Showing posts with label Kisah Al Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Al Kisah. Show all posts

Thursday

Abu Nawas - Periuk beranak Periuk mati


Al-kisah Abu Nawas yang ada dalam catatan Acit diambil dari Tazkirah Guru, begini kisahnya:

Seorang jiran telah meminjam periuk daripada Abu Nawas.Selepas digunakan,
periuk-periuk itu dipulangkanlah semula kepada Abu Nawas tetapi dalam jumlah yang tidak cukup, banyak yang kurang.

Abu Nawas berhasrat mendidik jirannya lalu dia pula yang meminjam periuk-periuk
dari jirannya itu.Setelah lama ; barulah dipulangkan semula kepada jirannya tetapi
dengan jumlah yang lebih banyak dari apa yang telah dia pinjam.

Jirannya hairan..lalu bertanya," Uiks ! kenapa ada lebih ? Abu Nawas menjawab,
" Periuk ni dah beranak sebab tu ada lebih; sepertimana periuk yang kamu pinjam
dulu tu..banyak yang mati ( dalam hati : hilang !!) "

Friday

Amaran TOK GAJAH


Kisah gajah laaaaaaagi.Apalah Acit ni….

Selepas habis kerja-kerja pembalakan di lokasi kedua, kami berpindah ke lokasi ketiga yang masih terletak didalam Hutan Simpan ini juga.

Di kawasan berhampiran rumah kongsi kami ini, ada 3 buah pondok orang asli yang dibina sementara untuk mereka berteduh apabila datang mencari rotan, minyak kayu keruing,getah Jelutung,petai dan sebagainya.

Salah seorang orang asli dari kelompok itu yang tinggal bersama anak perempuannya kami gelarkan dia dengan panggilan Tok Bomoh.Acit pun dah tak ingat kenapa dia ni dipanggil Tok Bomoh.Pondok Tok Bomoh ini terletak ditengah-tengah diantara tiga buah pondok itu yang dibina rapat-rapat. Orang Asli kalau kami tanya dari arah mana mereka dapat buah salak,kundang,kelubi atau petai; mereka akan menunjukkan ke arah yang salah.Haaa…tujuannya supaya tempat mereka mendapatkan buah-buahan tersebut tidak diketahui oleh orang lain , kalau tidak nanti habis semuanya diangkut oleh pekerja-pekerja balak.

Tok Bomoh ni perangai dia pelik sikit, suka cakap besar ; terutama dengan gajah, mungkin kot hendak menunjukkan kebolehannya pada kami.

Pada suatu malam lebih kurang pukul 2 / 3 pagi, kami dikejutkan dengan bunyi riuh rendah dari kawasan pondok orang asli tersebut.

Kami bangun dan melihat ada sekawan gajah berdekatan pondok mereka manakala se ekur gajah lain sedang asyik meruntuhkan pondok Tok Bomoh itu yang terletak di tengah sekali.Peliknya..pondok-pondok yang bersebelahan tidak diruntuhkan oleh gajah-gajah ini.Hanya pondok Tok Bomoh ini sahaja yang ranap tetapi Tok Bomoh tidak diapa-apakan, mungkin kerana mereka dah lama kenal..he he he.Cuma kali ni Tok Gajah berang dengan gelagat Tok Bomoh.Maka datanglah mereka beri Tok Bomoh last warning ! Shut-up or get out ! Gajah-gajah ni bersikap gentlement..tidak ikut perasaan hati..cool jer..

Kami hanya memerhati dari rumah kongsi kami yang terletak lebih kurang 200 kaki dari pondok-pondok orang asli ini.Itulah balasan bagi mereka yang bermulut celupar dan takbur diri,

Haaa..dah habis kisah Tok Gajah tetapi banyak lagi kisah-kisah benar mengenai binatang didalam hutan ini seperti kisah Pak Belang melompat depan , dikejar ular Tedung Sela , ular besar dan berbagai-bagai lagilah.

Pengajaran dari kisah ini :

Apakah perantaraanya apabila kita berbisik dalam hati atau bercakap kepada binatang-binatang ini, mesej itu sampai kepada mereka ?

Usah kita kecilkan hati orang lain termasuk binatang, mereka juga makhluk Allah.

Ambil sikap seperti gajah,tidak menunjukkan kebolehannya yang sebenar tetapi sekadar memberi amaran dengan sabar dan tenang.



TOK GAJAH kisah ke 2 - Oh po cot !!!


Kisah yang kedua ni berlaku dalam jangkasa masa yang sama tetapi ia berlaku pada musim tengkujuh pengujung tahun 1984.

Setelah tamat kerja-kerja pembalakan di kawasan yang pertama di Hutan Simpan (HS) Bukit Bertangga itu, kami berpindah ke kawasan kedua yang lebih jauh lagi ke dalam belantara iaitu di kawasan Air Terjun Bukit Bertangga ( sekarang ini sudah menjadi kawasan perkelahan ).

Setelah tiba musim tengkujuh, kerja-kerja pembalakan dihentikan buat sementara waktu.Di waktu inilah para pekerja mahu balik berehat di kampong masing-masing.
Cuma yang masih tinggal di rumah kongsi itu ialah seorang Tukang Masak
Indonesia dan suaminya , seorang Kalendan lori Santaiwong ( istilahnya lori hantulah..tapi bukan hantu yang bawak..org yang bawak tu macam hantu..he he he )…ok..santai….Setelah meninggalkan bekalan makanan yang mencukupi, kami semua pun baliklah juga.

Hari istirehat baru masuk 4 hari, abang Acit dah ajak masuk pergi meninjau rumah kongsi , jentera-jentera pembalakan yang ditinggalkan dan Tukang Masak dengan suaminya yang berada di sana.Sudah tentulah baru keluar dari hutan..baru jer nak relax…rasa tak mau pergi tapi abang Acit tetap mengajak juga kerana pada musim hujan begini,gajah-gajah banyak keluar dijalanan memakan pucuk-pucuk buluh.
Mahu tak mahu..Acit mengalah juga tapi..dengan syarat abang Acit yang drive sampai ke rumah kongsi.OK,deal.

Alahai..baru je tak sampai 30 km,dia dah berhenti di bahu jalan, minta Acit yang drive pula. Toing..toing..toing,Acit tanpa cakap apa-apa terus memecut laju ke destinasi yang memakan masa 5 jam bercampur boring lagi..nak sampai cepat dan kalau boleh balik cepat sebab baru jer tengok dunia luar.

Walaupun perjalanan didalam trek hutan, Acit dapat memecut laju juga kerana sudah biasa dengan laluan tersebut malah jalan itu telah digradekan oleh pihak kami ditambah lagi ketiadaan kenderaan lain yang melaluinya di musim begini.

Nak dijadikan cerita, sebaik menghampiri tapak rumah kongsi lama kami,terdapat kesan-kesan tapak kaki gajah yang baru termasuk tahi-tahinya disepanjang jalan itu.Abang Acit pun memberi amaran agar berhati-hati dan memperlahankan kenderaan Toyota Hilux kami tetapi oleh kerana hati nak balik cepat,Acit terus aje memecut dengan harapan bunyi dari kenderaan itu akan membuatkan gajah itu melarikan diri.

Sebaik saja melepasi tapak rumah kongsi lama dan sampai pada selekoh berbentuk S…kreeeeeeeeeeeeeeekkkk ,automatic kaki Acit membrek emergency.
Tetapi tayar Hilux itu tidak dapat berhenti serta merta di atas laluan berbatu kerikil itu yang menyebabkan satu bunyi yang kuat.Kenderaan kami hampir-hampir melanggar bontot Tok Gajah.Oh po cot !! Bunyi brek kenderaan itu mengejutkan Tok Gajah sehingga lari mencongking ekor.Mula-mula seakan kelakar……

Tidak sampaipun 5 minit ! Datangnya bulat seperti belon yang penuh angin, kaki depannya sama serentak diangkat ketika melangkah , belalainya di angkat tinggi sambil membunyikan terompitnya ,gadingnya nampak patah sebelah…mara laju..menerkam !! Tok Gajah turning back !! Allahu akbar.

Namun sebaik saja hampir sampai kepada kami, kreeeeeeeeekkk …Tok Gajah meniru aksi kami..brek emergency juga !! dan berhenti hanya lebih kurang 20 kaki sahaja dari kenderaan kami.Tok Gajah mencabut rumput dengan belalainya dan mencampakkannya ke atas bonet Hilux.. bertaburan.Trompitnya tak henti berbunyi.Kami tergamam tetapi tidaklah sampai terkencing.Acit cakap dalam hati,
” Minta maaf, tak sengaja “.Tiba-tiba abang Acit cuit paha, gostan ! Apalagi,,terus masuk gear dan undur ke belakang dengan gopoh gapahnya..nak undur pun seksa dengan jalan yang bengkang bengkok tapi berhenti lebih kurang 50 kaki dari Tok Gajah itu berada.
Acit lintangkan kenderaan manakala abang Acit mengeluarkan senapang dan memasukkan peluru gajah.Niat kami, kalau Tok Gajah terkam , kami tembak bagi amaran kecuali tiada pilihan.Seteleh menunggu hamper sepuloh minit, kami fakir Tok Gajah telahpun beredar pergi.Acit memandu perlahan-lahan ke hadapan melepasi selekoh itu dan..kami silap..Tok Gajah masih ada di situ.Tetapi kali ini ia sudah berada di atas tebing di tepi jalan.

Acit sekali minta maaf pada Tok Gajah dalam hati.Sebaik melihat kami, ia terus mencabut rumput dan membaling ke arah kenderaan kami.Balingannya tepat dan sekali lagi rumput itu berterabur di atas bonet Hilux. Lama kelamaan, Tok Gajah Tunggal itu beredar membawa diri.

Alhamdulillah,syukur Acit telah selamat dari musibah yang besar.Selama ini kami hanya mendengar cerita-cerita dari orang-orang yang pernah datang ke kawasan ini tentang gajah-gajah di sini tetapi kali ini kami lalui pengalaman ngeri, sepertimana yang sudah tercoret disini.

Sebenarnya, sebelum kejadian ini Acit telahpun beberapa kali bertemu dengan kelompok kawanan gajah termasuk berdepan dengan Gajah Tunggal secara berseorangan tetapi dalam jarak yang lebih jauh.Tidaklah diketahui Tok Gajah ini adalah sama dengan Gajah Tunggal yang Acit jumpa sebelum ini. Wallahu a’lam.

Ada lagilah..Kisah Tok Gajah # 3

Tok Gajah - Acit,you're welcome !!


Alhamdulillah, syukur hamba ini pada Allah SWT kerana dengan limpah kasih sayangNya, Acit ini telah dapat mengecapi pelbagai nikmat kurniaanMu sehinggalah ke hari ini.Terima kasih jugalah pada Tok Gajah.

Tok Gajah adalah mascot Persatuan Bolasepak Pahang manakala gadingnya dijadikan simbol Kerajaan Negeri Pahang.Malah ukiran gading gajah terdapat disimpang masuk ke Istana Pekan.

Gajah; banyak orang bercerita tentangnya.Pelbagai kisah yang nyata, yang dongengnya dan yang membuat berbagai andaian malah ada yang menokok tambah cerita sesuatu peristiwa yang melibat haiwan ini.Samalah seperti persepsi mereka berkenaan Guru Mursyid.


Kisah Tok Gajah # 1
Acit, you’re Welcome !!

Ini adalah kisah benar yang berlaku dalam tahun 1984, tapi Acit dah lupa tarikh sebenarnya sebab ingatan tu Allah dah tarik balik.

Peristiwa ini berlaku di kawasan Hutan Simpan (HS) Bukit Bertangga, Triang ,Pahang.HS ini adalah bersempadan dengan Daerah Rompin dan disekeliling HS ini terdapat ladang-ladang kelapa sawit milik Felda dan juga milik persendirian.Cuma Hutan Simpan ini sahaja yang terletak ditengah-tengah kawasan ladang.Setiap ladang-ladang ini dilengkapi dengan pagar-pagar letrik bagi menggelakkan gangguan bintang liar seperti gajah dan babi memusnahkan tanaman.

Walaupun HS ini dikelilingi ladang sawit, tetapi ia merupakan
hutan yang agak besar ( belantara ) berpuloh-puloh ribu ekar.
Pelbagai binatang liar dan buas terdapat di sini seperti beruang,
gajah,harimau dan ular besar.Terdapat juga rusa yang besar-besar,
kijang,napuh dan pelanduk yang memang menjadi buruan.

Kawasan ini boleh dikatakan berdekatan dengan penempatan peneroka tetapi HS ini tidak boleh dimasuki bebas oleh orang awam kerana ia adalah kawasan “curfew” iaitu kawasan larangan terhad yang memerlukan Permit Masuk Khas dari Balai Polis berdekatan tetapi hanya Ketua Polis atau Bahagian Special Branch sahaja yang boleh cop seperti gambar,kad ini acit punya..masih elok tersimpan,baru jumpa.Permit ini mesti diperbaharui dari sebulan ke sebulan.Malah semasa di Hutan Simpan Aur Gading,Kechau,Kuala Lipis; permit ini mesti dicop 2 minggu sekali di Bandar Kuala Lipis.Mereka yang ada berurusan dengan HS ini sahaja dibenarkan memasukinya.Namun begitu, masih ada yang berani mencuri-curi memasuki kawasan ini untuk memburu binatang.

Pertama kali Acit memasuki HS ini dengan menaiki kereta abang dan duduk di bahagian belakang.Perjalanan dari jalan berturap tar dari Felda Sebertak melalui jalan ladang kelapa sawit yang seperti ombak laut menuju ke rumah kongsi ( kem pembalakan ) sejauh lebih kurang 40 batu yang memakan masa 2 jam.Perjalanan ini tidaklah sejauh perjalanan ke Hutan Simpan Daramakot di Sandakan , Sabah.Sepanjang perjalanan tersebut, mata Acit dah jadi 360 darjah;berpinar dan tekak terasa mual, bila-bila masa saja ledakan dari gunung berapi boleh meletuskan laharnya.Tetapi bak kata orang, kita ni lelaki..buat dek ajer..he he he ..konon…

Ok, kita teruskan; Sebaik saja sampai ke tapak kongsi, Acit terus meluru ke sungai dan memuntahkan lahar hijau se asli dedaun kayu,lembik..kantoi !

Al-kisah setelah beberapa lama tinggal di rumah kongsi itu yang terletak di tengah-tengan rimba, tibalah masa musim hujan yang berterusan yang mana pekerja tidak dapat pergi bekerja kerana boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka.Mereka mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampong masing-masing.Maka tinggallah Acit, seorang Penyelia Pembalakan dan 2 atau tiga perkerja lagi.

Rumah kongsi ini ( kalau di Sabah ,dipanggil Kem Pembalakan ) kebanyakannya dibina dari kayu hutan tanpa pintu samada di kiri atau kanan , terdedah begitu saja kecuali bilik Tukang Masak sahaja yang mempunyai pintu.Dinding dan atapnya dibuat dari atap nipah tetapi sekarang ini sudah menggunakan papan,kayu dan atap zink atau atap getah.Pekerja tidur diatas lantai yang dibina 3 kaki tingginya dari tanah.Manakala bahagian bawahnya tidak berdinding.

Penyelia dan pekerja Acit yang lain tidur di dalam rumah kongsi utama.Acit pula tidur dalam sebuah bilik yang dibuat berasingan di luar dari rumah kongsi utama tetapi bersambung dan berpintu.Cuma bahagian bawah tempat tidur Acit ini juga tidak berdinding yang boleh menyusur masuk ke rumah kongsi utama.Ditepi kawasan rumah kongsi ini, pekerja-pekerja menanam ubi kayu sebagai makanan tambahan walaupun kami mendapat bekalan makanan basah dua hari sekali.

Suatu malam , lebih kurang pukul 2 pagi, Acit terjaga kerana mendengar seolah-olah air mengelegak ( mendidih ) terlalu hampir dengan tempat tidur Acit, lantas memegang erat parang kontot yang menjadi teman setia Acit sebagai langkah berjaga-jaga.Terbayang rupa Pak Belang yang bila-bila masa akan muncul dalam keadaan gelap gelita itu.Pak Belang memang boleh menyusup masuk ke bilik Acit melalui bawah tempat tidur.

Setelah sekian lama mendengar bunyi aneh itu, tetiba Fiuuut !!!! bunyi trompit.Secara automatic terangkatlah badan Acit dari tempat pembaringan kerana terkejut.Rupa-rupanya Tok Gajah berada di sebelah dinding bilik Acit aje dok menikmati juadah pucuk ubi.Bunyi aneh itu sebenarnya datang dari perut Tok Gajah.

Sayup-sayup kedengaran Pak Penyelia memanggil nama didepan pintu.Oleh kerana masih ketakutan, Acit tanya sekali lagi betul-betul ke dia dah ada depan pintu. Lalu Acit pun keluar dari bilik dan melihat Tok Gajah dengan anaknya beredar pergi sebaik menyedari kami sedang memerhatinya.Inilah siaran langsung live bagi Acit melihat Tok Gajah yang ori di tengah hutan belantara.
Contoh Tanda Arah Kawasan atau Kompatmen Pembalakan tetapi kejadian bukan di sini 

Fiuuut !! sekali lagi Tok Gajah berbunyi, Acit; you’re welcome ! he he gitu lah agak nyer translation yerk…

Jom ke kisah Tok Gajah # 2

Angin Kus-kus


Kisah lucu yang diceritakan Guru Acit ketika bersama beberapa jamaah didalam kereta tetapi tidak dapat diingat dari ke mana hendak ke mana.Pada mulanya hanya dikira sebagai cerita lucu nakal tetapi setelah lama cerita itu diulang lagi..barulah dapat ditangkap maksud cerita itu ( selama ni tak faham-faham ) bahawa ada pengajaran ilmiah yang hendak disampaikan melalui cerita tersebut.Sebagai penghargaan,Acit coretkan kisah lucu itu di sini.

Al kisah ada seorang Pakcik yang bekerja sebagai pemandu teksi.Rutin hariannya macam biasalah seperti pemandu-pemandu teksi lain, mencari penumpang untuk mendapatkan sesuap nasi.

Ketika sedang asyik memandu; ternampaklah sekumpulan penumpang yang sedang menunggu di sebuah perhentian lalu singgahlah Pakcik ni di situ.Maka masuklah 4 orang penumpang yang mahu ke destinasi yang sama.

Pakcik ni macam biasalah berbual mesra dengan penumpang-penumpang itu,Aci,Apek,Ali dan Singh.

Ketika sedang rancak berbual tetiba semua orang senyap,tidak bersuara,tidak berkata-kata..membisu seribu bahasa.Secara automatic,tangan masing-masing terus menekap hidung , ada yang dah terbatuk-batuk..Suasana nyaman dari air-cond teksi telah bertukar bagai ledakan bom Hiroshima.

Ssambil pantas tangan membuka tingkap Pakcik Teksi bersuara ,” Sapa buang angin ? “ Semua tiddak menjawab. “ Ooo tak mau ngaku yer ! “
Semua orang tidak berani menuduh sesiapa.

Setelah seperjalanan, sampailah mereka ke tempat hentian tujuan mereka.Belum pun sempat teksi berhenti, masing-masing berebut untuk membayar tambang agar dapat
keluar segera bagi mendapatkan udara segar.

Setelah semua penumpang keluar beberapa langkah dari teksi, Pakcik itu pun berteriak, “ Itu orang yang buang angin tadi belum bayar tambang lagilah ! “
“ Sudah bayar..sudah bayar “..spontan jawabnya Singh.Serentak penumpang yg lain memandang tepat pada Singh..dia termalu sebab sudah bocor rahsianya..tapi dia buat tak kisah jer..

Pakcik Teksi senyum…Ilmu Psikologi teksinya kali ini menjadi lagi….


Pengajaran :

1.Jangan berbohong,kalau silap minta maaf
2.Jangan memandang rendah pada orang lain
3..Jangan aibkan orang

Saturday

Kisah SHAKUNTALA


Kisah ini diceritakan oleh Guru ku sekitar tahun 1992.Bila ku telaah catatan lama,
ia menarik untuk dikongsi bersama.

Golongan Brahmin adalah golongan yang ahli ibadahnya ( sebelum kedatangan Agama Islam ) tidak menyembah patung.Ibadah mereka ini lebih tertumpu kepada meditasi (tafakur).

Shakuntala @ Shaguntala adalah seorang wanita cantik yang turut sama beribadah dibawah pimpinan Gurunya di sebuah banjaran di India suatu ketika dulu.Dia di kenali sebagai murid yang taat.

Suatu hari seorang Putera Raja telah datang ke tempat mereka beribadah.Sudah menjadi naluri kaum Adam dan Hawa, apabila terpandang saja pada Shakuntala, Putera Raja itu telah jatuh cinta pandang pertama ; begitu jugalah dengan Shakuntala.Mereka rasa gembira, hati sudah suka tanpa menyedari perilaku mereka diperhatikan oleh Mahaguru.

Mahaguru mendekati lalu menyumpah Shakuntala bahawa dia akan menghadapi kesusahan.Guru-guru yng lain merayu kepada Mahaguru kerana Shakuntala seorang murid yang taat. Mahaguru tidak peduli kerana kata-katanya tidak boleh ditarik balik.
Shakuntala pun ikutlah Putera Raja balik ke negerinya lalu berkahwin tetapi Permaisuri Negeri tidak menyukainya.

Ketika Putera Raja pergi berperang, Shakuntala yang sedang sarat mengandung diarahkan Permaisuri supaya dicampakkan ke sebuah gaung yang banyak terdapat kumpulan singa-singa ganas.

Apabila melihat kelibat manusia, singa-singa itupun menerkam tetapi Shakunta terus duduk bermeditasi dengan tidak berganjak.Gurunya datang dalam dirinya
( dalam meditasi itu ) lalu singa-singa itu nampak kehebatan itu dan tunduk memberi hurmat.Kemudian singa-singa itulah menjaga Shakuntala sehingga anaknya lahir.

Anak Shakuntala itu bijak dan membesar dan berkawn dengan singa-singa itu selama 7 tahun.

Al kisah pada suatu hari, Raja Negeri itu pergi memburu di kawasan tersebut dan Baginda memeanah seekur burung.Apabila mahu pergi mengambilnya, dia tengok bukan panah miliknya mengenai burung itu tetapi panah dari seorang budak kecil.
Budak itu berkata,” Seorang Raja tidak patut mencuri barang bukan kepunyaannya ”. Raja terkejut dan kagum dengan kebijaksnaan budak itu.Bila ditanya dimana dia tinggal, lalu budak itu menunjukkan ke arah sebuah lembah.

Raja menyuruh orang-orangnya pergi menyiasat tetapi mereka lari lintang pukang kerana takutkan singa.Lalu Raja sendiri pergi ke lembah itu dan menemui ibu kepada budak tersebut tetapi Raja amat terkejut kerana ibu budak itu adalah Shakuntala, isterinya yang telah berpisah sekian lama.

Mereka sekeluarga kembali bersatu dan pulang ke istana.Maka semenjak itu, sumpahan pada Shakuntala pun berakhir.

Pengajaran dari kisah ini :

1. Apabila beribadat ( berzikrullah ), tumpuan hanyalah pada Allah semata-
mata,tidak pada yang lain.
2. Ketika beribadah ( berzikrullah ) , belajar mengawal nafsu , pelihara
pandangan mata.
3. Taat kepada pimpinan Guru ( adab berguru ) dalam beribadah sebagai seorang
salik ( murid ) tetapi bukan bermakna taksub.
4. Jangan mengambil barang yang bukan milik kita.
5. Jangan memperkecilkan Ilmu Allah walaupun ia datangnya dari seorang budak
kecil.
6. Sentiasa ingat, Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.