kemerahan apabila kena rengas

Allergies/Toxicity: The sap of Rengas is reported to be strongly irritating to the skin, causing blisters, sores, and reactions similar to poison ivy, as well as fever and constitutional effects in some individuals. ( sumber : Wood Data )

Rawatan

Acit dulu sentiasa ada menyimpan tawas bagi tujuan rawatan segera apabila terkena getah Rengas ini,maklumlah kerja di kawasan perhutanan.Tawas ini boleh dibeli dikedai india.Saya sentiasa ada stok tawas dirumah sehingga sekarang kerana saya suka berkebun dan ke hutan malah sekali sekala pergi memancing,kerap kekadang kawan-kawan yang pergi bersama terkena habuk atau tersentuh daun rengas ini.Kalau perigi kita keroh airnya,maka ambil sedikit tawas dan campakkan kedalam,InsyaAllah air akan jadi jernih.

Tawas

Tetapi ia adalah untuk rawatan sementara saja jika tidak banyak yang kena.Apabila saja rasa gatal-gatal di sesuatu tempat dan ada kesan bintik-bintik berair,tuangkan sedikit saja air panas dalam bekas yang mengandungi tawas,kemudian sapukan ke tempat gatal itu, biarkan ia kering sendiri.Bila sudah kering , ia akan nampak kesan putih seperti bergaram pada kawasan tersebut,ulangi lagi sehingalah gatal-gatal itu hilang dan bintik-bintik berair itu jadi kering.,Jangan digaru pada tempat gatal itu.Jika tidak tahan sangat,hanya tekankan jari ( kalau boleh jangan gunakan jari ) dikeliling tempat yang gatal itu.Bila berpeluh kulit akan berasa bertambah gatal.

Ada satu petua amalan orang kampung dulu-dulu samada ia betul atau tidak,wallahu a'lam..apabila terkena getah rengas , kita hendaklah pergi mengadu kat pokok Binjai ( sejenis pokok berdaun licin berbuah kecil, buahnya diketuk,digoreng dan dibuat kerepek ).Kat rumah acit dulu ada 4 pokok tetapi dah ditebang oleh tuan tanah baru selepas tanah tu dijual.Apabila sampai kat pokok Binjai tu, katakan " Hai Binjai,aku kena getus ke Rengas ! ( Hai Binjai,aku kena marah kat Rengas,gitu agaknya istilah bahasanya ) , maka tak semena-mena getah atau habuk rengas itu tidak memberi atau mendatangkan mudarat kepada orang itu..begitulah ceritanya...Tapi betul ke idak wallahu a'lam.nanti dapat dua penyakit pula,dahlah kena rengas disampuk hantu binjai (malinja) pula.


Beli tablet ini di farmasi;harganya cuma RM2.00 satu peket .InsyaAllah gatal akan hilang selepas 2 kali makan.Sekali makan 2 biji tablet.

Ada disyorkan Calamin dalam bentuk lotion tetapi ia tidak berkesan kerana baby pun boleh guna sedangkan orang dewasa pun tidak tahan gatal kena rengas ini.Jadi gunakan ubat yang sesuai ; ibarat nak tebang pokok gunakan kapak jangan guna pisau jilid !

Minyak Kayu Kapor

Saya suka ke kebun dan area kebun saya banyak pokok Rengas renek ; jadinya tangan saya kerap terkena atau tersentuh daun rengas secara tak senggaja dan selepas itu akan menjadi gatal.Oleh kerana kerap terjadi; saya tidak makan pil prednisolone tetapi saya telah cuba sapukan dengan Minyak Kayu Kapor.

Alhamdulillah..hasilnya sangat bagus.Tempat kena rengas pada tangan itu tidak gatal malah beransur kering dan baik.Maka saya saya simpulkan bahawa Minyak Kayu Kapor ini juga boleh menjadi ubat terkena rengas.

Saya selalu simpan stok minyak kayu kapor ini malah ia ada dijual di pasar malam atau ditempat orang yang menjual ubat.Harganya pun sekitar RM3.00-RM5.00 sebotol. Pada asalnya saya simpan minyak ini dirumah sebagai bahan kecemasan untok sapuan bila terkena air atau minyak panas atau gigitan serangga.

Balau bagaimanapun kekadang untok kes yang teruk,ketiga-tiganya perlu digunakan serentak.Makan pil,sapu minyak kapur disiang hari dan sapu dengan air tawas waktu malam.Minyak kayu kapur ni kuat baunya dan melekit dan kurang selesa disapu waktu malam malah akan melekat pada cadar dan selimut.

Walau selama 10 tahun saya berkerja dalam bidang perhutanan namun selepas 15 tahun selepas itu baru saya dapat pengetahuan mengenai penggunaan minyak kayu kapor ini sebagai ubat atau anti-rengas kerana tidak mahu makan pil kerana kerap kena rengas semasa ke kebun ,selepas mencubanya ; rasa gatal semakin berkurangan dan kesan gatal yang berair itu cepat kering .

Bukan semua kawasan hutan ada pokok kayu kapor dan bukan semua pokok kapor mempunyai minyak juga bukan semua minyak yang keluar sempat ditadah.Jadi jika ada orang yang menjualnya,boleh beli dan simpan.


Bagi mereka yang berkerja dengan sektor perhutanan samada dengan Jabatan Hutan atau Pembalakan ; penawar bagi rengas itu ada dalam hutan itu sendiri - minyak kayu kapor (Nama botaninya Dryobalanops aromatic Gaertn. ). 

Jika keadaan sudah teruk,jangan dok ulang-ulang kat pokok Binjai tuuu...dapatkan rawatan di Hospital atau klinik dengan segera sebelum ia merebak diseluruh badan.tetapi bukan semua klinik yang faham kekuatan dos ubat suntikan bagi menghilangkan kegatalan akibat terkena kayu Rengas ini malah Kayu Rengas pun mereka tidak tahu.Hanya klinik tertentu sahaja yang biasa memberi rawatan kepada mereka yang terkena getah pokok ini boleh memberikan hanya dengan sekali suntikan saja atau anda minta disuntik dengan Predsolone 10mg..Jika tidak, satu suntikan dari klinik biasa tidak memberi kesan penyembuhan yang segera malah terpaksa mendapatkan suntikan susulan yang kedua.

Selalunya Doktor berbangsa Cina dan India tahu membuat suntikan mengikut dos tertentu apabila diberitahu terkena getah Kayu Hantu kerana mereka sudah biasa memberikan rawatan tersebut kepada pekerja-pekerja balak.Tetapi kebanyakan doktor tidak dapat bayangkan bagaimana ubat dan dos yang suai untuk rawatan gatal kena kayu rengas ini. Kalau sebut Kayu Rengas, mereka juga talak tau ooo.. ! Saya syorkan tablet prednisolone pada doktor atau seiapa saja yang terkena rengas.

Hantu..hantu..tak cukup engko saja yang wat kacau orang ,pokok kayu pun engko guna wat jadi hamba engko yerk !ish..ish..ishh..kayu hantu kayu hantu.

                                                                 Penulis berseluar coklat ( tengah )

Namun, rengas banyak terkena dikawasan kebun jika kita jenis orang yang suka berkebun lebih-lebih lagi dikawasan kebun itu terdapat banyak pokok-pokok rengas jenis renek dan rendah yang tumbuh ditepi-tepi pagar.Selalunya kita tak terperasan dan tidak tahu..


                                         Rengas jenis renek yang terdapat ditepi pagar kebun

Tumbuh dekat pokok kelapa,kekadang kita tak tahu kena apa bila tangan rasa gatal-gatal.


Seperkara lagi bila kita ke hutan untuk apa tujuan pun atau ber'camping' atau lepas berkebun,
elok sediakan sabun 999 ini untuk digunakan masa mandi kerana ia berupaya membuang 
elemen-elemen penyebab kegatalan diperingkat awal.Sebagai persediaan awal sekiranya 
tubuh badan kita terkena rengas tanpa kita sedar.Saya selalu ada stok sabun ini dirumah. 

Ini tanda-tanda dan simtom terkena rengas



Limau Nipis juga boleh digunakan untok menghilangkan gatal jika tiada ubat lain.

Mungkin lain orang lain cara rawatannya tetapi kaedah ini adalah digarap dari pengalaman yang sentiasa bermain dengan kayu rengas.Dekat kebun saya pun banyak pokok rengas yang jenis renek ni ,ada yang nak akarnya..ish tak sangup saya nak galinya..bukan sahaja getahnya yang gatal,pegang akarnya malah pegang tanah disekeliling akarnya pun masih dapat gatalnya lagi. 



Hantu Ligan


Beberapa tahun dulu,Acit dah lupa tahunnya; kawan Acit seorang Pak Haji mengadu mengenai masaalah gangguan dirumah adiknya yang terletak di Negeri Kayangan.Setelah mendapat izin dari Tuan Guru, lalu kami berdua pun bertolak dari rumah Acit di Pantai Timur ni se awal subuh melalui Kuala Lumpur menuju ke di Utara.Kami sampai di sana lebih kurang pukul 4 petang.

Sebaik sampai,Acit sudah sedia disambut oleh beberapa orang saudara Pak Haji kawan Acit itu.Mereka semua ni datang dari negeri sebelah semata-mata hendak melihat kaedah "pulih rumah" ini.Seperti biasalah,sebelum masuk ke rumah dan melakukan
apa-apa,Acit akan round keliling rumah tersebut untuk melihat keadaan sekeliling dan mencari petunjuk-petunjuk bagi membantu dalam melakukan proses "pulih rumah".Kemudian barulah Acit naik ke rumah dan dijamu seperti biasalah sebagai tetamu.

Rumah itu didiami oleh adik perempuan kawan Acit bersama-sama 4 orang anaknya.Suaminya telah lama meninggal dunia.Turut duduk bersama mereka ialah ibu kawan Acit ni.Rumah ini terletak disebelah sawah padi dan berdekatan dengan sungai.Dibelakang rumah ini ada sepohon Pokok Beringin ( Pokok Bunut ) yang agak besar juga yang tumbuh diatas sebuah busut.

Mengikut cerita adik,abang,bapa saudara dan kakak kawan Acit ni..pokok Beringin yang dibelakang rumah itu tidak berani ditebang oleh orang kampung walaupun sudah beberapa kali minta ditebangkan, semua mereka kata tak berani....Alkisah,pokok ara ni apabila waktu tengah malam..akan ada suara menjerit melolong dari atas pokok ini.Jelas kedengaran sampai ke rumah ini.Pokok itu hanyalah terletak lebih kurang hanya 50 kaki sahaja dari rumah.Suasana begini berterusan begitu lama sehingga menimbulkan rasa takut kepada mereka.

Suasana didalam rumah pula menambahkan ketakutan yang sedia ada.Ibu kawan Acit ini kalau dia pergi ke bilik air; dia akan rasa seperti dikejar sesuatu ( dalam loghat Kedah dia sebut kena ligan ) sehinggalah keluar dari bilik air.Tapi anehnya..hanya pada ibunya tetapi tidak berlaku pada adik perempuan dan anak-anaknya.Pelbagai usaha dan ikhtiar juga telah dilakukan bagi memulihkan keadaaan supaya jadi seperti sediakala termasuk usaha bapa saaudara kawan Acit ini yang juga seorang Bomoh.Bomoh ini juga turut ada bersama ketika ini.

Setelah berehat menghilangkan keletihan perjalan seharian,Acit siapkan bahan perlatan yang perlu untuk digunakan semasa majlis pulih rumah nanti.Setelah masuk waktu maghrib, Acit azan dan pimpin solat jamaah,solat Taubat dan Solat Hajat dan bertahlil sama-sama sehingalah sampai waktu Isyak.

Setelah selesai solat,Acit memberi penerangan ringkas perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka yang hadir ,yang ada di rumah tersebut semasa proses pulih rumah itu dijalankan.Acit juga berpesan agar kawan Acit ini jangan lari walaupun apa yang terjadi.Cuma ikut saja dibelakang Acit sebagai penyuluh jalan ke kawasan keliling Pokok Beingin itu.Bukannya apa..nanti kalau dia lari, Acit dok dalam gelap sorang-sorang, takda torchlight..bukannya takut kat hantu tu..sebab kawasan pokok Beringin tu terletak di kawasan yang ditakungi air.Nanti kalau Acit jatuh dalam air, alamatnya nanti Acit balik pakai kain pelikat aje lah.

Ikutlah kawan Acit ini sehinggalah selesai majlis.Acit mohon tuan rumah kumpulkan segala barang-barang kepunyaan arwah suami ( termasuk barang-barang kesayangan ) untuk dimatikan/dipulihkan dan dibuang ke sungai.Ini adalah bertujuan jikalau si mati
itu ada mengamal sesuatu ilmu yang bertentangan dengan syarak ( ilmu salah / ilmu khurafat ) , maka jin-jin atau hantu-hantu ilmu itu tidak tinggal/duduk pada barangan peribadi milik si mati ( jin-jin itu akan taat menjaga barangan milik si mati semasa pemiliknya masih ada atau sudah meninggal ).Selepas berpuas hati melihat segala barangan milik si mati itu sudah habis dikutip dan dibuang ke sungai berhampiran,kamipun masuk tidur.

Pagi keesokannya, selepas sarapan,Acit tinggalkan air doa zikrullah untuk Tuan rumah bagi keperluan perubatan.Setelah ibu kawan Acit ni menyatakan sudah tidak ada masaalh apabila masuk ke bilik air,kami pun bersiap-siap untuk pulang.
Sebelum balik,Acit ajak kawan Acit ke Bukit Kayu Hitam wat window shopping.Maklumlah walaupun dah pernah datang ke Negeri Kayangan ni tetapi tak pernah sampai ke Bukit Kayu hitam yang famous ni... Perjalanan balik kami ni sudah bertukar laluan.Kami ikut laluan Grik melalui Jeli, Kelantan.

Apabila kami sampai Jeli, sudah agak tengahari,kawan Acit ni menelefon pada adiknya bertanya khabar perkembangan di rumah itu.Ibunya memberitahu bahawa dia masih kena ligan apabila memasuki bilik air tengahari tadi.Opph ! Hantu JAGA bilik ayaq tu masih ada...masih dok ligan Tok Wan ni....Tok Wan dah tua macam ni pun..hantu tu dok masih nak ngorat lagi !! ( slot tambahan jer....he he )

Acit pun dok ingat-ingat..rasanya semua barang-barang arwah dah clear semua dah..kecuali Tuan rumah tidak maklumkan..Oppph ! Teringat Acit fasal berus gigi.Sebab yang ini selalu je terlupa.Lalu minta kawan Acit tanya adiknya ada tak lagi berus gigi arwah suaminya yang masih ada kat bilik ayaq tu... Ada ! masih ada ! tu lah jawapan adiknya.Acit pun maklumlah kat dia supaya ambil berus gigi tu kemudian direndam dalam air yang Acit telah tinggalkan kepadanya dan kemudian dibuang berus gigi itu ke sungai.Adiknya pun buatlah apa yang Acit dah suruh.

Acit pesan pada kawan Acit ni..bila sampai rumahnya nanti..telefonlah semula adiknya bertanyakan perkembangan lanjut situasi dirumah itu.Alhamdulillah, kawan Acit kata, ibunya sudah selesa masuk ke bilik ayaq.Takdak sapa nak ligan lagi..

Keesokan harinya, kawan Acit pun maklumkan lagi bahawa rumah itu dah jadi macam biasa,tak dak gangguan dari hantu ligan dan penyanyi dari pohon Beringin tu lagi.begitulah maklumannya setelah beberapa minggu sehinggalah sekarang ni.Allah lah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, padaNyalah tempat mengadu dan tempat memohon perlindungan.Makhluk jin dari ilmu khurafat atau ilmu salah itu akan taat kepada tuannya walaupun tuannya itu telah mati dan akan menjaga segala harta milik tuannya termasuklah anak isteri , harta benda walaupun sebatang berus gigi.Wallahua'lam.

Teladannya :
a. Jangan belajar Ilmu yang salah, ilmu yang bersahabat dengan jin.
b. Barang-barang peribadi si mati sebaiknya hendaklah kita jangan gunakan semula
bagi mengelakkan warisan saka.
c. Jangan suka berpawang dan berbomoh.Nanti amalan tidak diterima selama 40 hari.

Thursday

Abu Nawas - Periuk beranak Periuk mati


Al-kisah Abu Nawas yang ada dalam catatan Acit diambil dari Tazkirah Guru, begini kisahnya:

Seorang jiran telah meminjam periuk daripada Abu Nawas.Selepas digunakan,
periuk-periuk itu dipulangkanlah semula kepada Abu Nawas tetapi dalam jumlah yang tidak cukup, banyak yang kurang.

Abu Nawas berhasrat mendidik jirannya lalu dia pula yang meminjam periuk-periuk
dari jirannya itu.Setelah lama ; barulah dipulangkan semula kepada jirannya tetapi
dengan jumlah yang lebih banyak dari apa yang telah dia pinjam.

Jirannya hairan..lalu bertanya," Uiks ! kenapa ada lebih ? Abu Nawas menjawab,
" Periuk ni dah beranak sebab tu ada lebih; sepertimana periuk yang kamu pinjam
dulu tu..banyak yang mati ( dalam hati : hilang !!) "

Tuesday

MEMBINA GENERASI ULUL ALBAB



Surah Ali-Imran ayat 191 :

“ ( Orang-orang Ulul Albab ) ialah mereka yang sentiasa berzikrullah ( dalam semua hal keadaan ) berdiri, duduk dan berbaring sambil mereka bertafakkur( terhadap ayat-ayat Allah ) yang ada di langit dan di bumi.
Mereka ( akhirnya ) berkata, Ya Tuhan kami;Engkau tidak jadikan ( semua kejadian ) ini sia-sia ( tetapi penuh makna dan hikmah ) , Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami dari api neraka “


Siapakah golongan ulul albab yang disebutkan dalam ayat di atas ?

Di zaman Rasulullah, ulul albab adalah sesetengah sahabat yang sentiasa berzikirullah dan bertafakkur. Mereka telah diajar oleh Baginda S.A.W bagaimana cara berzikrullah. Antara mereka yang sentiasa
berzikrullah ialah ashab’s-suffah, sahabat yang beruzlah dan beriktikaf di serambi Masjid Nabi di Madinah.

Perbezaan orang yang berzikir Hasanat dengan orang yang berzikir Tareqat ialah Adab, iaitu adab kita dengan Allah Ta’ala.Orang bertareqat itu masa sebelum zikir,semasa berzikir, selepas zikir dan sepanjang masa samada semasa suka duka, susah berjaya semakin kenal akan Allah Ta’ala itu.

Maka untuk kenal Allah secara sedar itu ada 3 perkara iaitu wujud Allah, keAgongan Allah dan kesempuranaan Allah sebagai Tuhan kita.Wujuduhu, Jalaluhu dan Jamaluhu.

Kita hendaklah memohon pada Allah dengan rasa takut pada keAgongannya tetapi dalam pada itu kita mengharapkan keredhaanNya ( khauf dan roja’ ).

Kalau kita berdoa atau meminta bantuan, mestilah ada orang di hadapan kita.Begitu juga kalau kita memohon dan meminta pada Allah,sedangkan dalam ingatan kita, dalam kesedaran kita itu tiada Allah.Orang Mukmin sebenarnya patut berada dalam keadaan 3 perkara itu.

Orang bertariqat itu malu pada Allah bila beribadah untuk memohon ganjaran syurga ( beribadah kerana upah ).Mereka hanya mengharapkan keredhaanNya saja.Bila saja Allah redha dan meredhai, Allah telah sediakan tempat sebaik mungkin untuk para kekasihNya.

Ada tiga golongan yang ada di dalam syurga itu iaitu

a. Ahli ibadah yang dapat masuk syurga tetapi tidak kenal akan Allah. Antara tahu Allah dan kenal Allah itu adalah dua perkara yang berbeza.Contoh sepertimana kita dijemput ke Istana Sultan, hanya dapat masuk
ke Istana tetapi tidak dapat bertemu dan kenal dengan Sultan itu.

b. Ahli ibadah yang masuk ke syurga tetapi tidak dapat berada hampir
dengan Allah.Contohnya,apabila berada di Balairong Sri Istana Sultan,
kita hanya duduk di barisan belakang sahaja.

c. Ahli ibadah yang berada hampir dengan Allah, yang menjaga adab-adab berguru, yang menjaga adab-adab ketika berzikir dan yang menjaga adab pada Allah.Contohnya, mereka ini Dif-dif Kehormat atau tetamu khas di Istana Sultan.

As-Syeikh Mustafa Al-Bakri r.a berkata, “ Ketahuilah jalan yang terdekat sekali kepada Allah dan keredhaanNya ialah zikir,kerana ahli zikir itu adalah menjadi Anullah, orang yang khusus di sisi Allah dan orang yang berada di hadapan Allah “ ( Hidayatus Salikin, Abd Samad Al-Falimbangi ms 36 )

Ibadah itu adalah pekerjaan yang dibuat secara sempurna, serta dengan hati dan keikhlasan.

Untuk jadi hamba Allah,sebaik-baiknya adalah berzikir.Bila berzikir (zikir yang di talqin daripada guru ) hingga hati jadi mutminnah, baru layak jadi hamba Allah yang muqarrabun.

Al-Quran itu petunjuk bagi “hudalill muttaqin” iaitu petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Allah kurnia petunjuk Quran itu apabila mereka mendengar orang lain membaca atau mereka sendiri yang membaca..

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 119,
“Hai segala mereka yang beriman ! Bertaqwa;lah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu serta dengan orang-orang siddiqin (benar) “


Menjelaskan lagi maksud ayat di atas,marilah kita perhatikan 4 buah Hadis Nabi S.A.W :

“ Hendaklah engkau jadikan diri engkau serta Allah; jika tidak engkau Serta Allah maka hendaklah engkau berserta dengan orang yang berserta dengan Allah kerana sesungguhnya orang itu menyampaikan
engkau kepada Allah “


Hadis kedua,
“ Bahawasanya setengah daripada manusia anak kunci bagi mengingati
Allah apabila dilihat orang akan mereka itu, ingat yang melihat itu
akan Allah Ta’ala ".


Hadis ketiga,
“ Adakah kamu mahu aku khabarkan tentang orang yang sebaik-baik di kalangan kamu ? Orang yang sebaik-baik di kalangan kamu itu ialah mereka apabila dipandang, maka orang yang memandang itu ingatkan
Allah “.


Hadis ke empat HR Ibnu Abbas r.a ,
“ Orang bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, siapakah sebaik-baik orang diantara orang yang selalu bercampur gaul dengan kita ? Rasulullah menjawab dengan sabdanya: Orang itu apabila dilihat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu dan amal perbuatannya mengingatkan kamu akan akhirat “






Allah berfirman dalam Surah al-Waqiah secara jelas mengenai peringkat-
peringkat ahli ibadah itu, diantaranya golongan Asha bul Maimanah ( Golongan sebelah kanan ) , Asha bul Mas'amah ( Golongan sebelah kiri ), Asha bul Yamin ( abraar ) dan Ashabul Muqarrobun.

Golongan Asha bul Maimanah itu ialah golongan yang mengenal Allah secara sama’i, belajar tauhid ( Dalil aqli / logic akal/mantiq ) atau ilmu baca melalui ayat matluwah ( yang dibaca ). Sebab akal itu menerima apa yang masuk akal ( al aqlu lil maktulat ).

Untuk menjadi hamba Allah itu sebaik-baiknya ialah berzikir.Berzikir hingga hati jadi mutmainnah.Bila hati sudah mutmainnah, maka berlakulah dzauk dan makrifatullah.Baru rasa jadi hamba Allah.Golongan inilah yang digelar Muqarrobun.Golongan yang mengenal Allah secara dzauki ( ilmu rasa ).Mereka tidak memerlukan dalil lagi kerana mereka sudah kenal Allah.

Manakala Golongan Asha bul Yamin ( abraar ) dan golongan As-Sabiqun pula adalah orang yang menenggelamkan diri dengan zikrullah.Golongan As-Sabiqun ini juga adalah golongan yang masuk syurga dulu selepas Nabi-Nabi.

Hanya sa nya orang-orang ulul albab saja yng boleh tazakkur.


BAB ADAB

Adab adalah kesempurnaan segala ibadah.Orang yang beradab itu adalah orang yang mempunyai iman,syariat dan tauhid.

Di dalam mengerjakan ibadah itu, kita hendaklah sempurnakan hak Allah yakni melakukan perkara-perkara yang sunat samada di depan atau dibelakang orang.

Adab pada Guru samada dengan kehadirannya atau tidak ; begitu juga adab dengan Allah sama ada dilihat atau tidak.

Adab-adab ahli tareqat ialah menyalin atau megambil adab ini dari adabnya para sahabat dengan Rasulullah.
Syeikh Ali Khawas adalah Guru kepada Syeikh Abdul Wahab Syaarani.Apabila ditanya oleh Syeikh Abdul Wahab Syaarani pada Gurunya,” Apakah yang merosakkan perjalanan rohani ? ” Jawabnya Syeikh Ali
Khawas,” Adab “. Ditanya lagi, “ Apakah yang membawa kejayaan rohani ? ”.Jawab Gurunya lagi,“ adab “ .
Syeikh Abdul Wahab Syaarani berkata,” Adab terhadap Guru adalah merupakan tangga yang menyampaikan kepada adab terhadap Nabi S.A.W dan adab kepada Allah.Sesiapa yang tidak menjaga berbagai adab terhadap Gurunya tidak akan dapat mencium harum wanginya dari adab terhadap
Nabi S.A.W dan adab kepada Allah “. ( Lataif al-Minan al-Kubra h.354 )

Imam Syafie berkata, “ Sesiapa yang mahu Allah bukakan pintu hatinya dan diberi ilmu ( secara laduni / dzauki ) maka wajiblah ia berkhalwah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan dan tidak ada adab “

Jikalaulah kita tidak dapat berada dikedudukan yang hampir dengan Allah di dalam syurga, maka kita amat menyesal kerana tidak beribadahdan berzikrullah seperti mana sunah Nabi S.A.W.

Monday

Potret Hidup

Adakah kita prihatin…



Adakah kita simpati…



Adakah kita kasihan…



Adakah kita insaf…



Adakah kita jijik…



Adakah kita sedar…



…Nikmat Tuhan yang mana telah kita syukuri…



Selepas 3 bulan mengambil foto ini ,Juru gambarnya telah membunuh diri…
Tapi ANDA JANGAN BUNUH DIRI , bunuhlah Sifat Mazmumah dan Sifat Ghaflah yang ada dalam hati !

Bersyukurlah pada setiap nikmat Tuhan yang kita kecapi……..